aseimen big sem 6

Upload: sharifah-nur-rasyidah

Post on 14-Jan-2016

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

TARIKH HANTAR 19 SEPTEMBER 2014NAMA GURU PELATIH:SHARIFAH NUR RASYIDAH BINTI SYED MOHD ZAINAL AL-BIDIN(920124-03-5080)NAMA PENSYARAH (TUTOR KUMPULAN) :DR.MASHUDI BAHARITARIKH MULA 12 JULAI 2014TAJUK PROGRAM: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (MAJOR BAHASA MELAYU)SEMESTER: 6 AMBILAN JANUARI 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS BAHASA MELAYU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

TUGASAN BINA INSAN GURU (BENCHMARKING)

TAJUK TUGASAN: BINA INSAN GURU (BENCHMARKING)

KUMPULAN:PISMP SEMESTER 6A AMBILAN JANUARI 2012

SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Halaman1.0 Pengenalan 1 2.0 Tujuan/ Objektif 33.0 Kandungan 4 - 8 Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang/ Guru Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang/ APC

4.0 Refleksi kendiri 9 -105.0 Penutup 11 Lampiran 12 - 13

1.0 Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dirangka khas bagi memenuhi keperluan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) bagi memenuhi syarat mendapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi. Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 ini adalah berfokus kepada memberikan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab profesional keguruan. Fokus aktiviti ini adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap peri pentingnya membina kualiti peribadi dan prosefesional sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti dan peranan serta tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara. Secara keseluruhannya, ia berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimimpinan sekolah yang berkesan.

2.0 Tujuan/ ObjektifMelalui tugasan (benchmarking) ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:

1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.

3.0 LAPORAN REFLEKSI BINA INSAN GURU SEMESTER 6GURU CEMERLANG/ GURU PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SEK.KEB. PARIT SERONG, 45550 TANJONG KARANG, SELANGORSemasa menjalani praktikum fasa 11 di Sek. Keb. Parit Serong, Tanjong Karang, Selangor, saya telah dimaklumkan tentang seorang guru cemerlang yang merupakan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) bagi tahun 2014. Beliau ialah Puan Sarimah bt Sulong, iaitu seorang guru Muzik, Matematik dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.PUAN SARIMAH BINTI SULONGPuan Sarimah ketika ditemubual.

Setelah mendapat sedikit banyak maklumat mengenai beliau yang diberitahukan oleh guru besar SKPS, iatu Tn Hj Ahmad Yusak b. Tukiman pada hari pertama melaporkan diri di sekolah, maka pada minggu pertama tersebut, saya bersama rakan-rakan praktikum yang lain telah menemui beliau untuk menemubual dengan lebih lanjut. Berikut adalah kandungan utama sesi temubual tersebut: Inovasi Pedagogi Guru Cemerlang/ Guru Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Guru Cemerlang Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang/ APCPuan Sarimah bt. Sulong merupakan guru cemerlang yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang bagi tahun 2014. Beliau merupakan guru muzik bagi kesemua kelas dalam setiap tahun persekolahan, guru Pendidikan Jasmani bagi tahun 5 dan guru matematik bagi tahun 1 dan 2. Menurut beliau, anugerah APC telah disandangnya buat kali pertama pada tahun 2004 sebelum menyandangnya semula 10 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2014. Apabila ditanya usaha untuk menjadi guru penerima anugerah APC, beliau mengatakan bahawa semuanya datang apabila adanya keikhlasan semasa mengajar dan mendidik murid-murid. Beliau tidak pernah berhajat untuk menerima aungerah atas jasanya, tetapi lebih kepada untuk memanusiakan anak-anak bangsa. Namun demikian, kesungguhannya dalam mengajar telah membuka banyak mata terutama pihak pentadbir tertinggi sekolah, iaitu guru besar sebelum mencalonkan namanya ke PPD. Selain menjadi guru untuk tiga mata pelajaran yang berbeza, beliau juga memegang banyak tugas penting di sekolah yang digredkan sebagai Sekolah Kurang Murid dengan bilangan murid 213 orang dengan 23 orang guru. Antara tugas beliau termasuklah guru SPBT, guru penasihat kelab budaya, dan beberapa tugas-tugas sampingan yang lain. Sebagai satu-satunya guru SPBT yang bertanggungjawab dalam pengurusan buku-buku teks sekolah, beliau sering datang ke sekolah pada waktu petang dan hujung minggu untuk menyiapkan dan mengurus hal-hal berkaitan buku-buku sekolah. Tanpa adanya pembantu khas, maka anak-anaklah yang sering menjadi pembantu tidak bergaji beliau. Menurutnya, apabila mempunyai keperluan tertentu dalam SPBT dan sekiranya ada kelapangan, beliau akan datang bersama-sama anak-anaknya ke sekolah sama ada pada waktu petang atau hujung minggu untuk mengurus segala hal yang berkaitan SPBT. Begitu juga penubuhan kelab budaya yang baru ditubuhkan atas inisiatif beliau sebagai kesedaran seorang guru muzik yang menjurus ke arah menjulang seni budaya negara. Oleh itu, beliau telah menubuhkan kelab seni budaya yang terdapat pelbagai aktiviti berkaitan seni kebudayaan negara seperti seni kompang, tarian tradisional, dan pelbagai aktiviti lain. Usahanya dalam memartabatkan seni budaya semakin dikenal ramai apabila sekumpulan murid-murid dari kelab seni budaya merupakan kumpulan kompang khas yang diundang setiap kali mendapat jemputan majlis-majlis kahwin atau sambutan tertentu sama ada di kampung berdekatan atau di bandar.

Puan Sarimah ketika sesi latihan kompang.

Apabila ditanya amalan beliau semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah, beliau mengamalkan ketegasan dalam kelembutan. Hal ini bermaksud beliau akan bersifat tegas semasa mengajar untuk membentuk disiplin murid namun ketegasan bukan sepanjang masa sehinggakan membuatkan suasana kelas menjadi tegang. Sebaliknya beliau juga berlembut untuk menyentuh hati murid supaya dekat dengan pelajaran. Beliau memang dikenali sebagai seorang guru yang garang dengan suara yang lantang dan besar. Namun, beliau menggunakan kelebihan tersebut dalam situasi yang hanya digunakan apabila perlu. Sebagai contohnya, semasa beliau mengajarkan mata pelajaran muzik, beliau akan menggunakan pendekatan yang lebih santai dengan murid-murid sehingga murid-murid berasa seronok apabila belajar muzik. Namun, apabila tiba pengajaran pendidikan jasmani dan matematik, beliau akan mengubah pendekatan tersebut dengan sikap yang lebih tegas bertujuan agar murid tidak lari fokus terhadap pelajaran kerana memikirkan keseronokan semata-mata. Malahan, murid-murid sendiri sudah terbiasa dengan corak begini dan patuh dengan segala yang diinginkan oleh beliau.Selain itu, sebagai satu-satunya guru muzik di sekolah ini, beliaulah yang banyak memberikan sumbangan dalam setiap kali perlunya persembahan di sekolah atau sebarang pertandingan yang melibatkan nyanyian. Hasil kesungguhan beliau, banyak kumpulan dari pelbagai tahun berbeza yang berbakat dalam persembahan koir. Persembahan koir di bawah latihan beliau amatlah kreatif dengan keunikan tersendiri.Secara keseluruhannya, beliau merumuskan bahawa segala yang dilakukannya sebagai pendidik bukanlah semata-matanya untuk membuka mata orang sekeliling atau untuk mendapatkan penghargaan, sebaliknya beliau mengajar dan berbakti tulus daripada hati yang ikhlas untuk memberikan manfaat atas segala ilmu yang beliau ada. Menurut beliau, pengiktirafan dan penghargaan akan datang dengan sendirinya apabila kita terlebih dahulu mengejar usaha tanpa melihat kepada segala pengiktirafan yang akan datang. Apabila mendidik dari hati, segalanya nanti akan diteliti orang walaupun tanpa diminta. Pengiktirafan menerusi anugerah yang diterimanya ini dianggapnya sebagai motivasi untuk melakukan amanah yang diberikan dengan lebih baik kerana menurutnya beliau masih belum puas mengajar dan mencurahkan sepenuh ilmu kepada murid.

4.0 Refleksi kendiriSetelah saya melaksanakan tugasan ini, iaitu menemubual guru cemerlang semasa tempoh berpraktikum di Sekolah Kebangsaan Parit Serong, banyak perkongsian ilmu yang telah saya peroleh. Hasil perkongsian pengalaman bersama guru cemerlang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, iaitu Puan Sarimah bt Sulong, banyak pengetahuan yang juga saya peroleh. Terutamanya dalam bidang perguruan. Saya sebagai bakal guru yang akan ditempatkan mengajar suatu ketika nanti terasa peri pentingnya pengalaman guru-guru yang sudah lama berkhidmat sebagai bekalan persediaan kepada saya. Ternyata bidang perguruan bukanlah suatu bidang yang mudah jika tiada kekuatan jasmani, mental, rohani, emosi, dan sosial yang seimbang.Daripada pengalaman dan cabaran dalam pendidikan yang dikongsikan guru cemerlang yang ditemubual, saya dapat merasakan perubahan mentaliti kepada diri saya sendiri. Pertama, pemikiran saya terhadap bidang perguruan itu sendiri yang sebelum ini saya menganggapnya sebagai kerja mudah berbanding kerja-kerja lain telah sepenuhnya berubah. Hal ini kerana pemikiran saya tidak seperti realiti yang saya hadapi dalam dunia yang semakin mencabar pada masa akan datang. Guru sekarang bukanlah seperti guru yang dahulu dan murid sekarang bukanlah seperti murid yang dahulu. Apatah lagi, kemodenan merentasi segalanya ditambah peraturan disiplin yang dikenakan kepada murid yang bagi saya lebih longgar. Sebagai contohnya, larangan mendenda murid dalam sebarang bentuk perlakuan yang melibatkan fizikal. Malahan, menjeling murid sekali pun dilarang. Jadi, apalah kekuatan guru sebagai benteng untuk menangkis sikap murid yang pastinya lebih mencabar dengan segala peraturan yang dibuat ini?

Kekuatan guru sekarang ialah pada kekuatan dalaman dan kemahiran menguasai murid. Pastikan guru lebih aktif berbanding murid. Inilah antara kata-kata yang diujarkan oleh Puan Sarimah dalam temubual tersebut. Benar dan saya akui kewajarannya. Pengalaman beliau yang telah hampir 20 tahun mengajar banyak dikongsikan bersama dan pastinya pengalaman ini memberikan seribu satu perubahan dalam diri saya. Terutamanya dalam mempersiapkan diri saya sendiri dalam menghadapi pelbagai karenah murid, tanggungjawab seorang guru dan juga warga sekolah dan pastinya agen perubahan masyarakat. Benar, tanggungjawab seorang guru bukan sekadar mengajar, tetapi melebihi segalanya. Paling penting, dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti lagi bermutu dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara.Segala pengalaman yang dikongsikan bersama Puan Sarimah akan saya jadikannya sebagai insipirasi dan harapan kepada diri saya untuk mencontohi kesungguhan, keikhlasan, usaha guru cemerlang ini dalam memastikan keberkesanan pedagogi yang menjadi amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Segala komitmen yang dilaksanakan dengan baik oleh beliau akan saya jadikan ikutan dan berusaha untuk menjadi lebih terbaik bukan untuk mengejar pengiktirafan atau pujian tetapi sebagai dorongan untuk melaksanakan obligasi dengan lebih baik. Saya ingin memetik kata-kata terakhir Puan Sarimah yang mengatakan, Kejayaan seseorang guru bukanlah apabila dia mendapat anugerah tetapi apabila dia melihat seorang demi seorang anak murid menjadi seseorang yang lebih baik dalam kehidupannya.Keikhlasan mengajar dan mendidik sememangnya akan membuahkan pelbagai perkara yang indah kemudiannya. Hal ini kerana kita tidak akan menjadi guru yang mudah merungut, mengeluh apabila kita menganggap tugas dan peranan kita adalah satu kerja yang ikhlas demi melahirkan modal insan yang dapat memberikan sumbangan kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang. Untuk ini, saya akan berusaha mengubah diri ke arah yang lebih baik dari semasa ke semasa terutamanya dalam membiarkan diri sentiasa ikhlas dalam melaksanakan sebarang tugasan agar saya sendiri berasa seronok dengan perkara yang saya lakukan tanpa merasakannya sebagai suatu beban yang akhirnya kita akan mendapat letih semata-mata.5.0 PenutupSebagai kesimpulannya, tugasan ini bukan sekadar melengkapkan tugasan BIG semata-mata tetapi mampu menyuntik semangat dan memberikan saya inspirasi dalam menjadi bakal guru yang lebih cemerlang dalam segala hal. Ternyata tujuannya dalam memberikan kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap aspek-aspek yang berkaitan mandat perundangan dan peraturan pendidikan yang perlu dipatuhi dan dijadikan panduan dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab profesional keguruan dapat dicapai.Selain itu, fahaman saya terhadap peri pentingnya dalam membina kualiti peribadi dan prosefesional sebagai seorang insan guru yang mulia, peranan guru sebagai pendidik dan agen perubahan masyarakat, kepentingan hubungan komuniti dan peranan serta tanggungjawab guru dalam memberikan perhidmatan berkualiti dalam menjayakan dasar-dasar dan wawasan pendidikan negara juga lebih tertumpu dan terarah. Hal ini demikian kerana menerusi perkongsian pengalaman daripada guru cemerlang yang ditemubual yang turut memberikan sedikit banyak pengetahuan kepada saya dalam proses mempersiapkan diri dengan ilmu pendidikan untuk menjadi bakal guru yang lebih baik.

Lampiran Gambar-gambar sekitar temubual bersama Puan Sarimah, penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC).

TUGASAN BINA INSAN GURU SEMESTER 6 2