latihan ulangkaji edsc2102

3
Latihan Ulangkaji EDSC2102 DPLI SABK-KDC Amb.Nov 2014 1. Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal. (a) Nyatakan TUNJANG-tunjang yang menjadi dasar pendidikan menurut Islam. (b) Falsafah Pendidikan Timur turut menyumbang terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Buktikan implikasi-IMPLIKASI Falsafah Pendidikan Timur terhadap sistem pendidikan di Malaysia. 2.(a) Perenialisme berasaskan falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman Idealisme Plato dan Aristotle. Menurut fahaman Perenialisme, manusia adalah rasional, maka rasionaliti dan intelek disemai melalui pendidikan. Nyatakan fokus-fokus fahaman Perenialisme. (b) Menurut ahli-ahli falsafah pendidikan Essentialisme, guru perlu memainkan peranan membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat. Berikan implikasi-implikasi kenyataan kefahaman essentialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. 3 (a). Tokoh Pendidik Barat dan Timur telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan berkaitan falsafah, psikologi dan pedagogi. Terangkan pandangan-pandangan pengasas pendidikan progresif John Dewey tentang pendidikan.

Upload: alkangkung-ya

Post on 30-Jan-2016

123 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Latihan Ulangkaji EDSC2102

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Ulangkaji EDSC2102

Latihan Ulangkaji EDSC2102 DPLI SABK-KDC Amb.Nov 2014

1. Pendidikan menurut Islam merupakan usaha-usaha membaiki diri supaya membentuk sifat-sifat kesempurnaan sebagai manusia beriman, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan beramal.

(a) Nyatakan TUNJANG-tunjang yang menjadi dasar pendidikan menurut Islam.

(b) Falsafah Pendidikan Timur turut menyumbang terhadap perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.

Buktikan implikasi-IMPLIKASI Falsafah Pendidikan Timur terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

2.(a) Perenialisme berasaskan falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh fahaman Idealisme Plato dan Aristotle. Menurut fahaman Perenialisme, manusia adalah rasional, maka rasionaliti dan intelek disemai melalui pendidikan.

Nyatakan fokus-fokus fahaman Perenialisme.

(b) Menurut ahli-ahli falsafah pendidikan Essentialisme, guru perlu memainkan peranan membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat.

Berikan implikasi-implikasi kenyataan kefahaman essentialisme terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia.

3 (a). Tokoh Pendidik Barat dan Timur telah banyak memberikan sumbangan dalam bidang pendidikan berkaitan falsafah, psikologi dan pedagogi.

Terangkan pandangan-pandangan pengasas pendidikan progresif John Dewey tentang pendidikan.

(b) Aminuddin Baki (1926-1965) merupakan seorang tokoh pendidik negara kita yang terbilang. Beliau telah banyak berjasa dan menabur bakti dalam usaha peningkatan mutu pendidikan negara.

Nyatakan sumbangan-sumbangan berserta contoh beliau dalam usaha meningkatan mutu pendidikan negara.

Page 2: Latihan Ulangkaji EDSC2102

4.(a) Falsafah Pendidikan Guru dibentuk untuk menjadikan guru yang dinamik dan progresif selari dengan perkembangan teknologi masa kini.

Nyatakan peranan-peranan dengan contoh guru dalam merealisasikan hasrat falsafah tersebut.

(b) Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah hala tuju sistem pendidikan bagi meningkatkan status pendidikan negara bertaraf dunia.

Jelaskan dengan contoh bagaimana Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat meningkatkan sistem pendidikan negara ke tahap tersebut.

5(a) Dasar laissez-faire Inggeris dalam pendidikan sebelum merdeka telah memberi kesan kepada ketidakseragaman sistem pendidikan di Malaysia.

Jelaskan beserta contoh kesan-kesan tersebut.

(b) Laporan Razak menyatakan “...tujuan dasar pendidikan dalam negara ini adalah untuk menyatukan budak-budak daripada semua bangsa dalam negara ini dengan menggunakan satu peraturan pendidikan yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama dengan cara beransur-ansur.”

Bincangkan bagaimana syor-syor tersebut dapat mencapai tujuan yang dinyatakan di atas.

6. Setiap agama memandang kerjaya guru sebagai satu pekerjaan yang mulia dan dihormati. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru haruslah menyedari tugas dan amanah untuk membangunkan insan sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Guru.

(a) Jelaskan bagaimanakah ciri-ciri insan guru yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Guru.

(b) ”Kerjaya guru dianggap sebagai satu ibadah”.

Bincangkan pernyataan ini secara perbandingan antara mana-mana DUA agama berikut;

- Islam

- Kristian

- Buddha

- Hindu

Page 3: Latihan Ulangkaji EDSC2102

7. Model Kurikulum yang dikemukakan oleh Ralph W. Tyler telah dijadikan pedoman oleh guru-guru dalam perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).

(a) Jelaskan beserta contoh komponen Model Kurikulum Tyler dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

(b) Pengenalan dan pelaksanaan KBSR telah membawa banyak perubahan kepada sistem pendidikan negara.

Sejauh manakah implikasi utama KBSR telah mencapai matlamatnya dalam sistem pendidikan di Malaysia