seminar full

Upload: muhammadzulhakim

Post on 10-Oct-2015

59 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RANCANGAN PERNIAGAANRINGKASAN PERNILAIAN PROJEK

A. MAKLUMAT AM PEMOHON

1. Nama Syarikat/Firma : Circle Store Enterprise2. Alamat dan No. Tel : Lot 3515, Taman Bukit Bauk 1, Batu 6, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu Darul Iman 09-5658936 013-30569363. Tarikh dan No.Pendaftaran : TR .....4. Tarikh Beroperasi: 1 Januari 20125. Modal Sumbangan : RM36,000.00

Nama PemilikJumlah Modal Dimiliki (RM)

SediadaBaruJumlah

Mohd Taufiq Bin MisranLot 10338, Jalan Paka, Taman Seri Intan 2, Batu 6, 23000 Dungun,Terengganu Darul Iman. 36,000 36,000

6. Jenis Perniagaan: Kedai pakaian Aktiviti : Menjual pakaian, membaikpulih pakaian, mencetak dan sulaman pakaian, menjual aksesori badan.7. Milikan Modal: 100% Bumiputera8. Pemilik: BilNama/Alamat/KpUmurJawatan dalam Firma%Modal dimiliki

1.Mohd Taufiq Bin MisranLot 10338, Jalan Paka, Taman Seri Intan 2, Batu 6, 23000 Dungun,Terengganu Darul Iman.31Pengurus100

Jumlah100%

B. PERIHAL PROJEK1. ASPEK TEKNIKAL

A) Lokasi Projek

Mengikut perancangan, perniagaaan akan dijalankan di lot kedai yang di sewa di rumah kedai bersebelahan jalan raya besar di Taman Bukit Bauk. Lokasi di pilih terletak tidak berapa jauh dengan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Perniagaan akan di mulakan setelah kedai selesai di ubahsuai oleh pemilik premis dengan tujuan pengkemasan premis tersebut. Butir-butir premis seperti alamat, nama pemilik, kadar sewaan dan tempoh sewaan adalah seperti pada jadual berikut :-

AlamatNama Pemilik BangunanKadar SewaanTempoh Sewaan

Lot 3515, Taman Bukit Bauk 1, Batu 6, Jalan Paka, 23000 Dungun,Terengganu Darul ImanMajlis Perbandaran Daerah DungunRM 1100(Sebulan)3 Tahun

Keluasan dalaman premis ini adalah 20x70 kaki persegi dan jumlah keseluruhan keluasan premis ini adalah 80 kaki persegi. Keluasan ini sudah mencukupi untuk meletakkan semua peralatan perniagaan dan mampu member keselesaan. Susun atur peralatan adalah seperti pelan lantai yang dilampirkan. Rupa bentuk fizikal premis adalah seperti gambar-gambar yang dilampirkan.

Bayaran pendahuluan dan bayaran sewa bulanan pertama sebanyak RM 3300 sudah dikeluarkan oleh pengusaha bagi menyempurnakan perjanjian sewa premis selama 3 tahun. Lokasi perniagaan yang dipilih di Taman Bukit Bauk 1 ini dianggap strategik kerana sasaran utama pelanggan adalah pelajar-pelajar dari dua Institusi Pengajian Tinggi Awam, iaitu Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dan Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), selain penduduk setempat. Selain itu, lokasi juga terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Dungun. Jumlah populasi penduduk di sekitar kawasan ini yang ramai juga menjadi faktor pemilihan lokasi ini kerana terdapat lebih daripada 10 buah kampung berderkatan, memungkinkan premis ini akan menjadi tumpuan terutama menjelang musim perayaan. Kedudukannya yang berada berhampiran dengan jalan besar atau jalan utama yang tidak pernah lengang dengan kenderaan juga menjadi faktor pemilihan lokasi ini.

B) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Penting Sediada

Oleh kerana pengusaha baru pertama kali menceburkan diri dalam perniagaan menjual pakaian, pengusaha tidak mempunyai sebarang kelengkapan dan peralatan.

C) Mesin/Peralatan/Kelengkapan Yang Akan Di beli Dan Diubahsuai

Pengusaha telah bercadang untuk membeli peralatan-peralatan dan membuat pengubahsuaian premis untuk mencuba memenuhi keperluan, keselesaan dan kepuasan pelanggan sentiasa terjamin. Peralatan-peralatan dan yang akan di beli adalah seperti berikut :-

BilJenisUnitHarga kos (RM)Pembekal

1Mesin jahit elektronik1

2Almari pameran7

3Meja pejabat2

4Meja pameran3

5Kerusi pejabat2

6Penyangkut pakaian2 set

7Mesin pencetak baju1

8Cash Register Machine1

9Komputer2

10Clothes Rails8

11Price Guns2

D) Pengunaan Bahan Mentah Utama dan Pembekalnya/costJenis Bahan MentahKuantiti Jualan SebulanHarga seunit Dari pembekal (RM)Jumlah Kos Sebulan (RM)

Baju T berkolar (lelaki)3030900

Baju T berkolar (wanita)1520300

Baju T tanpa kolar (lelaki)50201000

Baju T tanpa kolar (wanita)3020600

Baju Kemeja (lelaki)1040400

Baju kemeja (wanita)740280

Seluar slack (lelaki)1560900

Seluar slack (wanita)855440

Seluar jeans (lelaki)301003000

Seluar jeans (wanita)251002500

Kasut (lelaki)40803200

Kasut (wanita)30802400

Sandal (lelaki)20501000

Sandal (wanita)1550750

Tali pinggang (lelaki)16

10160

Tali pinggang (wanita)61060

Tali leher (lelaki)51050

Tali leher (wanita)21020

Sarung Kaki3010300

Topi51575

Jumlah kos sebulan (RM)13385

Pembekal :-1. BZ Lanbridge, GM Plaza, Kuala Lumpur.2. Cute Cute Entreprise. Kuala Lumpur.3. Louis Malaysia4. Levis Malaysia5. Lee Cooper Malaysia6. Nike Malaysia7. Adidas Malaysia8. Puma Malaysia9. F.O.S (Factory Outlet Store)10. Cheetah Malaysia11. Line-7 Malaysia12. Admiral Malaysia13. Asadi Malaysia14. Dr. Cardin 15. Calvin Klein16. Polo Malaysia17. Mont Blanc Malaysia18. Crocodile Malaysia19. Paul Smith Malaysia

2. ASPEK PASARAN/target market

A) Ciri Ciri Umum Produk, Servis dan Pengguna

Berdasarkan perancangan yang telah di buat, secara ringkasnya sasaran utama premis adalah untuk menjalankan perniagaan menjual pakaian yang sesuai untuk semua lapisan umur, dan tediri daripada pelbagai jenama termasuk yang terkemuka dan sebaliknya, serta boleh di dapati dalam pelbagai saiz.

Di samping menjual pakaian, premis turut memberikan khidmat membaikpulih dan mengolah pakaian seperti mengecilkan kaki seluar, mengecilkan ukuran pinggang baju, memotong seluar labuh dan membaikpulih kerosakan pada pakaian, dan sebagainya.

Perkhidmatan mencetak baju dan sulaman turut disediakan, kerana pada masa kini konsep mencetak baju mengikut corak citarasa pelanggan sendiri semakin diminati terutama oleh golongan belia. Selain itu, premis turut menjual aksesori pakaian yang bergaya dan ranggi mengikut peredaran fesyen pada masa kini. Antara contoh aksesori yang disediakan ialah topi, tali pinggang, dan rantai.

B) Pasaran Am

Penampilan dan pemakaian amatlah di titik beratkan oleh semua orang terutama golongan pemuda-pemudi pada masa kini. Budaya memakai pakaian yang bermutu dan berjenama telah menjadi kegilaan kebanyakan belia-belia di era kemodenan ini. Mereka sanggup membelanjakan duit mereka asalkan tidak ketinggalan mengikuti fesyen atau trend terbaru.

Oleh kerana sukar untuk mendapatkan pakaian-pakaian yang bermutu dan berjenama di sekitar kawasan ini, pemilihan untuk membuka premis ini di kawasan ini adalah tepat. Hal ini kerana penggemar pakaian bermutu dan mahal perlu pergi ke pusat membeli-belah yang agak jauh untuk mendapatkan pakaian yang mengikut citarasa mereka. Pusat membeli-belah yang terdekat adalah di Mesra Mall yang terletak di Paka kira-kira 30 km perjalanan daripada bandar Dungun. Pusat membeli-belah seterusnya adalah di bandar Kuantan, Pahang yang mengambil masa kira-kira 2 jam perjalanan untuk sampai di sana. Jarak antara bandar Dungun dengan Kuala Terengganu yang agak jauh juga menyukarkan penggemar pakaian berjenama untuk mendapatkan pakaian tersebut. Kesempatan ini di ambil untuk membuka sebuah kedai pakaian yang menjual pelbagai jenis pakaian termasuk yang berjenama terkenal.

Pembukaan premis yang terletak berhampiran dengan institusi pengajian tinggi awam adalah strategik kerana pada setiap semester pengajian terdapat penambahan pelajar yang secara tidak langsung menigkatkan lagi populasi penduduk kawasan ini. Hal ini sedikit sebanyak memberi kesan yang positif pada perniagaan. Kebanyakan peniaga pakaian di kawasan ini lebih gemar memilih untuk menjual pakaian terpakai atau lebih dikenali sebagai bundle. Idea menjual pakaian yang baru dan pelbagai ini di jangka dapat menjadikan premis ini sebagai tumpuan masyarakat setempat dan pelajar terutama semasa menjelang musim perayaan.

C) Sasaran Pasaran Firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma tertumpu kepada pelanggan yang berada di sekitar kawasan Mukim Sura. Mukim Sura ini adalah satu kawasan yang luas di daerah Dungun. Terdapat hampir 20 Taman dalam mukim ini dan mempunyai hampir 12 Kampung besar yang berpopulasi hampir 15,000 penduduk termasuk penghuni tetap dan pelajar IPTA. Bilangan keseluruhan penduduk daerah Dungun mencecah hampir 168,300 orang penduduk. Antara sasaran utama perniagaan ini adalah penduduk yang menetap di kawasan seperti :

1) Kg. Baru Batu 62) Batu 73) Sura Lapangan Terbang4) Sura Tengah5) Taman Delima Batu 56) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin7) Universiti Institut Teknologi Mara Dungun8) Sekolah-sekolah

Mengikut maklumat yang diberi oleh Pejabat Daerah Dungun, secara kasarnya majoriti penduduk di daerah ini di pelopori oleh kaum bumiputera dan minoritinya di pelopori oleh penduduk dari kaum Cina, India dan lain-lain. oleh Faktor ini adalah kunci penting perniagaan, kerana firma ini di jangka mudah untuk memenangi hati pelanggan terutama dari kaum bumiputera atas kelebihan berkomunikasi dan interaksi. Dengan kelebihan ini juga, firma dijangkakan mempunyai peluang cerah untuk melonjak ke tahap yang lebih tinggi.Populasi pelajar yang tinggi juga dianggap salah satu kunci kejayaan perniagaan. Pelajar yang lazimnya golongan belia sangat mementingkan penampilan diri dan hal ini menjadikan firma sebagai tempat tumpuan kerana lokasinya yang berhampiran memudahkan pelajar untuk mendapatkan pakaian yang dihajati. Hal ini kerana tidak semua pelajar memiliki kenderaan sendiri. Lokasi pusat membeli-belah yang agak jauh juga sedikit sebanyak menyumbang dalam kejayaan perniagaan. Penduduk setempat pelu menempuh perjalanan yang agak jauh di samping menelan kos perjalanan yang agak besar hanya untuk mendapatkan pakaian yang di hajati. Dengan pembukaan premis ini, secara tidak langsung memudahkan penduduk setempat untuk mendapatkan pakaian yang berkualiti, bergaya dan berjenama. Pemilihan lokasi firma yang strategik dan penduduk yang tinggal berkelompok dan setempat adalah tepat dengan konsep perniagaan dan objektif sasaran perniagaan iaitu golongan pelajar, keluarga dan penduduk berpendapatan rendah, sederhana dan tinggi.

Pelanggan yang disasarkan adalah seperti berikut:1) Golongan pekerja berumur di antara 20 - 45 tahun2) Golongan penduduk tempatan dari lingkngan umur 5 - 45 tahun3) Golongan pelajar 15 - 30 tahun4) Golongan berkeluarga

Populasi pelanggan sasaran pada hari bekerja (ahad-khamis) di dalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:Jadual 1 :Kawasan /Taman/IPTA/SekolahBilangan PendudukBilangan Pelanggan Sasaran

1. Kg. Baru Batu 52. Taman Delima Batu 53. Batu 74. Sura Lapangan Terbang5. Sura Tengah6. Politeknik254 orang361 orang283 orang4000 orang6000 orang4207 orang50 orang80 orang55 orang120 orang80 orang250 orang

Jumlah 15105635 orang

1. Jadual diatas adalah jumlah anggaran pelanggan yang akan datang ke kedai pada hari berkerja iaitu isnin sampai khamis dan dijumlahkan kepada anggaran sebulan.Penduduk Kg. Baru Batu 5 mempunyai kira-kira 254 orang dan dianggarkan 50 orang daripadanya akan datang pada hari biasa kerana kawasan ini behampiran dengan premis perniagaan begitu juga dengan , Taman Delima Batu 5, Batu 7.Kawsanan Sura Lapangan Terbang pula mempunyai ramai penduduk tetapi agak jauh dengan kawasan premis dan anggaran menjadi kurang termasuk kawasan Sura Tengah manakala anggaran untuk pelajar Politeknik pula sebanyak 250 orang

Populasi pelanggan sasaran pada hari minggu (jumaat-sabtu) di dalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:

Jadual 2Kawasan /Taman/IPTA/SekolahBilangan PendudukBilangan Pelanggan Sasaran

1. Kg. Baru Batu 52. Taman Delima Batu 53. Batu 74. Sura Lapangan Terbang5. Sura Tengah6. Politeknik254 orang361 orang283 orang4000 orang6000 orang4207 orang15 orang30 orang30 orang35 orang30 orang60 orang

Jumlah 15105200 orang

2. Jadual diatas menunjukan anggaran bilangan pelanggan sasaran pada hari minggu iaitu hari jumaat dan sabtu dan dijumlahkan sebulan iaitu sebanyak 8 hari.Hari minggu dapat dianggarkan bilangan akan meningkat pada hari biasa kerana pekerja dan pelajar bercuti dan keluar membeli-belah. Penduduk Kg. Baru Batu 5 mempunyai kira-kira 254 orang dan dianggarkan 15 orang daripadanya akan datang pada hari biasa kerana kawasan ini behampiran dengan premis perniagaan begitu juga dengan , Taman Delima Batu 5, Batu 7. Kawsanan Sura Lapangan Terbang pula mempunyai ramai penduduk tetapi agak jauh dengan kawasan premis dan anggaran menjadi kurang termasuk kawasan Sura Tengah manakala anggaran untuk pelajar Politeknik pula sebanyak 60 orang

Populasi pelanggan sasaran pada musim perayaan (anggaran 2 minggu bagi setiap perayaan besar) di dalam kawasan pasaran adalah seperti berikut:

Jadual 3 :Kawasan /Taman/IPTA/SekolahBilangan PendudukBilangan Pelanggan Sasaran

1. Kg. Baru Batu 52. Taman Delima Batu 53. Batu 74. Sura Lapangan Terbang5. Sura Tengah6. Politeknik254 orang361 orang283 orang4000 orang6000 orang4207 orang90 orang150 orang100 orang300 orang400 orang500 orang

Jumlah 151051540 orang

Jadual 3 diatas menunjukkan bilangan pelanggan sasaran pada musim perayaan besar dinegara kita.Sasaran ialah pada 3 perayaan besar iaitu Hari Raya,Tahun Baru Cina,Hari Krismas dan hari perayaan yang lain.Jumlah keseluruhan cuti digabungkan dan digenapkan sebanyak 30 untuk jadual diatas.Anggaran dijangka meningkat mendadak kerana pekerja dan pelajar bercuti dan mencari pakaian serta membeli-belah.Penduduk Kg. Baru Batu 5 mempunyai kira-kira 254 orang dan dianggarkan 90 orang daripadanya akan datang pada hari biasa kerana kawasan ini behampiran dengan premis perniagaan begitu juga dengan , Taman Delima Batu 5, Batu 7. Kawsanan Sura Lapangan Terbang pula mempunyai ramai penduduk tetapi agak jauh dengan kawasan premis dan anggaran menjadi kurang termasuk kawasan Sura Tengah manakala anggaran untuk pelajar Politeknik pula sebanyak 500 orang ini kerana kebanyakan cuti dikeluarkan pada hujung perayaan dan masa membeli-belah kurang dan sememangnya premis ini menjadi tumpuan.

Nota:(*) 6% dari bilangan penghuni/penduduk dianggarkan mempunyai ciri-ciri pelanggan sasaran firma.

Populasi pelanggan sasaran di dalam daerah kawasan pasaran adalah seperti berikut:

Kumpulan UmurLelakiPerempuanJumlahJumlah Pelanggan Sasaran

15-199,800 orang9,000 orang18,800 orang2,820 orang

20-249,200 orang8,400 orang17,600 orang2,640 orang

25-398,200 orang7,100 orang15,300 orang2,295 orang

30-345,600 orang4,800 orang10,000 orang1,500 orang

35-394,900 orang3,800 orang8,700 orang1,305 orang

40-445,000 orang4,300 orang9,300 orang1,395 orang

45-494,400 orang3,900 orang8,300 orang1,245orang

Jumlah47,100 orang41,300 orang88,400 orang13,260 orang

Nota: 20% dari bilangan penghuni/penduduk dianggarkan mempunyai ciri - ciri pelanggan sasaran firma.

30% penduduk wanita dijangka adalah pelanggan pernigaan

50% penduduk lelaki dijangka adalah pelanggan perniagaan.

Anggaran pendapatan firma adalah seperti berikut:

Jadual keuntungan dan penjualan/roi

Jenis Bahan MentahKuantiti Jualan SebulanHarga seunit Dari pembekal (RM)Harga seunit yang dijual(RM)Harga keuntungan seunit(RM)Jumlah Keuntungan Sebulan (RM)

Baju T berkolar (lelaki)30306030900

Baju T berkolar (wanita)15205535525

Baju T tanpa kolar (lelaki)50203010500

Baju T tanpa kolar (wanita)30203010300

Baju Kemeja (lelaki)104012080800

Baju kemeja (wanita)74010060420

Seluar slack (lelaki)15608020300

Seluar slack (wanita)8557520160

Seluar jeans (lelaki)301002001003000

Seluar jeans (wanita)25100180802000

Kasut (lelaki)4080150702800

Kasut (wanita)308013050 1500

Sandal (lelaki)20507020400

Sandal (wanita)15507020300

Tali pinggang (lelaki)16

102010160

Tali pinggang (wanita)610251590

Tali leher (lelaki)510201050

Tali leher (wanita)210201020

Sarung Kaki3010155150

Topi515251050

Jumlah keuntungan sebulan (RM)14425

Anggaran adalah berdasarkan penilaian dan pemerhatian di kedai-kedai baju yang berhampiran dengan lokasi perniagaan. Bayaran di atas adalah anggaran minima dan secara purata kerana firma menjual pelbagai jenis pakaian dengan harga yang rendah atau tinggi mengikut jenis, kualiti dan jenama pakaian.

Keuntunggan perkhidmatan:

Khidmat/JualanBayaran Perkhidmatan/Jualan (RM)Keutungan anggaran(RM)Anggaran pelanggan sehariAnggaran pelanggan sebulanAnggaran pendapatan sebulan (RM)Anggaran pendapatan setahun (RM)

Sulaman20050-42002400

Mengecop baju70( seunit)20-306007200

Aksesori lain2054301501800

Membaiki pakaian1853603003600

Jumlah12125015000

Anggaran adalah berdasarkan penilaian dan pemerhatian di kedai-kedai baju yang berhampiran dengan lokasi perniagaan. Bayaran di atas adalah anggaran minima dan secara purata kerana firma menjual pelbagai jenis pakaian dengan harga yang rendah atau tinggi mengikut jenis, kualiti dan jenama pakaian.Kiraan di atas di jangka akan meningkat secara mendadak apabila para pelajar IPTA mendapat duit biasiswa atau pinjaman, dan apabila menjelang musim perayaan. Kiraan di jangka akan menigkat sebanyak 3 kali ganda anggaran jualan di atas.

1541 Strategi Pasaran firma/aku

Di antara stategi adalah seperti berikut:

1) Mengemukakan konsep kedai yang menjual pelbagai pakaian yang murah dan mahal mengikut jenama dan kualiti pakaian.2) Menyediakan khidmat membaikpulih dan mengolah pakaian.3) Menerima tempahan mencetak dan sulaman pakaian.4) Menyediakan pakej-pakej cetakan, dan sulaman secara borong dengan harga yang menarik.5) Memberikan khidmat layanan kepada pelanggan dengan mesra dan baik supaya pelanggan kerap datang ke premis.6) Membuat promosi dengan memberi potongan harga terutama apabila pelanggan membeli secara pukal, menjelang musim perayaan, musim jualan mega dan sebagainya.7) Menyediakan kad keahlian untuk pelanggan dengan memperkenalkan sistem mata ganjaran dalam usaha menarik pelanggan untuk menjadi pelanggan tetap. 8) Pakaian yang di jual di firma sentiasa mengikut perkembangan fesyen global.

a) b) c) d) 1542 Pesaing-Pesaing/aku

Firma dianggap sebagai bertuah kerana tiada pesaing di kawasan berdekatan. Kebanyakan premis berdekatan hanya menjalankan perniagaan seperti bengkel membaiki dan menjual alat ganti motorsikal, kedai runcit, pusat siber, gerai makanan dan sebagainya yang tidak mendatangkan saingan kepada firma. Jika terdapat pesaing, hanyalah di Bandar baru Dungun yang menjual pakaian-pakaian seperti di pasaraya Mydin, Aneka, Mizi Sports, Ten-Ten, dan Hari Hari.

3. Aspek Pengurusana) Carta Organisasi

Pada masa ini, pengurusan firma akan dikendalikan sendiri oleh pemilik, Encik Mohd Taufiq Bin Misran. Beliau akan dibantu oleh Encik Shahdzulikraam di bahagian pentadbiran yang akan menguruskan segala urusan pentadbiran. Di bahagian operasi pula, terbahagi kepada dua iaitu bahagian sulaman dan cetakan, dan bahagian khidmat pelanggan. Pengurusan bahagian sulaman & cetakan diserahkan kepada Aboo. Beliau akan menerima dan mengoperasikan semua perkara yang berkaitan dengan jahitan, sulaman dan cetakan. Di bahagian khidmat pelanggan yang diketuai oleh Uzair, akan dibantu oleh Amirul Shamir dan Norhanuddin. Bahagian khidmat pelanggan merupakan bahagian yang akan mempromosikan produk di premis, memberi layanan kepada pelanggan, menjaga kebersihan premis dan menjaga mesin wang.

Firma dijangka akan mengambil tiga orang pekerja lagi apabila firma beroperasi sepenuhnya kelak.

b) Latarbelakang Pengarah/Pemegang Saham/Ahli KongsiMohd Taufiq Bin MisranPengurusBeliau berusia 31 tahun, berkelulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Politeknik Port Dickson pada tahun 2001, dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Institut Teknologi Mara pada tahun 2005. Pemilik mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam bidang pengurusan perniagaan. Pemilik menguruskan perniagaan keluarga bersama ahli keluarga yang lain sehingga kini.Beliau amat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ini dan memohon pembiayaan daripada Bank. Walaubagaimanapun, beliau masih lagi menguruskan perniagaan keluarganya dan ingin mengusahakan perniagaannya sendiri. Oleh kerana itu, sejurus selepas permohonan pinjamannya diluluskan beliau akan memberi sepenuh perhatian dan tumpuan pada perniagaannya.Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentadbiran, pemasaran, perakaunan dan pengurusan operasi lain.

c) Latarbelakang Penyelia

Mohamad Shah Dzulikraam Bin Mohd Ismet PentadbiranBeliau berusia 25 tahun, berkelulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Politeknik Ungku Omar pada tahun 2007. Beliau mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja dalam pentadbiran perniagaan sebagai pembantu kepada Encik Taufiq dalam pengurusan perniagaan keluarga.Di firma ini, beliau bertanggungjawab untuk membantu Encik Taufiq dalam bidang pentadbiran, pemasaran, promosi, dan pengurusan operasi lain.

Aboo Sulaman dan cetakanBeliau berusia 23 tahun, berkelulusan Diploma Rekaan Pakaian daripada Metropolitan College pada tahun 2009. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang rekaan, cetakan dan sulaman pakaian selama 2 tahun di butik yang terletak di Kuala Lumpur.Di firma ini beliau akan menguruskan semua operasi yang melibatkan rekaan, cetakan, sulaman dan jahitan. Di samping itu, beliau akan membantu dalam bahagian khidmat pelanggan.

Muhammad Uzair Bin Bahairudin Khidmat pelangganBeliau berusia 22 tahun, berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang khidmat pelanggan selama 5 tahun. Beliau pernah bekerja sebagai penyelia di restoran makanan segera terkemuka di Kuantan, Pahang.Di firma ini beliau ditugaskan sebagai ketua bahagian khidmat pelanggan. Beliau akan memberi khidmat layanan kepada pelanggan yang masuk ke dalam premis, mempromosikan produk, dan menguruskan mesin wang.

d) Latarbelakang Kakitangan Utama/Mahir

NamaUmurKelulusanPengalamanJawatan & Tugas

Norhanuddin21SPM3 tahun dalam bahagian khidmat pelanggan di butik.Melayan pelanggan, mempromosi produk, membantu bahagian operasi

Amirul Shamir22SPM4 tahun dalam bahagian khidmat pelanggan di pasarayaMelayan pelanggan, mempromosi produk,Membantu bahagian operasi

4. Aspek Kewangana) Aset, Tanggungan & Ekuitii. Jumlah Harta (Kos Projek)PERKARA

SEDIA ADA( 00/0/00 )( DERAF )BARUJUMLAH

RM000%RM000%RM000%

a) Ubahsuaib) Peralatanc) Deposit sewad) Pra-Operasie) Modal Kerja Bersih30,00045,000 8,300 1,00030,000

2638552630,00045,000 8,300 1,00030,00026385526

JUMLAH114,300100114,300100

ii. Jumla

ii. Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber Pembiayaan)PERKARASEDIA ADA( 00/0/00 )( DERAF )BARU

JUMLAH

RM000%RM000%RM000%

Modal SumbanganUntung/( Rugi ) TerkumpulOverdrafPinj BPIMB Harta tetap M. Kerja

24,300

80,00010,00023

671024,300

80,00010,00023

6710

JUMLAH114,300100114,300100

Nota i : Perkiraan Modal Kerja :-PERKARASEDIA ADA( RM000 )BARU( RM000 )JUMLAH( RM000 )

Penghutang ( bln )Stok Bahan mentah ( 3 bln ) Barangan dalam proses ( bln ) Barangan siap ( bln )Tunai operasi ( 3 bulan ) *Lain - lain

8,000

22,000

8,000

22,000

Jumlah30,00030,000

Tolak : Pemiutang ( bln )00

KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH30,00030,000

*Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti berikut ;Gaji-RM 15,000Sewa-RM 8,300Sewa hawa dingin-RM 1,000Telefon-RM 1,200Air/letrik-RM 1,800Pemasaran & promosi-RM 2,400Lain lain-RM 2,600

Nota ii : Kos Projek ( Baru dan tambahan ) dan Sumber PembiayaannyaBilPERKARAHARGA / KOSSUMBER PEMBIAYAAN

BPIMBSumbangan

12345PeralatanUbahsuaiDeposit sewaPra operasiModal kerja30,00045,0008,3001,00030,00030,00045,000

10,000

8,3001,00015,000

JUMLAH114,30085,00024,300

a. Prestasi Lepas / DijangkaPerkaraPrestasi laluPrestasi dijangka ( RM000 )

TAHUN 1TAHUN 2TAHUN 3

Keberuntungan ( rm000 )JualanUntung kasarUntung sebelum cukaiUntung selepas cukaiUntung terkumpul

242.5125.396.765.965.9

263.2156.494.564.4142.7287.2184.9115.275.7225.8

Ketunaian ( rm000 )Wang tunai masukWang tunai keluarBaki tunaiTunai terkumpul414.6224.7132.3132.3275.4126.845.8224.7299.1205.255.3321.8

Keselamatan ( rm000 )Harta tetapHarta semasaTanggungan semasaTanggungan berjangkaModal & ekuiti97.3153.721.4114.7106.764.1228.421.295.3183.957.2310.524.878.2264.9

Pulangan bersih;a) Atas jualan ( % )b) Atas harta ( % )c) Atas pelaburan ( % )Pulangan kasar atas jualanTitik pulangan modal ( % )15%57%169%67%50%14%69%154%64%51%15%108%178%65%50%

Nisbah semasa ( : 1 )4.236.379.03

Nisbah segera ( : 1 )3.597.388.13

Analisa/Penjelasan :a) Prestasi masa laluTiada

b) Prestasi jangkaan/recommendation

i. Firma dijangka dapat mencatatkan jualan sebanyak RM 242,512.00 pada tahun pertama. Purata jualan sebanyak RM 23,137.00 sebulan adalah mencapai matlamat dengan perniagaan firma yang masih baru.

ii. Syarikat dijangka mencatat keuntungan selepas cukai sebanyak RM 65,902.00 pada tahun pertama operasi diikuti dengan RM 64,413.00 dan RM 75,736.00 pada tahun kedua dan tahun ketiga. Ini memberikan pulangan atas pelaburan yang amat menarik.

iii. Firma dijangka mempunyai lebihan wang tunai yang mencukupi untuk membayar faedah serta pokok pinjaman melihat pada unjuran aliran wang tunai.

iv. Masalah ketidaktunaian dijangka tidak akan berlaku kerana firma berkeupayaan untuk membayar semua hutang semasanya dengan selesa melalui jangkaan kedudukan unjuran ke atas nisbah semasa.

v. Jualan menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh firma mempunyai nilai sumbangan tinggi daripada kedudukan sekitar 70% unjuran titik pulangan modal

5. Senarai Cagaran(Tertakluk kepada syarat-syarat jaminan dibawah skim ini)I. Perjanjian pinjaman di antara bank pembangunan dan infrastuktur Malaysia Berhad dengan pemohonII. Senarai cagaran harga tetap yang ditawarkan

BilJenis HartaNilai Pasaran

1.Sebuah rumah dua tingkat seperti berikut:Lot 10338 Jln Paka, Taman Seri Intan 2, Batu 6 23000, Kuala Dungun terengganuRM 150,000,00

Tanah ini telah dinilaikan oleh Jurunilai Sukhrie & Co. Laporan penilaian adalah seperti yang dilampirkan.

Anggaran nilai cagaran daripada tanah ini adalah seperti berikut :- Harga pasaran - RM150,000,00Harga jualan paksa - RM135,000,00Nilai cagaran (80%) - RM120,000,00

Lindungan cagaran - 62%

Dua orang penjamin digunakan untuk menampung pinjaman yang tidak dilindungi oleh cagaran daripada tanah.

Jaminan pihak ketiga oleh:BilNamaNo. Kad PengenalanPendapatan Bersih*

1.

2.

Suhaidi Bin Suhaimi

Amirul Shah Bin Khalid

800315-03-2533

821101-08-6821RM 1300/bulan

RM1000/bulan

Pendapatan bersih penjamin diatas adalah seperti berikut:Nama penjamin : Suhaidi Bin SuhaimiPendapatan sebulan(RM)Pembelanjaan Sebulan(RM)

Gaji Bersih RM6,500,00Pendapatan Lain RM0,000,00 -------------------Julmah Pendapatan (A) RM6,500,00

Pendapatan Bersih Sebulan RM1,300,00(A-B) Belanja Sara hidupBayaran Balik KenderaanBayaran Rumah

Jumlah Pembelanjaan (B)RM3,300,00RM1,200,00RM0,700,00

RM5,200,00

Nama penjamin : Amirul Shah Bin KhalidPendapatan sebulan(RM)Pembelanjaan Sebulan(RM)

Gaji Bersih RM6,000,00Pendapatan Lain RM0,000,00 -------------------Julmah Pendapatan (A) RM6,000,00Pendapatan Bersih Sebulan RM1,000,00 Belanja Sara hidupBayaran Balik KenderaanBayaran Rumah

Jumlah Pembelanjaan (B)RM3,100,00RM1,100,00RM0,800,00

RM5,000,00

6. Jadual Pengeluaran Wang (Anggaran)

Pengeluaran Pertama : Januari 2002

Pengeluaran Terahkir : April 2002

7. Senarai Lampirani. Gambar premisii. Pelan Susur Atur