agama kapitalisme(sem 6).docx

Upload: nor-suhaila

Post on 07-Mar-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN KAPITALISMEKapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan keuntungan. Takrif individu di sini juga boleh merujuk kepada sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis berdasarkan kuasa pasaran bebas dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis selalu berhujah bahawa sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Kapitalisme berasal dari perkataan capital yang bermaksud modal.Sistem kapitalis telah diasaskan oleh Adam Smith yang juga dikenali sebagai 'Bapa Kapitalisme'. Ideologi tentang kapitalis ini telah diutarakan oleh beliau di dalam bukunya yang bertajuk "An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nation" pada tahun 1976. Antara intipati yang disebut ialah "dengan memberi kebebasan kepada manusia untuk menggunakan sepenuhnya harta, pendapatan dan kebolehan masing-masing, maka akan dapatlah membina suatu perlumbaan ekonomi seterusnya memberi kemakmuran kepada masyarakat." (Wan Baharuddin Wan Mamat, 1995)

Pengertian KapitalismeKapitalisme adalah Sistem dan fahaman ekonomi (perekonomian) yang modalnya (penanaman modalnya, kegiatan industrinya) bersumber pada modal peribadi atau modal-modal perusahaan swasta dengan ciri persaingan dalam pasaran bebas.Adapun pengertian Kapitalis menurut G.G. Wells;Kapitalisme adalah suatu yang tidak dapat didefinisikan, tapi pada umumnya kita menyebut sebagai sistem kapitalis, sesuatu yang kompleks kebiasaan tradisional, tenaga perolehan yang tak terkendalikan dan kesempatan jahat serta pemborosan hidupSecara etimologi, berasal dari dua kata, yaknicapital(modal) danisme(paham atau cara pandang). Namun, jika ditelusuri maka katakapital sendiri berasal dari kata Latin:caput yang bererti kepala. Konon kekayaan penduduk Romawi kuno diukur oleh berapakepala haiwan ternak yang ia miliki. Semakin banyakcaput-nya, semakin sejahtera. Tidak menghairankan, jika kemudian mereka mengumpulkan sebanyak-banyaknyacaput. Sekarang jelas sudah, mengapacapitalsering diterjemahkan sebagai modal.Sementara,ismemengacu kepada paham, ideologi: cara pandang atau cara hidup yang diterima oleh sekelompok luas masyarakat dan kerananya menjadi konvensi, karena dapat saja ditolak oleh kelompok masyarakat yang lainnya. Sehingga, kapitalisme adalah modal-isme atau paham yang berdasarkan modal (pemilik modal).

Secara teoritis, sangat banyak definisi formal tentang kapitalisme. Salah satunya, Milton Friedman, merumuskan tiga faktor utama sistem kapitalisme, iaitu pasar bebas, kebebasan individual dan demokrasi. Sehingga, sering juga kapitalisme ini dianggap sebagai sistem ekonomi, di mana barang dan jasa diperjualbelikan di pasar dan barang modal adalah milik pihak swastadari unit terkecil hingga global. Dalam hal ini, negara dianggap sebagai polisi lalu lintas arus kapital.Oleh sebab itu, kapitalisme atau kapital adalah suatu pahaman yang meyakini bahawa pemilik modal bisa melakukan usahanya untuk meraih keuntungan sebesar-besarnya. Demi prinsip tersebut, maka pemerintah tidak dapat melakukan intervensi pasar guna keuntungan bersama, tapi intervensi pemerintah dilakukan secara besar-besaran untukkepentingan-kepentingan pribadi.Walaupun demikian, kapitalisme sebenarnya tidak memiliki definisi universal yang bisa diterima secara luas. Beberapa ahli mendefinisikan kapitalisme sebagai sebuah sistem yang mulai berlaku diEropahpada abad ke-16 hingga abad ke-19, iaitu pada masa perkembangan perbankankomersialEropadi mana sekelompok individu maupun kelompok dapat bertindak sebagai suatu badan tertentu yang dapat memiliki maupun melakukan perdagangan benda milik pribadi, terutama barangmodal, sepertitanahdanmanusiaguna proses perubahan dari barang modal ke barang jadi. Untuk mendapatkan modal-modal tersebut, para kapitalis harus mendapatkan bahan baku dan mesin dahulu, baru buruh sebagai operator mesin dan juga untuk mendapatkan nilai lebih dari bahan baku tersebut.Contoh :Amerika Serikat,Inggris,Jerman,Uni Soviet (sekarang Rusia), Cina,Korea Utara,dan Vietnam.

CIRI-CIRI KAPITALISME1. Sistem yang mengambil riba iaitu peminjam wang melalui institusi kewangan spt bank dan institusi kredit yg dikenakan riba dan faedah dari awal lagi.2. Faktor ekonomi yang dimiliki oleh individu2 secara langsung atau kepunyaan sekumpulan manusia yang tidak dikenali melalui sistem saham.3. Pemodal2 bank yang besar mempunyai kuasa berlebihan keatas aktiviti2 ekonomi dan politik,kuasa penentu dlm sisitem kapitalis dan demokrasi Barat yang kebanyakan mirip kepada pemilikan modal.4. Sebahagian barang dan perkhidmatan yang dihasilkan bukan sahaja dikenakan faedah atau riba tetapi juga bayaran pengiklanan yang berlebihan.5. Kapitalisme mempunyai unsur2 mengasaskan manopoli kerana setiap pemodal menguasai segalanya dan menghapuskan semua persaingan dengannya

PRINSIP-PRINSIP ASAS EKONOMI KAPITALISME

1.Keterbatasan Barang dan Perkhidmatan yang Bersifat Relatif .Barang (good) adalah alat pemuas yang boleh diindera dan dirasa seperti roti, nasi dan sebagainya, sedangkan perkhidmatan (service) adalah alat pemuas keperluan yang boleh dirasa tetapi tidak boleh di indera, seperti perkhidmatan guru, penyelia, pakar dan sebagainya. Barang dan perkhidmatan sememangnya secara relatif bersifat terbatas. Masalahnya apakah keterbatasan barang dan perkhidmatan tersebut benar-benar menjadi masalah ekonomi kerana tidak boleh memenuhi keperluan manusia?

Dalam konteks ini, keperluan manusia perlu diklasifikasikan kepada keperluan asas (basic needs) dan keperluan sekunder (secondary needs). Keperluan asas manusia sebagai manusia adalah terhad, iaitu keperluan akan makanan, pakaian dan tempat tinggal, sedangkan keperluan sekundernya memang tidak terhad. Ertinya, jika barang dan perkhidmatan yang diperlukan oleh manusia sebagai manusia itu adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal, maka barang dan perkhidmatan yang diperlukan pasti mencukupi. Akan tetapi, la tidak mencukupi ketika keperluan tersebut dipenuhi dengan kuantiti makanan, pakaian dan tempat tinggal mengikut taraf tertentu. Dari sini, kesalahan Kapitalisme dalam melihat permasalahan ekonomi tersebut terjadi kerana dua bentuk keperluan dengan tabii barang dan perkhidmatan yang berbeza itu tidak diasingkan.

2. Nilai barangan yang dikeluarkan (value of goods and service). Nilai barang dan perkhidmatan adalah peringkat kegunaan kedua-duanya, sama ada berkaitan dengan seseorang, yang dikenali dengan istilah nilai guna (utilities value), ataupun berkaitan dengan barang dan perkhidmatan yang lain, yang biasanya dikenali dengan istilah nilai pertukaran (exchange value)." Ia juga biasa disebut sebagai nilai (value), sedangkan nilai guna (utility value) juga biasa disebut guna (utility).Nilai dalam pandangan Kapitalisme bersifat relatif dan anggapan semata-mata. Penilaian tentang nilai dengan anggapan seperti ini adalah salah, kerana ia merupakan perkiraan utiliti yang terdapat di dalamnya dengan memperhatikan aspek keterbatasannya. Padahal nilai adalah sebutan untuk barang atau perkhidmatan tertentu yang mempunyai realiti yang nyata, bukan relatif atau anggapan semata-mata.Adapun jika anggapan bahawa guna (utility) itu adalah natijah daripada usaha yang dicurahkan oleh manusia, maka tatkala apabila balasannya tidak sesuai dengan usahanya, kadar keluarannya pasti akan menurun, dan sebaliknya. Ini adalah salah, kerana setiap harta yang diciptakan oleh Allah seharusnya menjadi asas guna (utility) pada barang dan perbelanjaan yang dilakukan untuk meningkatkan guna harta benda tersebut. Anggapan yang menyatakan bahawa guna (utility) itu merupakan natijah daripada usaha manusia semata-mata adalah bercanggah dengan fakta, dan menafikan bahan mentah serta perbelanjaan yang dikeluarkan, sedangkan perbelanjaan kadangkala sebagai ganti (harga) bahan mentah, bukan sebagai ganti (upah) kerja tertentu. Jadi, guna (utility) itu kadangkala merupakan natijah daripada usaha manusia, natijah wujudnya bahan mentah, dan kadangkala natijah dari keduanya sekali, dan bukan natijah usaha manusia semata-mata.

3. Mekanisme harga: Harga yang dikatakan sebagai penentu pengeluaran adalah pandangan yang bercanggah dengan realiti. Dan aspek lain, pandangan ini ternyata merendahkan martabat manusia dan menyamakannya dengan haiwan. Ini kerana, pemenuhan keperluan manusia itu dinilai secara material. Padahal, manusia mempunyai keperluan moral dan kerohanian, yang tidak ditentukan oleh wang atau harga tertentu. Contohnya seperti menolong seseorang daripada mati lemas, kemalangan dan sebagainya. Dinilai dari segi aktivitinya, aktiviti tersebut merupakan aktiviti ekonomi jika dinilai dengan wang, tetapi ia tidak selalunya berlaku sedemikian rupa.

Begitu juga sangat menghairankan, jika harga diperkatakan sebagai penentu agihan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat, yang sekiranya masyarakat mampu membelinya, maka barang atau perkhidmatan tersebut akan sampai ke tangan mereka, begitu juga sebaliknya. Ini dengan jelas hanya memberikan hak kepada individu-individu yang kuat untuk hidup, sedangkan yang lemah tidak. Inilah yang melahirkan kemiskinan terstruktur (structural proverty), iaitu kemiskinan yang diciptakan oleh sistem. Jika sudah demikian, biasanya negara campur tangan dengan cara menetapkan harga. Jadi, realiti harga sebagai penentu agihan jelas salah dan bercanggah dengan realiti.

FALSAFAH EKONOMI KAPITALISME

1. Tidak membezakan antara Sistem dan Ilmu Ekonomi : Ekonomi Politik (Political Economy) atau Ekonomi Kapitalisma mencampuradukkan antara kajian tentang keperluan manusia dengan alat pemuasannya. Padahal secara nyata, masalah pengagihan, keperluan barang dan perkhidmatan, hak milik dan sebagainya merupakan pembahasan tentang sistem ekonomi, yang bersifat khas mengikut fahaman ideologi tertentu. Sedangkan masalah peningkatan kuantiti barang dan perkhidmatan merupakan pembahasan tentang ilmu ekonomi, yang bersifat umum tidak mengira fahaman ideologi tertentu.

2. Bertumpu kepada Aspek Material Tulen : Sistem ekonomi Kapitalis hanya rnembahas keperluan secara material, dan tidak memberikan sebarang tempat kepada keperluan moral mahupun kerohanian. Ini juga merupakan suatu kesilapan. Sebab, manusia adakalanya melakukan aktiviti ekonomi kerana dorongan moral, ataupun kerohanian.

3. Memisahkan Barang Ekonomi dengan Masalah Masyarakat : Pandangan para ahli ekonomi Kapitalis terhadap keperluan dan manfaat sebagai apa adanya dan bukan sebagai masalah-masalah yang semestinya wajib dijadikan asas oleh masyarakat adalah pandangan yang mencerminkan bahawa para pakar ekonomi Kapitalis itu melihat manusia sebagai satu objek material semata-mata, tanpa kecenderungan kerohanian. Mereka tidak pernah memerhatikan masalah pembentukan masyarakat, seperti peningkatan moral dengan membentuk sifat-sifat terpuji sebagai dasar interaksinya serta apa yang perlu untuk mendorong ketinggian aspek kerohanian.Mereka tidak pernah memerhatikan semua perkara tersebut; perhatian mereka tidak lain hanya kepada benda yang boleh memenuhi keperluan-keperluan kebendaan mereka sahaja. Apabila mereka memperoleh keuntungan dengan cara menipu, maka penipuan itu mereka benarkan. Begitu juga sebaliknya, mereka berlaku jujur untuk menjaga nama baik syarikat dalam pandangan masyarakat adalah atas dorongan kebendaan atau manfaat. Begitulah perhatian para ahli ekonomi Kapitalis yang terpusat pada manfaat, sebagai sesuatu yang boleh memenuhi keperluan kebendaan semata-mata. Dan sisi lain, kelemahan sistem Kapitalis dapat dilihat dari segi harta dan usaha yang mereka istilahkan sebagai barang dan perkhidmatan. Di dalam sistem ini, setiap barang yang dihasilkan mesti mempunyai nilai guna tertentu dan orang ramai akan berusaha untuk mendapatkan manfaat darinya. Kepincangan di dalam sistem ini timbul apabila sesuatu pengeluar mengeluarkan barang semata-mata kerana ada orang yang menginginkannya, tanpa mempertimbangkan samada barang itu membahayakan atau tidak; mempengaruhi interaksi manusia atau tidak; seterusnya diharamkan atau tidak.

4. Peningkatan Pendapatan Negara Sebagai Asas Falsafah Ekonomi : Pandangan para ahli ekonomi kapitalis terhadap alat-alat pemuas dengan anggapan bahawa ianya adalah terhad telah menyebabkan pandangan para ahli ekonomi tersebut dibangun berasaskan kepada kecenderungan untuk menambah kekayaan lebih daripada memenuhi keperluan masyarakat. Berasaskan inilah sistem ekonomi Kapitalis itu hanya mengarah kepada satu tujuan, iaitu meningkatkan KDNK dan KNK, kemudian berusaha mencapai tahap pengeluaran yang maksimum dan menganggap bahawa kemakmuran anggota masyarakat akan tercapai apabila berlaku pertambahan pendapatan negara, serta naiknya KDNK dan KNK negara. Rakyat dibenarkan memperolehi kekayaan dengan cara membiarkan mereka bekerja sebebas-bebasnya untuk meningkatkan KDNK dan mengumpul kekayaan.

Faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah Barat dari tahun 1400 M hingga 1700 M.Perkembangan institusi kewangan : Perkembangan institusi kewangan seperti insurans dan bank di bandar-bandar telah menggalakkan perkembangan Kapitalisme di Eropah.Menjelang abad ke-15 M, kegiatan meminjam wang untuk mendapatkan keuntungan menjadi satu perniagaan yang menguntungkan.Bank-bank penting dikuasai oleh keluarga Medici (di selatan) dan keluarga Fuggers di Ausberg(di utara). Bank-bank ini mempunyai peranan yang besar dalam menjana ekonomi dan terkenal di peringkat antarabangsa. Bank-bank ini telah bertindak membuka pejabat cawangan di Paris, London, Barcelona, Marselles, Tunis, pelabuhan Afrika Utara, Naples dan Rom.Bank-bank kerajaan seperti Bank Sweeden (1657) dan Bank England (1654) turut ditubuhkan.Keuntungan yang diperolehi melalui pinjaman pelaburan dan pertukaran wang disalurkan kepada perkembangan sektor perindustrian.Institusi bank memberikan pinjaman bagi membantu golongan kapitalis mendapatkan modal yang besar untuk meluaskan kegiatan perdagangan.

Penubuhan negara bangsa : Penubuhan negara bangsa pada abad ke-16 Masehi juga turut menggalakkan perkembangan Kapitalisme.Raja-raja negara bangsa berperanan dalam menggerak dan mempelopori perkembangan Kapitalisme dengan mengumpulkan kekayaan demi untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing.Untuk mencapai hasrat tersebut, raja-raja negara bangsa turut menjalankan dasar ekonomi merkantilisme dengan tujuan mengumpulkan kekayaan untuk negara mereka pada sekitar abad ke-16 dan 17 Masihi.Perubahan dasar ekonomi ini menyebabkan negara-negara bangsa terlibat dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan. Mereka berlumba-lumba untuk mencari kekayaan dengan melakukan pelayaran ke seberang laut dengan sokongan kuat daripada raja. Contoh : Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dari Sepanyol telah membiayai dan memberi galakan kepada aktiviti tersebut.Kegiatan penjelajahan dan penerokaan ini dipelopori oleh Portugal, Sepanyol, Perancis dan Inggeris.Kesan daripada aktiviti ini, negara-negara bangsa menubuhkan koloni-koloni dan menguasai kekayaan ekonomi di negara tanah jajahan yang memberi keuntungan kepada mereka. Dasar Merkantalisme : Revolusi perdagangan melalui campurtangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan pertumbuhan kekayaan dalam negara bangsa.Menerusi dasar ini kerajaan berusaha mewujudkan sektor pertanian dan perindustrian yang produktif dan pasaran luar yang luas .Untuk tujuan tersebut kerajaan mengadakan dasar melindungi pelabur dan pedagang tempatanRatu Elizabeth (1558-1603) telamemperkenalkan akta seperti akta perantis 1563, undang-undang kemiskinan 1600 dan akta perkapalan 1650 .

Pembukaan koloni / Dasar Kolonialisme :Perluasan dasar merkantalisme telah menyebabkan golongan kapitalis menubuhkan koloni-koloni baru untuk tujuan pertanian dan perladangan ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin.Hal ini memperluaskan lagi sistem ekonomi kapitalisme. Perkembangan ini menyebabkan permintaan untuk buruh meningkat dengan mendadak.Kesannya telah membawa kepada penghijrahan manusia dari pelbagai tempat untuk bekerja sebagai buruh ke kawasan-kawasan pertanian dan perladangan tersebut.Penggunaan buruh asing telah mengembangkan ekonomi negara Eropah dan merancakkan sistem Kapitalisme di koloni-koloni tersebut. Segala hasil kekayaan daripada koloni juga mengalir ke Eropah dan merancakkan perkembangan ekonomi di sana.

Pertembungan dan perkembangan perdagangan dengan dunia timur :Perang Salib telah mengakibatkan berlakunya pertembungan dunia Eropah dengan dunia timur.Selepas tamat Perang Salib, hubungan perdagangan antara Eropah dengan dunia timur terus berkembang dengan pesat.Kesan daripada itu, bandar-bandar utama di Itali seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan telah menjadi pusat-pusat aktiviti perdagangan yang penting. Bandar-bandar tersebut mendapat keuntungan yang besar hasil daripada hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara.Perkembangan pesat dalam aktiviti perdagangan menyebabkan institusi perbankan khususnya bank-bank gereja ditubuhkan di Itali.Perkembangan ini merangsangkan perkembangan ekonomi kapitalisme di Eropah.

Kemunculan bandar-bandar baru : Zaman kemuncak pertengahan memperlihatkan pertumbuhan bandar-bandar baru hasil daripada kepesatan aktiviti perdagangan di sepanjang laluan perdagangan Eropah Barat.Kepesatan perdagangan ini telah memperkembangkan bandar-bandar lama yang sedia ada dan turut melahirkan bandar-bandar baru.Bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence dan Milan menjalinkan hubungan perdagangan dengan Timur Tengah dan Eropah Utara.Bandar-bandar ini mengeksploit kedudukan sebagai persimpangan semulajadi antara timur-barat untuk meraih keuntungan yang besar.Perkembangan bandar-bandar baru melahirkan golongan baru dalam masyarakat feudal, iaitu pedagang dan tukang-tukang yang bergantung kepada aktiviti perdagangan.Cara kehidupan di bandar telah merintis jalan kepada tuntutan rakyat bandar termasuk hak pentadbiran dan hak menjual barangan secara bebas di pasar.Masyarakat bandar juga menuntut kebebasan untuk mencari nafkah tanpa sekatan dan halangan yang tidak berasas yang diamalkan dalam im institusi manor.Perubahan ini telah merintis jalan ke arah perkembangan sistem kapitalisme di Eropah.

Gerakan Renaisans :Gerakan Renaissans pada abad ke-14M telah memperkembangkan sistem kapitalismeGerakan Renaisans telah melahirkan fahaman yang berbeza daripada sebelumnya seperti sifat individualisme, humanisme, sekularisme dan pemikiran kritis yang meransang ke arah perkembangan sistem kapitalisme.Kesannya, fahaman-fahaman ini melahirkan masyarakat yang bersifat materialistik dalam kehidupan khususnya dalam ekonomi yang menekankan aspek kemewahan, kekayaan dan kebendaan.Selain itu, fahaman-fahaman ini juga menggalakkan individu membaiki taraf hidup dan mengumpul kekayaan mengatasi kemampuannya.Perkembangan ini melahirkan golongan kapitalis yang berlumba-lumba mengumpul modal untuk mengejar kekayaan material yang turut menggalakkan sistem monopoli.Kesan Gerakan Reformasi :Ahli-ahli sosiologi seperti Max Weber berpendapat perkembangan kapitalisme dapat dikaitkan dengan kesan dari kemunculan gerakan reformasi khususnya selepas kemunculan mazhab Protestan.Max Weber dalam bukunya The Protestant Ethic and The Spirit of Capitalisme menyatakan bahawa ajaran mazhab Protestan bertanggungjawab membentuk sistem kapitalis.Salah satu doktrin mazhab Protestan yang dikenali sebagai The Calling menyeru penganutnya agar melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam kegiatan ekonomi.Hal ini bermakna, ajaran mazhab ini menggalakkan penganutnya berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari kekayaan dan keuntungan. Ajaran ini mentakrifkan kejayaan dalam bidang ekonomi sebagai satu tuntutan keagamaan.Kebanyakan golongan yang terlibat dalam ekonomi di Eropah seperti pengusaha bank, pengusaha industri, saudagar-saudagar dan tenaga mahir adalah daripada kalangan penganut mazhab Protestan.Fahaman Calvinisme : Gerakan Reformasi yang dibawa oleh John Calvin dalam pemikiran agama Kristian di Eropah telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalismeAjaran Calvin membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras.Fahaman ini menyebabkan negara mazhab Protestan mengenepikan Common Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri daripada kawalan paderi dan peraturan lama dalam ajaran Katholik.

Sejarah KapitalismeSistem kapitalisme, menurut Ebenstein (1990), mulai berkembang di Inggris pada abad 18 M dan kemudian menyebar luas ke kawasan Eropa Barat laut dan Amerika Utara. Risalah terkenal Adam Smith, yaitu The Wealth of Nations (1776), diakui sebagai tonggak utama kapitalisme klasik yang mengekspresikan gagasan laissez faire1) dalam ekonomi. Bertentangan sekali dengan merkantilisme yaitu adanya intervensi pemerintah dalam urusan negara. Smith berpendapat bahwa jalan yang terbaik untuk memperoleh kemakmuran adalah dengan membiarkan individu-individu mengejar kepentingan-kepentingan mereka sendiri tanpa keterlibatan perusahaan-perusahaan negara (Robert Lerner, 1988).

Terjadilah Revolusi Perancis pada tahun 1789Para kapitalis saat itu diserang oleh rakyat. Sebelumnya mereka dapat memiliki maupun melakukan perdagangan benda milik pribadi, terutama barang modal seperti tanah maupun manusia. Hal tersebut berguna dalam proses perubahan dari barang modal menjadi barang jadi.Awal abad 20 kapitalisme menghadapi berbagai tekanan dan ketegangan. Munculnya kerajaan-kerajaan industri cenderung menjadi birokratis uniform dan terjadinya konsentrasinya pemilikan saham oleh segelintir individu kapitalis memaksa pemerintah (Barat) mengintervensi mekanisme pasar melalui kebijakan-kebijakan seperti undang-undang anti-monopoli, sistem perpajakan, dan jaminan kesejahteraan.Fenomena intervensi negara terhadap sistem pasar merupakan indikasi terjadinya transformasi kapitalisme.Habermas memandang transformasi itu sebagai peralihan dari kapitalisme liberal kepada kapitalisme lanjut (late capitalism. organized capitalism, advanced capitalism).Dalam Legitimation Crisis (1988), Habermas menyebutkan bahwa state regulated capitalism (nama lain kapitalisme lanjut) mengacu kepada dua fenomena: (a) terjadinya proses konsentrasiekonomi seperti korporasi-korporasi nasional dan internasional yang menciptakan struktur pasar oligopolistik, dan (b) intervensi negara dalam pasar.Kemunculan idea Kapitalisme dapat dikesan sejak zaman pertengahan awal, namun ia tidak menyeluruh.Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme.Fahaman kapitalisme menjadi lebih kukuh selepas gerakan reformasi dan kemunculan aliran-aliran agama baru khususnya aliran Calvinisme.Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan merupakjan adalah sistem ekonomi utama di dunia yang memacu era perindustrian.Menjelang abad ke-19, fahaman Kapitalisme menjadi dominan dan disebarkan ke seluruh dunia menerusi aktiviti penerokaan dan penjelajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa Barat

Kesimpulan :

Sistem ekonomi kapitalisme diperkenalkan oleh masyarakat pada zaman awal moden telah membawa kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Hal ini secara tidak langsung telah melahirkan Revolusi Perindustrian di Eropah.Revolusi perindustrian bermula selepas gerakan Renaisans dan Reformasi.Revolusi perindustrian mendorong pelayar-pelayar mencari peluang-peluang baru untuk menguasai kekayaan dan menyaksikan perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan melalui pembinaan kilang-kilang dan pengeluaran barang-barang secara besar-besaran.Hal ini secara tidak langsung menggalakkan aktivtiti pengumpulan modal secara besar-besaran untuk kegiatan ekonomi yang selaras dengan dasar kapitalisme.Secara rasionalnya, kita dapat memahami bahawa Ekonomi Kapitalis bukanlah dirumuskan dalam rangka usaha untuk memenuhi keperluan individu serta memastikan keperluan setiap individu dalam masyarakat tercapai, tetapi tertumpu kepada barang. Iaitu sesuatu yang akan memenuhi keperluan mereka. Dengan kata lain, objektif utamanya adalah tercapainya pemenuhan keperluan secara kolektif, dengan bertambahnya KNK dan pendapatan negara. Dengan cara tersebut, maka mereka mendakwa pengagihan pendapatan akan dapat dilakukan dengan memastikan kebebasan pemilikan dan kebebasan bekerja kepada anggota masyarakat; anggota masyarakat dibiarkan sebebas-bebasnya untuk meraih kekayaan apa sahaja yang mampu mereka perolehi, sesuai dengan keupayaan faktor pengeluaran masing-masing tanpa diperhatikan samada pemenuhan tersebut dapat dipenuhi untuk seluruh anggota masyarakat, atau terjadi pada sebahagian orang sahaja sedangkan yang lain tidakPENGENALAN AGAMA PLURALISMEPluralisme adalah satu fahaman yang menyama-ratakan semua agama yang mana penganutnya mempercayai bahawa semua agama adalah sama benar.Fahaman pluralisme ini juga menyamakan semua agama adalah sama taraf & sama benar.Ini ternyata sesat.Pada hal jelas dalam al- Quran menyatakan bahawa agama yang benar dan diterima Allah SWT hanyalah agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.Fahaman pluralisme jelas skali menurunkan taraf agama Islam menjadi sama taraf dengan agama-agama lain yang bukan Islam.Fahaman pluralisme ini ternyata salah sebab kalau berpendapat semua agama sama saja maka Tuhan pun samalah,maka musnahlah akidah umat Islam yang bertuhankn Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.Umat Islam tidak menyembah Tuhan lain selain Allah SWT.

PENGERTIAN AGAMA PLURALISME

Pengertian Pluralisme Agama secara etimologis berasal dari dua kata, iaitu pluralisme dan agama. Dalam bahasa Arab diterjemahkan al-taddudiyyah al-diniyyah dan dalam bahasa Inggeris religious pluralism. Istilah pluralism agama berasal dari bahasa Inggris, Pluralism berarti jama atau lebih dari satu. Dalam kamus Oxford, pluralisme ditafsirkan dalam bentuk seperti berikut ini1. Suatu kehidupan dalam sebuah masyarakat yang dibentuk oleh kelompok-kelompok suku-bangsa yang berbeza-beza, di mana kelompok-kelompok ini mempunyai kehidupan politik dan agama yang berbeza. Definisi ini bentuknya menjelaskan suatu fenomena kemasyarakatan.2. Menerima prinsip bahawa kelompok-kelompok suku-bangsa yang berbeza-beza dapat hidup secara rukun dan damai dalam suatu masyarakat. Definisi ini mengandung suatu idea dan maktab pemikiran.Oleh para ahli sejarah sosial, agama lebih cenderung didefinisikan sebagai suatu institusi historis suatu pandangan hidup yang institusionalized yang mudah dibezakan dari yang lain yang sejenis, misalnya agama Budha dan Islam, dengan hanya melihat sisi kesejarahan yang melatarbelakangi keduanya dan dari perbezaan sistem kemasyarakatan, keyakinan, ritual dan etika yang ada di dalam ajaran keduanya (Thoha, 2005: 13). Definisi agama yang paling tepat menurut Anis Malik Thoha adalah yang mencakupi semua agama, kepercayaan, sekte, mahupun berbagai jenis ideologi modern seperti komunisme, humanisme, sekularisme, nasionalisme, dan lainnya. Dalam bukunya, Anis mengutip definisi popular dari Pluralisme Agama yang dirumuskan John Hick. ..pluralisme agama adalah suatu gagasan bahawa agama agama besar dunia merupakan persepsi dan konsepsi yang berbeza tentang, dan secara bertepatan merupakan respon yang beragama terhadap Yang Benar atau Yang Maha Agung dari dalam pranata kultural manusia yang bervariasi dan bahwa tranformasi wujud manusia dari pemusatan diri menuju pemusatan hakikat terjadi secara nyata dalam setiap masing-masing.Pengertian pluralisme jika dirangkai dengan agama sebagai, maka berdasarkan pemahaman tersebut di atas bisa dikatakan bahwa pluralisme agama adalah kondisi hidup bersama (koeksistensi) antar agama (dalam arti luas) yang berbeda-beda dalam satu komunitas dengan tetap mempertahankan ciri-ciri spesifik atau ajaran masing masing agama (Thoha, 2005: 14).

CIRI CIRI PLURALISME1.Kesetaraan atau persamaan (equality). Ajaran pluralisme agama mengajarkansemua agama sama dan setara, tak ada yang paling baik dan tak ada yang palinGburuk.2. Liberalisme atau kebebasan. Ajaran pluralisme agama mengajarkan hak kebebasan beragama, dalam arti keluar-masuk agama. Hari ini seseorang boleh menjadi Muslim, esok menjadi Kristen, esok lusa menjadi Hindu, dan seterusnya.3. Relativisme. Sebetulnya ini adalah implikasi dari kedua watak yang sebelumnya. Ajaran pluralisme agama mengajarkan kebenaran agama relative. Reduksionisme. Untuk sampai kepada kesetaraan atau persamaan, ajaran pluralisme agama telah meredusir jati-diri atau identiti agama-agama menjadi entiti yang lebih sempit dan kecil, yakni sebagi urusan peribadi (private affairs). Dengan kata lain pluralism agama itu berwatak sekular.5. Eksklusivisme. Ramai orang yang gagal mengidentifikasi danMengikut sejarah pada asalnya ajaran-ajaran ini berkembang sejak sepuluh tahun yang lalu. Ianya berasal dari asia barat bermula dari negara mesir dan sudan. Akibat fahaman dan penyebaran ajaran yang begitu aktif dan sistematik maka akhirnya fahaman ini telah tersebar jauh hingga ke benua Eropah, Indonesia dan akhirnya tiba di Malaysia. Indonesia yang mempunyai umat Islam terbesar di dunia telah menerima fahaman islam libral ini sehingga tertubuhnya organisasi Jaringan Islam Libral (JIL). Liberisme itu sendiri mempunyai pelbagai-bagai cabang. Antaranya ialah marxisme, materelisme, sekularisme, humanisme dan juga nasionalisme. Kesemua fahaman ini bersifat keduniaan semata-mata. Namun di Malaysia konsep fahaman libral ini ditolak seratus peratus. Menurut Ustaz Azhar Ibrahim Rasyidi Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) konsep Islam Plural dilihat dalam konteks yang berbeza iaitu kebebasan dari segi mempraktikan agama kerana islam menerima kewujudan agama lain bukannya mengatakan semua agama adalah sama seperti yang diwar-warkan oleh mereka yang berfahaman pluralisme.

8.Pada hal,maksud PLURALISME merujuk kepada fahaman,konsep dan doktrin yang dinaungi dalam satu entiti,baik secara eksoterik mahu lun esoterik.

9.Menurut fahaman pluralisme bagi kelompok seperti John Hick berusaha supaya wujud satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal.

10.Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion @ Global Faith @ Abraham Faiths,yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini bersama pendita Yahudi dan rahib-rahib Nasrani.

11.Satu lagi versi pluralisme agama ini disebut sbagai kelompok Transcendentalist @ Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun.Fahaman pluralisme agama versi ini ialah semua gama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika kita mengamalkan ajran agama itu,tidak kira agama apa sekalipun sama ada Budha,Yahudi,Hindu dan sebagainya.

12.Versi pluralisme tajaan Frithjof Shcoun ini mewajarkan cara beribadat yang berbagai-bagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pa dangan yang berbeza dalam menyembah tuhan,tetapi mempercayai tuhan yang sama,tuhan yang satu.Doktrin ini ditolak oleh Islam.Mana boleh menyamakan Allah SWT yang disembah oleh orang Islam sama dengan tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam.

13.Kita mesti faham dan yakin bahawa Allah SWT yang orang Islam sembah adalah berbeza sama sekali dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang bukan Islam seperti Yahudi,Nasrani atau Kristian.Ini kerana kualiti Allah yang sebenar telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.

14.Ingat,Allah SWT memberitahu bahawa Allah SWT adalah zat yang tidak beranak dan tidak diperanakkan,tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan Nabi Isa anak Allah dan juga Allah oleh orang Kristian.Jadi jelas sekali tidak sama dengan akidah orang Islam.

15.Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang tercetus daripada akidah itu sendiri.Apa saja yang diluar akidah Islam tjdak diiktiraf dan tidak diterima oleh Allah SWT.

16.Kelompok pluralisme ini keliru bahkan salah bila mereka merujuk kepada Perlembagan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama.Pada hal Perlembagaan Madinah dengan jelas menhebut entiti Yahudi berbeza daripada Islam.

17.Islam menolak pluralisme agama,akan tetapi Islam tidak menolak PLURALITI agama dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama,bangsa,puak,budya,bahasa dsg di muka bumi Allah ini.

18.Islam mengiktiraf hak-hak mereka,iaitu hak orang-orang bukan Islam untuk hidup dan beramal dengan ajarn & kepercayaan keagamaan mereka dimana orang yang berlainan agama daripada agama Islam diberi perlindungan dan kebebasan yang optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.Ini yang dipraktikkan dinegara kita hari ini.

19.Fahamilah dan bezakanlah antara konsep PLURALISME agama dengan maksud PLURALITI agama dimana kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah ketika Nabi Muhammad SAW lagi.Kepelbagaian @ pluraliti memang wujud dalam segala hal hingga kini.

20. Jadi,kita mesti tentang fahaman pluralisme agama habis-habisan, erna ianya satu ajaran sesat.Adalah sesat bila seseorang mendakwa dan berpendirian bahawa lelbagai agama yang wujud di zaman Nabi Muhammad SAW itulah pluralisne agama,pada hal yang wujud dikala itu adalah pluraliti/kepelbagaian agama.

21.Kalu semua agama sama saja,maka tidak perlulah Nabi dan sahabat-sahabat berdakwah dan berjihad mengajak orang bukan Islam memeluk Islam bahkan memerangi murtad.

22.Kajilah sejarah Islam,tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain.

23.Soal pluralisme agama ini amat penting difahami.Ini soal akidah yang merupakan agenda paling besar dalam hidup kita.Sebagai seorang Islam,kita tidak boleh terima bahawa semua agama sama.Marilah kita kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam yang sebenar.Posted byShahrin Ismailat9:31 PM

Rujukan1. An-Nabhani, As-Syeikh Taqyuddin, An Nidham Al Iqtishadi Fil Islam, Dar Al Ummah, Beirut 1990.

2. Al-Maliki, Abdurrahman. As Siyasah al Iqtishadiyyah al Muthla. 1963

3. Beaud, Michael. Economic Thought Since Keynes, 1995. London : Edward Elgar Publishing Limited.

4. Husain, Zakir. Capitalism, 1967. London : Asia Publishing House.

5. Hobson, J.S Imperialism 1938. London : Allen and Unwin.

Sumber:http://www.mykhilafah.com/malay/index.p ... &Itemid=28