kertas cadangan kajian tindakan.docx

5

Click here to load reader

Upload: rossainie

Post on 04-Oct-2015

25 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Kertas Cadangan Kajian Tindakan1. Tajuk Kajian :Meningkatkan Kemahiran Menjaring Dalam Permainan Bola Jaring di Kalangan Pelajar Tingkatan 1

2. Nama Penyelidik :i. En. Alexander Jaengii. Pn. Rossainie Hayati bt Mamat

3. Nama Sekolah :Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau,Lot 6410, Block 10,Kuala Baram Land District,Bandar Baru Permyjaya,98100 Miri, Sarawak.

4. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Lalu :Pada semester yang lalu, kami telah mengajar pelajar tingkatan satu bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan khususnya bagi tajuk permainan bola jaring. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, kami menfokuskan kepada kemahiran hantaran, gerak kaki dan juga kemahiran menjaring. Sepanjang berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, kami mendapati bahawa kebanyakan pelajar terutamanya pelajar perempuan kurang berpengetahuan dan juga berkemahiran dalam permainan bola jaring walaupun kita semua telah sedia maklum bahawa permainan tersebut adalah merupakan permainan bagi kaum perempuan.Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dikenalpasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran tersebut ialah di mana pelajar tidak dapat bermain dengan baik kerana banyak melakukan kesilapan terutamanya bagi kemahiran gerak kaki dan yang paling penting adalah bagi teknik menjaring. Berdasarkan pemantauan yang dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran tersebut berlangsung, kami mendapati kebanyakan pelajar hanya menggunakan satu teknik sahaja untuk menjaringkan gol iaitu dengan menggunakan teknik menjaring pada kedudukan statik sedangkan pada hakikatnya teknik menjaring ini sebenarnya boleh dilakukan dalam 5 teknik atau cara. Sepanjang kelas dijalankan, kami telah memberikan penjelasan secara teori dan amali tentang kelima-lima teknik tersebut tetapi tidak berdasarkan kepada ansur maju bagi setiap teknik berkenaan. Apabila ujian menjaring dilakukan ke atas semua pelajar, kami mendapati bahawa sememangnya ada di kalangan pelajar yang dapat menjaringkan gol tetapi mereka hanya menggunakan satu teknik sahaja dan sememangnya pelajar berkenaan sangat lemah dan kurang mengetahui tentang teknik yang betul untuk menjaringkan gol. Apabila disoal atau ditanya oleh guru, pelajar memberikan alasan bahawa sebelum ini mereka tidak pernah didedahkan dan diajar menggunakan teknik-teknik yang sebenarnya dan hanya menumpukan kepada satu teknik sahaja. Disebabkan kelemahan ini, kami telah mengambil keputusan untuk membuat satu kajian tentang corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya kemahiran teknik menjaring ini dapat dikuasai dan dipertingkatkan oleh para pelajar khususnya bagi pelajar perempuan yang berminat dengan permainan bola jaring ini.

5. Fokus Kajian :Walaupun kami dapat mengenalpasti banyak masalah yang timbul dalam kemahiran bola jaring dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lalu, tetapi kami hanya akan memfokuskan kepada satu kemahiran sahaja iaitu kemahiran menjaring dalam permainan bola jaring. Kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam kemahiran tersebut ialah :i) Pelajar hanya menfokuskan kepada satu teknik sahaja apabila melakukan jaringan.ii) Koordinasi pelajar semasa melakukan jaringan sangat rendah dan berkurangan di mana pelajar tidak memberikan tumpuan yang sepenuh apabila hendak melakukan jaringan.iii) Terdapat di kalangan pelajar menganggap bahawa teknik menjaring secara statik sangat mudah jika hendak dibandingkan dengan kaedah atau teknik yang lain.

6. Objektif Kajian :Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut :i) Objektif Umum Meningkatkan kemahiran pelajar dalam teknik menjaring dalam permainan bola jaring.

ii) Objektif Khusus Membantu meningkatkan kemahiran menjaring bagi pelajar berdasarkan teknik-teknik yang dipelajari. Pelajar dapat melakukan jaringan dalam ujian yang dilaksanakan mengikut teknik yang betul dan menitikberatkan aspek koordinasi semasa menjaring. Mengaplikasikan pelbagai jenis teknik dalam kemahiran menjaring semasa bermain bola jaring. Membantu pelajar supaya dapat menjaring dengan tepat dalam pelbagai situasi atau keadaan setelah mempelajari teknik-teknik dalam kemahiran menjaring.

7. Kumpulan Sasaran :Kajian ini akan melibatkan seramai 97 orang pelajar perempuan bagi kelas tingkatan 1 Anggerik, 1 Bakawali, 1 Jasmine dan 1 Melati.

8. Tindakan Yang Dicadangkan :i) Tinjauan Masalah :Sebelum langkah yang seterusnya dibuat, tinjauan dan pemerhatian telah dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dilakukan bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai masalah tersebut. Tinjauan serta pemerhatian yang dilakukan adalah seperti berikut :a) Memberikan penjelasan secara teori dan amali kepada semua pelajar.b) Setiap pelajar diberikan peluang untuk melakukan percubaan jaringan berdasarkan teknik-teknik yang telah dipelajari.c) Melakukan ujian jaringan sebanyak 5 kali kepada setiap pelajar bagi mengenalpasti kesilapan yang dilakukan oleh setiap pelajar.d) Melakukan ujian jaringan mengikut jarak yang ditetapkan.

ii) Cara Pelaksanaan :a) Guru mempertingkatkan kaedah pengajaran dengan menggunakan bahan pengajaran seperti gambar, maklumat atau bahan yang berkaitan dengan apa yang akan dipelajari.b) Guru akan memberikan penerangan berdasarkan penggunaan bahan tersebut dan pelajar melakukan aktiviti amali mengikut ansur maju yang betul bagi setiap teknik menjaring.c) Pelajar perlu melakukan jaringan menggunakan teknik yang paling mudah kepada yang lebih sukar.d) Pelajar perlu membuat jaringan dengan cara menggabungkan kesemua teknik yang dipelajari mengikut jarak yang ditetapkan dan guru mengenalpasti kesalahan yang dilakukan oleh pelajar.e) Dalam kumpulan yang kecil, pelajar akan berbincang dan akan membuat folio berkaitan dengan kemahiran teknik menjaring.f) Guru melakukan ujian secara teori kepada setiap pelajar untuk menguji ingatan dan pemahaman pelajar tentang kemahiran yang dipelajari.g) Kesemua data atau maklumat yang diperolehi akan direkodkan bagi mengenalpasti tahap kemampuan pelajar untuk menguasai kemahiran yang dipelajari.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian :BilAktivitiTarikh

1.Mengenalpasti masalah dan mengumpul data Jun 2011

2.Menulis proposal dan rancangan tindakan Jun 2011

3.Melaksanakan tindakan dan membincangkan masalah yang timbul5 Julai - 2 September 2011

4.Perbincangan dan menyiapkan folio 8 September 2011

5.Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar20 September 2011

6.Refleksi kajian25 September 2011

7.Menulis laporan kajian30 September 2011

8.Pembentangan dapatan kajian5 November 2011