big 2.docx

20
ISI KANDUNGAN. MUKA SURAT PENGHARGAAN. PENDAHULUAN. PERJALANAN PROGRAM. REFLEKSI.

Upload: izriqalhusaini

Post on 27-Sep-2015

56 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN.MUKA SURAT

PENGHARGAAN.

PENDAHULUAN.

PERJALANAN PROGRAM.

REFLEKSI.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadratNya kerana dengan limpah dan RahmatNya, laporan bagi program Bina Insan Guru Fasa 2 telah berjaya disiapkan. Sekalung ucapan terima kasih kepada Ketua Unit Kokurikulum, Encik Mohamad bin Abdul Lati bersama pensyarah pensyarah di unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan kerana memberi tunjuk ajar sepanjang program BIG Fasa 2 ini dijalankan. Melalui kelancaran program ini, dapatlah saya membuat satu laporan lengkap mengenainya sekaligus sebagai bahan bukti terhadap penyertaan saya dalam program BIG Fasa 2 ini.Terima kasih juga diucapkan kepada mentor bagi unit kami , 2 PISMP Sains SK iaitu Encik Fauzi bin Mohamad kerana sentiasa memberi motivasi dan menemani kami sepanjang perjalanan program ini yang melibatkan dua aktiviti.Tidak dilupakan juga kepada rakan rakan saya yang telah banyak memberi kerjasama dan bantu membantu sepanjang masa kami terlibat dalam program BIG ini. Akhir kalam, terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah banyak menyokong saya dalam menjalani program Bina Insan Guru kali ini.

\PENDAHULUAN

Bagi semester 2 ini, program Bina Insan Guru Fasa 2 telah dijalankan dengan penglibatan kesemua siswa pendidik daripada semester 2 daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Dalam BIG Fasa 2 ini, terdapat dua aktiviti yang dirancang serta dilaksanakan sebagai pelengkap syarat kelayakan untuk keberjayaan BIG kali ini.Dua aktiviti tersebut ialah aktiviti berbentuk kemasyarakatan dan satu lagi aktiviti berbentuk seminar keprofesionalan guru. Kedua dua aktiviti ini memakan masa selama sehari bagi setiap aktiviti.Aktiviti pertama yang berbentuk khidmat masyarakat ini, telah dijalankan dengan segera apabila berlakunya bencara banjir secara mengejut di negeri Kelantan yang teruk baru baru ini. Serentak dengan kejadian itu, cadangan telah diutarakan oleh Ketua Unit Kokurikulum bagi mempercepatkan aktiviti pertama kami bagi BIG Fasa 2 ini. Oleh itu, kami telah menjalankan aktiviti ini pada bulan Januari 2015 dengan menjalankan gotong royong bagi membersihkan kawasan di SMK Laloh, Kuala Krai , Kelantan. Manakala aktiviti kedua kami melibatkan seminar keprofesionalan pendidik. Seminar ini diuruskan oleh kami melalui gerak kerja jawatankuasa yang telah dilantik. Seminar ini dihadiri oleh 59 orang siswa pendidik iaitu dari ambilan kami sendiri , semester 2 bagi Program Pengajian PISMP.Rangkuman daripada kedua dua aktiviti tersebut menjadi satu program Bina Insan Guru Fasa 2 ini

PERJALANAN PROGRAM.a) Aktiviti Khidmat Masyarakat.

Pada bulan Disember 2014, Malaysia telah dilanda bencana banjir. Bencana ini telah menimpa di negeri Kelantan dengan jajahan Kuala Krai merupakan daerah yang paling terjejas dengan bencana ini.Mengambil kira akan bencana ini, pihak pensyarah dari unit Kokurikulum telah berbincang dengan siswa pendidik dari semester 2 PISMP untuk mempercepatkan tarikh bagi gerak kerja BIG Fasa 2 melibatkan aktiviti khidmat masyarakat.Dalam aktiviti ini, kami telah sepakat memilih SMK Laloh sebagai destinasi kami dalam menjalankan aktiviti ini. Sekolah ini yang terletak di jajahan Kuala Krai masih belum kembali berfungsi dengan penuh sebagai sebuah pusat pendidikan sekunder di kawasan perkampungan Rek dan Laloh.Aktiviti ini dilaksanakan pada 17 Januari 2015 dan bermula pada pukul 10 pagi sehingga jam 2 petang. Meskipun aktiviti ini memakan masa selama beberapa jam sahaja, namun kesan yang dapat dilihat daripada aktiviti ini amat besar.Pembersihan telah dilakukan meliputi katil, meja, dan kerusi belajar bagi pelajar sekolah terbabit. Sesetengahnya digantikan dengan peralatan yang baru dengan bantuan tenaga dari kami.Berikut ialah sedikit rakaman daripada gambar yang diambil sepanjang aktiviti tersebut berlangsung.

b) Seminar Keprofesionalan GuruBermula pada awal tahun ini, satu jawatankuasa telah dirangka melibatkan pelajar dari semester 2 PISMP bagi melancarkan serta membina perancangan untuk Aktiviti Seminar Guru Seimbang. Aktiviti ini berbentuk seminar yang perlu dihadiri oleh semua siswa pendidik semester kami.Tarikh 12 April 2015 bersamaan hari Ahad telah dipilih sebagai tarikh bagi seminar ini dijalankan. Seminar ini dijalankan dalam jangka masa 2 jam setengah iaitu bermula pada jam 2 petang dan berakhir pada pukul 4.30 petang bertempat di Dewan Al Khindi. Manakala, pensyarah penasihat bagi aktiviti ini ialah Encik Yusof bin Awang Toh yang telah menasihatkan jawatankuasa kami dalam menguruskan seminar ini.Seminar ini telah dijalankan dengan jayanya bersama jemputan khas iaitu YM Tengku Abdullah bin Tengku Ismail. Beliau merupakan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Kelantan. Juga merupakan salah seorang panel penemuduga bagi Jabatan Pendidikan Negeri bagi sesi pengambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Antara isi penyampaian seminar tersebut ialah ciri ciri seorang guru yang super iaitu seimbang dan diperlukan oleh negara, cara membina perwatakan guru dan sebagainya berkaitan dengan sahsiah keguruan.Berikut adalah sedikit lampiran daripada aktiviti tersebut.

REFLEKSIBina Insan Guru Fasa 2 ini telah memberi saya perubahan demi perubahan dalam mengenal, mencintai dan menjiwai karier seorang pendidik. Pada permulaanya, iaitu Aktiviti 1, saya telah didedahkan mengenai betapa pentingnya guru itu memainkan peranannya di sekolah mereka apabila sekolah itu dilanda musibah atau sebagainya.Di sini, saya mula menyedari bahawa tugas seorang guru bukanlah semata mata berada dalam kelasnya sahaja, bahkan menjaga dan memerhati perihal kebajikan rakan sekerja, muridnya dan sekolah tempat mereka bertugas. Guru juga perlu memberi pelbagai manfaat kepada masyarakat sekeliling dalam keupayaannya agar masyarakat lebih menyegani dan menghormati karier keguruan. Tambahan pula, anak mereka dididik dan diajar oleh guru guru di sekolah.Bagi aktiviti kedua iaitu Seminar Guru Seimbang, saya juga mula menyedari akan kaitan kuat di antara Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Guru dan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merangka dan merancang ketelusan dan corak rancangan pendidikan guru itu sendiri.Guru atau pendidik juga perlu memiliki nilai nilai kemanusiaan agar guru dapat menjadi seorang jurutera manusia yang baik dan hebat kerana tugas dan peranan guru itu terlalu besar dalam membentuk masa depan negara.Andai kata lahir keperibadian guru yang tidak seimbang, besar kemungkinan masa depan negara kita masih dalam samar samar dan kebuntuan. Dalam membina jati diri dan guru yang seimbang ini, masa yang mencukupi amat diperlukan. Oleh itu, siswa pendidik dan saya sendiri telah digesa untuk memanfaatkan saki baki masa yang ada bagi memperbaiki dan meningkattarafkan kualiti pendidik dalam diri masing masing.