laporan program bina insan guru

2
LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN TAHUN 2015 Guru pelatih semester lima dikehendaki menglibatkan diri dalam sebuah Program Bina Insan Guru (BIG). Pada 14 Februari 2015 yang lalu, Guru pelatih semester lima menghadiri sebuah ceramah yang bertajuk Pengurusan Pendidikan bagi memenuhi BIG kali ini. Ceramah kali ini mengandungi perkara perkara seperti Guru Dan Perundang, Akta 550 (1996), Pekeliling Perkhidmatan serta Peranan Dan Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Tepat jam pukul 8.45 pagi semua guru pelatih telah berkumpul Balai Ilmu, IPGK Tun Hussein Onn untuk mengambil kehadiran semua guru pelatih. Tujuan Program Bina Insan Guru diadakan untuk memenuhi prasyarat kursus WAJ 3114 Bina Insan Guru dan bagi menimba ilmu pengetahuan yang baharu. Penceramah telah tiba ke Balai Ilmu tepat pukul 9.00 pagi. Ceramah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu IPTHO. Diikuti dengan bacaan Doa dan juga ucapan alu- aluan pengerusi BIG. Setelah itu, peveramah memulakan ceramah beliau pada pukul 9.45 pagi. Nama penceramah ialah EN.Mohsin Bin Ibrahim. Beliau memulakan ceramahnya dengan satu persembahan powerpoint yang menjelaskan tentang perjalanan sebelum semasa dan selepas menjadi seorang guru. Beliau telah menjelaskan tentang guru dan perundangan. Dalam konteks pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993 dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Oleh itu, Peraturan- peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Tanpa membuang masa penceramah menjelaskan tentang Akta 550 (1996). Terdapatnya pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen. Beliau telah menjelaskan secara keseluruhan supaya kami cepat faham. Sebagai bakal guru, kami juga dapat memahami akta 550 (1996) supaya menjadikan satu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia. Tambahan pula, beliau menerangkan tentang pekeliling perkhidmatan. Tujuan pekeliling perkhidmatan adalah melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum hingga Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Upload: phillip-mendez

Post on 16-Jan-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Bina Insan Guru

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

TAHUN 2015

Guru pelatih semester lima dikehendaki menglibatkan diri dalam sebuah Program Bina

Insan Guru (BIG). Pada 14 Februari 2015 yang lalu, Guru pelatih semester lima menghadiri

sebuah ceramah yang bertajuk “Pengurusan Pendidikan” bagi memenuhi BIG kali ini. Ceramah

kali ini mengandungi perkara – perkara seperti Guru Dan Perundang, Akta 550 (1996),

Pekeliling Perkhidmatan serta Peranan Dan Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Dan

Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Tepat jam pukul 8.45 pagi semua guru pelatih telah

berkumpul Balai Ilmu, IPGK Tun Hussein Onn untuk mengambil kehadiran semua guru pelatih.

Tujuan Program Bina Insan Guru diadakan untuk memenuhi prasyarat kursus WAJ 3114 Bina

Insan Guru dan bagi menimba ilmu pengetahuan yang baharu.

Penceramah telah tiba ke Balai Ilmu tepat pukul 9.00 pagi. Ceramah dimulakan dengan

nyanyian lagu Negaraku dan lagu IPTHO. Diikuti dengan bacaan Doa dan juga ucapan alu-

aluan pengerusi BIG. Setelah itu, peveramah memulakan ceramah beliau pada pukul 9.45 pagi.

Nama penceramah ialah EN.Mohsin Bin Ibrahim. Beliau memulakan ceramahnya dengan satu

persembahan ‘powerpoint’ yang menjelaskan tentang perjalanan sebelum semasa dan selepas

menjadi seorang guru. Beliau telah menjelaskan tentang guru dan perundangan. Dalam konteks

pendidikan, setiap guru harus memahami sepenuhnya peraturan Kelakuan dan Tatatertib 1993

dan telahpun dibuat pindaannya pada 2002. Oleh itu, Peraturan-peraturan Pegawai Awam

(Kelakuan dan Tatatertib) telah diperkenalkan untuk menjadi panduan kepada guru dan kaki

tangan kerajaan yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Tanpa membuang masa penceramah menjelaskan tentang Akta 550 (1996).

Terdapatnya pendahuluan pada Akta 550 yang menyatakan kepentingan dan hala tuju Dasar

Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi landasan kepada Dasar

Pendidikan Kebangsaan. Akta 550 dibahagikan kepada 16 bahagian dengan 156 seksyen.

Beliau telah menjelaskan secara keseluruhan supaya kami cepat faham. Sebagai bakal guru,

kami juga dapat memahami akta 550 (1996) supaya menjadikan satu misi untuk menghasilkan

sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi mencapai aspirasi negara Malaysia.

Tambahan pula, beliau menerangkan tentang pekeliling perkhidmatan. Tujuan pekeliling

perkhidmatan adalah melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai penambahbaikan struktur

Jadual Gaji Minimum hingga Maksimum (JGMM) bagi pegawai Perkhidmatan Awam

Persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Page 2: Laporan Program Bina Insan Guru

Peceramah juga memberi maklumat tentang Peranan Dan Fungsi Jabatan Pelajaran

Negeri (JPN) Dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). JPN akan menyediakan anggaran

belanjawan dan menguruskan perbelanjaan jabatan dengan berkesan. JPN juga

mengendalikan dan menguruskan hal perkhidmatan dan pentadbiran bagi semua pegawai dan

staf sokongan. Jika dilihat dari aspek Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan JPN

Memastikan pengurusan pembangunan kemanusiaan murid-murid diseluruh sekolah rendan

menengah negeri dirancang dan dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Tambahan pula,

membantu pembangunan sahsiah dan kawalan displin murid disekolah rendah dan menengah

diurus dengan baik.

Berikut adalah Peranan Dan Fungsi PPD. Mewakili JPN dalam segala urusan

pentadbiran jabatan di peringkat daerah. Bertanggung jawab mengenai perjalanan pentadbiran

dan mengenai pertukaran dan penempatan guru-guru di sekolah termasuk urusan perlantikan,

penempatan dan penamatan GSTT dan Guru Ganti. PPD juga akan mencadangkan

penempatan dan pertukaran penyandang jawatan kenaikan pangkat dan jawatan pengurusan

serta jawatan kanan. PPD Bertanggungjawab mengenai pertukaran dan penempatan murid-

murid sekolah di dalam daerah.

Penceramah memberi masa kepada guru pelatih bagi sesi soal jawab. Selepas itu, guru

pelatih diminta ke kantin untuk menjamu makan tengah hari yang telah disediakan.

Disediakan Oleh:

____sumithara___

SUMITHARA A/P MANUGARAN

GURU PELATIH SEMESTER 5

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor