kriteria pemilihan aktiviti pendidikan jasmani

32
KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITI PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN JASMANI Mohd Safuan Bin Abu Bakar Samad Mohd Safuan Bin Abu Bakar Samad Ameerul Aswad Bin Abd Aziz Ameerul Aswad Bin Abd Aziz Muhamad Irzham Bin Zakaria Muhamad Irzham Bin Zakaria Muhammad Adhaa Bin Lamry Muhammad Adhaa Bin Lamry Nur Azira Binti Azuani Nur Azira Binti Azuani Siti Nasuha Binti Che Shukor Siti Nasuha Binti Che Shukor

Upload: mofaz88

Post on 21-Jun-2015

1.958 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIKRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIPENDIDIKAN JASMANIPENDIDIKAN JASMANI

KRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIKRITERIA PEMILIHAN AKTIVITIPENDIDIKAN JASMANIPENDIDIKAN JASMANI

Mohd Safuan Bin Abu Bakar SamadMohd Safuan Bin Abu Bakar SamadAmeerul Aswad Bin Abd AzizAmeerul Aswad Bin Abd AzizMuhamad Irzham Bin ZakariaMuhamad Irzham Bin ZakariaMuhammad Adhaa Bin LamryMuhammad Adhaa Bin Lamry

Nur Azira Binti AzuaniNur Azira Binti AzuaniSiti Nasuha Binti Che ShukorSiti Nasuha Binti Che Shukor

Page 2: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Kategori Perkembangan Pelajar

Sosial

Psikomotor

Afektif

Kognitif

Domain

Page 3: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Kognitif• Melibatkan perkembangan

pemikiran pelajar.• Proses yang mengambil masa

yang lama.• Aktif ketika alam persekolahan

selari dengan pertumbuhan dan perkembangan fizikal remaja.

Page 4: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Kognitif• Oleh itu domain kognitif menjadi

fokus utama dalam proses P&P.• Taksonomi Bloom membahagikan

domain kognitif kepada 6 peringkat bermula dari tahap yang mudah dicapai hingga kepada tahap yang sukar dicapai.

Page 5: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Kognitif• Perkembangan domain kognitif

pelajar melibatkan cara berfikir, merasa dan bertindak.

Page 6: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Kognitif

APLIKASI

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

Page 7: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektif• Melibatkan perkembangan sikap dan

nilai pelajar.• Objektifnya mempunyai hubungan

dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan nilai.

• Seperti Domain Kognitif, Domain Afektif boleh dikelaskan mengikut peringkat penghayatan daripada yang paling rendah kepada yang paling tinggi.

Page 8: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektif

PENILAIAN

PERWATAKAN

ORGANISASI

GERAKBALAS

PENERIMAAN

Page 9: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektifa. PenerimaanKesediaan seseorang untuk menerima sesuatu

yang ingin disampaikan. Peringkat ini bermula dengan kesedaran penerima. Contohnya penerima sedar akan irama, lirik lagu, keadaan kehidupan. Selepas kesedaran, individu berkenaan akan menunjukkan kesediaan untuk menerima. Kemudian individu berkenaan akan mula bertindak secara terhad. Contoh objektif peringkat ini ialah murid dapat membezakan aktiviti luar bilik darjah daripada aktiviti dalam bilik darjah.

Page 10: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektifb. Gerak BalasMurid bertindak balas terhadap rangsangan yang

diterima. Tindak balas ini akhirnya akan melahirkan rasa kepuasan dalam diri murid.pada peringkat awal, gerak balas mungkin berlaku disebabkan oleh arahan orang lain. Walaubagaimanapun, selepas murid berkenaan mempunyai motif tersendiri, dia akan bertindak balas sendiri. Misalnya, menunjukkan minat terhadap aktiviti di luar bilik darjah yang menyebabkan murid berkenaan bertindak balas bagi menghasilkan kepuasan padanya, seperti membersihkan kawasan sekolah.

Page 11: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektifc. PenilaianBermaksud seseorang itu memahami

nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat. Nilai ini, yang boleh dianggap sebagai motivasi luaran, akan menjadi landasan kepada setiap perlakuan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan. Terdapat tiga jenis iaitu penerimaan semua nilai, pemilihan nilai tertentu dan komitmen.

Page 12: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektifd. OrganisasiBermaksud seseorang itu boleh menyusun semua

nilai yang diterima kepada satu sistem yang lebih praktikal. Penyusunan nilai-nilai ini terbahagi kepada dua peringkat iaitu yang pertama, mengkonsepsualisasikan nilai-nilai dan membentuk pertalian antaranya dan yang kedua menyusun nilai-nilai ini hingga menjadi satu sistem nilai. Contohnya pelajar dapat menerima peraturan sekolah dan seterusnya dapat mengawal diri mengikut peraturan tersebut.

Page 13: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Afektifd. PerwatakanMematuhi sesuatu sistem nilai dan

sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup. Pada kebiasaannya, individu berkenaan akan kekal memegang sistem nilai berkenaan. Pada peringkat ini, seseorang itu akan memperlihatkan perwatakan berlandaskan kepada nilai tertentu, misalnya dapat membuat keputusan mengikut keadaan, tanpa berasaskan perasaan atau sogokan.

Page 14: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotor• Psikomotor adalah kemahiran

berkaitan pergerakan anggota fizikal seseorang.

• Pada peringkat prasekolah dan sekolah rendah, kanak-kanak diasuh untuk menguasai pergerakan yang biasa dilakukan dalam kehidupan harian dan juga pergerakan baru dalam senaman.

Page 15: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotor• Di samping itu, mereka dilatih untuk

menguasai kemahiran khusus yang jarang dilakukan dalam kehidupan harian misalnya, kemahiran menggelecek dalam permainan bola sepak.

• Domain Psikomotor juga mempunyai hierarki tersendiri. Simpson (1972) mengemukakan 7 peringkat objektif domain psikomotor daripada mudah kepada susah.

Page 16: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotor

PERGERAKAN MEKANISTIK

PERGERAKAN SUAIAN

PERGERAKAN KOMPLEKS

PERGERAKAN TERKAWAL

PERSEDIAAN

PERSEPSI

PERGERAKAN CIPTAAN

Page 17: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotora) PersepsiBermaksud seseorang itu

mempersepsikan satu pergerakan tertentu, seperti memerhati pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling. Melalui pemerhatian ini, seseorang akan dapat mengingat mekanisma pergerakan motor berkaitan dengan pergerakan yang dilihat.

Page 18: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotorb) PersediaanBermaksud seseorang itu bersedia secara

mental, emosi dan fizikal untuk melakukan sesuatu pergerakan. Misalnya melalui pemerhatian pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling, pelajar dapat mengingat pergerakan tersebut (persediaan mental) dan bersedia untuk melakukannya.

Page 19: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotorc) Pergerakan TerkawalBermaksud seseorang itu dapat melakukan

pergerakan awal berkaitan kemahiran yang ingin dipelajari. Pergerakan ini biasanya dilakukan secara peniruan dan cuba jaya. Misalnya, pelajar meniru bagaimana pemain melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling.

Page 20: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotord) Pergerakan MekanistikBermaksud seseorang itu dapat

melakukan sesuatu pergerakan yang ingin dipelajari secara mahir dan yakin. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dalam permainan bola baling seperti yang diperhatikan, iaitu berjaya meniru pergerakan pemain.

Page 21: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotore) Pergerakan KompleksBermaksud seseorang itu dapat

melakukan sesuatu pergerakan yang kompleks secara cekap dan licin. Misalnya, palajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin, iaitu berjaya melakukan pergerakan ini sendiri tanpa peniruan.

Page 22: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotorf) Pergerakan SuaianBermaksud seseorang itu dapat

melakukan sesuatu pergerakan secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. misalnya., pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 23: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Psikomotorg) Pergerakan CiptaanBermaksud seseorang itu dapat

melakukan sesuatu pergerakan baru secara cekap dan licin dalam sesuatu keadaan tertentu. Misalnya, pelajar berjaya melakukan pergerakan “hantaran” cara baru dalam permainan bola baling dengan cekap dan licin semasa berhalangan.

Page 24: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosial• Dicadangkan oleh Dettemer (1997)• Terdiri daripada 8 peringkat objektif

iaitu berhubung, berkomunikasi, melibatkan diri, berunding, bekerjasama, menghakim, memulakan, dan menukar.

Page 25: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosiala. BerhubungSeseorang itu cuba menunjukkan tingkah

laku kontak mata (eye contact) terhadap orang lain. Di sini kontak mata merupakan permulaan kepada “perkenalan” yang berakhir dengan berlakunya sesuatu komunikasi.

Page 26: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosialb. BerkomunikasiSeseorang itu cuba berkomunikasi

dengan orang lain, iaitu cuba memberi atau menerima mesej, seperti ingin bertanya tentang sesuatu. Di sini tingkah laku ingin bertanya itu menyebabkan orang kedua turut bertindak untuk berkomunikasi.

Page 27: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosialc. Melibatkan DiriSeseorang secara sukarela mengambil

bahagian dalam sesuatu aktiviti berkumpulan, seperti berbual-bual dengan beberapa orang lain. Di sini tingkah laku berbual akan menggalakkan ahli kumpulan turut mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Page 28: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosiald. BerundingSeseorang itu boleh membuat

perbincangan dengan ahli-ahli kumpulan tentang sesuatu masalah yang timbul, seperti berbincang untuk membuat sesuatu keputusan.

Page 29: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosiale. BekerjasamaSeseorang itu boleh bekerjasama

dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek seperti bekerjasama untuk membersihkan kawasan sekolah.

Page 30: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosialf. MenghakimSeseorang itu dapat bertindak untuk

mendamaikan sesuatu keadaan apabila terdapat perbezaan pendapat, seperti meleraikan satu pertengkaran.

Page 31: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosialg. MemulakanSeseorang itu dapat memulakan

sesuatu aktiviti berkumpulan yang baru, walaupun terpaksa menghadapi risiko tertentu, seperti berkhemah di tepi sungai.

Page 32: Kriteria Pemilihan Aktiviti Pendidikan Jasmani

Domain Sosialh. MenukarSeseorang itu berupaya

menukarkan gaya hidup ahli-ahli kumpulan kepada gaya hidup baru, seperti mencintai alam sekitar.