kajian tindakan.docx

32
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Pengalaman mengajar selama lebih enam belas tahun telah memberi pengkaji peluang untuk memerhati dan mendalami teknik dan corak serta situasi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di bawah kelolaan pengkaji. Pengalaman pengkaji sebagai seorang guru sains serta pelbagai pengalaman dalam perkhidmatan yang telah pengkaji garap sepanjang perkhidmatan menjadikan pengkaji seorang yang perlu memberi contoh terbaik dan memberikan pandangan yang bernas dan berkesan. Dalam masa yang sama menjadi pendorong kepada guru-guru sains yang lain dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan cekal dan menggunakan pelbagai pendekatan. Dalam mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, permasalahan yang timbul selepas pengkaji mengajar topik Makanan dan Khasiatnya. Di dalam pengajaran, pengkaji telah mendapati bahawa sebahagian besar murid-murid tidak dapat mengelaskan makanan mengikut fungsinya iaitu makanan yang membantu tumbesaran, makanan yang membantu mengekalkan kesihatan dan makanan yang memberi tenaga. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, segelintir sahaja murid yang boleh menjawab soalan dengan tepat, manakala yang lain teragak-agak dengan jawapan dan ada yang hanya mendiamkan diri. Jelas sekali daya ingatan mereka hanyalah dalam jangkamasa pendek sahaja dan mereka hanya dapat menjawap soalan dengan betul apabila diberi 1

Upload: rosmi-jisuk

Post on 31-Jan-2016

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan.docx

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Pengalaman mengajar selama lebih enam belas tahun telah memberi pengkaji peluang

untuk memerhati dan mendalami teknik dan corak serta situasi pengajaran dan pembelajaran

yang berlangsung di bawah kelolaan pengkaji. Pengalaman pengkaji sebagai seorang guru

sains serta pelbagai pengalaman dalam perkhidmatan yang telah pengkaji garap sepanjang

perkhidmatan menjadikan pengkaji seorang yang perlu memberi contoh terbaik dan

memberikan pandangan yang bernas dan berkesan. Dalam masa yang sama menjadi

pendorong kepada guru-guru sains yang lain dalam menjalankan proses pengajaran dan

pembelajaran dengan cekal dan menggunakan pelbagai pendekatan.

Dalam mengajar mata pelajaran Sains Tahun 2, permasalahan yang timbul selepas

pengkaji mengajar topik Makanan dan Khasiatnya. Di dalam pengajaran, pengkaji telah

mendapati bahawa sebahagian besar murid-murid tidak dapat mengelaskan makanan

mengikut fungsinya iaitu makanan yang membantu tumbesaran, makanan yang membantu

mengekalkan kesihatan dan makanan yang memberi tenaga. Semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran, segelintir sahaja murid yang boleh menjawab soalan dengan tepat, manakala

yang lain teragak-agak dengan jawapan dan ada yang hanya mendiamkan diri. Jelas sekali

daya ingatan mereka hanyalah dalam jangkamasa pendek sahaja dan mereka hanya dapat

menjawap soalan dengan betul apabila diberi bimbingan. Menurut Hilgard, Atkinson (1975),

ingatan manusia boleh digolongkan kepada dua jenis yang utama iaitu ingatan jangka pendek

dan ingatan jangka panjang. Menurut beliau lagi, seseorang dapat memberi tumpuan secara

sadar dalam masa pendek dan mempunyai kadar lupaan yang cepat tanpa latihan.

Keadaan ini membuatkan pengkaji mula merasa gusar kerana soalan-soalan berkaitan

topik ini 5 hingga 10 soalan akan ditanya. Apabila pengkaji mengajukan persoalan ini kepada

Ketua Panitia Mata Pelajaran Sains dan guru sains yang lain serta guru-guru yang mengajar

kelas tersebut, maklum balas yang pengkaji terima dari Ketua Panitia, guru-guru sains serta

guru-guru yang mengajar kelas tersebut adalah seperti berikut:

Pelajar kelas tersebut kebanyakkan kelas linus yang masih kurang lancar

membaca dan menulis.

1

Page 2: Kajian Tindakan.docx

Pelajar tidak dapat mengingat sesuatu fakta dalam tempoh masa yang lama

Pelajar hanya mengharapkan semua jawapan dari latihan dan soalan

pengajaran dan pembelajaran daripada guru sahaja.

Pelajar tidak memberi tumpuan di dalam kelas menyebabkan mereka tidak

dapat mengingat apa yang disampaikan oleh guru.

Pelajar seolah-olah tidak berminat atau hilang minat mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran sains.

Memandangkan kepada masalah ini, pelbagai persoalan yang timbul berkisarkan

kepada permasalahan ini dimana murid tidak dapat mengingat kembali topik berkaitan

pengelasan makanan mengikut fungsinya. Apa yang merisaukan pengkaji 2 Aman 3 adalah

kelas yang akhir sekali dan kebanyakkanya murid linus dan kelas ini mempunyai tahap

pembelajaran yang agak lemah. Maka menjadi tanggungjawab pengkaji untuk menjadikan

kelas ini sebagai kelas yang mempunyai harapan lulus terutama untuk mata pelajaran sains.

Pengkaji merasa rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah keadaan ini.

Pengkaji tertanya-tanya adakah pendekatan yang pengkaji gunakan tidak dapat

diterima oleh murid-murid dan apakah penyebab murid-murid mudah lupa walaupun pada

satu topik yang agak mudah pada pengkaji iaitu pengelasan makanan mengikut fungsinya.

Menurut Howard Gardner (1983) ada mengatakan ketidakserasian antara kaedah mengajar

dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang

minat dan mudah lupa terhadap sesuatu subjek yang diajar.

Justeru itu pengkaji telah menemubual beberapa murid pengkaji secara tidak formal.

Pengkaji bertanya masalah yang mereka hadapi terutama dalam topic yang boleh dianggap

ringan ini namun tidak berjaya dikuasai dengan baik oleh murid-murid pengkaji. Hasil dari

temubual ini penkaji dapati kebanyakkan dari murid pengkaji memberikan jawapan

“ tak ingat lah..”

“ susah cikgu..”

“ dah cuba hafal , tapi tak ingat juga..”

Pengkaji berpendapat sekiranya tiada sebarang penambahbaikkan yang dibuat maka murid

pengkaji akan sentiasa berada dalam keadaan lupa dan ini dirasakan boleh menganggu tahap

pemahaman murid pengkaji pada pengelasan makanan mengikut fungsinya apabila berada di

dalam dunia realiti.

2

Page 3: Kajian Tindakan.docx

Pengkaji merasakan dalam proses pembelajaran, mengenal dan memahami dianggap

sebagai telah mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pada pengkaji matlamat

pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menghabiskan sukatan pembelajaran agar mudah

untuk diuji dalam bentuk ujian tetapi pengkaji telah melakukan kesilapan kerana yang

penting adalah tahap pemahaman pelajar pengkaji terhadap setiap tajuk yang diajar. Ini

bertujuan agar murid pengkaji dapat menggunakan ilmu yang telah pengkaji sampaikan ini

bukan sahaja di sekolh tetapi juga diaplikasikan dengan dunia luar murid.

Disini pengkaji mula memahami bahawa murid pengkaji mempunyai daya ingatan

jangka pendek sekiranya pembelajaran tidak dirangsang dengan sesuatu rangsangan yang

kuat. Pengkaji mula menyedari bahawa pengkaji perlu mengubah tahap atau daya ingatan

murid-murid pengkaji agar dapat menjawab soalan berkaitan dengan pengelasan makanan

mengikut fungsinya dengan mudah dan perkara ini boleh terlaksana apabila murid-murid

pengkaji mempunyai tahap ingatan yang kuat dan mudah mengingat kembali apa yang

dipelajari ketika berada di sekolah.

Pengkaji mula berfikir apakah kaedah yang boleh pengkaji lakukan bagi mengubah

ingatan jangka pendek murid-murid pengkaji seterusnya memindahkan maklumat daripada

ingatan jangka pendek ke ingatan jangka panjang. Menurut Hilgard dan Atkinson (1975) lagi,

semakin lama sesuatu maklumat dikekalkan dalam ingatan jangka pendek melalui latihan,

semakin tinggi kemungkinan ia akan ditukar ke ingatan jangka panjang. Dalam masalah ini

pengkaji merasakan semakin lama kita meyimpan maklumat dalam ingatan jangka pendek

melalui latihan, semakin tinggi kemungkinan ia menjadi sebahagian daripada ingatan ‘kekal’.

Berdasarkan segala permasalahan yang telah pengkaji sebutkan di atas, maka pengkaji

telah mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mengajar tajuk makanan dan

fungsinya. Pengkaji telah menggunakan kaedah permainan iaitu “ Food Game” semasa

mengajar tajuk tersebut . Pengkaji merasakan kaedah “Food Game” dapat meningkatkan

ingatan murid dan memberi keseronokan kepada murid untuk mempelajari tajuk ini. Melalui

kaedah ini murid menggunakan computer untuk bermain permainan “Food Game “ yang

pengkaji bina sendiri.

Bagi kurikulum di Malaysia beberapa cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran

untuk mencapai objektif pengajaran yang tertentu dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk

aktiviti pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat

meningkatkan minat murid-murid terhadap mata pelajaran sains. Proses pengajaran dan

3

Page 4: Kajian Tindakan.docx

pembelajaran sains yang tidak menarik dan mengujakanpasti akan membosankan murid. Bagi

pengajaran tajuk makanan dan fungsinya , pengkaji telah menggunakan kaedah permainan

dan dijangka dapat membantu murid-murid mengingat dan seterusnya mengelaskan makanan

mengikut fungsinya. Bagi murid-murid tahin dua yang rata-rata umurnya 8 tahun, bermain

adalah salah satu tabiat atau aktiviti yang akan dilakukan oleh mereka walaupun tiada arahan

daripada guru.Pengkaji mejangkakan aktiviti “ Food Game ” ini dapat menarik minat murid

terhadap tajuk yang diajar. Murid yang menunjukkan minat akan mempengaruhi tumpuan

mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya akan menghasilkan ingakatn

jangka panjang bagi tajuk makanan dan fungsinya. Secara tidak langsung kaedah permainan

ini sedikit sebanyak membantu murid-murid untuk menjadi murid yang celik IT sesuai

dengan era zaman sekarang.

4

Page 5: Kajian Tindakan.docx

2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATINAN

2.1 Tinjauan Masalah

Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran, seorang guru tidak lari dari

menghadapi masalah terutama terhadap pelajar yang bermasalah dalam mengingat

pembelajaran yang telah dipelajari. Hal ini kerana semestinya menjalankan hubungan

membina kefahaman minda dan penyampaian maklumat kepada pelajar.

Setiap murid akan sentiasa menghadapi pelbagai masalah yang menganggu murid

untuk meneruskan pembelajaran dengan baik. Masalah ini biasanya timbul dalam diri murid

itu sendiri ataupun masalah luaran atau persekitaran bilik darjah. Apabila berhadapan dengan

situasi ini, saya memfokuskan untuk mengkaji masalah ingatan dan kefahaman murid bagi

tajuk makanan dan fungsinya. Murid bermasalah untuk mengelaskan makanan mengikut

fungsinya iaitu makanan untuk membesar, mekanan yang mengekalkan kesihatan dan

makanan yang memberi tenaga.

Masalai ini dapat pengkaji perhatikan setelah mengkaji beberapa isu dan

keperihatinan terhadap penambahbaikkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan. Tumpuan kajaian pengkaji adalah kepada murid Tahun 2. Keadaan ini disebabkan

oleh perkara berikut :

i. Murid tahun 2 merupakan murid yang baru beralih dari tahun 1 ke tahun 2. Sikap dan

tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran kurang memuaskan.

ii. Peratus kelulusan ujian penggal pertama rendah berbanding dengan kelas tahun 2

yang lain.

iii. Perlu mengekalkan minat murid tahun 2 terhadap mata pelajaran sains agar sasaran

tahunan tercapai dan objektif pembelajaran juga tercapai.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

2.2.1 Hasil Pemerhatian Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Pemerhatian dilakukan secara langsung dan tidak langsung. Pengkaji memerhatikan

perubahan tingkahlaku murid selepas sesi pengajaran dan pembelajaran tajuk “ Makanan dan

5

Page 6: Kajian Tindakan.docx

Fungsinya”. Kebanyakkan murid cuma dapat memberikan contoh makanan yang

memberikan tenaga dan fungsi makanan yang selebihnya murid tidak dapat memberikan

contoh yang betul. Murid kelihatan keliru dan tidak dapat mengelaskan makanan mengikut

fungsinya. Pengkaji menggunakan kaedah hafalan dan kuiz, ianya juga tidak dapat membantu

murid pengkaji mengingat dengan cepat. Ianya mungkinberkaitan dengan situasi kelas Tahun

2 Aman 3 yang merupakan kelas akhir dan kebanyakkan muridnya adalah kelas linus dan

mempunyai latar belakang murid yang masih belum boleh membaca dan lemah dalam proses

mengingat.

Menurut Mok Soon Sang (2006), kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan

semua cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan

nilai yang diinginkan oleh murid. Oleh itu , bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna

seseorang guru hendaklah memilih satu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan kesan

kepada murid yang diajar.

Atas sebab-sebab inilah maka pengkaji berpendapat haruslah mencari satu kaedah

yang baru dan boleh membantu murid-murid penkaji mengingat dan dapat mengelaskan

makanan mengikut fungsinya, Kaedah pengajaran dan pembelajaran pengkaji boleh

dipelbagaikan dari semasa ke semasa mengikut profil kecerdasan murid di dalam kelas

kerana kehilangan minat terhadap sesuatu subjek amat merbahaya pada diri seorang murid

khususnya dan sekolah amnya.

2.2.2 Isu Keputusan Latihan Murid

Latihan pengukuhan sering diberikan oleh guru setiap kali selesai menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Latihan yang berbentuk mengisi tempat kosong,

memadankan gambar dan mengelaskan gambar mengikut fungsi merupakan antara aktiviti-

aktiviti berbentuk penulisan yang memerlukan proses ingatan semula pelajar terhadap

pengajaran dan pembelajaran yang baru mereka jalani.

Dalam tajuk “ Makanan dan Fungsinya ” latihan seperti yang tersebutdi atas adalah

merupakan latihan yang mudah dan sepetutnya dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Namun begitu bagi Tahun 2 Aman 3 yang merupakan kelas akhir dapat diperhatikan separuh

murid tidak dapat memperolehi jawapan yang betul pada soalan latihan yang agak mudah.

6

Page 7: Kajian Tindakan.docx

Tujuan utama latihan pengukuhan ini diberi setelah selesai proses pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk menguji tahap ingatan dan kefahaman murid terhadap contoh-

contoh makanan dan fungsinya. Ababila melihat kepada jumlah murid yang dapatmenjawab

dengan betul, pengkaji engandaikan daya ingatan dan kefahaman murid terhadap jenis

makanan dan fungsinya lemah dai ini dapat dikesan melalui jawapan yang diberikan pada

latihan ini.

2.2.3 Isu Maklumbas Daripada Murid

Bagi mendapat maklum balas terhadap kefahaman dan masalah yang dihadapi oleh

murid bagi tajuk “Makanan dan Fungsinya”, pengkaji telah menemubual beberapa orang

murid dari Tahun 2 Aman 3 secara tidak langsung setelah proses pengajaran dan

pembelajaran yang pengkaji lakukan. Berdasarkan jawapan murid tersebut bahawa mereka

lupa jenis makanan dan tidak dapat mengelaskan makanan mengikut fungsinya. Pengkaji

telah membuat kesimpulan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

untuk topik “ Makanan dan Fungsinya” sebelum ini tidak berkesan. Terdapat beberapa

masalah yang dikesan dan dihadapi oleh murid, antaranya:

i. Murid tidak dapat mengingat contoh-contoh makanan mengikut fungsinya jika tidak

merujuk buku teks.

ii. Murid tidak dapat mengenalpasti perbezaan makanan dn contoh makanan yang

memberi tenaga, membantu tumbesaran dan makanan yang membantu mengekalkan

kesihatan.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu, pengkaji hanya menggunakan

kaedah kuliah dan menggunakan buku teks sebagai BBM. Namun kaedah yang pengkaji

gunakan tidak berkesan kerana tidak dapat merangsang minat dan kefahaman murid terhadap

tajuk yang diajar. Gambar yang ditunjukan dalam buku teks agak kecil dan digabungkan

dalam satu gambar menyebabkan murid tidak dapat melihat dengan jelas. Kaedah yang

digunakan oleh pengkaji juga kurang menarik minat murid untuk mengikuti sesi pengajaran

dan pembelajaran . Murid kelihatan bosan dan kurang memberikan tumpuan dan murid

lambat menjawab soslan-soalan yang diajukan oleh guru megenai topik “ Makanan dan

Fungsinya”.

7

Page 8: Kajian Tindakan.docx

Kesimpulannya disini berdasarkan huraian kepada isu-isu yang dibincangkan di atas

maka dapat dinyatakan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran tajuk “ Makanan dan

Fungsinya” tidak mencapai objektif. Maka disini timbul usaha untuk menghasilkan kaedah

pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah permainan iaitu “ Food Game ”

bagi meningkatan daya ingatan murid dan keseronokan belajar terhadap tajuk ini. Justeru itu

dengan penggunaan kaedah ini dapat membantu mengurangkan masalah lupa, bosan dan

tidak faham dikalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan

merasa seronok bermain permainan “ Food Game” untuk tajuk “Makanan dan Fungsinya”

kerana “game” sudah sebati dengan diri murid pada masa ini. Pengaruh IT yang sangat

berleluasa dan juga “game” yang mana murid sudah terdedah sama ada melalui telefon pintar

maupun computer. Pengkaji percaya melalui kaeah permainan ini dapat mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran iaitu murid dapat mengelaskan makanan mengikut fungsinya

iaitu makanan untuk tumbesaran , makanan untuk memberi tenaga dan makanan untuk

kengekalkan kesihatan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan murid mengelaskan jenis

makanan mengikut fungsinya dengan menggunakan kaedah permainan iaitu “ Food

Game ”bagi murid tahun 2 Aman 3.

ii. Objektif Khusus

Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang memberi tenaga.

Membantu murid mengenal pasti makanan yang membantu tumbesaran

Membantu murid mengenal pasti jenis makanan yang mengekalkan kseihatan.

Membina keyakinan diri seterusnya melahirkan murid yang kritis.

Menambahbaik kaedah pengajaran dan pembelajaran guru

8

Page 9: Kajian Tindakan.docx

3.2 Soalan Kajian

1. Adakah kaedah “ Food Game” dapat meningkatkan kemahiran mengelas

makananmengikut fungsinya.

2. Adakah kaedah “ Food Game ” dapat meningkatkan tahap pencapaian murid

dalam topic “ Makanan dan Fungsinya”.

3. Adakah kaedah “ Food Game” dapat menambahbaik proses pengajaran dan

pembelajaran guru.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini mensasarkan kumpulan murid Tahun 2 Aman 3 kerana topik yang dikaji

adalah di bawah Dokumen Standard Kurikulum DST tahun 3. Oleh itu sampel yang

digunakan adalah murid dari kelas 2 Aman 3 seramai 25 orang, 13 orang murid lelaki 12

orang murid perempuan dari SK Seri Kota Puteri , Masai , Johor Bahru.

Rasionalnya Tahun 2 Aman 3 dipilih kerana pengkaji hanya mengajar kelas tersebut

bagi mata pelajaran sains. Pengkaji memilih kelas ini kerana kelas ini mempunyai murid yang

prestasinya sederhana dan lemah. Memandangkan peratusan markah bagi tajuk ini agak besar

dan diperkirakan tajuk ini boleh membantu murid mendapatkan markah yang lebih baik,

maka lebih sesuai kajian dikhususkan kepada kelas ini bagi membantu murid –murid.

5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan

5.1.1 Tinjauan Masalah

Pengkaji telah menganalisa keputusan PKSR mata pelajaran Sains Tahun 2 yang

dilaksanakan di peringkat dalaman. Didapati kebanyakkan muridtidak dapat menjawab soalan

yang diberikan. Analisis keputusan peperiksaan menunjukkan murid tidak dapat memberikan

jawapan yang tepat bagi soalan yang berkisar tentang topik” Makanan dan Fungsinya”.

Ramai murid yang membuat kesalahan terutama bagi soalan mengelaskan makanan dan

contoh-contoh makanan mengikut fungsinya.

9

Page 10: Kajian Tindakan.docx

5.1.2 Pemerhatian

Pengkaji juga telah membuat pemerhatian melalui proses pengajaran dan

pembelajaran . Didapati kaedah kuliah dan hafalan menjadi masalah kepada murid-murid

lemah kerana terdapat pelbagai jenis makanan dan fungsinya. Walaupun diajar berulang kali,

namun keupayaan murid sangat terhad dan menimbulkan kebosanan kepada diri murid.

5.1.3 Soal Selidik

Pengkaji memberi sampel soal selidik yang mengandungi soalah dengan

keberkesanan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan yang

terdapat dalam soal selidik adalah berbentuk tertutup dengan menggunakan Skala Likert tida

pilihan. Sakala Likert digunakan kerana sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun2

supaya selaras dan selari dengan tahap pemikiran mereka. Sampel hanya perlu menanda

( / ) pada salah satu ruang jawapan yang disediakan mengikut skala. Skala yang paling tinggi

adalah ( Setuju ) dan yang paling rendah adalah ( Tidak setuju ). Pembentukan item-item soal

selidik adalah berdasarkan kepada tujuan kajian.

5.1.4 Ujian Pra

Pengkaji telah mengedarkan latihan yang mengandungi 20 soalan bertumpu berkaitan

topik “ Makanan dan Fungsinya”. Soalah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu soalan

objektif dan soalan subjektif. Soalan-soalan berfokus kepada apa yang sudah dipelajari pada

sesi pembelajarn yang lalu. Ujian ini dilakukan untuk menguji pemahaman sampel tentang

topik dengan mengunakan pengetahun mereka daripada pengajaran dan pembelajaran

sebelum ini.

5.1.5 Ujian Pasca

Pengkaji telah memberi soalan ujian selepas tindakan kepada sampel, yang

mengandungi 20 soalan bertumpu kepada topik “ Makanan dan Fungsinya”. Ujian Pra dan

ujian Pasca mempunyai soalan yang sama. Ujian telah diadakan serentak kepada semua

sampel .

10

Page 11: Kajian Tindakan.docx

5.1.6 Perlaksanaan Kaedah “ Food Game ”.

Pengkaji menerangkan tentang jenis makanan dan fungsinya menggunakan slaid

Power point yang dibina sendiri. Pengkaji membentuk kumpulan yang terdiri daripada 5

orang murid bagi setiap kumpulan. Pengkaji menerangkan cara dan peraturan permainan

tersebut, Murid menggunakan computer untuk bermain “Food Game” yang pengkaji bina

sendiri dalam masa 20 minit. Murid perlu “klik” pada ruangan jawapan dan taip “ Ya” atau

“Tidak”. Jawapan yang betul akan menerima 2 mata ganjaran dan ucapan “Tahniah”,

manakala jawapan yang salah mendapat 0 mata ganjaran dan ucapan “ Cuba Lagi”. Murid

akan bermain secara individu dalam masa yang ditetapkan. Markah akan dikira mengikut

jumlah jawapan yang betul. Kumpulan yang mendapat markah tertinggi menjadi pemenang.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Pengkaji akan menggunakan pelbagai prosedur pengumpulan data untuk mendapatkan

data bagi kajian tindakan ini. Beberapa prosedur yang digunakan adalah pemerhatian, soal

selidik dan ujian bertulis iaitu Ujian Pra dan ujian Pasca.

5.2.1 Pemerhatian

Untuk mengumpulkan data yang diperlukan, pengkaji telah melihat corak perubahan

pencapaian murid-murid Tahun 2 Aman 3 selepas tindakan dilaksanakan. Pengkaji

mengambil data analisis keputusan peperiksaan Tahun 2 Aman 3 bagi subjek sains pada

bulan Mac. Pengkaji juga telah membuat analisis keputusan peperiksaan bagi tajuk “

Makanan dan Fungsinya”.

5.2.2 Soal Selidik

Menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang selidik dapat meningkatkan

ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh sampel kerana ia tidak dipengaruhi

oleh gerak laku pengkaji. Soal selidik ini adalah untuk memperkukuhkan lagi pernyataan

kajian bahawa penggunaan kaedah permainan dalam proses pengajran dan pembelajaran

11

Page 12: Kajian Tindakan.docx

dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mengelaskan makanan mengikut fungsinya bagi

murid tahun 2 Aman 3. Instrumen soal selidik yang telah disediakan mengandungi dua

bahagian iaitu:

i. Bahagian A

Bahagian latarbelakang murid. Bahagian ini mempunyai dua item iaitu bangsa dan

jantina.

ii. Bahagian B

Bahagian keberkesanan penggunaan kaedah permainan dalam mengajar tajuk

“Makanan dan Fungsinya”

Bahagian ini mengandungi soalan mengenai keberkesanan kaedah permainan semasa

proses pengajaran dan pembelajaran.

5.2.3 Mengendalikan Ujian Pra dan Ujian Pasca

Selain menggunakan kaedah pemerhatian,dan soal selidik, pengkaji juga telah

mengendalikan ujian bertulis iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca yang diedarkan kepada sampel

iaitu murid-murid tahun 2 Aman 3. Ujian Pra telah dijalankan untuk menilai dan mengetahui

kefahaman murid terhadap tajuk “ Makanan dan Fungsinya” berdasarkan pengajaran dan

pembelajaran yang telah dijalankan dahulu. Ujian Pra mengandungi 20 soalan terdiri daripada

soalan objektif dan soalan subjektif. Selepas Ujian Pra dijalankan sebelum tindakan,

pengkaji memberi Ujian Pasca iaitu selepas tindakan dilaksanakan. Ujian pasca adalah

soalan yang sama tetapi diberi kepada sample selepas tindakann dilaksanakan iaitu

penggunaan keadah “ Food Game” dalam mengajar tajuk “ Makanan dan fungsinya”.

12

Page 13: Kajian Tindakan.docx

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Dapatan kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kuantitatif mudah.

5.3.1 Soal selidik

Berikut adalah contoh-contoh analisis borang soal selidik yang dijalankan.

a. Perbandingan Dapatan soal selidik sebelum dan selepas tindakan

Soalan

Sebelum Tindakan

( Bil Murid )

Sebelum Tindakan

( Bil Murid )

Skala Likert Skala Likert

Tidak

Setuju

( 1 )

Kurang

Pasti

( 2 )

Setuju

( 3 )

Tidak

Setuju

( 1 )

Kurang

Pasti

( 2 )

Setuju

( 3 )

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jumlah bilangan

murid (f )

Peratus

(f/∑f)x100

Jumlah bil

murid x

Skor markah

( Fx )

Min

(∑fx /∑f)

13

Page 14: Kajian Tindakan.docx

b. Skor Markah

Pernyataan Skor Markah

Setuju 3

Kurang Pasti 2

Tidak setuju 1

c. Graf Peratusan Item Sebelum dan Selepas Tindakan

80.00%

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%

Tidak Setuju Kurang pasti Setuju

Sebelum Tindakan Selepas Tindakan

14

Page 15: Kajian Tindakan.docx

5.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berikut adalah contoh – contoh analisis yang dibuat ke atas keputusan ujian Pra dan

Ujian Pasca yang dijalankan ke atas sampel.

a. Jadual Analisis keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca mengikut Markah dan

Gred

Markah Gred

Ujian Sebelum

Tindakan

Ujian Sebelum

Tindakan

Peratus

Peningkatan

/

Penurunan

Bil

Murid

Peratus ( % ) Bil

Murid

Peratus ( % )

80-100 A

60-79 B

40-59 C

20-39 D

0-19 E

b. Jadual Analisis Gred Keputusan Murid Sebelum dan Selepas Tindakan

25

20

15

10

5

0

A B C

Ujian sebelum tindakan Ujian selepas tindakan

15

Page 16: Kajian Tindakan.docx

c. Analisis peratus markah Ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan

80

70

60

50

40

30

20

10

0

A B C

Ujian sebelum tindakan Ujian selepas tindakan

d. Analisis Markah Ujian Sebelum Tindakan

Bilangan soalan

yang betul

Markah

( Bilangansoalan x

5 )

Bilangan Pelajar

( f )

Jumlah markah

( Markah ÷f )

20

19

18

17

16

15

14

13

12

11

10

16

Page 17: Kajian Tindakan.docx

9

8

7

6

5

4

3

2

1

Jumlah

Min markah ujian sebelum tindakan (x)

e. Analisis Markah Ujian Selepas Tindakan

Bilangan soalan

yang betul

Markah

( Bilangansoalan x

5 )

Bilangan Pelajar

( f )

Jumlah markah

( Markah ÷f )

20

19

18

17

16

15

14

13

12

11

10

9

8

7

17

Page 18: Kajian Tindakan.docx

6

5

4

3

2

1

Jumlah

Min markah ujian sebelum tindakan (x)

f. Analisis min markah bagi ujian sebelum tindakan dan selepas tindakan

Ujian Min Markah (x)

Ujian Sebelum Tindakan

Ujian Selepas Tindakan

g. Graf Perbandingan Min markah ujian sebelum dan selepas tindakan

84

82

80

78

76

74

72

70

Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan

18

Page 19: Kajian Tindakan.docx

5.4.1 Jadual Perlaksanaan

BULAN

KRITERIA JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER

Mendengar taklimat tentang

Kajian Tindakan daripada

pensyarah

Menerima jadual spesifikasi

tugasan

Menerima contoh borang

proposal Kajian Tindakan

Mengenalpasti masalah P&P

di sekolah dan mengisi

borang proposal

Berbincang dengan penyelia

dan membuat pembetulan

selepas berjumpa dengan

penyelia

Mencari bahan dan mula

mengumpul data tentang

proposal kajian Tindakan

Merangka dan membuat draf

Kajian Tindakan

Menulis Kajian Tindakan

mengikut spesikasi tugasan

Menghantar Proposal Kajian

Tindakan kepada pensyarah

penyelia

6.0 TINJAUAN LITERATUR

19

Page 20: Kajian Tindakan.docx

Situasi yang berlaku dalam bilik darjah adalah etos dan persekitaran sosial

yang telah dicipta oleh guru. Keadaan ini menunjukkan bahawa, adalah menjadi tugas dan

tanggungjawab seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran

berkesan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) telah menjelaskan mengenai tugas dan

tanggungjawab guru serta perkaitannya dengan pembelajaran seperti di bawah :

“Tugas utama guru di sekolah adalah untuk menguruskan pembelajaran. Sebagai

pengurus pembelajaran, tugas utama guru adalah untuk mengruskan bilik darjah. Ini kerana

hanya bilik darjah yang dapat diuruskan dengan baik akan mampu menjadikan suasana

pembelajaran yang menarik”

            Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian, kefahaman dan

kemahiran proses sains iaitu kemahiran mengelas murid terhadap isi pelajaran yang

disampaikan oleh guru.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang

dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah

hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.

            Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara

bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di

sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.

            Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, pengkaji hanya

menerangkan dengan menggunakan gambar dan buku teks sebagai bahan bantu mengajar.

Menurut Abdul Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai

pelajar menjadi bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru.

Kebosanan yang melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi

pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara

maksimum. Keadaan ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian

murid terhadap isi pelajaran tersebut.

            Dengan itu, pengkaji telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan

murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang pengkaji pilih adalah kaedah

permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak

membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel. Menurut beliau, aktiviti

bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,

20

Page 21: Kajian Tindakan.docx

kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial

mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap

kematangan murid.

            Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan

adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai

ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud

unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat

mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah

pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.

            Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim

dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran

mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri

pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda

mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.

            Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan

bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan

Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain

murid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan

menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermain boleh mendatangkan

kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan

belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang

ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan

murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran

umum kepada yang lebih spesifik.

            Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid

kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau

juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang

membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi

peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam

kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan

khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum

semula. 

            Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang

menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat

menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya meningkatkan interaksi dan

kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,

21

Page 22: Kajian Tindakan.docx

mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajran.

Kesimpulannya disini , terdapat banyak fakta yang mengatakan bahawa pelajar boleh

mengekalkan tahap ingatan terhadap apa yang diajar oleh guru adalah dengan menggunakan

keadah pembelajaran secara bermain. Kaedah bermain dapat menyediakan suasana yang

seronok dan gembira dan ini dapat membantu menghilangkan kebosanan murid serta dapat

membantu murid untuk memberi tumpuan terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Oleh itu, saya telah memilih permainan “ Food Game “ iaitu permainan betul salah sebagai

bahan bantu mengajar dalam melakukan kajian ini iaitu mengelaskan makanan mengikut

fungsinya.

BIBLIOGRAFI

22

Page 23: Kajian Tindakan.docx

1. Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :

UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.

2. Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.

3. Endra Devi Supiah (SMK Dato’Mohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK

Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur

4. Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor : UniversitiTeknologi

Malaysia.

5. Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam

Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.

6. Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course Materials.Bandung,Indonesia,

Universiti of education.

7. Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk   Kursus

Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan Menengah.Selangor : Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

8. Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah

danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

23