krp3013 tugasan 1

17
PJJ SEMESTER 3 KOD & NAMA KURSUS KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH TAJUK TUGASAN KUMPULAN UPSI-A09(A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NUR SUHAIDA BINTI KHAZALI D20102041959 019-4082369 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF BIN GAPOR TARIKH SERAH: 12 MEI 2012 PEMARKAHAN 1 TUGASAN 1 2 TUGASAN 2 3 E FORUM JUMLAH REFLEKSI UNIT PELAJARAN 2, 4, 6, 8 DAN 10

Upload: suhaida-aida

Post on 01-Jan-2016

38 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tugasan 1

TRANSCRIPT

Page 1: KRP3013 Tugasan 1

PJJ SEMESTER 3

KOD & NAMA KURSUS

KRP 3013

KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH

RENDAH

TAJUK TUGASAN

KUMPULAN

UPSI-A09(A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NUR SUHAIDA BINTI KHAZALI D20102041959 019-4082369

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROFESOR MADYA DR ABD LATIF BIN GAPOR

TARIKH SERAH: 12 MEI 2012

PEMARKAHAN

1 TUGASAN 1

2 TUGASAN 2

3 E FORUM

JUMLAH

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

2, 4, 6, 8 DAN 10

Page 2: KRP3013 Tugasan 1

ISI KANDUNGAN

Perkara Halaman

1.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN 2 3

2.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN 4 6

3.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN 6 9

4.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN 8 12

5.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN 10 16

RUJUKAN 17

Page 3: KRP3013 Tugasan 1

1.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT TAJUK

2 PENGENALAN KEPADA KBSR DAN KSSR

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini memperihalkan asas atau tunjang kepada pendidikan di Malaysia. Ia menerangkan

tentang perubahan kurikulum sekolah rendah daripada KLSR kepada KBSR dan seterusnya

KSSR ini bertujuan untuk membangunkan modal insan dan pembentukan warga yang

menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat. Perubahan berlaku atas rasional-rasional atau

alasan yang kukuh seperti yang dijelaskan terutamanya berkait dengan dengan kehendak

perubahan waktu dan keselarasan dengan cabaran semasa. KLSR, KBSR dan KSSR

mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang boleh dianalisis dan dibandingbezakan

antara satu sama lain dengan yang lain, namun apabila zaman dan cabaran berubah

kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. KBSR yang

mengintegrasikan elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam isi pelajaran supaya

terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsure intelek, rohani, emosi dan jasmani

dalam proses pembelajaran. Manakala KSSR berasaskan kepada standard seperti standard

kandungan, standard pembelajaran dan sebagainya yang dibahagikan kepada empat

prinsip iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua

murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup berdasarkan 6 tunjang iaitu

komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai kemanusian, perkembangan fizikal dan estetika,

sains dan teknologi dan ketrampilan diri. Guru perlu memiliki sikap inovatif agar kurikulum

sentiasa selaras dengan kebutuhan masyarakat, tetapi kurikulum lama dalam garis

besarnya tak perlu segera ditinggalkan. Beberapa usaha pembaharuan baik dilakukan

dengan pertimbangan kurikulum yang sudah ada. Jadi peningkatan kemampuan yang

profesional dari guru, agar mampu mengikuti perubahan dan belajar terus, ia merupakan

keharusan profesional, yang perlu dipersiapkan sejak awal dalam proses pendidikan guru.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanya.

NO. Konsep Penjelasan

1. KSSR Ia merupakan perubahan yang holistik kepada kurikulum

persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk,

organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah

pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.

Page 4: KRP3013 Tugasan 1

Elemen-elemen yang terdapat dalam konsep ini yang akan

membentuk murid ke arah menjadi insan seimbang dan

berfikiran kreatif, kritis dan inovatif adalah komunikasi, sains

dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika,

ketrampilan diri, kemanusiaan serta kerohanian, sikap dan

nilai. Manakala, elemen nilai tambah adalah kreativiti dan

inovasi, keusahawanan serta teknologi maklumat dan

komunikasi.

2. Tunjang KSSR Tunjang KSSR merangkumi enam tunjang iaitu komunikasi,

kerohanian, sikap dan nilai, kemanusiaan, perkembangan

fizikal dan estetika, sains dan teknologi dan ketrampilan diri.

Transformasi kurikulum persekolahan merupakan usaha

untuk menyusun semula dan menambah baik kurikulum

sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan

pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan

keperluan semasa untuk menghadapi cabaran abad ke-21

yang kian rumit sekali gus menuntut murid bukan sahaja

bijak dan cerdik tetapi pandai dalam semua aspek

kehidupan. KSSR mampu melahirkan murid yang matang

dan berupaya untuk bersaing dengan murid di negara maju

lain dalam ranah pendidikan global kini.

3. Standard Kandungan Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai

perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam

tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan,

kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah

penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan

pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard

kandungan.

4. Prinsip KSSR Ada empat prinsip KSSR iaitu perkembangan individu

secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua

murid, pendekatan bersepadu dan pendidikan seumur hidup.

Sehubungan itu pembangunan insan dapat dilihat dengan

adanya unsur-unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai

dalam kandungan isi pelajaran diintegrasikan supaya

terdapat kesepaduan dan keharmonian antara unsur intelek,

rohani, emosi dan jasmani dalam proses pembelajaran

Page 5: KRP3013 Tugasan 1

murid.

5. Standard

Pembelajaran

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard.

Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan

dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid

dalam tempoh dan tahap persekolahan. Standard

pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau petunjuk

kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi

setiap standard kandungan.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Dalam konteks keguruan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang

berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup

manusia. Pendedahan berkenaan perkembangan kurikulum dari peringkat bermulanya

keperluan untuk pendidikan secara formal yang pada awalnya KLSR diolah berasaskan

prinsip pengajaran dan digantikan dengan KBSR yang lebih fleksibel dan interaktif.

Seterusnya KSSR diperkenalkan sebagai memenuhi kehendak pengajaran dan

pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusatkan murid dan guru

bertindak sebagai fasilitator. Pengajaran lebih berbentuk didik hibur. Tujuannya adalah untuk

meningkatkan tahap kefahaman pelajar terhadap disiplin ilmu (mata pelajaran) yang diajar

disamping itu, dapat juga mencungkil bakat-bakat yang terpendam serta melahirkan murid-

mirid yang lebih berani dan berketrampilan. Dengan ini kualiti pendidikan rendah akan lebih

relevan dengan cabaran masa kini. Guru memainkan peranan penting bagi megupayakan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kejayaan tranformasi kurikulum

memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuk pengubal dasar,

pengurus kurikulum, ibubapa serta pihak berkepentingan. Kandungan unit ini amat

bersesuaian dirujuk kepada semua guru kerana melalui tajuk ini kita akan lebih memahami

KSSR yang digunakan sekarang dan mengenalpasti betapa pentingnya perkembangan

setiap anak murid demi masa hadapan kelak. Elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan

dan teknologi maklumat dan ICT secara eksplisit dipentingkan amat mencabar kepada

seseorang guru yang tidak mahir dalam bidang berkenaan. Oleh itu, kepada pihak-pihak

yang bertangungjawab mengadakan kursus mengenai ini bagi meningkatkan professional

guru dalam bidang tersebut demi kebaikan kepada anak didik kita.

Page 6: KRP3013 Tugasan 1

2.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT TAJUK

4 ORGANISASI KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Dalam unit ini, membincangkan pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah rendah dan

mengorganisasikan kurikulum mengikut tahap didalam KBSR dan KSSR. Focus KBSR

adalah kepada 3M iaitu membaca, menulis dan mengira, dimana tahap 1 menumpukan

aspek penguasaan kemahiran asas, manakala ditahap 2 pengukuhan dan menggunakan

kemahiran asas dalam pelbagai ilmu. Ia diorganisasikan mengikut tiga bidang iaitu

komunikasi, manusia dan alam sekelilingnya dan perkembangan diri individu. Fokus KSSR

pula adalah 4M membaca, menulis, mengira dan menaakul dengan juga terbahagi dengan

dua tahap serta turut memberi tumpuan kepada kemahiran asas Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (TMK), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal dan sikap serta nilai.

KSSR diorganisasikan kepada enam tunjang komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai,

kemanusian, perkembangan fizikal dan estetika, sains dan teknologi serta ketrampilan diri.

Tumpuan pada tahap 1 adalah penguasaan asas 4M dalam tiga modul iaitu modul teras

asas, teras tema dan elektif. Tahap 2 pula, fokus adalah terhadap pengukuhan dan aplikasi

4M diorganisasikan dua kelompok mata pelajaran iaitu 14 mata pelajaran teras 6 mata

pelajaran elektif yang dikelompokkan berdasarkan 6 tunjang. KSSR juga memperuntukkan

waktu yang relevan bagi penguasaan murid terhadap setiap mata pelajaran.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanya.

NO. Konsep Penjelasan

1. Mata Pelajaran Teras Mata pelajaran teras adalah menjadi asas utama pendidikan

murid-murid mengikut aliran persekolahan. Ia meliputi mata

pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa

Cina, Bahasa Tamil, Matematik, Sains, Pendidikan Islam

dan Moral.

2. Mata Pelajaran Wajib Mata pelajaran Wajib adalah mata pelajaran yang wajib oleh

semua murid. Pembelajaran mata pelajaran wajib adalah

untuk membantu perkembangan yang berterusan potensi

intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan FPK.

Page 7: KRP3013 Tugasan 1

3. Mata Pelajaran

Tambahan

Pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun.

Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah

rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah

rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan

prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira,

mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti

sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.

Mata pelajaran tambahan adalah penambahan kepada mata

pelajaran teras dan mata pelajaran wajib yang dipelajari

mengikut pilihan murid.

4. Modul

Mengandungi pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah

dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan

secara modular dan bersifat kendiri- lengkap (self –

contained).

5. Pembelajaran Fry dan Marshal ( 2003 ) menjelaskan bahawa pembelajaran

ialah merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta,

pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan

sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi

tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan.

Pembelajaran berlaku apabila terdapatnya perubahan

tingkah laku kepada seseorang pelajar.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Unit ini memberi intipati pelaksanaan KBSR dan KSSR supaya matlamat pendidikan di

Malaysia tercapai. Bagi merealisasikan matlamat ini, penyusunan atau pengorganisasian

mata pelajaran perlu diambil berat. Ia penting supaya tiada lagi keciciran atau output

pendidikan Malaysia setanding dengan peredaran masa, proses globalisasi dan kemodenan

di era teknologi maklumat dan komunikasi ini. Sebagai warga pendidik sekolah rendah

perlulah memahami tahap-tahap kurikulum yang ada dalam pendidikan peringkat rendah

melibatkan KBSR dan KSSR demi mengubahsuaikan cara penyampaian pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai untuk murid supaya ia lebih memahami sukatan yang digunakan.

Organisasi kurikulum dalam KBSR dan KSSR harus difahami oleh guru dengan

mengadakan ceramah di setiap sekolah supaya semua guru dapat mengatasi dan menagani

masalah yang timbul semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih yakin.

Page 8: KRP3013 Tugasan 1

Pendidikan masa kini atau era melinium merupakan pendidikan berciri global yang

melahirkan warganegara yang berupaya merancang masa depan dan menghadapi cabaran

baru. Melalui pendidikan masa kini atau era melinium ini, peranan guru semakin bertambah

dalam usaha melahirkan sumber manusia yang bertaraf dunia untuk memenuhi keperluan

negara ke arah mencapai matlamat menjadi negara maju. Hal ini adalah kerana

kecemerlangan pendidikan secara tidak langsung turut dapat meningkatkan daya saing

negara. Perkara ini dapat diterjemahkan melalui graduan yang dihasilkan bertepatan dengan

keperluan negara, sekaligus memacu negara ke pentas global, selaras dengan hasrat

kerajaan untuk mencapai status negara maju yang seimbang pada tahun 2020.

Page 9: KRP3013 Tugasan 1

3.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT TAJUK

6 INTEGRASI DALAM KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menerangkan konsep tentang kurikulum bersepadu secara umumnya. Ia juga

menjelaskan tentang pengajaran yang menintegrasikan elemen-elemen yang dikenalpasti

penting dalam perkembangan pelajar di peringkat sekolah rendah selaras dengan

perkembangan potensi secara menyeluruh, harmonis, seimbang dan bersepadu. Beberapa

pendekatan boleh diambil dalam usaha untuk mengintegrasikan sesuatu elemen ke dalam

proses pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian ialah cara yang diguna dalam

kurikulum bersepadu untuk mengintegrasikan sesuatu elemen ke dalam kurikulum yang

sedia ada. Pengintegrasian dalam pengajaran dapat menyepadukan elemen tertentu,

seperti elemen kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu elemen

contohnya kemahiran berfikir boleh diadaptasikan ke dalam pengajaran sesuatu mata

pelajaran yang sedia ada. Dalam pengintegrasian secara nested, guru mensasarkan

beberapa isi pelajaran atau beberapa kemahiran, contohnya kemahiran sosial atau

kemahiran berfikir ke dalam sesuatu mata pelajaran. Secara umumnya pengintegrasian

ialah salah satu cara yang diguna pakai oleh guru bagi menyepadukan elemen seperti

kemahiran berfikir, kemahiran multilingual, nilai murni dan nilai patriotism dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan dengan itu, di bawah konsep kurikulum

bersepadu, sesuatu kurikulum berupaya untuk memperkembangkan semua potensi murid

secara seimbang, harmonis dan menyeluruh selain daripada membina suasana

pembelajaran yang kondusif ke arah mempertingkatkan daya fikir, mencari kebenaran dan

menyelesaikan masalah.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanya.

NO. Konsep Penjelasan

1. Kurikulum Bersepadu Ia adalah sesuatu proses pembelajaran, kepelbagaian

pengetahuan, kemahiran atau pengalaman dan nilai-nilai

daripada perspektif yang pelbagai, saling berhubung kait

antara satu sama lain di dalam minda bagi menghasilkan

sesuatu yang bermakna untuk kegunaan ketika menghadapi

situasi atau menangani masalah yang sedang dihadapi.

Page 10: KRP3013 Tugasan 1

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

seharusnya bergerak di bawah konsep kurikulum bersepadu

daripada pelbagai aspek atau dimensi.

2. Elemen Merentas

Kurikulum

Ia adalah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam

standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan

bertujuan mengukuhkan kemahiran dan ketrampilan modal

insane yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran

semasa dan masa hadapan.

3. Pendidikan Secara

Holistik

Konsep perkembangan individu secara holistic adalah

selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sebagai usaha yang komprehensif dan berterusan untuk

melahirkan individu yang bersahsiah baik, berketrampilan

seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum dan pengajaran juga

tidak mengenepikan kepercayaan dan kepatuhan kepada

perintah Tuhan.

4. Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam

pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa

kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan

berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang

berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa

dalam bidang yang sama, iaitu intra bidang. Selain itu, aspek

tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga

digabungjalinkan.

5. Penyerapan Dalam penyerapan, berlaku proses pengintegrasi atau

meyatupadukan pengetahuan am atau pengetahuan

daripada mata pelajaran lain ke dalam pengajaran sesuatu

mata pelajaran. Sebagai contoh, guru mengambil petikan

atau artikel sains daripada mata pelajaran sains bagi aktiviti

bacaan dan kefahaman dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu. Konsep penerapan ini menerapkan nilai-nilai dalam

pelaksanaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum. Nilai-

nilai yang diterapkan adalah termasuk nilai-nilai murni

KBSR, nilai kewarganegara, nilai kemasyarakat, nilai alam

sekitar, nilai kemanusian, ketuhanan dan sebagainya.

Page 11: KRP3013 Tugasan 1

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Dalam konteks keguruan, Faktor pengintegrasian penting dalam menggerakkan kelancaran

sistem pendidikan ialah guru atau pendidik. Guru adalah kumpulan pelaksana pendidikan

formal yang diamanahkan untuk merancang, melaksana dan menilai kesan pengajaran dan

pembelajaran. Pendidikan berasaskan sekolah adalah cara terbaik yang diharap dapat

memenuhi kehendak negara, profesion perguruan dan pendidikan dalam pelaksanaan

Kurikulum Bersepadu. Matlamat ini adalah untuk meningkatkan profesionalisme dan

ketrampilan guru serta merapatkan hubungan antara teori dan amalan pendidikan di

sekolah. Oleh kerana tanggungjawab guru terhadap kejayaan misi dan pengisian wawasan

pendidikan adalah tinggi maka wajarlah program pendidikan guru sentiasa dikemas kini

supaya selaras dengan perubahan pesat yang berlaku dalam sistem pendidikan

negara. Cabaran seorang guru bukanlah seperti cabaran guru-guru terdahulu. Guru pada

masa dahulu tugasnya hanya sekadar mengajar subjek tertentu sahaja di dalam kelas

sehinggalah munculnya Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang pada masa kini

dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mempunyai hala tuju

dalam konsep pembangunan generasi. Tugas guru pasca KSSR inilah yang memikul tugas

dan tanggungjawab yang agak tinggi. Mereka bukan hanya sekadar mengajar subjek

tertentu di dalam kelas, bahkan mereka juga merupakan operator kepada sebuah kurikulum

pendidikan. Tugas guru pada masakini memerlukan komitmen dan iltizam yang amat tinggi.

Bukan sahaja kerana system pendidikan yang berubah, malahan suasana persekitaran juga

turut berubah akibat daripada arus modenisasi bagi mendepani zaman ini.

Page 12: KRP3013 Tugasan 1

4.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT TAJUK

8 ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini mengandungi elemen sedia ada iatu bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni

dan patriotisme serta ditambah dengan elemen baru iaitu teknologi maklumat (TMK),

keusahawanan serta kreativiti dan inovatif. Dalam elemen bahasa, penggunaan Bahasa

Malaysia sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah terus dipertingkatkan dan

dimantapkan selaras dengan usaha untuk memartabatkan SK dan SJK. Bagi elemen

pendidikan alam sekitar pula untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar

dalam jiwa murid. Manakala elemen nilai murni pula diberi penekanan dalam semua

matapelajaran secara langsung dan tidak langsung. Sains dan Teknologi pula, menerapkan

empat unsur utama iaitu pengetahuan Sains & Teknologi, kemahiran Saintifik, sikap Saintifik

dan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Elemen Patriotisme

bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai semangat cintakan Negara dan

berbangga menjadi rakyat Malaysia. Elemen-elemen baru yang ditambah seperti kreativiti

dan inovasi.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanya.

NO. Konsep Penjelasan

1. Elemen Merentas

Kurikulum

Ia berkaitan dengan unsur nilai tambah yang diterapkan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang

ditetapkan dalam standard kandungan. Mobiliti sosial

bermaksud pergerakan individu atau kumpulan antara

kedudukan yang berbeza dalam hieraki stratifikasi sosial

masyarakat. Mobiliti sosial adalah peluang yang diberikan

kepada status sosial seseorang untuk menaikkan taraf diri

daripada tahap yang rendah ke aras yang lebih baik.

Menurut pandangan fungsionalisme, pendidikan mempunyai

peranan penting sebagai alat mobiliti sosial. Ianya berkait

rapat dengan stratifikasi sosial. Seseorang akan berusaha

untuk meningkatkan prestasi untuk maju kerana adanya

Page 13: KRP3013 Tugasan 1

peluang untuk berpindah strata. Selain itu, peluang ini

mendorong seseorang itu untuk bersaing, dan bekerja keras

agar dapat beralih ke strata atas, sebagai contoh “Seorang

anak miskin berusaha belajar dengan gigih agar dapat

kekayaan pada masa depan’’, “Penggunaan alat tradisional

kepada teknologi”. Mobiliti sosial mempercepatkan

perubahan sosial masyarakat ke arah yang lebih baik.

2. Keusahawanan Satu proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah

berfikir dan nilai kearah menjadi seorang usahawan. Bentuk

pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid

secara tidak formal di kalangan orang melayu. Institusi

pondok merupakan sebuah institusi pembelajaran yang unik

dan berusia lebih satu abad di Nusantara. Perkataan pondok

dikatakan berasal dari perkataan Arab "Fondog" yang bererti

hotel atau tempat menumpang sementara iaitu sistem

dimana murid-murid mendirikan pondok tempat tinggal

mereka yang sementara di sekeliling rumah "Tok Guru"

pondok, manakala di dalam bahasa Jawa pula., pondok

bermakna Madrasah dan Asrama yang menjalankan

pengajian agama Islam.

3. Kreatif dan Inovatif Kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta

sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu

objektif. Pendidikan tradisional (konsep lama) sangat

menekankan pentingnya penguasaan bahan pelajaran.

Menurut konsep ini rasio ingatanlah yang memegang

peranan penting dalam proses pembelajaran di sekolah

(Dimyati Machmud, 1979:3). Pendidikan tradisional telah

menjadi sistem yang dominan di tingkat pendidikan dasar

dan menengah sejak separuh abad ke-19, dan mewakili

puncak pencarian elektik atas ‘satu sistem terbaik’.

4. Teknologi Maklumat

Komunikasi

Modal insan merupakan salah satu aset penting sesebuah

negara. Modal insan merupakan sumber yang boleh

diperbaharui kerana dibekalkan secara berterusan oleh

populasi sumber manusia. Sumber manusia amat penting

dalam menggerakkan pertumbuhan ekonomi, politik dan

sosial sesebuah negara. Maka wajarlah sumber manusia

Page 14: KRP3013 Tugasan 1

yang menjadi tunjang sesebuah negara itu mempunyai

kualiti dan kebolehan yang dapat meningkatkan ‘harga’

modal insan itu sendiri.

5. Sekolah Vernakular Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang

menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan

penyelidikan dan pembangunan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah yang menggunakan bahasa

pengantar, kurikulum, buku dan guru. Terdapat 3 buah

sekolah vernakuar yang ditubuhkan ialah sekolah vernakular

Melayu, sekolah vernakular Cina dan sekolah vernakular

Tamil.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Dalam konteks keguruan, pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang

berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup

manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti

sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk

berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dipersekitarannya, serta

memahami diri sendiri. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung

untuk mengalami gangguan emosi dan tekanan fizikal yang rendah. Hala tuju pendidikan

adalah untuk menyediakan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran, mempunyai

kompetensi yang tinggi, daya kreativiti dan inovasi yang menepati keperluan pasaran dan

ekonomi abad ke-21 berserta sikap positif dan nilai insaniah yang murni. Oleh itu, kurikulum

kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa

relevan untuk melahirkan modal insan seimbang yang dapat menangani cabaran semasa.

Transformasi kurikulum adalah untuk penambahbaikan kurikulum sedia ada bagi

menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan

keperluan dan cabaran abad ke-21. Perkara yang berubah dalam KSSR adalah dari segi

bahan, bentuk, organisasi, kandungan, peruntukan masa, pedadogi, pentaksiran dan

pengurusan kurikulum. Elemen tambahan dalam KSSR ialah elemen kreativiti dan inovatif,

keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Justeru itu, untuk mencapai

kecemerlangan kualiti hidup melalui pendidikan, perhatian awal harus tertumpu kepada

kanak-kanak. Kanak-kanak adalah khazanah dunia yang paling berharga kerana pendidikan

terawal bermula dari zaman kanak-kanak.

Page 15: KRP3013 Tugasan 1

5.0 REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT TAJUK

10 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan bilik darjah. Pengurusan

bilik darjah adalah sesuatu yang penting bagi menyumbangkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran.realiti konsep bilik darjah berkembang selaras dengan

perkembangan konsep pengajaran dan pembelajaran. Bagi bilik darjah tradisi organisasinya

adalah bersifat asas sahaja dan pengurusannya yang lebih kepada memenuhi keperluan

untuk guru mengajar dengan kurang mengambil kira keperluan murid untuk belajar.

Manakala dalam bilik darjah KBSR dan KSSR tumpuan adalah lebih kepada keperluan

untuk murid-murid belajar. Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai ruangan bilik dimana

sekumpulan murid diajar oleh seseorang guru iaitu suatu tempat di mana berlakunya segala

pengajaran dan pembelajaran secara formal. Jenis-jenis bilik darjah seperti bilik tradisi, bilik

darjah Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), bilik darjah elektronik dan sebagainya.

Pengurusan bilik darjah ialah proses merancang, mengelola, memimpin dan mengawal

aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah bagi memastikan kelancaran dan

keberkesanan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah

boleh dilihat daripada dua aspek yang utama iaitu pengurusan dari segi fizikal dan

psikologikal. Suasana fizikal sesuatu bilik darjah adalah merujuk kepada kedudukan, saiz

pengisian perabut, dekorasi, pengudaraan dan sebagainya. Kejayaan guru menguruskan

fizikal bilik darjah, bermakna guru telah berjaya membentuk disiplin, kerjasama, sayang

kepada alam sekitar, mematuhi setiap arahan kearah kehidupan proses pengajaran dan

pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun tidak dinafikan masih terdapat

kelas bercantum dimana sebuah bilik darjah terdiri. Bilik darjah kelas bercantum biasa

terdapat disekolah kurang murid (SKM). Dalam bilik darjah kelas bercantum, kelas-kelas

yang terlibat biasanya disusun sebelah menyebelah dan terpisah antara satu sama lain

walaupun dalam bilik darjah yang sama dan guru yang sama mengajar.

Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasanya.

NO. Konsep Penjelasan

1. Bilik Darjah Ia adalah ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar

oleh seseorang guru.

Page 16: KRP3013 Tugasan 1

2. Motivasi Ekstrinsik Motivasi bersifat luaran melibatkan faktor-faktor luat yang

boleh menyebabkan timbulnya motivasi dalam diri

seseorang.

3. Motivasi Intrinsik Motivasi bersifat dalaman yang melibatkan faktor-faktor

peribadi seperti keperluan, minat, sifat ingin tahu dan

keseronokan.

4. Pengurusan Bilik

Darjah

Suatu proses merancang, mengelola, memimpin dan

mengawal aspek fizikal dan psikososial di dalam bilik darjah

bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan

pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran.

5. Suasana Psikologikal

Bilik Darjah

Merupakan aspek afektif yang mempengaruhi proses

pengajaran guru dan pembelajran murid di dalam bilik

darjah.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme

keguruan anda.

Dalam konteks keguruan, sebagai pengurus kelas, Pengurusan bilik darjah yang dinamik

bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi

menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang memberansangkan serta mencapai objektif. Perancangan yang rapi bagi memastikan

objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran

melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berintrkasi, dan berkomunikasi,

kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini

seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan di samping memiliki

wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan atau refelkesi di atas kerja-kerja

yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di samping memiliki sahsiah sebagai

seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang baik kepada semua orang serta

mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam perkhidmatan awam serta etika kerja

dalam Islam. Murid sebagai sumber manusia yang akan dijelmakan menjadi murid yang

berpengetahuan dan berkemahiran dan berketrampilan memerlukan pengurusan dan

perancangan strategik yang berkesan. Guru berperanan sebagai pencetus idea,

pembimbing, fasilitator bagi melahirkan suasana pembelajaran yang mengcakupi semua

bidang kemahiran sebagai sumber kepada pembinaan modal insan. Suasana pembelajaran

yang kondusif, menyeronokkan, bermotivasi, bermoral, kreatif, menjadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih berfokus.Kejayaan guru mengurus fizikal, sumber dan suasana bilik

Page 17: KRP3013 Tugasan 1

darjah yang kondusif, bermakna guru telah berjaya membentuk budaya berdisiplin,

kerjasama, sayang kepada keindahan alam sekitar, mematuhi setiap arahan, kehidupan

berkualiti, yang melambang sebahagian daripada keimanan.

RUJUKAN

Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur. International Law Book Service. (1984) Kementerian

Pendidikan Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. ( Edisi

Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah- Pendidikan Muzik. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa

Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/242-dasar-

pendidikan-kebangsaan.html. Di perolehi pada 20 April 2012 : 2.00 pagi.

http://www.slideshare.net/shockgadof/kurikulum-dan-pengajaran-sekolah-rendah. Di

perolehi pada 28 April 2012 : 1.00 pagi.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

http://www.moe.gov.my/bpk/. Di perolehi pada 29 April 2012 : 12.00 pagi.