tugasan 1 - okt 2010

52
HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIK Sarifah bt Ahmad 711212-06-5190 TUGASAN 1 (LINGUISTIK) “Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat” 1. Pendahuluan Secara umumnya, ramai berpendapat bahawa Ilmu linguistik hanya perlu dikuasai oleh orang yang terlibat secara langsung dalam bidang bahasa. Salah tafsir mengenai maksud linguistik juga merupakan punca masyarakat kurang prihatin tentang ilmu linguistik ini. Sebenarnya linguistik merupakan satu sains yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian dan mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dan diteliti. Secara tidak langsung ‘Bahasa’ memainkan peranan tersendiri dalam kajian ilmu linguistik. Manakala, ‘Bahasa’ merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas. Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran fizikal serta sosial masyarakat tersebut. Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah sebabnya mengapa bahasa - tidak kira bahasa apa pun - menarik minat pelbagai golongan pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Ahli antropologi budaya bahasa cuba mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik yang menggunakan 1

Upload: civic109

Post on 25-Jun-2015

548 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

TUGASAN 1 (LINGUISTIK)

“Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat”

1. Pendahuluan

Secara umumnya, ramai berpendapat bahawa Ilmu linguistik hanya perlu dikuasai

oleh orang yang terlibat secara langsung dalam bidang bahasa. Salah tafsir mengenai maksud

linguistik juga merupakan punca masyarakat kurang prihatin tentang ilmu linguistik ini.

Sebenarnya linguistik merupakan satu sains yang menjadikan bahasa sebagai objek kajian

dan mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dan diteliti. Secara tidak langsung ‘Bahasa’

memainkan peranan tersendiri dalam kajian ilmu linguistik.

Manakala, ‘Bahasa’ merujuk lambang budaya dan fungsi atau peranan bahasa sebagai

satu sistem perhubungan sosial dalam masyarakat. Asmah Haji Omar (1988), seorang tokoh

linguistik Melayu telah memberi pengertian tentang bahasa dalam erti kata yang luas.

Menurut beliau bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Dalam

konteks ini, bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya, iaitu cara hidup dan persekitaran

fizikal serta sosial masyarakat tersebut.

Bahasa penting dalam segala aspek kehidupan manusia, masyarakat dan negara. Inilah

sebabnya mengapa bahasa - tidak kira bahasa apa pun - menarik minat pelbagai golongan

pengkaji dan pemikir, tidak hanya ahli bahasa. Ahli antropologi budaya bahasa cuba

mengkaji hubungan genetik atau budaya antara bahasa dengan bangsa atau kumpulan etnik

yang menggunakan bahasa. Jadi, mereka mahu tahu setakat mana bahasa menandakan jati

diri (identiti) bangsa yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa aslinya. Dari sini timbul

pula soal `nasionalisme bahasa' yang termasuk dalam kajian sains politik.

Turut dikaji ialah peranan bahasa sebagai alat politik. Misalnya, bagaimana bahasa

digunakan untuk membangkitkan kesedaran bahawa bahasa penting sebagai pembentuk

kesatuan politik yang disebut `negara' atau negara bangsa'. Sering kali, `politik bahasa' ini

menyebabkan sesebuah negara menggubal dasar bahasa atau membuat undang-undang

mewajibkan warganegara menggunakan satu-satu bahasa yang dipilih sebagai bahasa rasmi

negara itu.

Dasar ini terdapat di kebanyakan negara, terutama di negara yang terdiri daripada

pelbagai kumpulan etnik dan pelbagai bahasa. Contohnya yang terdekat ialah Malaysia,

Indonesia, Thailand dan banyak negara lain lagi, termasuk Amerika Syarikat dan seluruh

negara Eropah, Jepun, China, Korea, Australia dan New Zealand. Ada negara yang dasar

1

Page 2: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

bahasanya tidak bertulis. Tidak ada akta bahasa. Contohnya, di Britain bahasa rasminya iaitu

bahasa yang digunakan dalam semua urusan dan kegiatan sektor swasta ialah bahasa

Inggeris. Padahal di Britain terdapat banyak bahasa lain seperti bahasa Scottish, bahasa

Wales dan bahasa Irish yang hampir-hampir luput kerana fungsinya di seluruh Britain sangat

terhad.

Yang terakhir, bahasa juga menjadi subjek kajian dan renungan ahli falsafah. Soal

yang dikaji selalunya bersifat abstrak dan logikal: Bagaimana kita tahu bahawa satu-satu ayat

atau perkataan itu, yang disebut `proposisi', benar atau tidak benar. Misalnya, bagaimana kita

hendak memastikan dalam minda atau otak kita, bahawa perkataan `meja' benar-benar

melambangkan benda yang disebut `meja' itu. Orang yang mengkaji soal semiotik, iaitu

kajian tentang `tanda' atau `lambang', juga menanyakan soal yang sama.1

Berdasarkan huraian ringkas tentang kepelbagaian minat yang diberi oleh pelbagai

ahli dan pemikir (tidak hanya ahli bahasa) terhadap bahasa dan hubungannya dengan

manusia, masyarakat, politik, falsafah, budaya, etnisiti, psikologi dan pemikiran, dapatlah

kita membuat kesimpulan bahawa bahasa tidak hanya bererti sistem linguistik semata-mata.

Sistem linguistik ialah soal nahu atau tatabahasa, istilah, ejaan, sebutan baku dan sebagainya.

Tetapi bahasa mencakupi keseluruhan hidup manusia sebagai alat pemikiran, alat budaya,

sebagai sumber kemajuan dan tamadun serta sumber kestabilan masyarakat dan negara. Ia

juga sebagai pembentuk keperibadian dan nilai manusia.

2. Definisi dan Konsep

2.1 Definisi Bahasa

Terdapat pelbagai tafsiran dan definisi mengenai ‘Bahasa’ oleh para sarjana

yang telah dikemukakan mengikut kepakaran dan bidang masing-masing. Bahasa

adalah alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan

penerusan pemikiran.

(a) Nababan: bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur

isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka

untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis.

1 DR. HASSAN AHMADhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

2

Page 3: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(b) Chomsky: bahasa adalah kebolehan ‘inat’ (semulajadi) penutur asli untuk

membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu.

(c) De Saussure: bahasa adalah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti

bahasa.

(d) Edward Sapir: bahasa adalah sistem manusiawi yang instingtif (arbitrari) untuk

menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat sistem simbol yang dikeluarkan

secara voluntari.

(e) Menurut Gorys Keraf (1997 : 1), Bahasa adalah alat komunikasi antara anggota

masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.

Mungkin ada yang keberatan dengan mengatakan bahwa bahasa bukan satu-

satunya alat untuk mengadakan komunikasi. Mereka menunjukkan bahwa dua

orang atau pihak yang mengadakan komunikasi dengan mempergunakan cara-cara

tertentu yang telah disepakati bersama. Lukisan-lukisan, asap api, bunyi gendang

atau tong-tong dan sebagainya. Tetapi mereka itu harus mengakui pula bahawa

bila dibandingkan dengan bahasa, semua alat komunikasi tadi mengandung

banyak segi yang lemah.

Bahasa memberikan kemungkinan yang jauh lebih luas dan kompleks daripada

yang dapat diperoleh dengan mempergunakan media tadi. Bahasa haruslah merupakan

bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia. Bukannya sembarang bunyi. Dan bunyi

itu sendiri haruslah merupakan simbol atau perlambangan.

2.2 Definisi Linguistik

Istilah linguistik berasal daripada perkataan Latin lingua yang membawa

maksud "bahasa". Dalam bahasa-bahasa "Roman" (iaitu bahasa-bahasa yang berasal

daripada bahasa Latin), masih ada kata-kata serupa dengan lingua Latin itu; iaitu

langue dan langage dalam bahasa Perancis, dan lingua dalam bahasa Itali. Seterusnya,

bahasa Inggerís memungut kata daripada bahasa Perancis ini menjadi language.

Istilah linguistics dalam bahasa Inggerís adalah berkaitan dengan kata language

tersebut, seperti juga dalam bahasa Perancis, istilah linguistique adalah berkaitan

dengan language. Dalam bahasa Melayu pula, istilah linguistik merupakan nama bagi

bidang ilmu, dan kata adjektifnya adalah linguistic atau "linguistik".2

2 Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010. M.s 2.

3

Page 4: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Banyak definisi mengenai linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli

linguistik. Tafsiran-tafsiran mereka tertumpu kepada pengertian kata linguistik itu

sendiri. Menurut Prof. Madya Arbak Othman, linguistik merupakan kajian tentang

bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan

(sintaksis) dan tulisan. Bila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini

dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung, atau untuk melahirkan

perasaan dan fikiran (Edward Sapir). Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai

alat perhubungan, linguistik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang

betul sahaja melahirkan fikiran yang betul (Ferdinand de Saussure).3

Verhaar (1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu bahasa.

Menurut beliau, pengertian kata 'linguistik' merujuk kepada bagaimana suatu kajian

bahasa itu dilaksanakan. Berdasarkan pandangan tersebut, kajian ilmu bahasa

mencakupi bidang ilmu yang sangat luas. Ia merangkumi bidang linguistik secara

khusus; iaitu linguistik sinkronik, linguistik diakronik, linguistik deskriptif dan

linguistik preskriptif. Linguistik sinkronik merujuk kepada kajian pada suatu bahasa

dan masa tertentu. Linguistik diakronik pula menumpu kepada kajian yang dibuat

mengikut perkembangan masa dan perbandingan bahasa. Linguistik deskriptif pula

menumpu kepada huraian beberapa kemungkinan yang ada di dalam sesuatu bahasa,

tanpa penentuan betul dan salah. Manakala, linguistik preskriptif membentuk norma

atau menentukan yang mana betul dan yang mana salah di dalam pemerian bahasa.

Bidang linguistik ini juga termasuklah linguistik jati yang memberi huraian atau

deskripsi tentang sesuatu bahasa tanpa kaitannya dengan bidang lain dan linguistik

terapan, iaitu mengkaji segala bidang linguistik yang dikaitkan dengan bidang lain.

Ilmu linguistik mempunyai banyak bidang cakupan antaranya Ilmu linguistik

mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti, Linguistik

Deskriptif ( Descriptive Linguistics), Linguistik Historis ( Historical Linguistics),

Linguistik Komparatif ( Comparative Linguistics), Sosiolinguistik ( Sociolinguistics),

Neurolinguistik ( Neurolinguistics), Linguistik Am ( General Linguistics), Linguistik

Terapan,( Applied Linguistics), Psikolinguistik ( Psycholinguistics).

2.2.1 Bidang Kajian Linguistik

3 Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM.

4

Page 5: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Bidang kajian linguistik meliputi fonetik dan fonologi, morfologi, sintaksis,

leksikografi, semantik, pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik,

sosiolinguistik dan linguistik teoretis dan linguistic terapan. Daripada ke semua

bidang tersebut, terdapat tiga bidang utama yang penting dipelajari dan diketahui

secara mendalam iaitu bidang fonetik dan fonologi, bidang morfologi dan bidang

sintaksis.

Bidang fonetik dan fonologi melibatkan pertuturan bahasa dengan bunyi-bunyi

bahasa iaitu cara sebutannya, sifat-sifat akuastiknya, fungsi, susunan dan struktur.

Bidang morfologi ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji struktur, bentuk dan

penggolongan kata yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan varian

morfem.

Manakala bidang sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji bentuk, struktur

dan binaan ayat. Ia mengkaji konstruksi ayat iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk

bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya

ayat. Sintaksis juga merupakan cabang ilmu linguistik yang membicarakan tentang

wacana, ayat, klausa dan frasa.

Bidang linguistik ini menyelidik selok-belok ilmu linguistik, dan meneliti

pengaruh ilmu lain, dan pengaruh masyarakat terhadap bahasa, seperti: kepercayaan,

adat istiadat, dan pendidikan.

Kesimpulannya, pengertian ‘linguistik’ bolehlah dirumuskan sebagai bidang

yang memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada

bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu

disiplin yang lain.

2.3 Definisi Masyarakat

5

Page 6: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Menurut Kamus Pelajar Dewan Bahasa Edisi kedua, ‘ masyarakat’ diertikan

sebagai sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara

dan peraturan-peraturan tertentu. 4

Manakala, Prof Arbak Othman menyatakan bahawa masyarakat ialah

kelompok manusia yang mempunyai kebudayaan yang teratur untuk memenuhi

keperluan dan kepentingan hidup anggota-anggotanya. Sekumpulan manusia yang

mempunyai kebudayaan yang sepunya dalam lingkungan kawasan tertentu,

mempunyai perasaan kesatuan dan menganggap diri mereka sebagai suatu entiti yang

nyata (Theodorson 1979), atau sebagai suatu struktur sosial (Hugo F. Reading), atau

sekumpulan manusia yang beretnik dan berketurunan melalui reproduksi biologi, atau

kelompok yang mempunyai sistem sosial yang komprehensif (yang jelas dan

mempunyai peranan sosial tertentu).5

Masyarakat dikatakan mempunyai ciri-ciri tersendiri iaitu :

(a) boleh berubah

(b) mempunyai kelas sosial

(c) mempunyai dialek sosial

(d) mengalami evolusi sosial

(e) perbezaan

(f) interaksi sosial

(g) mobiliti sosial – dinamik, berubah terus-menerus secara lambat atau pantas,

secara evolusi, difusi, revolusi.

(h) golongan memerintah dan diperintah.

3. Fungsi Bahasa

Bahasa amat penting dalam kehidupan manusia agar dapat berinteraksi sesama

manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Sekiranya keperluan ini disekat, ini akan

mendatangkan kemudaratan kepada jiwa dan rohani manusia. Sebagai contoh, seorang yang

diasingkan daripada masyarakat dan tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang lain, ini akan

memberi tekanan yang besar kepada manusia kerana tidak berkesempatan untuk berbahasa

4 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat

5http://www.ppl.upm.edu.my/index.php? option=com_docman&task=doc_details&gid=5460&Itemid=192&lang=en&colorstyle=green di akses pada 21 Okt 2010.

6

Page 7: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

ataupun berbicara dengan orang lain. Dengan adanya teman untuk berbicara, rohani

seseorang akan menjadi lebih sihat walaupun perkara yang dibicarakan tidak penting.

Secara umumnya, bahasa berperanan sebagai :

Alat komunikasi.

Alat ekspresi diri.

Alat kawalan sosial.

Alat perakam

Keupayaan berbahasa seseorang individu akan dapat menghubungkannya dengan

individu lain. Hal ini juga akan membolehkan seseorang bertukar-tukar fikiran dan dapat

meluahkan perkara yang dihajati kepada teman yang lain. Kepentingan ini menjadikan

manusia lebih proaktif kerana adanya idea-idea yang tidak hanya datang daripada diri sendiri

sebaliknya idea-idea yang datang daripada individu lain yang lebih mempunyai kepakaran

dalam sesuatu perkara.

Penelitian bahasa dalam sosiolinguistik melibatkan percubaan mengaitkan viarasi

bahasa dengan konteks sosial seperti kelas, jantina, geografi dan sebagainya dalam

masyarakat. Sosiolinguistik menjelaskan bagaimana menggunakan bahasa itu dalam aspek

atau segi sosial tertentu yang boleh dijadikan panduan dalam berkomunikasi dan berinteraksi.

Ia memberi pedoman kepada kita dengan menunjukkan bahasa, ragam bahasa atau gaya

bahasa apa yang harus kita gunakan semasa berbicara dengan orang tertentu.

Bahasa mempunyai pelbagai fungsi, iaitu penggunaan bahasa untuk pelbagai tujuan

seperti untuk menggambarkan sesuatu suasana atau fungsi representasi; untuk menyampaikan

maklumat antara penutur dengan pendengar, untuk menjadikan pendengar menyambut, untuk

mempernyatakan atau mengujarkan perasaan dan untuk pentaakulan intelektual.

Ada empat golongan fungsi bahasa iaitu:

a. fungsi kebudayaan,

b. fungsi kemasyarakatan,

c. fungsi perorangan dan

d. fungsi pendidikan.

Dalam fungsi kebudayaan, bahasa itu menjadi sarana untuk memperkembangkan

sesuatu kebudayaan yang dimiliki oleh sesuatu bangsa. Bahasa berfungsi sebagai jalur,

relung, atau laluan untuk meneruskan dan melestarikan sesuatu kebudayaan dari satu tahap ke

satu tahap dan dari satu generasi ke satu generasi.

7

Page 8: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Fungsi kemasyarakatan pula terbahagi kepada dua iaitu yang berdasarkan ruang

lingkup dan yang berdasarkan bidang pemakaian. Dalam ruang lingkup terdapat dua jenis

iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa kelompok.

Fungsi perorangan pula terbahagi kepada beberapa fungsi seperti fungsi instrumental,

fungsi menyuruh, fungsi interaksi, fungsi keperibadian, fungsi khayalan dan fungsi informasi.

Manakala fungsi pendidikan pula dikatakan sebagai tujuan penggunaan bahasa dalam

pendidikan dan pengajaran. Seterusnya fungsi pendidikan terbahagi kepada empat iaitu

fungsi integratif, fungsi instrumental, fungsi kultural dan fungsi penalaran.

Dengan keadaannya di atas, masyarakat juga mempunyai pelbagai ciri. Bahasa yang

digunakan dalam sesebuah masyarakat ditentukan oleh norma-norma sosial. Masyarakat

berubah dari semasa ke semasa yang disebabkan oleh pelbagai faktor. Ini memberi kesan

kepada bahasa yang mengembangkan masyarakat tersebut.

Dalam masyarakat melayu, pangkat dalam pentadbiran atau dalam hubungan

kekeluargaan bahkan di kalangan adik beradik sangat dibezakan seperti Kak Long, Abang

Ngah, Pak Uda, Mak Alang dan sebagainya. Seseorang itu juga mestilah memastikan sama

ada kata-kata yang dipakai sesuai dengan kedudukannya. Misalnya antara rujukan kehormat

dengan pangkat atau gelaran peribadi yang disapa.

4. Ilmu Linguistik : Kegunaan dan Kepentingannya dalam kehidupan Masyarakat

Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. Kajian linguistik pula untuk melihat bentuk

bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara bahasa dan penutur serta

masyarakat sekeliling. Jadi semestinya linguistik mempunyai kepentingan dan memberi

sumbang yang tersendiri kepada masyarakat, lebih-lebih lagi kepada pengguna sesuatu

bahasa.

Bidang linguistik dan Sosiolinguistik adalah merupakan disiplin kajian menyeluruh

tentang bahasa. Kerangka linguistik melihat teori secara keseluruhan tentang kajian bahasa,

manakala kerangka sosiolinguistik pula melihat tentang kedudukan bahasa dan gejala yang

berlaku dalam kepenggunaan bahasa dalam lingkungannya.

Pada pihak lain linguistik adalah ilmu yang mengkaji bahasa sebagai bentuk-bentuk

lisan dan tulisan. Ia memiliki rumus-rumus yang menjelaskan sistem, rasional, empirikal, dan

kesimpulan-kesimpulan sebagai pemerian daripada kenyataan struktur, peggolongan, dan

rumus-rumus bahasa, termasuklah pernyataan kekecualiannya. Dan bahasa itu sendiri adalah

8

Page 9: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

alat untuk berkomunikasi dalam proses sosialisasi, yang diberi pemerian secara formal dan

abstrak dan kadang-kadang kaku oleh linguistik (khususnya mikrolinguistik).Oleh sebab

bahasa-bahasa biasanya berfungsi dalam satu matriks sosial dan oleh kerana masyarakat

sangat bergantung pada bahasa sebagai sarana (kalau bukan simbol) interaksi yang diamati,

dapat diharapkan bahawa manifestasi-manifestasinya yang diperhatikan itu, perilaku bahasa

dan perilaku sosial, akan banyak saling berhubungan dalam banyak cara yang teratur

(Fishman 1968: 6).

Antara kepentingan dan sumbangannya adalah seperti berikut:

1. Kegunaan ilmu linguistik ialah untuk menghuraikan segala aspek bahasa terutama

sekali berkaitan dengan struktur dan sistem dalam sesuatu bahasa.

2. Kajian linguistik memberi pemahaman kepada masyarakat tentang ciri- ciri bahasa

dan peranan yang boleh dimainkannya. Contohnya untuk pembangunan sesebuah

negara yang akan atau baru merdeka, satu bahasa perlu diangkat sebagai bahasa rasmi

untuk berfungsi sebagai bahasa pembangunan dan pembagunan. Dalam hal ini juga,

bahasa tersebut dapat digunakan sebagai alat untuk menyatupadukan rakyat yang

bersifat pelbagai kaum.

3. Seorang kaunselor, selain memerlukan pengetahuan yang baik dalam bidang tersebut,

mereka perlu mahir dan mengetahui selok belok ayat dan perkataan yang sesuai bagi

mempengaruhi pesakit atau pelanggan mereka.

4. Kepada juru bahasa ataupun penterjemah, mereka perlu mempunyai kemahiran dan

pengetahuan yang baik dalam bidang linguistik. Ini kerana penterjemahan akan

melibatkan faktor bahasa dan kebudayaan. Untuk itu, kedua factor ini mesti

dipertimbangkan supaya hasil terjemahan dapat disampaikan dengan maksud yang

sejelas-jelasnya.

5. Kajian linguistik berguna secara khusus kepada orang-orang yang terlibat dengan

bahasa, seperti guru dan perancang bahasa. Kepada guru-guru bahasa, pengetahuan

tentang ciri-ciri bahasa seperti struktur dan sistemnya akan memudahkannya

memberikan huraian serta penjelasan aspek-aspek bahasa yang diajar kepada para

pelajar. Umpamanya dalam struktur susunan bunyi, aspek sebutan, perkataan atau

ayat bahasa Melayu. (Nor Hisham Osman, 2001).

6. Bagi sasterawan, linguistik akan membantunya memahami karya kesusasteraan

dengan berkesan kerana bahasa menjadi wadah penglahiran karya.

9

Page 10: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

7. Bagi penyusun kamus, pengetahuan linguistik dapat membantu dalam penghasilan

kamus yang baik. Antara pengetahuan yang perlu ialah penentuan fonem, penentuan

ejaan, pemahaman kata, struktur bahasa, makna (leksikal, gramatikal, kontekstual,

idiomatikal), sosiologi bahasa, budaya bahasa, falsafah bahasa dan perbaikan bahasa.

8. Bagi penyusun buku teks, pengetahuan linguistik juga perlu, terutama dari aspek

penyusunan ayat yang tepat, dan pemilihan leksikon yang sesuai mengikut konteks.

9. Bagi negarawan, penguasaan linguistik akan membantunya memperjuangkan ideologi

dan konsep kenegaraan, di samping meredam gejolak sosial akibat perbedaan dan

pertentangan bahasa.

10. Bagi semua pengguna bahasa, linguistik akan menambahkan wawasan dalam bidang

ilmu masing-masing.6

5. Rumusan

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa ilmu linguistik tidak hanya untuk mereka yang

terlibat dengan bahasa sahaja. Manusia tidak dapat dipisahkan daripada bahasa. Sejarah telah

membuktikan bahasa, manusia sejak berzaman menggunakan dan berminat mengkaji bahasa.

Ini kerana bahasa merupakan satu komponen yang penting dalam kehidupan manusia selain

daripada keperluan-keperluan asas yang lain. Dengan bahasa manusia boleh berkomunikasi,

bersatu padu, berkuasa dan bertamadun.

Manusia juga berusaha mengkaji asal-usul bahasa dan juga dari aspek penggunaan

seperti, puisi, nyanyian, doa, pidato dan sebagainya. Bidang kajian linguistik yang luas telah

menjadikannya satu disiplin ilmu yang mencakupi pelbagai bidang untuk dikaji dengan

menjadikan bahasa sebagai objek utama. Oleh itu, ia tidak dapat lari dari keterlibatan segala

kegiatan masyarakat dalam menjalani kehidupan mereka.

Sesungguhnya kita maklum, walaupun tanpa disedari, bahawa memang ada

perhubungan-perhubungan yang kompleks antara masyarakat dan bahasa. Sebagai contoh,

kita mengetahui bahawa ada orang-orang ber-bicara secara berbeza kerana datang daripada

latar belakang yang berlainan; sehingga sering kali ada ramalan yang tepat dapat dibuat

tentang aspek-¬aspek ujaran seseorang dengan tempat kelahirannya atau tempat beliau

dibesarkan, pendidikannya, kelompok sosialnya atau bahkan pekerjaannya.

6 Nota kuliah Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM

10

Page 11: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

SOALAN 2 : (SOSIOLINGUISTIK)

Kajian tentang Keperihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Pengunaan Bahasa Malaysia.

(i) Pengenalan latar belakang kajian

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa.

Faktor geografi yang terdapat di Malaysia menyebabkan penggunaan bahasa rakyat Malaysia

semakin bervariasi terutama di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, pelbagai suku

kaum dan bangsa yang menetap di negara ini telah berkomunikasi antara satu sama yang lain

menggunakan satu bahasa yang ‘standard’ dan diiktiraf sebagai bahasa rasmi iaitu Bahasa

Malaysia.

Persoalannya, setakat manakah setiap rakyat Malaysia menunjukkan keperihatinan

mereka terhadap penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian mereka? Apatah

lagi bahasa Malaysia atau bahasa melayu ini merupakan bahasa kedua bagi kebanyakan

rakyat Malaysia terutama bagi kaum cina dan india serta beberapa kumpulan etnik di Sabah

dan Sarawak.

Perbezaan bangsa seringkali akan mewujudkan perbezaan bahasa. Bangsa yang

berbeza mempunyai bahasa ibunda yang berbeza, dan bahasa yang berbeza

menghasilkan jiwa penutur yang berbeza (Asmah 1987:115). Tidak keterlaluan untuk

kita mengatakan bahawa unsur atau komponen yang membentuk sesuatu bahasa

secara dominan akan menentukan sahsiah bangsa yang memiliki bahasa tersebut,

khususnya mereka yang berstatus penutur bahasa pertama atau bahasa ibunda

bahasa tersebut.7

Lebih parah lagi, masyarakat melayu sendiri semakin kurang menggunakan bahasa

melayu yang merupakan bahasa ibunda mereka sendiri. Dewasa ini, pelbagai cabaran dan

halangan yang membuatkan penggunaan bahasa Malaysia dengan betul kurang diamalkan,

antaranya ialah penggunaan Bahasa SMS, Bahasa Rojak, Bahasa Pasar dan lain-lain lagi.

Kita perlu akur, kualiti bahasa Melayu yang dituturkan kini semakin lama semakin

berkurang. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya peranan media terutamanya media

elektronik. Selain dari itu, bahasa Melayu kurang dituturkan oleh bangsa India dan Cina

7 Prof. Madya Dr. Zulkifley Hamid, (2004) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyatu dan Bahasa Pemisah Warga Malaysia.Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia.

11

Page 12: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

untuk tujuan bersosialisasi dan mereka lebih selesa dengan bahasa ibunda mereka selain

berbahasa inggeris.

Selain itu, lambakan program realiti di television dan program siaran langsung tanpa

suntingan awal, mendedahkan penonton dan pengacara atau artis-artis pujaan kepada

penggunaan bahasa rojak ini sehingga bertembunglah bahasa pasar dengan bahasa rojak

menjadikan ia satu kebiasaan dan akhirnya satu ikutan yang gelombangnya susah disekat

lagi.

Manakala kalangan murid-murid Cina dan India juga kebanyakannya masih kurang

menguasai Bahasa Melayu. Tambahan lagi, jika mereka bersekolah di sekolah venakular

seperti SJK( C ) dan SJK ( T ) serta penggunaan soalan aras Bahasa Melayu UPSR lebih

rendah dari sekolah kebangsaan.

Oleh itu, kajian ini dibuat bagi mendapatkan maklum balas rakyat Malaysia tentang

keperihatinan mereka terhadap penggunaan Bahasa Malaysia dengan menggunakan kaedah

soal selidik 10 individu dari pelbagai kaum, jantina, pekerjaan dan peringkat usia.

i.i Definisi Umum Sosiolinguistik

Sosiolinguistik, namanya berasal daripada gabungan perkataan sosio +

linguistik, menunjukkan bahawa bidang ilmu ini adalah perpaduan sosiologi dengan

linguistik. Ada pula yang menyebutnya sebagai linguistics plus. Dengan itu, mudah

untuk mengenalpasti bahawa perbahasan pokok dalam ilmu ini adalah masyarakat dan

bahasa. Kita boleh mengatakan sosiolinguistik adalah ilmu interdisiplineri yang

membincangkan dan menyusun teori-teori tentang perhubungan masyarakat dan

bahasa.

Maksud istilah masyarakat, dalam ilmu sosiolinguistik, adalah mencakupi

kajian mengenai pihak-pihak yang terlibat dalam interaksi kelompok besar mahupun

kecil, fungsi kelompok, pertembungan antara kelompok, sektor-sektor sosial,

perhubungan-perhubungan dan perbezaan-perbezaannya dari segi bahasanya.

Maksud istilah bahasa pula mencakupi gagasan-gagasan seperti perbezaan

kod-kod (iaitu bahasa Melayu, Indonesia, Inggeris, Arab dll.), ragam regional dari

satu kod (seperti bahasa Melayu Malaysia, Singapura, Brunei, Thai Selatan, Kelantan,

Kedah dll.), ragam kelompok sosial (seperti bahasa golongan bangsawan, kelas tinggi

dan rendah), ragam stailistik (rasmi, santai, intim dan sebagainya). Kesemuanya ini

diamati dengan memberi perhatian kepada ciri-ciri pola bunyi dan sebutan, kosa kata,

ciri-ciri gramatikal atau pada tahap makna iaitu semantik.

12

Page 13: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Sosiologi adalah ilmu yang mempelajari struktur masyarakat dan proses-

proses kemasyarakatan, termasuk di dalamnya perubahan-perubahan masyarakat.

Sosiologi adalah ilmu kemasyarakatan yang mutlak dan abstrak. Ia mencuba memberi

pengertian-pengertian umum, rational dan empirikal serta bersifat umum (Soekanto

1982: 50).

Kamus Dewan edisi keempat (2007), sosiolinguistik merupakan kajian bahasa

dan hubungannya dengan struktur dan sikap masyarakat. Secara umum,

sosiolinguistik juga melibatkan perancangan bahasa. Tetapi oleh sebab bidang

perancangan bahasa ini juga menjadi sangat luas, lebih-lebih lagi di Malaysia, maka

kita akan melihatnya sebagai satu bidang yang berasingan. (Abdullah Hassan, 2007).

Selanjutnya, manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk

menyampaikan hasrat, buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara

satu sama lain dalam kalangan masyarakat. Bahasa digunakan sebagai alat oleh

masyarakat untuk berhubung, mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih

mendalam. Bagaimana orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan

memberi tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Bagaimana

seseorang itu bercakap, cara ia menyebut perkataan, bunyi-bunyi perkataan,

bagaimana ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu, serta jenis-jenis pebendaharaan

kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan

mana ia berasal dan jenis pendidikan yang diterimanya. Daripada apa yang

dicakapkan, seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya, pekerjaannya,

dan berbagai-bagai aspek latar belakangnya. Bidang-bidang seperti inilah yang

tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik.

Di samping itu, sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama, sistem

panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat Melayu seperti “aku”,

“patik”, “beta”, “engkau”, “anda”, “pak cik”, “mak cik”, “abang”, “adik”, “encik”,

“tuan”, “puan”, “dato”, “tan sri”, “puan sri” dan seumpamanya.

Dari segi definisi juga terdapat pengkaji yang menggunakan ungkapan

sosiologi bahasa untuk merujuk kepada sosiolinguistik. Jika ditinjau kita dapati istilah

sosiolinguistik itu bermakna disiplin ilmu yang mengkaji sifat dan pertumbuhan

masyarakat dan segala aspek kehidupan mereka.

Apabila dikaitkan dengan bahasa maka dapatlah dikatakan bahawa sosiologi

bahasa merupakan satu bentuk disiplin gabungan yang mengkaji hubungan antara

masyarakat dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat tersebut. Jadi, kedua-dua

13

Page 14: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

ungkapan, sosiolinguistik dan sosiologi bahasa nampaknya bersinonim atau

membawa pengertian yang lebih kurang sama. Walaupun membawa pengertian yang

sama, kedua-dua ungkapan ini masih dapat dibezakan berdasarkan dua aspek, iaitu

penekanan dan sifat kajian. Pertama kajian sosiologi bahasa memberi penekanan

kepada masyarakat manakala sosiolinguistik kepada aspek bahasa.

Pada pihak lain, sosiolinguistik lebih berhubungan dengan kajian-kajian

mendalam mengenai penggunaan bahasa sebenarnya. Dell Hymes (1962) menyebut

ini sebagai etnografi pertuturan (the ethnography of speaking). Beberapa contoh dapat

dilihat dalam misalnya, pemerian pola-pola penggunaan bahasa dan dialek dalam

budaya tertentu yang menyangkut bentuk-bentuk peristiwa ujaran (speech events),

pilihan-pilihan yang dilakukan oleh penutur, topik pembicaraan dan seting

pembicaraan (Fishman 1970: 6 dan Labov 1977: 183-184).

Ada beberapa cakupan pembahasan dalam sosiolinguistik termasuklah

dialektologi dan sosiolinguistik. Dialektologi adalah kajian tentang dialek yang lebih

memerhatikan fokus dan cognates daripada kebiasaan verbal yang menggunakan

pendekatan diakronis. Di samping itu, sosiolinguistik memiliki kecenderungan untuk

mengadaptasi pendekatan sinkronis yang menghubungkan bentuk pilihan penutur

bahasa dengan kriteria ekstralinguistik, serta memerhatikan kelompok sosial dan

variabel bahasa yang digunakan.

Cakupan kedua, retorika dan sosiolinguistik. Retorika bertujuan untuk

menentukan metodologi meyakinkan yang paling baik untuk kemudian berfungsi

menjelaskannya. Di pihak lain, sosiolinguistik adalah deskripsi dan tujuan yang

memuat keahlian-keahlian berbahasa. Perbezaan lain adalah, retorika berfokus pada

fungsi persuasif bahasa, sementara sosiolinguistik berfokus pada kajian teks dan lisan

yang berhubungan dengan apa sahaja topik dan tujuan.

Cakupan ketiga pula sosiolinguistik mikro dan makro. Pendekatan

sosiolinguistik mikro menekankan pada individu dalam interaksinya dalam kelompok

kecil dan informal, sedangkan pendekatan sosiolinguistik makro menekankan pada

level interaksi antara kelompok yang lebih besar. Sosiolinguistik mikro

memperhitungkan karakteristik individu yang membezakannya dengan individu lain,

sebaliknya sosiolingustik makro memperhitungkan distribusi perbezaan bahasa dalam

masyarakat dan hubungannya dengan faktor usia, jenis kelamin, pendidikan,

pekerjaan dan etnik penutur yang diteliti.

14

Page 15: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian terhadap aspek atau topik-topik

seperti berikut:

o Kesetiaan terhadap bahasa, pergeseran bahasa dan peluputan

bahasa.

o Perancangan bahasa

o Laras bahasa, variasi bahasa dan ragam bahasa

o Bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, pidgin, dan kreol

o Bilingualisme dan multilingualisme

o Kesantunan bahasa

o Pelaksanaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan dan

Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu.

o Sikap terhadap bahasa

i.ii Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi

a. Bahasa Kebangsaan

Menurut Kamus Dewan, 1970: 58, bahasa kebangsaan ialah bahasa yang

diterima dan digunakan oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang

mempunyai beberapa bahasa dan loghat yang lain-lain. Bahasa Kebangsaan ialah

Bahasa yang dipilih oleh sesebuah negara, khususnya negara yang mencapai

kemerdekaan sebagai bahasa lambang identiti negara yang berdaulat. Setiap negara

yang merdeka memilih satu bahasa sebagai lambang jati diri bagi negara yang

meredeka, di samping lambang-lambang kebangsaan yang lain seperti bendera

kebangsaan, bunga kebangsaan, budaya kebangsaan, lagu kebangsaan dan

seumpamanya.

Bahasa Kebangsaan lazimnya dipilih daripada sebuah bahasa bumiputera,

bukannya bahasa asing atau bahasa penjajah bahasa yang dipilih untuk dijadikan

sebagai bahasa kebangsaan itu lazimnya terdiri darpada bahasa yang digunakan dan

difahami umum, dan mempunyai tradisi tulisan dan tradisi persuratan dan sastera.

Di Malaysia bahasa yang dipilih untuk didaulatkan sebagai bahasa Bahasa

Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Soalnya, mengapakah Bahasa Melayu telah dipilih

dan dijadikan bahasa kebangsaan negara ini?

15

Page 16: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Sememangnya, negara Malaysia mempunyai banyak bahasa yang boleh dipilih

untuk dijadikan bahasa kebangsaan, iaitu :

Pertama, di Malaysia terdapat bahasa-bahasa bumiputera seperti Bahasa

Melayu, Bahasa Iban (di Sarawak), Bahasa Kadazan (di Sabah) dan seumpamanya.

Selain itu, terdapat juga bahasa Jawa, Bahasa Acheh, Bahasa Mandailing dan

sebagainya yang dibawa masuk ke Semenanjung Malaysia oleh mereka yang

berhijrah dari kepulauan Indonesia.

Kedua, di Malaysia terdapat juga bahasa orang-orang asli. Ketiga, terdapat

bahasa-bahasa yang berasal dari bahagian selatan India dan Sri Lanka seperti bahasa

Tamil, Telugu, Malayalam yang semuanya menjadi anggota bahasa rumpun Dravidia.

Keempat terdapat bahasa-bahasa golongan Indo-Eropah seperti Bahasa

Inggeris, Hindustan, Banggali, dan Urdu.

Kelima, adanya Bahasa Arab yang termasuk kedalam rumpun bahasa Semitik.

Sesungguhnya jumlah pemakainya tidak begitu banyak tetapi bahasa Arab masih

mempunyai pengaruh terutamanya dalam pendidikan agama di Negara kita.

Akhir sekali ialah bahasa Kreol dalam kalangan orang-orang Portugis di

Melaka, dan bahasa Pidgin atau bahasa pasar, iaitu bahasa campur-aduk antara bahasa

Melayu dengan bahasa Cina, Tamil, Inggeris dan seumpamanya.

Berdasarkan sejarah permastautin bahasa-bahasa di Malaysia, kita dapat

membahagikan bahasa-bahasa yang ada itu kepada dua bahagian, iaitu bahasa

bumiputera dan bahasa bukan bumiputera. Bahasa bumiputera ialah Bahasa Melayu,

bahasa-bahasa orang asli, dan bahasa-bahasa yang terdapat di Sabah dan Sarawak.

Bahasa-bahasa ini dikategorikan bahasa bumiputera kerana bahasa-bahasa ini

merupakan bahasa penduduk asal negara ini, bukan bahasa yang datang dari luar.

Bahasa-bahasa yang digolongkan sebagai bahasa bukan bumiputera ialah bahasa yang

dibawa masuk dari luar seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Jawa, Bahasa Acheh, dan

sebagainya.

Antara bahasa-bahasa bumiputera itu Bahasa Melayulah yang mempunyai

jumlah pemakai yang banyak. Orang yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa ibunda juga paling tinggi jumlahnya. Dibandingkan dengan bahasa-bahasa

bumiputera yang lain tidak dapat menandingi jumlah pemakai bahasa Malayu. Pun

begitu, tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri

mengikut daerah-daerah tertentu. Malah bahasa Melayu itu sendiri mempunyai

berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek kedah, dialek Negeri Sembilan,

16

Page 17: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

dialek Johor, dialek Pulau Pinang, dialek Melayu Sabah, Dialek Melayu Sarawak, dan

sebagainya.

Tiap-tiap bahasa mempunyai kelainan-kelainan dan dialek-dialek tersendiri

mengikut daerah-daerah tertentu. Malah Bahasa Melayu itu sendiri mempunyai

berpuluh-puluh dialek yang berlainan seperti dialek Kedah, dialek Perak, dialek

Kelantan, dialek Melayu Sabah, dialek Terengganu, dialek Pahang, dialek Melayu

Sarawak dan sebagainya. Dialek-dialek digunakan oleh orang-orang tertentu adalah

percakapan dengan anggota keluarga mereka ataupun dengan orang yang berasal dari

daerah yang sama bagi mereka. Dalam percakapan antara orang-orang dari berlainan

daerah atau dalam penggunaan bahasa secara tidak formal, bahasa Melayu yang

digunakan adalah Bahasa Melayu daerah atau Bahasa Melayu umum bukannya

Bahasa Melayu Standard atau Bahasa Melayu baku seperti yang digunakan di

sekolah-sekolah.

Berdasarkan beberapa faktor dan permasalahan itu sudah sewajarnya kita

memilih Bahasa Melayu untuk dijadikan bahasa kebangsaan negara ini bagi

melambangkan jati diri negara sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Banyak lagi faktor lain yang menyokong pilihan tersebut. Antaranya termasuklah

faktor bahasa Melayu itu merupakan bahasa pengantar perdagangan di Nusantara

sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Pedagang-pedagang dari negara China, India dan

Arab sejak abad ketujuh lagi mendapati bahawa mereka terpaksa menggunakan

bahasa Melayu dalam urusan perniagaan mereka.

Faktor lain seterusnya ialah bahasa Melayu juga sudah mempunyai sistem

tulisan yang sempurna, mempunyai tradisi sastera yang cukup banyak, dan

mempunyai jumlah penutur yang paling banyak berbanding dengan bahasa-bahasa

bumiputera yang lain.

b. Bahasa Rasmi

Menurut Kamus Dewan (1970: 59), bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran.

Bahasa rasmi juga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta

bahasa ilmiah di sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuah negara,

khususnya yang baru mencapai kemerdekaan selalunya memilih dan mendaulatkan

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negara kita

Malaysia. Malaysia telah memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

bahasa Melayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.

17

Page 18: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Berkenaan dengan pemilihan satu-satu bahasa untuk dijadikan bahasa rasmi,

tidak dijadikan syarat bahawa bahasa rasmi itu semestinya bahasa kebangsaan.

Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang difikirkan sesuai

asalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikan

bahasa perhubungan antara kerajaan dengan rakyat jelata.

Bahasa itu, boleh dipilih sama ada bahasa kebangsaan negara, atau bahasa

penjajah, ataupun salah satu bahasa tempatan atau bahasa bumiputera negara itu.

Misalnya negara Indonesia telah mengambil Bahasa Indonesia dijadikan bahasa

kebangsaan dan Bahasa Indonesia juga dijadikan bahasa rasmi negara itu. Di negara

Singapura keadaannya agak berbeza. Singapura telah menobatkan bahasa Melayu

sebagai bahasa kebangsaannya, dan telah mengambil empat bahasa yang berlainan

untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yang mempunyai

pelbagai bangsa dan bahasa. Empat bahasa rasmi negara itu ialah Bahasa Tamil,

Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

i.iii Sikap Terhadap Bahasa (language attitude)

Untuk memahami apa yang dikatakan sikap terhadap bahasa terlebih dahulu

haruslah dijelaskan maksud sikap itu. Kata sikap boleh tertumpu kepada bentuk

tubuh, posisi berdiri yang tegak, perilaku atau gerak- geri dan perbuatan atau tindakan

yang dilakukan berdasarkan pandangan (pendirian, keyakinan, atau pendapat) sebagai

reaksi terhadap sesuatu yang berlaku.

Sesungguhnya, sikap itu adalah fenomena kejiwaan, yang biasanya

termanifestasi dalam bentuk tindakan atau perbuatan. Namun, menurut banyak

penelitian tidak selalu yang dilakukan secara lahiriah merupakan cerminan dari sikap

batiniah. Banyak faktor yang mempengaruhi hubungan sikap batin dan perilaku lahir.

Menurut Triandis (1971:2-4) berpendapat bahawa sikap adalah persiapan

terhadap sesuatu kejadian yang dihadapi. Menurut Lambert (1967:91-102) pula

menyatakan bahawa sikap itu terdiri dari tiga komponen iaitu kognitif, afektif dan

konatif. Ketiga-tiga komponen ini pada umumnya berhubungan dengan erat.

Anderson (1974:37) membahagikan sikap kepada dua bentuk iaitu sikap kebahasaan

dan sikap nonkebahasaan seperti sikap politik, sikap sosial, sikap estetis, dan sikap

keagamaan.

Kedua-dua jenis sikap ini dikaitkan dengan keyakinan atau kognisi mengenai

bahasa. Oleh itu, menurut Anderson, sikap bahasa adalah tata keyakinan atau kognisi

18

Page 19: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

yang relatif berjangka panjang, sebahagian mengenai bahasa, mengenai objek bahasa

yang memberikan kecenderungan kepada seseorang untuk bertindak dengan cara

tertentu yang disenanginya. Namun, perlu diperhatikan kerana sikap itu boleh

berbentuk positif dan negatif. Begitu juga sikap terhadap bahasa. Umpamanya, pada

akhir tahun 50-an masih banyak golongan intelektual di Indonesia yang masih

bersikap negatif terhadap bahasa Indonesia.

Seterusnya, ketiga-tiga ciri bahasa yang dikemukakan olah Mathiot dan

Garvin (1968) iaitu kesetiaan bahasa yang mendorong masyarakat mempertahankan

bahasa mereka dan akan terus mencegah sekiranya ada pengaruh bahasa lain.. Ciri

kebanggaan bahasa yang akan mendorong masyarakat mengembangkan bahasanya

dan menggunakannya sebagai lambang identiti dan kesatuan masyarakat.

Sehubungan itu, kesedaran adanya norma bahasa yang mendorong masyarakat

menggunakan bahasanya dengan cermat dan santun. Ciri ini merupakan faktor yang

sangat besar pengaruhnya terhadap perbuatan iaitu kegiatan menggunakan bahasa.

Ketiga-tiga ciri ini merupakan sikap positif terhadap bahasa. Sebaliknya, jikalau

ketiga-tiga ciri ini sudah hilang atau kabur dalam diri seseorang itu atau sekelompok

penutur, sikap negatif akan berlaku terhadap bahasa masyarakat itu.

Tanpa adanya kesedaran atau semangat untuk mempertahankan bahasanya

merupakan salah satu petanda bahawa kesetiaan terhadap bahasanya sudah lemah.

Sikap negatif terhadap sesuatu bahasa juga boleh terjadi apabila masyarakat itu

sendiri yang tidak ada perasaan bangga terhadap bahasanya sendiri dan lebih

mengagungkan bahasa orang lain.

Faktor politik, ras, etnik, kelompok juga merupakan faktor yang boleh

menyebabkan masyarakat bersikap negatif terhadap bahasanya sendiri. Salah satu

cara untuk mengatasi sikap negatif ini ialah dengan melaksanakan pendidikan bahasa.

Kesimpulannya, sikap terhadap bahasa begitu penting kerana boleh

mempengaruhi seseorang untuk menggunakan sesuatu bahasa masyarakatnya sendiri

dan bukan bahasa orang lain, dalam masyarakat yang bilingual atau multilingual.8

8 Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010.

19

Page 20: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(ii) Objektif Kajian

Berdasarkan Tajuk kajian ini “Keperihatinan Rakyat Malaysia Terhadap Penggunaan

Bahasa Malaysia”, objektif yang digariskan adalah untuk meninjau:

1. Sikap dan tanggapan responden terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi

dan Bahasa Kebanggaan.

2. Tahap penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan berdasarkan latar belakang

responden dari segi kaum, jantina, pekerjaan dan usia.

3. Faktor-faktor halangan dan kekangan yang mempengaruhi responden dalam

penggunaan Bahasa Malaysia dalam kehidupan seharian.

(iii) Sampel/responden kajian

Dalam kajian ini saya telah mengkaji 10 orang responden. Mereka terdiri dari

pelbagai latar belakang,latar belakang, umur, jantina, bangsa dan sebagainya.

(iv) Pemerolehan Data

Data kajian sampel diperoleh hasil dari temu bual secara tidak formal berasaskan

soalan yang dikemukakan bertepatan dengan mengikut tugasan yang diberikan. Selain

dari itu, kaedah permerhatian juga dijalankan untuk memperkemaskan hasil tugasan.

Hasil dari temu bual yang dibuat, setelah dianalisa dan dibuat perbandingan dari

beberapa rumusan sememangnya mencakupi aspek bidang kajian sosiolinguistik.

20

Page 21: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(vi) Sampel / Contoh Soalan Kaji Selidik

KAJI SELIDIK LINGUISTIK DAN SISIOLINGUSTIK

Nama :___________________________________________

Umur :___________________________

Jantina :___________________________

Bangsa :___________________________

Agama :___________________________

Pekerjaan :___________________________

Kelulusan akademik :_____________________

Bilangan bahasa yang dikuasai :____________________________

Nyatakan :___________________________________________

Soalan-soalan

1. Apakah bahasa yang digunakan di rumah?

___________________________________________________________

2. Apakah bahasa lain yang digunakan selain daripada bahasa di atas?

___________________________________________________________

3. Bahasa yang digunakan di tempat kerja?

___________________________________________________________

4. Bahasa yang digunakan dalam aktiviti sosial. Contohnya bersama rakan- rakan.

___________________________________________________________

5. Bilakah anda menggunakan bahasa rasmi?

21

Page 22: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

6. Persepsi / pandangan mengenai bahasa Melayu.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

7. Persepsi / pandangan mengenai bahasa kedua?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

8. Persepsi / pandangan mengenai masa depan Bahasa Melayu.

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

9. Apakah masalah yang dihadapi dalam kehidupan seharian yang boleh menghalang

anda dari menggunakan Bahasa Malaysia (Bahasa rasmi) sepenuhnya?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

(vii) Hasil / Dapatan Kajian

Berikut adalah laporan gambaran sebenar sejauh mana Bahasa Melayu digunakan

dalam kehidupan rakyat Malaysia. Selain itu, melalui kajian ini juga kita dapat

merumuskan sikap dan keperihatinan responden terhadap bahasa kebangsaan tersebut.

a) Responden 1.

Umur: 50 tahun

Jantina: Wanita

Bangsa : Melayu

Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda (Bahasa Arab / Syariah)

22

Page 23: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam.

Pengalaman Kerja: 23 tahun

Beliau merupakan seorang wanita berkerjaya yang mempunyai pengetahuan

linguistik yang tinggi. Seorang ustazah yang sangat disegani dalam kalangan rakan

sekerja dan para pelajar di sekolah tempat beliau mengajar. Menggunakan bahasa

penuh sopan santun dan lembut bila berbual. Kepakaran beliau sebagai guru agama

sangat membantu dalam menjayakan temu bual ini. Sememangnya tidak dinafikan

kepetahan bercakap beliau amat baik kerana beliau dapat memahami sedikit sebanyak

ilmu linguistik dan digunakan bagi menyesuaian diri semasa berinteraksi. Penggunaan

laras bahasa dan juga ragam bahasa akan ditukar mengikut situasi dan tempat. Dalam

menghadiri mesyuarat, bahasa yang digunakan oleh beliau adalah bahasa formal yang

merujuk kepada penggunaan bahasa yang lebih teratur, lengkap dan memerlukan

segala strategi pertuturan untuk memberi gambaran yang beradat dan hormat dalam

konteks formal. Apa yang sangat ketara ialah latar belakang pendidikan agama

menyebabkan beliau banyak menggunakan laras bahasa agama dan istilah-istilah

pinjaman bahasa arab kerana beliau belajar di Mesir untuk ijazah beliau dahulu.

b) Responden 2:

Umur: 41 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Ijazah sarjana Muda Pendidikan (sastera/Pend. Seni)

Jawatan : Guru Sastera

Pengalaman Kerja: 11 tahun

Merupakan seorang ‘Orang Seni’ yang sering berhubungan dengan masyarakat

tempatan dan juga sebagai guru sastera di sekolah. Mempunyai pengetahuan

linguistik dan berupaya menerap pengetahuan tersebut semasa berinteraksi. Beliau

juga Seorang yang aktif dalam persembahan teater. Beliau amat bijak dan fasih

berkata-kata dan berkemahiran tinggi dalam menggunakan bahasa Malaysia dengan

betul. Berpengalaman dalam persembahan pentas. Sebutan, tatabahasa dan intonasi

amat baik. Perbendaharaan kata luas dan pelbagai. Menggunakan sepenuhnya bahasa

baku semasa ditemu bual. Merupakan seorang pencinta bahasa melayu dan banyak

membaca karya-karya sastera. Merupakan juga seorang fasilitator Program

Penghayatan Sastera dan Budaya di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka di beberapa

23

Page 24: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Kem PLKN zon Utara (Kedah). Beliau juga merupakan seorang jurulatih Budaya

untuk drama dan teater di bawah Kementerian Kebudayaan.

c) Responden 3

Umur: 32 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Siam

Kelulusan : Tingkatan 2 sahaja

Jawatan : Kerja sendiri

Pengalaman Kerja: Kerja sendiri di Bengkel Kereta (Mekanik)

Merupakan seorang lelaki berketuruanan siam. Latar belakang pendidikan yang

rendah menyebabkan beliau tidak memahami dan tidak mempunyai pengetahuan

linguistik. Bertutur dalam dialek ibundanya iaitu bahasa Siam, butir percakapan beliau

agak bebas bergantung kepada topik dan penjelasan perbicaraan. Isi kandungan

ucapan tidak berdasarkan sesuatu yang ilmiah. Beliau lebih banyak menggunakan

bahasa kolokial bagi mewujudkan kemesraan. Beliau tidak mementingkan struktur

ayat serta sistem tatabahasa. Apa yang penting adalah unntuk mendapat makna supaya

dapat difahami maksud perbualan dengan segera. Memandangkan beliau tidak

menerapkan pengetahuan linguistik dalam penggunaan bahasa, beliau berkomunikasi

tanpa memikirkan status sosial pendengar, situasi atau pun keadaan semasa

berinteraksi. Beliau tidak pernah didedahkan dengan cara berkomunikasi yang betul

dalam situasi-situasi yang berlainan. Namun begitu, beliau tahu menghormati orang

lain.

d) Responden 4

Umur: 44 tahun

Jantina: Wanita

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Jawatan : Suri rumah sepenuh masa

Pengalaman Kerja: Tiada

24

Page 25: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Seorang suri rumah sepenuh masa. Mendapat pendidikan dan pengetahuan

mengenai bahasa semasa di tingkatan 6. Penguasaan bahasa agak sederhana dan

banyak menggunakan Bahasa Pasar dalam pertuturan seharian tetapi menggunakan

bahasa melayu yang ‘standard’(Bahasa Rasmi) bila berhadapan dengan orang-orang

tertentu dan majlis-majlis tertentu. Semasa berkomunikasi dengan masyarakat

sekeliling beliau menampakkan kesantunan berbahasa. Dalam perbualan seharian,

beliau menggunakan dialek utara kerana beliau berasal dari Sik Kedah. Pernah

menetap di negeri Sabah selama 4 tahun dan bersuamikan seorang yang berasal dari

sana. Bahasa pertuturan beliau bercampur antara dialek utara dan dialek daerah

Baling kerana dilahirkan dan dibesarkan di daerah Sik dan Baling. Apa yang

menghairankan ialah beliau tidak terpengaruh dengan loghat negeri sabah walau pun

suaminya orang sabah dan pernah menetap di sana. Sebaliknya, suami beliau yang

terikut-ikut dialek tempatan dan hilang loghat sabah-nya.

e) Responden 5

Umur: 47 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Cina

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan : Pegawai Perhubungan Pelanggan

Pengalaman Kerja: 20 tahun

Merupakan seorang lelaki yang mempunyai tahap pendidikan yang sederhana

tetapi mempunyai tahap pengalaman yang tinggi. Bermula sebagai seorang kerani,

beliau meniti satu-persatu anak tangga sehingga menjawat jawatan sebagai Ketua

Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di tempat beliau bekerja sekarang. Berdasarkan

latar belakang beliau, beliau merupakan seorang pentadbir bagi sebuah organisasi.

Beliau berinteraksi dengan para pekerja, mempengerusikan mesyuarat, membentang

kertas kerja dan sebagainya. Sudah pasti beliau harus mahir dalam penggunaan bahasa

dalam konteks sosial dan menerapkan pengetahuan linguistik dalam berinteraksi

dengan semua yang berkaitan dengan beliau. Bahasa pertuturan beliau adalah Bahasa

Inggeris tetapi mahir berbahasa Melayu. Dalam perbualan seharian, beliau merupakan

seorang yang banyak menggunakan bahasa campur iaitu bahasa Melayu dan bahasa

25

Page 26: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Inggeris. Walau pun begitu beliau masih menuturkan dialek cina ‘Hokkien’ di

rumahnya.

f) Responden 6

Umur: 18 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Sijil Pelajaran Malaysia

Jawatan : Pembantu Kedai makan

Pengalaman Kerja: 3 bulan

Merupakan seorang remaja yang yang mendapat keputusan SPM yang kurang

memberangsangkan. Oleh itu, beliau terus bekerja di restoran milik bapa kawannya.

Beliau kurang mempunyai pengalaman bekerja . Beliau berinteraksi hanya di

kalangan rakan sebaya, guru-guru dan ibubapa secara tidak formal, Sedikit

pengalaman berurusan dengan orang awam mengurangkan keyakinan beliau untuk

menggunakan penerapan linguistik dalam konteks sosial beliau. Berasal dari negeri

Kedah dan menggunakan dialek utara bila berkomunikasi. Beliau dapat menerapkan

pengetahuan linguistik beliau apabila berinteraksi dengan kawan-kawan, guru-guru

dan ibubapa tetapi belum dapat menggunakan bahasa yang bersesuaian apabila

berinteraksi dengan mereka yang mempunyai status tinggi di dalam masyarakat

seperti pengarah syarikat, pegawai pendidikan, menteri dan sebagainya. Ragam

bahasa beliau adalah bahasa tidak formal dan sedikit dialek seketika digunakan

sesama rakan sebaya seperti penggunaan perkataan ‘yo’ yang tidak mempunyai apa-

apa maksud, ‘stailo’ yang dipinjam dari perkataan Inggeris bermaksud ‘gaya’,

menggunakan juga bahasa kolokial yang agak kasar sebagai gurauan seperti ‘siot’

tetapi dapat diterima di kalangan mereka.

g) Responden 7

Umur: 28 tahun

Jantina: Lelaki

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Ijazah

26

Page 27: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jawatan : Guru Pendidikan Agama Islam

Pengalaman Kerja: 2 tahun

Responden merupakan seorang lelaki dewasa yang berkelulusan Ijazah (BA

HONS) Universiti Al-Azhar. Negeri kelahirannya ialah Kelantan dan kini menetap di

Kedah. Bahasa pertuturan beliau dalam Bahasa Melayu banyak dipengaruhi dengan

dialek Kelantan seperti penggunaan perkataan ‘demo’ untuk ‘awak’ dan ‘ambo’ untuk

‘saya’. Penggunaan perkataan ‘pitih’ untuk wang atau duit sering dituturkan apabila

beliau berinteraksi secara tidak formal. Beliau akan menggunakan dialek Kelantan

apabila berkomunikasi dengan orang yang berasal dari Negeri Kelantan seperti

dengan keluarga dan adik-beradik beliau sendiri. Dari aspek penerapan pengetahuan

linguistik dalam hubungan dengan organisasi masyarakat, tugas beliau memerlukan

beliau berinteraksi dengan pelajar-pelajar, guru-guru, guru besar, pengetua,

kakitangan Jabatan Pelajaran Daerah, kakitangan Jabatan Pelajaran Negeri, dan

sebagainya. Sememangnya beliau mempunyai pengetahuan linguistik yang tinggi dan

dapat menerapkan pengetahuan beliau dalam konteks sosial dengan mudah sekali

berdasarkan pengalaman beliau berinteraksi dengan pelbagai golongan masyarakat.di

Malaysia dan Mesir. Beliau dapat menyesuaikan ragam bahasa dan laras bahasa

dengan status pengguna dalam konteks sosial tersebut. Selain menggunakan bahasa

Melayu, beliau juga fasih menggunakan bahasa Arab ketika bersama-sama dengan

rakan-rakan di Mesir dahulu.

h) Responden 8

Umur: 15 tahun

Jantina: Perempuan

Bangsa : Siam

Kelulusan : Masih bersekolah

Jawatan : Pelajar sekolah

Pengalaman Kerja: Tiada

Merupakan seorang pelajar tingkatan 3 di sebuah sekolah menengah. Pelajar yang

sederhana dalam pelajaran dan mendapat keputusan 2A3B dalam UPSR. Sangat fasih

berbahasa melayu walau berbangsa siam. Semasa berbual dan berinteraksi dengan

rakan, pertuturan beliau tidak langsung menampakkan dialek siamnya. Ini kerana

persekitaran tempat tinggal beliau merupakan kawasan kejiranan melayu. Sangat

27

Page 28: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

bersopan dan pertuturannya teratur seperti disusun mengikut bahasa yang betul. Ini

mungkin pengaruh bacaan dan pergaulan sesama rakan. Bahasa pertuturan di rumah

ialah bahasa siam tetapi tidak boleh menulis dan membaca tulisan siam kerana beliau

bersekolah di sekolah kebangsaan.

i) Responden 9

Umur: 53 tahun

Jantina: Wanita

Bangsa : India

Kelulusan : Tidak pernah bersekolah

Jawatan : Penjaga tandas Awam

Pengalaman Kerja: 15 tahun

Merupakan seorang pekerja yang bekerja secara kontrak, responden di bekerja di

sebuah tandas awam di sebuah pasar. Responden berasal dari sebuah perkampungan

ladang getah di Baling Kedah dan kini menetap masih menetap di situ. Dialek bahasa

Tamilnya amat mempengaruhi percakapannya dalam bahasa Melayu. Responden

sering menuturkan ‘belakang’ bermaksud ‘kemudian’. Struktur ayatnya agak celaru.

Pengetahuan berbahasa melayu-nya amat sedikit dan banyak menggunakan bahasa

pasar semasa berkomunikasi dengan orang sekeliling. Beliau sering menuturkan bahsa

Tamil di rumah malah anak-anaknya bersekolah di SJK(T) untuk mendalami bahasa

Tamil.

j) Responden 10

Umur: 42 tahun

Jantina: Wanita

Bangsa : Melayu

Kelulusan : Ijazah Sarjana Sastera

Jawatan : Suri rumah

Pengalaman Kerja: tiada

Merupakan seorang suri rumah sepenuh masa tetapi mempunyai latar

belakang pendidikan agak baik. Mungkin tiada rezeki beliau untuk mendapatkan

pekerjaan yang tetap menyebabkan beliau menjadi suri rumah sepenuhnya. Walaupun

begitu, beliau tetap tahu menggunakan pengetahuan linguistik kerana beliau rajin

28

Page 29: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

mengajar anak-anaknya di rumah. Pergaulannya tidak terbatas di sekitar kawasannya

sahaja malah di daerah-daerah lain juga kerana suaminya yang bekerja sebagai

pegawai perhubungan kadang kala memaksa beliau berada di samping suami. Oleh

itu, beliau amat mahir dan dapat menyesuaikan penggunaan linguistik berdasarkan

situasi, tempat dan kenalannya. Selain bahasa Melayu, beliau juga menggunakan

bahasa Jawa ketika berbicara dengan keluarga sebelah suaminya yang berketurunan

Jawa. Beliau juga boleh berbahasa Inggeris tetapi jarang digunakan kerana tidak

berpeluang untuk berkomunikasi dengan orang lain yang berbahasa Inggeris.

(viii) Rumusan Hasil Kajian

Hasil daripada kajian kajian dan pemerhatian ini, dapatlah dirumuskan bahawa :

1. Sikap dan tanggapan kebanyakan rakyat Malaysia terhadap kepentingan

penggunaan bahasa Malaysia masih rendah dan kurang terutama dalam

kehidupan seharian melainkan untuk majlis-majlis tertentu dan tempat-tempat

tertentu sahaja. Rasa bangga, rasa kepunyaan dan kesetiaan terhadap bahasa

Malaysia sebagai bahasa rasmi agak kurang. Kebanyakan ahli masyarakat

masih memandang rendah akan kepentingan memartabatkan bahasa Malaysia

dan dianggap tidak setanding dengan bahasa inggeris. Hanya mereka yang

terlibat dengan bahasa sahaja menunjukkan kesungguhan terhadap

memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan.

2. Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan bahasa Malaysia dalam

kalangan rakyat Malaysia ialah Latar belakang keluarga, tahap pendidikan,

persekitaran, sosioekonomi, bangsa/kaum/ras, dan pekerjaan. Walaupun

umumnya bahasa Malaysia diterima sebagai bahasa rasmi, dan diperjuangkan

sebagai bahasa ilmu, kekangan dan cabarannya masih banyak terutama

persaingan dengan bahasa inggeris dan bahasa ibunda kaum masing-masing.

Begitu juga dengan pengaruh dialek-dialek dan loghat-longhat yang terdapat

di negara ini yang turut sama menyumbang kurangnya keperihatinan rakyat

terhadap penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya.

29

Page 30: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

3. Tahap penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai

bahasa rasmi masih lagi tidak memuaskan di semua peringkat sosial. Bagi

mereka yang berpendidikan tinggi dan perkerjaan yang baik, kebanyakkan

lebih cenderung kepada penggunaan bahasa inggeris. Manakala bagi mereka

yang berstatus sederhana lebih cenderung kepada bahasa campur dan yang

berstatus sosial awam pula mempunyai kecenderungan ke arah penggunaan

bahasa kedaerahan, bahasa ibunda, Kolokial dan sebagainya.

(viiii) Cadangan

Memandangkan kesedaran dan keperihatinan rakyat Malaysia masih rendah dan tidak

memuaskan, melalui analisa kajian yang telah dilakukan ini, maka saya

mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang perlu bagi meningkatkat tahap

kesedaran, keperihatinan dan penggunaan bahasa Malaysia dalam kalangan

masyarakat Malaysia. Cadangan-cadangan berikut ialah :

1. Menggunakan bahasa Malaysia yang standard di semua peringkat bukan sahaja di

semua institusi pengajian, malah di semua sektor pekerjaan dan di semua majlis-

majlis yang diadakan di negara Malaysia. Setiap rakyat harus belajar

menggunakan bahasa Malaysia yang ‘standard’ dan melemparkan jauh sikap

negative terhadap bahasa sendiri. Kempen-kempen memartabatkan bahasa

Malaysia perlu dipergiatkan disemua peringkat dan dijalankan setiap masa

bukannya bermusim.

2. Walaupun akta dan perlembagaan negara memastikan bahasa Malaysia sebagai

bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, ia masih tidak mencukupi. Pelaksanaan

secara menyeluruh dan di semua bidang tanpa kompromi amat membantu bagi

meningkatkan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu. Penguatkuasaan undang-

undang perlu dijalankan di semua sektor sama ada pihak kerajaan atau swasta

dengan mewajibkan penggunaan bahasa Malaysia tanpa berselindung disebalik

bahasa inggeris kononnya bahasa antarabangsa.

Penguatkuasaan undang-undang dalam memartabatkan bahasa

sebenarnya turut diamalkan di negara-negara maju seperti Perancis dan

30

Page 31: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Jepun. Ini dilakukan semata-mata untuk memastikan identiti atau jati diri

nasional sesebuah negara itu terus wujud sebagai unsur yang penting.9

3. Tugas dan tanggungjawab memartabatkan bahasa Malaysia perlu diperluaskan

lagi dan bukan hanya terletak di bahu para ahli bahasa serta Dewan Bahasa dan

Pustaka sahaja. Television, radio dan media-media yang ada di Malaysia perlu

mempertingkatkan penggunaan bahasa Malaysia yang Standard dan tidak

mengagungkan bahasa inggeris dalam bahan penyiaran mereka. Pelaksanaan dasar

pendidikan juga turut membantu meluaskan lagi penggunaan bahasa Malaysia dan

bukan hanya sekadar peperiksaan semata-mata. Program PPSMI yang

dimansuhkan merupakan satu tindakan yang bijak ke arah memartabatkan lagi

bahasa Malaysia dalam bidang pendidikan.

Polemik mengenai keterbatasan DBP sebagai pusat pengembangan dan

persuratan BM kerana ketiadaan peruntukan kuasa yang khusus adalah

sesuatu yang jelas.Mengambil contoh dalam isu penggunaan bahasa pada

sesebuah papan tanda, DBP tidak mempunyai kuasa langsung untuk

menghalang mana-mana papan tanda yang menyalahi penggunaan bahasa.

(http://www.malaysianbar.org.my Powered by Joomla! Generated: 18 October, 2010, 09:58)

4. Semua rakyat Malaysia perlu mengambil sikap yang positif terhadap penggunaan

bahasa Malaysia. Buangkan jauh rasa prejudis terhadap bahasa melayu yang

dianggap akan melupuskan bahasa ibunda masing-masing terutama bagi kaum

india dan cina. Rasa kepunyaan, rasa bangga dan taat terhadap bahasa Malaysia

perlu dipupuk dan dibajai setiap masa seperti mana rasa traat dan cinta akan

tanahair ini.

''Sebenarnya rakyat Malaysia termasuk orang Melayu selaku penutur natif

kepada BM, rata-ratanya tidak sayang, tidak bangga dan tidak taat

kepada BM. Baik dalam kapasitinya sebagai bahasa ibunda atau etnik,

atau dalam kapasitinya sebagai bahasa negara,"10

9 The Malaysian Bar, Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, Thursday, 08 October 2009 10 The Malaysian Bar, Bahasa Melayu lambang jati diri nasional, Thursday, 08 October 2009

31

Page 32: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

(x) Penutup

Sebagai bahasa Rasmi dan bahasa Kebangsaan, sepatutnya bahasa Malaysia berada ditempat

yang tertinggi dalam penggunaan dalam kalangan rakyat. Kita tidak mahu bahasa Malaysia

dikatakan mendapat ‘krisis Keyakinan’ dalam kalangan rakyatnya Malaysia sendiri. Tetapi

untuk melihat BM sebagai bahasa kebangsaan serta milik seluruh rakyat Malaysia adalah

sesuatu yang sukar. Justeru, kerajaan dan orang Melayu selaku penutur natif perlu

memastikan BM terus relevan khususnya dalam konteks kenegaraan.

Bahasa Malaysia perlu diperlihat dalam kapasitinya sebagai bahasa negara Malaysia dan

tidak boleh sekali-kali sebagai bahasa ibunda orang Melayu semata-mata. Bagi kelompok dan

lapisan tertentu dalam masyarakat, Bahasa Melaysia perlu dikuasai dan digunakan dengan

orientasi integratif dan menjadikannya sebahagian daripada struktur sosial. Bukan semata-

mata dari dimensi instrumental yang mana BM hanya penting dalam peperiksaan atau

digunakan kerana dikehendaki oleh undang-undang.

Orang Melayu sebagai kelompok dominan juga perlu menunjukkan kepada kaum lain

bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa yang mampu membawa kemajuan kepada sesiapa

sahaja. Tambahan lagi, menurut Prof Dr. Teo Kok Seong, (Felo Penyelidik Utama &

Profesor Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dalam ilmu linguistik tambah Kok Seong, BM

merupakan sebilangan bahasa besar di dunia. Ini diukur antaranya dari sudut penyebarannya

dalam bentuk mata pelajaran bahasa asing di lebih daripada 100 buah institusi pengajian

tinggi (IPT) di kira-kira 30 buah negara.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia kiat perlu mempergiatkan lagi usaha ke arah

memartabatkan penggunaan Bahasa Malaysia dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi merealisasikan usaha murni ini dan bukan

hanya terletak di bahu orang yang terlibat dengan bahasa Melayu semata-mata.

32

Page 33: TUGASAN 1 - OKT 2010

HBML3403 LINGUISTIK DAN SOLIOLINGUISTIKSarifah bt Ahmad 711212-06-5190

Bibliografi

Modul BHML3403 Linguistik dan Sosiolinguistik, Open Universiti Of Malaysia, Meteor Doc. Sdn. Bhd,Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, Cetakan Keempat 2010.

Asmah Haji Omar. (1988). Bahasa dan alam pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

DR. HASSAN AHMAD http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive di akses pada 18 okt 2010.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. (2004, April 29). Kerajaan perlu tegas tangani isu bahasa rojak. Berita Harian. Retrieved January 11,2009 from http://www.bharian.com.my

Bahasa Melayu lambang jati diri nasional (http://www.malaysianbar.org.my Powered by Joomla! Generated: 18 October, 2010

Nik Safiah Karim. (1981). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Zulkifley Hamid, (2004) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Penyatu dan Bahasa Pemisah Warga Malaysia. Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteran dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, 43600 Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof. Madya Arbak Othman, Nota Kuliah Pendidikan Jarak jauh UPM.http://www.ppl.upm.edu.my/index.php?option=com_docman&task=doc_details&gid=5460&Itemid=192&lang=en&colorstyle=green di akses pada 8 Okt 2010.

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=masyarakat

33