kertas kerja cadangan kajian tindakan.docx

Upload: sktdua-mersing

Post on 04-Jun-2018

349 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    1/21

    Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN

    Saya adalah seorang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

    Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,

    Kota Samarahan. Pada praktikum fasa tiga (3) ini, saya berpraktikum di Sekolah Kebangsaan

    Saint Ambrose, Panchor, Serian. Praktikum kali ini mengambil masa selama dua belas (12)

    minggu bermula pada 30 Januari 2012 dan akan berakhir pada 27 April 2012.

    Sekolah ini terletak kira-kira 48 Kilometer daripada Bandar Serian dan dikira kawasan

    luar Bandar. Sekolah ini terletak di tengah-tengah kampung Panchor Dayak dan dikelilingi

    majoritinya penduduk yang berbangsa Bidayuh. Sekolah ini mempunyai seramai 10 orang guru

    dan seorang staf sokongan dan dengan kemasukan saya serta seorang rakan praktikum, jumlah

    guru bertambah menjadi 12 orang. Enrolmen murid pula adalah seramai 61 orang dan sekolah ini

    dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM). Selain itu, sekolah ini juga tergolong dalam

    kategori sekolah yang menggunakan sistem geran dalam aspek pengurusan kewangan sekolah.

    Walaupun mempunyai sumber kewangan yang terhad, sekolah ini telah berusaha untuk

    menyediakan yang terbaik untuk murid-muridnya seperti menyediakan makmal sains, makmal

    komputer, perpustakaan, bengkel kemahiran hidup, stor sukan dan juga bilik pemulihan khas.

    Sekolah ini juga turut mempunyai bilik fail sendiri yang sentiasa dijaga rapi dan sistem

    pemfailan yang standard.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    2/21

    Pada hari pertama melapor diri, saya telah dimaklumkan oleh Guru Besar bahawa saya

    akan mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani untuk Tahun 1, Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun

    5. Kelas Tahun 1 mempunyai seramai 8 orang murid yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki

    dan 1 orang murid perempuan. Kelas Tahun 3 pula mempunyai seramai 9 orang murid yang

    terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Manakala, kelas Tahun 4

    mempunyai seramai 8 orang murid yang kesemuanya terdiri daripada murid lelaki. Kelas Tahun

    5 pula mempunyai murid seramai 10 orang murid yang terdiri daripada 3 orang murid lelaki dan

    7 orang murid perempuan. Untuk matapelajaran Pendidikan Moral pula, saya akan mengajar

    kelas Tahun 4.

    Setelah berjumpa dengan Guru Besar untuk sesi taklimat, saya berjumpa pula dengan

    guru pembimbing dan daripada maklumat yang guru pembimbing berikan kepada saya,

    kebanyakan murid lelaki di sekolah ini amat menggemari permainan badminton dan bola sepak

    manakala bagi murid perempuan, mereka mengemari permainan bola jaring yang merupakan

    kebitaraan sukan sekolah ini. Guru pembimbing saya juga memaklumkan bahawa sasaran

    sekolah untuk MSSR Serian pada tahun hadapan adalah untuk memenangi sekurang-kurangnya

    sebutir pingat gangsa. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membentuk murid

    melalui sesi P&P yang akan membantu membentuk dan meningkatkan kemahiran motor murid.

    1.2 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Murid-murid tahun 4 saya amat aktif di dalam permainan bola sepak dan mereka sering

    bermain bola sepak di padang yang terletak berdekatan dengan sekolah. Pada minggu pertama

    saya memasuki kelas mereka, mereka meminta agar saya mengajar tentang kemahiran bola sepak

    sewaktu sesi P&P. sewaktu saya membelek buku teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Tahun

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    3/21

    4, saya mendapati bahawa permainan bola sepak terkandung di dalam sukatan pelajaran Tahun 4.

    Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk mengajar kemahiran bola sepak semasa sesi P&P

    memandangkan semua murid di dalam kelas Tahun 4 ini semuanya lelaki. Dalam menyusun

    rancangan semester saya, saya meletakkan kemahiran bola sepak untuk 6 minggu pertama bagi

    menarik minat mereka menyertai sesi P&P saya dan untuk 6 minggu yang seterusnya, saya akan

    mengajar mereka tunjang kecergasan untuk membentuk kemahiran motor mereka secara

    spesifik.

    Dalam sesi pengajaran saya yang pertama pada 8 Februari 2012 bersama murid tahun 4

    ini , saya mengajar tentang kemahiran tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola

    kepada rakan yang berdekatan. Daripada pemerhatian saya, mereka dapat menghantar bola

    kepada rakan namun teknik yang mereka gunakan masih kurang tepat dan ini menyebabkan

    hantaran mereka kurang tepat ke kaki rakan yang menunggu untuk menyambut hantaran.

    hantaran menjadi kurang tepat kepada rakan kerana teknik yang digunakan kurang tepat dan

    ini melambatkan pergerakan rakan. (Nota Lapangan, 8/2/2012)

    Bagi membantu murid-murid ini, saya melakukan demonstrasi bagaimana melakukan

    tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan. Saya menggunakan ansur maju

    daripada statik ke bergerak dan daripada pemerhatian saya, murid-murid ini akan bermasalah

    apabila melakukan tendangan leret secara bergerak. Oleh itu, saya lebih banyak menekankan

    ansur maju sepanjang sesi P&P tersebut dan dibantu dengan permainan kecil yang meneguhkan

    lagi ansur maju yang telah dilakukan.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    4/21

    Pada sesi pengajaran saya yang seterusnya, saya mengajar murid-murid tahun 4 ini

    bagaimana untuk menyerkap bola. Kemahiran ini memerlukan murid untuk menghantar bola

    kepada rakan dalam jarak dekat dan sederhana. Semasa murid menjalankan aktiviti, saya

    mendapati bahawa tendangan leret yang digunakan untuk menghantar bola kepada rakan masih

    lagi menggunakan teknik yang salah dan hantaran menjadi kurang tepat. Ini menyukarkan rakan

    untuk menyerkap bola dengan baik. Oleh itu, saya lebih menggunakan permainan kecil

    berkumpulan dalam sesi pengajaran kali ini untuk memberi mereka ruang untuk berinteraksi

    sesama sendiri dan pada masa yang sama, mempelajari teknik yang betul daripada rakan sebaya

    mereka yang mengetahui teknik tendangan leret yang betul kerana murid lebih selesa untuk

    berinteraksi dengan rakan yang sebaya dengan mereka.

    hantaran murid kurang tepat kepada rakan kerana teknik tendangan leret yang digunakan

    adalah kurang tepat. ( Nota Lapangan, 15/2/2012)

    Mengajar adalah proses penyebaran ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu

    bidang. Tujuannya ialah supaya pelajar dapat mempelajari, menguasai dan meningkatkan proses

    pembelajaran dengan baik (Gagne, Briggs & Wager, 1992). Guru seharusnya berusaha ke arah

    merangsang minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Usaha tersebut

    memerlukan guru menyampaikan konten pelajaran dan menggunakan pelbagai strategi mengajar

    yang bermakna dan berkesan.

    Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan

    Kesihatan berkesan jika pendekatan dan strategi pengajaran yang sesuai digunakan. (Wee Eng

    Ho, 2009). Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik

    merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    5/21

    2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

    Fokus kajian saya adalah meningkatkan kemahiran tendangan leret dalam menghantar

    bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki dan menilai sejauh mana keberkesanan

    kaedah latih tubi dapat membantu murid untuk menguasai kemahiran tendangan leret dalam

    menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

    2.1 ISU KAJIAN

    Salah satu tunjang dalam Pendidikan Jasmani ialah Kemahiran dan di dalam

    tunjang ini, kemahiran yang diajar adalah kemahiran daripada sukan-sukan utama di Malaysia

    seperti bola sepak, sofbol, hoki dan lain-lain lagi. Kemahiran yang diajar ini adalah sebagai

    ransangan kepada murid untuk lebih meminati dan menceburkan diri di dalam sukan-sukan yang

    diajar di sekolah.

    Salah satu sukan yang kemahirannya diajar di sekolah ialah bola sepak. Bola

    sepak merupakan sukan yang paling popular di Malaysia dan dimainkan hampir di seluruh

    pelusuk negara tidak mengira umur, jantina dan warna kulit. Ketika saya mengajar kemahiran

    dalam bola sepak untuk murid kelas Tahun 4, saya mendapati satu masalah yang ketara timbul

    dalam dua (2) kelas saya yang pertama bersama kelas ini. Masalah tersebut adalah hantaran

    kepada rakan menggunakan tendangan leret. Teknik tendangan leret yang digunakan adalah

    kurang tepat dan bola yang dihantar kepada rakan seringkali tersasar dan tidak tepat kepada

    rakan yang menunggu untuk menyerkap bola. Masalah ini mungkin sekali berlaku kerana murid

    beranggapan bahawa menggunakan tendangan leret untuk melakukan hantaran kepada rakan

    sudah cukup tanpa perlu memikirkan ketepatan dan teknik yang betul untuk melakukannya.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    6/21

    Dalam menyelesaikan masalah ini, pengkaji menggunakan kaedah latih tubi yang

    dibantu kaedah ansur maju perlakuan untuk membentuk teknik yang betul daripada asas. Teknik

    yang hendak dibentuk ialah teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan

    menggunakan bahagian dalam kaki. Penggunaan latih tubi dan ansur maju dalam sesi Pendidikan

    Jasmani diharap dapat membantu untuk membentuk teknik perlakuan yang dikehendaki dan

    sekaligus meningkatkan penguasaan kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada

    rakan menggunakan bahagian dalam kaki. Oleh itu, penggunaan pelbagai deria yang ada pada

    murid amat berguna untuk membentuk teknik perlakuan yang betul di kalangan murid.

    2.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

    Daripada pemerhatian yang saya lakukan sepanjang sesi pengajaran di dalam kelas, saya

    melihat kesilapan yang ketara pada teknik perlakuan murid-murid tahun 4 ini adalah

    menggunakan bahagian atas kaki untuk melakukan tendangan leret kepada rakan.

    Gambar 1: Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah yang

    dilakukan oleh murid.

    Gambar 2 : Teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan yang salah dilakukan

    oleh murid.

    Teknik perlakuan tendangan leret yang betul untuk menghantar bola kepada rakan adalah

    menggunakan bahagian dalam kaki kerana ianya lebih tepat dan lebih mudah.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    7/21

    Instep kick is more precise than the toe kick in an unstressed movement (

    huddlestone & huddlestone, 2003)

    Teknik perlakuan untuk tendangan leret yang tepat akan memberikan pasukan ruang bagi

    menguasai perlawanan kerana hantaran yang dilakukan kepada rakan akan tepat kepada rakan

    dan rakan yang menerima hantaran akan dapat menyerkap hantaran dengan mudah dan tepat.

    Tendangan leret yang menggunakan bahagian dalam kaki akan menambahkan ketepatan

    hantaran dan pada masa yang sama, akan menambah peluang pasukan untuk menjaringkan gol.

    The ability to make short passes within a confined space is an important skill for successful

    players. Accurate passing is important for maintain possession and for setting up goal scoring

    opportunities. (Ermanno Rampinini,2008)

    Tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki merupakan teknik menghantar bola

    kepada rakan yang paling tinggi ketepatannya jika dibandingkan menggunakan bahagian atas

    kaki dan bahagian dalam kaki. Untuk mengajar murid-murid sekolah teknik yang betul, teknik

    tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki adalah teknik yang paling sesuai dan paling

    mudah untuk diajar kepada murid.

    The inside of the foot is used to move the ball with accuracy a short to moderate distance. This

    pass is the most important pass and should be used often, so give your players plenty of

    opportunities to practice it frequently.

    (Lindsay Blom & Tim Blom, 2009)

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    8/21

    Selain daripada teknik yang betul menggunakan bahagian dalam kaki, anggota

    tubuh badan yang lain turut memainkan peranan dalam memastikan tendangan leret yang

    dilakukan tepat kepada rakan yang menunggu. Kebanyakan murid menggunakan kaki kanan

    untuk menendang bola dan perlakuan ini hendaklah diikuti dengan kedudukan postur badan yang

    betul seperti postur pinggang (pelvis) dan kaki dominan yang betul untuk menghasilkan

    tendangan leret yang baik dan tepat kepada rakan. Dengan gabungan antara teknik kaki yang

    tepat dibantu dengan postur badan yang baik, tendangan leret untuk menghantar bola kepada

    rakan menggunakan bahagian dalam kaki akan menjadi semakin baik dan ketepatan hantaran

    akan meningkat.

    To impact the ball with the medial aspect of the foot in the pass kick, the player orients the

    pelvis, the right leg, and the foot more toward the right and introduces a medial component of

    foot velocity. (J Levanon, J Dapena,1998)

    Pelaksanaan teknik yang betul hendaklah dibantu dengan permainan bersyarat

    atau permainan kecil yang akan membantu bukan sahaja meningkatkan minat murid untuk

    menyertai sesi latihan malah akan turut membentuk perlakuan yang betul ketika murid

    melakukan aktiviti. Model permainan kecil dan permainan bersyarat yang boleh digunakan ialah

    menggunakan model Teaching Games For Understanding (TGFU) approach yang

    diperkenalkan oleh Bunker & Thorpe pada tahun 1982. Di dalam model ini, terdapat beberapa

    permainan ubahsuai yang direka khusus untuk membantu murid.

    1. Game Sense (den Duyn, 1997),

    2. Games for Understanding (Bunker & Thorpe, 1982),

    3. Play Practice (Launder, 2001)

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    9/21

    4. Games Concept Approach (Wright, Fry, McNeill, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light,

    2003).

    ( Model Bunker & Thorpe 1982 )

    Permainan ubahsuai dan permainan kecil mampu memberi impak yang baik kepada

    peneguhan teknik perlakuan yang ingin dilihat daripada murid. Di samping murid bermain,

    murid akan dapat untuk mempelajari teknik perlakuan yang betul dengan gembira dan tidak

    tertekan untuk mencapai perlakuan yang dikehendaki.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

    Tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian

    dalam kaki di dalam permainan bola sepak merupakan kemahiran yang penting untuk dikuasai

    kerana di dalam bola sepak, hantaran tepat kepada rakan adalah amat penting bagi mengekalkan

    penguasaan bola dan merencana taktikal serangan. Kemahiran ini hendaklah dikuasai

    menggunakan teknik perlakuan yang betul dan akan memberi hasil hantaran yang baik.

    Oleh itu, Kajian Tindakan bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan amalan

    pengajaran guru dan pada masa yang sama, meningkatkan penguasaan murid di dalam

    kemahiran yang diajar. Dalam konteks kajian ini, kajian tindakan akan menjadi peluang bagi

    guru untuk meningkatkan amalan pengajarannya dalam kemahiran tendangan leret ini kepada

    murid-murid dan memperbaiki sebarang masalah pembelajaran yang timbul semasa sesi

    pengajaran.

    3.1 OBJEKTIF UMUM KAJIAN

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    10/21

    i. Meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya mempelajari teknik yang betul bagi

    meningkatkan teknik tendangan leret bola sepak.

    ii. Meningkatkan pencapaian sekolah dalam kejohanan Bola Sepak Piala Yayasan Sarawak (PYS)

    yang akan datang dengan menguasai kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada

    rakan menggunakan bahagian dalam kaki untuk diaplikasikan sewaktu pertandingan.

    3.2 OBJEKTIF KHUSUS KAJIAN

    i. Meningkatkan kebolehan dan kemahiran pelajar dalam melakukan teknik tendangan leret untuk

    menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki.

    ii. Mempertingkatkan amalan pengajaran guru dalam mengajar kemahiran ini untuk membolehkan

    murid-murid memahami teknik tendangan leret yang betul dan membuat hantaran yang tepat

    kepada rakan.

    iii. Meningkatkan penglibatan dan kemahiran murid melalui kaedah pengajaran kemahiran yang

    kreatif dan inovatif.

    3.3 PERSOALAN KAJIAN

    i. Sejauh manakah kaedah latih tubi dapat membantu meningkatkan kemahiran

    tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki ?

    ii. Sejauh manakah teknik tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dapat

    meningkatkan ketepatan hantaran bola kepada rakan?

    iii. Sejauh manakah kaedah latihan mike-style dapat membantu dalam meningkatkan

    kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam

    kaki ?

    iv. Sejauh manakah pencapaian murid apabila diuji selepas tempoh rawatan selesai?

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    11/21

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kumpulan sasaran bagi kajian tindakan saya ini ialah 6 orang murid tahun 4

    merupakan pemain bola sepak sekolah untuk kejohanan Piala Yayasan Sarawak (PYS) yang lalu.

    Keenam-enam orang murid ini telah diuji ketika sesi pengajaran Pendidikan Jasmani dan mereka

    melakukan teknik tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian

    dalam kaki yang kurang tepat walaupun sudah ditunjukkan oleh guru dan mereka sendiri telah

    diajar menggunakan kaedah ansur maju sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid

    ini akan menjadi subjek kajian kepada kaedah latih tubi yang dirangka dan perintis kepada

    kaedah latihan mike-style.

    BIL NAMA UMUR JANTINA

    1 Christephersen Leong 10 Tahun Lelaki

    2 Francis Yohanes

    10 Tahun

    Lelaki

    3 Willvenchio Jay Gibson 10 Tahun Lelaki

    4 Edwin Ak Taib Chin 10 Tahun Lelaki

    5 Khimcostner Ak Kelvin 10 Tahun Lelaki

    6 Clay Steward Ak Lewis 10 Tahun Lelaki

    Rajah 1 : Senarai nama kumpulan sasaran

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    12/21

    5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

    Dalam melaksanakan kajian ini, saya perlu merancang dengan rapi perancangan

    yang saya mahu lakukan agar saya tidak terlepas pandang sebarang perkara yang mungkin akan

    merencatkan kajian saya nanti. Oleh itu, adalah penting bagi saya mengenalpasti dan merancang

    terlebih dahulu langkah-langkah tindakan tentang bagaimana untuk membantu mengatasi

    masalah murid-murid ini dan menganalisis data nanti.

    5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

    Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini

    adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ;

    i. Pengajaran teknik perlakuan yang betul.

    ii. Latih tubi

    yang dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah

    tindakan yang akan dijalankan.

    Di dalam pengajaran teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan

    beberapa kaedah yang akan membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah

    yang digunakan adalah untuk menggunakan teknik tendangan leret secara Lbagi

    meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih

    tepat.

    i. Ansur Maju

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    13/21

    Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar

    bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini.

    Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah :

    Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan

    hampir lurus. Mata memandang bola.

    Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan

    sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit.

    Tendang di bahagian tengah bola.

    Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf L sehingga 45 darjah.

    Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

    ii. Demonstrasi guru

    Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi

    penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru

    terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan

    menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik L sebelum bergerak

    kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah

    menjadi tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar

    kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan

    tersebut mudah difahami oleh murid.

    Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan menggunakan satu kaedah latihan yang

    digunapakai di salah sebuah kelab di England untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15

    tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk

    menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    14/21

    diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep play practice yang terkandung di dalam Model

    Bunker & Thorpe.

    i. Latihan mike-style

    Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan passing,receiving and combination play yang

    direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang

    telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan

    bahagian dalam kaki untuk menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap

    sesi.

    Memanaskan badanlatihan bayangan dinamika.

    Memanaskan badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola

    kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan otot-otot

    utama tubuh badan.

    Latihan 1tendangan leret ke dinding utk 5 minit

    Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan

    menggunakan bola secara individu untuk 5 minit.

    Latihan 2tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit

    Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan

    bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit.

    Latihan 3tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah

    Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan

    bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter, 5

    meter, 8 meter dan 10 meter.

    Tempoh masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit

    Latihan 4tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus

    Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki

    dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada

    jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter.

    Latihan 5permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi)

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    15/21

    Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-ulang

    dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.

    Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan.

    Cooling-downtendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan.

    Murid akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan sambil

    melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi penekanan kepada tendangan

    leret walaupun perlahan kerana murid sedang melakukan kenduran otot waktu ini.

    5.2 CARA PENGUMPULAN DATA

    i. Pemerhatian

    Guru akan membuat pemerhatian dengan menggunakan rakaman video terhadap penguasaan

    kemahiran oleh murid semasa guru mengajar kemahiran untuk setiap sesi. Guru akan membuat

    analisis berdasarkan rakaman video tersebut. Guru juga akan meminta bantuan daripada guru

    lain yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bola sepak untuk turut sama membuat

    pemerhatian terhadap pengajaran guru.

    ii. Borang skor

    Berdasarkan pemerhatian, guru akan membuat borang skor bagi mengukuhkan lagi pemerhatian

    yang dibuat. Borang skor itu akan mengandungi aspek-aspek yang akan dinilai oleh guru dalam

    tindakannya.

    Nama Murid Teknik berdiri

    Teknik

    menyepak bola

    Ketepatan

    hantaran

    Christephersen Leong

    Francis Yohanes

    Willvenchio Jay Gibson

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    16/21

    Edwin Ak Taib Chin

    Khimcostner Ak Kelvin

    Clay Steward Ak Lewis

    Rajah 1 : Borang skor penilaian perkembangan murid.

    iii. Nota lapangan

    Guru akan menggunakan nota lapangan sebagai catatan tentang apa yang berlaku semasa sesi

    latihan murid-murid ini. Nota lapangan ini juga adalah sebagai salah satu instrumen pemerhatian

    bagi mengesan kemajuan murid dan keberkesanan latihan yang direka.

    iv. Fotografi

    Guru akan menggunakan kaedah ini sebagai alternatif kepada rakaman video yang dibuat semasa

    pemerhatian. Fotografi akan menjadi salah satu bukti yang kukuh untuk mengesan peningkatan

    penguasaan yang dilakukan oleh murid. Teknik fotografi ini juga sebagai salah satu pelan

    kontigensi sekiranya video yang dirakam tidak dapat dianalisis atas sebab-sebab yang tidak dapat

    dielakkan.

    5.3 CARA MENGANALISIS DATA

    Data yang diperolehi akan dianalisis menggunakan teknik menganalisis data kualitatif. Cara

    menganalisis data adalah seperti yang ditunjukkan di bawah :

    i. Pemerhatian - Pemerhatian berstruktur seperti borang skor akan dianalisis

    menggunakan frekuensi dan peratus melalui senarai semak yang disediakan.

    ii. Borang SkorBorang skor akan dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    17/21

    iii. Nota Lapangannota lapangan pula akan dianalisis dalam bentuk naratif dengan

    cara memerihalkan semula apa yang terdapat pada catatan nota lapangan pemerhatian serta

    menyebut petikan perbualan guru-pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (Morrison,

    1993).

    iv. FotografiFotografi dianalisis dalam bentuk naratif atau penceritaan dengan cara

    memerihalkan semula apa yang terdapat pada fotografi semasa sesi pengajaran dan

    pembelajaran.

    6.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN KAJIAN

    Pelan tindakan untuk kajian tindakan ini adalah diubahsuai daripada Model Kajian Tindakan

    Stephen Kemmis (1988).

    Langkah Pertama :Pengenalpastian Isu dan Masalah

    Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai

    kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam

    kaki dengan teknik perlakuan yang betul.

    Langkah Kedua :Perancangan Tindakan

    Bagi membantu menangani masalah ini, langkah-langkah tindakan yang hendak diambil telah

    dirangka dan dirancang dengan baik.

    Langkah Ketiga :Perlaksanaan Tindakan

    Dalam melaksanakan tindakan, setiap tindakan akan mengikut jadual pelaksanaan kajian

    tindakan yang telah dirangka dan akan sentiasa dikemaskini.

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    18/21

    Langkah keempat :Pemerhatian dan Menganalisis Data

    Pemerhatian akan dilaksanakan sepanjang kesemua sesi latihan murid-murid ini dan pada

    penghujung sesi latihan, hasil dapatan data akan diperolehi dan dianalisis.

    Langkah Kelima :Refleksi dan Penilaian

    Hasil dapatan yang diperolehi akan dinilai untuk tindakan penambahbaikan pada masa akan

    datang dan untuk tujuan lanjutan kajian pada masa akan datang.

    6.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN

    Bil Perkara Cadangan Tarikh

    pelaksanaan

    1 i. Mengenalpasti masalah murid di

    dalam kelas.

    6/2/2012 sehingga

    17/2/2012

    2 i. menganalisis nota lapangan.

    ii. mengenalpasti masalah murid di dalam

    kelas.

    iii. mengenalpasti fokus kajian.

    20/2/2012 sehingga

    2/3/2012

    3 i. mengenalpasti kumpulan sasaran. 5/3/2012 sehingga

    9/3/2012

    4 i. menetapkan fokus kajian

    ii. melakukan tinjauan literatur

    12/3/2012 sehingga

    23/3/2012

    5 i. mula menulis kertas cadangan kajian.

    ii. merancang langkah tindakan yan

    26/3/2012 sehingga

    30/3/2012

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    19/21

    sesuai.

    iii. merancang cara pengumpulan data.

    iv. merancang cara menganalisis data.

    6 i. melaksanakan tindakan

    ii. mengumpul data

    April 2012

    sehingga Mei 2012

    7 i. analisis data yang diperolehi

    ii. membuat refleksi kajian

    Mei 2012

    8 i. membuat laporan kajian dan data Jun 2012 sehingga

    November 2012

    9 i. pembentangan laporan kajian Jun 2012 sehingga

    November 2012

    10 i. menjilidkan laporan kajian November 2012

    6.2 KOS KAJIAN

    Bil Bahan / item Harga seunit Jumlah

    1 Kertas A4 80Gsm RM 10.00 x 1 RM 10.00

    2 Ink Printer RM 98.00 x 1 RM 98.00

    3 Buku catatan Nota Lapangan RM 3.00 x 1 RM 3.00

    4 Broadband RM 50 x 3 RM 150.00

    5 Comb-binding RM 1.50 x 1 RM 1.50

    6 Kertas Kuning RM 1.00 x 1 RM 1.00

    7 Minyak Kereta RM 50 x 5 RM 250.00

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    20/21

    Jumlah Keseluruhan RM 513.50

    7.0 SENARAI RUJUKAN

    Buku Rujukan

    Jurnal / kajian lepas

    1. Comparison of precision in the toe and instep kick in soccer at high kicking velocities. L.B.

    kristensen, T.Bull Andersen and H. Sorensen, department od sport science, University of Aarhus,

    Denmarkdiakses pada 15 Mac 2012.

    2. Rampinini E, Impellizzeri FM, Castanga C, Azzalin, Bravo DF, Wisloff U (2008) Effect of

    match-related fatigue on short-passing ability in young soccer players.Medicine and Science

    in Sports and Exercise Diakses pada 15 Mac 2012.

    3. Abstrak kajian daripada Comparison of the kinematics of the full-instep and pass kicks in

    soccer, J Levanon, J Dapena (1998), Medicine & Science in Sports & Exercise diakses pada 18

    Mac 2012.

    4. Teaching Games for Understanding (TGfU) in primary and secondary physical

    education, Paul I. Webb et al (2006), Faculty of education,University of Wollongong, New

    Zealand

    Laman Sesawang (Internet)

    1. http://peoplelearn.homestead.com/Penyelidikan2/Bab4TINDAKAN2.htmldiakses pada 14 Mac

    2012

  • 8/14/2019 Kertas Kerja Cadangan Kajian Tindakan.docx

    21/21