folio sain sem 2.docx

34
PENDAHULUAN Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan ‘memerlukan penelitian bersama’ . Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan ‘memerlukan penelitian bersama’ membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini . Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ? Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara- cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah- masalah itu telah menjadi semakin rumit . Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini . Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Upload: muhammadhanif

Post on 07-Feb-2016

320 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Folio sain sem 2.docx

PENDAHULUAN Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan ‘memerlukan penelitian bersama’ .

Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan ‘memerlukan penelitian bersama’ membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .

Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?

Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .

Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .

Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .

Page 2: Folio sain sem 2.docx

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) – pengotoran alam – perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap .

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada dua jenis iaitu ,Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi contohnya,Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya . Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan .

Antaranya ialah pencemaran Udara Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .Pencemaran Air Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah dan sebagainya . Pencemaran Tanah Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal .

Page 3: Folio sain sem 2.docx

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar

Pemeliharaan bermaksud perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, manakala

pemuliharaan adalah perihal proses, usaha, perbuatan memulihara sesuatu. Dalam konteks

alam sekitar, sudah tentu kedua-dua perkataan tersebut berkaitan dengan perbuatan atau

proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam

sekitar melalui amalan kitar semula merupakan satu perkara yang patut diamalkan dalam

usaha kita untuk mencapai pembangunan yang lestari ( tidak berubah-ubah,  kekal, tetap),

berkualiti dan seimbang.

Pemimpin negara yang disokong oleh majoriti rakyat Malaysia bercita-cita mencapai taraf

negara maju yang mengikut  acuannya yang tersendiri menjelang tahun 2020. Pembangunan

yang pesat dari segi ekonomi dan sosial telah melahirkan keperluan untuk pembangunan

fizikal yang lebih besar dan lebih canggih. Namun begitu, dalam usaha untuk membangunkan

negara, kita harus memastikan bahawa alam sekitar tidak sekali-kali menjadi korban.

Walaupun secara keseluruhannya, menurut Malaysian Quality of Life Report, indeks kualiti

alam sekitar hampir tidak berubah sepanjang jangka 1990-2000 (iaitu sekitar 100.2 mata),

namun terdapat kemerosotan dalam beberapa petunjuk yang membimbangkan. Contohnya,

kemerosotan dalam kualiti air sungai dan air, seperti yang ditunjukkan dalam peratusan

sungai bersih dalam negara, yang jatuh daripada 53.3 peratus pada tahun 1990 kepada 28.3

peratus pada tahun 2000.

Kemerosotan kualiti air sungai-sungai kita ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor,

termasuk pencemaran yang datang daripada sisa-sisa buangan isi rumah dan ladang ternakan;

efluen dari sektor pembuatan dan industri berasaskan pertanian; pepejal terampai (tidak

mendap, terapung), dari hakisan tanah; dan sisa logam berat dari kilang. Sedikit sebanyak, hal

ini memberi gambaran bahawa ramai rakyat Malaysia masih kurang mengambil berat tentang

kaedah pembuangan sisa pejal yang bersih dan teratur. Dalam hal ini, kita mempunyai

infrastruktur kelas dunia, tetapi mentaliti pada tahap mentaliti rakyat dunia ketiga.  Rakyat

Malaysia yang bermentaliti sedemikian yang harus berubah.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa antara masalah alam sekitar yang semakin meruncing

di Malaysia pada masa ini ialah jumlah sisa pepejal yang dibuang semakin banyak, ditambah

dengan masalah tapak pelupusan sisa buangan yang semakin berkurangan lagi. Malaysia

adalah antara negara yang paling banyak sampah, iaitu kira-kira 17,000 tan sampah

dihasilkan setiap hari, atau sebanyak lebih 5 juta tan setiap tahun. Kadar penghasilan sampah

negara dijangka akan terus meningkat pada kadar 2 peratus setiap tahun, selari dengan

Page 4: Folio sain sem 2.docx

pertambahan penduduk dan kegiatan ekonomi negara yang semakin pesat. Dalam pada itu,

menurut satu kajian,  tapak pelupusan sisa buangan akansetakat 80 peratus dalam hanya dua

tahun lagi.

Kini kerajaan sedang dalam proses untuk meningkatkan penggunaan teknologi pelupusan

sampah yang canggih-canggih untuk melupuskan sisa buangan. Namun begitu, usaha-usaha

ini tidak akan mencukupi untuk mencapai tujuan kita. Sebenarnya, di samping pengurusan

sisa pembuangan, kita juga harus menumpukan perhatianterhadap isu pengurangan sisa dan

sampah itu sendiri. Di sini, pemahaman dan amalan kitar semula oleh segenap lapisan

masyarat dapat memainkan peranan yang amat penting.

Kitar semula bukanlah satu perkara baru, malah banyak negara telahpun lama

melaksanakannya. Terdapat banyak faedah yang dapat diperolehi jika rakyat Malaysia dapat

menerapkan amalan kitar semula dalam rutin harian mereka.

Dari segi ekonomi misalnya, negara kita terpaksa membelanjakan lebih daripada 400 juta

ringgit setahun untuk menguruskan sampah yang dihasilkan oleh penduduk negara. Sekiranya

negara berjaya mencapai sasarannya, iaitu untuk mengitar semula sekurang-kurangnya 22

peratus daripada jumlah janaan sampah negara, adalah dijangka kita boleh menjimatkan

sekurang-kurangnya 88 juta ringgit setiap tahun. Jumlah ini boleh disalurkan kepada projek-

projek pembangunan lain yang lebih diperlukan oleh rakyat.

Dalam bidang industri, amalan kitar semula dapat mengurangkan perbelanjaan mengekstrak

sumber ekonomi baru, manakala industri kitar semula itu sendiri dapat menjana peluang-

peluang perniagaan dan pekerjaan yang lebih, jika dibandingkan dengan industri pembuangan

sisa pejal semata-mata.

Perkara yang paling pentin ialah amalan kitar semula dapat membantu  memelihara alam

sekita dan dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Cuba

bayangkan keadaan jika sisa-sisa buangan yang berlebihan yang tidak dikumpulkan itu

terjatuh ke dalam sungai dan longkang-longkang. Akhirnya, sisa-sisa buangan akan

mengakibatkan masalah alam sekitar seperti banjir kilat, atau menyebabkan air bertakung

yang mungkin menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Sudah pasti hal ini akan membawa

kemudaratan dan mendatangkan penyakit kepada rakyat Malaysia sendiri. Oleh hal itu,

pendekatan pembangunan yang lebih lestari dan tidak membinasakan alam sekitar menjadi

kritikal. Program kitar semula memainkan peranan yang penting menyokong dasar strategik

kerajaan bagi pengurusan alam sekitar dan sumber semulajadi yang mapan. Secara spesifik,

ia bertujuan untuk mengurangkan intensiti pencemaran dan sisa daripada aktiviti perbandaran

Page 5: Folio sain sem 2.docx

dan perindustrian, di samping memastikan alam sekitar bersih dan sihat supaya dapat

memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat.

Program kitar semula yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaa

Tempatan telah mencecah usia 3 tahun, akan tetapi rakyat telah mencapai kadar kitar semula

kira-kira 3 peratussahaja. Jika dibandingkan dengan kadar kitar semula dii negara-negara

maju yang kebanyakan daripada mereka telah mencapai kadar kitar semula setinggi 30

hingga 47 peratus – prestasi Malaysia jauh ke belakang. Bilangan pusat kitar semula di

negara tidak mencukupi dan amalannya tidak meluas sama sekali.

Ada orang yang berpendapat bahawa negara-negaraelah mengambil masa kira-kira 25 tahun

untuk mencapai kadar kitar semula tersebut. Namun begitu, Malaysia tidak perlu mengambil

masa 25 tahun untuk mencapai sasaran yang telah kita tetapkan. Hal ini dikatakan demikian,

adalah kerana kesedaran tentang alam sekitar telah sedia wujud sekarang, dan sebilangan

rakyat Malaysia telah pun menitikberatkan keadaan alam sekitar.

Di samping itu, kita mempunyai keupayaan dan akses kepada kaedah-kaedah dan teknologi

pelupusan sampah yang tidak mengotori alam sekitar berbanding dengan teknologi pelupusan

sampah masa lalu. Yang paling penting, kita ada kelebihan pengalaman kerana dapat

mempelajari daripada pengalaman negara-negara maju dalam pelaksanaan program kitar

semula, baik dari segi mewujudkan kesedaran dalam kalangan rakyat, mahupun dari segi

menggunapakai kaedah-kaedah kitar semula yang terkini. Oleh itu, saya percaya kita boleh

memendekkan tempoh pembelajaran kita mengenai pengitaran semula dan mempertingkatkan

lagi kadar pengitaran semula negara dengan segera.

Sebahagian besar daripada usaha kita untuk meningkatkan amalan kitar semula bergantung

kepada penerapan nilai-nilai, sikap dan amalan pro-alam sekitar dalam kalangan rakyat

Malaysia supaya kekal dengan pemikiran dan budaya negara maju, sebagai mana yang kita

idamkan dalam wawasan 2020. Sesungguhnya, kita perlu menghargai, mengasihi dan

menghormati alam sekitar.

Kini, dalam pemikiran ramai rakyat Malaysia, kitar semula hanya terhad kepada tong-tong

kitar semula semata-mata. Namun kitar semula adalah jauh daripada itu; ia adalah satu cara

hidup yang berkait rapat dengan nilai-nilai murni seperti tidak boros, sederhana dan

menghargai nilai sesuatu benda. Sesungguhnya pemikiran kitar semula harus menjadi

sebahagian daripada kebiasaan kita, baik di peringkat pembelian, penggunaan ataupun

pembuangan.

Page 6: Folio sain sem 2.docx

Di samping itu, untuk menyokong dan mempermudahkan penjiwaan amalan kitar semula

dalam diri setiap rakyat Malaysia, pihak-pihak berkuasa hendaklah bekerjasama dengan

rakyat dan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberi dan kemudahan infrastruktur yang

disediakan adalah mencukupi, efisyen, konvenien, dan konsisten. Kementerian perumahan

dan kerajaan tempatan perlu mengkaji aspek-aspek polisi dan perundangan yang boleh

membantu mempertingkat amalan kitar semula dalam negara. Hal ini, termasuklah langkah-

langkah untuk memberi galakan yang bersesuaian, terutama bagi penggunaan teknologi

dalam aktiviti kitar semula.

Kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan pihak- pihak berkuasa tempatan haruslah

bekerjasama antara satu sama lain supaya dapat memberi perkhidmatan yang berkualiti dan

responsif kepada pelanggan, termasuk dari segi pengurusan sisa buangan. Aspek ini amat

penting kerana kita semua, sebagai penjawat awam, adalah pemegang amanah rakyat dan

harus memberi tumpuan kepada tanggungjawab kita untuk memberi perkhidmatan yang

terbaik kepada mereka.

Dalam pada itu, kementerian perumahan, pihak berkuasa tempatan, pemaju perumahan,

pengurus pusat membeli belah dan pihak-pihak lain mestilah memastikan bahawa pusat

pengumpulan sisa buangan serta tong-tong kitar semula ditempatkan di lokasi-lokasi yang

sesuai dan mudah diakses, seperti di kawasan perumahan, di pusat aktiviti komuniti, di pusat

membeli-belah, dan juga di tempat pekerjaan, untuk memudahkan dan menggalakkan lebih

ramai orang mengitar semula.

Untuk menyahut seruan kepimpinan melalui tauladan, dan dalam menjadi sebuah “role-

model” bagi pihak-pihak yang lain, semua kementerian, jabatan serta agensi kerajaan,

terutamanya yang berada di Putrajaya, mesti menempatkan tong-tong kitar semula di pejabat

masing-masing dan mengambil langkah-langkah untuk menggalakkan semua pegawai

kerajaan mengamalkan kitar semula. Untuk mengukuhkan lagi amalan kitar semula tersebut

dalam kalangan pegawai dan keluarga mereka, setiap kawasan perumahan kerajaan,

terutamanya di Putrajaya perlu dilengkapkan dengan pusat pengitaran semula.

Selain itu, kita boleh mengambil langkah-langkah berjimat cermat dalam penggunaan

sumber-sumber di pejabat kita. Dalam usaha mengurangkan jumlah kertas yang digunakan di

pejabat kerajaan dan sebagai langkah konkrit ke arah kerajaan tanpa kertas.  Dalam hal ini

ketua setiausaha negara untuk mengeluarkan surat pekeliling kepada semua kementerian,

jabatan dan agensi kerajaan untuk menggalakkan penggunaan pencetakan komputer dwi-

muka, dan juga menggalakkan penggunakan bahagian belakang muka surat yang telah

digunakan untuk menulis atau mencetak draf-draf dokumen bukan rasmi.

Page 7: Folio sain sem 2.docx

Sebagai bandar moden dan terancang Putrajaya mesti menjadi contoh amalan kitar semula

bagi rakyat dan majikan lain di seluruh negara. Amalan kitar semula harus bercambah,

berakar dan menghijau di setiap pelosok tanah air.

Amalan kitar semula boleh dijalankan di peringkat nasional, kawasan, komuniti, serta

individu. Oleh itu, kejayaan program kitar semula banyak bergantung kepada kerjasama yang

erat dalam kalangan semua pihak. Semua individu, kerajaan persekutuan ataupun negeri,

pihak berkuasa tempatan, swasta dan institusi pengajian sama-sama menjadikan kitar semula

sebagai amalan hidup kita.

Perlaksanaan program kitar semula ini mesti diteruskan secara berpanjangan, bukannya

bermusim.  Usaha untuk memastikan program ini berjaya perlu diterapkan dalam kalangan

masyarakat, khususnya generasi muda yang bakal mewarisi teraju kepimpinan negara kelak.

Page 8: Folio sain sem 2.docx

PENCEMARAN ALAM SEKITAR

PENCEMARAN AIR

Air merupakan sumber penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada sistem kehidupan global. Manusia memerlukan air untuk menjalankan aktiviti harian seperti pertanian, perikanan, perindustrian, pengangkuatan dan sebagainya. Namun, air semakin hari semakian tercemar lantaran sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak. Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR

Punca utama pencemaran air ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh, Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya membawa kepada pencemaran laut.

Selain itu, sikap segelintir pengusaha kilang yang tidak bertanggungjawab membuang sisa toksik ke dalam sungai atau laut juga mendorong kepada pencemaran air. Pembuangan ini dianggap mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai. Kajian menunjukkan terdapat beberapa buah negara maju memasukkan sisa radioaktif ke dalam tong dram sebelum membuangnya kedalam laut.

Pertumpahan minyak yang berlaku disebabkan oleh pelanggaran kapal turut mendorong kepada pencemaran air. Minyak yang mengalir ke laut akibat kebocoran tangki minyak akan menutupi lapisan air dan menyebabkan belakunya pencemaran laut. Sebagai contoh, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal tangki MT Bunga 3 yang membawa 61 858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan berlakunya pertumpahan minyak berhampiran Tanjung Ayam.

Page 9: Folio sain sem 2.docx

KESAN PENCEMARAN AIR

Pencemaran air akan memberi kesan kepada kesihatan menusia. Air yang tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium, nitrat, merkuri dan sebagainya yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, sodium memberi implikasi kepada jantung, manakala merkuri dan plumbum pula boleh menyebabkan masalah saraf. Terdapat pelbagai penyakit yang berjangkit melalui air minuman dan air mandian seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.

Tumpahan minyak yang berlaku di kawasan perairan akan membentuk lapisan minyak yang boleh mengancam organisma laut. Tumpahan tersebut akan menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton. Hidupan laut seperti ikan, siput, udang dan ketam akan mati disebabkan oleh pembuangan sampah dan sisa toksik yang telah mengakibat pencamaran air yang merupakan habitat hidupan laut. Hal ini akan mendorong kepada kepupusan hidupan laut.

Pencemaran air juga memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem air, rumpai air akan tumbuh dengan banyak.. Dengan peningkatan fosforus, ianya akan menyebabkan menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN AIR

Media massa dan media elektronik memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sungai Kempen kesedaran perlu diadakan melalui televisyen, akhbar dan sebagainya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan air dalam kehidupan seharian. Dengan penganjuran kempen-kempen ini diharap dapat memupuk sikap cintakanalam sekitar.

Selain itu, pihak kerajaan juga bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang.Manakala, Undang-undang sedia ada perlu diperketatkan lagi supaya pesalah mendapat hukuman yang setimpal dengan kesalahannya. Contonya, pihak-pihak yang melakukan kesalahan mencemarkan sungai, sekiranya disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Untuk memastikan supaya sampah sarap tidak menyebabkan sistem perparitan tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan sekitar satu atau dua kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di sungai.

Kesimpulannya, sebagai makhluk Allah yang dikurniakan akal fikiran, kita tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sebaliknya kita perlu menyokong segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan harapan dan impian negara dapat di capai.

Page 10: Folio sain sem 2.docx

Pencemaran Udara

Pencemaran udara boleh dikatakan antara pencemaran yang memberi impak yang paling besar kepada alam sekitar. Disebabkan oleh pencemaran udara terjadinya fenomena pemanasan global yang mengakibatkan berlakunya bencana alam yang mengancam bumi kita. Pencemaran udara ini menjadi tumpuan sedunia bagi menangani dan mengambil langkah pengawalan supaya tahap pencemaran dapat dikawal. Negara maju seperti negara China yang bertumpukan industri perkilangan secara langsung menjejaskan kualiti udara di negara tersebut. Isu pencemaran udara ini dititikberatkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang telah mengambil pelbagai langkah bagi menangani masalah ini.

Pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran primer dan pencemaran sekunder. Pencemaran primer merujuk kepada pencemaran yang dihasilkan sulfur monoksida dan karbon monoksida hasil dari pembakaran tidak lengkap yang menyebabkan zarah-zarah halus terampai di udara. Kebanyakan pencemaran ini dilepaskan melalui eksos kenderaan , industry yang melepaskan asap atau bahan pencemar dan pembakaran arang batu yang tidak terkawal, manakala pencemaran sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas–gas yang tidak di perlukan oleh benda hidup seperti gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkanasid sulfurik.

Punca-punca

pencemaran udara termasuk perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industry kilang, penggunaan arang batu yang tidak terkawal, dan pembakaran di tempat pelupusan . selain dari punca-punca di atas fenomena semulajadi juga menyumbang kepada pencemaran ini seperti kebakaran  hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan partikel, asap, debu dengan kadar yang banyak yang menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian berlaku.

Kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia adalah seperti menjejaskan sistem pernafasan manusia. Manusia sukar untuk bernafas dalam keadaan udara yang tercemar kerana udara telah diracuni oleh bahan tercemar dan gas-gas yang tidak diperlukan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan tindak balas manusia dan kesan seterusnya menyebabkan mengantuk, penyakit lelah dan fungsi paru-paru terjejas. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan. Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan seperti nekrosis (keguguran daun) dan pertumbuhan terbantut. Begitu juga haiwan akan terancam akibat pencemaran udara dimana udara yang tercemar disedut dan mengambil makanan dari tumbuhan yang tercemar.

Page 11: Folio sain sem 2.docx

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah dapat ditakrifkan sebagai perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasansehingga terjadi pertukaran warna,kesuburan,dan hakisan.Ia disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk cecair atau pepejal.

PUNCA-PUNCA Pembuangan sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal merupakan salah satu punca yang menyebabkan  pencemaran tanah berlaku.Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran.Walaupun sampah sarap dapat dilenyapkan dari pandangan mata dan hiduan hidung dengan kaedah ini namun tanpa pengawalan yang rapi,kedua-dua teknik ini juga boleh memberi masalah yangserius jepada alam sekitar.

Selain itu,Pembuangan sisa toksik dan nuklear juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku.Apabila sisa toksik dan nuklear telah mencemari permukaan tanah,maka ia akan menyebabkan kualiti tanah merosot.Hal ini akan memberi impak yang besar kepada manusia serta alam sekitar.

Tambahan pula,penebangan hutan juga akan menyebabkan  pencemaran tanah berlaku.Kawasan hutan ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keuntungan lumayan.Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar.Hal ini disebabkanketiadaan akarpokok untuk mencengkam tanah.Kesannya,tanah runtuh akan terjadi dan akan membahayakan nyawa penduduk yang tinggal berhampiran kawasan itu.

  KESAN-KESAN

  Penyebaran kuman-kuman penyakit merupakan salah kesan yang akan timbul kesan daripada pencemaran tanah.Haiwan-haiwan perosak seperti tikus,lipas dan lalat akan tertumpu di kawasan itu dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat lain.Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas,seterusnya di makan oleh manusia tanpa sengaja maka manusia akan mudah diserang keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Selain itu,Kerosakan tanah dan kualitinya juga merupakan kesan yang akan timbul apabila terjadinya pencemaran tanah.Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan dari kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang kualiti.Tanah yang kurang kualiti menyebabkan tumbuh-tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam hidup dengan tidak sempurna dan kurang kualiti. Hakisan tanah juga akan turut terjadi jika pencemparan tanah berlaku.Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sering berlaku di seluruh negara.Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia,misalnya tanah runtuh dan gempa

Page 12: Folio sain sem 2.docx

bumi.Terdapat banyak yang sedang diancam hakisan tanah.Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan tanah adalah pembersihan dan pembajakkan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada runtuh.

LANGKAH MENGATASI

Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah.Pendidikan alam sekitar dapat membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar.Dengan adanya kesedaran pada seseorang individu,dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang tinggi dikekalkan.

 Selain itu,kempen kesedaran juga boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar.Antara kempen-kempen alam sekitar yang boleh dilaksanakan adalah kempen cintailah sungai kita,kitar semula,dan sahabat alam.Dalam kempen ini peserta akan diajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan sebagainya.

Page 13: Folio sain sem 2.docx

LANGKAH MENGATASI MASALAH PENCEMARAN

Pencemaran alam merupakan isu yang sering menjadi buah mulut masyarakat sejak belakangan ini. Setiap hari terdapat laporan media tentang gejala pencemaran alam. Hal ini telah menyebabkan pelbagai pihak berasa bimbang akan gejala tersebut. Pihak kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk memastikan alam sekitar terpelihara. Walau bagaimanapun, gejala pencemaran alam masih lagi berleluasa seolah-olah tidak ada penghujungnya. Jika ditinjau dengan mendalam, terdapat beberapa langkah yang konkrit untuk menangani gejala ini.

Salah satu langkah yang dapat digunakan untuk mengatasi pencemaran alam ialah pihak berwajib menghukum individu atau organisasi yang telah didapati bersalah mencemarkan alam sekitar. Pihak berwajib seperti Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar wajar menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada untuk menghukum pihak-pihak yang berkenaan. Hukuman yang dikenakan hendaklah setimpal dengan kesalahan pihak terbabit mencemarkan alam. Selain itu tindakan penguatkuasaan undang-undang hendaklah dilaksanakan tanpa sikap memilih bulu dan dilakukan secara tekal dan tidak seperti melepaskan batuk di tangga. Individu dan organisasi yang mencemarkan alam biasanya tidak serik dengan hukuman yang dikenakan. Mereka akan mengulangi perbuatan keji ini jika hukuman yang dikenakan terhadap mereka tidak begitu berat. Malahan ada yang sanggup membayar denda kerana mencemarkan alam sekitar kerana mereka tahu denda tersebut hanya sekali sahaja. Mereka bebas melakukan kesalahan setelah menjelaskan denda yang dikenakan. Oleh itu pihak berwajib mestilah lebih tegas dalam mengenakan hukuman terhadap pihak yang melakukan pencemaran.

Selain itu pihak sekolah hendaklah memperkenalkan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid sekolah. Pendidikan alam sekitar melibatkan pelbagai aspek yang menjurus ke arah pengekalan alam yang sejahtera. Satu kurikulum yang khusus perlu digubal agar pendedahan yang sistematik dapat dilaksanakan. Kurikulum ini boleh diselitkan dalam mata-mata pelajaran lain dan boleh juga dijadikan mata pelajaran khusus. Hal ini bertujuan untuk menyemaikan kesedaran secara lebih berkesan. Murid sekolah khususnya yang belajar di sekolah rendah wajar didedahkan dengan pengetahuan tentang alam sekitar dengan lebih sistematik. Jika sejak kecil mereka diberikan pendedahan sedemikian, mereka akan berasa lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar apabila mereka dewasa nanti. Langkah ini akan mengatasi gejala pencemaran alam pada masa akan datang, bak kata pepatah melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jadi, pengenalan pendidikan alam sekitar di peringkat sekolah merupakan satu langkah untuk mengatasi pencemaran alam.

Langkah untuk mengatasi pencemaran alam seterusnya ialah pihak kerajaan perlu melaksanakan kempen dengan lebih berkesan. Kempen merupakan kaedah yang paling

Page 14: Folio sain sem 2.docx

berkesan untuk menyampaikan sesuatu maklumat tentang pelbagai perkara. Pelbagai media massa dapat digunakan untuk menjadi wadah penyampaian maklumat melalui kempen. Contohnya, televisyen merupakan media yang paling dekat dengan masyarakat. Pada umumnya setiap rumah di negara kita mempunyai set televisyen. Oleh itu televisyen wajar digunakan sebaik-baiknya untuk menyalurkan maklumat tentang langkah-langkah mengatasi pencemaran alam. Media-media lain seperti surat khabar dan radio juga wajar digunakan sepenuhnya untuk menjadi wadah kempen penjagaan alam sekitar. Selama ini kempen yang dilaksanakan tidak begitu berkesan. Pihak yang terbabit hanya melaksanakan kempen tidak ubah seperti pahat dengan penukul. Adakalannya kempen yang dilaksanakan bersifat aktiviti bermusim. Oleh yang demikian, kempen yang lebih berkesan dan dijalankan dengan bersungguh-sungguh dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah yang dikenal pasti dapat mengatasi masalah pencemaran alam sekitar jika dilaksanakan dengan penuh iltizam. Dalam hal ini, semua pihak perlulah bekerjasama untuk memastikan langkah-langkah yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan kerana alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jika alam sekitar terus terabai, generasi akan datang pasti menghadapi masalah alam sekitar yang lebih buruk. Kerjasama dan kesungguhan semua pihak menyelesaikan masalah ini diharapkan dapat mengatasi gejala pencemaran alam dengan lebih berkesan kerana kelestarian alam tanggungjawab kita semua.

Page 15: Folio sain sem 2.docx

KESIMPULAN Kita sudah tentulah merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap, kotor dan busuk. Konsep ini harus diperkembangkan dengan menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita. Jika kita menganggapkan bumi ini sebagai rumah kita sendiri, sanggupkah kita mengotorinya?

Bumi adalah satu-satunya planet yang membolehkan kita dan hidupan lainnya hidup bebas. Bukankah alasan ini sudah cukup untuk kita membelainya dengan perasaan penuh timbang rasa dan kasih sayang? Perasaan hormat harus diberikan kepada semua bentuk hidupan dan persekitaran yang menjadi jiran tetangga kita. Segala tindakan manusia mempunyai kesan yang mendalam terhadap alam sekitar. Perasaan hormat terhadap hidupan lain bermakna menghormati diri kita sendiri. Menjaga kesejahteraan alam sekitar supaya tidak tercemar bermakna menghormati keperluan kita untuk mendapatkan udara dan bekalan air yang bersih.

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan. Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Penglibatan JAS dalam melaksanakan tanggungjawabnya hanya akan tercapai dengan kerjasama dan kefahaman masyarakat umum akan betapa pentingnya penjagaan alam sekitar. Alam sekitar yang bersih dan terlindung mencerminkan masyarakat yang harmonis dan sihat bagi menerajui pembangunan sains dan teknologi negara.

Alam semulajadi mengetahui sesuatu yang terbaik untuknya. Sekiranya kita mencurahkan bahan kimia ke dalam sesuatu organisma, ianya tampak seolah-olah kita melemparkan sekarung nat untuk skru dan pasak ke dalam peralatan jentera “delicate” yang pernah diciptakan.

Page 16: Folio sain sem 2.docx

RUJUKANInternit : - http://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/pencemaran-alam-sekitar/

- http://sivikrujukan.wordpress.com/koleksi-video-4/pencemaran-alam-sekitar/

Page 17: Folio sain sem 2.docx

LAMPIRANPENCEMARAN AIR

Air Tercemar Pencemaran Air Seiring berkembangnya teknologi, manusia sekarang enggan memikirkan alam di masa depan. Manusia melakukan apa saja yang menguntungkan bagi dirinya tanpa memikirkan makhluk hidup lain dan akibat dari apa yang manusia lakukan. Akibat dari aktifitas manusia yang dapat merosak alam iatu pencemaran lingkungan.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah disebabkan oleh hasil pembuangan limbah yang mengandung bahan-bahan anorganik yang sukar terurai dalam tanah seperti plastik, kaca, dan kaleng. Bahan-bahan ini sukar diuraikan oleh organisme dan mengakibatkan produktivitas tanah akan berkurang.

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara adalah kehadiran satu atau lebih substansi fisik, kimia, atau biologi di atmosfer dalam jumlah yang dapat membahayakan kesehatan mahkluk hidup, mengganggu estetika dan kenyamanan, atau merusak properti. Pencemaran udara adalah masuknya, atau tercampurnya unsur-unsur berbahaya ke dalam atmosfir yang dapat mengakibatkan terjadinya kerusakan lingkungan, gangguan pada kesehatan manusia secara umum serta menurunkan kualitas lingkungan

Page 18: Folio sain sem 2.docx

PENCEMARAN AIR

Pencemaran air adalah peristiwa masuknya zat, energi, unsur, atau komponen lainnya kedalam air sehingga menyebabkan kualitas air terganggu. Kualitas air yang terganggu ditandai dengan perubahan bau, rasa, dan warna.unsur, atau komponen lainnya kedalam air sehingga menyebabkan kualitas air terganggu. Kualitas air yang terganggu ditandai dengan perubahan bau, rasa, dan warna.

PENCEMARAN TANAH

Pencemaran tanah secara langsung Misalnya karena penggunaan pupuk secara berlebihan, pemberian pestisida, dan pembuangan limbah yang tidak dapat diuraikan seperti plastik, kaleng, botol, dan lain-lainnya.

Page 19: Folio sain sem 2.docx

Antara kesan-kesan yang dikatakan diatas ialah pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Gigitan nyamuk aedes boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.

       Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagai contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh juga boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap tersebut.

          Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak menentu disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah.

Page 20: Folio sain sem 2.docx

          Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara. Hasil pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Petani terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh menjejaskan kasihatan manusia. Pembiakan hidupan laut seperti ikan dan udang juga semakin berkurangan akibat pencemaran air sungai dan laut.

          Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor perlancongan negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapal-kapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat pelancongan ini.

Page 21: Folio sain sem 2.docx

KOLEJ VOKASIONAL NIBONG TEBAL JALAN BUKIT PANCHOR 14300 NIBONG TEBAL PULAU PINANG

AMT 204 : ENGLISH FOR SPECIFIC PURPOSES

COURSE ASSIGNMENT ‘my dream workshop’

NAME : MUHAMMAD HANIF BIN ABD SAMAT

Page 22: Folio sain sem 2.docx

COURSE : TEKNOLOGI KIMPALAN MATRIX NO : CMTK10123 I/C NO : 980825-08-6117LECTURER’NAME : CIK AZTIELIA NUR BINTI MUHAMMAD ZAKI

Page 23: Folio sain sem 2.docx

WELDING

WORKSHOP NEVER TOO LATE To have your dream grail

We have the BEST equipment The best MECHANICS and GENINE spare parts Hours : 10.00 am to 10.00pm 6 days a week Close on Fridays

See us at Bascomme Autoshop Jalan Hijau , Batu 12 Bagan pinang , Port Dickson 06-3456789