konsep dan definisi gaya hidup sihat.docx

2
Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar. Pemakanan Yang Seimbang Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetis, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang. 1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi 2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan 3. Kumpulan susu dan hasil tenusu 4. Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang 5. Kumpulan minyak, lemak dan gula Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutirien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN.

Upload: eliana

Post on 02-Feb-2016

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat.docx

Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat

Gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Dari aspek fizikal bermaksud menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan, persekitaran dan alam sekitar.

Pemakanan Yang Seimbang

Amalan pemakanan yang seimbang boleh menghindarkan penyakit kronik seperti diabetis, kanser, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung. Terdapat lima kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang.

1. Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi

2. Kumpulan sayur-sayuran dan buah-buahan

3. Kumpulan susu dan hasil tenusu

4. Kumpulan daging, ayam, telur, ikan dan kekacang

5. Kumpulan minyak, lemak dan gula

Setiap kumpulan makanan menyediakan hanya sebahagian daripada nutirien yang diperlukan oleh tubuh kita. Kita perlu mengambil makanan daripada setiap kumpulan makanan dengan kadar yang sesuai berasaskan kepada PIRAMID MAKANAN.

Page 2: Konsep Dan Definisi Gaya Hidup Sihat.docx

Sesorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai dianggap gemuk. Orang yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat komplikasi kesihatan berbanding populasi normal. Jika berat badan anda melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui maut lebih awal meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.

Punca-Punca Kegemukkan

Makan berlebihan. Memakan jenis makanan yang kurang sesuai, makanan yang tinggi dalam karbohidrat. Kekurangan aktiviti dan senaman. Faktor-faktor genetik.