laporan sdp

12
SINOPSIS CERITA “Akibat Angkuh Memakan Diri” mengisahkan perihal si Bunga Matahari yang angkuh akan kecantikan dirinya sendiri. Si Bunga Matahari yang bersahabat dengan Bunga Kertas (bunga yang baik hati dan penyabar) serta si Cendawan yang suka dirinya dipuji seperti mana pujian yang diperoleh oleh si Bunga Matahari. Cerita ini bermula apabila sepasang suami isteri, Mas Toyib dan isterinya, Si Neng yang asalnya hidup bahagia menjadi kian suram. Hal ini disebabkan mereka belum dikurniakan anak walaupun umur sudah mencecah setengah abad. Akhirnya, mereka mencuba hobi menanam bunga sebagai salah satu hobi yang dikongsi bersama untuk melupakan kekurangan yang terdapat dalam rumah tangga mereka. Pendek kata, si Bunga Matahari, Bunga Kertas dan Cendawan merupakan tanaman yang ditanam oleh Mas Toyib dan isterinya, Si Neng di halaman rumah mereka. Dalam hal itu, setiap hari si Bunga Matahari hidup dalam keadaan gembira dan ceria kerana merasakan dirinya yang paling sempurna di antara semua bunga yang ditanam oleh Mas Toyib dan Si Neng, isterinya. Rutin harian berulang pada setiap hari, bilamana si Bunga Matahari asyik mengutuk atau menyindir kehodohan rakan- rakan seperti si Bunga Kertas dan si Cendawan. Walaupun setiap hari dipersendakan oleh si Bunga Matahari, mereka tetap sabar dan cuba memahami perangai sahabatnya yang angkuh. Hari demi hari, sahabat-sahabatnya cuba menasihati si Bunga Matahari agar sentiasa bersyukur dan tidak riak akan kelebihan dirinya. Mereka

Upload: leslie-william-chin

Post on 26-Oct-2015

16 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Sdp

SINOPSIS CERITA

“Akibat Angkuh Memakan Diri” mengisahkan perihal si Bunga Matahari yang angkuh

akan kecantikan dirinya sendiri. Si Bunga Matahari yang bersahabat dengan Bunga

Kertas (bunga yang baik hati dan penyabar) serta si Cendawan yang suka dirinya dipuji

seperti mana pujian yang diperoleh oleh si Bunga Matahari. Cerita ini bermula apabila

sepasang suami isteri, Mas Toyib dan isterinya, Si Neng yang asalnya hidup bahagia

menjadi kian suram. Hal ini disebabkan mereka belum dikurniakan anak walaupun umur

sudah mencecah setengah abad. Akhirnya, mereka mencuba hobi menanam bunga

sebagai salah satu hobi yang dikongsi bersama untuk melupakan kekurangan yang

terdapat dalam rumah tangga mereka. Pendek kata, si Bunga Matahari, Bunga Kertas

dan Cendawan merupakan tanaman yang ditanam oleh Mas Toyib dan isterinya, Si

Neng di halaman rumah mereka.

Dalam hal itu, setiap hari si Bunga Matahari hidup dalam keadaan gembira dan

ceria kerana merasakan dirinya yang paling sempurna di antara semua bunga yang

ditanam oleh Mas Toyib dan Si Neng, isterinya. Rutin harian berulang pada setiap hari,

bilamana si Bunga Matahari asyik mengutuk atau menyindir kehodohan rakan-rakan

seperti si Bunga Kertas dan si Cendawan. Walaupun setiap hari dipersendakan oleh si

Bunga Matahari, mereka tetap sabar dan cuba memahami perangai sahabatnya yang

angkuh. Hari demi hari, sahabat-sahabatnya cuba menasihati si Bunga Matahari agar

sentiasa bersyukur dan tidak riak akan kelebihan dirinya. Mereka juga sentiasa

mengingatkan si Bunga Matahari agar tidak menyesal di lain hari, namun sindiran dan

gelak yang diterima oleh kawan-kawannya akibat nasihat yang diberikan kepada si

Bunga Matahari.

Namun, pada suatu hari, Ekang yang merupakan seorang budak perempuan

berperangai seperti seorang budak lelaki sedang membuat rancangan jahat. Dia ingin

merosakkan semua tanaman Mas Toyib dan isterinya yang dapat menarik

perhatiannya. Disebabkan keangkuhan si Bunga Matahari, akhirnya dia telah menjadi

mangsa si Ekang. Kelopaknya ditanggalkan satu persatu sehingga dia merasa sangat

kesakitan. Namun, semuanya telah terlambat. Penyesalan si Bunga Matahari kini

Page 2: Laporan Sdp

menjadi sia-sia kerana ‘nasi telah menjadi bubur’. Mas Toyib dan Si Neng yang merasa

sedih kerana tanamannya, si Bunga Matahari telah dirosakkan. Lantas mencantas

dahan si Bunga Matahari dan tamatlah riwayat si Bunga Matahari yang sombong.

Pengajaran dari cerita ini, kita sebagai manusia biasa hendaklah sentiasa

bersyukur akan semua pemberian dari Tuhan. Sekiranya kita memperoleh rupa fizikal

yang menarik dan menawan, gunakan kelebihan itu untuk tujuan kebaikan dan

bukannya untuk membanggakan diri mahupun menjatuhkan orang lain. Ingatlah semua

perkara yang baik dan jahat akan dibalas setimpal dengan perlakuan kita, cuma masa

yang menentukan sama ada cepat atau lambat pembalasan karma yang kita peroleh.

Page 3: Laporan Sdp

WATAK PERWATAKAN

i. Bunga Matahari

Watak utama.

Panas baran.

Sukakan pujian.

Sangat ceria dan suka menyanyi.

Bunga yang cantik tetapi bersikap angkuh.

Tidak suka bunga lain mengatasi kecantikannya.

Suka meninggi diri dan tidak mahu kalah dalam semua aspek.

ii. Bunga Kertas

Watak sampingan.

Sangat penyabar dan pandai menyanyi.

Amat menghargai hubungan persahabatannya.

Bunga yang baik hati dan sentiasa menasihati sahabatnya.

Bersikap bersahaja kerana dapat memaafkan sahabatnya yang angkuh.

iii. Cendawan

Panas baran.

Mudah tercabar.

Suka bersaing dengan Bunga Matahari.

Inginkan pujian yang setaraf dengan Bunga Matahari.

iv. Mas Toyib

Suami yang suka mengusik manja isterinya.

Seorang suami yang penyayang dan romantik

Hobi suka bercucuk tanam bersama isteri tercinta.

Seorang yang rajin dan sentiasa menerima isterinya seadanya.

v. Si Neng

Page 4: Laporan Sdp

Isteri yang penyabar.

Seorang isteri yang solehah.

Pasangan yang setia terhadap suaminya.

Berkongsi hobi yang sama dengan suaminya, iaitu bercucuk tanam.

vi. Ekang

Seorang budak perempuan yang berkelakuan seperti seorang budak

lelaki.

Bersikap sangat nakal dan hiperaktif.

Suka mengganggu atau merosakkan harta benda orang lain.

Suka lari dari tanggungjawab.

vii. Bunga-bunga lain

Sebagai latar sahaja yang terdiri daripada pelbagai jenis bunga seperti

Bunga Mawar, Bunga Raya, Bunga Orkid dan sebagainya.

UNSUR LAGU DALAM TEATER PERSEMBAHAN

Page 5: Laporan Sdp

BIL AUDIO BABAK CATATAN

1 Latar suasana kampung Babak 1 Audio suasana latar kampung

ditambah dalam Babak 1 sebelum

pencerita memulakan penceritaan

supaya kesan suasana tempat

berada di kampung dapat dirasai

oleh para penonton.

2 Audio tema animasi Jepun

‘Mojako’

Babak 1 Audio tema animasi Jepun

‘Mojako’ ditambah dalam Babak 1

untuk memperkenalkan watak.

Tujuan penambahan audio ini

supaya penonton dapat melihat

unsur kecindan dan unsur kanak-

kanak dalam cerita teater yang

dilakonkan.

3 Lagu : Pagi yang Gelap

Penyanyi : Hujan

Babak 1 Lagu asal ‘Pagi yang Gelap’ hasil

karya kumpulan Hujan telah

diubahsuai lirik untuk lagu yang

dinyanyikan oleh si Bunga

Matahari sebagai pembuka tirai

cerita. Lagu ini dinyanyikan secara

langsung oleh pemegang watak si

Bunga Matahari dengan iringan

alat muzik gitar.

4 Lagu : Pesta Muda Mudi

Penyanyi : Saloma

Babak 2 Audio ini ditambah dalam Babak 2

untuk mewujudkan suasana

bahagia di antara Mas Toyib dan

Page 6: Laporan Sdp

isterinya, si Neng. Dalam ‘scene’

ini, Mas Toyib tiba-tiba mengajak

isterinya untuk menari bersama

apabila audio ini tiba-tiba

dimainkan oleh radio dari dalam

rumah mereka.

5 Lagu : Lelaki Seperti Aku

Penyanyi : Alif Satar

Babak 3 Lagu asal ‘Lelaki Seperti Aku’ hasil

karya Alif Satar telah diubahsuai

lirik untuk lagu yang dinyanyikan

oleh si Bunga Kertas sebagai lagu

sindiran terhadap si Bunga

Matahari yang sentiasa angkuh

akan kecantikan dirinya.

6 Lagu : Pohon Beringin

Penyanyi : Latifa Omar

Babak 5 Lagu asal ‘Pohon Beringin’ hasil

karya Latifa Omar telah diubahsuai

liriknya untuk lagu yang

dinyanyikan oleh si Bunga

Matahari. Lagu ini dinyanyikan

untuk menyampaikan rasa

kesedihan dan penyesalan yang

dialami oleh si Bunga Matahari.

REFLEKSI

Page 7: Laporan Sdp

Bersyukur kepada Tuhan kerana berkat dan cinta kasih-Nya, akhirnya saya

dapat menyiapkan tugasan projek bagi subjek WAJ 3107, iaitu Seni Dalam Pendidikan.

Secara umumnya, subjek ini membincangkan hal-hal berkaitan cara guru

mengendalikan kelas dengan memasukkan unsur seni, muzik dan pergerakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat utama subjek ini adalah untuk

membentuk kreativiti dalam kalangan guru supaya para guru yang mengikuti kursus ini

mempunyai kemahiran dan kreativiti dalam merancang pengajaran dan pembelajaran

secara interaktif, di samping menggunakan pelbagai unsur seperti muzik, seni visual

dan pergerakan dalam sesuatu pengajaran.

Dalam tempoh masa menyiapkan tugasan projek ini, saya telah memperoleh

banyak pengalaman baharu sama ada dari aspek kekuatan yang saya miliki semasa

melaksanakan tugasan ini, masalah atau kelemahan yang dihadapi dan langkah

penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Bagi aspek kekuatan, kekuatan yang saya

miliki dalam melaksanakan tugasan ini ialah saya dapat menghasilkan skrip sendiri.

Pada asalnya, projek bagi subjek ini ialah membuat satu teater kanak-kanak yang

menekankan unsur kecindan dan pengajaran serta memasukkan unsur muzik, seni dan

pergerakan dalam persembahan. Saya dengan berani telah menyahut cabaran untuk

membuat skrip ini.

Namun begitu, masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mempunyai sebarang

kemahiran untuk membina skrip. Hal ini kerana dari dulu lagi saya belum terdedah

dengan cara membuat skrip. Boleh dikatakan aspek menulis skrip ini adalah aspek

yang paling sukar. Sebagai langkah penambahbaikan, saya seharusnya cuba mencari

pelbagai sumber untuk dijadikan contoh, kemudian mengaplikasikan dalam membina

skrip. Selanjutnya, kekuatan kedua saya yang kedua dalam menyiapkan tugasan bagi

subjek Seni Dalam Pendidikan ini ialah berpeluang berinteraksi bersama pensyarah

dan rakan-rakan. Interaksi yang dijalankan, secara tidak langsung dapat melatih saya

untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang

guru yang berkualiti kelak. Namun begitu, kelemahan dalam tempoh masa pelaksanaan

kerja kursus, saya kurang membuat kolaborasi bersama pensyarah secara individu

Page 8: Laporan Sdp

tetapi hanya dalam kumpulan. Saya tidak merebut peluang yang diberikan dengan baik

walhal pensyarah bagi subjek WAJK 3107 adalah seorang pensyarah yang “open” serta

memahami para pelajarnya. Saya seharusnya bijak dalam membuat sebarang

keputusan. Sebagai langkah penambahbaikan lagi, saya akan membuat sebanyak

mana kolaborasi yang termampu dengan mana-mana pensyarah untuk kerja kursus

bagi subjek yang lain.

Kekuatan lain ialah belajar untuk mengawal keadaan. Hal ini berkaitan dengan

kelemahan saya mengawal tekanan. Hal ini berlaku adalah disebabkan kegagalan saya

untuk membahagi-bahagikan masa secara sistematik. Akibatnya, saya telah dibanjiri

dengan pelbagai kerja kursus pendek mahupun tugasan projek sekali gus. Perkara ini

amat membebankan saya dan hampir membuatkan saya putus harapan untuk

menyiapkan tugasan ini. sebagai langkah penambahbaikan, saya perlu merancang

jadual waktu melaksanakan kerja kursus. Sebagai seorang bakal guru, saya hendaklah

mempunyai pengurusan masa yang baik kerana saya percaya, seorang guru yang

produktif adalah guru yang bijak mengurus masa. Hal tersebut jelas menunjukkan, saya

mestilah bijak mengurus masa dan mengatur strategi untuk memulakan atau

menyiapkan sesuatu tugasan itu.

Kekuatan seterusnya, saya dapat memotivasikan diri saya untuk mencari bahan-

bahan dan merujuk pelbagai sumber dalam mencari maklumat tugasan. Namun,

kelemahan yang saya hadapi ialah bahan-bahan dan sumber-sumber rujukan adalah

terhad. Kebanyakan bahan-bahan rujukan dari Internet merupakan rujukan yang sama.

Hal ini dikatakan kerana banyak sumber rujukan yang lain, tidak dapat dilawati

disebabkan sekatan yang dibuat oleh pihak institut terhadap banyak laman sesawang

dalam Internet. Perkara ini bertambah parah lagi, apabila sumber buku rujukan di pusat

sumber kampus dan Perpustakaan Cawangan Tuaran adalah sangat terhad. Sebagai

langkah penambahbaikan, saya harus berfikiran postif dan rasional. Mungkin

perpustakaan kekurangan sumber bahan-bahan, namun alternatif lain boleh digunakan.

Misalnya, berkolaborasi bersama pensyarah, senior mahupun rakan-rakan seunit atau

meminjam buku rujukan secara terus dari para senior mahupun dari pensyarah.

Page 9: Laporan Sdp

Secara keseluruhannya, tugasan projek bagi subjek WAJ 3107 ini, dapat

memberikan banyak manfaat dan membuatkan diri saya lebih mencintai profesion yang

mulia ini serta menambah lagi semangat untuk menjadi seorang bakal guru yang

berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi

agama, bangsa dan negara.