tugasan 1 munsyi

Upload: sabrini-abd-nasir

Post on 14-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    1/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    1

    1.0 PENGENALAN TUGASAN

    Tugasan kerja kursus projek BMM 3112, kami dikehendaki menghasilkan tugasan

    secara berpasangan berkaitan Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Tugasan ini

    terbahagi kepada beberapa bahagian. Bahagian pertama membicarakan berkaitan

    dengan sejarah perkembangan bahasa Melayu hingga kini beserta bahan grafik

    yang sesuai.

    Bahagian kedua, kami dikehendaki melihat perkembangan bahasa Melayu

    Yang dapat dibuktikan melalui jumpaan batu bersurat. Berdasarkan tulisan jawi yang

    terdapat pada batu bersurat Kuala Berang Terengganu, secara kritis huraikan

    penggunaan bahasanya dan hubung kait dengan perkembangann bahasa Melayu.

    Tugasan ketiga kami dikehendaki menyiapkan tugasan secara individu iaitu

    mengkaji satu bab dalam teks Sejarah Melayu versi shellabear dan satu bab teks

    Hikayat Abdullah, analisiskan dan banding beza bahasa yang digunakan.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    2/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    2

    2.0 NOTA SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    Sejarah perkembangan Bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata

    Melayu. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli

    sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat

    dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah

    kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar

    tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa kerajaan Mo-lo-yeu

    berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya berdasarkan sebatang

    sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina ialah seorang sami

    Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan tersebut apabila

    menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar tahun 675 Masihi.

    Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan Mlayu bermaksud berlari atau

    mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan Indo-Melayu (Austronesia)

    yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah Melayu.

    Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan

    pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini merujuk

    kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung Tanah Melayudan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulau-pulau Melayu, yakni

    pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini.

    Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi

    merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung

    Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.

    Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah Bahasa Melayu. Bahasa

    ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di Indonesia dikenal pula

    sebagai Bahasa Indonesia yang merupakan bahasa kebangsaan di negara itu juga.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    3/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    3

    2.1 ASAL USUL BAHASA MELAYU

    Menurut Amat Juhari Moain ( 2006) , apabila kita ingin mengetahui asal usul sesuatu

    bahasa, kita perlu mengetahui asal bangsa yang menjadi penutur utama bahasa

    tersebut. Hal ini demikian adalah kerana bahasa itu dilahirkan oleh sesuatu

    masyarakat penggunanya dan pengguna bahasa itu membawa bahasanya ke mana

    pun ia pergi. Demikianlah juga halnya dengan bahasa Melayu. Apabila kita ingin

    mengetahui asal usul bahasa Melayu, maka kita perlu menyusurgaluri asal usul

    bangsa Melayu.

    Walaupun sudah ada beberapa kajian dilakukan terhadap asal usul bangsa

    Melayu, tetapi kata sepakat para ahli belum dicapai. Setakat ini ada dua pandangan

    yang dikemukakan. Pandangan yang pertama menyatakan bahawa bangsa Melayu

    berasal dari utara iaitu Asia Tengah dan pandangan yang kedua menyatakan

    bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia ada di Kepulauan Melayu atau

    Nusantara ini.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    4/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    4

    Bahasa Melayu Berasal Dari Nusantara

    Beberapa orang tokoh berpandangan bahawa bangsa Melayu memang sudah sedia

    ada di Kepulauan Melayu atau Nusantara ini iaitu:

    Menurut Nik Safiah Karim (1986 : 1), terdapat beberapa teori telah

    mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia

    yang diberi nama Austronesia. Golongan manusia ini datang dari daerah Yunan dantelah turun dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan menduduki

    wilayah Asia.Buktinya ialah pergerakan manusia ini berlaku sejak tahun 2500

    sebelum Masihi iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu

    Proto.Gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Secara

    ringkasnya terdapat perkaitan antara pergerakan gelombang manusia dengan

    bahasa kerana masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu

    dan Lautan Pasifik.

    Nik Safiah Karim ( 1986 : 2 ) juga telah mengatakan bahawa bahasa Melayu

    tergolong dalam cabang Nusantara dalam keluarga Austronesia. Cabang Nusantara

    mempunyai jumlah bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200-300. Oleh yang

    demikian bahasa-bahasa ini dapat dibahagikan kepada golongan tertentu seperti

    golongan Filipina, Sumatera dan banyak lagi.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    5/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    5

    Gorys Keraf ( 1984:184-201) pula berpendapat bahawa bangsa Melayu

    memang berasal dari kepulauan Melayu atau Nusantara. Beliau menyatakan bahawa

    bangsa Melayu sudah sedia ada di kepulauan Melayu dan mereka menuturkan

    bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau negeri asal orang Melayu ialah daerah

    Indonesia dan Filipina.

    J.Crawfurd ialah seorang sarjana Inggeris telah membuat kajian perbandingan

    bahasa yang ada di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Beliau

    berpendapat bahawa asal bahasa yang tersebar di Nusantara ini berasal daripada

    bahasa di Pulau Jawa iaitu bahasa Jawa dan bahasa yang berasal dari Pulau

    Sumatera atau bahasa Melayu. Bahasa Jawa dan bahasa Melayulah yang

    merupakan induk bagi bahasa serumpun yang terdapat di Nusantara ini.

    Sehubungan itu, J.Crawfurd juga telah menambah hujahnya dengan bukti

    bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah memiliki taraf kebudayaan yang

    tinggi dalam abad kesembilan belas. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah menglami

    perkembangan budaya beberapa abad lamanya. Beliau telah merumuskan bahawa

    Orang Melayu itu tidak berasal dari mana-mana, tetapi malah merupakan induk yang

    menyebar ke tempat lain.Manakala Bahasa Jawa ialah bahasa tertua dan bahasainduk daripada bahasa yang lain.

    Mengikut Harry Judge (1991 :18), bahasa Melayu telah wujud sejak abad

    kedua Masihi.Buktinya ialah kewujudan Kerajaan Melayu Campa yang terletak di

    Vietnam Tengah. Secara logiknya,kerajaan ini wujud kerana ada bangsa menetap di

    kawasan ini. Kewujudan bangsa telah membuktikan bahawa wujudnya bahasa untuk

    berkomunikasi.Oleh yang demikian dapat dikatakan bahawa bangsa yang

    mendirikan kerajaan tersebut dan bahasa yang digunakan dalam kerajaan yang

    berkenaan.Sehubungan itu, terdapat beberapa penemuan penggunaan bahasa

    Melayu seperti prasasti.Prasasti yang ditemui bertarikh pada abad ke-4

    Masihi.Prasasti ini menggunakan bahasa Melayu Kuno Campa. Sumber ini ditemui di

    Dong Yen Chau, di Teluk Tourane, Vietnam Selatan. Berdasarkan bahan bukti yang

    dijumpai,dapat dikatakan bahawa pendiri Kerajaan Melayu Campa ialah bangsa

    Melayu iaitu Melayu Campa dan begitu juga bahasanya.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    6/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    6

    Bahasa Melayu Berasal Dari Asia Tengah

    Beberapa orang tokoh berpandangan bahawa bangsa Melayu berasal dari utara iaitu

    Asia Tengah ialah:

    R.H. Geldern ialah seorang ahli prasejarah dan menjadi guru besar di Iranian

    Institute and School for Asiatic Studies telah membuat kajian tentang asal usul

    bangsa Melayu. Sarjana yang berasal dari Wien, Austria ini telah membuat kajian

    terhadap kapak tua.

    Beliau menemui kapak yang diperbuat daripada batu itu di sekitar hulu Sungai

    Brahmaputra, Irrawaddy, Salween, Yangtze, dan Hwang. Bentuk dan jenis kapak

    yang sama, beliau temui juga di beberapa tempat di kawasan Nusantara. Geldern

    telah membuat kesimpulan bahawa kapak tua tersebut dibawa oleh orang Asia ke

    tanah Kepulauan Melayu.

    Seorang ahli filologi Belanda yang pakar dalam bahasa Sanskrit dan pelbagai

    bahasa Austronesia yang lain telah membuat kajian berdasarkan beberapa

    perkataan yang digunakan sehari-hari terutama nama tumbuh-tumbuhan, haiwan,

    dan nama perahu. Beliau ialah J.H.C. Kern. Beliau mendapati bahawa perkataan

    yang terdapat di Kepulauan Nusantara ini terdapat juga di Madagaskar, Filipina,

    Taiwan, dan beberapa buah pulau di Lautan Pasifik .Perkataan tersebut di antaranya

    ialah padi, buluh, rotan, nyiur, pisang, pandan, dan ubi. Berdasarkan senarai

    perkataan yang dikajinya itu Kern telah merumuskan bahawa bahasa Melayu ini

    berasal daripada satu induk yang ada di Asia.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    7/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    7

    Manakala W. Marsden (1812) pula dalam kajiannya mendapati bahawa

    bahasa Melayu dan bahasa Polinesia iaitu bahasa yang digunakan di beberapa buah

    pulau yang terdapat di Lautan Pasifik adalah merupakan bahasa yang serumpun.

    J.R. Foster yang membuat kajiannya berdasarkan pembentukan kata

    berpendapat bahawa terdapat kesamaan pembentukan kata dalam bahasa Melayu

    dan bahasa Polinesia. Beliau berpendapat bahawa kedua-dua bahasa ini berasal

    daripada bahasa yang lebih tua yang dinamainya Melayu Polinesia Purba.

    Menurut J.R. Logan yang membuat kajiannya berdasarkan adat resam suku

    bangsa mendapati bahawa ada persamaan adat resam kaum Melayu dengan adat

    resam suku Naga di Assam yang terdapat di daerah Burma dan Tibet. Persamaan

    adat resam ini berkait rapat dengan bahasa yang mereka gunakan. Beliau

    mengambil kesimpulan bahawa bahasa Melayu tentulah berasal dari Asia.

    Dua orang sarjana Melayu, iaitu Slametmuljana ( 11-28) dan Asmah Haji

    Omar (28-29) juga menyokong pendapat di atas. Slametmuljana yang membuat

    penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasa, sampai pada suatu kesimpulan

    bahawa bahasa Austronesia yang dalamnya termasuk bahasa Melayu, berasal dari

    Asia.

    Asmah Haji Omar (1985:395) pula telah membuat huraian yang lebih

    terperinci lagi. Beliau berpendapat bahawa perpindahan orang Melayu dari daratan

    Asia ke Nusantara ini tidaklah sekaligus dan juga tidak melalui satu laluan. Ada yang

    melalui daratan, iaitu Tanah Semenanjung, melalui Lautan Hindi dan ada pula yang

    melalui Lautan China.

    Namun, beliau menolak pendapat yang mengatakan bahawa pada mulanya

    asal bahasa mereka satu dan perbezaan yang berlaku kemudian adalah kerana

    faktor geografi dan komunikasi. Dengan demikian, anggapan bahawa bahasa

    Melayu Moden merupakan perkembangan daripada bahasa Melayu Klasik, bahasa

    Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Kuno itu

    asalnya daripada bahasa Melayu Purba merupakan anggapan yang keliru.

    Beliau berpendapat bahawa hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa

    Melayu Purba berdasarkan skema seperti yang ditunjukkan di dalam rajah 1.1.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    8/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    8

    Rajah 1.1. Hubungan bahasa Melayu Moden dengan bahasa Melayu Purba

    Skema di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu Moden berasal daripada

    bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu

    Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Kuno yang juga

    merupakan asal daripada bahasa Melayu Purba.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    9/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    9

    Kesimpulan Asal-Usul Bahasa Melayu

    Berdasarkan pendapat Geldern tentang hasil kajiannya iaitu kapak tua masih boleh

    diperdebatkan. Budaya kapak tua yang diperbuat daripada batu sebenarnya bukan

    hanya terdapat di Asia Tengah dan Nusantara.Budaya yang sama akan ditemui pada

    semua masyarakat primitif sama ada di Amerika dan juga di Eropah pada zaman

    tersebut. Lagi pula, secara kebetulan Geldern membuat kajiannya bermula dari Asia

    kemudian ke Nusantara. Kesimpulan beliau tersebut mungkin akan lain sekiranya

    kajian itu bermula dari Nusantara, kemudian ke Asia Tengah.

    Berbeza pula dengan kajian Kern berdasarkan bukti Etnolinguistik

    memperlihatkan bahawa persamaan perkataan tersebut hanya terdapat di alam

    Nusantara dengan pengertian yang lebih luas dan perkataan tersebut tidak pula

    ditemui di daratan Asia Tengah.Ini menunjukkan bahawa penutur bahasa ini tentulah

    berpusat di tepi pantai yang strategik yang membuat mereka mudah membawa

    bahasa tersebut ke barat, iaitu Madagaskar dan ke timur hingga ke Pulau Easter di

    Lautan Pasifik.

    Pendapat Marsden (1812) bahawa bahasa Melayu yang termasuk rumpun

    bahasa Nusantara serumpun dengan rumpun bahasa Mikronesia, Melanesia, dan

    Polinesia dengan induknya bahasa Austronesia secara tidak langsung

    memperlihatkan adanya kekerabatan dua bahasa tersebut yang tidak ditemui di Asia

    Tengah.

    Penyebaran bahasa Austronesia juga terlihat hanya bahagian pesisir pantai

    timur iaitu Lautan Pasifik, pantai barat, dan Selatan Asia di kawasan Nusantara

    sahaja dan ia tidak masuk ke wilayah Asia Tengah.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    10/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    10

    Kesamaan pembentukan kata di antara bahasa Melayu dengan bahasa

    Polinesia yang dinyatakan oleh J.R. Foster dan kesamaan struktur bahasa Melayu

    dengan struktur bahasa Kampuchea juga memperlihatkan bahawa bahasa yang

    berada di Asia Selatan dan Asia Timur berbeza dengan bahasa yang berada di Asia

    Tengah. Jika kita lihat rajah kekeluargaan bahasa akan lebih nyata lagi bahawa

    bahasa di Asia Tengah berasal dari keluarga Sino-Tibet yang melahirkan bahasa

    Cina, Siam, Tibet, Miao, Yiu, dan Burma.

    Berdekatan dengannya agak ke selatan sedikit ialah keluarga Dravida, iaitu Telugu,

    Tamil, Malayalam, dan lain-lain. Kedua-dua keluarga bahasa ini berbeza dengan

    bahasa di bahagian Timur, Tenggara,dan Selatan Asia, iaitu keluarga Austronesia.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    11/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    11

    2.2SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

    Menurut Amat Juhari Moain (2006:27) , terdapat 5 zaman perkembangan bahasa

    Melayu.Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan berkembang secara

    bertahap tahap iaitu dari zaman ke zaman.Lima zaman tersebut ialah zaman

    bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu

    Moden. Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman

    perkembangan telah membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan

    mempunyai sejarah penyebarannya.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    12/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    12

    ZAMAN BAHASA MELAYU PURBA

    Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman

    prasejarah.Bahasa ini dikatakan sedemikian kerana tidak ada sejarah bertulis pada

    masa itu.

    Manakala menurut Asmah Haji Omar, Bahasa Melayu Purba dipercayai

    dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam

    bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam bentuk tulisan.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    13/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    13

    ZAMAN BAHASA MELAYU KUNO

    Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, (2006 : 27), bahasa Melayu Kuno

    bermula pada abad ke-4 Masihi. Bahasa Melayu Kuno dikatakan bermula pada abad

    ke-4 Masihi kerana terdapat beberapa bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di

    Teluk Tourane Vietnam yang diperkirakan bertarikh pada abad ke-4 Masihi. Bahan

    bukti yang ditemui ialah sebuah prasasti.

    Berdasarkan maklumat daripada wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno

    wujud setelah menerima pengaruh daripada India. Bahasa Melayu Kuno mencapai

    kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan

    Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang bertutur

    bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau

    dan Sumatera.

    Tinggalan Candi di Lembah Bujang, Kedah. Para

    pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan

    kerajaan Hindu-Buddha di kawasan ini sekurang-

    sekurangnya sejak tahun 110 Masihi.

    menunjukkan pengaruh India yang kuat dalam

    masyarakat Melayu ketika itu.

    Empayar buddha Srivijaya, antara

    empayar Melayu raya awal di

    rantau kepulauan Melayu.

    http://f/wiki/Kerajaan_Sriwijayahttp://f/wiki/Kerajaan_Sriwijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Candihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kepulauan_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Srivijayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kedahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lembah_Bujanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Candihttp://f/wiki/Kerajaan_Sriwijayahttp://f/wiki/Kerajaan_Sriwijaya
  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    14/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    14

    Bahasa Melayu Kuno diterima ramai kerana terdapat beberapa ciri yang boleh

    diterima oleh orang ramai. Antaranya ialah

    Bahasa Melayu Kuno dikatakan bersifat sederhana dan mudah menerima

    pengaruh luar. Bahasa Melayu Kuno juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan

    susun lapis masyarakat. Sehubungan itu, bahasa Melayu Kuno juga mempunyai

    sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

    http://f/wiki/Bahasa_Jawahttp://f/wiki/Bahasa_Jawa
  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    15/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    15

    Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan

    bahasa Melayu iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah

    melalui aktiviti perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang

    dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke

    barat menuju India.

    Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-

    kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai

    tempat persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan

    Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab.

    Di samping itu juga para mubaligh terutama mubaligh India turut datang ke

    Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu. Kedatangan para

    pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba mendapat

    pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu

    Kuno.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    16/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    16

    Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

    Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah

    kerana kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan BahasaSanskrit telah menjadi bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi.

    Selain itu, sifat bahasa Melayu yang mudah

    dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab

    bahasa asing seperti sanskrit diterima. Ini boleh

    dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara

    Pallava dan Devanagari yang datang dari India, kata-

    kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-

    rangkai kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, dan

    fonem-fonem Sanskrit.

    Kesan daripada bahasa sanskrit ini menyebabkan penambahan kosa kata

    Bahasa Melayu Kuno. Contoh contoh perkataan yang diambil daripada Bahasa

    Sanskrit adalah seperti:

    Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai pengaruh Parsi atau Arab.

    Aksara Pallava

    http://f/wiki/Bahasa_Sanskrithttp://f/wiki/Bahasa_Sanskrit
  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    17/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    17

    Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

    Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat

    yang menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitarSumatera dan Jawa yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada

    abad ke-7. Tulisan yang digunakan ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis

    tulisan yang berasal dari selatan India.

    Antara batu bersurat tersebut ialah:

    Batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,

    bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini

    menggunakan hurufPalava.

    Manakala Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan

    dengan 684 M dan batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf

    Nagiri.Ringkasnya, penemuan batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa

    Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh masyarakat.

    http://f/w/index.phphttp://f/wiki/Batu_Bersurat_Kedukan_Bukithttp://f/w/index.phphttp://f/w/index.phphttp://f/wiki/Batu_Bersurat_Talang_Tuwohttp://f/wiki/Batu_Bersurat_Talang_Tuwohttp://f/w/index.phphttp://f/w/index.phphttp://f/wiki/Batu_Bersurat_Kedukan_Bukithttp://f/w/index.php
  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    18/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    18

    Ciri-Ciri Bahasa Melayu Kuno

    Beberapa kajian telah dijalankan pada bahan bukti iaitu batu bersurat. Tulisan yang

    terdapat pada batu bersurat tersebut telah dikaji dari aspek bahasanya. BahasaMelayu Kuno mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri, antaranya:

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    19/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    19

    Berdasarkan kajian tersebut, bahasa Melayu jelas memperlihatkan pengaruh

    bahasa Sanskrit, terutama dari segi kata-kata pinjaman. Hal ini terjadi kerana pada

    waktu itu bahasa Melayu tidak mempunyai kata-kata yang sesuai untuk

    memperkatakan perkara-perkara dan konsep-konsep baru yang dibawa dari

    kebudayaan asing.

    Oleh itu bahasa Melayu terpaksa meminjam daripada bahasa masyarakat

    yang membawa konsep-konsep baru itu. Contoh contoh perkataan yang diambil

    daripada bahasa Sanskrit adalah seperti

    Bahasa Melayu itu kebanyakannya ditulis oleh raja. Oleh itu dapat dibuat

    kesimpulan bahawa bahasa Melayu kuno telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa

    untuk urusan pemerintahan di istana.

    Bahasa Melayu kuno juga telah tersebar luas dan berfungsi sebagai lingua

    franca.Selain itu bahasa Melayu kuno juga bersifat kosmopolitan, keranan menerima

    pengaruh dari luar terutama pengaruh bahasa Sanskrit.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    20/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    20

    ZAMAN BAHASA MELAYU KLASIK

    Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya

    ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu

    dinamakan bahasa Melayu Klasik.

    Menurut Ismail Hussein (1984:24), pembahagian yang dibuat oleh adalah atas

    pertimbangan sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan

    mengikut zaman politik Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh

    kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan Barat atau mengikut zaman tulisan yang

    digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil dari India, tulisan Arab, dan

    akhir sekali tulisan Latin.

    Contohnya pada zaman politik Srivijaya, masyarakatnya yang beragama

    Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India, sasteranya

    dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman

    kata-kata Sanskrit.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    21/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    21

    Sejarah Bahasa Melayu Klasik

    Doktor Zaitul Azma telah mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu Klasik

    mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera. Perkembangan

    kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari

    segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

    Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang

    untuk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan,

    ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan

    kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi

    sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

    Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14.

    Buktinya ialah penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu

    Klasik telah digunakan sebagai lingua franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka.

    Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas dalam aktiviit perdagangan dan

    penyebaran agama Islam.

    Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasikadalah penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu Al-

    Masail oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed

    Muhammad Arsyad Al-Banjari .

    Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai :

    Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang

    bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia

    Barat yang datang ke Asia Tenggara.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    22/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    22

    Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

    Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama

    Islam menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa

    bersama-samanya bahasa Arab.

    Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang

    menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku

    kepada bahasa Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui

    peminjaman perkataan Arab dan Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula

    berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat seperti Portugis, Inggeris, dan

    Belanda.

    BAHASA MELAYU MENERIMA PENGARUH

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    23/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    23

    Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar

    abad ke-13 dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di

    seluruh kepulauan Melayu dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang

    bertapaknya Islam di Nusantara dari sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M

    sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan catatannya tentang pengislaman

    Pasai.

    Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa

    prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi

    bahasanya sudah terdapat pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa

    Melayu klasik.

    Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik boleh ditandai dengan

    kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka. Bahasa Melayu menjadi

    medium dalam:

    Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitudengan meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap

    bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitu tulisan

    rencong dan lampung yang tidak terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun

    bahasa Sanskrit sudah bertapak di Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan

    tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada batu-batu bersurat antara

    abad ke-7 hingga abad ke-14.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    24/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    24

    Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

    Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa

    Melayu melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa

    Melayu Klasik mula pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan

    kedatangan penjajah dari Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi

    bahasa Melayu bertembung dengan bahasa dan kebudayaan yang baru yang turut

    mempengaruhi bahasa Melayu.

    Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan

    penggunaan yang pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun

    1516 Masihi setelah Melaka ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521

    Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan

    Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.

    Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-

    14 hingga abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan

    antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa

    Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai bahasa yang digunakan dalam

    kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah, perdagangan,

    dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

    Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan

    bahasa Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya yang ditulis dalam tulisan

    Jawi seperti :

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    25/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    25

    Zaman Kegemilangan Bahasa Melayu Klasik

    Berdasarkan bahan yang di akses, didapati ada tiga zaman kegemilangan bahasa

    Melayu Klasik. Antaranya ialah zaman kerajaan Melaka, Acheh dan zaman kerajaan

    JohorRiau.

    ZAMAN KEGEMILANGAN BAHASA MELAYU KLASIK

    Ketika zaman tersebut terdapat beberapa orang tokoh penulis. Buktinya ialahpada zaman kerajaan Acheh. Antara tokoh penulis yang penting ialah Hamzah

    Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-

    Singkel.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    26/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    26

    Ciri-Ciri Bahasa Melayu Klasik

    Dari Wikipedia bahasa Melayu Klasik, telah menyatakan beberapa ciri-ciri bahasa

    Melayu Klasik. Namun demikian cirri-ciri yang dinyatakan adalah lebih mencirikan

    bahasa Melayu Klasik dari aspek perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan

    tulisan. Antara ciriciri tersebut ialah ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

    Ayat yang digunakan kebanyakkannya ialah ayat pasif dan songsang.Ketika itu juga

    banyak menggunakan laras bahasa istana.

    Manakala terdapat perbezaan dalam mengklasifikasi ciri-ciri bahasa Melayu

    Klasik bagi Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah. Beliau telah membahagikan ciri

    tersebut kepada beberapa aspek iaitu aspek sistem tulisan,kosa kata dan

    tatabahasa.

    CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KLASIK

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    27/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    27

    Dr. Zaitul Azama mengatakan bahawa dalam bahasa Melayu Klasik terdapat

    penggunaan kata pangkal ayat yang agak klise atau usang. Penggunaan kata

    pangkal ayat ini agak meluas. Contoh kata pangkal adalah seperti:

    Kata-kata seperti itu bukan sahaja digunakan untuk memulakan sesuatu

    perenggan, malah digunakan juga pada awal ayat-ayat dalam perenggan. Penulisan

    dalam bahasa Melayu moden tidak memperlihatkan penggunaan kata pangkal ayat

    yang sedemikian.

    Manakala dari aspek struktur ayat pula, bahasa Melayu Klasik agak berbeza

    dengan bahasa Melayu Kuno kerana struktur ayatnya panjang-panjang, berulang-

    ulang dan berbelit-belit.Terdapat juga gabungan beberapa ayat tunggal yang

    dicantumkan dengan menggunakan kata-kata hubung yang tertentu, terutamanya

    "dan" dan "atau" ataupun dengan menggunakan tanda koma dan tanda koma bertitik

    sahaja. Contoh ayat bahasa Melayu Klasik seperti ayat berikut:

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    28/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    28

    Dalam bahasa Melayu Klasik juga, terdapat perubahan dari aspek bentuk ayat

    yang digunakan. Bentuk ayat yang lebih lumrah digunakan, ialah bentuk ayat pasif,

    iaitu bentuk ayat yang lebih mengutamakan objek pelaku atau subjek. Sebagai

    contoh:

    Selain itu, dalam bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan partikel

    pundan lah.Contoh perkataan yang digandingkan dengan partikel ialah seperti

    adapun, bertitahlah,dan berebutlah. Manakala contoh penggunaan partikel dalam

    ayat pula ialah seperti berikut:

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    29/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    29

    Sehubungan itu terdapat pengaruh daripada beberapa bahasa lain dalam

    bahasa Melayu Klasik kerana di kepulauan Melayu ketika itu bahasa Arab dan

    Sanskrit bertapak kukuh lantaran aktiviti perdagangan dan penyebaran agama

    islam.

    Contoh penggunaan bahasa Arab ialah:

    Bagi bahasa Sanskrit pula ialah:

    Bahasa Melayu Klasik juga menerima fonem Arab seperti kh, dz, dan sy.

    Contoh perkataan seperti:

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    30/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    30

    Menurut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, bahasa Melayu klasik lebih

    bersifat "bahasa istana". Ini amat ketara dari segi penggunaan perkataan dan sistem

    panggilannya. Contohnya ialah:

    Penggunaan ini adalah disebabkan kebanyakan hasil penulisan bahasa

    Melayu klasik adalah dalam bentuk karya sastera, yang menceritakan kisah dan

    peristiwa yang dialami oleh kalangan raja di istana.

    Bahasa melayu Klasik juga lebih banyak menggunakan kiasan dan

    perbandingan serta penggunaan laras bahasa puisi, seperti pantun, syair, seloka dan

    gurindam dalam karya prosa.

    Buktinya ialah terdapat banyak dalam hikayat-hikayat Melayu lama. Mungkin

    disebabkan oleh sifat sastera Melayu klasik itu sendiri, yang pada asalnya dalam

    bentuk lisan dan penggunaan unsur-unsur tersebut dikatakan dapat menghidupkan

    suasana penceritaan.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    31/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    31

    ZAMAN BAHASA MELAYU PRAMODEN

    Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu

    Pramoden bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke

    Asia Tenggara untuk menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan

    sahaja menguasai ekonomi, tetapi politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah

    Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan budaya pribumi.

    Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa,

    sastera dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan

    bahan-bahan tinggalan sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di

    perpustakaan- perpustakaan barat ini.

    Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti

    Inggeris dan Belanda mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku

    secara sedikit demi sedikit. Kesan penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan

    kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari istana-istana raja seperti dalam

    zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat umum.Dengan kata lain,

    kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat dan merakyat.

    Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan

    seperti:

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    32/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    32

    Selain itu, zaman ini turut mencetak banyak kitab kitab agama di Asia

    Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga mengatakan bahawa berlakunya

    beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya ialah:

    Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan

    bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa

    perubahan pada bahasa Melayu.

  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    33/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    33

    ZAMAN BAHASA MELAYU MODEN

    Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman

    bahasa Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan

    penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi

    Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.

    Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,

    berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa

    pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah

    dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.

    Namun semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan

    Perkara 152 telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan

    bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956

    juga telah mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem

    pendidikan negara.

    Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikitdemi sedikit untuk menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu

    Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-

    negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan

    pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat Melayu

    dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih

    banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam

    pemerintahan Belanda.

    Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula,

    seperti syarikat percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal

    dan akhbar berbahasa Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di

    Asia Tenggara. Situasi ini telah menyebabkan bahasa Melayu secara langsung

    menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Dunia_IIhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Islamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Britishhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Abdul_Kadir_Munshi
  • 7/29/2019 TUGASAN 1 MUNSYI

    34/34

    BMM 3112 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, PERKAMUSAN, DANTERJEMAHAN 013

    Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan

    salah satu bahasa rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967,

    bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi

    meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak akhbar, buku, majalah dan jurnal

    berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura

    terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

    Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta

    menigkatkan kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah

    yang dijalankan untuk memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus

    bahasa Melayu.Perancangan korpus ini telah diterajui oleh Pakatan Belajar

    Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan perancangan korpus bahasa

    iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda bacaan,surat

    kiriman,dan peristilahan.

    Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan

    lembaga yang dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Dengan adanya usaha-usaha ini maka dapat diatur dan dibakukan sistem

    ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras dan lain lain yangberkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka

    berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah

    diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada

    tahun 1952 hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

    Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini,

    maka bahasa Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa

    moden yang digunakan sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan

    tulisan ilmiah.