full report.doc 2
TRANSCRIPT
BAB 1
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG ORGANISASI
1.1 PENDAHULUAN
Latihan Industri merupakan sebahagian daripada latihan kursus yang
dijalankan selama satu semester (5 bulan) setelah menjalani pengajian di
Politeknik Sultan azlan shah. Ia juga merupakan salah satu syarat yang telah
diawajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak untuk penganugerahan sijil
ataupun diploma.Tujuan Latihan Industri ini diadakan adalah untuk
membolehkan pelajar mengalami situasi dan keadaan ketika berada dialam
kerjaya. Program yang telah dijalankan oleh pihak politeknik dibawah
Kementerian Pendidikan iaitu mewajibkan semua pelajar yang mengikuti kursus
di seluruh politeknik di Malaysia adalah merupakan satu inisiatif yang baik ke
arah mewujudkan pelajar yang cemerlang. Dengan ini, ia akan menambahkan
lagi kemahiran dan daya berfikir yang lebih baik serta minat yang mendalam
didalam bidang yang telah diceburi setelah mengalami suasana kerja yang
sebenar. Sementara itu pengalaman yang diperolehi semasa menjalani Latihan
Industri boleh dipraktikkan apabila menghadapi kerjaya yang sebenar
1
1.1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
Latihan industri merupakan salah satu syarat yang wajib ke atas setiap pelajar
sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma.
Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum di benarkan memasuki
semester yang berikutnya. Pelajar yang gagal perlu mengulangi semula latihan
industri. Objektif latihan industri adalah :
1. Mendedahkan pelajar – pelajar ke alam pekerjaan yang
sebenar.
2. .Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan
baik semasa bekerja.
3. Membolehkan pelajar melihat kaitan antara teori yang
dipelajari di kelas dengan kerja –kerja praktikal.
4. Mengamalkan peraturan – peraturan keselamatan dalam
industri .
5. Meningkatkan pekerti amanah dan bertanggungjawab .
6. Mengetahui dan mempelajari kaedah pekerjaan yang baik
dan sempurna .
2
7. Meluaskan pandangan dan pengalaman pelajar dalam
situasi pergaulan semasa menjalankan tugas
8. Mengukuhkan keyakinan diri untuk memberikan pendapat
dan hujah yang bernas.
9. Mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dengan majikan
melalui perbincangan mengenai tugas yang bakal
dilakukan.
3
1.1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI
Kepentingan utama latihan industri ialah untuk memberi pendedahan
kepada alam pekerjaan yang sebenar yang bakal ditempuhi apabila telah tamat
belajar. Latihan industri amat penting kepada pelajar kerana, di sinilah mereka
dapat menimba pengalaman dan pengetahuan tentang bidang yang sedang
dipelajari. Ini akan dapat membiasakan diri para pelajar supaya dapat
mengatasi sebarang tekanan dan cabaran apabila berada dalam pekerjaan
sebenar.
Di samping itu , latihan Industri merupakan salah satu daripada syarat
wajib ke atas setiap pelajar sebelum layak memperoleh sijil. Sejumlah 10 jam
kredit diperuntukkan untuk latihan industri , di mana sistem mata kredit
digunakan untuk menilai prestasi dan dimasukkan ke dalam keseluruhan PNM
dan HPNM seperti mata pelajaran lain.
Pelajar yang memperoleh markah kurang 50 % dianggap gagal latihan
industri dan dikehendaki mengulang latihan . pelajar yang gagal sebanyak dua
kali akan memperoleh keputusan Gagal Berhenti ( GB ) dan akan di berhentikan
dari menerus pengajian di PSAS
Pengalaman yang ada ketika praktikal akan memudahkan pelajar untuk
memohon pekerjaan apabila tamat pengajian kelak. Pendedahan kepada
pergaulan yang sihat juga dapat di dedahkan dalam kerja- kerja berpasukan dan
perbincangan yang perlu dilakukan dari masa ke masa , ini adalah pada masa
ini kebanyakan majikan lebih berminat untuk mengambil para pekerja yang
mempunyai pengalaman kerja dalam bidang pekerjaan yang di pohon.
4
1.14 OBJEKTIF LAPORAN
Laporan latihan industri merupakan satu bukti menunjukkan gerak kerja yang
dilakukan oleh pelajar sepanjang tempoh latihan. Laporan ini juga merupakan
penilaian ke atas pelajar yang menjalani Latihan Industri . Objektif penyediaan
Latihan Industri adalah seperti berikut :
i. Sebagai bukti pelajar tersebut telah selesai menjalani
latihan industri selama tempoh yang di tetapkan.
ii. Memastikan bahawa pelajar tersebut benar – benar
memahami perkara yang dipelajari sepanjang latihan.
iii. Mendokumentasikan aktiviti – aktiviti sepanjang latihan
industri.
iv. Melatih para pelajar menyiapkan satu laporan yang
lengkap mengikut piawaian yang di tetapkan oleh PSAS
v. Laporan yang baik dan berkualiti boleh digunakan dalam
temu duga kerja.
5
1.15 SKOP LATIHAN INDUSTRI
Pihak Unit Latihan Indusri dan Perhubungan Politeknik Sultan Azlan
Shah ( PSAS ) telah memberi kelonggaran dalam pemilihan tempat latihan
industri kepada pelajarnya. Pihak PSAS mempunyai senarai firma atau syarikat
yang menawarkan tempat latihan kepada pelajar untuk mengikuti latihan industri
mengikut kursus yang diambil di Politeknik. Walau bagaimanapun, ianya adalah
mengikut peraturan- perturan yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik dan
juga jabatan atau firma yang berkenaan.
Diharap segala pendedahan yang akan dan telah dialami oleh pelajar-
pelajar hasil daripada latihan industri ini akan dapat membantu saya apabila
tamat pengajian nanti dan akan dapat menghadapi alam pekerjaan yang
sebenar.
6
1.2 Latar belakang organisasi
Profil Syarikat
Struktur modal syarikat :
Modal dibenarkan RM 10, 000, 000. 00
Modal berbayar RM 6,000,000.00
Nama Syarikat NALATA ENTERPRISE
Tarikh ditubuhkan 25 NOVEMBER 1979
No. Daftar Syarikat KT 0002460-W
Kontraktor Taraf Bumiputera Kelas‘A’(1103A840029)
CIDB G7
Ahli Lembaga Pengarah
i) ANISAS BINTI YOSOFF Pengurus
ii) WAN RAMLI BIN WAN YAACOB Kongsi utama
iii) NANI MASTURA BT MUHAMMAD Pengurus Projek
iv) MOHD KHAIRI BIN AYOB Penyelia Projek
Pemilikan Ekuiti Syarikat RM 6,000,000.00
7
Pejabat NALATA ENTERPRISE
4413-D Tingkat Atas
Jalan Pengkalan Chepa
15400 Kota Bharu
Kelantan
No Tel : 09-7419545
Fax : 09-7419546
Institusi Kewangan
i) Bank Muamalat Malaysia Berhad
ii) Perwira Affin Bank Berhad
iii) Bumiputra commerce Bank Berhad
iv) Bank Islam Malaysia Berhad
v) RHB Bank berhad
8
1.2.1 Maklumat Umum
NALATA ENTERPRISE telah ditubuhkan pada 25 November 1979 di Kota
Bharu, Kelantan. Memulakan perniagaan sebagai pembekal batu pasir,
NALATA ENTERPRISE kemudiannya telah mempelbagaikan perniagaan
dengan menceburi bidang pembinaan secara sub-kontrak.
Pada tahun 1990, NALATA ENTERPRISE telah berdaftar sebagai kontraktor
Kelas ‘A’ dan secara langsung aktif dalam industri pembinaan. Sejak dari itu,
NALATA ENTERPRISE telah menjayakan beberapa projek yang
kebanyakannya adalah projek-projek perumahan swasta.
Kini dengan pengalaman melebihi dua dekad, NALATA ENTERPRISE telah
menunjukkan reputasi yang memberangsangkan hasil daripada kerjasama,
kerja keras, mutu kerja serta mengutamakan kehendak pelanggan.
Dalam pada masa yang sama, demi berhadapan masa depan yang lebih
mencabar, NALATA ENTERPRISE telah memantapkan lagi struktur
organisasinya, mengemaskini sistem pentadbiran, mengukuhkan dana
kewangan serta menggunakan khidmat nasihat para perunding.
9
1.2.2 Aktiviti Syarikat
Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah :
1. Pemaju Perumahan
Aktiviti ini merupakan kegiatan utama NALATA. Kebanyakan projek-projek
yang dijalankan adalah di sekitar daerah Kota Bharu. Projek-projek ini
merangkumi perumahan teres kos rendah, teres kos sederhana, banglo dan
lot-lot kedai. Pengalamannya yang luas dan lama dalam bidang ini telah
meningkatkan kualiti rumah-rumah yang dibina dan juga menepati citarasa
pembeli.
Rajah 1.2.2 1) Contoh Perumahan yang telah siap.
10
2. Pemborong Binaan dan Kejuruteraan Awam.
NALATA juga bergiat aktif dalam aktiviti pembinaan jalan, jambatan, benteng
dan kerja tanah. Projek seumpama ini bukan sahaja dianjurkan oleh
kerajaan malah daripada pihak swasta dan persendirian. Aktiviti ini mudah
dilakukan kerana NALATA mempunyai banyak peralatan dan kelengkapan
jentera serta tenaga pekerja yang mencukupi.
Rajah 1.2.2 2) Lebuh raya yang siap di bina.
3. Menjalankan / Memasuki Tender Kontrak Kerajaan / Swasta.
Pendaftaran NALATA dengan Pusat Khidmat Kontraktor di Kementerian
Perusahaan Awam dalam kelas ‘A’ yang bertaraf bumiputera telah
membolehkannya bergiat aktif dalam kerja-kerja pembinaan dan berpeluang
untuk memperoleh tender-tender kontrak kerajaan mahupun swasta.
11
Berikut adalah projek – projek yang telah siap :-
1. Nama projek : Kompleks Pelancongan Perdana
Resort Pasal,Kota Bharu.
Nilai kontrak : RM 4,400,000.00
Tahun : 1990
2. Nama projek : KELANTAN TRADE CENTRE
Lot 644,Seksyen 14, Bandar Kota Bharu.
Komposit : Sebuah pusat Perdangangan yang mengandungi
Sebuah dewan pameran,8 unit ruang usahawan,
6 unit pejabat koperat 8 tingkat,2dewan seminar,
255 unit hotel pangsapuri.
Nilai Projek : RM 10,800,000.00
Tahun : 2005
Rajah 1.2.2 3) KELANTAN TRADE CENTRE
12
3. Nama projek : 63 Unit Rumah Kedai 2 tingkat dan
15 unit Rumah kedai 3 tingkat (fasa 1)
Di Bandar Tanah Merah.
Nilai projek : RM 10,800,000.00
Tahun : 2005
4.. Nama projek : 76 UNIT Rumah Kedai 2 tingkat,
Buluh Kubu Kota Bharu.
Nilai projek : RM 7,766,085.44
Tahun : 1999
Rajah 1.2.2. 4) Rumah Kedai 2 tingkat
13
1.2.3 PENGENALAN PROJEK
Sepanjang menjalani latihan industri, saya telah ditempatkan di tapak
pembinaan ( site ) iaitu dari 14 Januari 2007 hingga 14 Julai 2007. Saya telah
melaporkan diri pada 14 Januari 2007 di ibu pejabat NALATA melalui Pengurus
projek , Cik Nani Mastura dan di tempatkan di tapak projek KTC.
Nama Projek : CADANGAN MEMBINA KELANTAN TRADE CENTRE,
LOT 644, SEKSYEN 14 ,BANDAR KOTA BHARU,
KELANTAN.
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN
SMK LONG GHAFAR 2. DI PASIR TUMBUH
KOTA BHARU KELANTAN
&
CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN
1 UNIT DEWAN SERBAGUNA,
1 1/2 TINGKAT DI ATAS LOT 3366,
MUKIM MELAWI,
JAJAHAN BACHOK,
KELANTAN.
14
1.2.4 KUMPULAN NALATA
Kelkon S.d.n B.h.d
Kijang Kuari S.d.n B.h.d
Rajah 1.2.4 i) Aktiviti yang di jalankan di Kijang Kuari
15
SPP Development S.d.n B.hd
Kelmix
Rajah 1.2.4 ii) Aktiviti yang di jalankan di Kelmix
16
BAB 2
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
Minggu pertama ( 14 Januari 2008 – 17 Januari 2008 )
Melaporkan diri di syarikat Nalata Enterprise SDN.BHD, berjumpa
dengan penyelia yang menguruskan latihan perindustrian iaitu Cik Nani
Mastura Bt Muhammad. Ditempatkan di tapak projek yang sedang di
membina SEKOLAH LONG GHAFAR 2
17
Mempelajari cara membaca plan dan membuat pengiraan cos
berdasarkan plan.
Memeriksa kawasan blok kantin dan TNB dimana kerja-kerja plaster
dijalankan.
Mempelajari cara-cara untuk membina raga besi bagi membuat asas.
Minggu kedua ( 20 Januari 2008 – 24 Januari 2008 )
Menyemak fail-fail projek yang lepas.
Memantau sambil mempelajari cara-cara pemasangan BRC di blok
akedemik B.
Membuat pengiran kos keseluruhan bagi projek mestabilkan cerun di
Sungai Golok
Memantau kerja-kerja konkrit slab untuk blok B
Minggu ketiga (27 Januari 2008 – 30 Februari 2008)
Memerhatikan cara-cara pengorekan foooting untuk surau sambil di
terangkan secara ringkas oleh EN.Hafis.
Memantau dan mempelajari cara memasang stater bar
Memantau cara-cara memasukkan konkrit kedalam kotak bentuk untuk
tiang di blok B
En.Hafis menerangkan masalah yang selalu di bagkitkan oleh JPN iaitu
1) Faktor-faktor keselamatan
18
2) Jalan masuk dan keluar yang kotor
3) Bunyi bising dari kenderaan perkerja
4) Larangan merokok
Minggu keempat (3 Februari 2007 – 7 Februari 2007)
Memantau kerja-kerja memasang ROOF TRUGES untuk blok kantin
Memasukkan data komputer, membuat ‘monitoring up date’ bagi inden
buruh, jentera dan sebagainya.
Melihat dokumen kontrak daripada JKR mengenai tugas Pegawai
Penguasa dan Wakil Pengawai Penguasa.
Membuat inden kerja dan perkidmatan untuk buruh am di tapak bina.
Menyemak mana –man borang inden yang belum di tandatangan oleh
pengurus.
Minggu kelima (10 februari 2008 – 14 Februari 2008)
Memasang formwork columns stum untuk blok surau di S.M.K LONG
GHAFAR 2.
Membuat inden untuk Ruli Hussein,21930 kampung Landak, Jalan
Padang Tembak,Kota Bharu
Memantau kerja-kerja mengikat bata di blok kantin.
19
Menyimpan data mengenai jentera yang di sewa dari AW ENTERPRISE,
iaitu menyewa excavator 200 (EX 200) di zon B
Minggu keenam (17 Februari 2008- 21 Februari 2008)
Melawat tapak projek rumah banglow di tanah merah
Memantau kerja-kerja pemasangan atap genting dan pemasangan
mozek lantai di rumah banglow di tanah merah
Pemasangan jubin pada dinding yang telah siap di lepa.
Membuat inden kerja perkhidmatan kepad En. Samad b. Hamid,Pondok
Haji Daud Genting,16200 Tumpat Kelantan.
Minggu ketujuh (24 Fbruari 2008 – 28 Fbruari 2008)
Membuat ‘Good In Woods Note (GIN) untuk Protech s.d.n b.h.d, bahan
yang di beli dari syarikat ini ialah ‘Puzzle pave 60mm warna merah
sebanyak 5 ‘pallet’
Mempelajari cara melakar pelan aras jalan bagi menunjukkan aras
longkang dan concrats.
20
Menyimpan data untuk jentera dari MNU WELDING,iaitu jentera
Bakhoe,untuk bulan Disember. Antara kerja dilakukan ialah mengankut
batu, mengangkut longkang, mengankut tanah, mengankut sisa tar.
Membuat ‘Good In Woods Note (GIN) untuk syarikat Rosmimi bagi
pembelian longkong simen, iaitu sebanyak 4000 biji
Minggu kelapan (2 Mac2008- 6 Mac 2008)
Melaporkan diri di projek bachok,iaitu membina 1 unit Dewan Serbaguna
1 ½ tingkat di atas lot 3366, Mukim Melawi, Jajahan Bachok Kelantan.
Mengira tiang pada grid H-K/1-2 di ada perubahan pada pelan asal,iaatu
pertambahan 4 tiang.
Mengira jumlah isipadu konkrit pada kawasan stage di man gridnya ialah
B-C/9-11 dan I-C/1-4. Iaitu jumlah luas konkrit ntuk stage 20m3
Mengira peranca mengikut saiz iaitu ‘ Frame 6” ‘ Frame 5” ‘ dan
‘ Frame 3” ‘
Mengukur aras ketinggian ‘stage’.
Minggu kesembilan (9 Mac 2008- 13 Mac 2008)
Pemasangan kotak betuk pada tiang
21
Pengiraan tiang pada aras satu dan di jumlahkan tiang yang tidak
mencukupi.
Pengiraan konkrit pada ‘ground beam’ dan aras satu iaitu pada grid
I-J/2-4
Kerja –kerja pemasangan kotak bentuk untuk tangga,kerja-kerja
mengukur panjang kayu dan kerja pembekokan tetulang
Minggu kesepuluh (16 Mac 2008- 20 Mac 2008)
Pemasangan peranca sedang giat dijlankan, pemasangan kotak bentuk
untuk ‘beam’ di gred G-I/6-11.
Mengira tiang di ‘ground floor’ mengikut saiz tiang yang telah di konkrit
dari gred K-F/1-12.
Kerja-kerja konkrit di kawasan tagga iaitu di gred J-J1/6A-6B, kerja-kerja
konkrit di aras satu dimana untuk tiang 225X225. jumlah untuk tiang
bersaiz 225x225 ialah 1.39m3
Pengiraan untuk besi, konkrit untuk ‘beam’ di ‘ground floor’
Minggu kesebelas (23 Mac 2008- 27 Mac 2008)
Pembuangan kotak bentuk pada tangga, pembuangan kotak bentuk
pada tiang di aras satu,iaitu tiang ber saiz 225x225.
22
Memeriksa stok barang iaitu besi tetulang, kayu, paip pvc, besi brc,
simen.kayu pula terdiri dari kayu jenis 1”X2”, 2”X3”,dan 2”X5”.
Melihat para pekerja membuat kotak bentuk,antara peralatan tukur kayu,
paku, pita ukur, papan lapis.
Memecahkan tiang konkrit mengikut level yang telah di ubah.
Minggu keduabelas (30 Mac 2008- 3 April 2008)
Melihat kerja-kerja menuang konkrit untuk ‘slab’ dan ‘beam. Konkrit
yang di tuang mestilah di padatkan dengan mengunakan vibrator untuk
memastikan ‘slab’ dan ‘beam’ dihasilkan kukuh.
Menanda grid line plan untuk semua plan iaitu ‘ground floor’plan,
‘mezzanine floor plan’, ‘roof ‘plan,aras satu, untuk bahagian A-A dan
bahagian B-B.
Pembuangan kotak bentuk pada’slab’ di ‘first floor’ yang telah di konkrit
dan pembuangan tiang di atas stage.
Memotong besi Y25 mengikut ukuran yang telah di tetapkan.
Minggu ketigabelas (6 April 2008- 10 April 2008)
23
Pensyarah datang membuat lawatan. Dimana kami semua berkumpul di
syarikat Kelkon. Timbalan pengarah turut hadir dan menadatangani buru
report harian.
Kerja pemasangan besi untuk ’ beam’ di aras satu di grid G-L/10-11 dan
pemasangan besi ‘gutter’ di ‘ground level’.
Pembuangan kotak bentuk pada tangga, pembuangan kotak bentuk
pada tiang di aras satu,iaitu tiang ber saiz 225x225
Mengira ‘cross bracing’ yang terdapat di dapat bina di mana stok yang
masih boleh di gunakan.
Minggu keempatbelas (13 April 2008- 17 April 2008)
Memeriksa stok barang iaitu besi tetulang, kayu, paip pvc, besi brc,
simen.kayu pula terdiri dari kayu jenis 1”X2”, 2”X3”,dan 2”X5”, soket upvc
4”, besi Y16,Y12,Y20,Y25.
Kerja-kerja menuang konkrit untuk ‘gutter’ dan ‘beam’ pada ‘ground level
10 dan 11.
Mengambil gambar bangunan dan peralatan seperti besi memeriksa stok
barang iaitu besi tetulang, kayu, paip pvc, besi brc, simen.kayu pula
terdiri dari kayu jenis 1”X2”, 2”X3”,dan 2”X5”.
Pemasangan peranca untuk ‘gutter dan ‘beam’ pada grid B-G/2-7
24
Minggu kelimabelas (20 April 2008- 24 April 2008)
Pembuangan kotak bentuk pada tangga, pembuangan kotak bentuk
pada tiang di aras satu,iaitu tiang ber saiz 225x225
Mengira peranca yang terdapat di dapat bina di man stok yang masih
boleh di gunakan.
Kerja –kerja pemasangan kotak bentuk untuk tangga,kerja-kerja
mengukur panjang kayu dan kerja pembekokan tetulang.
Minggu keenambelas (27 April 2008- 1 Mei 2008)
Kerja pemotongan papan lapis untuk kotak bentuk untuk ‘beam’ dan
‘gutter’. Memasang besi untuk ‘beam dan ‘gutter’.
Mengira isipadu konkrit untuk ‘slab’ dan ‘gutter’ yang akan di konkrit pada
grid A-B/3-9 dan B-H/1-3.
Pengiraan tiang pada aras satu dan di jumlahkan tiang yang tidak
mencukupi.
Memotong besi Y25 mengikut ukuran yang telah di tetapkan.
25
Minggu ketujuhbelas (4 Mei 2008- 8 Mei 2008)
Kerja membuka kotak bentuk untuk ‘slab’ dan kerja membengkok besi
tetulang untuk ‘gutter’.
Kerja pemasangan peranca untuk’gutter’ di aras satu.
Melihat para pekerja membuat kotak bentuk,antara peralatan tukur kayu,
paku, pita ukur, papan lapis.
Mengira peranca mengikut saiz iaitu ‘ Frame 6” ‘ Frame 5” ‘ dan
‘ Frame 3” ‘
Minggu kelapanbelas (11Mei 2008- 15Mei 2008)
Kerja-kerja menuang konkrit untuk ‘beam’ tiang , lantai, ‘gutter’ di
jalankan dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Pekerja menjalankan kerja membuka kotak bentuk untuk ‘beam dan
’gutter’.
Para pekerja membuat kerja ‘claerring’ iaitu membersih kawasan
pembinaan.
Para pekerja membuka peranca dikawasan ‘slab’ yang talah lama di
konkrit.
26
Minggu kesembilanbelas (18 Mei 2008- 22 Mei 2008)
Meeting di jalankan di kawasan tapak projek, iaitu bermula pada pukul
11.30 pagi tentang projek Dewan Serbaguna. Meeting di antara klien
dengan kontraktor.
Kerja memotong dan membengkok besi, kerja memasang kotak bentuk
untuk ‘roof beam’
Menanda pelan jarak pada pelan bagi memudahkan kerja-kerja menanda
pada kawasan pembinaan sebenar, iaitu dilik Muslimin dan Muslimat.
Para pekerja membuat kerja ‘claerring’ iaitu membersih kawasan
pembinaan.
Minggu kedua puluh (25 Mei 2008- 29 Mei 2008)
Ditugaskan untuk menanda jarak pada pelan iaitu untuk bilik ‘meeting
room’, iaitu pada grid I-K/3-5 iaiotu di kawasan ‘mezzanine floor’
Melakukan kerja pemotongan dan membengkok besi untuk ‘roof beam’.
Ditugaskan untuk mengambil gambar di kawasan seluruh site iaitu
gambar pandangan hadapan, pandangan sisi kiri,padangan hadapan
‘stage’
Memotong besi Y25 mengikut ukuran yang telah di tetapkan.
Minggu kedua puluh satu (1 Jun 2008- 5 Jun 2008)
27
Kerja memotong dan membengkok besi, kerja memasang kotak bentuk
untuk ‘roof beam’
Di tugaskan mengira konkrit untuk lantai’beam’ iaitu :
Fb 40 (225X600)
30.48X0.225X0.45=3.15m3
Mengira konkrit untuk ‘slab’ iaitu lantai dari grid G-I/3-10
30.48X12.192X0.15=55.74m3
Grid H-I/1-2
6.096X3.048X0.15=2.78m3
Minggu kedua puluh dua (8 Jun 2008- 12 Jun 2008)
Memeriksa stok barang iaitu besi tetulang, kayu, paip pvc, besi brc,
simen.kayu pula terdiri dari kayu jenis 1”X2”, 2”X3”,dan 2”X5”, soket upvc
4”, besi Y16,Y12,Y20,Y25.
Pergi ke pejabat Kelkon untuk mencari maklumat untuk dimasukkan
kedalam report akhir.
Mengira besi untuk kawasan ‘attic area’ melalui pelan asal, iaitu besi
yang digunakan ialah Y16, Y20,Y25
28
Contoh pengiraan
2 Y16 X 7.294 = 14.558m3
2 Y20 X 5.1 = 10.2m3
Iaitu di FB 40 (225 X 600)
Mengambil tandatangan dengan penyelia projek iaitu En. Ahmad Rafihan
untuk hari terakahir latihan industri.
29
BAB 3
ASAS
3.1 PENGENALAN
Asas merupakan elemen struktur yang penting dalam menentukan
kekukuhan dan kestabilan sesebuah binaan. Ia juga berperanan menanggung
keseluruhan beban dan mengagihkan beban itu ke tanah. Asas merupakan
bahan yang paling bawah sekali dalam struktur bangunan yang menyentuh
terus ke permukaan tanah. Bagi pembinaan Struktur Pemancar Sistem
Telokomunikasi, ia merupakan kerja awal yang dilakukan sebelum proses
pembinaan seterusnya. Kebiasaannya, asas di bina pada kedalaman antara 1
hingga 5 meter terutamanya bagi tanah biasa. Kedalaman ini berada di bawah
30
aras permukaan tanah untuk memastikan asas tersebut terletak di atas lapisan
tanah yang kukuh dan bertujuan untuk mengelakkannya daripada bergerak sisi.
3.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS
a) Memindahkan beban struktur yang dikenakan ke atasnya dan
menyebarkannya ke tanah dengan selamatnya.
b) Mengelakkan berlakunya enapan ke atas struktur tanah yang di bina.
c) Menyediakan satu permukaan yang rata untuk kerja-kerja pembinaan.
d) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang di tanam
ke dalam tanah.
Oleh kerana asas mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung segala
beban yang dikenakan ke atasnya maka perkara-perkara berikut perlulah di
ketahui sebelum penentuan asas di buat :
a) Tekanan asas pada dasar tidak melebihi tekanan yang di benarkan.
b) Pengenapan asas adalah had bersesuaian.
c) Pengenapan yang tidak seimbang perlulah dikurangkan untuk
mengelakkan sebarang kerosakan pada struktur.
31
3.3 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN
Asas bangunan, struktur bawah tanah dan superstruktur adalah berkaitan
dan ianya bergantung antara satu sama lain. Bagi mendapatkan kekuatan
maksimum dan ekonomi, keseluruhan struktur asas perlulah di ambil kira dan di
reka bentuk secara menyeluruh. Asas bangunan memainkan peranan yang
lebih penting lagi apabila bangunan-bangunan yang hendak di bina adalah lebih
besar dan tiggi. Pemilihan asas bangunan bergantung kepada beberapa faktor,
antaranya ialah :
a. Keadaan dan kekuatan tanah serta keupayaan galas tanah.
b. Jenis asas yang di pilih dengan mengambil kira dari segi ekononi asas
dan struktur bangunan keseluruhannya.
c. Sifat dan jenis bangunan.
d. Agihan beban daripada superstruktur.
e. Jumlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya.
32
3.4 JENIS- JENIS ASAS
Pengelasan umum bagi jenis-jenis asas yang digunakan dalam
pembinaan adalah seperti berikut :
a) Asas papak / Pad (pad unggul)
Asas papak atau asas pad merupakan salah satu asas yang dibina di
kawasan yang kekuatan tanahnya tinggi. Selain daripada itu, ia juga di
bina di satu persatu dan bertaburan di man di atasnya di letakkan tiang-
tiang batu atau ting konkrit dengan tinggi sehingga ke paras tanah.
Taburan kedudukan asas ini di tentukan oleh beban yang dikenakan oleh
bangunan keupayaan galas tanah tersebut.
Tiang Asas
Asas Pad
Rajah 3.4 (a) Pandangan isometrik konkrit pemarasan di bawah asas
papak
33
50 mm tebal konkrit pemarasan
L
P
b) Asas Jalur
Asas jenis ini mengandungi jalur yang dibuat daripada konkrit bagi
menanggung dinding galas beban. Ia di bina sebagai alas mendatar
dimana di atasnya di bina dinding. Tujuan pembinaan asas juga ini juga
adalah sam iaitu menyebakan beban ke kwasan yang lebih besar dan
luas iaitu tanah. Lebar asas ini bergantung kekuatan galas tanah dan
beban di atasnya. Semakin tiggi kekuatan galas tanah, maka sekin lebar
asas yang diperlukan walaupun beban sama. Lebar minimum bagi asas
ini ialah 450mm kebiasaanya bagi pembinaan bangunan dua tingkat di
kawasan tanah biasa. Bagi tebalnya pula ialah 150mm iaitu sama
dengan unjuran pada setiap tepi dinding.
c) Asas Rakit
Ia biasanya di gunakan di kawasan tanah yang keupayaan tanggung
bebannya rendah (low bearing capacity) contonya di kawasan tanah
lombong , yang mana tekanan daripada asas banguna perlulah di
sebarkan ke kawasan lebih luas iaitu tanah. Ia digunakan segai satu
altenatif bagi memudahkan kerja pembnaan struktur yang disokong oleh
tiang –tiang yang rapat, dimana asas padnya berdekatan bangunan
daripada lubang korekan dengan tanah korekan yang berselerak.
Oleh kerana asas ini meliputi keseluruhan kawasan bangunan yang di
bina, perbezaan pemendapan (unegual settement) di satu-satu bahagian
tanah akan dapat dielakkan, asas jenis ini terdiri daripada lantai konkrit
dengan dua lapisan tetulang denan tebal sehingga 300mm dan ianya
akan di tebalkan lagi apabila terdapat dinding tanggung beban. Tutulang
di letakkan dengan cara satu di bahagian atas dan satu lagi di bahagian
bawah.
34
d) Asas Cerucuk
Asas jenis ini merupakan asas dimana beban dari bangunan di bawa dan
di sebarkan ke aras yang sesuai didalam tanah melalui tiang yang di
kenali sebagai cerucuk. Asas jenis ini biasanya digunaknan di kawasan
tanah berbatu yang keras dan kuat jauh di bawah tanah. Kebiasaanya
pengunaan asas cerucuk ini adalah bagi pembinaan bangunan yang
besar dan tinggi
3.5 KEGAGALAN ASAS
Biasanya asas menghadapi dua masalah utama iaitu :.
a. Merekabentuk bentuk dengan betul elemen asas bagi memindahkan
beban dari binaan tanah.
b. Menilaikan kebolehan atau keupayaan tanah untuk menanggung sesuatu
binaan yang selamat.
Secara amnya, kegagalan asas terjadi akibat daripada :
a. Berlaku kegagalan ricihan am di mana-mana bahagian asas.
b. Berlaku kegagalan ricihan tempatan, iaitu sesuatu berlaku di tempat-
tempat tertentu dan mengakibatkan berlakunya pengenapan tekanan.
c. Jumlah enapan terhasil adalah berlebihan.
35
3.6 PEMENDAPAN ASAS
Gerakan secara megak ke bawah oleh struktur bawah bangunan dikenali
sebagai pemendapan kesanya terhadap struktur bangunan di bina bergantung
kepada faktor –faktor berikut :
a. Besar atau luasnya pemendapan yang berlaku.
b. Keseragaman atau persamaan pemendapan.
c. Masa yang di ambil bagi pemendapan berlaku.
d. Keadaan struktur bangunan.
3.7 FAKTOR – FAKTOR PEMENDAPAN ASAS
Pemendapan asas di sebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah :
a. Tekanan bebanan struktur bangunan tanah
b. Perubahan kandungan lembapan tanah
c. Pemendapan berlaku akibat daripada operasi perlombongan yang di
jalankan di kawasan berhampiran tapak bina.
d. Gerakan tanah secara semulajadi.
36
BAB 4
KERJA CERUCUK
4.1 PENGENALAN
Kebanyakan projek pembinaan bangunan,cerucuk akan di gunakan
sebagai asa bagi menambah kekuatan dan kekukuhan bangunan. Cerucuk di
37
gunakan adalah kerana ia merupakan asas dalam yang paling sesuai. Cerucuk
merupakan elemen struktur yang berbentuk tiang di mana ia berfungsi untuk
mengagihkan beban superstruktur melalui strata yang kurang mampat atau
lapisan berair pada strata yang lebih mampat dan lebih kuat. Beban yang di
agihkan melalui 2 cara iaitu samaada dengan cara geseran atau tanggung
hujung.
4.2 FAKTOR –FAKTOR ASAS CERUCUK
1) Apabila asas rakit tidak sesuai digunakan kerana tekanan bagi beban
yang dikenakan oleh bangunan tidak sekata dengan keupayaan tanah
yang terlalu rendah, menyebabkan asas cerucuk paling sesuai di
gunakan.
2) Apabila keupayaan tanggung beban tanah hanya pada aras kedalaman
3m ke bawah di mana asas jalur atau asas pad tidak ekonomi jika ia di
gunakan.
3) Apabila tapak bangunan yang di bina sentiasa di takungi air sepanjang
tahun atau pada musim-musim tertentu seperti di kawasan tanah paya,
tanah di tepi laut dan lain-lain.
4) Apabila bangunan yang bina terlalu besar dan tinggi di mana daya
tolakan angin akan memberi kesan negatif terhadap bangunan tersebut.
38
4.3 JENIS –JENIS CERUCUK
Cerucuk terbahagi kepada dua kategori iaitu :
I. Cerucuk geseran ( friction pile)
II. Cerucuk tanggung hujung (End – bearing)
4.3.1 Cerucuk Geseran (Friction pile)
Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur yang dikenakan
oleh bangunan dan menyebarkanya kepada permukaan cerucuk denag
permukaan tanah. Asas jenis ini biasanya digunakan di kawasan yang
bertanah liat dan berkrlodak. Ia juga merupakan satu alternatif terhadap
penggunaan asas rakit.
Cerucuk geseran mempunyai kesan yang boleh membawa bilangan
tekanan (pressure buib) ke paras tanah yang keras dan padat dan dapat
menampung teanan bebanan yang dikenakan daripada superstruktur
bangunan. Ini adalah kerana tekana pada bahagian atas tanah adalah
lemah dan tidak dapat menahan beban yang dikenakan dengan
berkesan.
39
4.3.2 Cerucuk Tanggung Hujung (End –bearing pile)
Cerucuk jenis ini dapat membawa beban superstruktur melalui tanah
lembut dan memindahkan beban tersebut kepada aras tanah yang keras
atau melalui hujung cerucuk yang dihentam sehingga bacaan “setting”
dicapai pad lapisan tanah keras tersebut.
4.4 CERUCUK KONKRIT
Dalam pembinaan bangunan, cerucuk yang biasa digunakan terbahagi kepada
dua jenis iaitu :
I. Cerucuk konkrit tuang di tapak
II. Cerucuk konkrit tuang dulu
4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Di Situ
Cerucuk jenis ini merupakan cerucuk konkrit bertetulang yang di bina
terus ditapak bina di mana konkrit akan di bancuh di tapak dan dituang
40
terus ke dalam lubang cerucuk. Proses pembinaan cerucuk jenis ini
dapat mengurangkan kesan gegaran terhadap binaan di kawasan
sekeliling. Selain itu, ia juga dapat memberikan daya geseran yang lebih
baik kerana permukaannya kasar. Bahagian dasarnya yang besar dapat
membantu memindahkan beban yang dikenakan dengan lebih berkesan.
4.4.1 Cerucuk Konkrit Tuang Dulu
Cerucuk jenis ini berbentuk 4 segi, 6 segi dan bulat sama ada yang
berongga (hollow) atau yang padat iaitu yang diperbuat daripada konkrit
tetulang biasa atau tetulang tegas dahulu (prestressed) dengan panjang
mengikut saiz yang dikehendaki. Cerucuk jenis ini di buat di kilang-
kilang. Fungsi tetulang yang digunakan adalah bagi menahan tegangan
yang dikenakan semasa kerja-kerja penanaman cerucuk dijalankan.
Rajah 4.4.1.1 Cerucuk jenis bulat (berongga)
41
Rajah 4.4.1.2 Cerucuk jenis 4 segi
4.5 SEPATU CERUCUK
Sepatu cerucuk merupakan struktur atau bahagian yang menjadi asas kepada
cerucuk di samping dapat melindungi struktur cerucuk yang di gunakan. Jenis
sepatu cerucuk yang digunakan perlu mematuhi perkara-perkara berikut :
I. Sepatu besi tuangan yang dikeraskan melalui proses penyejukan segera
seperti yang digunakan untuk membuat tuangan besi kelabu yang
mematuhi B.S.1452, Gred 10, atau
II. Keluli sederhana mematuhi B.S.4360, Gred 50B, atau
III. Keluli tuangan yang mematuhi B.S.3100, Gred A
Sepatu cerucuk bagi kawasan berbatu adalah terdiri daripada besi tempa dan
pencekak keluli sederhan dari blok besi tuangan ynag di keraskan melului
proses penyejukan segera. Sepatu jenis ini di sambung secara kimpalan dan
kemudian ia akan di sapu dengan gris sebagai perlindungan anti karat,
42
walaupun ia akan hilang semasa kerja-kerja penanaman cerucuk di buat.
Kimpalan yang tidak efektif akan mengakibatkan air yanah masuk kedalam
cerucuk.
Jenis sepatu cerucuk yang biasa digunakan adalah seperti :
I. Flat Ended Pile Shoe : untuk tanah yang lembut
II. Pointed Cast Iron Shoe : untuk tanah yang keras sederhana
III. Rock Shoe : untuk tanah yang keras dan berbatu
Apabila penanaman di buat di kawasan yang keras dan berbatu seperti batu
kapur , maka penanaman yang terlalu kaut atau ”overdriving” perlu dielakkan.
“Oslo point” sesuai digunakan kerana ia dapat memberi sifat “stand-off” kepada
cerucuk dimana lapisan batu tersebut dapat di rasa sebelum cerucuk sampai
kepadanya.
Tujuan sepatu digunakan adalah untuk :
I. Memudahkan cerucuk diletak pada tanda yang di buat.
II. Memudahkan cerucuk masuk ke dalam tanah semasa dilantak.
III. Memecahkan batuan atau bahan yang terdapat di dalam tanah semasa
kerja melantak di buat serta memudahkan pergerakan pada bahagian
yang lebih keras.
43
4.6 JENTERA CERUCUK YANG DI GUNAKAN DALAM PROJEK
Jentera cerucuk yang dalam projek ini adalah dari jenis “Hydraulic Jacking”
Di mana beratnya adalah 60 Tan 30 Tan. Mesin ini menggunakan kuasa
hidraulik untuk membenamkan cerucuk ke dalam tanah. Mesin ini sesuai
di gunakan untuk projek di kawasan hospital kerana ia tidak mengeluarkan
bunyi bising dan tiada gegaran yang kuat seperti jentera cerucuk lain.
Jentera cerucuk ini hanya sesuai digunakan di kawasan yang rata. Ia juga
di kendalikan tetapi memerlukan tenaga mahir. Jentera cerucuk ini
mempunyai cara set yang berbeza dengan jentera cerucuk yang lain di
mana setelah mencapai kedalaman yang maksimum, meter pada jentera
tersebut akan naik dan ia akan berhenti pada takat tertentu.
Rajah 4.6.1 Jentera yang di gunakan untuk menanam
cerucuk ( “Hydraulic Jacking”)
44
BAB 5
KOTAK BENTUK
5.1 PENGENALAN KOTAK BENTUK
Struktur konkrit mengkehendaki tupang dan kotak bentuk sementara untuk
membolehkan konkrit dituang dan ditupang sehingga ianya dapat mengeras
dengan secukupnya. Kotak bentuk diperbuat daripada kayu, konkrit atau
plastik. Kayu digunakan dalam kebanyakan kerja kerana bahan ini mempunyai
sifat-sifat kebaikan semulajadi. Kayu juga senang dikerjakan dan mudah
dipasang. Untuk satu pembinaan bangunan, kos bagi kotak bentuk sahaja boleh
mencapai 20% - 75% daripada kos pembinaan. Bagi mendapatkan hasil yang
45
baik, kotak bentuk hendaklah digunakan sekali sahaja. Kecacatan kotak bentuk
akan membuatkan permukaan konkrit caca
5.2PENGGUNAAN KOTAK BENTUK
Dalam sesuatu projek pembinaan, kos bagi menyediakan kotak
bentuk boleh mencapai 20% hingga 75% daripada kos pembinaan yang
diperuntukkan. Bagi memastikan konkrit yang dihasilkan mempunyai
permukaan yang baik, kotak bentuk hanya di gunakan sekali sahaja.
Kecacatan yang terdapat pada kotak bentuk akan memberi kesan
kepada permukaan konkrit yang terhasil. Walau bagaimana pun, bagi
menjimatkan dan mengurangkan kos pembinaannya, kotak bentuk boleh
di gunakan berulang kali dan kebiasaannya tidak melebihi empat kali.
Penggunaan kayu untuk kotak bentuk adalah lebih ekonomi jika ia tidak
di guna berulang kali. Kotak bentuk yang paling sesuai di gunakan
berulang kali adalah di perbuat daripada keluli.
Keluli merupakan logam yang tahan lama dan lasak. Ini kerana ia
boleh di gunakan berulang kali selagi permukaan keluli tersebut tidak
terjejas. Dalam sejarah situasi, penggabungan kedua-dua bahan iaitu
kayu dan keluli amat di perlukan dalam kerja-kerja pembinaan.
Dalam sesuatu Projek Pembinaan, kayu digunakan untuk
membuat kotak bentuk adalah bertujuan menahan konkrit basah
sehingga ia dapat mengeras dengan secukupnya. Untuk tujuan tersebut,
kayu yang digunakan hendaklah tidak terlalu kering dan tidak
mengandungi kelembapan yang berlebihan. Sekiranya kayu yang
46
digunakan kering, kotak bentuk tadi akan mengembang dan
membengkok apabila ia menyerap air dari konkrit yang di tuang. Ia
menyebabkan terbentuknya sarang lebah (honey com
Rajah 5.2.1 ( a ): kerja-kerja membina kotak bentuk “ formwork “.
Rajah 5.2.1 ( b ) : Kotak bentuk yang telah siap dibuat.
47
Rajah 5.2.1 ( c ) : Kotak bentuk yang siap di pasang
Rajah 5.2.1 ( d ) : Hasil daripada kotak bentuk
48
5.2BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK KOTAK BENTUK
1) Papan dan papan lapis
2) Logam, keluli, besi galvani, aluminium dan lain-lain
3) Kaca gentian dan plastik gentian.
5.2.1 Papan dan papan lapis
Penggunaan papan atau papan lapis sebagai kotak bentuk adalah sangat
meluas dalam bidang pembinaan. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang
untuk dikerjakan. Pembinaan kotak bentuk untuk konkrit tuang dahulu atau
konkrit tuang di situ.
5.2.2 Logam
Penggunaan logam dalam pembinaan kotak bentuk adalah terhad pada
pembinaan tertentu dan memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan
konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan kotak bentuk logam kerana ianya
lasak dan sesuai digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam
bangunan yang membuat cerucuk lubang gerimit.
49
5.2.3 Kaca Gentian dan Plastik Gentian
Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur
yang mempunyai reka bentuk tersendiri.
5.3 SYARAT – SYARAT KETUGAHAN KOTAK BENTUK
a) Mempunyai sambungan yang kemas di bahagian penyambungan.
Dengan ini, air tidak akan mengalir keluar dari kotak bentuk yang di buat.
b) Cukup tegar untuk membolehkan konkrit di mampat dengan alat
penggetar. Oleh itu, kotak bentuk mestilah berupaya sebarang untuk
menahan sebarang peranjakan atau pergerakan berlaku.
c) Cukup kuat untuk menanggung beban mati yang terdiri daripada konkrit
dan beban hidup seperti pekerja dan alat-alat yang bergerak.
d) Mempunyai ukuran yang betul dan aras yang rata.
e) Kotak bentuk tersebut perlulah telah air untuk menghasilkan konkrit ynag
berkualiti tinggi.
50
5.4 PENGGUNAAN KOTAK BENTUK
Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti:
i. Tiang (coloum)
ii. Rasuk (beam)
iii. Lantai (slab)
iv. Dinding.
v. Longkang
5.4.1 KOTAK BENTUK UNTUK TIANG
Struktur tiang dibina bertujuan untuk menyokong struktur rasuk bagi
lantai atas dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan
yang dipanggil pendinding (sheeting). Pendinding di atur dan dipasang tegak
mengikut bentuk tiang yang hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat
dan sebainya. Pendinding yang biasa di gunakan adalah ynag bersaiz
31.25mm dan 37.5mm tebal. Papan –papan ini akan dipasang bersama- sama
pengikat (cleat) .
Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang
atau menambah perembat(yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung
kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina. Kemudian pengikat akan
pakukan pada satu ahli yang dipasang selari dengan pendinding yang
51
menjadikannya seperti anak tangga. Perembat dipasang melalui anak tangga
ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan penggunaan di
antaranya.
Rajah 5.5.1.i) Kotak Bentuk untuk Tiang
52
5.4.2 KOTAK BENTUK UNTUK RASUK
Setelah pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dan juga telah dikonkrit
dan di buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya,
kotak bentuk bagi rasuk dibuka satu persatu. Reka bentuknya adalah seperti
palung dengan kedua-duanya sisinya serta tapak.
Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak
rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di
tepi tiang dan di atas permukaan tiang. Untuk mengelakkan daripada ia
melengkung, tupang sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah
di atas permukaan lantai. Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari
tengah ke tengah. Selepas daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan
mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan
dengan menggunakan baji.
Rajah 5.5.2.ii) kerja pemasangan kotak bentuk bagi rasuk
53
5.5.3 KOTAK BENTUK UNTUK LANTAI
Bagi struktur ini , rasuk mestilah dipasang terlebih dahulu . Apabila kotak
bentuk rasuk ini telah siap dipasang, barulah kerja – kerja memasang kotak
bentuk lantai bahagian atas ini dipasang.
Pada bahagian sisi kotak bentuk rasuk, satu kayu pengalas di pasang
dengan dipakukan kepada kotak bentuk rasuk tersebut. Kayu pengalas ini
adalah kayu bersaiz 1" x 2 " di mana ianya merupakan kayu penyokong bagi
gelegar yang akan di pasang. Ianya mestilah cukup kukuh untuk menahan
beban kayu gelegar nanti mestilah dipilih dari kayu yang baik.
Manakala pada bahagian atas kayu pengalas, dipasang pula kayu – kayu
yang dipanggil gelegar yang disusun mengikut jaraknya tertentu agar ia boleh
menahan berat beban yang di tanggungnya . Kayu yang digunakan adalah
kayu yang bersaiz 2 " x 4 " . Ianya di pasang pada bahagian yang sama dengan
kedudukan kotak bentuk rasuk dan dipaku.
Kemudian , papan plywood akan di pasang pada kayu – kayu gelegar
ini . Pemasangan papan – papan ini perlu dilakukan dengan cermat. Walaupun
kerja pemasanganya nampak mudah , namun ia perlu dilakukan dengan cermat
dan teliti supaya tiada lubang yang kelihatan yang mana boleh mencacatkan
struktur konkrit .
54
Rajah 5.5.3 iii) Kerja – kerja Pemasangan Kotak Bentuk Untuk Lantai
Rajah 5.5.3 iv) Kotak bentuk bagi lantai yang telah siap di pasang
55
5.5.4 KOTAK BENTUK UNTUK DINDING
Bagi struktur ini, kotak bentuk bergerak dan memanjat digunakan. Ianya
mengandungi papan yang disusun rapat dan diteguhkan lagi dengan perembat
dan pengikat-pengikat bolt dan nat dipasang menerusi kotak bentuk dinding
yang dicadangkan itu.
Bolt yang digunakan ialah batang keluli lembut bergaris pusat 3 mm dan
berbenang pada kedua-dua hujung. Proses ini akan menggenggam bahagian-
bahagian kotak bentuk pada tempatnya. Ini membolehkan ia menanggung
segala beban yang dikenakan apabila kerja konkrit dijalankan.
Papan kotak bentuk ditanggalkan apabila konkrit telah mengeras.
Setelah dibersihkan, papan ini dipasang di atas dinding konkrit untuk
menyambung kerja-kerja yang dilakukan tadi dengan cara yang sama. Cara ini
digunakan untuk dinding di mana ketinggiannya lebih dari 1 meter.
56
5.5.5 KOTAK BENTUK UNTUK TANGGA
Kotak bentuk untuk tangga dipasang mengikut kedudukan dalam pelan yang
telah di tetapkan. Kotak bentuk ini terdiri daripada lapisan papan lapis sahaja.
Ia dipasang mengikut susunan anak tangga,
Rajah 5.5.4. v) Pemasangan kotak bentuk untuk tangga
57
5.5 PEMERIKSAAN KE ATAS KOTAK BENTUK UNTUK TIANG
Pemeriksaan ke atas kotak bentuk untuk tiang amat penting sebelum kerja-
kerja pengkonkritan dijalankan. Antara faktor –faktor yang diambil kira semasa
kerja-kerja pemeriksaan dijalankan ialah :
a. Kepugakan tiang iaitu dengan menggunakan batu pelambap
dan “spirit level”
b. Kualiti kotak bentuk yang mana kotak bentuk tersebut
mematuhi spesifikasi.
c. Keteguhan tupang untuk tiang tersebut
Pemeriksaan kotak bentuk dijalankan bersama-sama dengan wakil P.P
iaitu Juruteknik JKR dan wakil daripada pihak perunding. Jika wakil P.P tidak
berpuas hati dengan keadaan kotak bentuk yang di buat, kerja-kerja baik pulih
mesti di buat mengikut kehendaknya dan perlulah tidak bercanggah dengan
peraturan.
58
5.6 MEMBUKA KOTAK BENTUK
Kotak bentuk hendaklah di buka dengan baik tanpa ada gegaran dan
kejutan yang melampau supaya tidak berlakunya kerosakan kepada permukaan
struktur konkrit dan kepada kotak bentuk itu sendiri. Kerja-kerja penggalan
atau pembukaan kotak bentuk ini perlulah di lakukan sedikit –sedikit dan
berperingkat –ringkat bagi memastikan struktur konkrit yang telah di buat telah
mengeras dengan secukupnya.
Bahagian Kotak Bentuk Simen biasa Simen Cepat
Mengeras
Sisi rasuk,dinding dan tiang 3 Hari 2 Hari
Sangga kepala lantai 10 Hari 5 Hari
Sangga kepala rasuk 21 Hari 8 Hari
Sisi rasuk (sangga tidak tanggal) 8 Hari 5 Hari
Sisi lantai (sangga tidak tanggal) 4 Hari 3 Hari
JADUAL 5.8.1 : Jadual jangka masa minimum untuk kerja – kerja
penanggalan kotak bentuk.
59
Pembukaan kotak bentuk ini hendaklah dilakukan dengan cermat supaya dapat
mengelakkan daripada konkrit itu rosak. Bagi mengukuhkan lagi konkrit yang
baru itu daripada rosak, kotak bentuk hendaklah dibuka mengikut spesifikasi
yang ditetapkan oleh pemaju. Namun begitu ia juga bergantung kepada
kekuatan konkrit itu sendiri.
Rajah 5.8.2: Cara membuka kotak bentuk
60
BAB 13
KOMEN DAN CADANGAN
13.1 KOMEN
Selama saya menjalani latihan industri di syarikat ini, saya telah
memperoleh pelbagai pengalaman dan banyak pengatahuan yang belum saya
dapati semasa di kuliah. Saya berasa amat berpuas hati dan mendapati teori-
61
teori yang saya pelajari semasa mengikuti kursus di politeknik begitu berguna
kepada saya kerana dapat merpraktikkan semasa menjalan latihan industri
selama beberapa bulan di syarikat ini. Melalui latihan industri inii juga, saya
seperti mendapat semagat baru untuk meneruskan memajukan diri dalam
bidang inidengan mempraktikkan teori-teori asa yang juga menjadi elemen
penting dalam melakukan sebarang bentuk pekerjan.
Sepanjang beberapa bulan saya menjalani latihan industri disini, saya
telah diberi kepercayan dan peluang meningkatkan lagi tahap kemahiran
dengan melakukan berbagai-bagai jenis kerja mengikut kehendak syarikat.
Saya juga merasa amat bertuah berperluang membuat kerja –kerja mencabar
dengan memerlukan kemahiran dan tenik-teknik yang tertentu serta mendapat
tunjuk ajar dari pekerja-pekerja berpengalaman
Justeru itu, saya berpendapat latihan industri ini amat wajar diteruskan
sampai bila-bila supaya dengan adanya sesi praktilkal ini pelajar akan mendapat
pendedahan awal sebelum memasuki alam perkerjan dan seterusnya
melahirkan tenaga kerja yang mahir,cekap dan bermutu yang mampu
merialisasikan matlamat negara untuk muncul sebagai negara maju pada tahun
2020 nanti.
13.2 CADANGAN
Melalui latihan industri yang telah saya jalani ini, terdapat banyak
pengalaman yang telah saya hadapi. Oleh hal yang demikian, ingin saya
menggunakan kesempatan ini untuk memberi sedikit saranan tentang latihan
industri saya ini, dapat menolong pihak-pihak yang berkenaan tanpa
62
menyinggung perasaan mana-mana pihak,malah ianya juga dijadikan iktibar,
contoh pengajaran yang berguna semasa menjalani latihan industri nanti.
Sebelum menjalani latihan industri,pelajar mestilah mengenal pasti serba
sedikit latar belakang syarikat yang akan di jalani latihan industri nanti. Ini
bertujuan untuk mengelakkan daripada melakukan kesilapan kemudian hari. Ini
kerana syarikat yang di pohon untuk menjalani latihan dan skop-skop
pembelajaran semasa di dalam kuliah, masalah ini juga akan merumitkan
pelajar semasa menyediakan laporan latihan industri kerana kekurangan bahan
rujukan.
Selaian itu juga, pelajar mestilah mendapatkan maklumat dari pihak
politeknik tentang syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat latihan industri
kepada pelajar terutamanya syarikat-syarikat yang baru menawarkan tempat
untuk pelajar membuat latihan industri.
Disamping iu juga, persediaan awal daripada pelajar amat penting
supaya tumpuan sepenuhnaya dapat diberiakn semasa menghadapi latiahn
industri dengan menggapkan ianya alam pekerjaan yang sebenar oleh pelajar,
ini sejajar dengan kehendak politeknik bahawa proses latiahn industri ini, adalah
langkah awal memasuki alam pekerjaan di kemudian hari.
Mewujudkan persefahaman antara pelajar dan majikan amat perlu bagi
memudahkan bagi memudahkan sebarang masalah yang timbul dapat
diselesaikan dengan mudah di samping mewujudkan pergaulan yang erat
sesame pekerja di tempat latihan industi. Oleh itu, kesafahaman mestilah
dipupuk dikalangan pelajar bagi memudahkan menjalani latihan industri
63
64