rasulullah sebagai uswatun hasanah (autosaved) (autosaved).docx

41
RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH:KAJIAN DALAM SURAH AL QALAM AYAT 1 HINGGA 7 NURUL AISYAH FATEHA BT AHMAD SYUKBAH QIRAAT DARUL QURAN JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA KUALA KUBU BHARU 2010 ABSTRAK

Upload: paul-mason

Post on 25-Oct-2015

56 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

qqew

TRANSCRIPT

Page 1: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH:KAJIAN DALAM SURAH AL

QALAM AYAT 1 HINGGA 7

NURUL AISYAH FATEHA BT AHMAD

SYUKBAH QIRAAT

DARUL QURAN

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

KUALA KUBU BHARU

2010

ABSTRAK

Page 2: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar dan membentuk manusia agar beriman kepada

Allah Subhanahuwata’ala. atau, dengan kata lain, mengajak dan membentuk keperibadian

manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-

mata.

Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing.

Muhammad Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula melaksanakannya terhadap seluruh

manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru) :

Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah taghut itu. Manakala di antara umat itu ada orang-

orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah

pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah

bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakakan (rasul-rasul)

(Surah An Nahl ayat 36)

Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam supaya mendidik hati,

fikiran, perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia.

Seterusnya, membentuk ummah dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan. Itulah

contoh yang terbesar.

Hasilnya, dengan kurniaan Allah Subhanahuwata’ala jua, Rasulullah

Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mengubah corak hidup manusia yang serba pincang

kepada corak hidup yang sempurna, aman, damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem

yang ditanzilkan Allah Subhanahuwata’ala. Akhlak dan keperibadian Rasulullah

Sallallahu’alaihiwasallam memainkan peranan utama dalam perlaksanaan tanggungjawabnya.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Page 3: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk

bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".

(Surah Al Ahzab ayat : 21)

Oleh demikian,penulis tertarik untuk mengkaji mengenai Rasulullah sebagai uswatun

hasanah merangkumi pelbagai jenis kitab tafsir.Malah meliputi juga pelbagai akhlak mulia

yang rasulullah tinggalkan untuk kita.Penulis berharap semoga kajian ilmiah ini member

kesedaran serta manfaat kepada masyarakat supaya kita sama sama dapat mencontohi akhlak

mulia baginda.

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sebagai mana yang kita tahu,Al Quran adalah merupakan sumber hukum pertama yang

diturunkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Ia merupakan mukjizat agung bagi

Rasulullah S.A.W.Segala isi isi yang terkandung di dalamnya mempunyai kaitan rapat

dengan dengan Rasulullah S.A.W.Oleh yang demikian,apabila kita

membaca,mentadabbur,dan menghayati ayat ayat di dalamnya kita akan merasa nikmat

kemanisannya.Selain itu,kita akan turut cuba untuk mengenal peribadi rasulullah seperti yang

terdapat di dalam Al Quran yang secara langsung melahirkan cinta kita kepadanya yang

merupakan tuntutan ajaran agama yang harus disemai dalam diri setiap individu.

Page 4: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

1.2 PENGERTIAN TAJUK

Hasil perbincangan penulis dengan penyelia,penulis telah membuat keputusan

untuk memilih tajuk RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH : KAJIAN

TERHADAP SURAH AL QALAM AYAT 1 HINGGA 7 sebagai tajuk kajian ilmiah

ini.tajuk ini telah dipersetujui oleh unit akademik Darul Quran JAKIM.Oleh yang

demikian,merujuk kepada tajuk ini penulis akan menghuraikan dengan lebih terperinci

maksud tajuk ini.

Rasulullah bermaksud

Uswatun Hasanah bermaksud

1.3 LATAR BELAKANG MASALAH

Dewasa ini kebanyakan umat Islam lebih mementingkan duniawi berbanding

ukhrawi.Hidup mereka tidak berlandaskan dua sumber Islam yang penting yang di bawa oleh

junjungan besar Nabi Muhammad iaitu al Quran dan al Sunnah.Ini menyebabkan mereka

terpesong jauh dari konsep ajaran Islam sebenar.Malah,sekarang ramai juga anak muda

Page 5: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

memilih artis-artis hiburan sebagai idola hidup mereka tanpa mengenali Rasulullah yang

sepatutnya mereka jadikan idola dan teladan baik dalam kehidupan.Justeru itu,penulis berasa

terpanggil untuk mengkaji dan menghurai dengan lebih lanjut tentang masalah ini.Malahan

penulis juga ingin mengupas skop sebenar umat Islam perlu mengikuti akhlak Rasulullah.Ini

kerana dengan mengikuti contoh teladan dan akhlak baginda,kita akan memperoleh

kemanisan iman.Penulis berharap mudah mudahan tajuk kajian ini member manfaat kepada

pembaca dan masyarakat sejagat.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum kajian ini dilakukan ialah :

a) Untuk mengkaji dan mengetahui kehidupan dan latar belakang Rasulullah bahawa

baginda ialah contoh teladan dan akhlak yang baik yang wajib diikuti oleh umat Islam.

b) Memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa Rasulullah adalah pembimbing

manusia kea rah kebenaran hidup.

c) Memahami dan mentadabbur ayat 1 hingga 7 surah Al Qalam dengan lebih

mendalam

Page 6: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

d) Memberi kesedaran kepada umat Islam bahawa Rasulullah adalah contoh terbaik

dalam kehidupan

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian ini ialah :

a) Sebagai memenuhi pra syarat untuk melayakkan penulis memperoleh Sijil Diploma

Tahfiz wal Qiraat Darul Quran ( JAKIM )

b) Sebagai panduan kepada pelajar Darul Quran, khususnya para pelajar tahfiz supaya

menanam sikap cintakan Rasulullah dengan mengikuti sunnahnya.

c) Meningkatkan ketakwaan kepada Allah dan mengikuti segala contoh telatan yang

baik pada diri Rasulullah.

Page 7: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

d) Membantu masyarakat supaya lebih mendekatkan diri dengan al Quran untuk

mencapai tahap cinta Allah dan Rasulullah.

1.6 SKOP KAJIAN

Dalam melaksanakan kajian ini,penulis telah member pengkhususan terhadap topic

kajian agar tidak terkeluar atau menyimpang dari persoalan utama.Skop kajian yang dibuat

ialah mengenai Rasulullah sebagai uswatun hasanah kajian terhadap ayat 1 hingga 7 surah al

Qalam.Kajian ini banyak berdasarkan tafsir al Quran,majalah,dan buku-buku ilmiah yang

berkaitan.

1.7 SOROTAN LITERASI

Page 8: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

1.8 METODOLOGI KAJIAN

Page 9: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Dalam usaha menyempurnakan kertas kerja ini,penulis telah menggunakan dua bentuk

method utama,iaitu method pengumpulan data dan method penganalisa data.

1.8.1 Metod Pengumpulan Data

Dalam usaha menyiapkan kajian yang berkualiti,pemilihan terhadap sesuatu metod

atau kaedah yang akan digunakan untuk mengumpul data hendaklah dengan teliti .Hal ini

adalah amat penting bagi mendapatkan maklumat penelitian dan penilaian terhadap fakta

yang diperoleh dengan sebaik mungkin dalam menghasilkan sebuah kajian yang

berkualiti.Oleh itu,penulis akan menggunakan metod di bawah dalam rangka penyelidikan

ini:

a) Metod Penyelidikan Perpustakaan : Rujukan dilakukan terhadap bahan-bahan

ilmiah berdasarkan buku,majalah dan lain-lain yang terdapat di Perpustakaan Darul

Quran,JAKIM.

b) Metod Penyelidikan melalui Internet : Kaedah ini merujuk kepada perolehan

maklumat menerusi pembacaan di laman web di internet.

Page 10: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

c) Metod Historis ( persejarahan ) : Metod ini adalah proses untuk menentukan

adanya pendapat yang tepat mengenai kejadian atau prosedur ilmiah dari proses sejarah

sebagai dasar untuk memahami sesuatu yang berlaku.Oleh itu,penulis akan cuba

mendapatkan maklumat tentang sejarah dan kisah-kisah berkaitan tajuk ini dari kitab-kitab

yang berkaitan.

d) Metod Observasi : Metod ini penting sebagai sumber rujukan penulis.Ia

melibatkan rangsangan , pengamatan, dan pemikiran mendalam penulis bagi menghasilkan

perbandingan, penilaian dan kebenaran.

1.8.2 Metod Analisa Data

Kaedah ini digunakan dengan mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan uswatun

hasanah Rasulullah di dalam majalah-majalah tertentu dan bahan-bahan lain yang boleh

dijadikan sumber ryjukan . Selain itu,penulis menggunakan beberapa metod lain.Seperti :

a) Metod Induktif : Metod ini adalah salah satu cara membuat satu kesimpulan dan

bukti-bukti yang yang bersifat khusus untuk mencari kesimpulan yang bersifat umum.Metod

ini digunakan untuk menghuraikan pengenalan secara umum.

Page 11: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

b) Metod Deduktif : Metod ini pula digunakan sebagai satu cara membuat kesimpulan

daripada bukti-bukti yang bersifat umum untuk mencari kesimpulan yang bersifat

khusus.Metod ini digunakan untuk menghuraikan data-data dengan lebih terperinci.

c) Metod Komperatif : Metod ini pula adalah satu cara membuat kesimpulan dengan

cara melakukan perbandingan terhadap segala fakta yang diperoleh.

1.9 SISTEMATIKA PENULISAN

Page 12: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Penulis membahagikan kajian ilmiah ini kepada bab khusus dalam mengupas tajuk

ini.

Dalam bab pertama,penulis akan membicarakan tentang pendahuluan bagi tajuk yang

meliputi pengertian,latar belakang masalah kajian,skop kajian,kepentingan kajian dan

sebagainya.

Manakala dalam bab kedua,penulis akan membincangkan mengenai pengenalan

riwayat hidup Rasululla s.a.w, nasab ketutunannya,kelahiran baginda,dan lain-lain lagi.

Seterusnya dalam bab yang ketiga,penulis akan menghuraikan tentang konsep

uswatun hasanah Rasulullah dan selainnya.

Dalam bab keempat pula,penulis akan mengetengahkan tentang kajian ayat al –

Quran,latar belakang surah dan kaitan ayat tersebut terhadap uswatun hasanah Rasulullah

s.a.w

Manakala dalam bab kelima,penulis akan menyimpulkan kesimpulan bagi

keseluruhan bab-bab yang dikaji supaya pembaca lebih memahami kajian ini.

Page 13: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

BAB 2 : RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W

2.1 PENGENALAN

KELAHIRAN Rasulullah adalah umpama cahaya bulan yang menyinari kegelapan malam.

Kebangkitan Rasulullah sebagai utusan Allah telah berjaya memimpin dan membimbing

umat manusia ke jalan yang lurus iaitu Islam.

Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 153 yang bermaksud: "Dan bahawa (yang Kami

perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah ia dan janganlah kamu mengikuti

jalan-jalan (yang lain) kerana jalan-jalan ini mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang

demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa".

Rasulullah bukan saja menyampaikan risalah dan ajaran Islam semata-mata bahkan baginda

sendiri menunjukkan contoh bagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Segala tingkah laku,

percakapan dan sikap baginda mencerminkan keperibadian Islam yang dituntut dan

dikehendaki oleh Allah untuk dicontohi oleh umat manusia.

Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri

Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang

mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak

mengingati Allah".

Page 14: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Firman Allah ini dengan jelas menerangkan kepada kita bahawa Rasulullah adalah contoh

ikutan terbaik untuk kita bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Dengan

kata lain, Rasulullah adalah 'role model' bagi kita umat Islam. Pada diri Rasulullah itu terletak

contoh pemimpin yang baik, contoh bapa yang baik, contoh suami yang baik, contoh jiran

yang baik, contoh peniaga yang baik, contoh sahabat yang baik dan banyak lagi. Pendek kata,

kita selaku umat Islam tidak perlu mencari-cari peribadi atau tokoh-tokoh lain untuk

dicontohi dan diikuti selain daripada Rasulullah. Ini kerana umat Islam telah pun dibekalkan

dengan contoh keperibadian yang terbaik yang merangkumi segenap aspek iaitu Nabi

Muhammad.

Sikap sesetengah umat Islam yang mengambil individu tertentu sebagai model ikutan adalah

sesuatu yang mendukacitakan. Mereka mengambil pemimpin yang zalim dan penyanyi Barat

sebagai contoh ikutan. Apa yang lebih memilukan ada yang menjadikan golongan yang

memuja maksiat dan bergelumang dengan najis dadah dan jenayah sebagai contoh ikutan

mereka. Sedangkan semua itu bukan mengajak mereka kepada kebaikan tetapi mendorong

mereka kepada kebinasaan dan kelalaian semata-mata.

Walau sehebat mana sekalipun manusia itu, mereka tetap tidak dapat menandingi Rasulullah

yang sentiasa mendapat jagaan dan peliharaan Allah.

Sahabat-sahabat pernah bertanyakan kepada saidatina Aisyah mengenai akhlak Rasulullah.

Dia menjawab: "Akhlak Rasulullah adalah al-Quran".

Jawapan itu dengan jelas menerangkan betapa Rasulullah telah menjadikan al-Quran itu

sebagai sesuatu yang hidup yang dapat dilihat dan diikuti bukan saja oleh umat Islam bahkan

oleh sekalian umat manusia. Oleh demikian, segala ajaran dan perintah Allah yang terdapat di

Page 15: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

dalam al-Quran dapat kita lihat secara praktikalnya sama ada menerusi hadis yang

diriwayatkan oleh periwayat hadis yang muktabar ataupun melalui seerah Nabi Muhammad.

Oleh itu, segala contoh ikutan yang ingin diambil oleh umat Islam sama ada sebagai

pemimpin, ketua keluarga, majikan, pendidik, pelajar, tokoh korporat dan sebagainya

semuanya ada di dalam diri Rasulullah.

Dengan itu, memperbetulkan kembali model ikutan kita dengan menjadikan Rasulullah

sebagai 'role model' adalah satu kewajiban dan tuntutan agama yang perlu dilakukan oleh kita

umat Islam.

Page 16: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.2 KETURUNAN RASULULLAH S.A.W

Page 17: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.3 KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada saat yang sangat kritis ini muncullah sebuah bintang pada malam yang gelap

gulita, sinarnya semakin terang membuat malam menjadi terang benderang, ia bukan bintang

yang biasa, tapi bintang yang sangat luar biasa, bahkan matahari di siang haripun malu

menampakkan sinarnya karena bintang ini adalah maha bintang yang terlahirkan ke muka

bumi, ialah cahaya dalam kegelapan, ia adalah cahaya di dalam dada, ia dikenal dengan

Nama Muhammad, menurut sejarawan bintang ini tepat terlahir tanggal 17 Rabiul Awwal (12

Rabiul awwal menurut mazhab sunni) 570 M, bintang ini tak pernah padam walaupun 14

abad setelah ketiadaannya, bahkan ia semakin terang dan semakin terang, dari bintang ini

terlahir 13 bintang yang lain, yang selalu menjadi hujjah bagi bintang-bintang yang sulit

bersinar lainnya di setiap zamannya. Ia memiliki silsilah yang berhubungan langsung dengan

jawara Tauhid melalui anaknya Ismail AS, yang dilahirkan melalui rahim-rahim suci dan

terpelihara dari perbuatan-perbuatan mensekutukan Tuhan. Ia begitu suci sehingga Tuhan

memerintahkan kepada Para Malaikat dan Jin untuk bersujud kepada Adam, karena

cahayanya dibawa oleh Adam AS untuk disampaikan kepada maksud, ia adalah rencana

Tuhan yang teramat besar yang langit dan bumi pun tak kan sanggup memikulnya.

Peristiwa kelahiran sang bintang dipenuhi dengan kejadian-kejadian yang luarbiasa, dimulai

dengan peristiwa padamnya api abadi di kerajaan Persia, hancurnya sesembahan batu di sana,

Page 18: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

dan penyerangan pasukan bergajah untuk menghancurkan Ka'bah, yang di kemudian hari

menjadi kiblat baginya dan ummatnya sampai akhir zaman, namun tentara yang besar ini

dihancurkan oleh burung-burung yang dikirimkan oleh Sang Pemilik kiblat (Ka'bah),

karenanya tahun ini dinamakan tahun Gajah. Sudah menjadi tradisi kelahiran manusia luar

biasa harus juga didahului peristiwa yang luar biasa. Muhammad namanya, ayahnya bernama

Abdullah, Ibundanya Aminah, kedua orang tuanya berasal dari silsilah yang mulia yang

merupakan keturunan Jawara Tauhid (Ibrahim AS). Abdullah lahir kedunia hanya untuk

membawa nur Muhammad dan meletakkannya ke dalam rahim Aminah, Sang isteri saat itu

mengandung (2 bulan) bayi yang kelak menjadi manusia besar. Setelah lama kepergian sang

suami, sang isteri merasakan kesepian yang amat dalam, walaupun suaminya selalu berkirim

surat. Namun pada saat lain surat tidak lagi ia terima, begitu riang hatinya ternyata ia melihat

rombongan dagang suaminya telah pulang, tapi Ia amat terkejut karena tak dilihatnya

suaminya, datanglah seseorang dari rombongan tersebut yang menyampaikan berita kepada

Aminah, mulutnya begitu berat untuk mengucapkan kata kata ini kepada wanita ini, ia tidak

sanggup mengutarakannya, namun akhirnya terucap juga bahwa sang suami telah berpulang

ke hadirat Allah Swt dan dimakamkan di abwa.

Begitu goncang hatinnya mendengarkan hal ini, tak sanggup menahan tangisnya, ia menangis

menahan sedih dan tak makan beberapa hari, namun ia bermimpi, dalam mimpinya seorang

wanita datang dan berkata kepadanya agar ia menjaga bayi dalam janinnya dengan baik “

baik. Ia berulang kali bermimpi bertemu dengan wanita tersebut yang ternyata adalah

Maryam binti Imran (Ibu Isa as). Dalam mimpinya sang wanita mulia ini berkata : Kelak bayi

yang ada didalam rahimmu akan menjadi manusia paling mulia sejagat raya, maka jagalah ia

baik “ baik hingga kelahirannya.

Page 19: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Saat ayahanda Muhammad yang mulia ini Wafat dalam usia 20 tahun (riwayat lain “ 17

tahun), sang bintang kita ini sedang berada dalam kandungan ibunya, beberapa tahun

kemudian Bunda Sang bintang menyusul suaminya dan dimakamkan di Abwa juga.

Muhammad dibawa pulang oleh Ummu Aiman dan diasuh oleh kakeknya, belum lagi hilang

duka setelah ditinggal Sang Bunda, ia pun harus kehilangan kakeknya ketika umurnya belum

lagi menginjak delapan tahun. Setelah kepergian sang kakek, sang bintang (Muhammad)

diasuh oleh pamannya, Abu Tholib, seorang putra Abdul Mutholib yang pertama menyatakan

keimanannya kepada kemenakannya sendiri (Muhammad). Pemandu ilahi selalu saja

dipilihkan oleh Ilahi untuk memiliki profesi sebagai seorang gembala, melalui profesi ini

beliau mengarungi beberapa waktu kehidupannya untuk menjadi gembala domba yang lebih

besar, inilah pilihan Ilahi yang memilihkan baginya sebuah jalan dimana hal ini penting bagi

orang yang akan berjuang melawan orang-orang hina yang berpikiran sampai menyembah

aneka batu dan pohon, ilahi menjadikannya kuat sehingga tidak menyerah kepada apapun

kecuali keputusan-Nya. Ada penulis sirah yang mengutip kalimat Nabi berikut ini,  Semua

Nabi pernah menjadi gembala sebelum beroleh jabatan kerasulan. Orang bertanya kepada

Nabi, Apakah Anda juga pernah menjadi gembala? Beliau menjawab, Ya. Selama beberapa

waktu saya menggembalakan domba orang Mekah di daerah Qararit.

Sang bintang terlahir bukan dari kalangan orang yang teramat kaya, belum lagi ia dilahirkan

sebagai seorang yatim, dan telah kehilangan Ayah, Ibu di masa kecil sebagai tempat

bernaung, apa yang dapat dikatakan oleh anak kecil yang telah kehilangan kedua orang

tuanya sedangkan dia sendiri masih membutuhkan naungan kedua orang tua dan kasih sayang

mereka. Mari kita masuk ke jazirah Arabia lebih jauh lagi, kita dapat melihat bahwa kondisi

keuangan Muhammad terbilang cukup sulit. Muhammad terkenal dengan kemuliaan

Page 20: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

rohaninya, keluhuran budi, keunggulan ahklaq dan dirinya dikenal di masyarakat sebagai

seorang jujur (al-Amin)

Page 21: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.3.1 DILAHIRKAN DI KOTA MEKAH PADA TAHUN GAJAH

Page 22: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.3.2 PERISTIWA ANEH YANG BERLAKU KETIKA KELAHIRAN

RASULULLAH S.A.W

Page 23: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx
Page 24: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.4 SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W

2.4.1 SEJARAH KEHIDUPAN RASULULLAH

Apabila tiba saat Abdullah mahu dikahwinkan,Abdul Mutalib mengahwinkan Abdullah

dengan Siti Aminah binti Wahab,yang juga daripada keturunan suku Abdul Manaf.Keturunan

ayah dan ibu Muhammad adalah daripada Qusai bin Kilab.Kesemua mereka daripada

keturunan Ismail.Daripada sudut keturunan pun,Muhammad bin Abdullah adalah orang

paling mulia dan paling bangsawan.

Keluarga Siti Aminah tinggal di Yathrib atau Madinah.Abdul Muttalib membawa

anaknya Abdullah ke Yathrib dan dikahwinkan di sana dengan Siti Aminah .Selepas

itu,mereka pulang ke Mekah.Semasa Siti Aminah mengandung,ayah Muhammad meninggal

dunia sebelum beliau dilahirkan lagi.

Sebelum Aminah melahirkan Muhammad,dia bermimpi melihat dirinya melahirkan

seorang anak lelaki yang lahir bersama satu cahaya yang memenuhi bumi.Siti Aminah juga

melihat berdoa kepada tuhan,”Aku berlindung kepada tuhan yang Esa supaya diselamatkan

anak ini daripada semua orang yang dengki.”Kelahiran ini adalah pada hari Isnin 12

Rabiulawal Tahun Gajah atau mengikut ahli sejarah 50 hari selepas peristiwa tentera gajah.

Page 25: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Mutalib.Pada suatu masa,Abdul Mutalib

pernah mengembara ke negeri Syam dengan tiga orang sahabatnya.Mereka bertemu dengan

ulama Yahudi di Syam.Rahib ini bercerita kepada mereka ,akan lahir seorang nabi di Mekah

yana bernama Muhammad.Selepas itu,apabila pulang,keempat-empat mereka berazam

menamakan anak mereka Muhammad.Dari sinilah Abdul Mutalib menamakan cucu lelaki

daripada anak kesayangannya itu dengan nama Kesayangannya itu dengan nama

Muhammad.Sebelum itu,orang-orang Arab tidak ada yang bernama Muhammad.

2.4.2 MUHAMMAD BIN ABDULLAH MENJADI ANAK SUSUAN HALIMAH

SAADIAH

Muhammad bin Abdullah pernah menyusu daripada Suwaibah iaitu seorang hamba yang

dibebaskan oleh Abu Lahab.Daripada sudut ini,Hamzah adalah saudara susu

Muhammad.Selepas itu,Muhammad dihantar kepada suku Saad kerana sudah menjadi tradisi

orang-orang Arab Quraisy anak-anak kecil mereka tidak dibesarkan di Mekah.

Antara sebabnya adalah supaya anak-anak mereka dapat menguasai bahasa Arab yang

tulen,biasa dengan kesusahan,tahan lasak dan hidup dalam udara padang pasir yang

sihat.Semua ini susah didapati di Mekah kerana Mekah sering didatangi pelbagai manusia

yang membawa bahasa dan cara masing-masing.Bahkan ada yang datang membawa penyakit.

Page 26: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Oleh itu,sudah menjadi tradisi mereka menghantar anak-anak mereka menyusu dengan

suku-suku badwi di luar Mekah.Orang-orang Badwi pula menjadikan hal ini sumber bagi

mereka mendapatkan mata pencarian.Walaupun begitu,mereka tidak menetapkan

upah.Mereka hanya menerima sagu hati selepas selesai tempoh.Bagi mereka,perempuan yang

menetapkan upah dianggap perkara yang memalukan.

Pada waktu itu,ibu-ibu susu daripada suku Saad dating ke Mekah.Antara mereka adalah

Halimah Saadiah dan suamainya Harith bagi mencari anak-anak susu.Halimah dan

keluarganya pada masa itu sangat miskin.Mereka mempunyai seorang anak yang masih

menyusu.Mereka mahu mencari seorang anak daripada Quraisy untuk menyusu bersama anak

mereka.

Apabila tiba di Mekah,masing-masing mencari anak susu.Ibu Muhammad,Siti Aminah

menawarkan kepada Halimah anaknya Muhammad.Apabila Halimah mengetahui dia seorang

anak yatim,Halimah pada mulanya menolak.Ibu-ibu lain juga tidak mahu.Halimah tidak

mendapat anak susu sehinggalah tiba masa rombongan berangkat.Oleh itu,Halimah meminta

izin daripada suaminya mengambil Muhammad sebagai anak susunya.Akhirnya suaminya

setuju dan mereka dating mengambil Muhammad daripada Muhammad.

Keberkahan demi keberkahan mula berlaku dalam keluarga Halimah yang

miskin.Keberkahan yang pertama,keldainya yang tidak larat berjalan pada waktu datang dulu

kini menjadi keldai yang paling pantas dan sentiasa berada di hadapan rombongan .Semua

rombongan terkejut melihat keldai Halimah Saadiah.

Page 27: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Keberkahan kedua,susu Halimah yang hamper kering tadi menjadi semakin

banyak.Cukup untuk anaknya dan cukup untuk Muhammad sampai kenyang.Apabila sampai

kepada suku Saad,unta ternakan Halimah yang sudah tua menjadi sihat dan menghasilkan

susu pula.Kambing-kambing Halimah pun menjadi sihat dan gemuk dan membiak dengan

cepat.

Kehidupan Halimah menjadi semakin baik.Apabila Muhammad bin Abdullah berumur

dua tahun,Halimah mendapati proses pembesaran Muhammad tidak seperti kana-kanak

lain.Semasa berumur dua tahun lagi,Muhammad sudah fasih bercakap.

Selepas dua tahun,sampailah masa Halimah menyerahkan Muhammad kembali kepada

ibu kandungnya Siti Aminah.Begitulah adat yang biasa berlaku dalam masyarakat ketika

itu.Siti Aminah juga rindu kepada anaknya.Halimah meminta daripada Siti Aminah bagi

membawa balik Muhammad kepada suku Saad.Akhirnya,Siti Aminah bersetuju.Muhammad

dibawa pulang semula kepada suku Saad.

Beberapa bulan selepas itu,semasa Muhammad sedang bermain dengan anak-anak yang

lain,datang dua malaikat mengambil Muhammad,dibaringkan dan dibelah dadanya.Kemudian

dikeluarkan hatinya dan dibasuhkan dengan air zamzam lalu dibuang tempat syaitan daripada

hatinya.Kemudian,hati Muhammad dipenuhkan dengan kebijaksanaan.

Page 28: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Saudara susunya yang ketakutan melihat itu melaporkan hal itu kepada Halimah.Dia

berkejar ke tempat Muhammad bermain dan mendapati Muhammad berada dalam ketakutan

dan kesan pembedahan masih jelas jelas di dada beliau.Anas bin Malik melaporkan hadis ini

berkata,akuy melihat kesan jahitan di dada Muhammad.Halimah takut berlaku perkara yang

tidak baik kepada beliau selepas kejadian itu.Dia memulangkan semula Muhammad kepada

Siti Aminah.Halimah takut kalau-kalau Muhammad diganggu jin.

Siti Aminah berasa pelik.Baru sahaja Halimah beria-ria memujuknya membawa

Muhammad kepada suku Saad,sekarang Halimah datang menyerahkan Muhammad

semula.Tentu ada perkara yang berlaku.Selepas didesak oleh Siti Aminah,barulah Halimah

menceritakan apa yang berlaku kepada Muhammad.

Page 29: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.4.3 MUHAMMAD BIN ABDULLAH DIPELIHARA OLEH ABDUL MUTALIB

DAN ABU TALIB

Semasa Muhammad bin Abdullah berumur enam tahun,ibunya Siti Aminah

meninggal dunia.Oleh itu,Muhammad dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib ketua

penduduk Mekah.Walaupun Abdul Muttalib ketua penduduk Mekah,tetapi hidupnya miskin

kerana hartanya dihabiskan member khidmat dan melayan tetamu-tetamu kaabah.

Daripada itu,boleh dikatakan semenjak kecil Muhammad belajar kehidupan fakir

miskin dan menjadi anak muda yang tahan lasak.Muhammad juga menjadi kanak-kanak yang

benan-benar tahu bagaimana kehidupan fakir miskin.Muhammad sentiasa menemani

datuknya Abdul Mutalib dalam majlis-majlisnya.Selama dua tahun Muhammad menghadiri

semua majlis-majlis Abdul Mutalib yang sentiasa menerima kunjungan demi kunjungan

daripada semua pembesar Arab.

Selepas Muhammad berumur lapan tahun,Abdul Mutalib pula meninggal

dunia.Muhammad dibela pula oleh bapa saudaranya Abu Talib yang juga ketua

Mekah,menggantikan baanya Abdul Mutallib.Anak-anaknya semua bekerja membantu kerja-

kerja Abu Talib Muhammad juga bekerja dengan sepupunya membantu meringankan beban

Abu Talib.Muhammad bertugas membela kambing.Dengan itu Muhammad sentiasa berada di

padang pasir,diluar kesibukan Kota Mekah.Kadang-kadang berhari-hari dan bermalam-

malam Muhammad tidak balik ke Kota Mekah.

Page 30: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

Hidup di padang pasir jauh daripada kesibukan orang ramai.Ia juga adalah proses

pendidikan.Dengan itu Muhammad belajar mengasihi binatang-binatang ternakan.Begitulah

peribadi Muhammad yanag menjadikan Muhammad mula hidup berdikari hidup atas hasil

tangan sendiri.Tempoh Muhammad mengembala kambing agak lama iaitu semenjak baginda

berumur 8 tahun hingga berumur 21 tahun.Mengembala kambing adalah kerja nabi-

nabi.Apakah kelebihannya?Para ulama cuba mengcungkil kelebihan-kelebihannya.Mereka

berkata,”Orang yang mengembala kambing selalu berada di padang pasir.Ini menyebabakan

dia selalu bersendirian.Orang yang selalu bersendirian mempunyai banyak masa

berfikir,meneliti dan melihat kebesaran Tuhan di langit ,matahari,bulan,bintang,awan dan

alam sekelilingnya.Begitu juga akan dapat selalu menilai dirinya.Keaadaan ini menjadikan

jiwanya bersih dan jernih.Tetapi bagi orang hidup di Bandar dan sibuk,kehidupan yang sibuk

itu tidak memberinya peluang kepadanya untuk berfikir,meneliti dan mengkaji apa lagi untuk

menilai diri sendiri.

Page 31: RASULULLAH SEBAGAI USWATUN HASANAH (Autosaved) (Autosaved).docx

2.4.4 MUHAMMAD BIN ABDULLAH IKUT ABU TALIB KELUAR BERNIAGA DI

SYAM.

Pada masa yang sama,Abu Talib pula sibuk berniaga.Semasa Muhammad bin Abdullah

berumur 12 tahun,Abu Talib keluar berniaga di Syam.Muhammad meminta mengikuti Abu

Talib.Akhirnya,Abu Talib bersetuju membawa Muhammad bersama.Inilah kali pertama

Muhammad dapat mengembara keluar dari Mekah.