latihan ulangkaji

Upload: qammarul-anuar-mohamed

Post on 13-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

SJH3013 - PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH

SJH3013 - PENTAKSIRAN DALAM PEMBELAJARAN SEJARAH

LATIHAN ULANGKAJI

Jawab semua soalan SOALAN STRUKTUR

1. Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung.

a. Dengan menggunakan pengurusan grafik, banding bezakan konsep pengujian dan pengukuran.

b. Nyatakan sebab guru perlu mengetahui kepentingan pentaksiran dalam pendidikan sejarah.

2. a.Skor yang diperoleh 12 orang pelajar dalam ujian Sejarah adalah seperti berikut:35, 23, 55, 35, 65, 67, 55, 35, 98, 88, 92, dan 72

Kira min, median dan mod bagi skor-skor di atas

b. MATA PELAJARANMARKAHMINSISIHAN PIAWAISKOR zSKOR t

BAHASA MELAYU80705+270

SEJARAH80888-140

MUZIK66565+270

Jadual 1: Data pencapaian Intan bagi Sejarah, Muzik dan Bahasa Melayu

Berdasarkan Jadual 1, bandingkan prestasi Intan dalam mata pelajaran Sejarah, Muzik dan Bahasa Melayu.

3. Perancangan penaksiran perlu dibuat dengan teliti agar data pencapaian pelajar yang diperoleh benar-benar tepat bagi melaporkan perkembangan murid-murid yang diajar.

Apakah yang akan berlaku jika sesuatu ujian tidak mempunyai Jadual Spesifikasi Ujian?

Jawab semua soalan -SOALAN ESEI

1. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Sebagai guru di sekolah, bincangkan bagaimana pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dapat memperbaiki kualiti pendidikan negara bertaraf dunia.

2. Sesuatu ujian yang berkualiti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya dapat memberi keputusan pencapaian murid dengan betul.

a) Berikan maksud dan jelaskan cara untuk meningkatkan kesahan sesuatu ujian.

b) Cadangkan faktor-faktor yang boleh mengakibatkan kebolehpercayaan item menjadi rendah.

3. Pilihan jawapanABCDBilangan pelajar

Kumpulan

Cemerlang8303849

Sederhana427121255

Lemah398424

Jumlah Pelajar15662324128

Jadual di atas menunjukkan bilangan murid dan pilihan jawapan bagi item 13 soalan aneka pilihan dalam satu ujian mata pelajaran Sejarah.

a) Kirakan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item 13. Adakah item ini baik dan berikan justifikasi anda.

b) Jelaskan bagaimana keputusan di atas dapat membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains?3