laporan sebelum big

2
LAPORAN SEBELUM BIG Pada 9,10,11 dan 12 Februari 2015, kami pelajar PISMP telah mengadakan satu Program Bina Insan Guru di SK Tanjong Lalang yang bertempat di Temerloh, Pahang. Program BIG adalah satu program yang perlu dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang menuntut di IPGM seluruh Malaysia. Untuk program BIG semester 4 ini, kami dikehendaki menjalankan 1 program khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli jawantankuasa kelas telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Kami seramai 87 orang guru pelatih, lima opsyen iaitu osyen Bimbingan dan Kaunseling, opsyen Bahasa Melayu, opsyen RBT, opsyen Matematik dan opsyen Pemulihan telah bergabung tenaga dalam menjalankan program BIG ini. Di samping itu BIG pada kali ini mewajibkan semua guru pelatih untuk bermalam selama 3 hari dan 2 malam di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan. Kami diberitahu bahawa institut kami juga akan membuat khidmat masyarakat dengan melukis mural di SK Wan Ibrahim. Institut kami telah bergabung tenaga bersama beberapa institut lain untuk menjalankan khidmat masyarakat ini. Secara keseluruhannya, semua kumpulan telah hampir siap untuk menyediakan bahan-bahan yang akan dibawa esok. Kami sekelas bekerjasama untuk membantu ahli-ahli lain yang belum

Upload: skymilo90

Post on 13-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

LAPORAN SEBELUM BIG

 

Pada 9,10,11 dan 12 Februari 2015, kami pelajar PISMP telah

mengadakan satu Program Bina Insan Guru di SK Tanjong Lalang yang

bertempat di Temerloh, Pahang. Program BIG adalah satu program yang perlu

dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang menuntut di IPGM seluruh Malaysia.

Untuk program BIG semester 4 ini, kami dikehendaki menjalankan 1

program khidmat masyarakat. Sebelum itu, seluruh ahli jawantankuasa kelas

telah beberapa kali bermesyuarat untuk menentukan organisasi untuk

menguruskan aktiviti di dalam program BIG ini. Sebelum program itu, pelbagai

persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet

dan lain-lain yang dirasakan perlu.

Kami seramai 87 orang guru pelatih, lima opsyen iaitu osyen Bimbingan

dan Kaunseling, opsyen Bahasa Melayu, opsyen RBT, opsyen Matematik dan

opsyen Pemulihan telah bergabung tenaga dalam menjalankan program BIG ini.

Di samping itu BIG pada kali ini mewajibkan semua guru pelatih untuk bermalam

selama 3 hari dan 2 malam di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan.

Kami diberitahu bahawa institut kami juga akan membuat khidmat masyarakat

dengan melukis mural di SK Wan Ibrahim. Institut kami telah bergabung tenaga

bersama beberapa institut lain untuk menjalankan khidmat masyarakat ini.

Secara keseluruhannya, semua kumpulan telah hampir siap untuk

menyediakan bahan-bahan yang akan dibawa esok. Kami sekelas bekerjasama

untuk membantu ahli-ahli lain yang belum siap dan kami juga menambahbaikkan

setiap kekurangan yang ada pada aktiviti yang kami jalankan. Hal ini bertujuan

untuk memastikan setiap bahan untuk aktiviti yang kami jalankan akan berjalan

dengan lancar.

Pada 9 Februari 2015, kami bersiap dan berkumpul di blok I untuk menaiki

bas ke SK Tanjong Lalang, Temerloh Pahang. Kami telah berkumpul di sana

pada 7.30 am dengan membawa beg dan keperluan persendirian yang telah

dinyatakan pada hari taklimat yang lalu.

Setelah selesai berkumpul kami diberikan sedikit taklimat ringkas oleh

Pengerusi BIG, Hamizan, opsyen Bahasa Melayu. Kami bertolak dari kampus

pada pukul 8.30 pagi. Perjalanan mengambil masa selama sepuluh jam

sehingga kami sampai di SK Tanjong Lalang.

Seterusnya, bas berhenti di sebuah sekolah, kami semua turun untuk

memunggah tilam-tilam tersebut. Tilam-tilam untuk dibawa bersama ke SK

Tanjong Lalang.

Bas tersebut sampai ke destinasi pada pukul 6.30 pm. Setibanya kami di

sana kami telah diberikan taklimat berkenaan keadaan tempat yang kami akan

tinggal. Pihak sekolah SK Tanjong Lalang telah memberi maklum balas yang

positif dengan niat suci kami iaitu mahu mengadakan program motivasi kepada

murid-muridnya. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan kami di

SK Tanjong Lalang.