tugasan 1 mate

Upload: khusairi83

Post on 06-Jan-2016

293 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

llk

TRANSCRIPT

PEMARKAHAN

1TUGASAN 1

2TUGASAN 2

3E FORUM

JUMLAH

KAK3013Matematik Untuk Kanak-Kanak(Mathematics For Young Children)

TUGASAN INDIVIDU 1TAJUK TUGASAN

KUMPULANUPSI 02 (A131PJJ)DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH TARIKH SERAH: 10HB NOVEMBER 2013 ISI KANDUGAN HALAMAN

Tugasan 1 (Individu)3Pengenalan Unit Pelajaran4-5Tajuk 1 : Konsep Pra Nombor5-7Rancangan Pengajaran Harian 8-13Lampiran Lembaran Kerja14-15Hasil Pembelajaran16Refleksi17Tajuk 2 : Konsep Bentuk dan Ruang dalam kehiduapn seharian18-20Rancangan Pengajaran Harian21-24Lampiran Lembaran Kerja / Gambar Aktiviti25-30Hasil Pembelajaran31Refleksi32Penutup33Rujukan34

TUGASAN 1: (Individu) Bagi setiap tajuk yang tersenarai di bawah, rancangkan 1 (SATU) aktiviti pengajaran yang melibatkan penggunaan sama ada bahan konkrit, media atau teknologi. Setiap aktiviti yang anda rancangkan itu mestilah bersesuaian dengan pengajaran selama 30 minit. Aktiviti ini mestilah ditulis dengan arahan yang lengkap dan mudah difahami. Anda juga mestilah menyediakan apa-apa bahan yang digunakan dalam aktiviti tersebut (sekiranya bahan adalah objek 3D, hantar gambar sahaja mencukupi) serta lembaran kerja yang bersesuaian. Aktiviti ini adalah asli atau berdasarkan pengalaman anda sendiri. Tajuk 1: Konsep pra nombor. Tajuk 2: Konsep bentuk dan ruang dalam kehidupan seharian. ______________________________________________________________________________

PENGENALAN UNIT PENGAJARAN

Seorang guru yang menitikberatkan kejayaan pencapaian hasil pembelajaran muridnya perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis perancangan iaitu perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Perancangan pengajaran juga mempunyai dua jenis iaitu perancangan mengikut tema atau tajuk utama dan perancangan pengajaran harian. Pelan pengajaran mengikut tema atau tajuk dipanggil Unit Pengajaran manakala perancangan harian dipanggil Rancangan Pengajaran Harian.Rancangan pengajaran harian merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi elemen-elemen berikut:1. Tema / tajuk2. Bidang pembelajaran3. Kumpulan sasar4. Tarikh dan masa5. Tujuan6. Hasil pembelajaran7. Konsep utama8. Bahan, peralatan dan bahan sumber9. Langkah berjaga-jaga10. Aktiviti pembelajaran dan pengajaran11. Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaranUnit Pengajaran juga boleh dibina berdasarkan tempoh masa misalnya rancangan satu semester atau minggu. Perlu diingat bagi melahirkan seorang modal insan yang seimbang seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, murid perlu dididik untuk mencapai hasil pembelajaran dalam tiga domain iaitu kognitif, psikomotor dan afektif.Terbaru, transformasi kurikulum sekolah rendah menghasilkan Kurikulum Berasaskan Standard yang memasukkan beberapa elemen nilai tambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan teknologi maklumat dan komunikasi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga nilai tambah ini sebenarnya boleh diletakkan di bawah domain psikomotor atau kemahiran walaupun ada pertindanan dengan domain afektif.Kesimpulannya, rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu ia perlu fleksibel dan boleh ubah mengikut keperluan.

Tajuk 1 : Konsep pra nombor

PELAJARAN TAJUK:KONSEP NOMBORSUBTAJUK: 1.Membilang nombor 1-102. Padanan nomborTUJUAN UNIT: Memadan nombor 1-10 dengan objek

Kepentingan TEMA/TAJUK:Murid boleh membilang dan memadankan nombor 1 10 dengan objekPengetahuan sedia ada murid:1.Murid telah mengetahui konsep 1-10.2. Murid pernah melihat ikanPelan mencungkil idea:1.Teknik penyoalan seluruh kelas2. Aktiviti nyanyian yang melibatkan penambahanIdea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapaiKeliru nombor 6 dan 9

Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.Padanan nombor dengan objekHasil pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat:A: Menguasai Isi Kandungan1.Memadankan nombor 1 hingga 10 dengan bilangan objek yang betul.2.Membilang nombor 1 hingga 10 dengan urutan yang betul.B:Membinan Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir1.Menyusun nombor mengikut urutan2.Menjana hipotesis tentang bilangan objek dengan memadankan nombor yang tepat.C: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni1.Penglibatan aktif, mendengar arahan, sabar dan bekerjasamaIdea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid1.Urutan nombor ialah dari bilangan sedikit ke bilangan yang banyak.2.Padan ialah suaikan nombor dengan bilangan objek 3.Teka-teki ialah meneka benda berdasarkan sedikit maklumat yang diberi.Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan1.Murid makan sebiji gula-gula dan makan lagi sebijiSenarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori1.Urutan nombor2.Padan3.Teka-teki

Persoalan utama dengan jawapan (Jika pembelajaran inkuiri)1.Berapakah bilangan ikan yang telah dipancing? (Murid mengira bilangan ikan tersebut)2.Susunkan nombor mengikut urutan menaik dengan betul Bahan bantu mengajar dan belajar1.Kad nombor, model ikan, beg kertas, batang pancing, carta poket, komputer, lembaran kerja.Kaedah dan Aktviti P&PFasa 1:Mencungkil idea melalui teka-teki / Penyoalan seluruh kelasFasa 2:Kaedah Inkuri Terbimbing dengan menyusun nombor mengikut urutanKaedah Inkuiri Diduktif iaitu murid mengenal bilangan objek dan mengambil nombor yang sesuai.Fasa 3:Aktiviti permainan iaitu memancing ikanFasa 4:Nyanyian dan Pendekatan Masteri iaitu memastikan murid menguasai kemahiran ini dengan suaikan objek dengan nombor.Pertandingan Kuiz.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Teras Asas MatematikNama Kelas : Prasekolah DahliaTarikh : 07 Oktober 2013Hari : IsninMasa : 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit) .Bilangan murid : 25 orang Umur : 6 tahunTunjang utama : Sains dan TeknologiBidang Pelajaran : Konsep NomborObjektif Pembelajaran: Memadankan nombor 1-10 dengan bilangan objek yang betul Hasil Pembelajaran :Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A.Menguasai Isi Kandungan1.Mengenal nombor 1-102.Memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul.3.Menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut urutan.

B.Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir1.Menjalankan aktiviti memancing ikan untuk mengumpul bilangan ikan yang diperolehi.

C.Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni1.Melibatkan secara aktif dalam menjalankan aktiviti permainan dengan mengikut arahan guru. 2.Sabar menunggu giliran

Konsep/Prinsip/Hukum/Teori1.Membilang mengikut urutan2.Mengenal nombor 1-10

Bahan, peralatan dan bahan sumber1. Kad nombor 1-10 (2 set)2. Model ikan (20 ekor pelbagai warna)3. Beg kertas4. Batang pancing (2 batang)5. Carta poket (4 keping)6. Nota di slaid PowerPoint7. Lembaran kerja

Langkah Berjaga-jagaElakkan murid bermain dengan batang pancing jika tercucuk mata atau anggota badan boleh menyebabkan kecederaan.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid telah mengenal nombor 1 hingga 10. Selain daripada itu juga, murid telah biasa melihat ikan.

FasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranNota

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Permulaan/ Mencungkil idea(5 minit)Mengenal nombor 1 hingga 10Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan teknik penyoalan dan membuat teka-teki

Murid memberi respon terhadap penyoalan dan teka-teki yang diberi.Strategi/TeknikPenyoalan seluruh kelas.dan teka-teki

Menstruktur / menstruktur semula(10 minit)Membilang 1 hingga 10 mengikut urutanMemadan nombor mengikut bilangan ikanMengutara satu persoalan utama :Susun nombor berikut mengikut urutan.Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan mengambil bilangan ikan dan nombor yang

sesuaiMurid menyusun nombor mengikut urutan.

Guru membimbing murid yang lemah.Murid tampil ke hadapan dan mengambil kad nombor berdasarkan bilangan ikan.

Strategi/TeknikAktiviti inkuiri terbimbing dan inkuiri deduktif.Sikap Saintifik dan nilai murni:Yakin pada diri sendiri

Aplikasi idea (10 minit)Aktiviti permainanMemancing ikanSetiap kumpulan akan diberi sebatang kayu pancing.Guru meletakkan tali sebagai garisan murid berdiri memancing ikan-model-model ikan berbagai warna akan di letakkan di sebelah garisan tali tadi.

Guru akan menyoal bilangan ikan yang mereka dapat kepada wakil kumpulan

Murid akan berbaris di dalam kumpulan dan akan memancing ikan mengikut giliran.Setiap seorang akan memancing dengan menjolokkan kayu pancing ke lubang dawai yang disediakan pada model ikan sekiranya dapat

dipancing, murid akan meletakkan ikan ke dalam bakul.

Setelah selesai aktiviti memancing, murid akan diminta mengasingkan ikan-ikan mengikut warna.Murid akan membilang ikan mengikut warna dan meletakkan kad angka yang betulSebagai pengukuhan, murid akan membuat latihan memadankan angka yang sesuai pada bilangan ikan.

Memadankan ikan dengan nombor yang sesuaiStrategi/TeknikAktiviti dalam kumpulanSikap Saintifik dan nilai murni:Penglibatan aktifMendengar arahanSabarBekerjasama

Refleksi / Penutup(5 minit)a. Membilang 1 hingga 10 mengikut urutanb. Memadan nombor mengikut bilangan ikanTaksir kefahaman murid dengan lembaran kerja. Tingkatkan keterujaan dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan kuiz pendek.Nyanyian" Ikan Kekek"Murid membuat latihan yang diberi.Murid berbincang dalam kumpulan untuk menjawab kuiz.Murid menyanyi beramai-ramai sambil mendengar lagu di slaid PowerPoint "Ikan Kekek" Strategi/TeknikPenyoalan secara kelas

LAMPIRAN LEMBARAN KERJA

4

Lampiran 2(a)Teka-teki:Cuba teka siapa saya?Saya haiwan jinakSaya tinggal di dalam airLampiran 1(b)Lirik Lagu:Satu orang pergipergi pancing ikansatu orang sama pancing pergi pancing ikanDua orang pergipergi pancing ikanDua orang satu orang sama pancing pergi pancing ikanTiga orang pergipergi pancing ikanTiga orang dua orang satu orang sama pancing pergi pancing ikan(Ulangi bagi nombor yang seterusnya)Lampiran 2(b)Suaikan nombor dengan bilangan objek dengan betul

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi pembelajaran, murid diharap dapat menguasai isi kandungan, membina kemahiran saintifik, berfikir dan mempunyai strategi berfikir serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Dalam aspek menguasai isi kandungan, murid dapat mengenal nombor 1 hingga nombor 10, memadankan nombor dengan bilangan objek yang betul, menyusun nombor 1 hingga 10 mengikut urutan. Dalam aspek membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir, murid dapat menjalankan aktiviti memancing ikan untuk mengumpul bilangan ikan yang diperolehi. Dalam aspek mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti permainan dengan menunggu arahan guru serta sabar menunggu giliran.Bagi mencapai hasil pembelajaran tersebut, guru telah mengatur langkah-langkah P&P mengikut urutan bermula dengan fasa mencungkil idea, menstruktur semula, mengaplikasi idea dan fasa penutup. Pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik displikasikan bagi menghasilkan P&P yang bermakna dan berkesan. Dalam fasa mencungkil idea, guru memulakan dengan aktiviti penyoalan dan mempamerkan carta teka-teki mengenai konsep nombor. Murid memberi maklum balas dan cuba menjawab penyoalan guru. Dalam fasa menstruktur semula, guru menggunakan pendekatan konstruktivisme dengan mengutarakan satu persoalan utama iaitu dengan meminta murid menyusun semula nombor secara menaik dan menurun dalam himpunan 1 hingga 10. Murid memberi respon dengan menyusun nombor mengikut urutannya. Di sin juga guru menggunakan strategi inkuiri terbimbing induktif deduktif di mana guru memberi bimbingan kepada murid yang lemah sehingga murid berjaya menunjukkan keyakinan yang tinggi. Dalam fasa mengaplikasi idea, guru mengadakan aktiviti kumpulan. Dalam fasa ini guru melakukan aktiviti permainan di mana guru meminta murid memancing model-model ikan mengikut arahan yang telah ditetapkan. Selepas aktiviti, sebagai pengukuhan, guru memberi latihan lembaran kerja kepada murid-murid dalam fasa penutup. Selepas itu guru mengadakan kuiz pendek secara lisan dan mengadakan perbincangan. Sebagai mengakhiri P&P, guru dan murid-murid menyanyi lagu Ikan Kekek. Murid menunjukkan minat terhadap sesi P&P dan memberi tumpuan terhadap arahan dan penerangan guru.

REFLEKSI PELAJARAN

Pembelajaran dan pengajaran hari ini berjalan dalam suasana yang baik dan lancar. Dalam sesi P&P pada hari ini, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti aktiviti secara kelas, kumpulan dan individu. Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar seronok, menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif. Arahan yang diberikan dipatuhi dengan baik dan terdapat pelajar menyumbang idea dan pendapat yang bernas. Saya memulakan P&P dengan beberapa penyoalan dan teka-teki bagi mencungkil idea pelajar. Mereka memberi respon yang positif. Selepas itu, bagi peringkat menstruktur idea, pelajar dapat membilang 1 hingga 10 mengikut urutan dan memadan nombor mengikut bilangan ikan. Bagi pelajar yang lemah, saya cuba membimbingnya.Seterusnya bagi aktiviti kumpulan, saya telah melaksanakan aktiviti permainan memancing model ikan. Sebelum itu, saya telah memberi arahan dan menjelasakan langkah-langkah dan peraturan yang perlu difahami. Saya rasa saya telah bertindak sebagai fasilitator yang berkesan. Sementara pelajar pula menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi dalam menyiapkan aktiviti yang diberikan. Mereka dikehendaki memancing model-model ikan pelbagai warna dan diletakkan di sebelah garisan tali dengan betul. Pelajar berasa sangat gembira apabila berjaya melakukan aktiviti dan menjawab soalan kuiz pendek secara kelas.

Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. Untuk pembelajaran dan pengajaran pada masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu merangsang pemikiran mereka.

Tajuk 2 : Konsep bentuk dan ruang dalam kehidupan seharian.

PELAJARAN TAJUK:KONSEP BENTUK DAN RUANGSUBTAJUK: 1.Mengecam rupa bentuk2. Melukis bentuk pada ruang tertentu.TUJUAN UNIT: Mengenal bentuk dan menyatakan kedudukan objek pada ruang tertentu (depan, belakang, tepi, tengah, kiri, kanan, atas, bawah, dalam, luar dan sebagainya)

Kepentingan TEMA/TAJUK:Murid boleh mengenal bentuk dan mengetahui kedudukan sesuatu objek dan sesuatu ruang.Pengetahuan sedia ada murid:1.Murid telah mengetahui beberapa bentuk seperti bulat, segiempat dan segitiga.2. Murid tahu bulat seperti bola, segi empat seperti buku dan segitiga seperti sandwich.Pelan mencungkil idea:1.Teknik penyoalan seluruh kelas2. Aktiviti nyanyian Idea/Objektif utama yang mungkin sukar dicapaiKeliru dengan bentuk bulat dan bujur

Miskonsepsi yang mungkin wujud dan konsep tepatnya.Padanan bentuk dengan objekHasil pembelajaran: Pada akhir pelajaran ini murid akan dapat:A: Menguasai Isi Kandungan1.Mengenal rupa bentuk dan objek2.Mengetahuai kedudukan objek dalam sesuatu ruang.B:Membinan Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir1.Memadankan rupa bentuk dengan objek.2.Menjana hipotesis tentang kedudukan objek dalam sesuatu ruangC: Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni1.Penglibatan aktif, mendengar arahan, sabar dan bekerjasamaIdea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur murid1.Mengecam rupa bentuk ialah proses mengenal bentuk-bentuk2.Padan ialah suaikan rupa bentuk dengan objek3.Kedudukan objek ialah ruang letak sesuatu objek Objek, sistem, atau kejadian sebenar yang berkaitan1.Murid selalu bermain dengan bola yang bentuknya bulat dan disepak atau dibaling ke merata ruang. Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori1.Bulat, bujur, segi empat tepat, segi empat sama dan segi tiga2.Atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang, tepid an tengah.

Persoalan utama dengan jawapan (Jika pembelajaran inkuiri)1.Bentuk apakah yang sama dengan segi tiga? (Murid menyatakan bentuk yang sama dengan segi tiga ialah sandwich dan aiskrim)2.Letakkan objek pada ruang mengikut arah guruBahan bantu mengajar dan belajar1.Bongkah bentuk, kad imbasan, kad perkataan, bola, kotak, kon, lembaran kerja.Kaedah dan Aktviti P&PFasa 1:Mencungkil idea melalui aktiviti penyoalan seluruh kelasFasa 2:Kaedah Inkuri Terbimbing dengan memadankan rupa bentuk dengan objekKaedah Inkuiri Diduktif iaitu murid mengenal bentuk dan mengetahui kedudukan sesuatu ruang dan meletakan objek pada sesuatu ruang tertentu.Fasa 3:Melukis rupa bentuk pada sesuatu ruang tertentu di lembaran kerja.Fasa 4:Nyanyian seluruh kelas berkaitan bentuk

RANCANGAN PENGAJARAN HARIANMata Pelajaran: Teras Asas MatematikNama Kelas : Prasekolah DahliaTarikh : 21 Oktober 2013Hari : IsninMasa : 9.00 pagi 9.30 pagi (30 minit) .Bilangan murid : 25 orang Umur : 6 tahunTunjang utama : Sains dan TeknologiBidang Pelajaran : Konsep Bentuk dan ruangObjektif Pembelajaran: Mengetahui rupa bentuk sesuatu objekd dan keduduknya dalam sesuatu ruangHasil Pembelajaran :Pada akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A.Menguasai Isi Kandungan1.Mengenal pasti dan menamakan bentuk 2.Membuat lakaran bentuk3.Meletakkan dan menyatakan kedudukan objek pada sesuatu ruang tertentu

B.Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir1.Menjalankan aktiviti memadankan rupa bentuk dengan objek2.Menjana hipotesis tentang kedudukan objek dalam sesuatu ruang

C.Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni1.Melibatkan secara aktif dalam menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan mengikut arahan guru. 2.Sabar menunggu giliranKonsep/Prinsip/Hukum/Teori1.Memadankan rupa bentuk dengan objek2.Menyatakan kedudukan objek dalam ruang

Bahan, peralatan dan bahan sumber1. Bongkah bentuk2. Kad imbasan3. Kad perkataan4. Bola5. Kotak 6. Kerincing7. Lembaran kerja.

Langkah Berjaga-jagaElakkan murid bermain dengan bola tanpa arah dikhuatiri jika murid mendang atau membaling bola sesuka hati boleh menyebabkan kecederaan atau kerosakan seperti terkena tingkap dan pecah.

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid telah mengetahui beberapa bentuk seperti bulat, segiempat dan segitiga.2. Murid tahu bulat seperti bola, segi empat seperti buku dan segitiga seperti sandwich.

FasaIsi KandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranNota

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Permulaan/ Mencungkil idea(5 minit)Memperkenalkan bentuk(melakar rupa bentuk)Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dengan teknik penyoalan Contoh; bentuk apakah ini?Siapa boleh lukis bentuk ini?Murid memberi respon terhadap penyoalan dan yang diberi.Murid tampil untuk melakar bentuk di papan putih.

Strategi/TeknikPenyoalan seluruh kelas.

Menstruktur / menstruktur semula(10 minit)Padanan bentuk dengan objek (meletakkan objek pada ruang tertentu)Mengutara satu persoalan utama :Bentuk bulat sama dengan apa?Menggalakkan murid tampil ke hadapan dan mengambil objek yang sama dengan bentuk bulat serta bertindak mengikut arahan untuk meletakkan objek pada ruang tertentu.Murid menjalankan aktiviti suai padan di hadapan kelas.Memadankan rupa bentuk dengan objekGuru membimbing murid yang lemah.Murid tampil ke hadapan dan mengambil objek yang diarahkan serta bertindak mengikut arahan untuk meletakkan objek pada ruang tertentu.Strategi/TeknikAktiviti inkuiri terbimbing dan inkuiri deduktif.Sikap Saintifik dan nilai murni:Yakin pada diri sendiri

Aplikasi idea (10 minit)Aktiviti Individu(latihan lembaran kerja)Memberi arahan dan penerangan mengenai latihan dilembaran kerja.Membacakan arahan dan kehendak soalan.Contohnya; lukis bentuk bulat di atas rumahLukis bentuk segitiga di tepi pokokLukis bentuk segiempat di depan pagar. Murid bersedia dengan lembaran kerja masing-masing.Melukis bentuk pada kedudukan ruang tertentu berdasarkan kehendak soalan.Strategi/TeknikAktiviti secara individu.Sikap Saintifik dan nilai murni:Penglibatan aktifMendengar arahanSabar

Refleksi / Penutup(5 minit)Nyanyian seluruh kelas Tingkatkan keterujaan dengan aktiviti nyanyian lagu berkaitan tajuk iaitu "Lagu Bentuk"Murid menyanyi beramai-ramai sambil mendengar lagu di slaid power point. Strategi/TeknikPenggunaan media elektronik iaitu penggunaan computer bagi mempamerkan slaid power point.

LAMPIRAN LEMBARAN KERJA / GAMBAR AKTIVITI PERLAKSANAAN AKTIVITI P&P TAJUK 2 KONSEP BENTUK DAN RUANGABM Bahan maujud (3D)Pelan mencungki idea guru mempamerkan bongkah bentuk

Teknik penyoalan Bentuk apakah ini?Siapa boleh lukis bentuk ini?

Murid tampil untuk melakar bentuk

Murid mempamerkan bentuk

Penyedian untuk aktiviti suai padan Bentuk

Memberi penerangan mengenai Aktiviti suai padan

Hasil aktiviti suai padan oleh murid

Memilih objek yang sama dengan beentuk bulat untuk diletakkan di bawah meja

Meletakkan objek bujur di atas kerusi Memilih objek berbentuk bujur

Memilih objek segitigaMeletakkan objek segitiga di atas meja

Memilih objek seempat sama Meletakkan objek di hadapan televisyen

Penerangan aktiviti lembaran kerja

Murid menjalankan aktiviti di lembaran kerja

Membimbing murid yang lemah - aktiviti lembaran kerja

LEMBARAN KERJA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi pembelajaran, murid diharap dapat menguasai isi kandungan, membina kemahiran saintifik, berfikir dan mempunyai strategi berfikir serta mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni. Dalam aspek menguasai isi kandungan, murid dapat mengenal mengenal rupa bentuk dan objek serta mengetahuai kedudukan objek dalam sesuatu ruang. Dalam aspek membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir, murid dapat memadankan rupa bentuk dengan objek sebenar dan menjana hipotesis tentang kedudukan objek dalam sesuatu ruang tertentu. Dalam aspek mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni, pelajar dapat melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti permainan dengan menunggu arahan guru serta sabar. Bagi mencapai hasil pembelajaran tersebut, guru telah mengatur langkah-langkah P&P mengikut urutan bermula dengan fasa mencungkil idea, menstruktur semula, mengaplikasi idea dan fasa penutup. Pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik displikasikan bagi menghasilkan P&P yang bermakna dan berkesan. Dalam fasa mencungkil idea, guru memulakan dengan aktiviti penyoalan Murid memberi maklum balas dan cuba menjawab penyoalan guru. Dalam fasa menstruktur semula, guru menggunakan pendekatan konstruktivisme dengan mengutarakan satu persoalan utama. Murid memberi respon dan bertindak mengikut arahan. Di sin juga guru menggunakan strategi inkuiri terbimbing induktif deduktif di mana guru memberi bimbingan kepada murid yang lemah sehingga murid berjaya menunjukkan keyakinan yang tinggi. Dalam fasa mengaplikasi idea, guru mengadakan aktiviti secara individu. Dalam fasa ini guru member arahan mengenai latihan di lembaran kerja. Dalam fasa penutup pula, guru telah mengakhiri P&P, dengan aktiviti nyanyai beramai-ramai Lagu Bentuk. Murid menunjukkan minat terhadap sesi P&P dan memberi tumpuan terhadap arahan dan penerangan guru.

REFLEKSI PELAJARAN

Pembelajaran dan pengajaran hari ini berjalan dalam suasana yang baik dan lancar. Dalam sesi P&P pada hari ini, saya telah melaksanakan beberapa aktiviti seperti aktiviti secara kelas dan individu. Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar gembira dan seronok, menunjukkan minat dan melibatkan diri secara aktif. Arahan yang diberikan dipatuhi dengan baik dan terdapat pelajar menyumbang idea dan pendapat yang bernas. Saya memulakan P&P dengan beberapa penyoalan bagi mencungkil idea pelajar. Mereka memberi respon yang positif. Selepas itu, bagi peringkat menstruktur idea, pelajar dapat memadankan rupa bentuk dengan objek Bagi pelajar yang lemah, saya cuba membimbingnya.Seterusnya bagi aktiviti individu, saya telah melaksanakan aktiviti di lembaran kerja. Sebelum itu, saya telah memberi arahan dan menjelasakan tentang apa yang sepatutnya dilakukan oleh pelajar. Saya rasa saya telah bertindak sebagai fasilitator yang berkesan. Sementara pelajar pula menunjukkan sikap kerjasama yang tinggi dalam menyiapkan aktiviti yang diberikan. Mereka dikehendaki melukis bentuk pada kedudukan ruang tertntu mengikut kehendak soala.. Pelajar berasa sangat gembira apabila berjaya melakukan aktiviti dan menlukis bentuk-bentuk. Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru harus menggilap potensi mereka. Untuk pembelajaran dan pengajaran pada masa hadapan, saya bercadang melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu merangsang pemikiran mereka.

PENUTUP

Penguasaan matemtik awal adalah penting sebagai asas untuk membantu murid mempelajari matematik pada peringkat yang lebih tinggi. Konsep Pranombor atau Nombor Awal, perlu diajar bersesuaian dengan peringkat perkembangan murid dan merupakan komponen penting dalam pengajaran Matematik Awal di peringkat prasekolah.Terdapat pelbagai kaedah, strategi dan pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik Awal pada peringkat prasekolah. Asas perkembangan matematik bermula daripada pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti seperti warna, saiz, dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan simbolik.

RUJUKAN

Nani Menon. (2005). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Pahang: PTS Propesional Publishing Sdn. Bhd.Nurul Huda Abd Rahman, Ishak Haron, Rosnidar Mansor, Shaheda Usop dan Hafsah Taha. (2011). KPD 3016 & KPD 3026 Pengajaran, Teknologi & Penaksiran (Jilid 1, 2 & 3). Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2003). Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Pembelajaran Yang Menyeronokkan dan Bermakna. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Ragbir Kaur A/P Joginder Singh. (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Saayah Abu dan Sezali Mohd Kamal. (2010). Manual Pengajaran Prasekolah Perancangan Mingguan & Harian. Selangor: PTS Propesional Publishing Sdn. Bhd.Shaw, J. & Blake S. (1998). Mathematics for Young Children. New Jersey: Prentice Hall, Incwww.KidZone.vs.kindergartenmathwww.PreschoolPalace.org

Nama:

Kelas : Prasekolah Dahlia

Lukiskan bentuk-bentuk pada ruang yang betul

Bawah meja

n Depan pintu

Atas meja

Tepi pasu