modul full

50
MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF BAB 2: MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF Objektif Pembelajaran: Memahami dan mengetahui fungsi membuat keputusan dalam sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat: Mendefinisikan membuat keputusan Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat. Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan. 1

Upload: syaa-malyqa

Post on 12-Jan-2016

276 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

BAB 2: MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Objektif Pembelajaran: Memahami dan mengetahui fungsi membuat keputusan dalam

sesebuah organisasi.

Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:

Mendefinisikan membuat keputusan

Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat.

Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan

Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan.

Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.

1

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MEMBUAT KEPUTUSAN

2.0 Pengenalan

Membuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individu

terutamanya bagi seorang pengurus.Seorang pengurus tidak dapat lari daripada

membuat keputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks.

Keputusan yang dibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau

bangunnya sesebuah organisasi.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking 

mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis

dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement".

Definisi

Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua (2) atau lebih alternatif

yang ada.

Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

2

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Keperluan Membuat Keputusan

Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga perlu

membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi. Disebabkan oleh

kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam organisasi maka perlu

ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang penting bertanggungjawab

dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang dibentuk bergantung kepada dua (2)

factor iaitu skop keputusan yang hendak dibuat dan tahap pengurusan.

Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem pengurusan

keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat. Semakin besar

bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan.

Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang bertanggungjawab

untuk membuat keputusan tersebut.

3

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan.

Jenis Keputusan

a) Keputusan Terprogram

Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali.

Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk

diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam

organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga

membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama

b) Keputusan Tidak Terprogram

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.

Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi

masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini

memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor

sebelum mengambil satu-satu keputusan.

4

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Keadaan Membuat Keputusan

a) Kepastian

Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus

mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat. Pengurus

juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara

dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi

bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang akan diperolehi oleh

organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang kewangan.

b) Risiko

Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana pengurus

mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan hasil sesuatu

keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap. Mempunyai kesan ke atas

tindakan yang akan dilakukan samada berjaya atau pun tidak berjaya. Sebagai

contoh, pengambilan pekerja baru secara besar-besaran untuk meningkatkan

jualan.

c) Ketidakpastian

Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat

langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan ini

biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau maklumat

langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan Maka

pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting dan berupaya untuk

berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan organisasi untuk

memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.

5

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

2.1 MEMBUAT KEPUTUSAN VS PENYELESAIAN MASALAH

Masalah

Masalah mudah (berstruktur)

Masalah kompleks (tidak berstrutur)

Apa itu masalah..?

Situasi yang membinggungkan dimana ia memerlukan penyelesaian. Bak kata pepatah

“Hidup Ini Tidak Mudah Tapi Jangan Mudah Menyerah”

"Sesiapa Yang Tidak Pernah Merasai Kepahitan Tidak Akan Mengenal Kemanisan......... "

Definisi Membuat Keputusan

Keupayaan minda untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa

alternatif untuk mencapai tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan

kriteria tertentu.

6

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Penyelesaian Masalah

Sebahagian daripada penakulan

Masalah berlaku apabila seseorang berada dalam situasi yang berbeza daripada

situasi yang dihajati.

Masalah diselesaikan melalui tindakan berurutan yang merapatkan perbezaan

antara situasi dengan situasi yang dihajat

Definisi Penyelesaian Masalah

Keupayaan minda untuk mencari idea – idea dan langkah alternatif untuk

mengatasi kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang

dihasratkan.

Faktor Dalam Membuat Keputusan

Kenapa perlu melakukan keputusan

Apakah pilihan yang ada

Apakah kesan terhadap pilihan kita

Sejauh mana kesan pilihan terhadap kita

Yang mana pilihan terbaik kita…

7

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

AKTIVITI 2 A

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya……!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.1 Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif

(B/S)

2.2 Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus yang

terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

(B/S)

2.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulang kali. (B/S)

Soalan Esei.

2.4 Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram.

2.5 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan.

8

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 A

Betul / Salah

2.1 B

2.2 S

2.3 B

Soalan esei.

2.4 Keputusan Terprogram.

Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan

keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus

hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan

masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama

bagi masalah yang sama.

Keputusan Tak Terprogram.

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan

ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak di ketahui dan dibuat bagi masa- masa yang

tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu perhatian yang

penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.

2. 5

a) Kepastian

b) Risiko

c) Ketidakpastian

9

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

2.2 Proses Membuat Keputusan

Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan

alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif.

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah

penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu mengumpulkan maklumat-

maklumat penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan

masalah yang dihadapi. Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil

langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan

produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab-sebab kenapa

berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh kelemahan jurujual,

promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang rendah atau disebabkan oleh

kemelesetan ekonomi

10

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Langkah 2: Mewujudkan alternatif

Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif

penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat-maklumat yang lebih penting

diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam

langkah ini pengurus perlu melibatkan seramai mungkin pekerja kerana mereka

mungkin mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah

tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak alternatif yang boleh

digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah yang hanya ada satu cara untuk

diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan

masalah tersebut. Teknik “brainstorming” banyak digunakan dalam mencari idea yang

bernas dan kreatif.

Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan ialah seperti

memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan meningkatkan kualiti

barangan.

11

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif

dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat bagi setiap alternatif yang ada.

Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian

ini pengurus perlu menimbangkan 4 perkara:

Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif

yang dipilih

Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-

kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut

Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.

Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat untuk mencari

alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada beberapa alternatif yang ada,

pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan

jualan disebabkan promosi maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang

terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas.

12

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan untuk

melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk. Pengurus melihat kemungkinan kesan

kepada tindakan–tindakan yang dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya

dijalankan dengan baik maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih

berkesan.

Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi

menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja mestilah bersama-sama

menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif. Tindakan susulan mestilah

dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil merupakan alternatif yang terbaik.

Langkah 5: Menilai Hasil

Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil yang

diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun tidak. Jika memuaskan,

usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan jika tidak memuaskan, maka proses

penyelesaian masalah hendaklah dijalankan semula dan mengambil tindakan

pembetulan.

13

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

AKTIVITI 2 B

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.6 Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan. (B/S)

2.7 Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian. (B/S)

2.8 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif

apabila melibatkan seorang individu sahaja.(B/S)

2.9 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu kumpulan

alternatif.(B/S)

2.10 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah. (B/S)

Soalan Esei

2.11 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian alternatif.

2.12 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan berdasarkan

masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian dan terangkan

bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif tersebut.

14

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 B

Betul / Salah

2.6 S

2.7 S

2.8 S

2.9 B

2.10 S

Soalan esei

Soalan 2.11

Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih

Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi

Kos–faedah apabila memilih alternatif tersebut

Perbandingan setiap alternatif yang dipilih

Soalan 2.12

Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang

dipilih

Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan

yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut

Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.

Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

15

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan

semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.

Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!!

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah.

1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan masalah-

masalah rutin dan biasa berlaku. (B/S)

2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap

alternatif yang dipilih. (B/S)

Soalan esei

Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.

16

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

1. S2. B

Soalan esei

1. Langkah-langkah tersebut adalah;

Mengenalpasti Masalah

Mewujudkan Alternatif

Menilai dan Memilih Alternatif

Melaksanakan Alternatif

2. Huraian setiap langkah

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas

Langkah 2: Mewujudkan Alternatif

Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama

Tempat pembelian

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan setiap

alternatif yang dipilih.

Kereta baru- kebaikan/keburukan

Kereta lama – kebaikan /keburukan

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut.

Beli kereta baru

17

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

2.3 Membuat Keputusan Secara Berkumpulan

Apa Itu Kumpulan..?

• Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu

yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian

matlamat tertentu

• Robbins dan Coulter (2002) mentakrifkan kumpulan sebagai dua (2) orang atau lebih

individu yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk mencapai matlamat

tertentu.

TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN- BRAINSTORMING

“Brainstorming”

Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea

yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. Teknik ini

perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli menyumbangkan

sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan

masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada alternatif yang

disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan alternatif yang lain akan

diabaikan.

18

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Langkah Brainstorming

Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai penglibatan yang

sama rata.

Terdapat empat ( 4 ) langkah:

a) Setiap Ahli Mencatakan Idea Tentang Satu Masalah Yang

Dibincangkan.

b) Setiap Ahli Membentangkan Idea-Idea Secara Lisan Dan Direkod Oleh

Ahli-Ahli Yang Lain.

c) Setelah Semua Idea Direkod, Barulah Perbincangan Diadakan.

d) Selesai Perbincangan Setiap Ahli Menilai Idea-Idea Dan Menentukan

Agreggat Tertinggi Secara Senyap.

Kelebihan Membuat Keputusan Secara Berkumpulan

• Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan.

• Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul.

• Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif.

• Meningkatkan kepuasan ahli.

• Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat.

Kelemahan Membuat Keputusan Secara Kumpulan

• Memakan masa yang panjang.

• Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu.

• Terpaksa berkompromi.

• Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan.

• Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

19

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

AKTIVITI 2 C

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.13 Teknik “Brainstorming” banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah.

(B/S)

2.14 “Brainstorming” adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli

dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. (B/S)

2.15 Setiap ahli mencatatkan idea tentang satu masalah yang dibincangkan merupakan

langkah pertama dalam langkah brainstorming. (B/S)

2.16 Robbins dan Coulter (2002) mentakrifkan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu. (B/S)

2.17 Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) orang atau lebih

individu yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk mencapai matlamat

tertentu. (B/S)

Soalan Esei

2.18 Nyatakan 4 langkah brainstorming.

2.19 jelaskan kebaikan dan kelemahan membuat keputusan secara berkumpulan.

20

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 C

Betul / Salah

2.13 S

2.14 B

2.15 B

2.16 S

2.17 S

Soalan esei

Soalan 2.18

( a) setiap ahli mencatatkan idea tentang satu masalah yang dibincangkan.

( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh ahli-

ahli yang lain.

( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan.

( d ) selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan

agreggat tertinggi secara senyap.

21

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Soalan 2.19

• Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan.

• Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul.

• Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif.

• Meningkatkan kepuasan ahli.

• Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat.

• Memakan masa yang panjang.

• Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu.

• Terpaksa berkompromi.

• Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan.

• Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

22

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

2.4 PERANGKAP - PERANGKAP PRAKTIKAL YANG PERLU DIELAKKAN

KETIKA MEMBUAT KEPUTUSAN

Keputusan Dalam Keadaan Ketidakpastian

• Wujud apabila dalam keadaan yang tidak diketahui dan sukar ditentukan kerana tiada

data dan maklumat yang boleh dirujuk. Menggunakan pengalaman serta

pertimbangannya untuk membuat penilaian yang subjektif.

Tidak Tegas Dengan Keputusan

• Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. Apabila kita sudah

membuat keputusan, maka kita jangan mudah berubah.

• Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar kita tidak akan kecewa.

• Jika kita tidak tegas dengan keputusan yang dibuat maka hasil keputusan itu akan

diragui serta hasil keputusan kita mungkin tidak akan tepat.

Kritikan

• Sebarang kritikan atau perbahasan tidakdigalakkan kerana ini akan melemahkan

semangat penjanaan idea secara kreatif dikalangan ahli-ahli.

Percanggahan Pendapat

• Apabila berada dalam membuat keputusan secara kumpulan, terdapat pelbagai

pendapat dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.satu pihak melontarkan

pendapat positif dan satu pihak lagi melontarkan pendapat yang jauh berbeza dengan

yang lain. Ini menyukarkan proses membuat keputusan.

23

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Stereotaip

• Sesetengah manusia ada yang mempunyai sikap memutar belitkan perkara yang

sebenar bahawa seseorang individu tersebut mempunyai kekuatan dari segi

mencurahkan pendapat yang bernas.

• Seorang yang bersikap sebegini haruslah berubah untuk tidak menganggap semua

orang adalah serupa.

• Bagi seorang penyelia seharusnya sedar akan stereotaip masing- masing dan situasi

mereka. Seterusnya, dalam membuat keputusan, seorang penyelia perlulah

menimbangkan sama ada stereotaip itu benar – benar menggambarkan situasi tersebut.

 

Pandangan Peribadi

• Pembuat keputusan merasakan semua pihak jelas dengan keputusan yang dibuat oleh

pembuat keputusan, ini akan mendatangkan masalah kepada orang lain dalam

memahami sesuatu benda itu.

Rasional

• Sikap rasional perlulah ada dalam membuat keputusan. Seseorang yang membuat

keputusan seharusnya mempunyai fikiran yang rasional agar semua individu dapat

menyelesaikan masalah dengan bijak.

• Dalam menentukan keputusan yang diambil, individu ini seharusnya tidak mencampur

adukkan masalah peribadi dengan kerja yang dilakukan.

24

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

AKTIVITI 2 D

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.20 Seorang yang bersikap stereotaip haruslah berubah untuk tidak menganggap

semua orang adalah serupa. (B/S)

2.21 Keputusan dalam keadaan keyakinan menggunakan pengalaman serta

pertimbangannya untuk membuat penilaian yang subjektif. (B/S)

2.22 Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. (B/S)

2.23 Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar kita tidak akan

kecewa.(B/S)

2.24 Sebarang kritikan atau perbahasan tidakdigalakkan kerana ini akan melemahkan

semangat penjanaan idea secara kreatif dikalangan ahli-ahli.(B/S)

Soalan Esei

2.25 Nyatakan tiga contoh perangkap - perangkap praktikal yang perlu dielakkan ketika

membuat keputusan.

2.19 Huraikan contoh diatas

25

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 C

Betul / Salah

2.20 B

2.21 S

2.22 B

2.23 B

2.24 B

Soalan esei

Soalan 2.25

1. Stereotaip

2. Tidak Tegas Dengan Keputusan

3. Percanggahan Pendapat

26

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Soalan 2.26

Stereotaip

Sesetengah manusia ada yang mempunyai sikap memutar belitkan perkara yang

sebenar bahawa seseorang individu tersebut mempunyai kekuatan dari segi

mencurahkan pendapat yang bernas. Seorang yang bersikap sebegini haruslah berubah

untuk tidak menganggap semua orang adalah serupa. Bagi seorang penyelia

seharusnya sedar akan stereotaip masing- masing dan situasi mereka. Seterusnya,

dalam membuat keputusan, seorang penyelia perlulah menimbangkan sama ada

stereotaip itu benar – benar menggambarkan situasi tersebut.

Tidak Tegas Dengan Keputusan

Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. Apabila kita

sudah membuat keputusan, maka kita jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting

setelah membuat keputusan agar kita tidak akan kecewa.Jika kita tidak tegas dengan

keputusan yang dibuat maka hasil keputusan itu akan diragui serta hasil keputusan kita

mungkin tidak akan tepat.

Percanggahan Pendapat

Apabila berada dalam membuat keputusan secara kumpulan, terdapat pelbagai

pendapat dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.satu pihak melontarkan

pendapat positif dan satu pihak lagi melontarkan pendapat yang jauh berbeza dengan

yang lain. Ini menyukarkan proses membuat keputusan.

27

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

2.5 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG KREATIF

KREATIF ????

• Proses mental memerlukan seseorang berfikir secara KRITIS dan KREATIF untuk

membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah

dipertimbangkan dengan teliti.

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

• Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk

memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan

tujuan dan kriteria tertentu.

28

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Situasi1:

Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada

hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan

yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

• Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan.

Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan

sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk

mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan

mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa

sebarang keraguan dan kerugian.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking  mengkategorikan kemahiran

berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making

a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making"

dengan "judging, choosing, selecting".

29

PETA

MINDA

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda

membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah ??

PENGURUSAN GRAFIK MEMBUAT

KEPUTUSAN

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

PENGAPLIKASIAN DALAM PENGAJARAN

PERMULAAN:

Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan

rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran  membuat

keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.

PERKEMBANGAN:

Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan.

Kemukakan isu dan isikan PG.

PENUTUP:

Merumuskan pilihan terbaik.

KESIMPULAN

Antara kesilapan dalam membuat keputusan ialah membuat keputusan tidak tepat kerana

menggunakan maklumat yang tidak lengkap. Keputusan yang dibuat juga terburu-buru kerana

tidak berfikir panjang dan mendalam. Disebabkan itu,keputusan yang dilakukan juga tidak

kekal, berubah-ubah dan tidak teratur. Keputusan yang mencelarukan kerana mengabaikan

aspek penting yang patut diambil kira.

30

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

AKTIVITI 2 E

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya………!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.27 Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak

untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada

berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.(B/S)

2.28 Proses mental memerlukan seseorang berfikir secara Kritis Dan Kreatif.(B/S)

2.29 Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan

kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kreatif. (B/S)

2.30 Anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang

anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.(B/S)

2.31 Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking memberikan kata

sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".(B/S)

31

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 E

Betul / Salah

2.27 B

2.28 B

2.29 S

2.30 B

2.31 B

GLOSARI

32

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Kompleks -1 Rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur

(ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat

moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai

kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. Kumpulan butir atau unsur

atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau

lengkap;

Rutin – 1 Pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak

berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. Sudah menjadi kebiasaan atau

kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas,

membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (komp) atur cara atau

bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi.

Kritis - 1. Ib tidak dgn begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu

(menimbangkan buruk baiknya terlebih dahulu), bersifat meng¬kritik (tidak menerima

sesuatu bulat-bulat), kritikal: masalah itu harus ditinjau secara ~; memberikan perhatian

kpd pendapat-pendapat yg ~ tentang rancangan yg dikemukakan; 2. Id tegang (bkn sesuatu

keadaan), sangat berbahaya (keadaan), genting, kemelut: keadaan yg ~.

Alternatif - 1. Pilihan yg merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu ~ hanya ada

satu pilihan (jalan) sahaja; 2. Satu pilihan antara dua kemungkinan.

Struktur - 1 Cara sesuatu terbina atau terbentuk drpd pelbagai bahagian, unsur, atau aspek

hingga menjadi suatu pola, sistem, atau bentuk tertentu: ~ bahasa melayu; 2. Sesuatu yg

dibina atau didirikan, binaan, bangunan, rangka bangunan; 3. Pola sesuatu (organisasi,

33

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

masyarakat, dsb) yg terbentuk atau tersusun drpd pelbagai unsur yg mempunyai hubung

kait antara satu dgn lain: ~ organisasi jabatan yg baru; berstruktur mempunyai struktur, ada

strukturnya; menstrukturkan menjadikan berstruktur, mewujudkan struktur pd: masyarakat

kapitalis metropolis distrukturkan secara politik dan ekonomi oleh proses perjuangan kelas;

penstrukturan perihal (perbuatan dsb) menstrukturkan.

Kriteria - Ukuran (asas pertimbangan) utk menentukan nilai (baik buruknya dll) sesuatu:

penilaian sesuatu selalunya subjektif dan berdasarkan ~ yg berlainan; pemilihan pemenang

berdasarkan beberapa ~; mengkriteriakan menjadikan sbg kriteria: menurut affendi, ciri yg

dikriteriakannya itu tidak terdapat dlm syarahan perdana tersebut.

Agresif - cenderung menyerang (negara lain) atau berlaku (bertindak dsb) secara

bermusuhan terhadap pihak (negara dsb) yg lain, bersifat suka menyerang (bermusuhan,

bersengketa, dsb); keagresifan perihal atau keadaan agresif: keyakinan dan ~ mereka

terhadap fahaman liberal; pengagresif orang, terutamanya negara yg melakukan tindakan

yg agresif.

Efektif - ada kesannya (pengaruhnya), berkesan, mujarab (bkn ubat): satu sistem

perkhidmatan awam yg ~ tidak akan wujud semata-mata kerana pelaksanaan disiplin yg

kuat sahaja.

Susulan - 1 Sesuatu yg menyusul (datang kemudian dll): kemudian terdengar ~ siulan bom

jatuh bertubi-tubi; 2. Sesuatu yg disusulkan, lampiran, tambahan; 3. = angin ~ ark angin yg

berlawanan dgn arah perahu dll, angin sakal;

Kompromi - persetujuan atau penyelesaian yg berdasarkan tolak ansur atau jalan tengah

(antara dua tuntutan yg bertentangan): penyelesaian itu merupakan satu ~ antara pihak

majikan dan kesatuan pekerja; berkompromi bersetuju atau mencapai persetujuan

(kesepakatan dsb) dgn cara ber¬tolak ansur (dlm pertikaian dll): pertikaian itu tidak dapat

34

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

diselesaikan kerana kedua-dua pihak enggan ~; mengkompromikan menyatakan

persetu¬juan atau kesepakatan dgn unsur lain sehingga mencemarkan prinsip, pegangan

hidup: penganut agama islam dilarang ~ prinsip hidup mereka dgn mana-mana fahaman.

Praktikal - 1. Melibatkan atau berkaitan dgn pengalaman atau penggunaan sebenar, bukan

Teoretikal- 2. Sesuai utk digunakan: langkah-langkah ini dianggap lojik lagi ~.

Subjektif - terbit drpd atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg

melihat atau menilai (tidak pd ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat

(menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri), lwn objektif: buku-buku sejarah yg ada

masih penuh dgn unsur-unsur ~ yg kurang penting; kesubjektifan keadaan yg subjektif:

kita mengalami pelbagai dilema dan ~ yg ada kalanya tidak mampu mencapai nilai-nilai

estetik.

Rasional – 1 Alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan:

apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2. Berdasarkan taakulan, menurut

pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya

dapat difahami secara ~? Merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional,

menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah

untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia,

bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini? Kerasionalan sifat (keadaan)

rasional: pengarang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak mahmud; perasionalan

proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik.

Kreatif - mempunyai kebolehan men¬cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu

idea baru dan asli: kita harus mengerah seluruh tenaga ~ utk menghasilkan karya seni yg

benar-benar bermutu tinggi; daya ~ kemampuan (kebolehan) mencipta; kekreatifan

kemampuan (kebolehan) men¬cipta, kreativiti, daya kreatif: komputer boleh

mengembangkan ~ pelukis hingga ke satu peringkat yg hampir tiada hadnya.

35

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Sistematis - menurut sistem, berasaskan sesuatu sistem, sistematik.

RUJUKANBUKU RUJUKAN

John Eric Adair ITBM 2009, Membuat Keputusan dan Strategi Menyelesaikan

Masalah, 9789830683652

36

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

Sufean bin Hussin 2005, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan,

9789833376452

Abdul Ghani Abdullah Ph.D., Abd Rahman Abd Aziz, Mohammed Zohir Ahmad, PTS

Professional, 2008, Gaya-gaya Kepimpinan dalam Pendidikan. 9789833586233

JURNAL

Mohd. Zolkifli bin Abd. Hamid, Lokman bin Mohd. Tahir, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Penyeliaan Pengajaran Dari Perspektif

Kepimpinan Situasi

INTERNET

Pengurusan organisasi, kepimpinan dan penyeliaan berkesan,http://www.slideshare.net/drleeow/pengurusan-organisasi-kepimpinan-dan-penyeliaan-berkesanMotivasi& Kemahiran Kepimpinan Untuk Penyelia http://www.mytrainingprovider.com/courses/bm_supv.htmlKepimpinan Pendidikan Dan Pengurusan Pendidikan : Cabaran Kepada guru Besar Dan Pengetua http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com/2014/09/kepimpinan-pendidikan-dan-pengurusan.html\ Kecemerlangan Penyelia Untuk Kejayaan Organisasi Http://Fauzinordin.Com.My/Index.Php/Perkhidmatan/Latihan-Kursus/19-Kecemerlangan-Penyelia-Untuk-Kejayaan-Organasasi

37