refleksi program bina insan guru fasa 3 2013 khidmat masyarakat
Embed Size (px)
DESCRIPTION
bina insan guruTRANSCRIPT

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 3 2013
Nama : Norlinah Binti Rais
Unit : PISMP Bahasa Melayu (SJKT) ambilan Januari 2012
Khidmat Masyarakat
PISMP Ambilan Januari 2012 telah mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG)
yang melibatkan dua kategori iaitu khidmat masyarakat dan juga seminar atau
bengkel. Unit kami seramai enam opsyen telah dibahagikan kepada tugasan
masing-masing. Opsyen kami iaitu PISMP Bahasa Melayu (SJKT) diarahkan untuk
meratakan tanah kawasan khemah utama tapak perkhemahan IPG Kampus Kent.
Pada 26 April 2012 yang lepas, opsyen saya telah menerima tugasan untuk
meratakan tanah kawasan khemah utama IPG Kampus Kent. Sebelum memulakan
tugasan, kami diberi sedikit taklimat daripada Encik Amidy Bin Malagob, penyelaras
BIG bagi semester ini berkaitan tugas-tugas yang perlu kami laksanakan. Antara
tugasan yang perlu dibahagikan ialah mencedok pasir, mengangkat tanah,
menggunakan kereta sorong dan ada beberapa tugas kecil. Oleh itu, kami seramai
20 orang telah dibahagikan kepada tugasan-tugasan tersebut. Tepat jam 2 petang
kami melaksanakan tugasan yang telah diberikan.
Saya bersama beberapa rakan yang lain telah menerima tugasan untuk
mengangkat tanah untuk diletakkan ke kawasan khemah induk untuk diratakan.
Sebanyak 6 longgok tanah yang perlu kami ratakan di kawasan khemah induk. Bagi
saya, tugasan atau kerja sebegini memang amat mencabar yang memerlukan
kekuatan dan kesabaran dalam menghadapinya. Saya kuatkan semangat dengan
membina kerjasama bersama rakan yang lain agar kerja yang susah menjadi
mudah. Namun, apa yang lebih menyukarkan lagi kerja kami ialah hujan turun
dengan lebatnya sehingga membasahi pakaian dan juga tanah tersebut. Walau
bagaimanapun, kami terpaksa menyiapkan tugasan dan kerja ini kerana tidak ingin
bertangguh. Kami menganggap hujan tersebut sebagai rahmat dan berkat kepada
khidmat masyarakat yang kami lakukan ini.

Saya berasa sangat senang kerana walaupun hujan, kami masih tetap
mampu bergelak tawa dan gembira melaksanakan kerja yang diberikan. Semua
melaksanakan tugasan dengan hati yang ikhlas tanpa merungut kesakitan atau
kepenatan. Saya berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan teman yang sehebat
dan sebaik mereka. Alhamdulillah. Susah dan senang biarlah kita rasakan bersama.
Selain itu, kami juga melaksanakan kerja yang sepatutnya bukan menjadi
tugas kami iaitu meratakan batu di kawasan memasak. Tugasan ini agak berat
sedikit kerana batu lebih berat berbanding dengan pasir. Namun, kami semua tidak
merungut atau menolak dengan kerja yang diberikan. Kami berusaha untuk
menyiapkannya walaupun dalam keadaan yang penat dan basah kuyup. Kami
bersama bekerjasama untuk meratakan batu di kawasan memasak. Saya percaya,
kerjasama yang utuh pasti akan membuahkan hasil bak kata pepatah ‘yang berat
sama dipikul, yang ringan sama dijinjing’. Begitulah peribahasa yang dapat
menggambarkan kerjasama antara kami sekelas.
Tepat jam4.30 petang, tugasan dan kerja kami selesai kesemuanya. 6
longgok tanah telah kami ratakan dan kawasan memasak juga telah siap
diselenggarakan. Walaupun sukar namun kami semua berupaya untuk
menanganinya. Syukur alhamdulillah.

Aktiviti Khidmat Masyarakat

