kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum

6
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA (NATC) Pendahuluan Sebagai sebuah Persatuan Alumni Institut Pertanian Malaysia (NATC) yang baru ditubuhkan, Alumni Institut Pertanian Malaysia dibawah NATC telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelatih yang masih menuntut. Bekas pelatih-pelatih ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkuslumus menimba ilmu di kelas. Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelatih-pelatih. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelatih-pelatih ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Institut Pertanian Malaysia tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI NATC.

Upload: janic-chew

Post on 07-Jan-2017

29 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN PERSATUAN ALUMNI INSTITUT PERTANIAN MALAYSIA (NATC)

Pendahuluan

Sebagai sebuah Persatuan Alumni Institut Pertanian Malaysia (NATC) yang baru ditubuhkan, Alumni Institut Pertanian Malaysia dibawah NATC telah melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelatih yang masih menuntut. Bekas pelatih-pelatih ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkuslumus menimba ilmu di kelas.

Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelatih-pelatih. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelatih-pelatih ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Ada usaha bagi menubuhkan Alumni Institut Pertanian Malaysia tetapi menghadapi kekangan dari segi masa dan kewangan. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI NATC.

Page 2: Kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum

Relevan Penubuhan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelatih-pelatih dapat digunakan untuk memajukan alumni. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelatih-pelatih yang pernah menuntut ilmu di Institut Pertanian Malaysia. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada persatuan khasnya dan komuniti amnya.

Jika difikirkan semula, sebuah alumni yang telah berusia hampir 1 dekad sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelatih-pelatih bagi memastikan kewujudan alumni ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di persatuan.

Alumni perlu diberi peluang menyertai program dan aktiviti persatuan bagi membawa impak yang lebih besar kepada kemajuan persatuan kerana mereka dilihat sebagai satu lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan lembaga penasihat dan persatuan. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan perjuangan lembaga penasihat yang sedia ada.

Pihak persatuan sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelatih-pelatih yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak persatuan mencapai visinya menjadi pusat perkembangan pendidikan dengan iltizam untuk membina komuniti yang berilmu dan berkemahiran seiring dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja.

Page 3: Kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum

Objektif Penubuhan

Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelatih-pelatih Institut Pertanian Malaysia, malah membantu persatuan untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang dan kepakaran. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni :

1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap

lapisan bekas pelatih sebagai pemangkin kecemerlangan alumni NATC .

2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada alumni dalam memperbaiki sistem

pendidikan dan pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelatih dan

alumni sentiasa diberi perhatian.

3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak Persatuan dari segi sumber

pengajaran, kemudahan pelatih dan apa-apa material yang dilihat dapat

membantu kemajuan kolej.

4. Menjadi satu saluran dan medium untuk komuniti menyuarakan pendapat dan

cadangan kepada pihak persatuan. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan

lebih lancar dan sistematik.

5. Menjadi perancang dan pelaksana dalam menjayakan sesuatu majlis yang

dianjurkan oleh pihak persatuan sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut.

6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi Alumni Persatuan Institut Pertanian

malaysia.

7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk

membantu kecemerlangan persatuan dari segi akademik mahupun disiplin pelatih.

8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam

Pekerjaan.

Page 4: Kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum

Aktiviti

Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting:

• Pembangunan sosial dan akademik pelajar.

• Penjanaan Kewangan.

• Perkongsian kepakaran.

• Bakti Komuniti kepada masyarakat.

Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Majlis ramah mesra Alumni bagi menjalinkan kembali hubungan keakraban bekas pelatih.

2. Program pendidikan dan kerjaya boleh diadakan bagi mengatasi masalah

pengangguran di kalangan pelajar Alumni Persatuan Institut Pertanian Malaysia.

3. Kempen dan promosi kemasukan pelajar baru ke Alumni Persatuan Pertanian Malaysia.

4. Program Coaching dan Mentoring khas untuk melatih bekas pelatih menjadi

seorang usahawan Alumni Persatuan Pertanian Malaysia yang berjaya.

5. Program Bakti Komuniti kepada masyarakat bagi mendekatkan diri bekas pelatih

dengan masyarakat berpaksikan slogan “Dari Masyarakat Kami Datang, Kepada

Masyarakat Kami Berbakti”.

Penutup

Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa Persatuan Alumni Pertanian Malaysia. Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Seharusnya semua pihak memberi bekerjasama agar penubuhan Persatuan Alumni Institut Pertanian Malaysia dapat direalisasikan dengan jayanya.

Page 5: Kertas cadangan penubuhan_persatuan_alum