pengalaman berasaskan sekolah-pj sem 3.docx

11
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( SEMESTER ) 3 TAJUK TUGASAN : Pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani 1. Semasa aktiviti memanaskan badan. a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan? b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar? c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti dirancang diberi tumpuan? d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot- otot, sendi dan lain-lain anggota badan? 2. Adakah keperluan “warm down” dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar? 3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang? 4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang? 5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut?

Upload: anbalagan-raj

Post on 03-Oct-2015

264 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH ( SEMESTER ) 3TAJUK TUGASAN : Pemerhatian terhadap kelas pendidikan jasmani1. Semasa aktiviti memanaskan badan.a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?b) Adakah penerangan mengenai kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti dirancang diberi tumpuan?d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan?2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar?3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang?5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut?

PEMERHATIAN TERHADAP KELAS PENDIDIKAN JASMANI1. Semasa aktiviti memanaskan badan

a) Adakah aktiviti memanaskan badan dijalankan?

Saya telah menjalankan pemerhatian di kelas tahun satu pada 19 Mac 2013 yang dikendalikan oleh Puan Thangamalar. Guru tersebut boleh dikatakan bersungguh-sungguh dalam menjalankan kelas Pendidikan Jasmani. Semasa memerhatikan pendidikan jasmani yang diajar kepada murid-murid sekolah, saya dapat mengenal pasti bahawa murid murid melibatkan diri secara aktif dalam segala permainan dan juga mematuhi segala arahan yang diberikan oleh guru. Kriteria guru tersebut iaitu sedia mengajar ditunjukkan dengan berpakaian PJ (bersesuain dengan aktiviti yang dijalankan) yang kemas. Oleh kerana kelas tersebut adalah kelas tahun 1, guru melaksanakan aktiviti di tapak perhimpunan. Apabila bertanya kepada guru sebab tidak melaksanakan di padang, guru menjawab budak-budak kecil ini akan mengkotorkan diri mereka. Sebelum bermain guru menyuruh kanak-kanak berdiri secara bulatan untuk melakukan aktiviti memanaskan badan. Guru melakukan aktiviti memanaskan badan dan murid-murid mengikut cara guru. Beliau juga mengajar murid-murid melakukan pelbagai cara memanaskan badan seperti aktiviti regangan sebelum mereka melibatkan diri dalam permainan atau aktiviti sukan. Pemanasan badan bermula dengan kepala mereka dan berakhir dengan kaki dengan kiraan lapan bagi setiap pergerakan. Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Tujuan utama memanaskan badan adalah untuk meningkatkan suhu badan dan otot untuk meregangkan ligamen dan tisu-tisu lain bagi mendapatkan kelenturan yang tinggi. Selepas itu, guru menyuruh murid-murid untuk berlari seperti burung dan kuda sebagai aktiviti memanaskan badan. Kanak-kanak memang rasa seronok semasa melakukan aktiviti ini. Daripada pemerhatian saya, aktiviti memanaskan badan yang dijalankan sangat teratur dan boleh diikuti oleh murid-murid.

b) Adakah penerangan tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan diberikan kepada pelajar?

Guru tidak memberi sebarang penerangan tentang kepentingan aktiviti memanaskan badan kepada belajar. Tetapi guru membetulkan sesiapa yang melakukan pergerakan dengan salah. Selepas kelas ini, saya bertanya kepada guru tentang sebab tidak memberi penerangan. Guru menjawab bahawa penerangan tentang aktiviti memanaskan badan telah diberi semasa kelas PJ yang pertama pada awal tahun ini.

c) Adakah otot-otot besar untuk aktiviti yang dirancang diberi tumpuan?

Ya. Otot-otot besar telah diberi tumpuan untuk aktiviti yang dirancang. Aktiviti yang telah dilaksanakn oleh guru ialah melantun bola. Tangan dan kaki diberi tumpuan dalam aktiviti ini. Oleh kerana kelas tahun 1, guru melaksanakan aktiviti yang sangat mudah. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan. 3 kumpulan berada di sebelah kanan dan 3 kumpulan lagi berada di sebelah kiri. Kumpulan yang berada di sebelah kanan menghantar bola kepada kumpulan yang berada di sebelah kiri dengan melantun bola dengan menggunakan satu tangan sambil berlari. Tangan dan kaki telah digunakan dalam aktiviti ini.

d) Adakah aktiviti yang diberi membahayakan otot otot ,sendi dan lain - lain anggota badan.

Aktiviti yang dilaksanakan oleh guru tidak membayakan otot-otot, sendi dan lain-lain anggota badan murid. Guru merancangkan aktiviti mengikut tahap umur murid-murid. Aktiviti yang dirancang oleh guru adalah paling mudah sekali dan sesuai untuk dilakukan oleh murid tahun satu. Sebelum bermula, guru menunjukkan cara-cara untuk melantun bola dengan menggunakan satu tangan sambil berlari. Murid-murid dapat mengikuti cara yang diajar oleh guru. Ia melibatkan sendi-sendi yang biasa sahaja. Oleh itu, aktiviti ini tidak membahayakan murid-murid.

2. Adakah keperluan warm down dijalankan dan diberi penjelasan kepada pelajar.

Pada akhir kelas ini, aktiviti warm down telah dijalankan. Guru menunjukkan pergerakan-pergerakan bagi aktiviti warm down dan murid telah mengikuti cara guru. Ia bermula dengan kaki ke kepala dengan kiraan lapan bagi setiap pergerakan. Berlari seperti burung dan kuda telah dibuat sekali lagi oleh para murid. Penjelasan tentang keperluan warm down tidak diberi. Sebab yang sama dengan warming up telah diberi oleh guru.

3. Adakah peralatan pendidikan jasmani yang digunakan sesuai dengan aktiviti yang dirancang?

Hanya 2 jenis alatan sahaja telah digunakan dalam aktiviti ini iaitu bola dan gelung besar. Sebelum melantun bola sambil berlari ke arah kawan, orang yang hendak melantun perlu berada dalam gelung besar. Alatan yang digunakan oleh murid ialah bola sahaja. Selepas pass kepada kawan, murid-murid masih berada dalam kumpulan masing-masing. Setelah itu, setiap murid melantun bola dengan menggunakan satu tangan secara berdiri setempat secara bergilir-gilir. Murid-murid dapat menggunakan alatan yang diberi dengan sebaik mungkin. Oleh itu, alatan yang digunakan dalam aktiviti ini tidak membahayakan murid dan sesuai untuk digunakan.

4. Adakah pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang.

Ya. Guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan pembelajaran yang disediakan olehnya. Pembahagian masa dari mula hingga tamat aktiviti sesuai seperti yang dirancang. Kelas ini dilakukan pada pukul 7.45 pagi hingga 8.15 pagi iaitu setengah jam sahaja. 5 minit untuk warming up; 10 minit untuk melantun bola sambil berlari; 10 minit untuk melantun bola secara berdiri setempat; 5 minit akhir untuk warming down. Pembahagian masa adalah sangat baik dan dapat dilakukan dalam masa yang dirancang.

5. Berikan saranan anda untuk tindakan penambahbaikan dalam pengajaran tersebut.

Pertama sekali, guru perlu memberi penjelasan tentang keperluan warming up dan warming down kepada murid-murid pada awal-awal lagi iaitu tahun satu supaya mereka dapat mengingati keperluannya hingga sepanjang hayat. Penjelasan ini perlu diberi pada setiap kelas Pendidikan Jasmani. Guru perlu mengajar pelbagai jenis aktiviti warming up dan warming down setiap kali dalam kelsa PJ. Aktiviti warming up dan warming down bukan sahaja melibatkan regangan tangan dan kaki. Ada pelbagai jenis aktiviti yang boleh dibuat. Guru perlu mengajarnya aktiviti-aktiviti tersebut supaya murid dapat menyedari kepentingan aktiviti tersebut dan mengelakkan kebosanan yang disebabkan oleh aktiviti yang sama buat semasa warming up dan warming down. Guru juga perlu mempelbagaikan pergerakan bukan lokomotor dalam aktiviti warming up dan warming down. Dengan ini, murid-murid akan buat aktiviti ini secara automatiknya walaupun guru tidak datang ke kelas. Selain itu, sebelum memperkenalkan sesuatu aktiviti atau permainan baru, guru perlu mengajar ansur maju yang perlu dilakukan. Contohnya, sebelum melaksanakan pelbagai aktiviti melantun bola, guru perlu mengajar cara yang betul untuk melantun bola dahulu. Oleh kerana guru tidak mengajar, dalam kelas yang saya diperhatikan, murid tidak tahu untuk melantun bola sambil berlari dan melantun bola dengan menggunakan satu tangan. Hal ini menyebabkan keadaan menjadi huru-hara dan guru menghadapi kesukaran dalam mengawal kelas. Murid juga menghadapi kesukaran dalam melakukan aktiviti yang dirancang oleh guru. Oleh itu, sebelum merancang sesuatu permainan, guru perlu mengajar cara-cara untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan betul. Tambahan pula, masa yang berlebihan perlu diperuntukkan kepada subjek Pendidikan Jasmani. Hanya setengah jam sahaja telah diperuntukkan. Murid tidak dapat berseronok atau bermain dengan puas hati oleh kerana kesuntukan masa. Sekurang-kurangnya satu jam perlu diperuntukkan supaya pelajar sapat menghayati subjek Pendidikan Jasmani. Di samping itu, semasa saya memerhati, guru tidak menjalankan permainan di padang. Guru memberi sebab bahawa murid tahun 1 akan mengkotorkan diri mereka. Hal ini biasa semasa buat sesuatu aktiviti. Kita sebagai guru, perlu menyediakan suasana yang bersesuaian dengan subjek yang kita ajar supaya murid dapat menyesuaikan diri mereka dengan persekitaran ada dan boleh mengaitkan persekitaran dengan subjek yang mereka pelajari. Hal ini akan membantu murid untuk memahami apa yang mereka belajar.