wanie (autosaved)

12
PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014 ISI KANDUNGAN Pengenalan 1.0 Proses Penghasilan Karya Rumusan Bibliografi

Upload: murasaki-lavender

Post on 23-Dec-2015

34 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kja

TRANSCRIPT

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

ISI KANDUNGAN

Pengenalan

1.0 Proses Penghasilan Karya

Rumusan

Bibliografi

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah rendah bertujuan memberi peluang

kepada murid memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi

kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya

dengan mata pelajaran lain. Umumnya, murid di sekolah rendah pada keseluruhan

adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Seni Visual memainkan peranan

memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi, dan daya

pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan, dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni

visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini

penting kerana dapat membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian,

dan mengenali cita rasanya tersendiri.

Pendidikan Seni Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan,

proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh. Dokumen Standard Seni

Visual merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan,

pengertian seni secara menyeluruh, dan aspek kritikan. Diharapkan dengan adanya

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah akan dapat membentuk keperibadian

generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.

Bidang utama dalam pendidikan seni visual adalah menggambar, membuat

corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan, dan mengenal kraf tradisional.

Setiap bidang mempunyai aktiviti-aktiviti yang tertentu, contohnya dalam bidang

menggambar mempunyai aktiviti-aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, mozek dan

sebagainya. Dalam penghasilan seni visual juga haruslah meliputi unsur seni seperti

garisan, warna, jalinan, ruang dan prinsip rekaan seperti penegasan, harmoni,

imbangan, kontra dan sebagainya supaya sesuatu karya itu akan menjadikan hasil

yang berkualiti dan kreatif.

Oleh itu, kita sebagai guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam

melahirkan modal insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif melalui pendidikan

seni visual.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

1.0 PROSES PENGHASILAN KARYA

Gambar 1.1: Bidang Membentuk dan buat binaan - Model

Bahan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum membuat binaan model. Bahan –

bahan yang diperlukan adalah kotak, kertas tisu, surat khabar, gam, gunting, cutter, cellotape,

dan cat warna.

Gambar 1.2: Bahan-bahan

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

Saya memulakan dengan melakar bentuk kucing dan kemudian saya memotong

menggunakan cutter mengikut bentuk yang saya lakar. Dengan adanya garisan lakaran

memudahkan saya untuk memotong dengan kemas.

Gambar 1.3: Potongan

Selepas membuat potongan mengikut bentuk yang ditetapkan, saya melekatkan kotak

tisu yang berbentuk silinder supaya model tersebut dapat berdiri dengan tegak. Dan

seterusnya saya menambah surat khabar di atas potongan tersebut dengan menggunakan

cellotape. Padatan surat khabar tersebut hendaklah seimbang supaya model tersebut tidak

jatuh semasa ia di dirikan. Setelah surat khabar tersebut memenuhi ruang saya melekatkan tisu

untuk lapisan yang pertama dengan menggunakan gam.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

Gambar 1.4: Model dengan lapisan tisu pertama

Kemudian saya melekat tisu yang lebih tebal untuk mewujudkan keseimbangan pada model

tersebut. Saya melekatkan tisu lapisan kedua dengan gam.

Gambar 1.5: Model dengan lapisan tisu yang kedua

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

Akhirnya saya mewarna model tersebut dengan menggunakan cat warna. Saya

menggabungkan warna asas dan warna sekunder pada permukaan hadapan. Dalam masa

yang sama saya menggunakan garisan tebal dan halus supaya warna Nampak lebih menarik

dan variasi. Selain itu juga saya juga menggunakan garisan bergerigi,beralun dan berbiji.

Gambar 1.6: Seletah model diwarna kan.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

Gambar 1.6: Hasil karya

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

RUMUSAN

Pendidikan seni visual merupakan mata pelajaran yang penting di mana guru-guru

haruslah mempelbagaikan aktiviti-aktiviti seni di sekolah rendah sama ada di dalam atau di luar

bilik darjah. Matlamat sebenar pendidikan seni visual diwajibkan dalam mata pelajaran di

sekolah rendah adalah untuk melahirkan generasi muda yang harmonis, kreatif, kritis dan

seimbangan dari segi fizikal dan mental. Kita tahu bahawa apabila kita menghasilkan sesuatu

karya secara kreatif dan kritis, hal ini bermakna kita telah menggunakan otak kanan.

Pendidikan seni visual juga adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-

murid di sekolah memperkembangkan minat mereka terhadap seni serta mempertingkatkan

kreativiti dan nilai-nilai murni seperti kerjasama antara satu sama lain semasa melakukan aktiviti

seni.

Oleh itu, guru mestilah memainkan peranan yang penting dengan mempelbagaikan

aktiviti-aktiviti yang kreatif. Berdasarkan penghasilan karya dalam tugasan, proses penghasilan

merupakan bahagian yang penting di mana kita akan menerangkan cara-cara menghasilkan

lukisan tersebut kepada murid-murid dengan menggunakan bahan atau alat-alat seni seperti

kertas lukisan, pemadan, pensil, warna poster, oil pastel dan sebagainya. Semua pengalaman

yang ada pada diri setiap murid-murid adalah penting kerana ia akan dapat meningkatkan

keyakinan diri mereka dan mampu mengenali cita rasa sendiri terhadap kesenian. Dengan

adanya pengetahuan tentang pendidikan seni visual di sekolah rendah, sudah tentu murid-

murid dapat menguasai kemahiran mengenai bahan, alat dan teknik yang digunakan dalam

kegiatan seni.

PSV3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

BIBLIOGRAFI

BUKU:

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Kurikulum Standard Sekolah Rendah – Panduan

Pengajaran Pendidikan Seni Visual (Tahun 4). Putrajaya: Bahagian Pembangunan

Kurikulum

INTERNET:

Chekgusempoi. (2012). Warna. Dipetik pada 25 Ogos 2014 dari

http://chekgusempoi.wordpress.com/category/unsur-unsur-seni/

Ipislam. Asas Seni Reka. Dipetik pada 29 Ogos 2014 dari http://ipislam.edu.my/kplir/t-

pdk/asas%20seni%20reka/ASAS%20SENI%20REKA_files/frame.htm