kertas cadangan kajian tindakan..pdf

18
KRL 3033 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK KOD PROGRAM FADZLIL ALIA BIN GHAZALI D20102044064 AT 34J PENSYARAH/PENYELIA: DR EFTAH BINTI MOH @HAJI ABDULLAH Tarikh :27 APRIL 2014 PENGGUNAAN KAEDAH IN-Q DALAM MEMBETULKAN MISKONSEPSI BAGI PROSES KONDENSASI DALAM KALANGAN MURID TAHUN LIMA

Upload: musnmanariffin

Post on 14-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

KRL 3033

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIK KOD PROGRAM

FADZLIL ALIA BIN GHAZALI D20102044064 AT 34J

PENSYARAH/PENYELIA: DR EFTAH BINTI MOH @HAJI ABDULLAH

Tarikh :27 APRIL 2014

PENGGUNAAN KAEDAH IN-Q DALAM

MEMBETULKAN MISKONSEPSI BAGI PROSES

KONDENSASI DALAM KALANGAN MURID TAHUN

LIMA

Page 2: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Saya adalah seorang guru yang sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan

Bagan Pasir. Saya telah mengajar mata pelajaran Sains semenjak dari tahun

2007 hingga sekarang.Berdasarkan pemerhatian saya semenjak saya

mengajar mata pelajaran Sains, saya dapati segelintir pelajar atau murid

mempunyai tanggapan salah atau miskonsepsi tentang konsep sains.

Berlakunya miskonsepsi atau salah tanggapan menyebabkan

timbulnya kesukaran terhadap pelajar dalam mempelajari sains di peringkat

sekolah rendah khususnya di kalangan pelajar Tahun Empat,Lima dan Enam.

Ini akan menimbulkan kebosanan, kekeliruan dan hilangnya minat pelajar

terhadap matapelajaran tersebut.

Saya berasa bimbang dengan keadaan ini, seolah-olah pengajaran

oleh saya dan guru-guru sains tidak menarik dan menyebabkan murid tidak

faham konsep sains yang sebenarnya. Adakah disebabkan teknik pengajaran

saya yang kurang menarik atau pun penerangan saya kurang jelas tentang

sesuatu konsep sains.

Secara amnya kaedah pengajaran tidak berkesan merujuk kepada

pengajaran guru sains yang berorientasikan hafalan fakta-fakta sains yang

telah dipermudahkan.ini ditambahkan lagi dengan kegagalan pelajar dalam

membina pemikiran mereka melalui aspek kemahiran berfikir secara kreatif

dan kritis. Akibatnya pelajar gagal menguasai konsep asas sains dan minat

pelajar terhadap matapelajaran tersebut turut merosot.

Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran Sains haruslah

mengutamakan pengembangan pemahaman konsep bukan sekadar

menghafal konsep semata-mata. Saya harus mengatasi isu-isu salah

tanggapan pelajar melalui pelbagai prosedur datau aktivti pembelajaran

konsep yang melibatkan proses penjanaan pengetahuan dan maklumat

dalam bentuk yang lengkap beserta struktur kognitif yang kompleks.

Page 3: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Penguasaan dan pemahaman konsep amat penting sebelum

meneruskan sesuatu proses pembelajaran lain yang lebih kompleks. Faktor

kesukaran memahami konsep sains dikatakan berpunca daripada ilmu sains

yang melibatkan fenomena alam semulajadi yang tidak dapat dilihat melalui

mata kasar juga memerlukan penaakulan saintifik untuk memahaminya.

Kebolehan proses sains secara bermakna dan ketinggian aras kebolehan

penaakulan saintifik ini jelas menunjukkan bahawa konsep adalah antara

faktor yang perlu diambil kira dalam mempelajari dan menghayati Sains.

Pelajar sering menganggap matapelajaran sains dan yang berkaitan

dengannya sukar untuk dikuasai. Ini kerana apabila kefahaman pelajar

terhadap konsep asas sains kurang maka pelajar tidak mengetahui dengan

jelas sifat dan cirri-ciri disiplin ilmu yang dipelajari. Maka tidak hairanlah

dewasa ini minat pelajar untuk memasuki aliran sains merosot. Jika keadaan

ini berterusan, hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara

maju dengan merealisasikan Wawasan 2020 akan hancur berkecai.

Satu kajian telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

bersama International Institute for Educational Planning (IIEP) bagi mencari

mekanisma baru dalam implementasi pendidikan sains peringkat menengah

secara lebih berkesan telah mendedahkan bahawa pengajaran sains yang

tidak berkesan sebagai faktor utama menyumbang kepada kekurangan minat

pelajar untuk mengikuti aliran sains Sharifah Maimunah dan Lewin, (1993).

Masalah miskonsepsi di kalangan pelajar telah menimbulkan persoalan

mengapa ramai pelajar masih gagal atau tidak mencapai tahap yang

dikehendaki di dalam peperiksaan walaupun ramai pelajar yang menunjukkan

ketekunan dan kesungguhan semasa belajar. Oleh itu, kajian ini dijalankan

untuk mengkaji perkara-perkara yang berkaitan miskonsepsi di kalangan

pelajar dalam tajuk kondensasi.

Page 4: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Sains adalah satu bidang keilmuan yang melibatkan kajian tentang manusia,

alam dan interaksi manusia dengan alam. Ahli sains mengkaji benda hidup

untuk mengetahui bagaimana ia berfungsi dan interaksinya antara satu sama

lain dalam mencorak kehidupan yang lebih kompleks di alam ini.

Dalam mempelajari ilmu sains, kita perlu menguasai konsep terlebih

dahulu. Pembelajaran konsep melibatkan proses pembinaan pengetahuan

dan meyusun maklumat dalam bentuk yang lengkap dan struktur kognitif yang

sistematik. Dalam pemahaman konsep sains, pelajar harus berfikir secara

kritis. Di samping itu, teknik-teknik pengajaran yang tersusun daripada guru

amat diperlukan untuk membimbing pelajar dan proses pembelajaran mereka.

Osborne dan Gilbert (1980) mengutarakan idea yang menyatakan pendidik

harus sedar konsep sains yang dihayati oleh pelajar mungkin tidak sama

dengan konsep sains yang dihayati oleh seorang ahli sains kerana pelajar

mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai sesuatu konsep itu

sebelum menerima pengajaran formal dari guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa berusaha meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam bidang sains dan teknologi

dengan melahirkan projek Sains Merentasi Kurikulum pada tahun 1995 yang

dikenali sebagai STRUM. Projek STRUM menekankan kepada empat elemen

utama dalam perlaksanaannya iaitu pengetahuan sains, kemahiran saintifik,

sikap saintifik dan penggunaan teknologi dalam semua matapelajaran .

Penerapan dilakukan meliputi kandungan, aktiviti, bahan dan kemudahan

bagi matapelajaran berkenaan.

Berlakunya miskonsepsi atau salah tanggapan menyebabkan

timbulnya kesukaran terhadap pelajar dalam mempelajari sains di peringkat

sekolah rendah khususnya di kalangan pelajar Tahun Lima. Ini akan

menimbulkan kebosanan, kekeliruan dan hilangnya minat pelajar terhadap

matapelajaran tersebut.

Page 5: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Sharifah Maimunah et.al (1993), kaedah pengajaran yang tidak

berkesan merujuk kepada pengajaran pembelajaran di kelas yang lebih

menumpukan kepada hafalan fakta-fakta sains yang dimudahkan, sikap guru

yang gemar meninggalkan tajuk-tajuk yang sukar difahami pelajar dan

pengajaran yang bercorak menyalin nota .

Di samping itu, terdapat juga di kalangan guru–guru sains yang tidak

menguasai konsep-konsep asas sains dan meminta pelajar menghafal

rumus-rumus penyelesaian masalah. Ini mengakibatkan pelajar menjadi

mangsa lantaran gagal menghafal terlalu banyak fakta dan rumus dalam

sains.

Kabolla (1988), dalam kajiannya mendapati kaedah pengajaran sains

yang tidak berkesan menyebabkan pelajar beranggapan mata pelajaran sains

menjemukan, sukar, terlalu banyak fakta dan tidak dapat dikaitkan dengan

kehidupan mereka.

Johnstone dalam Rosliezah (2003) berpendapat masalah salah konsep

yang berlaku di kalangan pelajar bukan perkara luar biasa tetapi istilah yang

digunakan setiap hari dalam pelbagai cara yang sukar dikesan adalah salah

satu masalah bagi pelajar sains. Guru menyedari masalah ini tetapi

kekurangan masa untuk berinteraksi di dalam kelas menghalang guru untuk

menjelaskan kekeliruan istilah yang dialami oleh pelajar. Terdapat bukti guru-

guru tidak menyedari wujudnya salah tanggapan di kalangan pelajar mereka.

Dengan hanya tahu mentakrif sesuatu konsep adalah tidak mencukupi untuk

menilai kefahaman pelajar kerana seseorang pelajar boleh menghafal

sesuatu takrifan. Seharusnya pelajar bukan hanya mentakrif konsep tetapi

juga harus bijak mengaplikasikan konsep tersebut dengan menggunakannya

untuk menyelesaikan masalah ( Griffith dan Grant, dalam Azlisham 2002).

Prakonsepsi pelajar yang bercanggah dengan konsep sebenar sains

dikenali sabagai miskonsepsi. Subahan (1997) mendefinisikan miskonsepsi

sebagai salah tanggapan konsep sains. Ianya berkaitan rapat dengan

masalah pembelajaran sains dan ia merupakan penghalang kepada pelajar

Page 6: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

untuk memahami konsep sains sebenar terutamanya dalam penyelesaian

maasalah yang melibatkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada

dengan konsep yang baru.

Hasil kajian telah membuktikan kewujudan miskonsepsi di kalangan

pelajar dan guru dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sains (Lawson

1998; Anderson 1990; Kinchin 2000; Amir 1994; Lumpe 1995). Masalah ini

merupakan penghalang kepada usaha untuk meningkatkan kefahaman

konsep sains dan boleh menimbulkan kesukaran untuk memahami fakta

saintifik, mengasimilasi, menyusun dan kesannya dalam pembelajaran kanak-

kanak.

Kelemahan penguasaan konsep di kalangan pelajar menyebabkan

mereka gagal mencapai pencapaian akademik yang tinggi dalam sesuatu

matapelajaran. Pengkaji mendapati begitu kurang kajian miskonsepsi yang

dibuat ke atas tajuk kondensasi dan bagi mengenalpasti faktor-faktor

penyebab miskonsepsi. Pengkaji berpendapat, kajian ini perlu dijalankan

meninjau miskonsepsi pelajar dalam menguasai konsep terutamanya dalam

tajuk kondensasi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Penggunaan Kaedah IN-Q dalam membetulkan miskonsepsi bagi proses

kondensasi dalam kalangan murid Tahun Lima Cemerlang.

Objektif Umum

Kajian ini bertujuan membetulkan masalah miskonsepsi tentang kondensasi

di kalangan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Bagan Pasir, iaitu

sebuah sekolah harian di daerah Hilir Perak, Perak. Di samping itu kajian ini

bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang berkemungkinan menyebabkan

kewujudan msikonsepsi di kalangan pelajar di sekolah tersebut dan cara

mengatasi masalah tersebut.

Page 7: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:

1. Mengurangkan bilangan miskonsepsi yang wujud bagi tajuk

kondensasi di kalangan murid Tahun 5.

2. Meningkatkan markah lulus bagi tajuk kondensasi di kalangan

murid Tahun 5.

3. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya

miskonsepsi tajuk kondensasi di kalangan murid.

Objektif Khusus

Secara khususnya kajian ini ingin menjawab persoalan-persoalan berikut:

a. Apakah miskonsepsi yang wujud tentang tajuk kondensasi di

kalangan murid?

b. Adakah terdapat hubungan di antata miskonsepsi tajuk kondensasi

dengan pencapaian sains di kalangan murid?

c. Adakah terdapat perbezaan bagi masalah miskonsepsi tajuk

kondensasi di antara murid Tahun 5 dan Tahun 6?

d. Adakah terdapat perbezaan bagi masalah miskonsepsi tajuk

kondensasi di antara murid lelaki dengan murid perempuan?

e. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya miskonsepsi

tajuk kondensasi di kalangan murid?

f. Adakah terdapat hubungan faktor-faktor penyebab miskonsepsi

dengan miskonsepsi tajuk kondensasi di kalangan murid?

g. Apakah miskonsepsi yang terdapat dalam tajuk kondensasi

dikalangan pelajar telah diatasi?

Soalan Kajian

Penggunaan Kaedah IN-Q dalam membetulkan miskonsepsi proses

kondensasi Tahun Lima.

Page 8: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Kerangka Konseptual

Kajian ini cuba untuk mengukuhkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran sains menggunakan kaedah Inkuiri Penemuan berbanding

secara tradisional. Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah

soalan ujian pra, ujian pos serta soal selidik. Kerangka konseptual

menggambarkan pembolehubah-pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian

yang akan dijalankan. Kerangka ini termasuklah pembolehubah bersandar

dan pembolehubah tak bersandar yang biasanya digambarkan menerusi

rajah yang bersesuaian. Kerangka konseptual yang digambarkan bagi kajian

yang dijalankan ini adalah seperti rajah di bawah :

Rajah 1.0 Kerangka Konseptual Kajian

PENGGUNAAN

KAEDAH

PEMBELAJARAN

INKUIRI

PENEMUAN

PENCAPAIAN

PELAJAR DALAM

UJIAN PRA, UJIAN

POS SERTA SKOR

SIKAP

Page 9: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian yang dijalankan adalah berdasarkan kepada tinjauan awal terhadap

pengetahuan asas pelajar terhadap tajuk kondensasi. .Kajian ini dijalankan

bagi mengkaji miskonsepsi murid dalam tajuk kondensasi. Di samping itu, ia

juga bagi mengkaji tahap prestasi dan minat pelajar setelah didedahkan

dengan kaedah inkuiri penemuan. Pelajar Tahun Lima Cemerlang seramai 15

orang merupakan sasaran utama dalam mendapatkan maklum balas kajian

Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di daerah Hilir Perak,

Perak dan melibatkan bilangan pelajar yang berjumlah lima belas orang

sahaja. Keputusan pencapaian sains dalam Ujian TOV menjadi bahan

pengukuran tahap pencapaian awal murid dalam bidang sains.

Dijangkakan hasil dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada

semua pelajar Tahun Lima. Terdapat kemungkinan wujudnya kesukaran

dalam mengawal pemboleh ubah luar yang terpesong dari tujuan kajian

seperti maklumat palsu yang mungkin diberikan oleh pelajar dari sampel

kajian. Di samping itu sukatan Sains Tahun Lima yang meluas dan kajian

yang dijalankan hanya melibatkan tajuk kondensasi.

Page 10: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

Tujuan kajian ini dijalankan mengikut kajian quasi eksperimen adalah untuk

menentukan keberkesanan penggunaan kaedah dalam pengajaran dan

pembelajaran sains di kelas Tahun Lima. Bab ini mengandungi rekabentuk

kajian, sampel dan populasi, lokasi kajian, kaedah kajian, instrumen, prosedur

kajian dan analisa kajian .

5.0.1 PERANCANGAN TINDAKAN

Dengan menggunakan kajian quasi eksperimen kerana kajian tidak boleh

dijalankan secara rawak, pengkaji memulakan kajian dengan menggunakan

ujian pra bagi mendapatkan maklumat dan tahap pengetahuan pelajar dalam

mata pelajaran sains. Kajian ini dijalankan selama dua minggu bagi

mendapatkan maklum balas dan juga analisa dapatan daripada pelajar.

Semua responden dikehendaki menjawab soalan tersebut secara individu.

Mereka diberimasa selama 30 minit bagi menjawab soalan yang diberikan.

Selepas itu pengkaji mengumpulkan kesemua jawapan pelajar dan pelajar

digredkan mengikut tahap pencapaian berpandukan kepada sampel soalan

yang diberi. Selepasitu, pengkaji merekod kan gred pelajar kumpulan rawatan

dan kawalan di dalam borang markah. Tujuan utama ujian ini dibuat bagi

mendapatkan maklumat pelajar terhadap tajuk pelajar.

Pengkaji menjalankan kajian dengan mendedahkan pelajar dari

kumpulan rawatan dengan menggunakan kaedah inkuri penemuan dalam

pengajaran. Manakala pelajar dari kumpulan kawalan meneruskan

pembelajaran dengan menggunakan kaedah konvensional. Seterusnya,

pengkaji telah mengedarkan boaing soal selidik 1 kepada semua pelajar dan

boring soal selidik 2 kepada guru-guru sains disekolah tersebut bagi

Page 11: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan kaedah inkuiri penemuan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kondensasi .

Selepas itu pengkaji menggunakan ujian pos kepada semua pelajar

kajian untuk menilai kembali jika wujudnya peningkatan terhadap tajuk yang

diajar. Kertas jawapan pelajar disemak dan dinilai serta direkodkan di dalam

boring markah. Pengkaji juga mengedarkan boring soal selidik 3 dan 4

kepada kumpulan eksperimen di akhir pengajaran untuk menentukan

keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam tajuk kondensasi.

Rajah 5.0.1 Urutan langkah kajian

Membina instrument kajian

Menguji tahap pengetahuan

pelajar melalui ujian pra

Melaksanakan kaedah pengajaran

secara inkuiri penemuan terhadap

kumpulan sasaran

Mengumpul data kajian

Menganalisa data kajian

Melaporkan dapatan kajian

Page 12: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Rajah di bawah menunjukkan prosedur bagi kajian ini.

UJIAN PRA

UJIAN POS

SOAL SELIDIK

KUMPULAN KAWALAN KUMPULAN EKSPERIMEN

P & P KONVENSIONAL P & P INKUIRI PENEMUAN

PELAJAR

Page 13: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Sampel kajian melibatkan pelajar dari SK Bagan Datoh, Perak, di

kelas Tahun lima yang terdiri daripada pelajar pelbagai kebolehan. Kesemua

sampel berusia sebelas tahun dan tinggal berhampiran dengan tempat kajian.

Kajian ini melibatkan seramai tiga puluh orang pelajar di mana limabelas

orang ditempatkan dalam kumpulan rawatan manakala lima belas orang

pelajar yang lain akan ditempatkan dalam kumpulan kawalan. Pelajar-pelajar

di dalam kumpulan rawatan didedahkan kepada kaedah inkuiri penemuan

manakala pelajar-pelajar dalam kumpulan kawalan dipantau dan diajar oleh

guru kelas mereka .

5.2 PERANCANGAN CARA MENGUMPUL DATA

Pengumpulan data dibuat selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar

Sekolah untuk menjalankan kajian di sekolah. Pengkaji member penerangan

tingkas tentang tujuan kajian dijalankan dan meminta pelajar menjawab

dengan teliti, jujur dan ikhlas. Soal selidik tersebut seterusnya akan diedarkan

oleh pangkaji. Tempoh masa selama 45 minit diberikan kepada responden

untuk mnejawab soal selidik tersebut. Disamping itu dengan kerjasama pihak

pentadbiran sekolah, pengkaji mendapatkan kebenaran untuk melakukan

ujian pra terhadap responden semasa proses P & P.

5.2.1 InstrumenKajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kertas ujian pra, kertas ujian pos,

borang senarai markah, dan juga borang soal selidik. Ujian pra dilakukan bagi

mengesan tahap pengetahuan pelajar terhadap tajuk kondensasi. Manakala

ujian pos pula akan dijalankan terhadap kumpulan eksperimen bagi menguji

keberkesanan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran tajuk tersebut.

Manakala borang soal selidik pula adalah untuk menentukan persepsi pelajar

terhadap pengajaran menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Kesemua

instrumen yang digunakan telah diujirintis keatas pelajar tahun lima dalam

sekolah yang sama tetapi bukan kepada sampel kajian dan seterusnya telah

diperbaiki.

Page 14: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

5.2.2 SOAL SELIDIK

Alat kajian yang berbentuk soal selidik ini diadaptasi dari Haini (dalam Lee

2002) dalam kajian terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian

Sains. Soal selidik ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A yang

mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan latar belakang demografi

responden. Soalan-soalan tersebut meliputi jantina dan umur. Manakala

Bahagian B mengandungi 30 item yang mengkaji faktor-faktor yang

berkemungkinan mempengaruhi pengusaan konsep sains secara umum.

Hasil kajian ini boleh digunakan untuk merancang langkah-langkah mengatasi

masalah tersebut supaya P & P sains akan lebih berkesan.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik, kertas

ujian pra dan kertas ujian pos bagi mengumpulkan data. Pengkaji

kemudiannya akan mengggunakan borang soal selidik untuk mengumpul

maklumat tentang keberkesanan kaedah Inkuiri penemuan antara guru dan

pelajar melalui boring soal selidik untuk guru dan pelajar. Data yang

diperolehi tentang kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran guru akan

dikumpulkan dari semua matapelajaran menggunakan borang soal selidik.

Pengkaji akan menggunakan ujian pra pada permulaan kajian

melibatkan kedua-dua kumpulan dan ujian pos di akhir kajian yang melibatkan

kumpulan rawatan untuk mengumpulkan data terhadap keberkesanan kaedah

inkuiri penemuan dalam pengajaran kondensasi.

Kertas ujian berkenaan akan disemak dan diberikan skor markah seperti

berikut:

Jadual 5.2.2.1 Skor jawapan ujian kondensasi

Kadar skor Nilaiskor

Jika jawapan yang diberi adalah betul 5

Jika jawapan yang diberi salah 0

Page 15: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

Dalam memastikan keberkesanan penggunaan kaedah inkuiri penemuan bagi

mengenalpasti masalah miskonsepsi pelajar sebanyak sepuluh soalan akan

diberikan kepada pelajar. Jika terdapat jawapan diberi adalah salah, maka wujudnya

masalah miskonsepsi yang tinggi terhadap konsep tersebut dan ia perlu diatasi.

Manakala jika ada jawapan yang diberikan betul maka tiada masalah miskonsepsi di

kalangan pelajar dan ini menunjukkan pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan

jayanya.

Daripada jawapan yang diberikan akan dikumpulkan dan diberikan

markah sebanyak 50 markah .Manakala skor yang diperolehi setiap pelajar

akan ditukar kepada 100 markah .

Jadual 5.2.2.2 Tahap Miskonsepsi pelajar

Skor Tahap miskonsepsi

0 – 40 Tinggi

41- 79 Sederhana

80 – 100 Rendah

5.3 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA

Data-data yang diperolehi dari soal selidik yang dikumpulkan di kodkan dan

dimasukkan ke dalam program SPSS ( Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ).

Penganalisan data menggunakan analisa statistik deskriptif iaitu dalam

bentuk kekerapan dan peratusan, dan analisis inferensi bagi menguji

hipotesis kajian.

Page 16: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

5.3.1 Analisis Deskriptif

Analisis deskriptif digunakan bagi menghuraikan secara menyeluruh tentang

profil pelajar, miskonsepsi pelajar terhadap tajuk kondensasi. Statistik yang

digunakan ialah kekerapan, peratusan, skor min dan sisihan piawai.

Bagi menjawab soalan kajian mengenai masalah miskonsepsi pelajar

terhadap tajuk kondensasi, soalan pra dan pos serta soalan pengesanan

digunakan. Markah diberikan sekiranyan pelajar dapat menjawab soalan

objektif dengan betul. Sekiranya pilihan jawapan objektif adalah salah, tiada

markah akan diberikan.

Markah setiap responden akan menyumbang kepada kefahaman

responden terhadap konsep yang dikaji. Setiap markah yang diperolehi

ditukarkan kepada bentuk peratusan. Skor peratusan yang tinggi

menunjukkan penguasaan dan pemahaman responden terhadap konsep

yang dikaji adalah baik, maka miskonsepsi yang wujud adalah rendah. Begitu

juga sebaliknya, sekiranya skor peratusan responden adalah rendah

menunjukkan miskonsepsi yang wujud adalah tinggi.

Bagi mendapatkan analisa kajian, pengkaji menggunakan kaedah

kuantitatif dan juga kualitatif bagi mendapatkan markah dari kajian yang

dibuat. Melalui kaedah kualitatif, pengkaji akan menilai melalui pemerhatian

yang dijalankan keatas sikap pelajar , kecenderungan dan juga nilai pelajar

keatas matapelajaran yang diajar. Disampingitu ,pengkaji juga akan

menggunakan kaedah temuduga bagi mendapatkan maklumbalas dari pelajar

dan juga guru melalui boring soalselidik yang disediakan.

Manakala kaedah kuantitatif pula, pengkaji menggunakan ujian pra

dan pos bagi mendapatkan skor markah berdasarkan frekuensi dan peratus.

Daripada markah ujian yang diperolehi, pengkaji akan menggunakannya

untuk mendapatkan min dan sisihan piawai untuk membuat perbandingan

pencapaian dan kefahaman pelajar.

Page 17: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

BIL AKTIVITI TARIKH

PELAKSANAAN CATATAN

1 Mengenal pasti masalah dan

pengumpulan data tinjauan awal

Januari

Februari

2 Menulis kertas cadangan kajian Feb – April

3 Merancang tindakan Apr – Mei

4 Melaksanakan tindakan Mei – Jun

5 Mengumpul data Jun

6 Menganalisis data Julai

7 Refleksi kajian Ogos

8 Menulis laporan kajian Ogos – Sept

9 Pembentangan dapatan kajian Oktober

Jadual 5.4.1 Jadual Perancangan Pelaksanaan Tindakan

A Tahun 2012

Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt

1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal

2. Menulis kertas cadangan kajian

3. Merancang tindakan

4. Melaksanakan tindakan

5. Mengumpul data

6. Menganalisis data

7. Refleksi kajian

8. Menulis laporan kajian

9. Pembentangan dapatan kajian

Jadual 5.4.2 Carta Gantt Perancangan Pelaksanaan Tindakan

Page 18: Kertas Cadangan Kajian Tindakan..pdf