psv sem 3.docx

24
3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR Pengenalan Pendidikan Seni Visual merupakan satu proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetika dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Ia juga merupakan mata pelajaran wajib yang mesti di pelajari oleh semua murid dalam KBSR. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Murid memerlukan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang kesenian, reka bentuk dan teknologi untuk menempuh alam kehidupan selepas zaman persekolahan.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antaranya ialah; (a) Melukis dan membuat gambar (b) Membuat corak dan rekaan (c) Membentuk dan membuat binaan (d) Mengenal kraf tradisional PSV3104 1

Upload: nieycute

Post on 07-Apr-2016

105 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

PengenalanPendidikan Seni Visual merupakan satu proses penghasilan karya seni

dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan mengenai

perasaan estetika dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid. Ia juga

merupakan mata pelajaran wajib yang mesti di pelajari oleh semua murid dalam

KBSR. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah

untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Murid memerlukan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti dalam bidang

kesenian, reka bentuk dan teknologi untuk menempuh alam kehidupan selepas

zaman persekolahan.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual. Antaranya ialah;

(a) Melukis dan membuat gambar

(b) Membuat corak dan rekaan

(c) Membentuk dan membuat binaan

(d) Mengenal kraf tradisional

PSV3104 1

Page 2: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Bidang MenggambarBidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap

aspek melukis serta kegiatan menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik

yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Dalam bidang ini

murid juga diperkenalkan kepada pelbagai bahan dari segi sifat dan fungsinya.

Selain itu murid berpeluang mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman melukis

mereka menggunakan pelbagai media dan teknik yang berbeza.

Teknik yang digunakan dalam aktiviti menggambar dapat diperhatikan dalam

carta di bawah.

PSV3104 2

TEKNIK MENGGAMBAR

Catan

Capan

Cetakan

Resis

Gosokan Montaj

Kolaj

Gurisan Lukisan

Mozek

Stensilan

Percikan

Page 3: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Bidang Membentuk Corak dan Rekaan

Bidang membuat corak dan rekaan memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya

menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh dipadankan kepada

mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak

terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif dibuat secara

terkawal atau bebas. Corak boleh didapati daripada pelbagai rupa dan bentuk

seperti:

Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu,serangga dan haiwan.

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting.

Geometri seperti bulat, segiempat dan segitiga.

Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

Abjad rumi, tulisan jawi, tulisan Cina, tulisan Tamil serta angka.

Jenis dan susunan corak dalam bidang membentuk corak dan rekaan ini pula terdiri

daripada:

a) Penuh b) Turun satu suku c) Turun tiga suku

d) Turun e) Sisik ikan f) Selang seli

g) Siku keluang h) Pucuk rebung i) Batu bata

j) Tunggal k) Berpusat l) Sendeng

m) Berombak n) Jidar o) Berjalur

p) Cerminan q) Tampak dam dan tampak catur

PSV3104 3

AK

TIV

ITI

ME

MB

EN

TUK

C

OR

AK

DA

N R

EK

AA

N

TIDAK TERANCANGTERANCANG

Titisan

Ikat dan celup

Tiupan

Pualaman

Renjisan dan percikanLipatan dan guntingan

Kaligrafi

Cetakan

Catan

Kolaj

Capan

Resis Mozek

Page 4: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Bidang Membentuk dan Membuat BinaanBidang membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan

persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan

kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas

apabila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Dalam bidang ini,

murid turut diperkenalkan dan didedahkan dengan penggunaan pelbagai bahan, alat

dan teknik penghasilan. Dengan ini murid berpeluang berinteraksi secara kreatif

dengan alat dan bahan semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Aktiviti bidang membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah adalah

seperti pada rajah di bawah:

Tema dan subjek bidang membentuk dan membuat binaan ialah:

a) Alam sekitar

b) Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi penulis

c) Aliran dan tema sejagat

d) Keperluan dan pengalaman harian

PSV3104 4

AKTIVITI MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Origami- Lipatan kertas pelbagai jenis

Topeng- muka manusia, haiwan, lembaga dan fantasi.

Boneka- muka manusia, haiwan, lembaga dan fantasi

Diorama ModelStabail

Mobail- Lipatan, guntingan (sebelum digabungkan)

Asemblaj Arca timbul

Ubin- muka manusia, haiwan, lembaga dan fantasi hiasan dinding

Kraf mudah- Haiwan, kenderaan dan bangunan.

Page 5: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Mengenal Kraf TradisionalKraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja

berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran tangan serta memerlukan daya cipta

dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun mengikut kaum masing-masing.

Jenis-jenis kraf tradisional adalah seperti pada graf di bawah.

PSV3104 5

JENIS-JENIS KRAF MENGENAL KRAF

TRADISIONAL

Batik Tekat

Ukiran

AnyamanTenunan

Tembikar

Alat permainanAlat domestik Alat pertahanan diri

Perhiasan diri

Page 6: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Pengenalan Tugasan

Dalam tugasan ini saya memilih bidang Membuat Corak dan Rekaan. Corak

atau motif yang saya hasilkan adalah bertemakan bentuk geometri iaitu bentuk

pentagon yang disusun secara berulang untuk membentuk corak yang menarik.

Teknik corak yang dipilih adalah dalam corak terancang iaitu teknik mozek.

Mozek ialah susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas

secara sebelah menyebelah dan tidak bertindih-tindih. Susunan bahan yang

ditampal perlu mengikut corak yang dirancang. Bahan yang digunting, dipotong atau

ditampal mengikut lakaran corak. Bahan yang sesuai adalah kertas berwarna-warni.

Walau bagaimanapun, saya telah mengolah teknik mozek ini dengan

menggunakan perisian Microsoft Word. Saya menggunakan set komputer, kertas A4

dan dakwat berwarna untuk mencetak supaya dapat menghasilkan corak geometri

yang menarik. Langkah-langkah penghasilan alat bantu mengajar ini dapat dilihat

pada muka surat 10 hingga 14 .

Sebelum menggunakan alat bantu mengajar ini, guru perlu menyediakan set

komputer, LCD, skrin dan mesin pencetak. Ini kerana murid perlu mengikut langkah-

langkah penghasilan corak untuk hasil kerja mereka iaitu menghasilkan corak kertas

pembalut hadiah. Proses pengajaran dan pembelajaran ini adalah berlangsung di

dalam makmal computer.

Alat bantu mengajar ini digunakan dalam langkah 1 iaitu pengenalan kepada

corak. Guru memperkenalkan salah satu corak terancang menggunakan teknik

mozek yang bermotifkan bentuk geometri iaitu bentuk pentagon. Murid di ajar

menggunakan perisian Microsoft Word untuk menghasilkan corak terancang ini

sebelum mereka membuat corak bentuk geometri yang berulang bagi menghasilkan

kertas pembalut hadiah yang menarik berpandukan langkah-langkah yang telah

diajar. Murid boleh memilih pelbagai bentuk geometri dan kemudian menghasilkan

corak yang menarik serta pemilihan warna yang bersesuaian untuk pembalut hadiah

mereka. Murid pasti sangat seronok kerana mereka dapat menimba ilmu serta

meneroka aplikasi setiap perisian yang dipelajari melalui bimbingan guru.

Sekarang ini banyak corak mozek terancang dihasilkan menggunakan

perisian komputer seperti mengggunakan perisian Microsoft Word, Paint dan

Photoshop. Ini kerana pelbagai corak yang menarik dapat dihasilkan.

PSV3104 6

Page 7: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

RANCANGAN MENGAJAR MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

TARIKH : 27 Ogos 2012

MASA : 1000-1100

TAHUN : 5

BIL MURID : 13 orang

BIDANG : Membuat Corak dan Rekaan

KEGIATAN : Menghasilkan corak pada pembalut hadiah menggunakan perisian

Mircosoft Word

TAJUK : Pembalut Hadiah

KONSEP UTAMA : Mencorak, mewarna

OBJEKTIF PADA AKHIR PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN, MURID

DAPAT:-

a) IMPLISIT

1. Membina kemahiran membuat corak dan mewarna dalam proses penghasilan

pembalut hadiah.

b) EKSPLISIT

1. Menghasilkan pembalut hadiah untuk kegunaan yang lebih bermakna di masa

akan datang.

c) ESTETIKA

1. Menghargai hasil kerja tangan sendiri.

2. Menghargai elemen asas seni reka iaitu rupa.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah melihat hiasan corak pada tikar, dinding, baju dan sebagainya.

PERSEDIAAN MURID

1. Set komputer

2. Mesin pencetak

3. Kertas A4

ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)

1. Contoh hiasan bentuk geometri (pentagon)

2. Tali leher pelbagai corak.

KBKK

Murid dapat menjana idea dalam menghasilkan pembalut hadiah

PSV3104 7

Page 8: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

NILAI

1. Memupuk sikap cermat, kemas, sabar dan berhati-hati

2. Mengamalkan sikap bertanggungjawab semasa menggunakan komputer.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH-

LANGKAH

ISI

KANDUNGAN

AKTIVITI PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

BBM CATATAN

Set Induksi

( 5 minit)

Murid

memerhatikan

tali leher

1. Guru menayangkan tali

leher dan kemudian

meminta murid

memerhatikan .

2. Guru dan murid bersoal

jawab tentang tali leher.

G: Apakah yang kamu

dapat lihat ini?

M: Tali leher

G: Apakah yang menarik

pada tali leher ini?

M: Coraknya./ Warnanya

G: Apakah corak yang

terdapat pada tali leher

ini?

M: Corak segitiga/

segiempat/ geometri.

Tali leher

Langkah 1

( 15 minit )

Pengenalan

kepada corak

1. Guru memberi

penerangan mengenai

corak geometri yang

dihasilkan yang boleh

digunakan sebagai

hiasan dinding, corak

Set

komputer,

Skrin,

LCD

Contoh

hiasan

PSV3104 8

Page 9: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

baju kurung, corak pada

tikar getah dan

sebagainya.

2. Guru menunjukkan cara

atau langkah

menghasilkan corak

geometri menggunakan

teknik mozek di mana

bentuk geometri dibuat

berulang-ulang bagi

menghasilkan corak

yang menarik.

3. Guru menunjukkan hasil

contoh yang telah siap.

# Rujuk langkah-langkah

penghasilan ABM.

corak

geometri

Langkah 2

(35 minit )

Aktiviti

Penghasilan

Produk

1. Berpandukan langkah-

langkah penghasilan

corak geometri tadi,

murid diminta

menghasilkan corak

geometri untuk pembalut

hadiah.

2. Murid memilih sendiri

bentuk geometri yang

menarik dan

menyusunnya secara

berulang.

3. Murid memilih

warna yang seimbang

dan bersesuaian

dengan corak yang telah

Set

komputer,

Kertas A4,

Mesin

pencetak

PSV3104 9

Page 10: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

dihasilkan.

4. Setelah selesai corak

dihasilkan, murid diminta

menyimpan hasil dalam

satu fail supaya hasil

dapat dicetak.

Langkah 3

( 5 minit )

Apresiasi 1. Murid diminta

membentangkan hasil.

2. Murid menyatakan

perasaan mereka dalam

menghasilkan corak

pembalut hadiah.

Hasil kerja

murid

Penutup

( 5 minit )

1. Murid menceritakan

cara corak pada

pembalut hadiah

dihasilkan secara

ringkas.

PSV3104 10

Page 11: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN ALAT BANTU MENGAJAR PSV MEMBUAT

CORAK DAN REKAAN.

1. Aktifkan perisian Microsoft Word

2. Pilih menu Insert.

3. Cari pilihan Shapes untuk mencari bentuk yang dipilih untuk menghasilkan

corak

PSV3104 11

Page 12: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

4. Pilih bentuk pentagon, klik kiri tetikus dan kemudian letakkan pada paparan.

5. Ulang bentuk yang serupa menggunakan copy dan paste. Susun corak

berulang seperti pada rajah di bawah.

6. Ubah kedudukan bentuk menggunkan bulatan hijau seperti yang ditunjukkan

menggunakan tetikus.

PSV3104 12

Page 13: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

7. Susun bentuk pentagon berulang sehingga membentuk corak yang menarik.

8. Bentuk pentagon yang disusun berulang telah selesai dibuat membentuk

corak yang diingini

9. Klik pada bentuk pentagon untuk mencari warna yang sesuai untuk

mewarnakan corak yang telah selesai dibuat.

PSV3104 13

Page 14: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

10.Klik pada shape fill dan kemudian klik pada more fill colour untuk memilih

pelbagai warna yang menarik pada bentuk yang telah dihasilkan.

11. Warna yang dipilih untuk corak pentagon yang berulang.

12.Corak pentagon yang telah siap diwarnakan.Kemudian simpan hasil kerja

dalam fail sebelum di cetak.

PSV3104 14

Page 15: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

PSV3104 15

Page 16: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

PenutupMata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran yang

menyeronakkan dan perlu dipelajari oleh murid sekolah rendah. Melalui mata

pelajaran ini murid dapat meningkatkan kemahiran psikomotor serta kreativiti murid

melalui melalui penajaman imaginasi, persepsi daya intuiti dan konsepsi murid. Alat

bantu mengajar yang disediakan oleh guru bagi proses pengajaran dan

pembelajaran juga dapat mempengaruhi minat murid terhadap mata pelajaran

Pendidikan Seni Visual. Oleh yang demikian, guru perlu merancang aktiviti yang

menarik dengan adanya alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid. Persediaan, perancangan rapi dan cara penyampaian guru untuk

meningkatkan kreativiti murid amatlah perlu.

PSV3104 16

Page 17: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

Refleksi Kendiri

Tugasan Pengajian dan Pengurusan Kurikulum PSV-KBSR telah diberikan

oleh pensyarah pembimbing Encik Patrick Avon pada 28 Julai 2012 iaitu Tutorial

kedua semester ini. Semasa mendapat tugasan ini, saya masih belum memahami

kehendak tugasan ini. Pada Tutorial ketiga barulah saya rasa lega sedikit kerana

telah mendapat bayangan bagaimana hendak membuat tugasan ini. Ini kerana Encik

Patrick Avon telah memberitahu apa yang patut dibuat.

Semasa membuat tugasan ini terdapat masalah yang saya hadapi. Walau

bagaimanapun masalah ini dapat saya hadapi. Antara masalah yang saya hadapi

ialah memilih tajuk dan bidang yang sesuai untuk membuat alat bantu mengajar

saya. Saya keliru untuk memilih tajuk kerana kami diminta sebolehnya

menggunakan Teknologi maklumat (ICT) untuk menghasilkan alat bantu mengajar

ini. Jadi saya telah memilih bidang membuat corak dan rekaan iaitu tajuk Pembalut

Hadiah. Saya memilih perisian Microsoft Word untuk menghasilkan corak dengan

teknik copy dan paste bentuk pentagon.

Masalah saya yang seterusnya ialah tidak dapat membahagikan masa

dengan baik untuk menyiapkan tugasan ini. Kekangan masa ini adalah kerana

bebanan tugas di sekolah. Di sekolah banyak aktiviti dan tugasan yang perlu

disiapkan terutama sekali guru yang mengajar subjek Tahun 6 UPSR. Jadi saya

terpaksa memilih masa yang sesuai untuk membuat tugasan saya.

Walau bagaimanapun masalah yang saya hadapi ini telah dapat diatasi. Saya

telah menghasilkan dan menyiapkan tugasan yang diberikan seperti yang diminta.

Pengalaman membuat tugasan ini amat bermakna bagi saya terutama sekali apabila

hendak mengajar murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.

Saya turut belajar menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan corak.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

pembimbing Encik Patrick Avon, rakan-rakan kumpulan SCE1 dan ahli keluarga

kerana telah membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semoga segala ilmu dan

jasa yang diberi dirahmati Tuhan.

Sekian, terima kasih.

PSV3104 17

Page 18: PSV sem 3.docx

3104 PENGAJIAN DAN PENGURUSAN KURIKULUM PSV-KBSR

RujukanKementerian Pelajaran Malaysia, Buku Sumber Guru Pendidikan Seni, Selangor.

Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, 2011, Seni Dalam Pendidikan, Selangor, Open University

Malaysia.

Mohd. Azlan Zakaria, 2009, Bimbingan Dan Lembaran Aktiviti KBSR PSV Tahun 5, Selangor,

Penerbit Mega Setia Emas Sdn. Bhd.

Muhd. Nizam Mohd Yusoff, Radzli B. Kassim, Yee Lee Lian, 2009, Modul Panduan Guru PSV, Pulau

Pinang, Penerbit CETREE.

http://www.slideshare.net/faqhreel/huraian-sukatan-pelajaran-psv-y5 dicapai pada 1/9/2012

http://sktebaang.blogspot.com/2010/02/rph-psv-membentuk-dan-membuat-binaan.html dicapai

pada 1/9/2012

http://susurdenai.blogspot.com/2011/09/aktiviti-dalam-pendidikan-seni-visual.html dicapai pada

5/9/2012

PSV3104 18