pengenalan (autosaved)

22
ADAT RESAM PERKAHWINAN ORANG MELAYU 1.0 Pengenalan Adat Resam Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin mengambarkan mengenai sesuatu kaum. Berbicara sahaja mengenai adat resam, secara tidak langsung akan meningkatkan pengetahuan kita dalam pelbagai aspek yang mana ia meliputi rutin harian, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, tingkah laku dan adab, perhiasan dan pakaian, peralatan, perubatan tradisional, permainan, senjata, seni reka, silat, tarian dan segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri. 1.1 Takrifan Adat dan Resam Adat yang terdapat di dalam hidup semua masyarakat bermula dari dalam kandungan perut ibu, kelahiran dan perkahwinan. Hafizah (2013), adat boleh didefinisi sebagai suatu aturan dan cara hidup di mana ianya mencerminkan segala perbuatan yang adakalanya ianya dijadikan sebagai rutin harian atau pun dilakukan pada musim yang sama berpandukan bulan atau tahun. Hal ini merupakan perkara yang selalu difahami oleh masyarakat mengenai adat. Perkataan yang sinonim dengan adat ialah budaya. Walaupun ianya berbeza dari segi bunyi, namun dari aspek pendefinisiannya ianya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008), adat boleh ditakrifkan sebagai tata cara manakala resam adalah kelaziman atau pun kebiasaan. Sekiranya digabungkan menjadi adat resam ianya akan membawa maksud kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau masyarakat yang menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. 1.2 Ciri-ciri Adat Resam Seperti yang telah ditakrifkan, adat ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan dan sebagainya (Hafizah, 2013). Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat dan ianya timbul daripada suatu pemikiran mengenai cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya ianya sudah menjadi suatu budaya. Sebagai contoh di sini kita melihat adat bersanding, adat berinai, adat bercukur dan sebagainya. Manakala, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesebuah masyarakat. Budaya bersifat fleksibel iaitu boleh berubah. Oleh sebab itulah wujudnya pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden dan ini menunjukkan terdapat perbezaan antara budaya lama dengan budaya hari ini. Maka jelaslah bahawa budaya boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa. Adat pula merupakan sesuatu yang mutlak iaitu tidak boleh berubah- ubah. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa adat merupakan budaya yang asal.

Upload: kai-ying-pang

Post on 15-Jan-2016

282 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jsirujebkJshjuebgfieibsdj

TRANSCRIPT

Page 1: PENGENALAN (Autosaved)

ADAT RESAM PERKAHWINAN ORANG MELAYU

1.0 Pengenalan Adat Resam

Adat resam merupakan satu perkara atau isu penting apabila kita ingin mengambarkan

mengenai sesuatu kaum. Berbicara sahaja mengenai adat resam, secara tidak langsung

akan meningkatkan pengetahuan kita dalam pelbagai aspek yang mana ia meliputi rutin

harian, hidup bermasyarakat, sosio budaya dan ekonomi, tingkah laku dan adab, perhiasan

dan pakaian, peralatan, perubatan tradisional, permainan, senjata, seni reka, silat, tarian dan

segenap aspek yang terkandung dalam erti kata resam itu sendiri.

1.1 Takrifan Adat dan Resam

Adat yang terdapat di dalam hidup semua masyarakat bermula dari dalam

kandungan perut ibu, kelahiran dan perkahwinan. Hafizah (2013), adat boleh didefinisi

sebagai suatu aturan dan cara hidup di mana ianya mencerminkan segala perbuatan

yang adakalanya ianya dijadikan sebagai rutin harian atau pun dilakukan pada musim

yang sama berpandukan bulan atau tahun. Hal ini merupakan perkara yang selalu

difahami oleh masyarakat mengenai adat. Perkataan yang sinonim dengan adat ialah

budaya. Walaupun ianya berbeza dari segi bunyi, namun dari aspek pendefinisiannya

ianya merupakan konsep yang saling bergantung dan sama. Menurut Kamus Pelajar

Edisi Kedua (2008), adat boleh ditakrifkan sebagai tata cara manakala resam adalah

kelaziman atau pun kebiasaan. Sekiranya digabungkan menjadi adat resam ianya akan

membawa maksud kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu kaum atau

masyarakat yang menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut.

1.2 Ciri-ciri Adat Resam

Seperti yang telah ditakrifkan, adat ialah cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan

dan sebagainya (Hafizah, 2013). Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat dan ianya

timbul daripada suatu pemikiran mengenai cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya

dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaannya ianya sudah menjadi suatu budaya.

Sebagai contoh di sini kita melihat adat bersanding, adat berinai, adat bercukur dan

sebagainya. Manakala, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat

sesebuah masyarakat. Budaya bersifat fleksibel iaitu boleh berubah. Oleh sebab itulah

wujudnya pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden dan ini menunjukkan

terdapat perbezaan antara budaya lama dengan budaya hari ini. Maka jelaslah bahawa

budaya boleh berubah-ubah mengikut peredaran masa. Adat pula merupakan sesuatu

yang mutlak iaitu tidak boleh berubah-ubah. Justeru, bolehlah dikatakan bahawa adat

merupakan budaya yang asal.

Page 2: PENGENALAN (Autosaved)

Adat bagi setiap kaum di Malaysia pastinya dilihat dari sistem nilai yang berbeza.

Martabat adat itu sendiri berbeza dari segi kedudukanya bagi masyarakat Malaysia pada

hari ini. Misalnya, bagi masyarakat Minangkabau, adat dianggap sebagai sebuah tradisi

lisan yang tinggi sekali martabatnya dalam kehidupan mereka. Adat dalam konteks

Minangkabau bukan sekadar cara bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara

pertabalan Luak dan sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu

dipegang kuat oleh generasi mereka sehingga ke hari ini. Justeru tidak hairanlah jika

wujud istilah-istilah seperti “undang-undang adat”, “mahkamah adat”, “ketua adat” dan

sebagainya di dalam masyarakat mereka. Begitu juga dengan kaum-kaum yang lain di

Malaysia, aspek adat masih lagi dianggap sebagai suatu pengungkap identiti bangsa dan

terus dipertahankan walaupun ia sudah banyak berubah jika dibandingkan dengan

perlaksanaanya suatu ketika dahulu.

1.3 Rumusan

Memang tidak dapat dinafikan akan kepentingan adat resam di dalam sesebuah

masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas

terlihat dalam peribahasa Melayu yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat”. Di

sini dapat kita huraikan betapa pentingnya sesuatu adat itu sehinggakan orang-orang

terdahulu dapat membuat kesimpulan dengan menghasilkan peribahasa tersebut.

Justeru, tanpa adat maka hilanglah satu identiti sesuatu masyarakat itu.

2.0 Latar Belakang Perkahwinan Orang Melayu

Dalam membicarakan tugasan ini, penulis telah memfokuskan kepada adat perkahwinan

orang Melayu. Seperti yang diketahui umum, semua bangsa dan kaum mengamalkan adat

perkahwinan. Institusi perkahwinan dan keluarga telah mengalami perubahan ekoran

daripada evolusi sosio budaya. Sebelum abad ke-19, perkahwinan dan keluarga dianggap

sebagai institusi yang mulia dan dipandang tinggi. Pada awal abad ke-19, pandangan

terhadap perkahwinan dan keluarga telah berubah kepada anggapan bahawa ia adalah

institusi sivil. Pandangan ini berubah lagi di abad ke-20 di mana perkahwinan dan keluarga

dilihat sebagai cara memperolehi kepuasan peribadi. Perubahan ini jelas mencerminkan

perubahan dari segi tumpuan dan matlamat, fungsi asasnya seperti dari aspek psikologi,

kemasyarakatan dan ekonomi adalah masih kekal. (Saxton, 1996).

Asas perkahwinan dan keluarga yang kukuh haruslah disemai dan dikekalkan sebagai

garis panduan ke arah perkembangan individu yang sihat dan sejahtera. Pengalaman

perkahwinan dan keluarga yang pelbagai dan membina, boleh menajdi sumber motivasi

kepada individu dan keluarga yang sihat. Sebaliknya, pengalaman yang negatif akan

Page 3: PENGENALAN (Autosaved)

merumitkan lagi usaha untuk membina dan mengekalkan sesebuah perkahwinan dan

seterusnya sebuah keluarga yang kukuh.

2.1 Takrifan Perkahwinan

Perkahwinan dianggap sebagai langkah permulaan kepada pembetukan keluarga.

Secara tradisinya, setiap pasangan individu yang ingin memulakan dan membina sebuah

keluarga perlu melalui peringkat perkahwinan. Rozumah (2002), menggambarkan

perkahwinan sebagai satu ikatan antara individu lelaki dan perempuan yang sah dan

diperakui dari segi undang-undang, budaya, agama dan adat resam. Takrif perkahwinan

adalah fleksibel dan ia boleh berubah dan berbeza mengikut peredaran masa dan

perspektif yang pelbagai. Kamus Dewan (1997) mendefinisi perkahwinan sebagai

perikatan yang sah antara lelaki dan perempuan sebagai pasangan suami dan isteri.

Dari perspektif agama Islam, perkahwinan merujuk kepada akad perjanjian untuk

menyatukan lelaki dan perempuan bagi menghalalkan hubungan kelamin, bertujuan

untuk mencapai kebahagiaan yang berkekalan mengikut garis panduan yang telah

ditetapkan oleh syarak. Islam juga menekankan faktor penerusan zuriat yang halal

sebagai tujuan uatama perkahwinan (Wahbah, 1983). Menurut undang-undang Inggeris

perkahwinan merupakan penyatuan secara sukarela dan bebas untuk seumur hidup

antara seorang lelaki dan seorang perempuan, untuk penerusan zuriat dan

mengecualikan orang lain (monogami).

2.2 Adat Resam Perkahwinan Orang Melayu

Perkahwinan adalah satu peristiwa yang penting di mana bukan sahaja kepada

kedua-dua pengantin malah juga kepada keluarga mereka. Peraturan dan adat-adat

yang berkaitan dengan perkahwinan adalah rumit dan memakan belanja yang tinggi.

Adat-adat tersebut termasuklah merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja dan

akad nikah. Dari segi persediaan pula, terdapat ada-adat berkaitan dengan berandam,

berasah gigi dan berinai. Upacara kemuncak di dalam adat resam perkahwinan ialah

bersanding.

2.2.1 Adat Merisik

Secara ringkasnya, merisik ditakrifkan sebagai “bertanya khabar”. Adat merisik

dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui adakah si gadis berkenaan sudah

berpunya atau pun tidak, dan juga untuk memperolehi latar belakangnya seperti rupa

parasnya (sekiranya pasangan tersebut belum dikenali), taraf kedudukan ibu bapa,

budi bahasa, kemahiran atau kebolehan dan sebagainya. Mengikut adat resam

Page 4: PENGENALAN (Autosaved)

Melayu, kaum lelaki meminang kaum wanita atau pun sering disebut dalam bahasa

kiasan iaitu “timba mencari telaga”, justeru merisik juga bermula daripada pihak lelaki.

Boleh dikatakan jarang berlaku “telaga mencari timba” meskipun ianya tidak salah

menurut pandangan Islam. Pada masa dahulu, perkahwinan dilakukan atas pilihan

ibu bapa. Apabila ibu bapa berfikir bahawa anak lelaki mereka sudah sampai masa

untuk berkahwin,, mereka mula merisik untuk memilih anak-anak gadis yang sesuai

bagi dijadikan pasangan untuk anak mereka. Kerja merisik biasanya dilakukan oleh

seorang wanita berumur dalam kalangan anggota keluarga lelaki. Perisik itu juga

dikenali sebagai “penyuluh” atau”peninjau”. Ujian keserasian diteruskan selepas adat

merisik dijalankan. Sekiranya terdapat keserasian, hari peminangan akan ditetapkan

dengan persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

2.2.2 Adat Meminang

Meminang pula merupakan ritual untuk membuat ikatan rasmi antara seorang

gadis dengan bakal suaminya. Adat meminang juga dikenali sebagai “menghantar

tanda”. Apabila peminangan dipersetujui, ada yang menghantar tanda sebagai

pengesahan peminangan. Antara tanda yahg dihantar ialah sebentuk cincin bersama

dengan hadiah-hadiah lain seperti kain dan pemanis-pemanis seperti kuih-muih.

Dengan adanya “tanda” ini si gadis itu telah dianggap sebagai bertunang. Semasa

menghantar tanda, kedua-dua belah pihak keluarga akan berbincang bagi

menetapkan tarikh untuk menghantar belanja dan akad nikah.

Mengikut adat resam lama, menghantar belanja itu biasanya dijalankan terlebih

dahulu dan berasingan dengan majlis akad nikah tetapi pada masa kini, menghantar

belanja itu selalu dijalankan bersama-sama dnegan majlis akad nikah yang mana

adalah lebih ringkas dan lebih kecil belanjanya. Pada tarikh yang telah dijanjikan oleh

kedua-dua belah pihak, upacara menghantar belanja dijalankan. Rombongan pihak

lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan. Wang hantaran digubah di dalam

berbagai-bagai bentuk ataupun dibungkus dengan menggunakan kain baldu atau

kain yang bersulam indah. Iringan-iringan lain termasuklah sirih junjung, bunga

rampai dan hadiah-hadiah seperti pakaian, alat solek, buah-buahan, pemanis mulut

seperti kuih muih dan coklat.

2.2.3 Adat Menjemput

Upacara seterusnya ialah menjemput di mana waris bakal pengantin iaitu

ayah atau ibu mahupun orang yang wajib ataupun orang yang diwakilkan akan

berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk memberitahu tentang hari

Page 5: PENGENALAN (Autosaved)

perkahwinan itu. Mereka akan membawa tepak sirih dan terus menjemput serta

meminta sanak-saudara serta sahabat handai datang ke rumah bagi mengelolakan

majlis tersebut. Majlis kenduri kahwin dimulakan di rumah pengantin perempuan.

2.2.4 Adat Akad Nikah

Bagi upacara akad nikah pula, ianya dilakukan di rumah pengantin perempuan.

Imam yang mewakili wali perempuan menjadi juru nikah. Di majlis itu, barang-barang

hantaran diletakkan di hadapan pengantin lelaki. Semasa upacara akad nikah,

barang-barang yang dibawa ini diserahkan kepada wakil pengantin perempuan di

hadapan hadirin yang menyaksikan upacara tersebut. Semasa akad nikah

berlangsung, pengantin lelaki duduk bersila di atas tikar berhadapan dengan Imam

yang bakal mengendalikan pernikahan tersebut. Imam akan membacakan khutbah

nikah, lalu meminta pengantin membaca lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan

tersebut. Setelah itu, pengantin lelaki dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan

untuk menyerahkan mas kahwin kepadanya diikuti upacara membatalkan air

sembahyang dengan cara bersalam atau menyentuh dahi pengantin. Sebelum

pengantin lelaki pulang, bekas-bekas hantaran dibalas oleh pihak pengantin

perempuan dengan hadiah-hadiah yang berpatutan.

Pada masa dahulu, lebih kurang tiga hari sebelum proses perkahwinan dimulakan

maka adalah diadatkan bagi anak dara yang hendak dikahwinkan itu diandam oleh

tukang andam. Ada yang diperelokkan bentuk bulu kening, ada yang dicukur anak

rambutnya dan ada pula yang diasah giginya supaya menjadi sama dan kelihatan

cantik. Pengantin perempuan juga dimandikan dengan air daun dan bunga-bungaan

serta dibedakkan. Tujuan pengantin perempuan diandam adalah untuk

menambahkan kecantikan anak dara tersebut walaupun ianya sudah jarang sekali

dilakukan pada zaman kini. Apabila telah siap dimandikan, jari tangan dan kaki

pengantin perempuan diinaikan.

2.2.5 Adat Berinai

Sungguhpun adat aturan berinai di pelamin ini tidak bnayak diamalkan oleh

masyarakat Melayu pada zaman kini, akan tetapi masih ada yang tetap

mengamalkannya kerana mereka mempunyai banyak masa terluang dan mereka

seronok melakukannya. Bagi keluarga pengantin yang berkemampuan, mereka akan

menjalankan adat berinai sebanyak tiga kali iaitu “Berinai Curi” pada kali pertama,

pada kali kedua dinamakan sebagai “Berinai Kecil” dan pada kali terakhir dikenali

sebagai “Berinai Besar”. Upacara ini dilakukan di rumah pengantin perempuan pada

Page 6: PENGENALAN (Autosaved)

waktu malam. Biasanya, di kebanyakan negeri Melayu mengamalkan adat berinai di

pelamin pada malam hari kecuali di beberapa buah negeri iaitu negeri Johor dan dua

buah negeri lain yang menjalankan adat berinai di pelamin pada siang hari. Sebelum

berlangsungnya upacara bersanding, kedua-dua pengantin akan memakai pakaian

pengantin. Pengantin lelaki akan datang ke rumah pengantin perempuan dengan

iringan rebana. Upacara berinai didahului oleh pengantin lelaki yang duduk di atas

pelamin. Ahli keluarga akan bergilir-gilir menjalankan upacara tersebut. Setelah

selesai, pengantin perempuan pula akan mengambil tempat untuk menjalani upacara

yang sama. Ahli keluarga akan menginai pengantin dengan menampal inai pada jari

pengantin dan menepung tawar pengantin tersebut.

2.2.6 Adat Bersanding

Dalam membicarakan tugasan ini, penulis telah memfokuskan adat persandingan

bagi perkahwinan orang Melayu. Adat bersanding merupakan upacara kemuncak

bagi sesuatu perkahwinan yang mana majlis ini diadakan di rumah pengantin

perempuan. Di upacara tersebut, kedua-dua pengantin disandingkan di atas pelamin

yang begitu indah. Pelamin biasanya diserikan dengan bunga-bungaan, kain-kain

yang cantik serta lampu-lampu yang berwarna-warni. Sebelum diterangkan dengan

lebih lanjut mengenai adat persandingan di atas pelamin bagi kedua-dua mempelai,

eloklah diterangkan terlebih dahulu sedikit informasi mengenai rupa dan cara pelamin

dibuat.

Bentuk pelamin adalah seakan-akan singgahsana yang meliputi bangku atau

kaus ataupun dua buah kerusi iaitu tempat duduk kedua mempelai itu bersanding.

Pelamin tersebut diperbuat daripada kayu dan kertas tebal dan dihiasi dengan kertas

bunga serta kain-kain sutera yang berwarna-warni. Pada zaman dahulu, pelamin

diserikan dengan pelita-pelita minyak kelapa, dan pada zaman kini pelamin dihiasi

dengan lampu-lampu eletrik yang berwarna-warni pula. Saiz, harga dan kualiti

pelamin adalah bergantung kepada kemampuan sesebuah keluarga untuk

menampung belanja. Tukang pembuat pelamin juga mempangaruhi kualiti pelamin.

Jika kita lihat sekarang, terlalu ramai pemilik butik pengantin yang menyediakan

tempahan baju pengantin serta pelbagai jenis pelamin. Justeru, tidak akan timbul

masalah lagi bagi pengantin untuk memilih pelamin mengikut cita rasa tersendiri,

namun begitu pilihan yang dibuat haruslah mengikut kemampuan mereka. Selari

dengan hadis nabi yang tidak menggalakkan kita mengamalkan pembaziran semasa

majlis perkahwinan.

Page 7: PENGENALAN (Autosaved)

“Seseungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya”.

(Riwayat Ahmad)

Saiz ketinggian pelamin kebiasaannya dua atau tiga tingkat dan setiap tingkat

hanya lebih kurang satu kaki sahaja ukurannya. Penterakna atau kaus tempat duduk

kedua-dua mempelai bersanding disampul dengan kain sutera ataupun kain baldu

yang berwarna warni dan disulam dengan indah. Di hadapan penterakna pula

diletakkan satu pahar yang yang dikenali sebagai “astakona” oleh orang Melayu di

mana ianya berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga telur bercelup merah dan di

kemuncak gubahan nasi itu dipacakkan sejambak karangan bunga yang diperbuat

daripada perada dan manik jemeki yang berwarna-warni.

Bila sudah sampai tempoh mempelai ingin disandingkan, perkara pertama yang

perlu dilakukan ialah memakaikan pengantin perempuan. Apabila pemakaian

pengantin perempuan itu dimulakan sahaja, biasanya akan dihantarkan pula khabar

kepada pengantin lelaki. Setelah pengantin perempuan lengkap berpakaian, pada

masa dahulu kebiasaannya pengantin perempuan akan dipimpin oleh emak

pengantin bersama dengan seorang kanak-kanak perempuan sebagai pengapitnya

dengan pakaian yang serba indah untuk mengiringi pengantin berjalan perlahan-

lahan ke atas pelamin. Pengantin perempuan akan duduk pada sebelah kiri dan

pengapitnya akan berada di sisi pengantin perempuan dengan memegang satu kipas

sambil mengipas pengantin itu secara perlahan-lahan. Mengikut adat, pengantin

perempuan seharusnya berada dalam keadaan duduk di sepanjang masa dia di

pelamin dengan memejamkan kedua-dua matanya dan menundukkan sedikit

kepalanya sebagai menunjukkan tanda sopan dan malu kerana sifat-sifat tersebut

adalah fitrah bagi seorang perempuan. Pengantin lelaki akan mula berarak setelah

dia juga sudah siap berpakaian lengkap dengan mengenakan pakaian Melayu asli

iaitu bertengkolok, berbengkung dan kerkeris. Pada zaman dahulu, sekiranya

pengantin yang berpangkat tinggi dan berkemampuan, mereka akan diarak dengan

usungan, manakala bagi yang tidak berkemampuan pula mereka akan diarak dengan

berjalan kaki sahaja.

Terdapat beberapa peraturan yang perlu diambil kira sebelum perarakan bermula.

Di hadapan sekali di antara pasukan perarakan terdapat pasukan rebana, kompang

atau marhaban dan di belakangnya terdapat seorang yang berjalan sambil membawa

tepak sirih yang lengkap isinya bertudungkan penudung yang diperbuat daripada

perak ataupun tembaga putih yang digubah seperti rupa kepala merak jantan. Di

sebelah kiri dan kanan tepak sirih terdapat seorang yang membawa kaki dian di

Page 8: PENGENALAN (Autosaved)

mana diannya sudah sedia terpasang dan di belakang tepak sirih dan dian itulah

mempelai akan berjalan bersama-sama dengan seorang pengapitnya yang terdiri

daripada seorang kanak-kanak lelaki yang dipakaikan persis dengan mempelai

tersebut. Di belakang pengantin lelaki berjalanlah orang ramai yang terdiri daripada

kaum keluarga dan sahabat handai yang turut serta mengiringi mempelai lelaki untuk

bertandang ke rumah pengantin perempuan.

Pada zaman dahulu, rombongan pengantin lelaki diarak dengan suluhan api

minyak tanah dan berjalan bersama-sama sambil diiringi bunyi suara orang berzikir

dan marhaban disertai dengan pukulan rebana dan kompang yang bertalu-talu.

Rombongan pengantin lelaki akan disambut oleh pihak pengantin perempuan dengan

sebaran ataupun taburan beras kunyit dan mereka akan ditempatkan di tempat yang

telah disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Lazimnya, terdapat beberapa

orang lelaki yang tidak kira usia dan kebanyakannya terdiri daripada orang muda

yang menunggu di halaman rumah pengantin perempuan bertujuan untuk

menyambut rombongan daripada pihak pengantin lelaki. Di antara mereka juga

terdapat seorang yang membawa tepak sirih yang sama kecuali tudungnya yang

berbeza dari segi rupa kepala merak betina dan di sebelah kiri dan kanan orang yang

membawa sirih pula terdapat orang yang membawa dian yang sudah sedia

terpasang. Di antara mereka juga terdapat kumpulan rebana, kompang dan

marhabannya. Ketika kedua-dua belah pihak sudah berhadapan, mereka saling

menyanyikan lagu masing-masing dan melahirkan suasana yang gembira dan

seronok.

Apabila kedua-dua kumpulan itu bersemuka dengan jarak lebih kurang sepuluh

atau dua puluh ela, maka berhentilah perarakan pengantin lelaki dan tampil pula

pembawa tepak sirih dari pihak mempelai lelaki untuk mencabar pembawa tepak sirih

pihak mempelai perempuan. Setelah cabaran diterima oleh pembawa tepak sirih

pihak pengantin perempuan, dengan serta merta mereka mulai memecah silat. Untuk

pengetahuan umum, pada zaman dahulu sudah sememangnya orang-orang yang

membawa tepak sirih merupakan orang yang pandai dan mahir menari pencak silat

yang mana ianya merupakan tarian yang paling digemari pada ketika itu. Sesudah

beberapa minit tarian pencak silat dimainkan, maka kedua penari silat itu pun saling

menghampiri lalu mengetemukan muncung merak iaitu gambaran tudung kedua

tepak sirih dan disambut dengan sorakan oleh para hadiri yang hadir. Pengantin

lelaki diiringkan ke hadapan pintu rumah lalu muncullah seorang lelaki yang akan

membaca selawat sebanyak tiga kali dengan alunan suara yang lantang dan indah

sebagai pemberi perlindungan kepada pengantin itu semasa masuk ke dalam rumah.

Page 9: PENGENALAN (Autosaved)

Biasanya, tangga di luar rumah sehingga kepada tapak pelamin dialas dengan

permaidani panjang ataupun kain panjang sebagai alas untuk memepelai berjalan.

Semasa upacara bersanding, ibu pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit

daripada pahar astakona untuk diberikan ke tangan pengantin perempuan dan sambil

memegang nasi menggunakan dua jari maka diisyaratkan oleh ibu pengantin untuk

menyuapkan kepada mempelai lelaki dan sebaliknya. Setelah itu, majlis diteruskan

pula dengan adat merenjis ataupun dikenali sebagai menepung tawar pengantin.

Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin. Antara bahan yang

digunakan dalam upacara ini adalah air mawar, bunga rampai dan beras kunyit.

Setelah selesai menjalankan adat merenjis dan menepung tawar, ibu pengantin akan

turun daripada pelamin dan sanak saudara serta sahabat handai yang masih belum

melihat persandingan dipersilakan untuk naik ke atas pelamin. Setelah sahabat

handai dan sanak saudara turun dari pelamin, mereka akan diagihkan telur yang

sedia tercucuk pada nasi kunyit di astakona mengikut bilangan yang mencukupi

sebagai tanda penghargaan.

Selepas selesai adat merenjis dan menepung tawar pengantin, pasangan

mempelai berjalan turun dari pelamin secara perlahan-lahan sambil berpegangan

tangan dan mereka dibawa ke dalam kamar beradu pengantin yang mana sudah

sedia dihiasi dengan tema mengikut citarasa dan kemampuan keluarga pengantin.

Akibat peredaran masa, ada juga serba sedikit adat yang tidak diamalkan oleh

pasangan mempelai pada zaman kini berbanding pasangan mempelai pada zaman

dahulu. Jika dahulu, semasa di dalam kamar beradu, pasangan pengantin akan

bersanding pula di atas tikar sila yang disulam dengan benang emas. Setelah kedua-

dua pasangan mempelai bersedia, ibu pengantin perempuan menyuruh mereka

bersalaman sebagai tanda permulaan perkenalan. Kemudian, ibu pengantin

meninggalkan pasangan pengantin itu berduaan di dalam bilik serta menutup pintu

bilik bagi memberi peluang kepada suami untuk bertegur sapa di antara mereka.

Lebih kurang sejam pengantin ditinggalkan di dalam kamar beradu, ibu pengantin

masuk untuk membawa pengantin perempuan keluar daripada bilik itu manakala

pengantin lelaki ditinggalkan di dalam bilik pengantin. Setelah itu, pengantin

perempuan tidak lagi dibawa masuk ke dalam kamar pengantin melainkan di

beberapa buah negeri yang mengamalkan adat bersanding diselesaikan sebelum

waktu Maghrib. Pada waktu malam pengantin perempuan akan melayani suaminya

makan atau pun mereka akan makan bersama. Namun begitu, setelai selesai makan

bersama, pengantin perempuan tidak akan dibiarkan bersama suaminya terlalu lama

di dalam bilik. Begitulah rutin mereka pada setiap hari. Selama dua hari dua malam,

Page 10: PENGENALAN (Autosaved)

pengantin perempuan akan dipakaikan pakaian yang cantik-cantik sebanyak empat

kali sehari iaitu pada waktu masuk ke bilik pengantin untuk makan pagi, keduanya

pada waktu makan tengahari, ketiga pada waktu minum petang dan kali keempat

ialah pada waktu makan malam. Setiap kali pengantin masuk ke dalam kamar

beradu, mereka digalakkan meluangkan masa lebih lama bertujuan untuk memberi

peluang mereka bergurau senda.

Sesudah sampai hari ketiga, pasangan pengantin akan mulai tidur bersama.

Mengikut adat, sebelum waktu tidur, ibu pengantin akan membawa pengantin

perempuan keluar daripada kamar beradu untuk dihiaskan dengan pakaian serba

putih serta menghamparkan cadar dengan mengenakan sarung yang berwarna putih.

Sekali lagi diadakan permainan dengan bunyi-bunyian serta tarian-tarian ringan bagi

meraikan malam penyatuan hayat pasangan pengantin tersebut. Pada keesokan

harinya, berlangsung pula adat mandi-manda atau berlimau.

2.2.7 Adat Mandi Manda atau Berlimau

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu

daripada hikmah berkahwin, maka pasangan itu akan disandingkan sekali lagi

dengan pakaian indah tetapi bukanlah dengan mengenakan pakaian pengantin.

Persandingan itu dilakukan di hadapan ibu bapa dan sanak-saudara terdekat sahaja.

Setelah sebentar bersanding, maka pasangan pengantin turun dan duduk di atas

bangku di tengah rumah kemudian di sinilah berlangsungnya adat mandi-manda dan

bersintuk limau sebagai menandakan penyatuan antara suami isteri itu telah

sempurna dan selamat.

Sesudah kedua-dua pasangan pengantin itu dimandikan, ibu pengantin akan

membawa pengantin ke bilik beradu pengantin di mana pengantin lelaki akan

memimpin isterinya. Manakala di luar pula terdapat sanak saudara yang bersiram-

siraman sesama mereka dan berkejaran dengan suka ria. Air yang digunakan

sengaja diperbuat menggunakan pelbagai warna. Adapun kain basahan yang dipakai

oleh pasangan pengantin hendaklah diberikan kepada ibu pengantin sebagai hadiah.

Menurut adat Melayu, pengantin juga dilarang untuk memerah kain basahan itu

kerana kain basahan yang dijadikan hadiah kepada ibu itu adalah bertujuan untuk

membuang geruh atau menolak bala daripada kedua pasangan pengantin tersebut.

Sungguhpun adat ini berasal daripada adat orang Melayu pada zaman dahulu, tetapi

boleh dikatakan adat ini semakin pupus dalam kalangan masyarakat kita orang

Melayu.

Page 11: PENGENALAN (Autosaved)

2.2.8 Adat Sambut Menyambut atau Bertandang

Setelah selesai kedua-dua pasangan pengantin menjalani adat mandi-manda,

maka pada petang itu, kedua-dua mempelai itu akan disambut ke rumah pengantin

lelaki. Dalam kalangan sesetengah orang pada zaman dahulu, adat menyambut ini

juga dilakukan secara besar-besaran di mana pasangan pengantin itu akan diarak

dan mereka juga disandingkan. Selain itu, ahli keluarga yang menyambut pengantin

perempuan akan mengadakan jamuan kenduri-kendara secara secara besar-besaran

dengan menjemput ahli keluarga, sanak saudara dan juga sahabat handai terdekat.

Setelah beberapa hari kedua-dua pasangan itu tinggal bersama di rumah suami,

maka disambut balik pula ke rumah isteri. Maka dengan itu, tamatlah adat

perkahwinan bagi kedua-dua pasangan pengantin itu. Budi bicara antara kedua-dua

pasangan pengantin amat diperlukan bagi menentukan mereka ingin tinggal

sementara di rumah ibu bapa isteri, ibu bapa suami mahupun mereka hendak

berumah sendiri.

2.2.9 Adat Jamuan Kenduri-kendara Kahwin (Walimatulurus)

Mengadakan walimatulurus atau pun lebih dikenali sebagai kenduri kahwin amat

digalakkan di sisi agama. Penganjuran majlis kenduri kahwin sebenarnya dilihat

sebagai tujuan untuk meraikan kehadiran pasangan suami isteri ke alam rumah

tangga, selain untuk menghebahkan kedua-dua mempelai yang telah mengikat talian

perkahwinan kepada masyarakat umum. Bukan sekadar itu sahaja, majlis

walimatulurus juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama sanak

saudara dan sahabat handai yang tinggal berjauhan. Sebenarnya, majlis kenduri

kahwin juga merupakan satu ibadat, bahkan ia bertepatan dengan satu hadis

diriwayatkan oleh Anas yang bermaksud:

“Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi Muhammad menjadi seorang pengantin

dengan Zainab al-Jahsy, baginda telah mengundang masyarakat lalu mereka

dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai”.

Jika dahulu, orang kampung akan membawa beras, gula dan masing-masing

menyalurkan sedekah bagi menumbang seekor lembu. Namun begitu, sudah

berbeza pada zaman kini kerana kebiasaannya pihak keluarga pengantin akan

menempah makanan dari pihak kontrak. Tempoh dan atur cara bagi sesebuah majlis

walimatulurus adalah berbeza bagi setiap negeri yang ada di Malaysia. Bagi negeri

Johor Darul Takzim, tempoh melaksanakan majlis kenduri adalah dari waktu akad

nikah sehingga selesai adat bersanding sebelum waktu Maghrib. Namun begitu ada

Page 12: PENGENALAN (Autosaved)

juga di sesetengah negeri termasuk negeri sebelah utara Semenanjung Malaysia

seperti di Pulau Pinang yang melaksanakan majlis kenduri secara berpanjangan. Di

Pulau Pinang, orang-orang yang dijemput untuk hadir ke majlis wlaimatulurus

bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang bagi pihak lelaki dan bagi pihak perempuan

pula pada jam 2 petang hingga 8 malam. Ada juga yang mengadakan jamuan kenduri

ini selama 2 hari di mana 1 hari bagi kaum perempuan dan 1 hari lagi diadakan bagi

kaum lelaki. Namun begitu, jamuan bagi kaum perempuan biasanya diadakan pada

malam persandingan berlangsung.

2.2.10 Rumusan

Kesimpulannya, adat resam merupakan satu lambang kebanggaan dan satu

simbol identiti yang masih perlu dipertahankan untuk diturunkan kepada generasi-

generasi yang akan datang. Sesungguhnya, kunikan, keistimewaan dan kemeriah

perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia sejak

zaman berzaman masih kekal menjadi warisan budaya dan tradisi sehingga ke kini.

Justeru, janganlah kita sesekali membiarkan budaya kita hilang ditelan dek zaman,

bak kata pepatah “biar mati anak, jangan mati adat”.

Page 13: PENGENALAN (Autosaved)

3.0 Pengaruh Adat Perkahwinan Melayu Dalam Kehidupan Seharian Masyarakat

Sejak dahulu kala, masyarakat Melayu sudahpun mengamalkan adat-adat yang dapat

melambangkan identiti masyarakat kita. Melalui adat jugalah, kita dapat membezakan

sesuatu kelompok masyarakat dengan masyarakat lain. Sejak begitu lama, sebahagian

daripada amalan budaya orang Melayu sekarang adalah hasil himpunan dan adunan

pelbagai amalan luar yang terserap dalam kehidupan orang Melayu. Amalan ini

kemudiannya menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian dan diperturunkan daripada

generasi ke generasi. Antara contoh pengaruh luar yang terserap dalam amalan budaya kita

ialah di dalam adat istiadat perkahwinan Melayu. Jika difikirkan, ada juga sesetengah adat

yang kita amalkan merupakan adat yang tidak logik dan tidak tahu mengapa adat tersebut

diadakan.

Amran Kasimin (1993), mengatakan bahawa perkahwinan dalam Islam adalah mudah

namun orang Melayu yang rata-rata beragama Islam telah mencampuradukkan pelbagai

upacara dan istiadat hasil pengaruh Hindu-Buddha dan animisme yang mempengaruhi cara

mereka berfikir sejak dahulu. Masyarakat lebih banyak menggunakan tenaga dan usaha

mengumpul wang bagi menjayakan pelbagai adat istiadat yang kurang penting tetapi lupa

melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan demi menghadapi alam rumah tangga. Beliau

juga berpendapat, andainya seseorang itu memahami asal usul adat istiadat dan upacara

yang dilakukan, juga latar belakang sejarah dan budaya yang mengikat kehidupan,

seseorang itu mungkin berupaya melepaskan diri daripada belenggu pelbagai adat istiadat

yang karut dan sia-sia dengan lebih mudah.

Penulis telah memfokuskan adat persandingan dalam membicarakan adat resam

masyarakat Melayu. Apabila sesuatu pasangan berkahwin, adat persandingan merupakan

perkara yang dilihat sebagai suatu yang wajib dilakukan. Kebiasaannya, jika upacara

persandingan tidak dilakukan, maka pelbagai spekulasi yang kurang menyenangkan akan

timbul dalam kalangan masyarakat setempat terhadap pasangan yang berkahwin tersebut.

Oleh yang demikian, tidak keterlaluanlah jika dikatakan bahawa persandingan dianggap

sebagai syarat perkahwinan bagi pasangan pengantin dari kaca mata kebanyakan

masyarakat Melayu.

Alwi Sheikh Al-Hadi (1965), mentakrifkan persandingan dalam masyarakat Melayu

sebagai suatu perlakuan yang menempatkan pasangan suami isteri yang telah

diijabkabulkan di atas pelamin dengan mengenakan pakaian yang kemas dan cantik, berhias

wajah dengan dikipas oleh dua orang pengipas yang turut dikenali sebagai pengapit. Adat

persandingan dilakukan adalah bertujuan untuk meneruskan tradisi nenek moyang secara

Page 14: PENGENALAN (Autosaved)

turun-menurun di samping untuk memperlihatkan pasangan pengantin kepada masyarakat

setempat dan juga untuk dijadikan nostalgia manis dalam kehidupan pasangan pengantin

tersebut.

Terdapat dua teori yang mengemukakan tentang asal-usul kewujudan adat

persandingan. H.M.Sidin (1964), mengatakan bahawa penggunaan istilah “Raja Sehari” bagi

pasangan pengantin adalah diadaptasikan daripada adat-istiadat dalam kalangan raja-raja

Melayu. Melalui pandangan tokoh inilah maka timbulnya teori yang mengatakan bahawa

persandingan merupakan adat resam Melayu yang tulen atau pun dikenali sebagai adat

sebenar adat. Teori kedua terhasil daripada hujahan De Jong (1965), melalui buku beliau

yang berjudul Religions in the Malay Archipelago mengatakan bahawa persandingan

merupakan adat yang berasal dan di bawa dari India. Justeru, secara tidak langsung

upacara ini mempunyai perkaitan yang agak selari dengan pengaruh Hindu. Jika

dibandingkan teori pertama dan teori kedua, penulis mendapati bahawa teori kedua adalah

lebih relevan dan rasional. Hal ini kerana, menurut sumber sejarah, kebanyakan masyarakat

di Tanah Melayu menganut dua kepercayaan iaitu samada animisme ataupun Hindu-Buddha

pada kurun ke-15. Hal ini lebih jelas terbukti apabila terdapat banyak persamaan sekiranya

dibandingkan antara adat persandingan masyarakat Melayu pada zaman kini dengan

masyarakat India yang beragama Hindu.

Bagi menyempurnakan adat bersanding, terdapat beberapa upacara yang perlu

dilakukan semasa adat persandingan berlangsung. Antara upacara tersebut adalah upacara

menabur beras kunyit, membaca jampi mantera, berandam, berhias untuk dipamerkan,

mengadakan majlis walimatulurus secara besar-besaran, menjadikan wang atau hadiah

sebagai suatu kemestian dan juga hantaran serta mas kahwin yang mempunyai nilai yang

tinggi harganya.

Di sini penulis ingin menceritakan serba sedikit mengenai majlis perkahwinan

masyarakat India yang mana telah diserap ke dalam perkahwinan orang Melayu.

Perkahwinan masyarakat India dijalankan oleh pendanda. Penanda memulakan upacara

perkahwinan dengan sembahyang memohon restu kepada Tuhan supaya perkahwinan

berjalan lancar tanpa apa-apa halangan. Dulang berisi “atchatai” dibawa kepada hadirin.

“Atchatai” ialah beras yang dicampur kunyit serta bunga yang ditaburkan diatasnya. Beras ini

digunakan untuk merestui pengantin sewaktu upacara mengikat “thali” berlangsung (KPKK,

2013). Tujuan utama upacara menabur beras kunyit adalah untuk menghalau roh jahat dan

juga menguatkan semangat pasangan pengantin. Penulis mendapati bahawa perkara sama

turut berlaku dalam masyarakat Melayu di mana upacara menabur beras kunyit masih

diamalkan pada zaman kini. Kebanyakan masyarakat Melayu masih mempercayai bahawa

Page 15: PENGENALAN (Autosaved)

pasangan pengantin perlu melalui proses upacara menabur beras kunyit bagi mengelakkan

diri mereka daripada sebarang gangguan anasir jahat dan seterusnya memastikan majlis

perkahwinan mereka berjalan lancar tanpa sebarang gangguan masalah.

Seterusnya, penulis akan menghuraikan pula tentang upacara membaca jampi dan

mantera dalam majlis perkahwinan masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh agama Hindu.

Menurut masyarakat Melayu pada zaman dahulu, upacara membaca jampi dan mantera

dilakukan supaya dapat memelihara majlis perkahwinan daripada sebarang bentuk

gangguan yang jahat daripada makhluk halus seperti jin, jembalang, hantu sama ada yang

dihantar oleh manusia mahupun gangguan daripada makhluk halus itu sendiri. Lazimnya,

upacara membaca mantera dan jampi ini dilakukan pada bulan Safar (Ismail Awang, 1983).

Masyarakat pada zaman dahulu kala mempercayai bahawa banyak berlaku bala dan

malapetaka pada bulan tersebut. Justeru, maka timbullah pelaksanaan upacara membaca

jampi dan mantera.

Pengaruh luar di dalam perkahwinan masyarakat Melayu yang dapat dikesan oleh

penulis ialah melalui upacara memotong kek. Upacara memotong kek merupakan adat yang

menyerupai amalan orang Barat. Sedangakan upacara memotong kek tidak pernah

sedikitpun dianjurkan dalam sunnah Rasululllah. Rasulullah S.A.W bersabda:

�ه�م� م�ن ف�ه�و� � �ق�و�م ب �ه� ب �ش� ت م�ن�

“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (dalam urusan khas agama), maka dia

termasuk golongan mereka.”

(Hadis Riwayat Abu Daud, 11/48, no. 3512. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Menurut perspektif Islam, amalan berandam juga merupakan amalan yang diserap

daripada agama lain. Upacara ini melibatkan “Mak Andam” iaitu seorang yang pakar dalam

soal persandingan masyaakat Melayu. Asmad (1990), mengatakan bahawa Mak Andam

berperanan untuk menghias sama ada dari sudut fizikal mahupun rohani pasangan

pengantin. Ada juga sesetengah Mak Andam yang boleh merawat pasangan pengantin yang

mengalami sesuatu perkara yang buruk seperti pengsan ataupun terkena buatan orang

semasa majlis perkahwinan. Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa peranan Mak Andam

sangat penting dalam upacara berandam. Upacara ini memerlukan pasangan pengantin

melalui beberapa proses kecantikan. Misalnya seperti menepung tawar dengan tujuan

memelihara pasangan pengantin daripada gangguan mahkluk halus, bercukur yang

melibatan percukuran bulu pada bahagian anak rambut, muka, leher dan tangan dengan

Page 16: PENGENALAN (Autosaved)

tujuan untuk menaikkan seri muka, melangir iaitu menyapukan bedak sejuk yang dibasuh

dengan air ke bahagian badan yang dicukur, bermandi bunga dan limau dengan harapan

untuk membuang sial dan berinai yang mempunyai tiga kategori iaitu berinai curi, berinai

kecil dan berinai besar. Dari kaca mata Islam, segala proses yang ada dalam upacara

berandam boleh dipersoalkan kerana sudah terang lagi bersuluh ianya tiada perkaitan

langsung dalam syariat Islam.

Justeru, dapat dirumuskan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh luar dalam adat

perkahwinan yang diamalkan oleh orang Melayu. Penulis telah menghuraikan beberapa adat

yang mengandungi unsur-unsur pengaruh luar terutamanya pengaruh daripada Hindu dan

Barat. Segala upacara yang telah diserap oleh pengaruh luar lazimnya membawa kesan

negatif kepada kita sebagai umat Islam. Namun begitu, bukanlah bermaksud Islam melarang

upacara perkahwinan dilangsungkan malahan Islam tidak pernah melarang sama sekali para

penganutnya daripada mengamalkan kebudayaan dan kesenian yang terdapat dalam setiap

bangsa. Namun, kita perlu fahami bahawa setiap amalan yang dipraktikkan itu perlu selaras

dan selari dengan syariat Islam. Begitu jugalah halnya dengan isu perkahwinan dalam

masyarakat Melayu. Tiada sebarang sebab upacara perkahwinan dilarang dalam Islam,

namun pelaksanaannya sahaja yang perlu berdasarkan lunas-lunas yang ditetapkan Islam.

Page 17: PENGENALAN (Autosaved)

4.0 Kesan Adat Perkahwinan Melayu Dalam Kehidupan Seharian Masyarakat

Sepertimana yang telah dihuraikan oleh penulis mengenai pengaruh luar dalam adat

perkahwinan Melayu di atas, jelas terbukti bahawa adat Melayu telah dicampuradukkan

dengan budaya-budaya yang diamalkan oleh kaum lain. Jika dinilai pada maksud sebenar

bersanding seperti yang diterangkan di dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat) iaitu

bersanding membawa erti duduk bersebelahan antara pasangan suami dan isteri yang baru

dikahwinkan di atas pentas khas yang dihias indah maka hukumnya adalah harus. Sekadar

pengantin lelaki dan perempuan duduk bersebelahan maka tidak wujud masalah padanya.

Cuma jika dibahaskan daripada sudut adat dan budaya yang diamalkan sekarang seperti

disediakan pelamin yang mahal, wanita berhias lebih-lebihan serta tidak menutup aurat dan

adat menepung tawar, maka ianya sudah dipengaruhi oleh adat-adat daripada kaum lain.

Adat bertepung tawar dan menabur beras kunyit merupakan adat turun-temurun yang

diwarisi oleh generasi ke generasi. Seperti yang telah dihuraikan oleh penulis di atas, tujuan

upacara menabur beras kunyit dan menepung tawar adalah untuk menambahkan semangat

berdasarkan kekuningan padi pada kedua-dua pasangan pengantin. Semasa upacara ini

berlangsung, terdapat juga jampi dan mantera yang tidak difahami bahasanya dengan tujuan

untuk menghalau gangguan anasir dan roh-roh jahat. Ustaz Abd. Latif (1997), menjelaskan

bahawa haram hukumnya sekiranya mengamalkan adat menabur beras kunyit dan

membaca jampi dengan tujuan menghalau anasir-anasir jahat. Sabda Baginda S.A.W yang

bermaksud :

“Sesiapa yang mendatangi dukun atau bomoh, malah membenarkan apa yang

disebutkan oleh dukun atau bomoh tersebut, sesungguhnya (orang-orang yang

mendatangi bomoh dan dukun sebegini) telah mengingkari apa yang diwahyukan

kepada Baginda S.A.W.”

(Hadis Riwayat Saidina Abu Hurairah)

Perkara-perkara sebegini wajib ditegah berlaku dalam kalangan masyarakat muslim.

Hal ini adalah kerana, perbuatan yang bertujuan untuk menghalau gangguan anasir

mahupun roh jahat boleh membawa kita kepada perbuatan syirik, khurafat dan mungkar.

Sebagai orang muslim, ada cara bagi memberkati sesuatu majlis. Alternatifnya, kita boleh

melaksanakan majlis membaca doa selamat pagi bagi mendoakan kesejahteraan kepada

kedua-dua pengantin agar dipelihara dan dilindungi oleh Allah S.W. daripada sebarang

malapetaka. Perkara sebegini adalah amat dituntut dalam Islam, bukannya amalan seperti

membaca jampi dan menabur beras kunyit supaya menghalau roh-roh jahat daripada

mendekati pasangan pengantin.

Page 18: PENGENALAN (Autosaved)

Seterusnya, adat bersanding dikatakan bertujuan untuk mempertontonkan pengantin

kepada hadirin. Sudah terang lagi bersuluh bahawa adat memperlihatkan pengantin kepada

orang ramai merupakan adat yang terserap daripada budaya Hindu. Peniruan cara hidup

orang kafir sememangnya akan mengundang kemurkaan Allah S.W.T.

“Sesiapa yang menyerupai satu puak, maka dia di kalangan mereka”

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Sewaktu upacara ini berlangsung, pasangan pengantin akan duduk di atas pelamin

dengan riak wajah yang telah dihias cantik oleh Mak Andam untuk dipertontonkan kepada

khalayak ramai. Apa yang lebih merisaukan apabila pasangan pengantin terutamanya wanita

menjalankan upacara tersebut dalam keadaan mendedahkan aurat. Aurat yang lazimnya

didedahkan oleh wanita ialah aurat di bahagian rambut selain memakai kostum

persandingan yang memperlihatkan susuk tubuhnya. Isu aurat dalam Islam merupakan

suatu isu yang sangat sensitif dan diambil serius. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas

melalui kalam Allah yang berbunyi:

“Katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan, supaya mereka merendahkan

pemandangannya dan menjaga kehormatannya dan jangalah mereka

memperlihatkan perhiasannya kecuali apa yang biasa lahir daripadanya dan

hendaklah mereka tutupkan tudungnya kelehernya. Janganlah mereka

memperlihatkan perhiasannya kecuali kepada suaminya, saudaranya, anak

saudaranya yang lelaki, anak saudaranya yang perempuan, perempuan muslimah,

hamba sahayanya, orang-orang yang mengikutnya diantara lelaki, yang tiada

berhajat (syahwat) kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum (ingin) melihat

aurat perempuan...”

(Surah An-Nur: 31)

Berdasarkan firman Allah ini, dapatlah difahami bahawa wanita perlu menjaga dan

memelihara auratnya daripada sebarang fitnah kerana fitnah yang timbul dari diri seorang

wanita membawa kepada implikasi yang kurang menyenangkan dalam suasana kehidupan

bermasyarakat. Selain itu, tabarruj juga merupakan amalan masyarakat Jahiliyyah pada

masa dahulu. Ustaz Abd. Latiff (1997) mentakrifkan tabarruj sebagai berhias untuk

dipamerkan. Hal inilah yang menyebabkan Islam melarang para penganutnya daripada

mengikutinya kerana amalan ini bercanggah dengan ajaran Islam.Dalilnya dapat dilihat

dalam surah Al-Ahzab.

Page 19: PENGENALAN (Autosaved)

“Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berdandan (berhias) seperti

dandan perempuan jahiliyah yang dahulu….”

(Surah Al-Ahzab :33)

Selain itu, tabarruj dilarang di dalam ajaran Islam kerana perbuatan lebih menyerupai

perbuatan sesuatu kaum yang jelas bertentangan dengan syariat yang dibawa oleh Nabi

Muhammad SAW.

Selanjutnya, upacara perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu

melibatkan perbelanjaan yang banyak dan besar. Situasi ini sememangnya mendorong

kepada gejala pembaziran dalam masyarakat. Persepsi masyarakat Melayu yang

mengganggap bahawa upacara walimatulurus perlu dianjurkan secara besar-besaran kerana

upacara ini hanya dilangsungkan sekali dalam seumur hidup. Oleh itu, perkara ini pada kaca

mata mereka tidak salah walaupun ia melibatkan isu pembaziran. Gejala ini dari perspektif

Islam sememangnya tidak dianjurkan. Hal ini kerana, selain mewujudkan gejala pembaziran,

gejala ini juga mampu memberikan pelbagai implikasi yang negatif dalam kehidupan

masyarakat. Sebagai contohnya, akan timbul sifat riak dan takbur yang berlebihan dalam diri

masyarakat. Sebagai orang muslim, kita tidak seharusnya mengjadikan pepatah “biar papa

asal bergaya” sebagai pendirian hidup kita. Kita seharusnya mengamalkan nilai

kesederhanaan sebagai prinsip hidup kita kerana Islam merupakan agama yang mudah dan

senang. Sebagaimana Allah S.W.T telah berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan”

(Surah al – A’raaf, 7: 31)

Malahan, Islam menggalakkan penganutnya untuk mengadakan walimatulurus

berdasarkan kemampuan sesebuah keluarga pengantin itu. Walau bagaimanapun, Islam

begitu mencela perbuatan yang membazir dalam setiap perkara yang dilakukan berdasarkan

ayat Al-Quran:

"Berikanlah kepada kaum-kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin

dan orang musafir dan jangalah engkau membazir(pemboros) dengan melampau”

(Surah Al-Isra:26)

Seterusnya, penulis dapat mengesan beberapa impak positif melalui adat

persandingan di dalam perkahwinan orang Melayu. Antaranya ialah, adat persandingan

dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga, sahabat handai dan juga

masyarakat sekampung. Perkara ini dapat dilihat melalui majlis walimatulurus di mana

Page 20: PENGENALAN (Autosaved)

semua penduduk kampung yang dijemput oleh keluarga pengantin akan menghadiri majlis

tersebut. Justeru, apabila seseorang itu menerima jemputan untuk menghadiri majlis

perkahwinan, hukumnya adalah wajib untuk menghadiri ke majlis yang diundang tersebut.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

"Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka

hendaklah dia menghadirinya." 

(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi sesetengah kampung, sebelum majlis walimatulurus berlangsung, penduduk

kampung akan datang ke rumah keluarga pengantin untuk membantu keluarga pengantin

menyiapkan apa yang sepatutnya. Perkara ini jelas membuktikan bahawa majlis

walimatulurus dapat merapatkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat sekampung.

Majlis walimatulurus ataupun lebih dikenali sebagai majlis kenduri-kendara adalah bertujuan

untuk memperkenalkan pasangan pengantin kepada masyarakat. Para tetamu akan

dihidangkan dengan pelbagai juadah sebagai tanda berterima kasih kerana sudi menghadiri

ke majlis perkahwinan tersebut. Sebelum tetamu meninggalkan majlis, mereka akan

diberikan hadiah kecil untuk dibawa pulang ke rumah sebagai tanda kenangan.

Justeru, terbukti bahawa dengan menghadiri jemputan perkahwinan, kita bukan

sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara masyarakat bahkan dapat

menambah serta memupuk kemesraan, kerjasama, sikap bantu membantu dan

mengukuhan perpaduan.

Page 21: PENGENALAN (Autosaved)

5.0 Rumusan

Jelaslah bahawa adat resam merupakan suatu isu yang penting sekiranya kita ingin

menggambarkan mengenai latar belakang sesuatu kaum. Fokus utama penulis adalah

mengenai adat resam perkahwinan orang Melayu. Secara tradisinya, setiap pasangan yang

ingin membina sebuah keluarga perlu melalui peringkat perkahwinan yang mana ia meliputi

beberapa adat yang lazimnya dilakukan oleh orang Melayu. Antaranya adat-adat tersebut

termasuklah adat merisik, meminang, bertunang, menghantar belanja dan akad nikah.

Adat merisik dijalankan untuk mengetahui bahawa adakah si gadis yang berkenaan

sudah berpunya atau pun tidak serta ingin memperolehi latar belakang keluarga gadis

tersebut. Adat meminang pula merupakan suatu upacara untuk membuat ikatan rasmi antara

seorang gadis dengan bakal suaminya. Adat meminang dilakukan apabila kedua-dua

keluarga bersetuju untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pasangan suami isteri.

Seterusnya, dijalankan pula adat menjemput di mana waris bakal pengantin iaitu ayah atau

ibu mahupun orang yang diwakilkan akan berjalan dari rumah ke rumah di kampung untuk

memberitahu tentang hari perkahwinan itu. Setelah sampai kepada tarikh yang telah

dijanjikan, dilangsungkan pula majlis akad nikah di mana pengantin lelaki perlu membaca

lafaz nikah dan mendaftarkan perkahwinan tersebut. Setelah itu, pasangan pengantin

tersebut akan melalui adat berinai.

Kemudian, adat seterusnya yang akan dilalui oleh pasangan pengantin tersebut ialah

adat bersanding. Adat bersanding merupakan fokus utama penulis di mana adat ini

merupakan adat kemuncak bagi sesuatu perkahwinan. Adat bersanding meliputi upacara

seperti menepung tawar dan menabur beras kunyit. Setelah selesai adat bersanding,

pasangan pengantin akan melalui adat berlimau sebagai menandakan penyatuan antara

suami isteri tersebut telah sempurna dan selamat. Sesudah itu, berlangsung pula adat

bertandang di mana kedua-dua pasangan pengantin akan disambut ke rumah pengantin

lelaki. Akhir sekali, keluarga pengantin akan mengadakan majlis kenduri kahwin bertujuan

untuk meraikan kehadiran pasangan suami isteri ke alam rumah tangga.

Di dalam penulisan ini, penulis turut menyatakan beberapa pengaruh luar yang sudah

terserap ke dalam adat perkahwinan orang Melayu. Antara pengaruh-pengaruh luar yang

dapat dilihat ialah pengaruh dari Hindu dan Barat. Pengaruh yang kita serap dari Hindu ialah

melalui adat bersanding manakala pengaruh dari Barat ialah melalui upacara memotong kek.

Seterusnya, penulis turut menyatakan beberapa kesan adat perkahwinan orang

Melayu dalam kehidupan seharian masyarakat. Penulis mendapati bahawa melalui adat

perkahwinan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung. Selain

Page 22: PENGENALAN (Autosaved)

itu, adat perkahwinan turut dapat memupuk rasa hormat-menghormati, saling bekerjasama

dan tolong-menolong.

Namun begitu, terdapat juga impak negatif yang dapat dikesan oleh penulis melalui

adat perkahwinan orang Melayu. Antaranya ialah mendorong kepada pembaziran di mana

pengantin mengadakan majlis kenduri secara besar-besaran sehingga berlakunya

pembaziran. Selain itu, akan wujud rasa riak dan takbur dalam diri keluarga pengantin

kerana mereka mampu melakukan majlis perkahwinan secara besar-besaran. Selanjutnya,

penulis dapat mengesan bahawa terdapat unsur khurafat di dalam adat persandingan di

mana upacara menepung tawar adalah bertujuan menambahkan semangat pengantin.

Tujuan adat persandingan juga adalah untuk mempertontonkan pengantin kepada hadirin.

Konsep ini telah disalah anggap oleh masyarakat kerana tidak ada salah nya sekiranya ingin

mempertontonkan pengantin kepada keluarga, namun akan timbul kontroversi sekiranya

pengantin dipamerkan di hadapan masyarakat umum. Amalan ini amat bercanggah dengan

ajaran Islam.

Tuntasnya, adat perkahwinan memberikan kita beberapa kesan yang postif dan juga

negatif. Sebagai umat Islam, kita harus tahu apakah peranan yang perlu kita mainkan untuk

menjadi muslim sejati. Islam menganjurkan perkahwinan yang mudah sebagaimana

pesanan Rasulullah S.A.W:

“Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya”.

.