kertas cadangan balapan dan padang2013

6
KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE- 24, 2013 S.K TAMAN MIDAH (1) KUALA LUMPUR 1.0 Pengenalan 1.1 Program Kejohanan Balapan dan Padang telah menjadi satu aktiviti di luar bilik darjah yang cukup popular di sekolah. Kejohanan Balapan dan Padang merupakan asas pengetahuan kepada murid-murid mengenali sukan yang dapat dijadikan satu medan untuk membina ilmu pengetahuan dan membentuk individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 1.2 Kejohanan Balapan dan Padang merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1. Ianya dilaksanakan dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid menambah pengalaman, menguji tahap stmina dan kecergasan murid. 2.0 Rasional 2.1 Ianya merupakan langkah awal melaksanakan konsep satu murid satu sukan. 2.2 Menggalakkan pembelajaran dan menekankan kepada pengalaman sebenar.

Upload: haslilah-selamat

Post on 20-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

TEMASYA SUKAN TAHUHAN KALI KE 21

KERTAS KERJA KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-24, 2013S.K TAMAN MIDAH (1) KUALA LUMPUR

1.0 Pengenalan1.1 Program Kejohanan Balapan dan Padang telah menjadi satu aktiviti di luar bilik darjah yang cukup popular di sekolah. Kejohanan Balapan dan Padang merupakan asas pengetahuan kepada murid-murid mengenali sukan yang dapat dijadikan satu medan untuk membina ilmu pengetahuan dan membentuk individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.1.2 Kejohanan Balapan dan Padang merupakan aktiviti tahunan bagi Sekolah Kebangsaan Taman Midah 1. Ianya dilaksanakan dengan tujuan memberi peluang kepada murid-murid menambah pengalaman, menguji tahap stmina dan kecergasan murid.2.0 Rasional2.1 Ianya merupakan langkah awal melaksanakan konsep satu murid satu sukan.2.2 Menggalakkan pembelajaran dan menekankan kepada pengalaman sebenar.2.3 Melahirkan individu yang lebih memahami dan berupaya menempuh kehidupan seharian yang semakin mencabar pada abad ini.3.0 Objektif3.1 Melahirkan individu yang sihat tubuh badan dan otak cerdas.3.2 Memupuk persefahaman, muhibbah, perpaduan serta semangat kesukanan dikalangan guru-guru, ibubapa dan murid-murid.3.3 Memberi kemahiran dan teknik yang betul dalam acara dipertandingkan yang disertai oleh murid.3.4 Memartabatkan dan meningkatkan MUTU SUKAN SEKOLAH3.5 Memberi pendedahan kepada guru-guru, ibu bapa bagi mengelolakan sesuatu aktiviti dan pertandingan/kejohanan.3.6 Membentuk dan melahirkan generasi pelajar yang aktif, cergas dan sihat serta mempunyai keyakinan dan semangat bersaing dan juang yang tinggi untuk mencapai kejayan.

4.0 Tentatif PelaksanaanTARIKH: 29 JUN 2013 (SABTU)TEMPAT: PADANG SK TAMAN MIDAH 2, JALAN MIDAH 12, KLMASA: 7.30 PAGI HINGGA 2.30 PETANG

5.0 Ahli Jawatankuasa Induk

Penasihat : Puan Hajah Kamilah Bt. Idris ( Guru Besar SK Taman Midah (1) )

Pengerusi : En. Asnan Bin Md.Zuki ( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi : Pn Maznah Bt. Latff ( GPK Tadbir dan Kurikulum ) Pn Jumawati Bt Othman (GPK Hal Ehwal Murid) En. Ahmad Hadzhir Bin Abdul ( GPK Petang )

Setiausaha : En. Saiful Addha Bin Mohammad

Pen. Setiausaha : En Bakri Bin Ibrahim

Bendahari : En Rusti Bin Lenah

AJK Induk : En Ahmad Zaki Bin Ramli En Mahadi Bin Taha En Rusti Bin Lenah Pn Nursyazrina Bt Othman En Mohd Syafie Bin Ismail En Zulkifli Bin Embong Pn Rohaya Bt Kassim Pn Junaida Bt Ismail En Mohd Sazali B Mohamad En Bakri B Ibrahim Cik Hemimah Bt Mohamad Pn Nur Adlina Bt Adnan AJK Kecil : Guru-guru dan kakitangan bukan akademik SK Taman Midah (1)

6.0 PERBELANJAANAnggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM 9573.00 ( Ringgit Malaysia Sembilan ribu lima ratus tujuh puluh tiga Shj) yang mencakupi perbelanjaan hadiah para peserta, teknik, kepegawaian, persembahan, sambutan, pertandingan, program, urusetia dan lain-lain yang berkaitan. (Lihat Lampiran)

7.0 PENUTUP

Semoga Kejohanan kali ini berjalan lancar, meriah, dan mencapai objektif yang dihasratkan, serta berjaya melahirkan satu pasukan yang mantap, bersemangat dan bekerjasama.

Kecergasan Melalui Sukan

Disediakan OlehDisemak dan Disokong oleh

(SAIFUL ADDHA B MOHAMMAD)(ASNAN B MD ZUKI)S/U Sukan Sk Taman Midah 1, 2013 GPK KOKURIKULUMSek Keb Taman Midah1

Diluluskan/ Tidak diluluskan

HJH. KAMILAH BT IDRISGURU BESARSek Keb Taman Midah 1