individu - full

32
 1 1.0 PENGENALAN Pada sekitar abad ke 19 adalah merupakan satu detik yang amat penting bagi sebuah negara yang terletak di selatan Asia Tenggara. Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu kebangkitan rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan suatu  bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari sudut pandangan sarjana di India, dahagi dilihat sebagai suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudah mempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat berdasarkan peristiwa dahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai perang kemerdekaan pertama dan ketiga  peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan jihad oleh orang Islam terhadap pihak British 1 .  Namun, hakikat sebenar dan hasil pengamatan dan pengkajian menyatakan bahawa Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan kebangsaan untuk membebaskan India daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Orang India yang berjuang menuntut kebebasan imperialisme British menganggap rusuhan tentera sepoi sebagai pencetus kepada perang kemerdekaan yang pertama di India atau dikenali sebagai “The First War Of Independence”. Perang Perjuangan Kebangsaan Pertama bukanlah satu pemberontakan seperti yang 1  Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 284.

Upload: aku-syah

Post on 10-Oct-2015

210 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

ewrfa

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Pada sekitar abad ke 19 adalah merupakan satu detik yang amat penting bagi sebuah negara yang terletak di selatan Asia Tenggara. Hal ini kerana pada abad tersebut telah berlakunya satu kebangkitan rakyat di India yang dikenali sebagai Dahagi 1857. Dahagi merupakan suatu bentuk penentangan terbuka terhadap pihak berkuasa. Dari sudut pandangan sarjana di India, dahagi dilihat sebagai suatu bentuk rusuhan tentera sepoi menentang pemerintahan British di India. Namun, dahagi bukanlah suatu pemberontakan kebangsaan menentang pemerintahan asing kerana dahagi berlaku secara setempat dan hanya melibatkan beberapa buah kawasan tertentu sahaja manakala sebahagian penduduk tetap tidak terlibat berdasarkan kenyataan British yang tidak mahu mengakui bahawa masyarakat India sudah mempunyai kesedaran. Terdapat tiga interpretasi yang dapat dibuat berdasarkan peristiwa dahagi yang berlaku di India. Pertama, Dahagi 1857 sering dinyatakan hanya sebagai satu pemberontakan tentera sepoi yang tidak puas hati terhadap layanan yang mereka terima daripada pihak atasan mereka. Kedua, peristiwa itu dianggap sebagai perang kemerdekaan pertama dan ketiga peristiwa itu dikatakan sebagai peperangan jihad oleh orang Islam terhadap pihak British[footnoteRef:1]. [1: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 284.]

Namun, hakikat sebenar dan hasil pengamatan dan pengkajian menyatakan bahawa Pemberontakan ini merupakan permulaan perjuangan kebangsaan untuk membebaskan India daripada cengkaman penjajahan Inggeris. Orang India yang berjuang menuntut kebebasan imperialisme British menganggap rusuhan tentera sepoi sebagai pencetus kepada perang kemerdekaan yang pertama di India atau dikenali sebagai The First War Of Independence. Perang Perjuangan Kebangsaan Pertama bukanlah satu pemberontakan seperti yang disebarkan British berdasarkan pelbagai bukti yang didapati sebenarnya merujuk kepada ini seperti bukti masyarakat India ditindas dari segi politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan.

2.0 LATAR BELAKANG DAHAGI 1857

Dahagi India telah bermula pada 10 Mei 1857. Sepoi yang berpangkalan di Meerut dan Ambata telah menyerang kawasan penjara dan membebaskan orang tahanan[footnoteRef:2]. Sepoi-sepoi juga enggan menggunakan peluru dan telah dihukum penjara. Dua orang sepoi rejimen telah membalas perbuatan ini dan membunuh beberapa pegawai Inggeris. Pada keesokan hari, sepoi-sepoi mara ke Delhi, memasuki istana secara paksa dan menaikkan Bhahadur Syah II, seorang yang berketurunan Maharaja Moghul sebagai Maharaja Delhi. Pihak British telah mengumpulkan bala tenteranya untuk membalas serangan ke atas Delhi tetapi gagal. Berita bahawa Lord Canning telah meminta bantuan tentera dari Madras dan Sri Lanka telah mencemaskan sepoi-sepoi. Akhirnya, rejimen di Azamgarh, Ludhiana dan Allahabad telah bangkit menentang gerakan tersebut. [2: Ibid.]

Pada 30 Mei 1857, rejimen di Lucknow memberontak. Hal ini diikuti oleh Benggala dan Oudh. Dahagi Oudh lebih menyerupai pemberontakan umum kerana tuan tanah dan pembesar yang kehilangan tanah serta martabat dan kaum tani yang menderita akibat pembayaran cukai dan penindasan British telah menyertai pemberontakan. Selepas empat bulan, Sir John Lawrence menawan semula Delhi. Bhahadur Syah ditangkap dan putera Moghul lain ditembak. Selepas menawan Delhi, tentera British menyerang Kanpur dan Lucknow. Tentera Jeneral Havelock mara ke Kanpur tetapi mendapat tentangan hebat. Percubaan untuk membebaskan Lucknow gagal. Jhansi Rani, iaitu Lakshmi Bai telah bertempur dengan British tetapi akhirnya gagal dan terbunuh. Dahagi dapat dikawal dengan berkesan. Menjelang tahun 1858, dahagi telah ditumpaskan dengan jayanya. Pihak British bernasib baik kerana dahagi tidak merebak selanjutnya dan pembesar Sindhia, Holkar dan pemerintah Rajput dan Sikh tidak menyertai pemberontakan sepoi ini. Selain itu, sebahagian orang India yang pro-British yang inginkan pemulihan undang-undang dan peraturan tidak membantu Pemberontakan Dahagi.

Peristiwa Dahagi 1857 telah melahirkan beberapa pemimpin politik seperti Nana Sahib, Rani Lakhsmir dari Jhansi dan Tantia Topi. Nana Sahib bangkit menentang British di Cawnpore, manakala Tantia Topi pula menentang British di Gwalior bersama-sama dengan20000 orang tentera. Di Jhansi pula, penentangan datang daripada Rani Lakshmir yang dianggap sebagai Joan of Arc India[footnoteRef:3]. [3: Ibid.]

3.0 SEBAB-SEBAB MENGAPA DAHAGI 1857 MERUPAKAN PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH INDIA.

Dahagi India 1857 adalah merupakan suatu peristiwa penting bagi rakyat India khususnya kerana mereka menganggap dahagi 1857 ini sebagai The First War of Independence yang mana peristiwa ini dapat dibuktikan dengan beberapa bukti penindasan yang telah dilakukan oleh British terhadap rakyat India. Penindasan juga adalah merupakan bukti kukuh bahawa British telah menindas rakyat India di negara mereka sendiri yang seharusnya tidak berlaku. Namun, pihak British telah menganggap mereka sebagai pemberontak sedangkan mereka berjuang demi menuntut kebebasan negara mereka daripada penjajah dan itu bukanlah rebellion tetapi adalah The First war of Independence yang dilihat dari kaca mata penduduk India dan bukan British. Terdapat beberapa alasan yang menjadikan dahagi 1857 ini merupakan suatu peristiwa penting dalam sejarah India yang mana alasan-alasan tersebut dapat dilihat dalam beberapa aspek iaitu antaranya aspek politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan yang mana boleh dijadikan bukti untuk menyokong fakta bahawa The First War of Independence adalah merupakan suatu peristiwa penting bagi rakyat India itu sendiri dalam sejarah India yang mana mereka telah berusaha untuk mendapatkan kebebasan daripada terus ditindas oleh British.

3.1 Politik

Sebab pertama dari segi politik seperti mana yang disebut oleh Robert W.Stern dalam bukunya bertajuk Changing India mengatakan bahawa faktor politik merupakan antara faktor pencetus kepada kebangkitan semangat penduduk India dan seterusnya pencetus kepada dahagi 1857[footnoteRef:4]. Biswamoy Pati dalam penulisannya turut mengatakan bahawa Dahagi 1857 merupakan satu gerakan besar-besaran menentang penjajahan British[footnoteRef:5]. Atas sebab itulah selepas peristiwa dahagi 1857 pemerintahan Syarikat Hindia Timur Inggeris SHTI dihapuskan pada 1858 manakala pentadbiran Kerajaan India terus diserah kepada Kerajaan Mahkota menurut Akta Kerajaan India[footnoteRef:6]. Hal ini dapat dilihat melalui kedatangan kuasa barat ke India telah menyebabkan mereka melaksanakan dasar pemerintahan mengikut ideologi mereka sendiri. Melalui tindakan mereka ini, secara tidak langsung telah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan matlamat mereka untuk menjaga kepentingan mereka di India sekali gus memperluaskan kawasan jajahan mereka. [4: W., Stern Robert, Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent. Second Edition, CambridgeUniversity Press, 2003, hlm. 135.] [5: Pati, Biswamoy, The Great Rebellion of 1857 in India, Exploring Transgression, Contexts and Diversities. Routledge, 2010, hlm. 10.] [6: W., Stern Robert, Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent, hlm. 137.]

Kedatangan imperialisme Barat sejak abad ke-17 menyebabkan kerajaan-kerajaan di India berhadapan dengan ancaman pihak barat, terutamanya daripada Perancis dan British. Aktiviti perdagangan mereka tertumpu di kawasan seperti Bombay, Surat, Madras dan Calcutta. British akhirnya memperluaskan kuasa imperialisme dengan cara membabitkan diri dengan perkembangan politik tempatan[footnoteRef:7]. Semasa kerajaan Mughal berhadapan dengan ketidakstabilan politik dalaman dan luaran pihak British telah menggunakan alasan tersebut untuk campur tangan dalam pemerintahan India bagi menjaga kepentingan dan keselamatan mereka. [7: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004, hlm. 251.]

Pemerintahan British di India mula bertapak di India dengan penubuhan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Undang-undang pitt diluluskan pada tahun 1784 yang memperuntukkan bahawa pemerintahan SHTI yang telah diketuai oleh Gabenor Jeneral yang mana bertanggungjawab kepada parlimen dan kabinet[footnoteRef:8]. Dalam erti kata lain SHTI tidak hanya bertindak sebagai sebuah syarikat perdagangan sebaliknya turut memainkan peranan sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir India. Warren Hasting dan Lord Cornwallis adalah antara Gabenor Jeneral yang bertanggungjawab meletakkan asas yang kukuh dalam dasar-dasar British di India. [8: Ibid., hlm. 271.]

3.1.1 Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie

Dasar pengilhakan ini telah dijalankan oleh kuasa barat yang mana melalui campur tangannya dalam aspek politik ini dapat dilihat apabila mereka telah menjalankan dasar pengilhakan melalui pelbagai cara. Antaranya ialah pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrine of lapse dan Kaedah kebaikan untuk diperintah. Proses pengilhakan dilakukan oleh British di India melalui tiga zaman iaitu zaman Lord William Bentick (1825-1835)[footnoteRef:9], zaman Lord Ellenborough (1836-1846)[footnoteRef:10] dan zaman Lord Dalhousie (1846-1856). Semasa Lord William Bentick dilantik menjadi Gabenor Jeneral India beliau telah mengilhakan wilayah Cacar, Coorg dan Mysore. Beliau menggunakan alasan penyalahgunaan kuasa pentadbiran untuk menguasai wilayah-wilayah di India. Contohnya, atas permintaan penduduk, Bentick mengilhakan wilayah Cacar apabila Rajanya meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahgunaan kuasa pentadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Bahkan beliau turut mendapat sokongan daripada penduduk tempatan. [9: Wolpert, Stanley, A New History of India, Oxford Universiti Press, New York, 2004, hlm. 210.] [10: Ibid., hlm. 217.]

Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior. Manakala Ellenborough pula telah merampas wilayah Sind dengan membuat tuduhan yang mengatakan bahawa Amir telah melanggar perjanjian yang telah dibuat oleh Sind dengan pihak British sehingga menyebabkan Sind telah dirampas dan diletakkan di bawah penguasaan Empayar British di India. Ellenborough juga telah mengilhakan wilayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni. Tindakan ini jelas menunjukkan bagaimana pihak Barat menggunakan cara ini untuk menguasai India.

Dasar pengilhakan yang telah dijalankan oleh Lord Dalhousie adalah merupakan sebab politik yang terpenting dalam sejarah India. Hal ini kerana beliau dikatakan telah mengilhakan wilayah-wilayah tanpa menghiraukan perasaan orang India. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, Doctrin of lapse dan Kaedah kebaikan untuk diperintah. Kaedah hak menakluki kuasa agung dilakukan dengan cara menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan telah mengalahkan mereka di Gujerat. Melalui kaedah Doctrine of lapse ini, mana-mana pemerintah yang tidak meninggalkan waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat, secara automatik negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung. Kaedah Doctrine of lapse paling kerap digunakan oleh Dalhousie dan dengan cara ini wilayah Satara, Jaitpur, Baghat, dan Samalpur telah diilhakan. Kaedah pengilhakan melalui cara kebaikan untuk diperintah berlaku atas alasan penganiayaan, kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Dalhousie telah menggunakan kaedah tersebut untuk mengilhakan Qudh Pentadbiran Qudh yang mana pada ketika itu berada di bawah penguasaan Nawab Khan. Mereka telah mengambil kesempatan semasa pemerintahan Nawab Khan yang mana pada ketika itu kerajaan di bawah pentadbirannya berada dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah yang berleluasa.

Maka dengan itu, Dalhousie percaya bahawa pemerintahan dengan cara pengilhakan merupakan kaedah terbaik untuk memerintah India. Kepercayaan beliau ini dikuatkan lagi apabila masyarakat India menyokong sepenuhnya tindakan pihak Barat untuk mengilhakan wilayah-wilayah di India. Namun begitu tanpa disedari oleh Dalhousie, tindakan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pemerintah India malahan dianggap telah menjatuhkan martabat pemerintah tempatan. Kesannya timbul penentangan daripada golongan pemerintah tempatan dan putera- putera raja seperti Nawab dari Kartik, Raja Tanjor dan Nana Sahib.

3.1.2 Polisi Lesap Waris (Doctrine Of Lapse)

Undang-undang Lesap Waris merupakan suatu langkah pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris di India bagi meneruskan legitimasi penguasaan mereka di benua kecil ini. Polisi ini telah mengisyaratkan bahawa kerajaan British di India berhak untuk mengambil alih pentadbiran tempatan sekiranya para pemerintah tempatan tidak mempunyai waris sah daripada keturunan mereka sendiri. Sungguhpun, para pemerintah di India pada masa itu boleh menabalkan anak angkat mereka sebagai nizam, peshwa dan sebagainya, tetapi pihak British menganggap perlantikan itu sebagai illegal atau tidak sah[footnoteRef:11]. Oleh itu, akan memberikan kuasa penuh kepada pihak British dalam mengubah struktur kerajaan di India serta mengambil alih pemerintahan peribumi melalui polisi ini sungguhpun polisi ini tidak adil dan tidak sesuai dengan kehendak peribumi India.[footnoteRef:12] [11: John Kaye, History Of Indian Mutiny, Lahore: Oriental Publishers & Booksellers, 1976, hlm. 15.] [12: Malleson, The Indian Mutiny Of 1857, Delhi: Datta Book Centre, 1971, hlm. 28.]

Hal ini dibuktikan oleh tindakan yang dilakukan ke atas Nana Sahib, iaitu anak kepada Peshwa Baji Rao ii yang tidak diiktiraf sebagai pemerintah baru bagi wilayah kanpur pada tahun 1853 oleh pihak British kerana beliau adalah anak angkat kepada Baji Rao ii. Beliau juga dihalang menggunakan gelaran Peshwa sungguhpun beliau telah diiktiraf oleh ayah angkatnya iaitu Baji Rao sebagai peshwa selepas kematiannya pada tahun 1853.Tindakan ini cuba dihalang oleh beliau melalui petisyen yang dihantar kepada pihak British di India, tetapi tidak dilayan oleh pihak British. Hal yang sama juga turut dihadapi oleh Rani Jhansi iaitu pemerintah di Jhansi yang turut tidak diiktiraf oleh British sebagai pemerintah baru selepas kematian suaminya pada 1854.[footnoteRef:13] Sungguhpun di dalam undang-undang Hindu pada masa itu yang membenarkan pewarisan takhta oleh Jhansi Rani sebagai sah kerana dia adalah permaisuri dalam kerajaan Jhansi tetapi pihak British sengaja tidak mempedulikan perkara ini kerana pihak British ingin agar wilayah-wilayah ini berada dalam kawalan pihak British secara total kerana tahap negeri-negeri ini adalah dalam keadaan naungan British sahaja dan bergantung pada kebolehan pegawai British dalam mengawal negeri-negeri tersebut. [footnoteRef:14] [13: Ibid.] [14: Bhattacharjee, Arun, History of Modern India1757-1947, New Delhi: Ashish Publishing House, 1960, hlm. 135.]

Jadi kebimbangan Inggeris adalah mereka bimbang seandainya Raja-raja ini memberontak terhadap British dengan memotivasikan rakyat mereka menentang British. Selain itu, bagi mengurangkan kos untuk membayar elaun tahunan kepada pemerintah tersebut pihak Inggeris telah menggunakan alasan tersebut bagi mewajarkan tindakannya terhadap pentadbiran tradisional India. Kesannya, pengalahan mesti dilakukan melalui dasar lesap waris ini. Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan suasana yang kurang selesa dalam kalangan pemerintah Hindu dan Muslim di India yang merasakan pihak Inggeris cuba menafikan hak yang sewajarnya yang patut diterima oleh mereka secara turun temurun. Lantas, mereka cuba membebaskan diri dengan menyertai penentangan tentera sepoi terhadap ketidakadilan British itu sendiri.[footnoteRef:15] [15: Ibid., hlm. 136.]

3.1.3 Perubahan Sistem Zamindar

Selain itu, salah satu perubahan dalam aspek politik yang dapat dilihat juga adalah perubahan sistem Zamindar di India. Zamindar atau zemindar merupakan golongan bangsawan yang memegang kuasa terhadap kawasan tanah yang besar dan menjalankan kawalan ke atas petani. Mereka dianggap sebagai tuan tanah atau menjadi perantaraan di antara maharaja dengan golongan petani. Namun begitu mereka juga boleh dianggap sebagai golongan yang bebas kerana mereka boleh memiliki harta sebanyak mungkin dan pasukan tentera sendiri. Semasa pemerintahan Mughal, Zamindar mempunyai kuasa yang besar dalam mengutip cukai, kuasa perundangan dan kuasa ketenteraan[footnoteRef:16].Namun begitu selepas kedatangan British, kuasa Zamindar telah dikurangkan atas alasan mereka tidak menjalankan tanggungjawab dengan adil dan sering menindas golongan petani[footnoteRef:17]. Walhal sebenarnya pihak British merasa terancam dengan kuasa yang dimiliki golongan zamindar. Keadaan ini mendorong pihak British memperkenalkan sistem petempatan sepuluh tahun yang kemudiannya diubah suai menjadi petempatan kekal. Di bawah sistem ini, golongan zamindar tuan tanah mendapat kedudukan yang sah dalam kerajaan tetapi dalam aspek mengutip cukai Zamindar dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai, tetapi sembilan peratus daripada hasil kutipan cukai akan diserahkan kepada pihak British.[footnoteRef:18] Hal ini seterusnya menimbulkan rasa tidak puas hati golongan zamindar dan masyarakat tempatan. [16: Gupta, Sulekha Chandran, Agrarian Relations and Early British Rule in India, Bombay: Asia PublishingHouse, 1963, hlm. 65.] [17: Ibid.] [18: Ibid., hlm. 274.]

Melalui pengenalan sistem tersebut secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa penguasaan British di India berjalan secara berperingkat-peringkat, sehinggalah pada tahun 1857, yang mana Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) telah menguasai sebahagian daripada wilayah India iaitu 62 peratus daripada wilayah di India[footnoteRef:19]. Tambahan lagi, salah satu daripada usaha yang dilakukan pihak British untuk menguasai India adalah dengan cara penglibatan secara langsung mahupun tidak langsung dalam hal-ehwal dalaman di sesebuah negeri terutamanya dalam soal penggantian pemerintah, perlantikan pembesar dan pentadbiran kerajaan[footnoteRef:20]. Kesannya dapat dilihat apabila golongan-golongan seperti Nawab, Raja Tanjor dan Nana Sahib bertindak bersatu padu untuk memperjuangkan hak-hak mereka dan turut serta dalam Dahagi 1857. Atas sebab inilah dahagi 1857 boleh dianggap sebagai usaha mendapatkan kemerdekaan serta menjadi peristiwa penting dalam sejarah dan bukan semata-mata pemberontakan oleh tentera sepoi. [19: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 260.] [20: Ibid., hlm. 261.]

3.2 Ekonomi

Di samping itu, melalui sistem ekonomi juga dapat dilihat pelbagai penindasan turut berlaku terutama dalam aktiviti pertanian seperti mana yang berlaku di Benggal semenjak aktiviti tersebut mula beroperasi. Warren Hastings dan Lord Cornwallis telah menyedari bahawa Bengal mampu memberikan sumbangan ekonomi yang besar kepada pihak British.[footnoteRef:21] [21: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 271.]

3.2.1 Sistem Percukaian

Satu sistem percukaian tanah baru telah diperkenalkan oleh British yang dikenali sebagai sistem Zamindar pada tahun 1973.[footnoteRef:22] Golongan zamindar diletakkan sebagai golongan penengah antara pemerintah serta golongan petani. Cukai yang dibayar itu biasanya adalah dalam bentuk hasil.[footnoteRef:23] Zamindar yang bertanggungjawab mengutip cukai tersebut akan mengambil sebahagian hasil sebagai upahnya sementara sebahagian lagi akan dihantar kepada kerajaan. Selain itu, peningkatan kadar cukai secara mendadak yang dikenakan terhadap para petani turut berlaku, hal ini kerana tiada satu undang-undang atau akta yang boleh menyekat zamindar meningkatkan kadar cukai. [22: B.G. Tilak, Jandhyala. Education, Society and Development National and International Perspective, New Delhi: National Institute of Educational Planning and Administration, 2003, hlm. 169.] [23: Kapila, Uma, Indian Economy Since Independence, Delhi: Academic Foundation, 1990, hlm. 50.]

Oleh disebabkan itu, wujud perluasan kawasan tanaman padi di kawasan Bengal yang mana dapat dilihat pada tahun 1793 sebanyak 35% kawasan Bengal diusahakan, namun begitu, apabila terlaksananya sistem ini ia meningkat sebanyak 80% pada penghujung abad ke-19. Di samping itu, turut berlaku peningkatan dalam pertanian komersial untuk tujuan dieksport seperti sutera, tebu, candu, dan nila. Dengan pertambahan nilai hasil tanah di Bengal maka dengan itu kutipan sewa oleh kelas zamindar juga turut bertambah meskipun tanpa persetujuan para petani. Walau bagaimanapun, kuasa Zamindar yang dahulunya besar dan diumpamakan sebagai raja di kawasan mereka sendiri telah berubah apabila SHTI membataskan kuasa Zamindar hanya untuk mengutip cukai.

3.2.2 Sistem Petempatan Kekal

Pengenalan sistem petempatan kekal juga salah satu cara untuk menggalakkan pelaburan modal terhadap tanah.[footnoteRef:24] Hal ini kerana sistem ini diharap dapat membantu usaha SHTI untuk meningkatkan perkembangan pertanian dan komersial dan secara langsung meningkatkan jumlah pungutan cukai. Pengenalan sistem ini juga secara langsung telah membolehkan golongan Zamindar mendapat kedudukan yang sah dalam kerajaan. Perubahan yang dibawa oleh British dalam soal tanah dan pemungutan cukai merupakan satu perubahan untuk menjadikan golongan Zamindar sebagai sebuah kuasa untuk menguasai tanah yang ada di Benggal.[footnoteRef:25] Perubahan ini tidak membawa kebaikan kepada golongan rakyat terutama golongan petani kerana mereka masih hidup dalam keadaan yang sukar dan masih lagi berada dalam golongan yang tidak mempunyai tanah. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi semangat mereka untuk menuntut kebebasan dan pentadbiran yang lebih baik. [24: S .N. Sen, History Modern India, New Delhi: New Age International Publishers, 1997, hlm. 76.] [25: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 273.]

3.2.3 Sistem Ryotwari

Sistem Ryotwari merupakan salah satu kaedah untuk mengutip hasil ekonomi di India oleh British.[footnoteRef:26] Sistem ini dicadangkan oleh Kapten Alexander dan kemudian diperkenalkan oleh Sir Thomas Munro apabila dilantik menjadi Gabenor pada tahun 1820 hingga 1827 di Chennai. Kaedah ini merupakan salah satu kaedah mengutip hasil tanah daripada setiap petani oleh ejen kerajaan. Antara tujuan sistem ini adalah untuk mengukur dan menilai potensi sumber penanaman di samping dapat menghapuskan dominasi orang tengah yang sering menindas golongan petani. Sistem Ryotwari ini memberikan hak kebebasan untuk memindahkan dan mewariskan tanah, namun begitu pada sisi undang-undang mereka dianggap sebagai penyewa negeri yang kekal turun-temurun. Kawasan yang mengamalkan sistem Ryotwari telah menyebabkan hak milik tanah beransur-ansur menjadi tumpuan tuan tanah yang datang daripada golongan elit terutama yang memiliki ladang-ladang kecil, pemberi pinjaman wang dan peniaga-peniaga. [26: S .N. Sen, History Modern India, hlm. 77.]

Melalui sistem ini, British berkeinginan untuk mengembangkan tanaman komersil seperti kapas, tebu, tembakau, nila, kopi dan lada di Madras untuk tujuan eksport. Menjelang pertengahan abad ke-19, terdapat lebih daripada 1 juta ekar tanah di Madras yang ditanam dengan kapas telah menghasilkan kapas mentah bernilai 55 juta. Keadaan ini sebenarnya didorong oleh kenaikan harga kapas mentah yang begitu tinggi antara tahun 1861 hingga 1865 dan menyebabkan petani memberi tumpuan serius kepada tanaman ini di wilayah mereka. Ciri-ciri sistem Ryotwari dapat dijelaskan dengan cara setiap keping tanah akan didaftar atas nama seorang petani yang bertanggungjawab membayar cukai. Jumlah cukai akan ditaksirkan setiap tahun dan antara 25% hingga 60% hasil tanah hendaklah diserahkan kepada kerajaan setiap tanah. Pengutipan cukai akan dikendalikan oleh kerajaan. Petani yang gagal menjelaskan cukai akan dirampas tanah dan hartanya.[footnoteRef:27] Hal ini menyebabkan para petani ditindas dengan paksaan bayaran cukai dan mendorong mereka untuk melakukan tuntutan kebebasan. [27: Ibid., hlm. 78.]

3.3 Sosial

Dari aspek sosial pula, Modenisasi yang diperkenalkan oleh British di India ini turut dinilai sebagai satu bentuk gangguan nilai-nilai sosial yang telah dipegang masyarakat India sejak sekian lama. British telah campur tangan dalam hal ehwal adat dan memperkenalkan pembaharuan yang tidak disenangi oleh masyarakat India. Sebagai contoh, Lord William Bentick telah mengusulkan ideanya untuk menghapuskan adat sati yang dianggap kejam dan mengabaikan nilai kemanusiaan. Walau bagaimanapun, adat ini merupakan satu pengorbanan yang dianggap suci oleh masyarakat Hindu di India. Oleh itu, adat ini secara tidak langsung akan dipertahankan oleh masyarakat Hindu di India.[footnoteRef:28] [28: Hunter, Robert., The History Of India, From The Earliest To The Fall Of The East India Company And TheProclamation Of Queen Victoria in 1858, London : Oxford University, 1863, hlm. 221.]

3.3.1 Penghapusan Adat Sati

Lord William Bentick telah melakukan langkah permulaan dengan cara meminta pandangan daripada orang lain terutamanya orang Eropah berkenaan dengan idea penghapusan adat sati secara berkompromi dengan penganut agama Hindu di India. Ramai yang bimbang idea tersebut tidak dapat dilaksanakan termasuklah Rammahun Roy iaitu reformis Hindu yang menentang adat tersebut. Rammahun Roy mencadangkan penghapusan adat tersebut dilaksanakan di Bengal terlebih dahulu sebelum diperluas ke seluruh India. Namun demikian, Lord William Bentick tidak mengendahkan nasihat tersebut dan mengharamkan adat sati di seluruh India. Tindakan tersebut dilihat sangat terburu-buru dan telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat India. Mereka berasa sangat kecewa kerana British tidak bertoleransi dalam soal adat mereka.[footnoteRef:29] [29: Ibid., hlm. 221.]

3.3.2 Penghapusan Adat Thugee

Lord William Bentick juga telah menghapuskan adat thugee. Amalan thugee merupakan aktiviti rompakan dan pembunuhan jalanan yang menjadi amalan tradisi kumpulan-kumpulan agama bersenjata. Kekurangan perlindungan dianggap oleh British sebagai punca utama amalan ini berlaku. Oleh itu, sebuah jabatan di bawah pimpinan Sir William Sleeman telah ditubuhkan untuk menghapuskan adat tersebut. Selain itu, British juga telah menghapuskan adat pembunuhan anak perempuan. Amalan ini merupakan amalan yang paling kejam kerana anak perempuan akan dibunuh sejurus sahaja mereka dilahirkan.[footnoteRef:30] British juga menganggap amalan ini tidak berperikemanusiaan dan wajar untuk dihapuskan untuk menambah baik gaya hidup masyarakat India. Namun demikian, masyarakat India menganggap British tidak menghormati adat mereka. Mereka berasa sangat bimbang kerana adat mereka dicabuli dan diubah sesuka hati oleh British.[footnoteRef:31] [30: N. Jayapalan, History Of India, New Delhi : Atlantic Publishers and Distributors, 2001, hlm. 99.] [31: Ibid., hlm. 99.]

3.3.3 Penyebaran Agama Kristian

Faktor agama juga merupakan salah satu sebab berlakunya penentangan golongan Muslim dan Hindu di India terhadap British. Penyebaran agama Kristian yang dilakukan oleh mubaligh-mubaligh British dianggap mempunyai agenda yang penuh dengan muslihat. Masyarakat di India percaya bahawa kerajaan British melakukan konspirasi untuk mengubah kepercayaan mereka terhadap agama Islam dan Hindu.[footnoteRef:32] Penyebaran agama Kristian ini jelas berleluasa setelah kedatangan Lord Canning yang memegang jawatan sebagai wizurai pada tahun 1856. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab tentang isu agama di India. Langkah drastik yang diperkenalkan oleh beliau termasuklah penukaran seluruh India kepada Kristian. Kerajaan British juga menyokong tindakan yang dilakukan oleh Lord Canning. Kesan ketara yang dapat dilihat akibat daripada dasar ini adalah kewujudan sistem persekolahan mubaligh, penubuhan gereja dan sebagainya.[footnoteRef:33] [32: Neill, Stephen, A History Of Christianity In India 1707-1858, New York : Cambridge Press, 2002, hlm. 417.] [33: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 286.]

Pertengahan abad ke-19 memperlihatkan perkembangan Kristian yang begitu ketara terutamanya di Lembah Ganges. Kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan adalah seperti Delhi, Saharapur, Meerut, Fatehpur, Sikri, Lucknow dan Mirzapur.[footnoteRef:34] Mazhab yang menjadi tunjang kepada pegangan Kristin ini adalah Protestan. Bagi memudahkan penyebaran Kristian ini, terjemahan Bible telah dibuat dalam pelbagai bahasa seperti Arab, Parsi dan Urdu.[footnoteRef:35] Perubahan yang dilakukan oleh British sememangnya bertentangan dengan kepercayaan masyarakat di India. Lebih memeritkan, perubahan tersebut dilakukan tanpa mengira sensitiviti mereka. Hal ini menyebabkan mereka bangkit untuk menentang British. [34: Ibid., hlm. 286.] [35: Ibid.]

3.3.4 Pendidikan Inggeris

Pendidikan barat yang diperkenalkan oleh british juga mempunyai pengaruh besar terhadap penentangan masyarakat India. Pada tahun 1835, Lord Macauly telah berjaya meletakkan asas pendidikan barat yang kukuh di India.[footnoteRef:36] Tujuan utama pendidikan barat ini adalah untuk mempertingkatkan pencapaian budaya dan intelektual masyarakat India. Pengenalan polisi pendidikan barat ini dilakukan melalui sekolah kerajaan yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama. Pendidikan barat ini juga telah dimajukan oleh Sir Charles Wood pada tahun 1854. Kemajuan yang dilakukan termasuklah penubuhan institusi pendidikan berasaskan kepada model London di Calcutta, Madras dan Bombay.[footnoteRef:37] [36: Whitehead, Clive., Colonial Educators : The British Indian And Colonial Education Service, London : I. B. Tauris & Co. ltd, 2003, hlm. 5.] [37: Ibid., hlm. 5.]

Pengenalan kepada pendidikan barat ini sebenarnya telah menimbulkan ketidakseimbangan dalam pegangan tradisi masyarakat India.[footnoteRef:38] British percaya bahawa pendidikan barat ini merupakan tulang belakang kepada proses penukaran agama Kristian dalam kalangan masyarakat India. Namun demikian, masyarakat di India menentang langkah British yang ditafsirkan oleh golongan-golongan konservatif sebagai satu serangan terhadap budaya mereka. Selain itu, masyarakat India juga percaya bahawa British mahu mengganggu agama dan adat sekali gus memaksa mereka untuk menerima adat dan kebiasaan yang diamalkan oleh orang Eropah.[footnoteRef:39] Hal ini telah mewujudkan tentangan dalam kalangan masyarakat India kerana mereka menganggap British telah melaksanakan pembaharuan yang menentang budaya mereka. Tentangan tersebut jelas perjuangan masyarakat India, tidak seperti pandangan kaca mata British yang menganggap bahawa masyarakat India memberontak. [38: S. N. Sen, History Modern India, hlm. 91.] [39: Ibid., hlm. 92.]

3.4 Ketenteraan

Aspek ketenteraan juga telah menjadi bukti kepada pernyataan bahawa Dahagi 1857 bukanlah sebuah pemberontakan tetapi adalah sebuah perjuangan kebangsaan yang ingin menuntut kemerdekaan daripada tentera British. Majoriti menyatakan tentera adalah merupakan anggota pertahanan yang penting dan seharusnya menjadi sebuah benteng untuk mempertahankan negara. Kehebatan sesebuah negara adalah terletak kepada kekuatan ketenteraan nya. Begitu juga India yang dipimpin oleh tentera sepoi yang khususnya berada dalam kalangan golongan Brahmin. Namun, kekuatan tentera Sepoi itu hanyalah pada ahli tenteranya dan bukan pada pemimpinnya yang dipimpin oleh British. British merupakan kuasa pertama yang telah tiba pada awal abad ke-17. Pada tahun 1612, Syarikat Hindia Timur Inggeris menubuhkan kilang pertama di Bengal yang pada masa itu empayar Mungal masih berada di kemuncaknya. Walau bagaimanapun, seratus tahun kemudian empayar itu jatuh di tangan Empayar Maratha yang diketuai oleh Shivaji Maharaj.[footnoteRef:40] [40: Chaudhuri, Shashi Bhusan, Civil Rebellion in the Indian Mutinies (1857-1859), Calcutta: The World Press Private LTD, 1957, hlm. 259.]

Oleh itu, Syarikat Hindia Timur Inggeris semakin terkenal di Asia Selatan dan berkuasa dalam politik dan ketenteraan utama di benua kecil. Tentera British yang semakin meningkat ini telah merekrut tentera sepoi daripada masyarakat tempatan. Pegawai pemerintah batalion menjadi satu bentuk pengganti kepada ketua kampung dan mereka dipaksa untuk menyatakan taat setia kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kuasa-kuasa ketenteraan telah dibahagikan kepada tiga tentera jawatan presiden iaitu di Bombay, Madras dan Bengal. Tentera Bengal ini pula direkrut daripada tentera yang berasal daripada kasta yang lebih tinggi iaitu Brahmin. Madras dan Bombay pula lebih bersifat setempat dan berkasta neutral. Oleh itu, penguasaan kasta yang lebih tinggi di dalam tentera Bengal dianggap sebagai salah satu daripada pencetus kepada perjuangan kebangsaan 1857 ataupun dikenali sebagai dahagi 1857 oleh British.

Ketenteraan ini dapat dijadikan sebagai bukti kepada pernyataan di atas yang mana Dahagi 1857 adalah sebuah perjuangan menuntut kebebasan dan bukannya pemberontakan kerana dalam aspek ini ketenteraan memainkan peranan dalam pencetusan perjuangan menuntut kebebasan daripada British. Namun, ramai sejarawan yang mengenali perjuangan ini sebagai sebuah pemberontakan tetapi bukan pada kaca mata orang India itu sendiri. Bagi British, tentera sepoi merupakan pemberontak kerana melawan penguasaan mereka dan sebahagian besar British gagal untuk mengiktiraf pejuang dalam Dahagi 1857. Hal ini juga turut dipengaruhi dengan penguasaan tentera sepoi dalam batalion ketenteraan British seramai 260,000 orang dalam kalangan mereka dan hanya sekitar 14 % iaitu 34000 tentera Eropah pada 1857.[footnoteRef:41] [41: Rev, James Kennedy, The Great Indian Mutiny of 1857 : Its causes, features and results, London: Ward & Company, 1858, hlm. 9.]

Oleh itu, Dahagi 1857 ataupun Sepoy Mutiny yang dikenali oleh Britain sebagai pemberontakan paling teruk berlaku pada 1857 sebenarnya diakui oleh orang India sebagai the first war of independence[footnoteRef:42]. Bagi mereka, perjuangan orang India untuk menuntut kebebasan itu tidak patut dianggap pemberontakan kerana dari kaca mata perjuangan orang India itu ianya adalah perjuangan pertama menuntut kebebasan daripada Britain. Hal ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Gregory Fremont Barnes : [42: Perang Pertama Kemerdekaan India adalah satu istilah yang kadang-kadang digunakan, terutamanya di India untuk menggambarkan Pemberontakan India 1857, yang telah digambarkan dengan pelbagai di luar India sebagai kebangkitan, pemberontakan dan dahagi.]

It is essential, from the outset, to lay down some parameters and debunk some of the familiar myths associated with this subject. The very name Indian Mutiny has been challenged, especially by some Indian scholars, as an inaccurate description of the conflict which raged across northern and central India in 1857-1858. To many on the sub continent it is better known as The First War of Independence a war of national liberation. To contemporary Britons, it is variously known as The Great Rebellion, The Sepoy revolt or The Great Mutiny.[footnoteRef:43] [43: Barnes, Gregory Fremont, The Indian Mutiny 1857-58, Great Britain: Osprey Publishing, 2007, hlm. 9.]

Jelas bahawa pengistilahan gelaran dalam perjuangan pertama orang India ini disalahertikan dengan kenyataan British. Bukti bagi menyatakan kesalahan pihak British yang menganggap ianya sebagai pemberontakan adalah dari segi ketenteraan. Dalam aspek ketenteraan ini boleh dilihat dari segi layanan The East India Company terhadap tentera India, pelucutan elaun khidmat asing, perkhidmatan yang zalim dan pengenalan senapang Enfield Rifles. Punca ini telah menyebabkan tentera sepoi bangkit dan berjuang untuk menentang British dan ianya bukanlah pemberontakan seperti yang dikatakan British.

Pencetusan Sepoy Mutiny daripada aspek ketenteraan ini menjadi bukti yang kukuh bagi menyokong kenyataan bahawa Dahagi 1857 itu adalah perjuangan kebangsaan pertama ataupun dikenali sebagai The First War of Independence. Hal ini boleh dibuktikan dengan fakta pertama iaitu Akta Pengambilan Tentera Awam yang diperkenalkan British, diskriminasi British terhadap tentera Sepoi dan fakta paling menarik ialah perkenalan senapang Enfield Rifle kepada tentera Sepoi.[footnoteRef:44] [44: J.A.B, Palmer, The Mutiny Outbreak at Meerut in 1857, United Kingdom: Cambridge University Press, 1966, hlm. 52.]

3.3.5 Akta Pengambilan Tentera Awam

Perkembangan bidang kuasa Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menyebabkan tentera bukan sahaja diperlukan untuk berkhidmat di India, tetapi melalui akta ini tentera ini juga terpaksa membuat perkhidmatan asing dengan imbuhan yang dibayar kemudian. satu lagi rungutan para tentera ialah apabila perbuatan perkhidmatan awam ini yang menafikan hak sepoy untuk menerima pencen bersara. walaupun ura-ura mengatakan ianya hanya untuk tentera baru tetapi disyaki bahawa ia juga akan dikenakan kepada mereka yang sudah lama dalam perkhidmatan tentera. Di samping itu, bayaran tentera Bengal diberi agak kurang berbanding dengan tentera dari Madras dan tentera Bombay yang memburukkan lagi keadaan tentera sepoi.[footnoteRef:45] Menurut James Kennedy, menyatakan bahawa tentera yang mereka upah mengambil peluang menjadi tentera untuk tujuan tertentu. [45: English, Barbara, The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857, London: Oxford University Press, 1994, hlm. 174.]

They enter our civil and military services readily for their own purposes. They are very willing to take our pay and so long as their personal interest are identified with ours, their fidelity is secured.

Selain itu, tentera India turut diarahkan untuk ke luar negara berperang dan dijangka akan mati di sana. Pada 1852, 38 orang tentera menolak untuk dibawa merentasi laut untuk ke Burma.[footnoteRef:46] Namun, dasar British iaitu memberi autoriti kuasa kepada mereka untuk membawa tentera India ke luar negara sesuka hati mereka. Ini adalah undang-undang yang dicipta bagi mengaplikasikan bakal tentera untuk berada di seluruh pelosok jajahan British dan mati di tempat peperangan. Hal ini menjadi mimpi ngeri kepada tentera India atau sepoi apabila mereka mendengar khabar angin iaitu tentera India dibunuh di Burma. [46: Barnes, Gregory Fremont, The Indian Mutiny 1857-58, hlm. 20.]

3.3.6 Diskriminasi Tentera Sepoi oleh British

Pada ketika itu, terlalu banyak insiden yang menyebabkan ketidakpuasan hati di antara tentera sepoi. Bayaran paling tinggi yang diterima oleh tentera sepoi adalah bayaran minimum yang diterima oleh tentera Eropah. Dengan tidak ada kenaikan pangkat bagi tentera India yakni apabila seorang tentera itu memulakan kerjaya dengan Risaldar maka mereka juga akan berakhir dengan Risaldar. Kerajaan British ketika itu sebenarnya langsung tidak mempercayai tentera India. Mereka juga tidak dihormati seperti tentera British yang lain. Selain itu, mereka juga dilayan sebagai hamba abdi. Kenyataan ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Shashi Bhusan Chaudhuri. These are factors which irresistibly toned down the military character of the revolt and produced conditions favorable for the merging of the military rising into a popular rebellion. Few circumstances one more observable throughout the revolt than this ferment in the civil populace accompanying the Indian Mutinies.

3.3.7 Pengenalan Senapang Enfield Rifle

Pada tahun 1853, Syarikat Hindia Timur Inggeris memutuskan untuk memodenkan penggunaan senjata yang digunakan oleh Tentera Bengal iaitu sepoi. Oleh itu, British telah memperkenalkan Senapang baru bercorak Musket Rifle 1853.[footnoteRef:47] Senjata itu kemudiannya digunakan oleh tentera Bengal bagi menggantikan senjata flintlock kepada Brown Bess yang telah berubah dengan keadaan kunci senapang pada tahun 1842.[footnoteRef:48] Peluru untuk Best Brown terdiri daripada peluru kertas yang pelu untuk digigit sebelum digunakan oleh tentera Bengal. Namun, senjata itu rupa-rupanya telah disadur kan dengan lemak babi dan lembu yang diharamkan bagi masyarakat Muslim dan Hindu. Hal ini adalah punca penentangan yang menjadi bukti kepada perjuangan pertama kebangsaan India. [47: W.H. Fitchett, The Tale of The Great Mutiny, London: Smith Elder & Co, 1902.] [48: David, Saul. The Indian Mutiny 1857, Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.]

Hal ini telah membawa kepada pencetusan kepada perasaan ketidakpuasan hati tentera sepoi yang telah menyentuh keagamaan mereka. Tentera sepoi sangat menolak untuk menggunakan peluru yang telah di griskan dengan minyak babi dan lembu.[footnoteRef:49] Tentera sepoi menganggap bahawa pihak British sengaja untuk membawa mereka ke arah kristiniasasi dan menjauhkan mereka dari agama mereka. Disebabkan pengenalan senapang ini telah menyebabkan mereka melancarkan peperangan perjuangan pertama kebangsaan India yang telah meningkatkan kesedaran orang India yang selama ini rela dijajah dan kepentingan mereka diabaikan. Hal ini dapat dilihat dengan kenyataan salah seorang sarjana. [49: Seal, Anil, Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan Dan Persubahatan Pada Akhir Abad KesembilanBelas, United Kingdom: Fellow Kolej Triniti, 1987, hlm. 24.]

The ammunition for the Brown Bess consisted of a paper cartridge with a pre- measured amount of powder and one round in order to load the weapon the cartridge was torn open with teeth the powder was poured into the barrel and then the cartridge with the bullet was rammed down. A percussion cap was placed on the nipple of the lock and when the trigger was pulled, the hammer would ignite the fulminate and fire the musket. The sepoys of rifle companies who usually functioned as skirmishers, were however armed with the 1838 Brunswick two groove rifle. The rifled barrel allowed for a tighter fit of the bullet and gave it a spin when fired that greatly increased its speed and accuracy. To ease the process of whamming down the bullet and to make a fit once loaded, the rifle necessitated the use of lubricated patch was wound around the ball, instead of the paper cartridge used in the smoothbore musket. A small number of native troops on the north West Frontier were also armed with the Minim Rifle which relied on its conically shaped bullet with applied grease for a tight fit. [footnoteRef:50] [50: E. I. Brodkin, The Struggle for Succession: Rebels and Loyalists in The Indian Mutiny Of 1857, Modern Asian Studies, 6, pp 277-290, 1972.]

Oleh itu, dengan pengenalan senapang yang di gris dengan minyak babi dan lembu itu merupakan salah satu bukti bahawa mereka dianiaya dan logik bagi mereka untuk menentang British bagi mempertahankan maruah keagamaan mereka. Maka, Dahagi 1857 itu telah dianggap sebagai peristiwa penting dalam masyarakat India amnya dalam sejarah India kerana melalui peristiwa ini, kesabaran tentera sepoi yang beragama Hindu dan Muslim telah sampai kepada kemuncaknya dan menyebabkan berlakunya kebangkitan rakyat India dalam mendapatkan kebebasan negara mereka yang mana mereka anggap Dahagi 1857 ini sebagai The First War of Indian Independence.

4.0 KEPENTINGAN DAHAGI 1857 DALAM SEJARAH INDIA

Dahagi 1857 merupakan salah satu daripada peristiwa yang penting dalam lipatan sejarah India pada abad ke-19. Perbincangan berkaitan dengan peristiwa ini sering menimbulkan dua perspektif yang berbeza dalam kalangan sejarawan. Sejarawan yang bersifat eurosentrik akan menggelar peristiwa ini sebagai The Mutiny,[footnoteRef:51] The Sepoy Mutiny,[footnoteRef:52] The Great Sepoy Mutiny[footnoteRef:53] ataupun Muslim Conspiracy[footnoteRef:54] manakala sejarawan India pula menganggap peristiwa ini sebagai The Great Rebellion of 1857.[footnoteRef:55] Perbezaan pendapat oleh sejarawan India terhadap Dahagi 1857 adalah disebabkan oleh kepentingan peristiwa ini dalam perkembangan politik India. [51: Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson, 1949, hlm. 515.] [52: Lyall, A. C., From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time, Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society, 1907, hlm. 450.] [53: Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, London: Praeger Security International, 2007, hlm. 16.] [54: Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 1.] [55: Ibid.]

4.1 Perang Pembebasan India

Peristiwa Dahagi 1857 amat penting dalam sejarah India kerana peristiwa ini dianggap sebagai The First War of Indian Independence.[footnoteRef:56] Dahagi 1857 ini dianggap sebagai The First War of Indian Independence kerana buat pertama kalinya dalam sejarah pemerintahan British di India, masyarakat India dari pelbagai latar belakang di beberapa buah kawasan bangkit hampir serentak menentang kuasa kolonial tersebut. Penentangan masyarakat India pada 10 Mei 1857 ini bukan saja dilakukan oleh golongan tentera Sepoi tetapi juga daripada golongan bangsawan India yang dibuang dari wilayahnya, tuan-tuan tanah yang ingin melepaskan diri daripada pengawasan British dan juga para pendakwah Islam.[footnoteRef:57] Penentangan ini juga turut disertai oleh golongan masyarakat awam ataupun adivasi. Contohnya, golongan adivasi di Chotanagpur juga turut terlibat dalam penentangan tentera Sepoi terhadap British.[footnoteRef:58] [56: Ibid., hlm. 3.] [57: Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. (Ed.), A Military History Of India And South Asia, 2007, hlm. 17.] [58: Sinha, S. S., 1857 And The Adivasis Of Chotanagpur, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge, 2010, hlm. 16.]

Dahagi 1857 bukan saja melibatkan pelbagai golongan dalam masyarakat tetapi juga meliputi bahagian utara dan Selatan India. Di bahagian utara, penentangan terhadap British berlaku di Meerut, Ambata, Lahore, Cawnpore, Allahabad dan Lucknow.[footnoteRef:59] Di bahagian Selatan pula, penentangan terhadap British berlaku di Madras, Chingleput, Coimbatore, Chittoor, Vellore dan Salem.[footnoteRef:60] Perjuangan nasionalisme dalam Dahagi 1857 sememangnya sangat kabur dan mungkin lebih mudah jika dikatakan bahawa perjuangan pada 1857 itu tidak mempunyai unsur nasionalisme. Namun begitu, jika di pertimbangkan fakta-fakta di atas, adalah tidak salah untuk menganggap Dahagi 1857 sebagai The First War of Indian Independence kerana penentangan tersebut dilakukan oleh pelbagai lapisan masyarakat India serta meliputi bahagian utara dan selatan India dalam erti kata lain mewakili seluruh India. Hal ini juga bermaksud sudah wujud sentimen anti-British dalam kalangan masyarakat India pada ketika itu yang akhirnya membawa kepada perjuangan secara besar-besaran menentang British Dahagi 1857. Oleh itu, Dahagi 1857 mempunyai kepentingan dalam perkembangan politik India kerana ia dianggap sebagai The First War of Indian Independence. [59: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, hlm. 284.] [60: Basu, R. S., Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, hlm. 166.]

4.2 Gerakan Anti-British

Selain itu, Dahagi 1857 penting dalam sejarah India kerana ia juga dianggap sebagai gerakan anti-British. Hal ini dianggap sebagai gerakan anti-British kerana tujuan utama penentangan ini ialah untuk menentang pemerintahan British pada ketika itu di India. Harus difahami bahawa pemerintahan British di India telah membawa kepada pelbagai perubahan dalam keseluruhan aspek kehidupan masyarakat India sebelum tahun 1857 sehingga merosakkan sistem sosial tradisional masyarakat India. Perubahan-perubahan ini akhirnya membawa kepada suatu tahap yang menyebabkan timbul perasaan marah, kecewa dan tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India terhadap pemerintahan British. Keadaan yang benar-benar mengambarkan Dahagi 1857 sebagai gerakan anti-British ialah peristwa The Cawnpore Massacre yang berlaku pada 27 Jun 1857.[footnoteRef:61] Dalam peristiwa ini, golongan penentang yang mengikuti gerakan Dahagi tidak memberikan belas kasihan kepada tawanan berbangsa Eropah yang menyerah kalah dengan syarat dibenarkan untuk melarikan diri ke Allahabad. Mereka yang telah menaiki bot ditembak dan selebihnya wanita dan kanak-kanak dibawa ke Bibighur.[footnoteRef:62] [61: English, B., The Kanpur Massacres In India In The Revolt Of 1857, Oxford Journals, no. 142, 169-178, 1994, Diperoleh dari http://www.jstor.org/stable/651200, hlm. 169.] [62: Ibid.]

Pada 15 Julai 1857, tawanan yang berada di Bibighur ini dikerat kepada beberapa bahagian dan dibuang ke dalam perigi.[footnoteRef:63] Melihat kepada tindakan golongan penentang yang bertindak kejam di Cawnpore ketika berlakunya peristiwa ini, dapat dikatakan kekejaman yang dilakukan itu menunjukkan betapa mereka begitu bersikap anti-British. Selain daripada masyarakat Eropah, golongan pejuang dalam gerakan Dahagi juga menjadikan pegawai-pegawai British sebagai musuh utama mereka. Contohnya, pembunuhan Doktor Moore berkhidmat dengan tentera British di Madras sewaktu beliau dalam perjalanan untuk merawat tentera British yang tercedera di Sambalpur.[footnoteRef:64] Namun begitu, golongan ini bukan saja menumpukan perhatian mereka kepada masyarakat Eropah di India tetapi juga kepada golongan yang dianggap sebagai agen kepada perubahan yang dilakukan oleh pihak British di India seperti golongan pedagang dan peminjam wang (moneylenders).[footnoteRef:65] Melihat kepada golongan yang diserang oleh golongan yang terlibat dalam gerakan Dahagi ini, dapatlah dikatakan bahawa gerakan ini bersifat anti-British dan tujuan mereka sememangnya untuk menghapuskan sebarang sistem British di India. Oleh itu, Dahagi 1857 penting dalam sejarah India kerana gerakan ini merupakan luahan hati masyarakat India terhadap pemerintahan British. [63: Ibid.] [64: Pati, B., Beyond Colonial Mapping: Common People, Fuzzy Boundaries And The Rebellion Of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.), The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, hlm. 52.] [65: Pati, B., Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. (Ed.). The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, 2010, hlm. 4.]

4.3 Melahirkan Pejuang Kebebasan

Dahagi 1857 juga penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini telah melahirkan golongan pemimpin yang berani untuk bangkit menentang British. Gerakan Dahagi ini bukan saja memberikan inspirasi kepada masyarakat India untuk menentang British tetapi membawa kepada kelahiran pemimpin-pemimpin yang berkaliber seperti Permaisuri Lakshmi Bai dari Jhansi, Tantia Topi dan Nana Sahib. Permaisuri Lakshmi Bai merupakan antara pemimpin yang dianggap mempunyai kepimpinan yang hebat terutamanya dalam peperangan.[footnoteRef:66] Malah, Permaisuri Lakshmi Bai dianggap sebagai Joan Of Arc versi India kerana mengetuai angkatan tenteranya sendiri menentang British.[footnoteRef:67] Tantia Topi ataupun nama sebenarnya iaitu Ramchandra Pandurahga juga merupakan pemimpin yang disifatkan mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan mahir dalam menyusun strategi peperangan.[footnoteRef:68] Beliau merupakan rakan sekutu Permaisuri Lakshmi Bai dalam menentang British.[footnoteRef:69] Nana Sahib merupakan pemimpin yang mengetuai penentangan melawan British di Cawnpore dan Sir Henry Lawrence di Lucknow pada 1 Julai 1857.[footnoteRef:70] [66: Panikkar, K. M,, India Through The Ages, Delhi: Discovery Publishing House, 1985, hlm. 254-255.] [67: Kulke, H. & Rothermund, D., A History Of India. (Ed. Ke-4), New York: Routledge, 2004, hlm. 258.] [68: Callahan, R., The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S, A Military History Of India And South Asia, 2007, hlm. 28.] [69: Panikkar, K. M,, India Through The Ages, hlm. 255.] [70: Dunbar, G., A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, hlm. 515.]

Sungguhpun, ketiga-tiga pemimpin ini merupakan pemimpin-pemimpin yang hebat, penamat penentangan mereka berakhir dengan keadaan yang tragis. Tantia Topi akhirnya telah ditawan oleh British dalam pertempuran di Betwa manakala Permaisuri Lakshmi Bai pula terbunuh dalam pertempuran.[footnoteRef:71] Nana Sahib pula menghilangkan diri.[footnoteRef:72] Walaupun pengakhiran pemimpin-pemimpin ini sangat tragis, namun begitu, mereka merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat India. Permaisuri Lakshmi Bai sehingga ke hari ini masih menjadi inspirasi kepada masyarakat India kerana kehebatannya dan keberaniannya - sebagai seorang wanita - dalam mengetuai tenteranya menentang British. Oleh itu, dapatlah juga dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam sejarah India kerana telah melahirkan golongan pemimpin yang hebat dan diakui oleh British. [71: Azharudin Mohd Dali, Tamadun India, 2004, hlm. 284-285.] [72: Ibid, hlm. 285.]

4.4 Menghidupkan kembali Pemerintahan Asal

Kepentingan Dahagi 1857 dalam sejarah India dapat dilihat melalui keinginan untuk kembali kepada pemerintahan asal masyarakat India, iaitu sewaktu pemerintahan Kerajaan Mughal di India. Keinginan ini dapat dilihat melalui pelantikan semula Bahadur Syah sebagai pemerintah India sebaik sahaja golongan yang menyertai gerakan Dahagi menguasai Delhi.[footnoteRef:73] Malah, anak-anak Bahadur Syah iaitu Mirza Abu Bakar, Mirza Madhu dan Mirza Khir Sultan pula dilantik sebagai pemimpin-pemimpin penting dalam kabinet yang baru dibentuk ketika itu.[footnoteRef:74] Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa pelantikan semula Bahadur Syah dan anak-anaknya dalam sistem pentadbiran India merupakan simbolik kepada keinginan masyarakat India untuk mengembalikan sistem pemerintahan tradisional India seperti dahulu kala. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa Dahagi 1857 penting dalam politik India kerana wujudnya keinginan masyarakat India pada ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan tradisional di India. [73: Ibid, hlm. 284.] [74: Ibid.]

4.5 Kesedaran Masyarakat India ke arah pembebasan India

Dahagi 1857 sememangnya penting dalam perkembangan politik India kerana gerakan ini merupakan satu simbolik kepada keinginan masyarakat India itu sendiri. Perjuangan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin ketika itu dan pelantikan semula Bahadur Syah sebagai pemerintah India mencerminkan keinginan masyarakat pada ketika itu untuk memulihkan semula sistem pemerintahan asal yang bercorak tradisional. Gerakan yang dilakukan seperti menyerang rumah pegawai British dan golongan yang mendapat keuntungan melalui sistem yang dijalankan oleh British pula menggambarkan perasaan anti-British yang timbul akibat daripada tekanan yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam pemerintahan yang dijalankan oleh British di India. Gerakan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat serta meliputi bahagian utara dan selatan India pula membawa kepada penyataan The First War of Indian Independence iaitu suatu cerminan kepada keinginan masyarakat India untuk melepaskan diri daripada cengkaman pemerintahan British.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa dahagi India 1857 adalah merupakan peristiwa penting dalam sejarah India berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan yang mana telah menjadi punca dalam tercetusnya kebangkitan rakyat di India dalam usaha untuk mendapatkan kebebasan dan pentadbiran yang lebih baik. Dahagi 1857 yang dianggap sebagai The First Indian Independence telah dianggap sebagai satu permulaan perjuangan dalam sejarah India dalam usaha untuk memberi kemerdekaan kepada India. Meskipun British yang mana merupakan satu kuasa yang kuat pada masa itu di mana mereka mampu menangkis setiap penentangan yang dilancarkan orang India namun hakikatnya tindakan British tersebut telah menanamkan benih kesedaran dan membangkitkan semangat rakyat India itu sendiri dalam usaha untuk bangkit dan memerdekakan negara mereka daripada penjajahan British.

Hal ini sekali gus turut meninggalkan implikasi negatif kepada pihak British yang mana telah menguasai negara India sejak awal abad ke-19 lagi. Malah, masyarakat di India juga telah mulai sedar mengenai hak-hak dan kedudukan mereka sebagai penduduk asal negara tersebut. Maka disebabkan keadaan ini, ia telah membawa kepada titik tolak perjuangan dalam diri setiap orang India dalam usaha untuk menuntut kebebasan. Melalui tindakan inilah yang telah mendorong kepada perubahan dan penyelarasan pentadbiran telah dilaksanakan rentetan daripada peristiwa dahagi yang mana dianggap sebagai titik hitam dalam sejarah masyarakat di India.

Bibliografi

Arun, B. 1960. History of Modern India1757-1947. New Delhi: Ashish Publishing House.

Azharudin Mohd Dali. 2004. Tamadun India. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Barnes, G.F. 2007. The Indian Mutiny 1857-5., Great Britain: Osprey Publishing.

Barbara, E. 1994. The Kanpur Massacres in India in the Revolt of 1857. London: Oxford University Press.

Basu, R.S. 2010. Ideas, Memories And Meanings: Adi Dravida Interpretations Of The Impact Of The 1857 Rebellion. Dalam Pati, B. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities. New York: Routledge.

Biswamoy, P. 2010. The Great Rebellion of 1857 in India, Exploring Transgression, Contexts and Diversities. Routledge.

Brodkin, E.I. 1972. The Struggle for Succession: Rebels and Loyalists in The Indian Mutiny Of 1857. Modern Asian Studies, 6, pp 277-290.

Callahan, R. 2007. The Great Sepoy Mutiny, Dalam Marston, D. P. & Sundaram, C. S. A Military History Of India And South Asia, London: Praeger Security International.

Chaudhuri, S.B. 1957. Civil Rebellion in the Indian Mutinies (1857-1859). Calcutta: The World Press Private LTD.

Clive, W. 2003. Colonial Educaters : The British Indian And Colonial Education Service. London : I. B. Tauris & Co ltd.

David, S. 2003. The Indian Mutiny 1857. Kuala Lumpur: Perpustakaan Universiti Malaya.

Dunbar, G. 1949. A History Of India: From The Earliest Times To Nineteen Thirty-Nine, London: Nicholson & Watson.

Fitchett, W.F. 1902. The Tale of The Great Mutiny. London: Smith Elder & Co.

Gupta, S.C. 1963. Agrarian Relations and Early British Rule in India. Bombay: Asia Publishing House.

Jayapalan, N. 2001. History Of India. New Delhi : Atlantic Publishers and Distributors.

Jhandalaya, T.B.G. 2003. Education, Society and Development National and International Perspective, New Delhi: National Institute of Educational Planning and Administration.

Kapila, U. 1997. Indian Economy Since Independence. Delhi: Academic Foundation.

Kaye, J. 1976. History Of Indian Mutiny. Lahore: Oriental Publishers & Booksellers.

Kulke, H. & Rothermund, D. 2004. A History Of India. New York: Routledge.

Lyall, A. C.1907. From The Close Of The Seventeenth Century To The Present Time. Dalam Williams Jackson, A. V. (Ed.), History Of India. (Vol. Ke-3), London: The Grolier Society.

Malleson. 1971. The Indian Mutiny Of 1857. Delhi: Datta Book Centre.

Palmer, J.A.B. 1966. The Mutiny Outbreak at Meerut in 1857.United Kingdom: Cambridge University Press.

Panikkar, K.M. 1985. India Through The Ages. Delhi: Discovery Publishing House.

Pati, B. 2010. Introduction: The Great Rebellion of 1857, Dalam Pati, B. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge.

Rev, J.K. 1858. The Great Indian Mutiny of 1857 : Its causes, features and results. London: Ward & Company.

Robert, H. 1863. The History Of India, From The Earliest To The Fall Of The East India Company And The Proclamation Of Queen Victoria in 1858. London : Oxford University.

Robert, W.S. 2003. Changing India Bourgeois Revolution on the Subcontinent. Second Edition. Cambridge University Press.

Seal, A. 1987. Kemunculan Nasionalisme India : Persaingan Dan Persubahatan Pada Akhir Abad Kesembilan Belas. United Kingdom: Fellow Kolej Triniti.

Sen, S.N. 1997. History Modern India. New Delhi: New Age International Publishers.

Sinha, S.S. 2010. 1857 And The Adivasis Of Chotanagpur. Dalam Pati, B. The Great Rebellion Of 1857 In India: Exploring Transgressions, Contests And Diversities, New York: Routledge.

Stanley, W. 2004. A New History of India, New York: Oxford Universiti Press.

Stephen. N. 2002. A History Of Christianity In India 1707-1858. New York : Cambridge Press.

1