folio biologi bab9 (autosaved)

29
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAI JALAN POHON BATU, PETI SURAT NO. 81755, 87027 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, MALAYSIA. FOLIO BIOLOGI TINGKATAN 4 (BAB9): EKOSISTEM TERANCAM Nama : Nurul Natasha Binti Zaifulhizam Tingkatan : 4 Topez (2013) Subjek : Biologi

Upload: sha-tasha-natasha

Post on 02-Jan-2016

1.016 views

Category:

Documents


82 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANTAIJALAN POHON BATU,PETI SURAT NO. 81755,

87027 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, MALAYSIA.

FOLIO BIOLOGI TINGKATAN 4 (BAB9): EKOSISTEM TERANCAM

Nama : Nurul Natasha Binti Zaifulhizam

Tingkatan : 4 Topez (2013)

Subjek : Biologi

Nama Guru : Encik Jefri Lazman Zahari

FOLIO BIOLOGI TINGKATAN 4 (BAB 9):EKOSISTEM TERANCAM

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan foliosaya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk ekosistem terancam bagi subjek biologi tingkatan 4. Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek biologi.

 Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sayasepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada sekalung penghargaan untuk guru subjek saya, Encik Jefri Lazman Zahari kerana memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya menyiapkan folio ini. Selain itu, saya juga sangat menghargai jasa guru subjek saya kerana memberikan bimbingan, dan nasihat yang amat berguna untuk folio saya serta membantu saya dari semasa saya susah dan senang. Jasa beliau yang akan saya kenang ke akhir hayat.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongankepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikansaya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

PENDAHULUAN

Bumi belum pernah diancam sepertimana ancaman pada zaman ini. Banyak bencana alam pernah berlaku di bumi kita ini. Misalnya, letupan gunung berapi dan gempa bumi yang dahsyat. Namun begitu, tidak ada satupun daripada malapetaka ini yang memberikan impak yang begitu besar terhadap bumi sebagaimana aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh manusia.

Pada waktu ini manusia masih lagi terkejar-kejar kemewahan yangberlandaskan teknologi dan kecanggihan cara hidup. Tetapi harga yang perludibayar untuk mencapai semua itu adalah sangat tinggi. Pelbagai khazanah bumiterpaksa dikorbankan untuk memenuhi nafsu manusia kini. Kealpaan manusia telahmenjerut leher sendiri di mana angka flora dan fauna yang pupus semakinmeningkat. Kepupusan flora dan fauna telah berada dalam zon kritikal dan ia perlu diambil serius selagi masih ada masa.

Dalam keghairahan memenuhi keperluan hidup populasi yang semakin bertambah, manusia telah memusnahkan habitat-habitat yang merupakan kediaman berjuta-juta spesies flora dan fauna dan pada masa yang sama mencemarkan alam sekitar. Dalam kerja kursus ini, kita akan melihat bagaimana aktiviti-aktiviti manusia mengancam ekosistem dan apa yang boleh kita lakukan untuk meminimumkan impaknya.

OBJEKTIF

Melalui kerja kursus ini, saya dapat :

1) Menilai aktiviti manusia yang mengancam ekosistem . Hal ini kerana, aktiviti-aktiviti tersebut perlu dihentikan untuk terus melestarikan keseimbangan ekosistem. Malah, kita perlu membendung masalah ini dengan mengelakkan membuat sesuatu aktiviti yang dapat mengancam ekosistem

2) Memahami kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Mengetahui secara lebih terperinci kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon kepada ekosistem.

3) Menyedari kepentingan pengurusan terancang aktiviti pembangunan dan ekosistem serta mengetahui cara mengimbangi antara keperluan untuk memperbaiki kualiti hidup dengan keperluan untuk melindungi alam sekitar.

4) Membuat refleksi tentang nilai-nilai untuk sentiasa menjaga dan memelihara ekosistem. Kajian ini juga dapat menjadikan teladan dan iktibar malah menyedarkan kita sebagai penduduk bumi untuk menjaga ekosistem daripada terus terancam.

HASILKAJIAN

AKTIVITI MANUSIA YANG MENGANCAM EKOSISTEM

Aktiviti-aktivit manusia yang mengancam ekosistem adalah seperti:

. Pembangunan dan perindustrian.

. Pertambahan bilangan kenderaan.

. Pertambahan penggunaan pestisid dan baja kimia dalam sektor pertanian. . Penerokaan hutan tanpa kawalan.

-Kesan-kesan dari pembangunan tidak terancang dan salah pengurusan ekosistem adalah:

. Hakisan tanah.

. Banjir kilat.

. Tanah runtuh.

. Eutrofikasi (penyuburan tasik)

. Pencemaran air, udara, terma dan bunyi

. Pemanasan global (fenomena kenaikan suhu Bumi, juga dikenali sebagai kesan rumah hujau) . Penyusutan atau penipisan lapisan ozon. . Perubahan iklim . Kepupusan hidupan.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Udara

Punca pencemaran udara adalah seperti berikut: a) Pembakaran i. Sampah sarap ii. Hutan iii. Sisa pepejal kilang b) Kilang perindustrian i. Pembakaran api fosil seperti petrolium, diesel dan gas dalam kilang dan stesen janakuasa. ii. Industri pertanian yang menggunakan bahan agrokimia seperti baja, pestisid, insektisid dan herbisid. c) Kenderaan bermotor. i. Membebaskan gas-gas merbahaya dalam asap ekzos kereta

Kesan pencemaran udara terhadap kesihatan manusia: Bahan pencemaran gas-gas berasid dan asap menyebabkan penyakit sistem respirasi seperti bronkitis, sesak nafas, kanser peparu, asma dan penyakit saluran respirasi yang lain. Bahan pencemar itu memedihkan mata, menyebabkan penyakit kulit dan konjunktivitis.

Kesan pencemaran udara terhadap habitat haiwan dan tumbuhan: Hujan asid meresap ke dalam tanah dan meningkatkan keasidan tanah yang menyebabkan nutrien penting melarutresap. Ini menyebabkan tanah tidak subur. Hujan asid dalam sungai dan tasik menurunkan nilai pH air dan menyebabkan pemusnahan banyak ikan dan organisma akuatik lain. Asap jelaga, dan debu melekat pada permukaan dan menutup stoma. Ini mengurangkan penyerapan cahaya matahari oleh klorofil dan resapan karbon dioksida, menyebabkan kadar fotosintesis tumbuhan menurun.

Kesan pencemaran udara terhadap bangunan Hujan asid mengaratkan stuktur logam dan mengakis batu kapur yang digunakan untuk bangunan. Jelaga dan debu menyebabkan bangunan kotor.

Kesan pencemaran udara terhadap iklim Asap, debu dan jelaga bergabung dengan kabus (wap air) untuk membentuk jerebu yang mengancam kesihatan. Peningkatan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera menyababkan suhu bumi meningkat (kesan rumah hijau). Akibatnya, bongkah air kutub melebur lalu menaikkan paras air laut menyebabkan banjir dan perubahan iklim.

Eutrofikasi

Eutrofikasi berlaku akibat pertambahan baja atau kumbahan dalam tasik, kolam atau air sungai. Pertambahan kandungan nitrat dan fosfat daripada baja atau kumbahan menggalakkan eutrofikasi. Ia menggalakkan pertumbuhan alga dan mengpertingkatkan populasi alga yang cepat. Bilangan bakteria aerob yang mengurai jirim tumbuhan yang mati juga meningkatkan penggunaan oksigen terlarut dalam air. Pertumbuhan alga yang cepat dan proses penguraian oleh bakteria menggunakan bekalan oksigen di dalam air dan dengan itu meningkatkan keperluan oksogen biokimia (B.O.D.).

Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D.)

Kaperluan oksigen biokimia adalah jumlah oksigen yang digunakan oleh mikroorganisma (bakteria dan alga) untuk penguraian sisa dalam air. B.O.D. digunakan sebagai satu ukuran bagi jumlah jenis bahan pencemar organik tertentu dalam air. Maka, boleh digunakan untuk mengukur paras pencemaran air. B.O.D. yang tinggi menunjukkan kehadiran menunjukkan bilangan mikroorganisma yang banyak, ini menunjukkan paras pencemaran yang tinggi. Semalin tinggi nilai B.O.D., semakin tercemar sampel air itu. Semakin tinggi nilai B.O.D., semakin kurang kepekatan yang terlarut dalam air. Hubung kait antara nilai B.O.D. dengan pencemaran air, bilangan microorganisma atau bakteria, kepekatan oksigen yang terlarut dan bilangan haiwan akuatik.

Nilai B.O.D. tinggi aras pencemaran air yang tinggi bilangan bakteria yang banyak kepekatan oksigen terlarut rendah bilagnan haiwan akuatik berkurang.

Larutan metilena biru digunakan untuk nenguji kehadiran oksigen dalam air. Keadaan kekurangan oksigen menyebabkan warna metilena biru diluntur dengan cepat dan mempunyai nilai B.O.D. yang tinggi.

Pencemaran terma

Pencemaran terma ialah pembebasan haba yang berlebihan ke alam sekitar. Punca pencemaran terma: Pembuangan air panas daripada kilang, reaktor nuklear dan stesen janakuasa elektrik. Bangunan yang bercermin. Apabila suhu air menjadi 5°C melebihi suhu air biasa, kehidupan akuatik akan mati. Kenaikan suhu air meningkatkan proses penguraian bahan organik dan meningkatkan nilai B.O.D.. Ini mengurangkan kepekatan oksigen di dalam air dan menyebabkan organisma akuatik mati Bangunan bercermin memantulkan sinaran cahaya matahari daripada satu bangunan ke bangunan bercermin yang lain. Ini menyebabkan haba terperangkap di antara bangunan bercermin dan meningkatkan suhu udara di sekitar kawasan tersebut.

Pecemaran bunyi

Pencemaran bunyi ialah keaadan dimana terdapat bunyi yang berlebihan di persekitaran sehingga mengganggu keselesaan hidup. Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel (dB) dan manusia hanya dapat menerima bunyi hingga 80dB. Punca pencemaran bunyi adalah: Kapal terbang Kereta api Kerja pembinaan Mesin dan jentera dalam kilang Kenderaan di jalan raya. Kesan pencemaran bunyi ialah: Masalah pendengaran (pekak) Sakit telinga Sakit kepala Gangguan emosi dan mental Tekanan darah tinggi Sakit jiwa

STRATEGI MENYELESAIKAN MASALAH BERKAITAN PENCEMARAN

Kita telah melihat kesan pencemaran terhadap hidupan dan alam sekitar. Kita tidak boleh terus mencemarkan persekitaran dan beranggapan bahawa pencemaran tidak akan menjejaskan kehidupan kita. Usaha untuk mengawal dan menghentikan pencemaran harus dilakukan. Satu cara untuk menangani masalah pencemaran adalah dengan merancang strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang untuk mengurangkan dan menghentikan pencemaran sebelum pencemaran tersebut bermula.

Sebagai contoh, persekitaran yang sunyi adalah sesuai untuk pembelajaran. Cuba wujudkan satu persekitaran pembelajaran yang lebih baik di sekolah dengan mengurangkan paras bunyi. Selain itu , wujudkan kesedaran dalam kalangan murid dan guru dengan mengedarkan risalah mengenai pencemaran bunyi dan cadangkan cara mengurangkan paras bunyi di sekolah. Usaha ini sedikit sebanyak dapat menyelasaikan pencemaran bunyi yang sering berlaku di sekolah.

FENOMENA KESAN RUMAH HIJAU

Kesan rumah hijau adalah satu fenomena peningkatan suhu bumi. Ini disebabkan haba yang diserap dan terperangkap di dalam atmosfera Bumi oleh gas tertentu (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida, metana, kloroflurokarbon, dan oksida nitrogen.

Aktiviti manusia yang berikut boleh meningkatkan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera yang menyebabkan kesan rumah hijau: Pembakaran bahan api dalam kilang Pembakaran hutan Penebangan dan penerokaan hutan Pembakaran sampah sarap secara terbuka Pembakaran arang batu oleh stesen janakuasa Kenderaan bermotor Penggunaan bahan klorofluorokarbon (CFC) Kesan rumah hijau terjadi melalui proses berikut: Sinaran matahari ke Bumi ,enembusi melalui atmosfera sebagai sinar suria dan sinar ultralembayang. Lebih kurang separuh daripada 70% sinar suria yang menembusi atmosfera, bertukar menjadi haba. Sebahagian tenaga haba dipantul semula ke angkasa lepas sebagai sinar inframerah dan kebanyakannya diserap oleh karbon dioksida. Akibatnya, tenaga haba terperangkap dalam lapisan bawah atmosfera menyebabkan suhu bumi meningkat dan mengakibatkan pemanasan yang menyerupai keadaan di dalam rumah hijau dimana sinar matahari dan sinar ultralembayang yang menembusi panel kaca rumah hijau tidak dipantulkan semula ke atmosfera. Fenomena ini meningkatkan suhu bumi dan atmosferanya menyebabkan kesan rumah hijau. Akibat kesan rumah hijau (peningkatan suhu dunia) adalah seperti berikut: Kenaikan aras laut Perubahan iklim Produktiviti pertanian.

PENIPISAN LAPISAN OZON

Ozon ialah sejenis gas yang terdiri daripada tiga atom oksigen (O3). Lapisan ozon dikenali sebagai stratosfera, iaitu 20-50km dari permukaan bumi Penipisan lapisan ozon berlaku sepanjang kedua-dua artik dan antartik, membentuk lubang ozon. Lubang ozon yang dijumpai di artartik adalah sebesar benua Amerika Syarikat. Bahan pencemar lain seperti halogen, gas klorin dan oksida nitrogen juga boleh memusnahkan ozon dan klorofluorokarbon merupakan punca utamanya. Klurofluorokarbon digunakan dengan meluas sebagai bahan penyejuk dalam peti sejuk dan alat pendingin hawa, bahan semburan aerosol, polisterena untuk pembungkusan makanan, getah busa untuk membuat kusyen, bantal dan tilam. Proses pemusnahan ozon oleh (CFC)

• Sinar ultra lembayang memutuskan ikatan atom klorin dan CFC.

Atom klorin yang terbebas bertindak balas dengan ozon untuk menghasilkan klorin monoksida dan molikul oksigen.

Atom oksigen yang terbebas dalam atmosfera akan memutuskan ikatan klorin monoksida. Akibatnya, atom klorin terbebas dan akan memusnahkan molekul ozon yang lain.

Atom oksigen yang terbebas dalam atmosfera akan memutuskan ikatan klorin monoksida. Akibatnya, atom klorin terbebas dan akan memusnahkan molekul ozon yang lain.

Kesan penipisan lapisan ozon menyebabkan sinar ultralembayang yeng berlebihan sampai ke Bumi. :

Terhadap alam sekitar i. Peningkatan suhu persekitaran (yang menyebabkan kesan rumah hijau) ii. Perubahan iklim dan cuaca iii. Perubahan arah angin

Terhadap tumbuhan i. Kadar fotosintesis menurun akibat pemusnahan stoma dan klorofil pada daun. ii. Mengancam keseimbangan ekologi dan pemusnahan organisma akuatik seperti plankton.

Terhadap kesihatan manusia. i. Kanser kulit (melanoma) ii. Kerosakan mata atau penyakit katarak iii. Kemerosotan sistem keimunan manusia

IMPAK PEMANASAN GLOBAL DAN PENIPISAN LAPISAN OZON TERHADAP EKOSISTEM

Penipisan lapisan ozon membenarkan sinar ultralembayang sampai ke Bumi dan memusnahkan plankton dalam rantai makanan. Ini akan mengganggu keseimbangan ekosistem dan seterusnya mengancam ekosistem lain dalam air. Sinar ultralembayang juga mengurangkan bilangan stoma dan klorofil pada daun. Akibatnya, tumbuhan hijau yang merupakan pengeluar dalam rantai makanan tidak dapat menjalankan fotosintesis dengan berkesan. Tumbuhan akan mati dan kompenen biosis dalam ekosistem tergangu. Pemanasan global menyebabkan kemarau panjang dan perubahan iklim. Oleh itu, kompenen abiosis dalam ekosistem terganggu dan akan menyebabkan taburan dan populasi kompenen biosis terpengaruh. Akibatnya, keseimbangan pelbagai ekosistem di Bumi terjejas.

KEPENTINGAN PENGURUSAN SECARA TERANCANG

Pembangunan adalah penting: (a) untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan memenuhi keperluan populasi yang semakin bertambah (b) untuk menjalankan pelbagai projek pembangunan (i) Dalam pertanian (ii) Dalam industri

Bidang pertanian • Penerokaan hutan dilakukan untuk menyediakan kawasan tanah baru untuk pembangunan perindustrian, perumahan, pertanian dan pembinaan lebuh raya. Projek ini meningkatkan kualiti hidup dengan cara berikut: i. Menyediakan tempat kediaman ii. Menambahkan bekalan makanan iii. Menyediakan kemudahan pengangkutan. Hutan diteroka untuk sektor pertanian meningkatkan hasil tanaman dan meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat dan untuk projek perumahan supaya dapat menampung pertambahan populasi. Teknologi moden digunakan dalam pertanian dengan bantuan agensi kerajaan seperti Lembaga Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) untuk meningkatkan produktiviti getah.

Bidang industri Kerajaan berusah untuk menarik pelabur asing untuk melabur. Ini akan membantu mempercepatkan perkembangan dalam sektor perindustrian dandapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan meninggikan pendapatan per kapita negara. Strategi pembangunan adalah untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk di luar bandar dan dapat menyediakan kemudahan infrastruktur seperti projek perumahan kos rendah, klinik, sekolah, jalan raya, bekalan elektrik dan bekalan air. Kesan pertambahan penduduk ke atas ekosistem:Projek pembangunan terutamanya yang tidak terancang dan tidak terurus mendatangkan kesan buruk kepada alam sekitar dan mengancamekosistem. Projek pembangunan seperti penebangan hutan akan memberi kesan buruk kepada ekosistem: Pemusnahan habitat semula jadi tumbuhan dan haiwan yang mempengaruhi rantai makanan dan jaringan makanan. Ini akan menyebabkan ketidakseimbangan alam di dalam ekosistem. Ketidakseimbangan boleh mengakibatkan kematian ataupun kepupusan tumbuhan dan haiwan. Hakisan tanah menyingkirkan lapisan atas tanah yang subur, menyusutkan kandungan garam mineral tanah, mengakibatkan tanah menjadi tidak subur dan terbiar. Pemanasan global dan pencemaran alam

PERANAN SAYA DALAM MENJAGA EKOSISTEM

Sejak kebelakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor perindustrian telah dikecapi hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang tidak bertanggungjawab ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata ingin mengejar kemajuan? Di manakah peranan kita sebagai masyarakat untuk menangani masalah ini? Jadi, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita dan langkah-langkah yang positif perlu dilakukan.

Salah satu cara untuk peranan saya menjaga ekosistem ialah dengan menyokong program kitar semula yang diperkenalkan oleh kerajaan kerana mampu menjaga alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan di dalam tong-tong kitar semula yang telah disediakan. Sebagai contoh, bahan buangan boleh diproseskan menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan negara dapat menjimatkan kos mereka mahupun kebersihan alam sekitar.

Di samping itu, saya dapat menjaga alam sekitar dengan mengadakan kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar. Melalui kempen kesedaran ini, masyarakat ditiup kesedaran untuk menjaga kebersihan alam sekitar. Dengan ini, sedikit demi sedikit masalah dan hal ini dapat membendung dan memastikan bahawa kualiti kebersihan alam sekitar senantiasa bersih dan dijaga. Jadi, kempen kesedaran ini dapat diatasi apabila semua rakyat sedar kepentingan alam sekitar.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melibatkan diri melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu untuk menyokong melindungi alam sekitar. Pendidikan alam sekitar juga boleh mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar.

Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar . Tuntasnya, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan ini untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya meletakkan masalah ini diatas bahu kerajaan dengan semata-matanya. Kerjasama yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan tentunya akan lebih bermakna dan hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang.

PENUTUP

Setelah bertungkus-lumus ,akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan. Kajian yang ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan pengetahuan yang menarik menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang kemusnahan ekosistem yang kita tidak penah sedari sebelum ini dan sering dipandang ringan oleh masyarakat.

Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah pembangunan negara namun kita perlu juga mengambil berat terhadap nasib ekosistem yang sudah terancam kerana aktiviti manusia yang dapat mengancam ekosistem kita pada hari ini. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya menjaga ekosistem dan alam sekitar di sekeliling kita. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak lagi perkara lain sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara. Tidak terhad hanya kepada pembalakan dan akitiviti yang lain yang dapat mengancam keseimbangan ekosistem.

LAMPIRAN

Pencemaran berpunca daripada kita, manusia !

Jangan jadikan bumi seperti ini ! hentikan ….

Punca penipisan lapisan ozon .

RUJUKAN

Buku Rujukan

Longman Bilingual Text Essential Biology Form 4, Betsy Teh Lay Hong Buku Teks Biologi Tingkatan 4, (Gan Wan Yeat, Manoharan a/l Subramaniam, Azmah Binti Rajion

Internet

http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/A/AcidRain.html http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/A/AirPollution.html http;//users.rcn.com/jkimball.ma.ultranet/BiologiPages/O/Ozone.html http;//en.wikipedia.org/wiki/Global_Warming. html http;//www.msnbc.msn.com/id/6889985. html