esaimen tugasan 1

11
TUGASAN 1 Friezes merupakan satu konsep Matematik untuk mengelaskan corak pada permukaan dua dimensi yang berulang-ulang dalam satu arah berdasarkan simetri dalm corak Terdapat tu! !enis corak dekorasi dinding asas yang digunakan dalam konsep pen!elmaan yang kongruen yang dipelopori oleh "ohn #on$ay #orak berasaskan geometri serta konsep Matematik yang dogunakan secara meluas dalam bidang seni bina %alam dunia Matematik& ia dianggap sebagai akti'iti budaya yang berterusan Friezes boleh dikatakan sebagai salah satu cont akti'iti budaya Friezes bermaksud sesuatu yang melibatkan satu konsep matematik untuk mengklasi(ikasikan corak pada permukaan )% yang berulang-ulang dalam satu arah& berdasarkan simetri dalam corak "ohn *orton #on$ay +), %isember 1 ./ -0 adalah seorang ahli matematik proli(ik yan menyumbang kepada banyak cabang matematik %ia adalah pencipta yang bergerak secara automatik selular Game o( 2i(e 3eliau kini adalah 4ro(esor di Uni'ersiti 4rinceton menambah satu lagi set nama kepada #orak dekorasi dinding 5leh kerana mereka tidak disebut dalam buku kursus M.., Saya rasa nama tidak cukup pakai secara meluas #on$ay mencadangkan nama-nama berikut untuk tu!uh corak dekorasi dinding6 - *op untuk translasi saha!a - Sidle untuk menegak - "ump untuk mendatar - Step untuk luncuran - Spinning *op untuk putaran - Spinning "ump untuk mendatar dan menegak - Sidle Spinning untuk luncuran menegak

Upload: ikhmal-isa

Post on 02-Nov-2015

252 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

tugasan 1

TRANSCRIPT

TUGASAN 1Friezes merupakan satu konsep Matematik untuk mengelaskan corak pada permukaan dua dimensi yang berulang-ulang dalam satu arah berdasarkan simetri dalm corak. Terdapat tujuh jenis corak dekorasi dinding asas yang digunakan dalam konsep penjelmaan yang kongruen yang dipelopori oleh John Conway. Corak berasaskan geometri serta konsep Matematik yang dogunakan secara meluas dalam bidang seni bina. Dalam dunia Matematik, ia dianggap sebagai aktiviti budaya yang berterusan. Friezes boleh dikatakan sebagai salah satu contoh aktiviti budaya. Friezes bermaksud sesuatu yang melibatkan satu konsep matematik untuk mengklasifikasikan corak pada permukaan 2D yang berulang-ulang dalam satu arah, berdasarkan simetri dalam corak. John Horton Conway (26 Disember 1937 -) adalah seorang ahli matematik prolifik yang menyumbang kepada banyak cabang matematik. Dia adalah pencipta yang bergerak secara automatik selular "Game of Life". Beliau kini adalah Profesor di Universiti Princeton. Beliau menambah satu lagi set nama kepada Corak dekorasi dinding. Oleh kerana mereka tidak disebut dalam buku kursus M336 Saya rasa nama tidak cukup pakai secara meluas.

Conway mencadangkan nama-nama berikut untuk tujuh corak dekorasi dinding:- Hop untuk translasi sahaja.- Sidle untuk menegak.- Jump untuk mendatar.- Step untuk luncuran.- Spinning Hop untuk putaran.- Spinning Jump untuk mendatar dan menegak.- Sidle Spinning untuk luncuran menegak.

Friezes dikenali juga sebagai suatu dekorasi pada dinding. Friezes mempunyai pelbagai jenis corak dekorasi dinding asas yang mengaplikasikan konsep penjelmaan dalam matematik yang akan menghasilkan corak dan bentuk yang unik. John Conway merupakan salah seorang pelopor dengan jejak langkah bagi setiap kumpulan dekorasi dinding. Tambahan lagi, ia sering digunakan dalam seni hiasan oleh masyarakat zaman terdahulu seperti tamadun Mesir Purba, tamadun Mayan dan Sumeria. Frieze juga dapat dilihat pada struktur bangunan seperti di bawah bumbung dan siling, di atas tingkap dan pintu serta di luar bangunan. Banyak struktur yang direka dalam corak klasik yang mempunyai gaya yang tersendiri seperti struktur bangunan di Parthenon, Greece.

Batu marmar, batu kapur atau logam lazimnya digunakan dalam bahan pembinaan dekorasi dinding atas Friezes. Bagi senibina moden Friezes boleh dibuat daripada kayu dan dicat secara bertekstur untuk membezakan dekorasi dinding dari seluruh struktur dan reka bentuk Friezes. Dalam seni bina klasik, dekorasi dinding telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada struktur yang menyokong bumbung. Struktur ini dikenali sebagai entablature, dan ia biasanya terletak di puncak ruang yang tersendiri. Gaya seni bina klasik yang berbeza ini boleh digunakan untuk mengenal pasti tempoh seni bina ini telah dibina.

Bentuk Friezes

.

John Conway mencipta nama-nama yang berkaitandengan jejak langkah bagi setiap kumpulandekorasi dinding (F1 hingga F7). Kumpulan dekorasi dinding pertama, F1, melibatkan traslasi ke sisi sahaja yang dikenali sebagai Hop. Dekorasi ini melibatkan translasi ke sisi dan mempunyai corak asas yang diberi gambaran sebelah tapak kaki.

Corak asas F1, Hop

Contoh corak F1, Hop : dekorasi dinding Sempadan Alcazar de los Reyes Cristianos, Cordoba, Sepanyol.

Kumpulan dekorasi dinding yang kedua, F2, melibatkan translasi ke sisi dan pantulan gelangsar (glide) yang dikenali sebagai Step.

Corak asas F2, Step

Kumpulan dekorasi dinding ketiga, F3, melibatkan traslasi dan pantulan secara menegak dan simetri yang dikenali sebagai Sidle. Dekorasi jenis ini melibatkan translasi dan pantulan secara menegak dan simetri. Corak asas bagi jenis ini digambarkan dengan sebelah kaki yang saling berhadapan kemudian tapak kaki tersebut dipantulkan

Corak asas F3, Sidle

Contoh corak F3, Slide : dekorasi dinding Palacio de Velazquez Parque de Retiro Madrid, Sepanyol.

Kumpulan dekorasi dinding keempat, F4, melibatkan translasi dan putaran (separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Hop.

Corak asas F4, Spinning Hop

Contoh corak F4, Spinning Hop : Meander Frieze San Giorgio Maggiore, Venice, Italy.

Kumpulan dekorasi dinding kelima, F5, melibatkan translasi, pantulan gelangsar (glide) dan putaran (separuh pusingan) yang dikenali sebagai Spinning Sidle.

Corak asas F5, Spinning Sidle

Contoh corak F5, Spinning Sidle : Mosaic Nuestra Senora de la Almundena, Madrid, Spain

Kumpulan dekorasi dinding keenam, F6, melibatkan translasi dan pantulan yang dikenali sebagai Jump.

Corak asas F6, Jump

Contoh corak F6, Jump : Ceiling Mezquita, Cordoba, Spain

Kumpulan dekorasi dinding ketujuh, F7, melibatkan ketiga-tiga translasi, pantulan dan putaran yang dikenali sebagai Spinning Jump. Dekorasi dinding jenis ini merupakan paling kompleks kerana ia melibatkan ketiga-tiga jenis translasi, pantulan dan putaran. Corak asas bagi friezes jenis ini diberi gambaran dengan dua belah tapak kaki yang dipantulkan dan kemudiannya ditranformasikan dengan putaran. Untuk mendapat lebih jelas gambaran.

Corak asas F7, Spinning Jump

Contoh corak F7, Spinning Jump : Back of a Bench, Banos de la Maria de Padilla Reales Alcazares, Seville, Spain.F dalam penerangan di atas bermaksud Friezes. Begitulah bentuk Friezes dijalinkan dan dizahirkan mengikut corak asas tersendiri.Bentuk Friezes Dalam Senibina di MalaysiaTerdapat penggunaan bentuk-bentuk Friezes dalam senibina dan struktur di Malaysia. Antaranya seperti di bangunan Central Market.

alam gambar di atas, dapat dilihat bahawa terdapat penggunaan corak Friezes bentuk Sidle di bahagian atas bangunan tersebut.

Selain itu, kita dapat lihat juga pada struktur Masjid Putrajaya. Penggunaan corak jenis Spinning Jump dapat diliha dengan jelas pada bahagian kubah masjid tersebut. Terdapat juga corak Friezes pada kubah-kubah yang kecil.

Tambahan lagi, terdapat juga penggunaan corak Friezes pada bangunan Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur. Jelas dapat kita lihat penggunaan corak Spinning Jump pada tiang pintu hadapan muzium tersebut.

Berdasarkan gambar di bawah, kita dapat lihat penggunaan corak Friezes pada bangunan Istana Budaya, Kuala Lumpur. Jenis corak yang digunaka ialah corak Hop. Corak ini dibuat pada bahagian atap bangunan ini.