kertas kerja big benchmark sem 5

Upload: nurulliyanarahmat

Post on 14-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG SEMESTER 5

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS SULTAN MIZAN, 22200, BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN.

KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)PISMP MATEMATIK SEMESTER 5LAWATAN BENCHMARKING

TEMPAT :SEKOLAH KEBANGSAAN SERI BERANG, JALAN RKT SUNGAI PETAI, 21700, KUALA BERANG,TERENGGANU DARUL IMAN.

TARIKH :9 FEBRUARI 2014

1. PengenalanProgram Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpu kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek di atas amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab dalam profesion perguruan.Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2. RasionalProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP Matematik dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3. MatlamatSelepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP Matematik diharapkan dapat :3.1. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama.3.2. Memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah diantara satu sama lain.3.3. Mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan.3.4. Menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik.3.5. Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.4. ObjektifSasaran kepada guru pelatih PISMP Matematik Semester 5 2014 selepas mengikuti lawatan agar dapat:4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infostruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infrastruktur di sekolah dengan lebih efisien.4. TarikhProgram Bina Insan Guru PISMP Matematik Semester 5 2014 ini akan diadakan pada hari Ahad, 9 Februari 2014.5. TempatProgram ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, 21700, Kuala Berang, Terengganu.

6. Peserta KursusSeramai 20 orang guru pelatih menyertai Lawatan Penanda Arasan ini. Para pelatih adalah daripada pelajar-pelajar PISMP Matematik Semester 5 yang terdiri daripada 4 orang guru pelatih lelaki dan 16 orang guru pelatih perempuan.*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta kursus.

7. MentorMentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPGM Kampus Sultan Mizan adalah Puan Wan Haspinah binti Wan Hussin.

8. Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru Lawatan Penanda Arasan PISMP Matematik Semester 5.

Pengerusi : Zahidin bin JamaludinNaib Pengerusi : Zainab Afina binti SuhartoSetiausaha : Munirah binti IsmailNaib Setiausaha : Nurul Husna binti ZulkifliBendahari : Maximus Rayner Abid Jawatankuasa 1. Makanan : (i) Wan Nur Alyaa binti Wan Aziz (ii) Nurul Liyana binti Rahmat2. Cenderahati : (i) Normaisyarah binti Zainudin (ii) Hasliza binti Julaihi3. Logistik : (i) Loong Lee Ying (ii) Nor Hidayatul Ziana binti Jahari4. Perhubungan : (i) Noratika binti Asnawi (ii) Nur Hasimah binti Krema5. Dokumentasi : (i) Wan Izzati Husna binti Wan Salleh (ii) Amira Hafiza binti Mohamad6. Multimedia : (i) Lydeneo Wesley (ii) Muhamad Amirul Asyraf bin Mah Hassan7. Buku Program : (i) Tan Pei Ping (ii) Nur Syahmi binti Nazri8. Pengacara Majlis : Siti Syafawani binti Abd Suki

9. Anggaran KewanganBILPERBELANJAANJUMLAH

1

2Guru Pelatih IPG KSM PISMP Matematik Semester 5i. (RM 16 x 20 orang x 1 hari)Cenderamatai. Peruntukan IPG

RM 320.00

RM 0

JUMLAHRM 320.00

10. PengangkutanPengangkutan peserta IPGM Kampus Sultan Mizan akan disediakan oleh pihak pentadbiran institut sendiri dan maklumat pengangkutan adalah seperti berikut :a) 1 buah bas IPG Kampus Sultan Mizan

11. Jadual ProgramProgram Bina Insan Guru PISMP Matematik Semester 5 2014 ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

12. MakananMakanan yang akan disediakan sepanjang program akan ditempah melalui pihak pembekal makanan di Sekolah Kebangsaan Seri Berang, 21700, Kuala Berang, Terengganu.

13. Proforma kursusProgram ini dijalankan bagi memenuhi kandungan yang terdapat di dalam proforma kursus seperti di LAMPIRAN III.

14. PenutupSecara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah, justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh,

.............................................................( MUNIRAH BINTI ISMAIL )Setiausaha,Program Bina Insan Guru Semester 5,PISMP Matematik,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut, Terengganu.

LAMPIRAN I

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5 PISMP MATEMATIK 2014

TUTOR: PN WAN HASPINAH BT WAN HUSSIN

BIL.NAMA PELATIHNO.KPNO.TEL

1AMIRA HAFIZA BT MOHAMAD920116-11-54940139956398

2HASLIZA BT JULAIHI910515-13-55300178013130

3LOONG LEE YING920701-08-52060165047694

4LYDENEO WESLEY920327-12-55610148571893

5MAXIMUS RAYNER ABID910502-12-5907011125451554

6MUHAMAD AMIRUL ASYRAF B MAH HASSAN920213-03-59630139418061

7MUNIRAH BINTI ISMAIL920212-03-61120199995780

8NOR HIDAYATUL ZIANA BT JAHARI920629-10-55660132565257

9NORATIKA BT ASNAWI920622-01-68000148284236

10NORMAISYARAH BINTI ZAINUDIN910126-01-65620105750010

11NUR HASIMAH BINTI KREMA921002-12-57440198238692

12NUR SYAHMI BT NAZRI920126-03-575401119328466

13NURUL HUSNA BINTI ZULKIFLI921010-03-55540145181924

14NURUL LIYANA BINTI RAHMAT920918-01-579401119329670

15SITI SYAFAWANI BINTI ABD SUKI921028-03-52880169437699

16TAN PEI PING920603-03-51680199829869

17WAN IZZATI HUSNA BINTI WAN SALLEH920718-11-56860145232566

18WAN NUR ALYAA BINTI WAN AZIZ920331-03-59640199976985

19ZAHIDIN BIN JAMALUDIN920707-03-535701119987800

20ZAINAB AFINA BINTI SUHARTO920815-03-63140133695685

LAMPIRAN IITENTATIF PROGRAM

MasaAktiviti

8.00 amBertolak dari IPGKSM

9.00 amSampai di SK Seri Berang

9.30 amKudapan Pagi

10.00 amMajlis Perasmian Lawatan Penanda Aras

10.30 amPemerolehan maklumat sekolah Ciri-ciri kepimpinan Pengurusan Iklim dan budaya sekolah Infrastruktur dan infostruktur kurikulum

12.30 pmSesi ramah mesra bersama Panitia Matematik

1.30 pmMakan Tengahari

2.00 pmSolat Zohor

2.30 pmMajlis Penutup

3.30 pmMinum Petang

4.30 pmSolat Asar / Slot Moral

5.00 pmBertolak pulang ke IPGKSM

LAMPIRAN IIIPROFORMA KURSUSPro Forma KursusProgram Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian(Bina Insan Guru)Nama KursusBINA INSAN GURU ( BIG ) Fasa V(Character Building forTeachers )

Kod KursusWAJ 3114

Kredit3 Kredit ( Kredit Terkumpul )

Jam Kontak10 Jam

Bahasa PengantarBahasa Melayu

PrasyaratTiada

SemesterLima

Hasil Pembelajaran1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan1. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.1. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.1. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.1. Merancang, melaksana, memimpin program, berkerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.1. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

SinopsisKursus ini bertujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Pelajar didedahkan dengan guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1986), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG. Lawatan benchmarking. Ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah infrastruktur sekolah serta Infostruktur kurikulum di sekolah.

This course aims to nurture the awareness of training development skills and benchmarking . Students are exposed to teachers and law mandate, Act 550 (1996), profesional circulars, service circulars, state education department functions and sectors and functions of the role of education district officers, benchmark leadership characteristics, school organisation, school climate, infrastructure and school curriculum infostructure. .

TajukKandunganJam

1. BengkelTema Bengkel;Pengurusan Pendidikan Guru dan Perundangan Mandat Akta 550 ( 1996 ) Surat Pekeliling Ikhtisas Pekeliling Perkhidmatan Fungsi JPN dan sektor-sektor Fungsi dan peranan PPD / Zon / Bahagian dan PKGMenghadiri bengkel berkaitan tema-tema berikut dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi dan persekitaran pendidikan

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti

Berakauntabaliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.

Kreatif dan inovatif Membuat refleksi secara kritikal keatas bentuk peraturan, dan fungsi-fungsi JPN, PPD dalam pengurusan pendidikan.

3

2. Lawatan BenchmarkingLawatan ke Sekolah Cemerlang / sekolah harapan Negara / Sekolah Inovasi Ciri-ciri kepimpinan - Jenis kepimpinan Pengurusan - Sistematik- Misi sekolah- Visi sekolah Iklim sekolah / Budaya Sekolah Infrastruktur / Infostruktur kurikulum- Makmal:bahasa, sains,biologi,fizik- Pusat sumber- Pembelajaran kendiri- Bilik-bilik khas matapelajaran- Kios PembelajaranMerancang dan mengadakan lawatan benchmarking dan menyediakan satu catatan reflektif mengenainya. Perlu mengambil kira domain kandungan kurikulum kursus di bawah sepanjang pelaksanaan.

Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru- Potensi diri - Personaliti kerjaya- Citra diri insan guru Membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan.

Berilmu, beramal dan berbakti Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup berbakti Mengamalkan semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab.

Berakauntabaliti dan amanah Memahami realiti dan tanggungjawab seorang guru.7

Jumlah10

Pentaksiran dan Penilaian100% berdasarkan kerja kursus

RujukanAsasAbdul Rahman Bin Ahmad (1992). Bimbingan dan Kaunseling dari perspektif Islam. Human Resource Enterprise: Sri Kembangan, Selangor.

Bahagian Pendidikan Guru (2000). Etika Pelajar Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

Hisham Altalib (1994). Panduan Latihan Bagi Gerakan Islam. Media Dakwah: Jakarta.

Holland, J.L, (1973). Making vocational choices. New Jersey: Printice Hall, Inc.

West Edie (1994). 201 icebreakers: New York:McGraw Hill.

Steven, J. Stein (2001). The EQ edge. Canada: Multi-Health Systems Inc.

RujukanTambahanMohd. Nashuha Jamidin dan rakan-rakan (1996). Kemahiran berfikir dan belajar. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd: Shah Alam

Mohd Taib Haji Hassan, Dato Haji (1993). Panduan hidup seorang Islam. Percetakan Watan: Kuala Lumpur.

Mustapha Haji Daud (1995). Budi bahasa dalam tamadun Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud (1994). Pengurusan Islam. Utusan Publications: Kuala Lumpur.

Rashid Haji Mohamad (2000). Bimbingan dan Kaunseling. Pearson Education Malaysia Sdn.Bhd: Petaling jaya.

Spart-Langer, Simmon dan Pasch (1992). Reflective Pedagogical Thinking : How can we promote and measure it? Journal of Teacher Education.

SEMAKAN

TUTOR Data / maklumat yang diberikan adalah betul.

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul.

Telah disemak dengan teliti.

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

(PN. WAN HASPINAH BT WAN HUSSIN)Tutor 5 PISMP Matematik Ambilan Jan 2012,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu.

PENGESAHAN

PENGARAH

Tarikh sesuai / tidak sesuai Masa sesuai / tidak sesuai

DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

Ulasan (jika ada) :

..(EN. KAMARUDIN BIN HASHIM)Pengarah,Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan,22200 Besut, Terengganu.