ekonomi assignment (autosaved)

30
941227-01-5800 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan negara dan terbuka Negara memainkan peranan yang penting tetapi semakin berkurangan dalam menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi. Di dalam tahun 2007, Ekonomi Malaysia adalah negara mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli . Ekonomi Malaysia kekal kukuh pada tahun 2001 dalam persekitaran luar negara yang mencabar. Walaupun kelembapan ekonomi global pada tahun 2001 lebih teruk daripada yang dijangkakan, Malaysia dapat mengelak daripada kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan pada tahun ini kekal positif. Pengangguran juga kekal pada paras yang rendah oleh sebab Malaysia merupakan sebuah ekonomi yang terbuka, kesan onetary daripada kelembapan ekonomiAS dan kemerosotan elektronik global telah mula dirasai pada awal bulan Mac 2001. Keadaan ini ditunjukkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran perkilangan dan pertumbuhan eksport yang onetary. Langkah bersepadu semenjak krisis kewangan untuk meningkatkan pertumbuhan daripada sumber 1

Upload: punitha-subramanian

Post on 21-Dec-2015

105 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ekonomi malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Malaysia adalah negara yang sedang membangun, mengamalkan pasaran berorientasikan

negara dan terbuka Negara memainkan peranan yang penting tetapi semakin berkurangan dalam

menjana ekonomi menerusi perancangan makroekonomi. Di dalam tahun 2007, Ekonomi

Malaysia adalah negara mempunyai ekonomi ke-29 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa

membeli. Ekonomi Malaysia kekal kukuh pada tahun 2001 dalam persekitaran luar negara yang

mencabar. Walaupun kelembapan ekonomi global pada tahun 2001 lebih teruk daripada yang

dijangkakan, Malaysia dapat mengelak daripada kemelesetan ekonomi dan pertumbuhan pada

tahun ini kekal positif. Pengangguran juga kekal pada paras yang rendah oleh sebab Malaysia

merupakan sebuah ekonomi yang terbuka, kesan onetary daripada kelembapan ekonomiAS dan

kemerosotan elektronik global telah mula dirasai pada awal bulan Mac 2001. Keadaan ini

ditunjukkan oleh kejatuhan dalam pengeluaran perkilangan dan pertumbuhan eksport yang

onetary. Langkah bersepadu semenjak krisis kewangan untuk meningkatkan pertumbuhan

daripada sumber onetary dan mengurangkan penggantungan yang berlebihan terhadap eksport

telah menyebabkan keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 0.4% pada

tahun 2001. Langkah rangsangan fiskal yang akomodatif telah menyebabkan perbelanjaan awam

yang lebih tinggi dan pertumbuhan positif dalam perbelanjaan swasta. Secara kesuluruhannya

dapat diketahui bahawa berlakunya perubahan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan

pengkuarian di Malaysia. Kajian ini adalh untuk mengenal paseti pola perubahan guna tenaga

dalm sektor perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Kajian ini juga

mengkaji kaitan antara kadar pertumbuhan guna tenaga dan kadar pertumbuhan keluaran dalam

negara kasar (KDNK) dari tahun 2000 hingga tahun 2012. (Sumber : ukm 2012)

1

Page 2: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perlombongan adalah salah satu industri utama di Malaysia. Bijih Timah yang merupakan

penyumbang utama kepada ekonomi negara sehingga pertengahan 1980an, mula merosot

berikutan kekurangan longgokan bahan asli bermutu tinggi ini. Harga Bijih Timah yang jatuh

mendadak dan kos operasi yang tinggi mengekang keuntungan pengeluaran dan memaksa

aktiviti-aktiviti perlombongan dihentikan. Menurut pakar-pakar industri ini, ia akan menjadi satu

tanggungjawab yang berat untuk mempengaruhi pertukaran dalam industri timah tempatan yang

mana baki longgokan timah yang tinggal kebanyakannya adalah bijih mutu rendah. Perkara ini

mempunyai persamaan juga dengan kes bauksit yang mana ia telah mengalami kejatuhan pada

tahap pengeluarannya sejak 2001. Pada awal tahun 1970an, minyak dan gas telah ditemui

melalui perlombongan pesisir pantai Malaysia. Kini, ia berkembang dengan pesat hingga

menjadi salah satu bahan eksport utama negara ini.

Sumber bahan mineral Malaysia yang dikenali adalah seperti barite, bauksit, tanah liat,

arang batu, tembaga, emas, gas asli, ilmenite, bijih besi, monazite, petroleum, silikon, perak,

struverite, bijih timah dan permata zirkon. Ketika abad ke-20, pengeluaran bahan mineral

memainkan peranan penting kepada ekonomi Malaysia selepas bertahun-tahun eksploitasi bahan

mineral seperti; barite, bauksit, tembaga, ilmenite, bijih besi dan bijih timah yang samada

dihabiskan atau kapasiti pengeluaran bahan-bahan tersebut dikurangkan secara jelas dalam

beberapa tahun kebelakangan ini.

Perlombongan merangkumi pengekstrakan sumber yang tidak boleh dibaharui seperti yang

dinyatakan diatas termasuk minyak dan gas. Industri minyak dan gas merupakan antara

penyumbang utama kepada ekonomi Malaysia. Industri ini amatlah luas dan terdiri daripada

aktiviti hiliran dan huluan. Disebabkan skalanya yang besar, maka ia tidakdimasukkan kedalam

rangka Analisa Pekerjaan Perlombongan ini dan dicadangkan agar didefinisikan dalam sebuah

rangka analisa pekerjaannya tersendiri iaitu rangka Analisa Pekerjaan Industri Minyak dan Gas.

Ini adalah agar amalan industri minyak dan gas dapat dilihat secara keseluruhan.

2

Page 3: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Kualiti dan kemahiran sumber manusia merupakan punca kejayaan dalam suatu industri.

Kerjasama pembangunan Sumber Manusia antara pihak industri perlombongan, organisasi sektor

awam dan pihak akademik yang kukuh sangat penting dalam usaha melahirkan pekerja yang

berkualiti. Hasrat ini adalah selari dengan matlamat kita untuk menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara berpendapatan tinggi bagi semua sektor. Bagi mengendalikan analisa struktur

pekerjaan bagi industri Perlombongan, segala maklumat mengenai sektor perlombongan

Malaysia telah didapati dan dihimpunkan dari kajian literasi dan sesi-sesi bengkel yang diadakan

agar memperolehi kefahaman yang lebih jitu.Perlombongan adalah industri yang berpotensi

besar. Dengan sokongan kerajaan serta dilengkapi sumber manusia yang mencukupi, industri ini

boleh dikembangkan lagi pada masa akan datang.

Jadual 1:Tenaga buruh yang bekerja mengikut industri perlombongan dan pengkuarian di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

Tahun Guna Tenaga(‘000)

Keluaran dalam negara kasar

(KDNK) ‘000

Kadar pertumbuhan guna tenaga (%)

Kadar pertumbuhan KDNK (%)

2000 27.7 356,401 - -2001 26.7 352,580 -3.61 -1.072002 27.5 383,212 3.00 8.692003 29.5 418,769 7.27 9.282004 34.7 474,049 17.63 13.202005 36.1 522,445 4.03 10.212006 42.0 574,441 16.34 9.952007 39.4 642,049 -6.60 11.772008 54.5 742,470 38.32 15.642009 62.7 679,938 15.05 -8.422010 55.3 765,965 -11.80 12.652011 41.0 852,734 -25.86 11.332012 41.1 918,322 0.24 7.69

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia 2000-2012)

3

Page 4: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Gambar rajah 1 : Pola perubahan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 20120

10

20

30

40

50

60

70

POLA PERUBAHAN GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2012

tenaga buruh ('000)

tahun

GUN

A TE

NAG

A ('0

00)

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia)

Berdasarkan graf 1, pola menurun ditunjukkan dari tahun 2000 hingga tahun 2001 iaitu

27.7 ribu guna tenaga telah menurun kepada 26.7 ribu guna tenaga. Dari tahun 2001 hingga

tahun 2004 telah meningkat secara berterusan. Dari tahun 2004 hingga tahun 2007 keadaanya

dalm tidak konsisten iaitu meningkat dan menurun.peningkatan guna tenaga berlakunya mula

pada tahun 2007 hingga tahun 2009 iaitu dari 42.0 ribu guna tenaga pada tahun 2007 kepada

tahun 2009 sebanyak 62.7 ribu guna tenaga. Dari tahun 2009 hingga tahun 2001 bilangan guna

tenaga telah menurun kepada 41.0 ribu guna tenaga.pada tahun 2012 bilangannya meningkat

kepada 41.1 dengan bilangan yang sedikit dalam sektor perlombongan dan pengkuarian.

4

Page 5: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Gambar rajah 2 : menunjukkan kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor

perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000 hingga tahun 2012

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia)

Kadar pertumbuhan guna tenaga menurun dari tahun 2000 hingga tahun 2001 iaitu dari -

3.61% kepada 3.00%. keadaan ini telah meningkat dari tahun 2001 hingga tahun 2004 iaitu

7.275,17.67% pada tahun 2004 dan ini telah menurun kepada 4.03% pada tahun 2005.

Seterusnya, keadaan naik dan turun berlaku sehingga tahun 2012. Pada tahun 20110 dan 2011

keadaannya dalam negative iaitu kekurangan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan

pengkuarian. Pada tahun 2012 telah menjadi positif dengan keadaan yang baik pulih iaitu kadar

pertumbuhan guna tenaga ialah sebanyak 0.24%.

5

20002001

20022003

20042005

20062007

20082009

20102011

2012

-30

-20

-10

0

10

20

30

40

50

Kadar pertumbuhan guna tenaga (%)

Kadar pertumbuhan guna tenaga (%)

Tahun

KELU

ARAN

DAL

AM N

EGAR

A KA

SAR

(rm

juta

)

Page 6: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Gambar rajah 3 : menunjukkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dari tahun 2000 hingga tahun 2012

20002001

20022003

20042005

20062007

20082009

20102011

20120

100000

200000

300000

400000

500000

600000

700000

800000

900000

1000000

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2000 hingga tahun 2012

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2000 hingga tahun 2012

tahun

Kelu

aran

Dal

am N

egar

a Ka

sar (

KDN

K)

RM JU

TA

(Sumber : Laporan Ekonomi Malaysia)

Graf 3 menunjukkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun 2000 hingga

tahun 2012.Secara keseluruhannya, jumlahnya meningkat secara mendadak pada setiap

tahun.Bermula pada tahun 2000 hingga tahun 2008 telah meningkat dan menurun pada tahun

2009 iaitu sebanyak RM 522001 juta.Selepas tahun 2009, jumlahnya telah bertambah hingga

tahun 2012 iaitu masing-masing RM 559554 juta, 588297 juta dan RM 743543 juta.

6

Page 7: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Gambar rajah 4: Menunjukkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar dari 2000 hingga tahun 2012.

20002001

20022003

20042005

20062007

20082009

20102011

20120

5

10

15

20

25

30

35

40

45

Chart Title

KADAR PERTUMBUHAN KDNK(%)

tahun

pera

tus(

%)

(Sumber : Laporan Ekonomi Malaysia)

Dengan merujuk kepada graf 4, ia menunjukkan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara

kasar (KDNK) pada tahun 2001 ialah -1.07%. pada tahun 2002 hingga tahun 2004 keadaan telah

meningkat dari 8.69%, 9.08% ke 13.20 %. Keadaan ini tidak berlaku kepada tahun berikutnya

keran menurun kepada 10.21%. Mula dari tahun 2006 hingga tahun 2007 telah meningkat secara

berterusan kepada 15.64% dan pada tahun 2008 telah menurun dan nilai negatif iaitu -8.42%.

Pada tahun 2000 hingga tahun 2012 bilangan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan

pengkuarian di malaysia telah menurun iaitu dari 12.65% kepada 7.69%.

7

Page 8: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

3.0 PENYATAAN MASALAH

Diperhatikan lebih sedekad yang lalu kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan jumlah guna

tenaga di seluruh Negara dan mengurangkan pengambilan tenaga asing bukan sahaja dalam

sektor perlombongan dan pengkuarian tetapi untuk semua sektor. Tetapi usaha itu kurang berjaya

dan kerajaan terpaksa membenarkan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi permintaan guna

tenaga di Malaysia.

1) Kekurangan guna tenaga ini bukanlah perkara baru dan bukan sahaja berlaku dalam

sektor perlombongan dan pengkuarian malahan di semua sektor industri yang

mengerakkan ekonomi Negara. Melalui pemerhatian, didapati guna tenaga dalam sektor

perlombongan dan pengkuarian adalah tidak konsisten dari tahun 2000 hingga tahun

2012. Untuk mengetahui sebab berlaku keadaan ini guna tenaga dalam sektor ini.

2) Keadaan ini mewujudkan timbulnya persoalan seperti kaitan antara guna tenaga dan

keluaran dalam negara kasar dalam sektor ini. Untuk mengetahui hubungan antara kadar

pertumbuhan guna tenaga dan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar.

3) Dengan menkaji kajian ini kegiatan sektor perlombongan dan pengkuarian telah memberi

kesan negatif kepada sektor ini seperti pencemaran udara dan pencemaran sungai dan

langkah penyelesaian untuk melestarikan sektor ini. Kajian ini dibuat untuk mendapatkan

tentang langkah penyelesaian untuk mengatasi kesan negatif tersebut.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Pada amnya tujuan kajian ini adalah untuk meneliti guna tenaga dalam sektor perlombongan dan

pengkuarian dari tahun 2000 hingga tahun 2012 di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini

bertujuan untuk :

4.1 Mengkaji sebab keadaan tidak konsisten dalam pola perubahan guna tenaga dalam sektor

Perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

4.2 Membincangkan kaitan antara Keluaran Negara Dalam Kasar (KDNK) dengan pola

perubahan guna tenaga dalm sektor perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000

hingga thaun 2012.

4.3 Menghuraikan kesan berlakunya akibat kegiatan perlombongan dan pengkuarian dan

langkah-langkah melestarikan sektor perlombongan dan pengkuarian.

8

Page 9: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

5.0 KAEDAH KAJIAN

5.1 Data sekunder

Bagi mendapatkan maklumat berkaitan guna tenaga, dua kaedah kajian digunakan iaitu

kajian kuantitatif dan kajian kualitatif.Pada amnya, kajian kuantitatif menggunakan pendekatan

saintifik dalam menjalankan kajian.Manakala kajian kualitatif adalah subjektif dan pengalaman

manusia menjalani bidang pekerjaan mereka.

Bagi menjayakan kajian ini, data sekunder telah digunakan. Data sekunder merupakan data

yang diperoleh melalui bahan bacaan dan rujukan kesusasteraan yang terdiri daripada jurnal-

jurnal pengurusan, buku-buku tesis-tesis terdahulu, statistik dan bahan bacaan dari internet.Data

sekunder ini perlu bagi tujuan mengukuhkan lagi asas pengetahuan dan kaedah yang digunakan

bagi menjalankan kajian ini.Contohnya,data diperolehi daripada Laporan Ekonomi Malaysia dan

Prestasi ekonomi dan prospek.

5.2 KAEDAH ANALISIS DATA

Kaedah analisis data menggunakan min, median, mod, varians, minimum, maksimum dan

sisihan piawai.Penyelidik menggunakan perisian SPSS Versi 20 untuk mengira statistik berikut

(output SPSS disertakan dalam lampiran 1):

PERANGKAAN

sah 13hilang 0min 39.8231median 39.4mod 86.7sisihan piawai 11.5806varians 134.11minimum 26.7maksimum 62.7

Jadual 2: Statistik bagi guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian dari tahun

2000 hingga tahun 2012

9

Page 10: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

guna tenaga(orang) kekerapan peratus peratus sah peratus terkumpul26.7 1 7.7 7.7 7.727.5 1 7.7 7.7 15.427.7 1 7.7 7.7 23.129.5 1 7.7 7.7 30.834.2 1 7.7 7.7 38.536.1 1 7.7 7.7 46.239.4 1 7.7 7.7 53.8

41 1 7.7 7.7 61.541.1 1 7.7 7.7 69.2

42 1 7.7 7.7 76.954.5 1 7.7 7.7 84.655.3 1 7.7 7.7 92.362.7 1 7.7 7.7 100

JUMLAH 13 100 100

Jadual 3: Menunjukkan jumlah guna tenaga, kekerapan, peratus, peratus sah dan peratus

terkumpul bagi sektor perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000 hingga tahun 2012

10

Page 11: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

6.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

6.1 Didapati sebab pola perubahan guna tenaga dalm sektor perlombongan dan pengkuarian di

malaysia antara tahun 2000 hingga tahun 2012.

Graf 1: Pola perubahan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian di malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia)

Pada tahun 2000 jumlah guna tenaga yang menyumbangkan tenaganya dalam sektor

perlombongan dan pengkuarian ialah sebanyak 27.7 ribu guna tenaga. Pada tahun 20001

bilangannya menurun kepada 26.7 ribu guna tenaga iaitu menurun sebanyak 1.0 ribu atau 3.61%

pada tahun tersebut. Penurunan ini berlaku disebabkan kekurangan teknologi yang moden. Pada

masa tersebut guna tenaga hanya menggunakan pam kelikir dan kapal korek untuk mendapatkan

hasil lombong di negara Malaysia. Seterusnya, dari tahun 2002 ke 2003 bilangan guna tenaga

dalam sektor perlombongan dan pengkuarian sentiasa meningkat.

11

2000 2001 2002 2003 2004 2005 20062007 2008 2009 2010 2011 20120

10

20

30

40

50

60

70

POLA PERUBAHAN GUNA TENAGA DALAM SEKTOR PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2012

tenaga buruh ('000)

tahun

GUN

A TE

NAG

A ('0

00)

Page 12: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Pada tahun 2002 bilangannya sebanyak 27.5 ribu guna tenaga dan meningkat kepada

29.5 ribu guna tenaga .Pada tahun 2003. Perbezaanya sebanyak 2.0 ribu guna tenaga atau 7.27%.

Secara berterusannya jumlah guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian pada

tahun 2004 hingga tahun 2006 telah meningkat. Pada tahun 2004 jumlah guna tenaga yang

menyumbangkan tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian ialah sebanyak 34.7 ribu

guna tenaga dan meningkat kepada 36.1 ribu guna tenaga iaitu meningkat sebanyak 1.4 ribu guna

tenaga atau 4.03% pada tahun 2005. Dengan seterusnya pada tahun 2006 juga bilangan guna

tenaga meningkat kepada 42.0 ribu guna tenaga. Perbezaanya sebanyak 5.9 ribu guna tenaga atau

16.34% pada tahun 2006. Peningaktan ini berlakunya disebabkan perluasan pasaran di domestik

dan antarabangsa. Permintaan dari Sayrikat-syarikat luar negara telah meningkat terhadap hasil

sektor perlombongan dan pengkuarian. Sebagai contohnya, negara-negara utara seperti Amerika

Syarikat, China dan Jepun meminta hasil perlombongan petroleum, gas asli dan bahan mentah

dari negara Malaysia.

Sektor perlombongan dan pengkuarian telah merosot pada tahun 2007 iaitu menurun

sebanyak 2.6 ribu guna tenaga atau 6.19% berbanding dengan tahun 2006. Wujudnya keadaan ini

disebabkan pengambilan tenaga buruh dari luar negara dengan menggantikan tenaga buruh

tempatan. Guna tenaga dalam sektor ini pada masa tahun tersebut ponteng dan tidak minat pada

pekerjaan tersebut. Maka, pengannguran berlaku pada tahun 2007 dengan kadar yang sedikit.

Pada tahun 2008 bilangan guna tenga ialah meningkat kepada 54.5 ribu guna tenaga iaitu

meningkat sebanyak 15.1 ribu guna tenaga atau 38.32% berbanding dengan tahun sebelumnya

iaitu pada tahun 2007. Peningkatan ini juga berlakunya berterusan pada tahun 2009 iaitu

meningkat kepada 62.7%. perbezaanya sebanyak 8.2 ribu guna tenaga atau 15.06%.

Dengan merujuk ini, keadaan ini wujud kerana dasar kerajaan telah menyumbangkan

bantuan modal kepada pelabur tempatan melalui agensi-agensi seperti bank. Kerajaan juga

meningkatkan kawasan yang mempunyai infrakstruktur untuk kegiatan perlombongan dan

pengkuarian berjalan dengan lancar dan ia memudahkan segala urusan kegiatan tersebut kepada

rakyat dan guna tenaga. Seterusnya, kemerosotan bilangan guna tenaga dalam sektor

perlombongan dan pengkuarian berlakunya pada tahun 2010 iaitu menurun sebanyak 7.4 ribu

guna tenaga atau 11.80% yang menjadi 55.3 ribu guna tenaga berbanding dengan tahun 2009.

12

Page 13: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Kejatuhan ini berterus pada tahun 2011 iaitu 14.3 ribu guna tenaga atau 25.89% menjadi

41.0 ribu guna tenaga dalam sektor tersebut. Faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan

sedemikian ialah syarikat-syarikat tempatan menghantar pekerja ke luar negara untuk

meningkatkan pengetahun teknologi terkini dengan bantuan luar negara seperti Korea Selatan

dan Jepun. Pada tahun 2012 bilangan guna tenaga telah meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.1 ribu

guna tenaga atau 0.24% yang menjadi 41.1 ribu guna tenaga dalam sektor perlombongan dan

pengkuarian.

13

Page 14: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

6.2 Didapati kaitan antara kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dengan

kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian dari tahun 2000

hingga tahun 2012.

Graf 5 : Graf menunjukkan kaitan antara kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar

(KDNK) dengan kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor perlombongan dan pengkuarian

dari tahun 2000 hingga tahun 2012.

2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012

-30

-20

-10

0

10

20

30

40

50

KAITAN ANTARA KADAR PERTUMBUHAN KDNK DAN KADAR PERTUMBUHAN GUNA TENAGA (2000-

2012)

Kadar pertumbuhan guna tenaga

Kadar pertumbuhan KDNK

TAHUN

KADA

R PE

RTUM

BUHA

N (%

)

(Sumber: Laporan Ekonomi Malaysia)

14

Page 15: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

Dengan ini merujuk kepada graf di atas, pada tahun 2001 kadar pertumbuhan guna tenaga

ialah 3.61% dan kadar pertumbuhan keluaran negara dalam kasar ialah -1.07% iaitu kedua-

duanya menunjukkan penurunan dari tahun 2000. Pada tahun tersebut sektor perlombongan dan

pengkuarian juga kurang memberi sumbangan terhadap keluaran dalam negara kasar. Sebagai

contohnya, kurangnya kemahiran dan pengetahuan untuk mengaplikasikan kaedah melombong

dalam situasi pekerjaan. Hal ini disebabkan kurangnya permintaan daripada pelanggan

disebabkan produk yang tidak begitu berkualiti. Dari tahun 2002 hingga 2004 kadar

pertumbuhan guna tenaga sentiasa meningkat iaitu 3.00%, 7.27% dan 17.63%. Kadar

pertumbuhan keluaran dalam negara kasar juga menunjukkan penigkatan dari tahun 2002 hingga

2004 iaitu 8.67%, 9.28% dan 13.20%. Keadaan ini berlaku secara bersama disebabkan sektor

perlombongan dan pengkuarian turut memberi sumbangan terhadap keluaran dalam negara

kasar.

Pada tahun 2005 kadar pertumbuhan guna tenaga telah menurun kepada 4.03% dan kadar

pertumbuhan keluaran dalam negara kasar juga telah menurun kepada 10.21% yang berkaitan

antara satu sama lain. Dengan jelasnya dapat diketahui bahawa firma-firma sektor perlombongan

dan pengkuarian memberi ganjaran yang lebih rendah disebabkan keadaan kegiatan ekonomi di

negara Malaysia. Harapan guna tenaga telah menurun dan berusaha untuk mencari pekerjaan

lain. Hal ini disebabkan, perlakuan ini telah mengganggu keluaran dalam negara kasar kerana

kurangnya guna tenaga dalam sektor tersebut berlakunya kekurangan pengeluaran.

Seterusnya,pada tahun 2006 kadar pertumbuhan guna tenaga telah meningkat kepada

16.34% dan sebaliknya keadaan kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar menurun iaitu

9.95%. Kadar pertumbuhan guna tenaga dalam sektor ini telah meningkat disebabkan banyak

bantuan kerajaan seperti latihan dan kursus talah menyumbangkan kepada para pekerja. Tetapi ia

tidak menyumbangkan kepada keluaran dalam negara kasar negara Malaysia kerana sektor-

sektor lain juga dari segi pemasaran dan penjualan barang dan perkhidmatan telah menurun.

Pada tahun 2007 kadar pertumbuhan guna tenaga telah menurun kepada -6.60% dan

kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar telah meningkat kepada 11.77%. Perkara ini

telah berlaku disebabkan guna tenaga dalam sektor ini telah menjadi berkurangan. Dasar

pendidikan negara Malaysia telah mula memberi biasiswa dan peluang untuk melanjutkan

pelajaran di luar negara. Mereka yang belajar di luar negara turut member sumbangan kemahiran

15

Page 16: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

kepada negara lain dengan menerima ganjaran yang tinggi. Maka, kekurangan guna tenaga

dalam sektor perlombongan dan pengkuarian di Malaysia. Tetapi sumbangan dari sektor-sektor

lain telah meningkat terhadap keluaran dalam negara kasar. Sebagai contohnya, Dasar Pertanian

Negara Ketiga mengeluarkan kualiti makanan yang tinggi dapat mengeksport kepada negara lain.

Maka negara Malaysia dapat meningkatkan pendapatan negara dan taraf hidup rakyat Malaysia.

Pada tahun 2008 kadar pertumbuhan guna tenaga ialah meningkat iaitu 38.32% dan

kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar juga meningkat kepada 15.64%. Pengeluran

produk berasaskan perlombongan dan pengkuarian telah meningkat dan pengaplikasia teknologi

moden akan berlaku dalam sektor ini. Akibat daripada kemasukan pelabur asing yang melabur di

negara Malaysia yang menyumbangkan idea, kreatir dan inovatif dapat diajar kepada pekerja

sektor ini. Maka dapat mengeluarkan output yang banyak yang menyumbangkan kepada

keluaran dalam negara kasar. Pada tahun 2009 kemerosotan berlaku dalam kadar pertumbuhan

guna tenaga berlaku iaitu menurun sebanyak 38.32% dan menjadi 15.05% dan pada tahun

berikutnya kadar pertumbuhan keluaran dalam negara kasar juga menurun kepada negatif iaitu -

8.42%.

Dari tahun 2010 hingga tahun 2012 keadaan ini berlakunya secara berterusan iaitu kadar

pertumbuhan guna tenaga ialah -11.80%, -25.86% dan 0.24%. kadar pertumbuhan keluaran

dalam negara kasar pula dalam keadaan yang sama iaitu 12.65%,11.33% dan 7.69%.keadaan ini

mendukacitakan ekonomi Malaysia kerana aliran mata wang masuk adalah lebih rendah daripada

aliran mata wang yang keluar. Kekurangan guna tenaga ini wujud disebabkan peningkatan

teknologi moden. Maka, pengangguran teknologi berlaku iaitu menggantikan buruh dengan

mesin, modal dan jentea-jentera moden. Tetapi rakyat tidak bergantung kepada bahan yang

dikeluarkan oleh Malaysia. Mereka ini menganngap bahawa jenama terkenal yang dikeluarkan

oleh negara luar sebegitu canggih dan berkualiti. Jelaslah produk yang berasaskan perlombongan

dan pengkuarian tidak dapat dibekalkan dalm pasaran domestik.

16

Page 17: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

6.3 Kesan sektor perlombongan dan pengkuarian di malaysia terhadap pembangunan ekonomi

dan alam sekitar.

Pencemaran sungai kerap berlaku apabila sisa-sisa perlombongan yang keluar daripada

akibat penggunaan kapal korek-kelodak akan masuk dalam sungai-sungai keruh dan berkelodak.

Sisa-sisa perlombongan ini mengandungi bahan kimia dan bertoksik dan ini akan menyebarkan

pencemaran sungai dan laut dengan secepat kerana biasanya kegiatan perlombongan ini

memerlukan kawasan perairan. Untuk mencuci dan membersihkan produk yang dapat daripada

hasil galian. Hal ini menyebabkan kepelbagaian biologi iaitu hidupan laut ataupun sungai akan

musnah. Seterusnya ia juga memusnahkan terumbu karang yang terdapt dalam sungai dan

menjejaskan kebersihan dan kejernihan air. Semakin pupusnya flora dan fauna yang terdapat

dalam laut dan sungai. Terutamanya minyak yang keluar daripada korekan hasil perlombongan

dan pengkuarian akan mencemarkan air laut sekitar pelantar, laluan kapal, sekitar terminal atau

pelabuhan yang mengancam hidupan laut.

Seterusnya kejadian pencemaran udara berlakunya disebabkan melakkukan kegiatan

perlombongan dan pengkuarian. Perlombongan batu di kuari iaitu granit dan batu kapur

menyebabkan habuk dan debu berterbangan di udara. Sebagai contohnya, sekitar kawasan

Penanti, Bukit Mertajam, Bukit Berapit dan Taiping menyebabkan udara di kawasan berkenaan

tercemar dengan ampaian habuk-habuk dan debu-debu batu. Pembakaran bahan mineral secara

terbuka seperti petroleum dan gas asli menyebabkan fenomena jerebu berlaku. Penerokaan

petroleum gas asli turut mencemari akibat pembakaran gas di pelantar minyak, pembakaran

plumbum, serta pembebasan karbon monoxide dan hidrokarbon di loji penapisan. Peningkatan

komponen asbut di ruang atmosfera secara besar-besaran. Udara-udara yang beracun dan

berbahaya ini akan mendatangkan penyakit kepada manusia dan haiwan seperti katarak mata

sesak pernafsan dan sebagainya.

17

Page 18: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

7.0 CADANGAN DAN LANGKAH

Dari segi dasar kerajaan perlu mengehadkan kouta pengeluaran petroleum agar simpanan

sumber ini terjamin tidak dieksploitasi dalam jangka masa yang singkat supaya mengelak

kekurangan sumber pada masa akan datang. Jika permintaan meningkat dari segi kalangan

rakyat, harga akan dinaikkan untuk kebaikan pengeluar dan pengguna. Seterusnya, mengambil

tindakan yang tegas ataupun mengenakan denda, kompaun, menggantung lesen, membatalkan

operasi mereka yang melanggar syarat melakukan kegiatan perlombongan dan pengkuarian.

Jabatan yang berkaitan alam sekitar juga melakukan penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan

dan pengkuarian yang mencemarkan alam sekitar serta menyebabkan pencemaran laut atau

sungai. Kerajaan juga hendak mengawal aktiviti cari gali sumber iaitu PTG perlu mengawasi

aktiviti perlombongan dan pengkuarian dengan pemberian lesen dan syarat yang ketat.

Dari segi langkah bukan perundangan, kempen dan pendidikan alam sekitar secara

berterusan dalam kalangan rakyat perlu dipupuk supaya ekosistem dan kualiti udara yang tejamin

perlu dipelihara. Maka, sebagai rakyat, perlu berusaha mengetahui kepentingan alam sekitar

untuk melakukan kegiatan perlombongan dan pengkuarian ini dengan lebih selamat melalui

pendidikan dan kempen. Melalui kempen, rakyat dapat diketahui bahawa walaupun kegiatan ini

dilakukan untuk ekonomi negara Malaysia, tanggungjawab seseorang itu perlu berusaha untuk

membaik pulih kawasan lombong untuk membersihkan secara bersepadu bersama masyarakat.

Golongan yang berpendidikan juga akan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang

memproses gas asli atau kilang kuari untuk memerangkap habuk dan mengurangkan suhu

pemanasan setempat jika mempunyai kesedaran tentang alam sekitar. Tetapi langkah-langkah

seperti ini tidak akan menjejaskan kegiatan perlombongan dan pengkuarian.

18

Page 19: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

8.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dengan membuat kajian ini penyelidik dapat diketahui bahawa sektor perlombongan dan

pengkuarian telah banyak menyumbangkan kepada negara dari segi pendapatan negara,

peluang pekerjaan, pemindahan teknologi, perluasan pasaran dan pembukaan kawasan-

kawasan baru yang mempunyai infrakstruktur iaitu seperti bekalan elektrik dan air. Hal ini

disebabkan sektor perlombongan dan pengkuarian ini masih dalam kategori kegiatan primer.

Mengikut keluaran dalam negara kasar, sektor perlombongan dan pengkuarian juga turut

menyumbangkan kepadanya. Ia juga mendatangkan kesan kepada alam sekitar fizikal dan

manusia serta pembangunan ekonomi negara. Sebagai contohnya, kesan yang dihadapi

kegiatan perlombongan dan pengkuarian di malaysia menyebabkan berlakunya hakisan dan

penerokaan sumber galian seperti petroleum. Pembakaran api fosil ini akan mengeluarkan

gas-gas beracun seperti karbon dioxida. Maka langkah-langkah yang strategik iaitu mengikut

perundangan dan bukan perundangan perlu diambil untuk meningkatkan hasil perlombongan

dan pengkuarian pada masa yang sama perlu berusaha mengelakkan berlakunya kesan

negatif kepada pembangunan sosioekonomi negara dan alam sekitar.

19

Page 20: Ekonomi Assignment (Autosaved)

941227-01-5800

9.0 RUJUKAN

Penyelidik dapat semua data dan maklumat daripada data sekunder. Data yang diterima dapt

menyempurnakan kajian penyelidik dengan lancar dan tepat masa. Antara senarai rujukannya

ialah :

Laporan Ekonomi Malaysia (laman web)

Laporan Tahunan Malaysia (laman web)

Prestasi Ekonomi dan Prospek (laman web)

Pasaran Buruh (laman web)

http//www.tresury.com.my.Laporan ekonomi Malaysia.(20 00-2012)

Mohamad Kharil ,Buku Perangkaan Ekonomi.(2012)Petaling Jaya: Sasbadi sdn.bhd

Buku.Che bakri Haji Musa,Atlas Ekonomi Dunia.(2000)London:Adventure Works.

Jamaluddin Md.Jahi.1996.Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar,Bangi:Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Anuwar Ali dan Rajah Rasiah.1996.Perlombongan dan Pengkuarian di Malaysia.Kuala

Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

20