slide final tugasan 1

17
LAPORAN PEMBENTANGAN DISAMPAIKAN OLEH : ROSLINA BINTI DAUD (M20111000754) Jurnal 1 Pembangunan dan Penilaian Perisisan Kursus Multimedia Interaktif “Analisis Kualiti Garam” dalam Subjek Kimia Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd Ghazali Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia *SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan 2 nd International Malaysian Educational Technology Convention

Upload: ena-ros

Post on 13-Dec-2014

841 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Slide final tugasan 1

LAPORAN PEMBENTANGAN DISAMPAIKAN OLEH : ROSLINA BINTI DAUD (M20111000754)

Jurnal 1

Pembangunan dan Penilaian Perisisan Kursus Multimedia Interaktif “Analisis Kualiti

Garam” dalam Subjek Kimia

Dr. Rosnaini Mahmud & *Norsiati Bt Razali @ Mohd GhazaliFakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

*SM Sains Sultan Hj. Ahmad Shah, Kuantan

2nd International Malaysian Educational Technology Convention

Page 2: Slide final tugasan 1

PENGENALAN

Tujuan kajian ini diadakan adalah untuk membangun dan menilai perisian kursus pengajaran dan pembelajaran multimedia interaktif 'Analisis Kualitatif Garam' bagi membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.

Perisian ini mengaplikasikan teori-teori pembelajaran kognitif, konstruktivime, behaviorisme dan kepelbagaian kecerdasan dengan menggunakan strategi pembelajaran aktif, strategi pembelajaran anjal dan pendekatan inkuiri. Model ADDIE digunakan  sebagai pendekatan pedagogi dengan gabungan tutorial, simulasi dan latih tubi dengan konsep hipermedia dan struktur sesawang.

Perkembangan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam pendidikan dapat membantu pelajar mampu menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan.

Page 3: Slide final tugasan 1

SAMB.

Strategi penggunaan PPBK amat sesuai digunakan sebagai salah satu strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kimia yang mengutamakan pembelajaran berfikrah iaitu merupakan suatu proses pemerolehan dan penguasaan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang dapat mengembangkan minda seseorang murid ke tahap optimum.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfikrah boleh dilaksanakan dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti kaedah eksperimen, perbincangan, simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan dengan penggunaan sumber luar bilik darjah dan penggunaan teknologi seperti simulasi dan animasi berkomputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Slide final tugasan 1

KERANGKA KONSEP / PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah

Bersandar

“Analisis Kualiti Garam”dalam Subjek Kimia

Tidak Bersandar

Page 5: Slide final tugasan 1

Penyataan masalah

Kurang minat untuk mempelajari dan mengingat fakta yang telah dinyatakan, pelajar mengalami kesukaran untuk menjawab soalan yang dikemukakan dalam ujian atau peperiksaan terutama soalan yang melibatkan carta aliran eksperimen

Objektif kajian

Membantu meningkatkan minat dan motivasi pelajar di dalam pembelajaran kimia.

Page 6: Slide final tugasan 1

Hipotesis kajian

Berdasarkan objektif kajian kedua, hipotesis nul dibentuk seperti berikut:

Hipotesis nul 1 Tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut jantina.

Hipotesis nul 2 Tidak perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut tahap pencapaian kimia.

Page 7: Slide final tugasan 1

Metodologi kajian

Mengenalpasti isu / masalah menggunakan kaedah penyelidikan

Bentuk skrin templat dan papan cerita, soal selidik, protokol temubual dan senarai semak

Populasi Dan Sampel Kajian

Saiz sampel yang dicadangakan adalah seramai 30 orang pelajar pelajar tingkatan 4 yang terdiri daripada tahap cemerlang, sedehana dan lemah.

Page 8: Slide final tugasan 1

Instrumen Kajian

Borang soal selidik dibahagikan kepada 2 bahagian:

Bahagian I

Melibatkan latar belakang responden iaitu jantina dan gred kimia peperiksaan akhir tahun tingkatan 4.

Bahagian II

Melibatkan berkaitan minat dan motivasi pelajar selepas meneroka perisian kursus.

Page 9: Slide final tugasan 1

Analisis data

Data dianalisis dengan menggunakan program SPSS Versi 11

Statistik deskriptif digunakan bagi melaporkan data yang diperolehi dalam bentuk min, frekuensi , peratus dan sisihan piawai.

Ujian t dan ujian ANOVA digunakan untuk mengkaji hipotesis kajian.

Ujian t digunakan untuk mengenal pasti perbandingan antara jantina dan tahap pencapaian pelajar dengan minat dan motivasi pelajar selepas menggunakan perisian kursus ‘Analisis Kualitatif Garam’.

Ujian ANOVA digunakan untuk mendapatkan perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia.

Page 10: Slide final tugasan 1

Analisis data

Min Interpretasi

1.00 - 1.99 Sangat baik

2.00 - 2.99 Baik

3.00 - 3.99 Sederhana

4.00 - 5.00 Lemah

Jadual 1: Interpretasi skor min bagi penilaian perisian kursus analisis kualitatif garam

Page 11: Slide final tugasan 1

Dapatan analisis

Reka bentuk skrin perisian menarik dan bersesuaian, gabungan teks, imej, warna dan suara menambah minat dan membantu proses pembelajaran, penggunaan muzik latar memberikan rangsangan untuk belajar, interaksi yang baik meningkatkan minat untuk meneroka perisian, persembahan yang mudah diikuti, maklumat yang dipersembahkan adalah padat dan menarik, soalan uji minda sebelum memulakan topik menarik minat untuk memulakan pembelajaran, skrin-skrin ulang kaji, tips belajar dan informasi tahukah anda menambahkan keseronokan belajar, kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul dan salah meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan maklumat dan membuat ulang kaji antara elemen diberi penekanan untuk meningkatkan persepsi pelajar dan motivasi pelajar.

Page 12: Slide final tugasan 1

Analisis dataJadual 2 Nilai skor min, sisihan piawai terhadap minat dan motivasi

pelajarBIL ITEM

% Kekerapan Skor

N Min Sisihan Piawai

SS S KS TS STS

Reka bentuk skrin Perisian Kursus Analisis Kualitatif Garam menarik dan bersesuaian. 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571

Gabungan teks, imej, warna dan suara menambah minat dan membantu proses pembelajaran saya. 50.0 43.3 6.7 0 0 30 1.57 0.626

Penggunaan video dan animasi menyeronokkan lagi proses pembelajaran dan penerokaan maklumat saya.

70.0 30.0 0 0 0 30 1.30 0.466

Penggunaan muzik latar memberikan rangsangan untuk saya belajar.53.3 40.0 6.7 0 0 30 1.53 0.629

Butang-butang navigasi yang disediakan untuk capaian maklumat memudahkan saya meneroka dan mendapatkan maklumat serta menambahkan lagi minat untuk belajar. 76.7 23.3 0 0 0 30 1.23 0.430

Saya semakin berminat meneroka perisian ini kerana dapat berinteraksi dengan perisian Analisis Kualitatif Garam ini dengan baik.

63.3 33.3 3.3 0 0 30 1.40 0.563

Perjalanan persembahan maklumat dalam perisian mudah diikuti76.7 20.0 3.3 0 0 30 1.27 0.521

Maklumat atau kemahiran yang dipersembahkan dalam tutorial adalah padat dan menarik 56.7 40.0 3.3 0 0 30 1.47 0.571

Kepelbagaian persembahan maklumat seperti eksperimen, simulasi dan latih tubi yang disediakan menambahkan minat untuk saya belajar tajuk garam 66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479

Pembelajaran semakin menyeronokkan kerana saya dapat menjalankan eksperimen dan simulasi eksperimen sendiri.

80.0 20.0 0 0 0 30 1.20 0.407

Paparan maklumat atau soalan-soalan uji minda sebelum memulakan setiap sub topik menarik minat saya untuk memulakan pelajaran.

70.0 26.7 3.3 0 0 30 1.33 0.547

Saya berasa seronok belajar melalui perisian ini kerana terdapat skrin-skrin Ulang kaji, Tips Belajar dan Informasi Tahukah Anda yang dapat membantu saya menambahkan maklumat. 73.3 23.3 3.3 0 0 30 1.30 0.535

Kata-kata motivasi yang sesuai diberikan pada setiap jawapan yang betul meningkatkan semangat saya untuk meneruskan penerokaan maklumat 43.3 53.3 3.3 0 0 30 1.60 0.563

Kata-kata peneguhan yang diberikan jika jawapan saya salah menambahkan lagi semangat saya untuk terus mencuba dan membuat ulang kaji. 36.7 56.7 6.7 0 0 30 1.70 0.596

Saya berasa seronok kerana boleh belajar mengikut kemampuan dan kadar sendiri dengan menggunakan perisian ini.

56.7 43.3 0 0 0 30 1.43 0.504

Saya berasa seronok meneroka perisian ini kerana dapat mengawal pembelajaran mengikut kemampuan dan keperluan saya.

66.7 33.3 0 0 0 30 1.33 0.479

Perisian ini menjadikan pengajaran guru lebih menarik.73.3 13.3 13.3 0 0 30 1.40 0.724

Secara keseluruhannya saya berasa seronok menggunakan perisian kursus Analisis Kualitatif Garam ini.

66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621

Minat dan motivasi belajar saya terhadap subjek kimia semakin bertambah setelah menggunakan perisian ini.

66.7 26.7 6.7 0 0 30 1.40 0.621

PURATA KESELURUHAN MINAT DAN MOTIVASI 63.3 33.0 3.7 0 0 30 1.42 0.343

Ciri-ciri interaktif dalam perisian yang dibangunkan diakui sendiri oleh pelajar dan guru bahawa melalui butang navigasi yang disediakan dan interaksi dua hala dengan perisian dapat menambahkan minat untuk belajar tajuk ini.

Page 13: Slide final tugasan 1

Dapatan kajian

Jantina N Min Sisihan piawai

MINAT & MOTIVASI

lelaki 15 1.42 0.334

perempuan 15 1.42 0.363

Jadual 3: Min bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi

Berdasarkan keputusan min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas penggunaan perisian kursus bagi kedua-dua kumpulan jantina adalah sama iaitu 1.42 dan menghampiri skor 1 sangat setuju. Sisihan piawai bagi pelajar lelaki ialah 0.334 dan pelajar perempuan 0.363.

Page 14: Slide final tugasan 1

Dapatan kajian

Ujian Levene's F

Sig. Nilai t DfSig. (2-arah)

MINAT & MOTIVASIEqual variances assumed 0.392 0.536 -0.055 28 0.956

Equal variances not assumed -0.055 27.816 0.956

Daripada ujian t yang dijalankan, di dapati nilai t=0.536 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai t > 0.05/2, maka hipotesis nol 1 adalah diterima.

Jadual 4: Ujian t bagi pemboleh ubah tidak bersandar (jantina) bagi aspek minat dan motivasi

Page 15: Slide final tugasan 1

Dapatan kajian

Tahap pencapaian N Min Sisihan piawai

MINAT & MOTIVASI

cemerlang 10 1.42 0.257

sederhana 13 1.50 0.441

lemah 7 1.27 0.198

Total 30 1.42 0.343

Jadual 5: Min bagi tahap pencapaian bagi aspek minat dan motivasi

Jadual 6 pula, menunjukkan min minat dan motivasi terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas penggunaan perisian kursus bagi tiga kumpulan tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia bagi pelajar cemerlang ialah 1.42, pelajar sederhana 1.50 dan pelajar lemah ialah 1.27. Kesemua tahap pelajar memberikan maklumbalas yang amat baik di mana skor yang diberikan adalah menghampiri skor 1 sangat setuju.

Page 16: Slide final tugasan 1

Dapatan kajian

df F Sig.

MINAT & MOTIVASIAntara kumpulan 2

1.039 .367Di dalam kumpulan 27Total 29

Jadual 6: Ujian F (ANOVA sehala) bagi sampel tidak bersandar (tahap pencapaian) bagi aspek minat dan motivasi

Jadual 7 pula menunjukkan dapatan analisis ANOVA sehala yang telah dijalankan. Daripada jadual 4.22, dapatan ujian F yang dijalankan memberikan nilai F=0.367 dengan aras signifikan p<0.05 dengan 2 arah. Oleh kerana nilai F > 0.05/2, maka hipotesis nol 2 adalah diterima. Oleh itu, kesimpulannya tidak terdapat perbezaan signifikan dari aspek minat dan motivasi pelajar terhadap tajuk analisis kualitatif garam selepas menggunakan perisian kursus multimedia interaktif kimia yang dibangunkan mengikut tahap pencapaian pelajar dalam subjek kimia.

Page 17: Slide final tugasan 1

kesimpulan

Implikasi penggunaan reka bentuk instruksi bersistem ini dapat digunakan untuk membangunkan sebuah perisian kursus pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dan bermutu tinggi bagi manfaat pelajar dan guru khususnya untuk mencapai matlamat pendidikan.

Guru- guru kimia sewajarnya mampu meningkatkan usaha dalam menguasai kemahiran teknologi komputer dan memperbaiki keberkesanan pengajaran dan pembelajaran masing-masing bagi membantu kelemahan murid dan sekaligus dapat meningkatkan minat dan penguasaan pembelajaran pelajar khususnya.