kerja kursus geografi pmr 2012 tugasan 2 full

27
PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI JALAN SILIBIN, IPOH, DAERAH KINTA UTARA, PERAK

Upload: atikah-wardah

Post on 22-Jul-2015

3.323 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Find another lampiran yourself, hihi. =) , really hope kerja kursus ini membantu anda =D.

TRANSCRIPT

PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI JALAN SILIBIN, IPOH, DAERAH KINTA UTARA, PERAK

SENARAI KANDUNGAN

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9

PERKARA Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

HALAMAN

PENGHARGAAN

Alhamdullilah dengan izinNya, hasrat saya untuk menyiapkan Kerja Kursus Geografi PMR 2012 bertajuk Perniagaan Runcit (Pasar Malam) akhirnya terlaksana jua.

Sebelum ini banyak halangan yang saya hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini banyak membantu saya mengetahui dengan lebih lanjut tentang pasar malam sekitar kawasan saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Fong See Cheng selaku guru Geografi yang telah memberikan panduan,nasihat dan teguran serta bimbingan sepanjang kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada Puan Hajah Noraini bt Saad, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh yang telah memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya iaitu Puan Maliza bt Mohd Tamin dan Encik Mazman bin Mahmud yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan sekelas saya yang telah memberi sokongan dan kerjasama dalam menyiapkan laporan kajian ini. Segala kekurangan di dalam kajian ini diharap mendapat teguran yang membina daripada cikgu. Semoga kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian terima kasih

PENDAHULUAN

Nama saya Atikah Wardah bt Mazman. Saya adalah pelajar Tingkatan 3 Daisy di Sekolah Menengah Kebangsaan Tarcisian Convent, Ipoh. Saya memilih Kerja Kursus Geografi bertajuk Perniagaan Runcit Pasar Malam di Kawasan Jelapang, Ipoh, Perak untuk memenuhi keperluan dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2012 bagi matapelajaran Geografi.

Saya memilih Pasar Silibin kawasan Jelapang sebagai kawasan kajian saya memandangkan keluarga saya telah tinggal berhampiran kawasan ini selama 13 tahun dan biasa dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di kawasan Jelapang dan kawasan berhampiran .Ini memudahkan saya untuk mendapat banyak maklumat berkaitan pendudukan di sini. Pemilihan kawasan ini juga adalah kerana kawasan ini memenuhi kemahuan dan kehendak yang bertetapan dengan kerja kursus ini.

Tempoh yang diambil untuk melaksanakan folio ini adalah selama 2 minggu. Saya telah mengambil seminggu untuk memerhati dan mengumpul maklumat tentang kawasan ini. Seminggu lagi, telah saya gunakan untuk menyiapkan dan mendokumentasikan kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dilaksanakan adalah untuk a. Mengenal pasti konsep dan jenis perniagaan runcit yang dijalankan di kawasan Jelapang, Ipoh. b. c. Mengenal pasti kepentingan perniagaan runcit. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan perniagaan runcit di kawasan Jelapang, Ipoh. d. e. Menghasilkan kesan-kesan negatif pembinaan perniagaan runcit di kawasan Jelapang. Menyatakancad angan-cadangan untuk mengurangkan kesan-kesan negatif

perniagaan runcit di kawasan Jelapang. f. Menerapkan nilai-nilai murni dan unsur patriotism untuk negara.

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Jalan Silibin berdekatan dengan Bulatan Jelapang. Pasar malam ini dikenali sebagai Pasar Malam Silibin. Pasar malam ini diadakan pada hari Isnin dan Khamis setiap minggu. Biasanya pasar malam ini dibuka pada 6.30 petang dan berakhir sekitar pukul 10 atau 11 malam. Pelbagai barang dijual seperti makanan basah dan kering, permainan kanak-kanak, cakera padat, pelbagai jenis pakaian dan peralatan rumah. Lokasi kajian ini terletak kira-kira 8.7 kilometer dari Bandar Ipoh dan sekitar 2.6 kilometer dari kawasan perumahan saya, Taman Muhibbah dan Taman Lim, Ipoh. Terdapat ciri-ciri pandangan darat fizikal dan pandangan darat budaya seperti Kawasan Perindustrian Jelapang, Klinik Kesihatan Jelapang, Bank RHB, deretan rumah-rumah kedai dan Medan Selera serta deretan rumah-rumah taman perumahan yang berhampiran.

KAEDAH KAJIAN

Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam mencari dan mengumpul maklumat. Antara kaedah yang saya telah digunakan adalah kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah rujukan menggunakan internet.

Kaedah pemerhatian yang digunakan adalah mengumpul maklumat tentang konsep dan jenis perniagaan runcit yang dijalankan di Pasar Malam Silibin. Selain itu, melalui konsep ini juga saya dapat menyenaraikan kesan-kesan negatif dan cadangan untuk mengurangkan kesan negatif yang berlaku akibat perlaksanaan Pasar Malam Silibin ini. Melalui kaedah ini juga, saya telah berjaya menyiapkan lakaran peta lakar saya dengan memerhati kawasan Pasar Malam Silibin.

Bagi mendapatkan maklumat tambahan, saya telah mengunakan kaedah temu bual dimana saya telah menemu bual ibu saya, Maliza bt Mohd Tamin memandangkan beliau telah lama tinggal di sekitar Ipoh ini.

Kaedah rujukan dengan menggunakan internet juga telah saya gunakan. Maklumat yang terperinci dapat saya peroleh seperti jarak antara kawasan kajian dan tempat tinggal saya, ciri pandang darat yang wujud di sekitar Pasar Malam Silibin dan sebagainya.

DAPATAN KAJIAN

a) Konsep dan jenis perniagaan

Menurut Kamus Dewan Bahasa, runcit bermaksud kedai yang menjual barang secara sedikit-sedikit. Perniagaan runcit pula bermaksud perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.

Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan pasar malam yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis. Menurut Wikipedia, pasar malam ialah konsep bazaar yang beroperasi bermula pada waktu petang hingga waktu malam. Pasar malam ini merupakan jenis pasar malam jalanan mudahalih yang bisanya berada di kawasan perumahan

Di pasar malam terdapat pelbagai gerai mudah alih yang menjual barang-barangan seperti makanan dan minuman, barangan basah seperti ayam, daging, ikan, sayursayuran, buah-buahan, permainan, perkakasan dapur, buku, pakaian dan sebagainya. Aktiviti tawar menawar merupakan amalan biasa di pasar sedemikian.

JADUAL 1 Jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin, Ipoh, Perak.JENIS BARANGAN Makanan Minuman Buah-buahan Kasut/ Pakaian/ Perhiasan Ayam/ Daging/ Ikan Sayur-sayuran Permainan Media Elektronik Jumlah JUMLAH GERAI 26 5 13 22 13 15 7 3 104

Sumber : Pemerhatian di kawasan kajian, 4.6.2012 Jenis barangan yang diperniagaan di Pasar Malam Jalan Silibin, Ipoh, Perak. Makanan Minuman 7% 3% 14% 5% 13% 13% 21% 24% Buah-buahan Kasut/ Pakaian/ Perhiasan Ayam/ Daging/ Ikan Sayur-sayuran Permainan Media ElektronikRajah 1 Carta Pai menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin, Ipoh, Perak.

Tafsiran Carta Pai

Jenis barangan yang paling banyak diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin adalah makanan, iaitu sebanyak 26 jumlah gerai atau 24 peratus daripada semua jumlah gerai yang diperniagakan di Pasar Malam Jalan Silibin ini. Jenis barangan yang kedua banyak di Pasar Malam Jalan Silibin adalah gerai yang menjual kasut, pakaian dan perhiasan, iaitu sebanyak 22 buah gerai atau 21 peratus jumlah gerai. Gerai jenis sayursayuran merupakan gerai ketiga terbanyak yang berjumlah 15 buah gerai atau 14 peratus daripada jumlah gerai yang terdapat di Pasar Malam Jalan Silibin. Terdapat dua jenis barangan yang diperniagakan dengan jumlah gerai yang sama iaitu 13 buah gerai atau 13 peratus bagi setiap jenis barangan iaitu gerai yang menjual barangan jenis buah-buahan dan ayam, daging dan ikan Terdapat 7 gerai atau 7 peratus daripada jumlah gerai yang menjual barang permainan. Bagi gerai minuman, terdapat 5 buah gerai atau 5 peratus daripada jumlah kesemua gerai yang menjual pelbagai jenis minuman. Baki 3 peratus atau 3 buah gerai merupakan gerai yang menjual pelbagai jenis media elektronik terutamanya telefon bimbit.

b) Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajianTerdapat beberapa kepentingan perniagaan runcit ini diadakan di kawasan perumahan. Antaranya, 1. menyediakan peluang pekerjaan Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniagapeniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga makanan dan minuman dapat menambahkan hasil pendapatan mereka. 2. meningkatkan taraf hidup/pendapatan Perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah hasil pendapatan mereka. 3. memudahkan penduduk tempatan membeli barang Pasar malam ini juga menyediakan pelbagai jenis barang runcit. Hal ini memudahkan penduduk setempat untuk membeli barang harian dan tidak perlu ke bandar untuk membelinya. Pasar malam ini juga memudahkan penduduk membeli barang yang tiada di pasaran Pasaraya-pasaraya di bandar. 4. membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lainlain. Peniaga ini juga dapat seterusnya memasarkan produk tempatan di pasaran antarabangsa sekali gus memartabatkan produk tempatan.

5. menyediakan barangan segar Pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buahbuahan dengan harga yang agak murah. Barangan tempatan seperti ulam-ulaman secara tidak langsung dapat dipasarkan dan dijualkan terus kepada pengguna. 6. menjimatkan kos pengguna/perniaga Pasar malam ini juga tidak memerlukan modal yang banyak berbanding dengan membuka perniagaan di pasaraya atau pasar besar.

c) Faktor yang mempengaruhi

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pasar malam ini dijalankan. Antaranya ialah, 1. governan Kerajaan telah menggalakkan perniaga untuk berniaga dengan menyediakan tapaktapak perniagaan. Saya menghargai usaha kerajaan tempatan yang telah menyediakan ruang untuk penduduk berniaga kecil-kecilan sekaligus dapat memajukan ekonomi negara. 2. modal Modal yang kecil juga menggalakkan pasar malam ini dijalankan. Kebanyakkan peniaga juga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM 400 untuk berniaga di pasar malam ini. 3. infrastruktur Terdapat beberapa infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya, tapak perniagaan yang selesa, strategik dan tempat meletakkan kenderaan yang luas. 4. pertambahan penduduk Kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah dan kawasan perumahan baru yang dibina di kawasan berhampiran.

5. kesesuaian waktu berniaga

Pasar malam ini menjalankan perniagaan pada hari isnin dan khamis iaitu bermula seawal pukul 4.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam. Waktu ini sesuai untuk peniaga berniaga dan penduduk tempatan untuk membeli belah. 6. peranan persatuan penduduk Persatuan Rukun Tetangga dan Majlis Bandaraya Ipoh amat menggalakkan dan menyokong pasar malam ini dijalankan.

d) Kesan negatifTerdapat beberapa kesan negatif dapat dilihat semasa pasar malam dijalankan. Antaranya, 1. masalah sosial/ kesesakan lalu lintas Beberapa gejala negatif yang berlaku di kawasan pasar malam ini seperti pergaulan bebas dan melepak.Terdapat juga masalah jenayah yang berlaku seperti pecah kereta dan masalah penyeluk saku. Selain itu, masalah kesesakan lalu lintas juga berlaku akibat kekurangan lot tempat letak kereta. Ini menyebabkan penduduk tempatan terpaksa meletak kereta mereka ditepi bahu-bahu jalan. Hal ini juga menyebabkan jalan raya menjadi sempit dan seterusnya kesesakan lalu lintas berlaku. 2. persaingan dengan kedai runcit Pasar malam ini dijalankan dihadapan kedai runcit dan kedai sediada. Keadaan ini akan menyebabkan rasa tidak puas hati kerana perniaga kedai runcit akan kehilangan pelanggan atau sebaliknya. Hal ini akan menyebabkan mereka mengalami kerugian. 3. pembaziran (masa/wang) Ketika berbelanja di pasar malam, pembeli sering melakukan pembaziran. Dimana pada mulanya mereka hanya ingin window shopping namun mereka rambang mata lalu membeli barang yang tidak diperlukan. Hal ini menyebabkan, pembaziran masa dan wang boleh berlaku.

4. pencemaran/wabak penyakit Pencemaran berlaku akibat sifat orang ramai yang tidak bertanggungjawab dengan membuang sampah di kawasan pasar malam dijalankan. Berdasarkan pemerhatian, setiap kali selepas habisnya berniaga, persekitaran di kawasan pasar malam akan dipenuhi sampah sarap dan lebih teruk lagi jika perniaga tidak sensitif untuk membersihkannya. Hal ini menyebabkan pelbagai wabak penyakit berlaku. Contohnya, demam denggi yang berlaku akibat pembiakan nyamuk aedes di dalam air yang bertakung di longkang dan sampah sarap. 5. barangan tidak berkualiti Kebanyakan harga barangan dan kualiti barangan di pasar malam tidak dikawal oleh kerajaan. Sesetengah perniaga juga berjual beli tanpa meletakkan tanda harga. Oleh itu, pembeli berisiko untuk ditipu oleh perniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa. Kita sebagai pengguna haruslah prihatin ketika membeli dan apabila berlakunya penipuan, kita haruslah mengadu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.

e) Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcitBeberapa cadangan telah dibincangkan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit ini dijalankan. Antaranya ialah, 1. kuat kuasa undang-undang Pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan menyediakan polis trafik untuk mengawal lalu lintas. Selain itu, pihak polis haruslah meningkatkan pengawasan di Hot Spot yang berlakunya pelbagai masalah jenayah. 2. peranan dan pemantauan PBT/persatuan penduduk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan persatuan penduduk pula memainkan peranan memastikan keselesaan penduduk tidak terjejas oleh masalah kebersihan, kesesakan lalu lintas, masalah sosial dan lain-lain kesan negatif perniagaan pasar malam tersebut. Persatuan penduduk boleh membuat aduan kepada PTB atau ahli parlimen kawasan supaya masalah-masalah tersebut dapat dikurangkan. 3. menyediakan kemudahan asas Pihak berkuasa berperanan menyediakan kemudahan asas seperti tempat letak kereta dan tong sampah supaya masalah kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Hal ini dapat memupuk tabiat suka akan kebersihan dalam setiap diri individu dan persekitaran juga dapat dijaga.

4. kempen kesedaran/ pengawalan harga Terdapat beberapa kempen yang dijalankan bagi menyedarkan pengguna dan penduduk untuk bijak berbelanja dan menjaga persekitaran dengan bersih. Antara kempen yang telah dijalankan ialah kempen kesedaran pengguna 1Pengguna 1Suara dan kempen Pengguna Bijak Berbelanja yang mengajak pengguna untuk bersatu tidak menyokong harga barang yang mahal, tak berkualiti dan barangan yang tidak menepati kehendak dan citarasa pengguna.

RUMUSAN

Perniagaan pasar malam di Jalan Silibin kawasan Jelapang dijalankan pada setiap hari Isnin dan Khamis bermula seawal jam 4 petang dan berakhir pada jam 11 malam. Perniagaan ini telah memberi peluang pekerjaan serta menambahkan pendapatan penduduk tempatan. Selain daripada itu, pasar malam juga memudahkan penduduk tempatan membeli barangan. Ini dapat menjimatkan kos perbelanjaan pengguna dan peniaga. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di kawasan kajian seperti faktor governan, modal yang kecil, pertambahan penduduk dan kesesuaian waktu berniaga.

Walaubagaimanapun, setiap aktiviti ekonomi akan memberi kesan sama ada positif atau negatif. Antara kesan negatif perniagaan ialah masalah sosial, kesesakan lalu lintas, pencemaran, wabak penyakit, persaingan dengan kedai runcit dan pembaziran masa dan wang. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi mengurangkan kesankesan negatif yang berlaku. Antaranya, penguatkuasa undang-undang oleh kerajaan, peranan PBT dan persatuan penduduk yang mengawal keselesaan penduduk dengan menyediakan kemudahan asas seperti tong sampah dan mengadakan kempen kesedaran secara berkala dan kerap.

Saya bersyukur dan berbangga kerana kerajaan telah berusaha mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan kesan negatif yang berlaku. Saya berharap perniaga dan pengunjung pasar malam termasuk saya akan lebih prihatin dan bersama-sama

bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kita. Akhir kata, marilah kita, sebagai rakyat Malaysia berusaha membangunkan perniagaan runcit pasar malam demi menjana ekonomi negara.

LAMPIRAN

Maliza bt. Mohd Tamin, 31, Jalan Muhibbah, Taman Muhibbah, 30100, Ipoh, Perak. Tel: 012-5376137 ________________________________________________________________________ Pengetua, SMK Tarcisian Convent, Jalan Abdul Manap, 30100, Ipoh, Perak. Puan, Menjalankan Kajian Geografi Tempatan (KGT) Merujuk perkara di atas, saya Maliza bt. Mohd Tamin membenarkan anak saya Atikah Wardah bt. Mazman, pelajar dari Tingkatan Tiga Daisy untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga. 2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

25 Mac 2012

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

(MALIZA BT. MOHD TAMIN)

Antara gerai yang menjual barang-barangan kering.

Gerai yang menjual pelbagai jenis kasut.

Antara gerai buah-buahan yang terdapat di Pasar Malam Silibin

Gerai yang menjual pelbagai jenis minuman.

RUJUKAN

Khaw Ah Seng, Habibah Hj.Lateh, Tan Koh Lim, 2004. Buku Teks Geografi Tingkatan 3, PTS Publication & Distrubutors Sdn Bhd. Hajah Noresah bt. Baharom (editor), 2005. Kamus Dewan Edisi Keempat, Dawama Sdn Bhd. Tong Siew Kheng, 2009. Longman Atlas Resos KBSR, Pearson Malaysia Sdn Bhd. http://www.mbi.gov.my/web/guest/pasar_malam http://ms.wikipedia.org/wiki/Pasar_malam https://maps.google.com/