pengenalan (autosaved).docx

26
PSIKOSOSIAL SUKAN 2013 1.0 Pengenalan Teori reversal mempunyai perkaitan dengan tahap kebimbangan atlit. Menurut Mohammed(1992), kebimbangan boleh didefinisikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang dan pelbagai emosi yang lain. Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa kuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada dia boleh atau mungkin dia tidak berupaya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan baik. Kebimbangan juga boleh diberikan pengertian sebagai satu perasaan yang terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada sesiapa sahaja yang mengalaminya (Mahoney dan Mayers (1989). Selain daripada kebimbangan yang mempunyai kaitan dengan teori reversal, kebangkitan juga memainkan peranan penting dan juga mempunyai kaitan dengan teori ini. Landers (1980), memberikan pengertian bahawa, kebangkitan merupakan suatu usaha untuk membina motivasi yang dapat menghasilkan kesungguhan terhadap tahap tingkah laku. Kebangkitan boleh didefinisikan sebagai satu tigkahlaku yang melibatkan tindakan fizikal dan fisiologikal oleh organisma iaitu manusia, melalui berbagai-bagai aktiviti yang berterusan sehinggalah kepada kewujudan perasaan emosi yang kuat terhadap keseronokan (Gould dan Krane, 1992; Malmo,1959). 1

Upload: puan-senang-hati

Post on 01-Jan-2016

94 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pengenalan

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

1.0 Pengenalan

Teori reversal mempunyai perkaitan dengan tahap kebimbangan atlit. Menurut

Mohammed(1992), kebimbangan boleh didefinisikan sebagai satu keadaan

negatif yang dialami oleh manusia dan merupakan gabungan antara perasaan

takut, seram, gentar, runsing, cemas, bimbang dan pelbagai emosi yang lain.

Perasaan cemas dan bimbang ini akan terus berlaku apabila seseorang itu

merasa kuatir akan kebolehan dan kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-

ragu sama ada dia boleh atau mungkin dia tidak berupaya untuk melakukan

sesuatu tugasan dengan baik.

Kebimbangan juga boleh diberikan pengertian sebagai satu perasaan yang

terlalu subjektif hingga membawa kepada keadaan yang tidak selesa kepada

sesiapa sahaja yang mengalaminya (Mahoney dan Mayers (1989). Selain

daripada kebimbangan yang mempunyai kaitan dengan teori reversal,

kebangkitan juga memainkan peranan penting dan juga mempunyai kaitan

dengan teori ini.

Landers (1980), memberikan pengertian bahawa, kebangkitan merupakan

suatu usaha untuk membina motivasi yang dapat menghasilkan kesungguhan

terhadap tahap tingkah laku.

Kebangkitan boleh didefinisikan sebagai satu tigkahlaku yang melibatkan

tindakan fizikal dan fisiologikal oleh organisma iaitu manusia, melalui

berbagai-bagai aktiviti yang berterusan sehinggalah kepada kewujudan

perasaan emosi yang kuat terhadap keseronokan (Gould dan Krane, 1992;

Malmo,1959).

1

Page 2: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

1.1 Kebimbangan, Kebangkitan Dan Prestasi Atlet

Pelbagai pendekatan atau hipotesis yang boleh menghurai serta

menerangkan mengenai kebimbangan serta perkaitannya dengan prestasi

sukan seseorang atlit. Antaranya ialah ‘Teori Drive’ (Dorongan) yang telah

diperkenalkan oleh Hull (1943) dan telah diubah-suai oleh Spence (1996).

Teori ini menyatakan prestasi wujud daripada kebangkitan dan maklumbalas

yang betul dan tidak betul.

Pada tahun 1980, Yerkes dan Dodson memperkenalkan ‘Hipotesis

Pembalikan U’ yang dinyatakan oleh Horn (1992) yang mana apabila

kebangkitan berlaku secara berterusan, maka prestasi atlit akan meningkat

serta juga akan mengalami penurunan secara beransur-ansur.

Menurut Duffy (1932) pula, peningkatan ketegangan otot akan menyebabkan

persembahan prestasi yang tidak memuaskan dan akibat daripada tekanan

ini, ianya akan mengurangkan tindak balas terhadap kelenturan otot dan tubuh

badan.

Klavora (1977), mengaplikasikan ‘Teori Pembalikan U’ didalam kajiannya bagi

mengenalpasti tahap prestasi atlit dikalangan pelajar lelaki yang bermain bola

keranjang yang mana hasil kajian tersebut mendapati, kumpulan subjek yang

mempunyai tahap kebimbangan trait dan tahap kebimbangan stet yang agak

sederhana akan memperoleh paling banyak mata dan menunjukkan prestasi

yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang mempunyai kebimbangan

yang agak tinggi.

2

Page 3: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

1.2 Teori Reversal

Bagi menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih untuk mengaplikasikan Teori

Reversal yang diperkenalkan oleh Smith dan Apter (1975) sebagai panduan

dalam mengatasi masalah berkaitan psikologi sukan pemain saya.

Teori ini dipopularkan oleh pakar psikologi Eropah iaitu Kerr (1985,1987)

telah mula diterima dan digunapakai oleh pengkaji-pengkaji seterusnya.

Menurut Apter (1984), teori ini lebih memberi fokus terhadap hubungan antara

kebimbangan dan kesan emosi sebagai rangka umum terhadap menjelaskan

personaliti dan motivasi.

Kebangkitan yang tinggi mungkin memberikan gambaran iaitu kegembiraan

sesuatu yang menyenangkan manakala kebimbangan adalah sesuatu yang

sebaliknya. Kedua-dua tingkah laku ini mempunyai kaitan yang rapat terhadap

peningkatan atau penurunan tahap prestasi seseorang atlet atau individu itu.

Dalam teori pembalikan U, hubungan kebangkitan dan suasana Hedonic iaitu

interpretasi seseorang hingga menjadikan mereka seronok atau tidak seronok

seolah-olah dalam bentuk ‘X’.

Bentuk ini menerangkan keadaan telic dan paratelic. Mod telic

menggambarkan perwatakan yang begitu serius ataupun berorientasikan

untuk mencapai matlamat atau goal manakala paratelic lebih kepada bermain-

main atau berorientasikan permainan (Apter, 1984).

Teori ini berpegang kepada suatu keadaan situasi iaitu dengan meningkatnya

kebangkitan boleh dianggap sebagai sesuatu yang membimbangkan atau

sesuatu yang menyeronokkan bergantung kepada ‘metamotivasional state’.

3

Page 4: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

1.3 Penekanan Teori Reversal

Teori reversal memberi kesan kebangkitan terhadap prestasi persembahan

semasa atlet, secara subjektif individu mesti mentafsir tahap kebimbangan ini.

Kedua-dua tahap kebangkitan ini sama ada tinggi atau rendah boleh dilihat

melalui pengalaman positif atau negatif seseorang atlit, ia juga bergantung

kepada situasi dimana kebangkitan berlaku, juga dikenali sebagai ‘anxiety

avoidance state’,( Kerr, 1985 & 1990 ).

Berdasarkan skala teori reversal, subjek dibahagikan kepada empat kumpulan

iaitu ‘high arousal – positif feelings’, ‘high arousal – negative feelings’, ‘low

arousal – positf feelings’ dan ‘low arousal – negative feelings’.

Walaupun begitu terdapat dua model dalam teori reversal ini iaitu ‘zone of

optimal functioning’ ( ZOF ) dan ‘catastrophe model’.

Menurut model ZOF ini, setiap individu mempunyai tahap optimum

kebimbangan pra prestasi yang mengakibatkan atau menghasilkan prestasi

memuncak, walau bagaimanapun jika kebimbangan prestasi wujud di luar

ZOF, sama ada terlalu tinggi atau terlalu rendah, prestasi akan terganggu dan

bertambah buruk ( Hanin, 1986 ).

ZOF berfungsi mengukur kebimbangan dan prestasi secara berulang-ulang

atau melalui ingatan semula tahap kebimbangan sebelum prestasi memuncak,

atlet yang berada dibawah tahap kebimbangan rendah kebiasaannya

mempamerkan persembahan tidak memberansangkan.

Atlet yang diatas tahap kebimbangan tinggi akan mempamerkan

persembahan terbaik bila berada di tahap ‘heightened state of arousal’.

4

Page 5: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2.0 JENIS PERMAINAN

Untuk menyiapkan tugasan ini, saya telah memfokuskan kepada permainan

gelanggang yang dimainkan secara berpasukan iaitu bola tampar. Bola

tampar ialah permainan berpasukan yang dimainkan oleh dua pasukan pada

satu-satu masa di mana sesebuah pasukan dibarisi oleh enam orang pemain

utama dan enam pemain simpanan.

Mata diperoleh dengan meletakkan atau memasukkan bola ke kawasan lawan

masing-masing. Para pemain hanya dibenarkan menggunakan mana-mana

anggota badan daripada bahagian atas pinggang untuk memukul atau

memainkan bola. Permainan bermula sebaik sahaja wisel ditiup iaitu selepas

undian untuk memulakan servis dilakukan.

Bagaimana pengiraan mata dilakukan? Di peringkat antarabangsa,

pertandingan dijalankan sebanyak 5 set. Di peringkat sekolah pula,

pertandingan atau permainan dijalankan dalam 3 set sahaja. Pasukan yang

paling banyak memenangi set permainan, akan diisytiharkan sebagai

pemenang.

Skor bagi permainan di peringkat antarabangsa dan kejohanan serta perlawan

bukan penentuan ialah 25 mata. Bagi perlawanan atas set penentuan,

skornya ialah 15 mata, dengan minimun kelebihan 2 mata.

Pemain yang membuat servis akan berdiri di sebelah belakang iaitu di

sepanjang garisan luar gelanggang. Servis perlu dilakukan dalam tempoh 5

saat selepas wisel dibunyikan. Servis dilakukan bergilir-gilir. Setiap pemain

(atas), berpeluang melakukan servis. Pemain yang menghasilkan mata

(bawah), akan berpeluang membuat servis sekali lagi dan seterusnya jika

markah diperoleh.

5

Page 6: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2.1 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ZON 1

PASIR PUTEH,KELANTAN

Pada 27 Febuari 2013, lalu pasukan Bola Tampar lelaki dan perempuan SK

Bukit Awang telah menyertai pertandingan Bola Tampar Sekolah Rendah

Peringkat Zon 1 Pasir Puteh,Kelantan bertempat di gelanggang bola tampar

SK Wakaf Raja, Pasir Puteh. Keputusan keseluruhan, pasukan perempuan

berjaya mendapat tempat ke tiga dalam daerah Pasir Puteh walaupun hanya

berlatih tidak sampai dalam 3 minggu. Alhamdulillah dan tahniah SKBA.

6

Page 11: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2.2 PERSONALITI ATLET

Bagi menyiapkan tugasan ini, saya memilih untuk mengkaji atlet bagi acara

bola tampar bawah 12 tahun yang mewakili sekolah ke peringkat daerah.

Beliau merupakan satu-satunya pemain bola tampar SK Bukit Awang yang

terpilih untuk mewakili daerah bersama-sama dengan pelajar dari sekolah

lain.

Berdasarkan rekod yang diperolehi daripada guru kelas 6M, Puan Badariah

dan hasil temubual saya dan Imtiaz, saya mendapati bahawa beliau adalah

murid yang cemerlang dari segi Kurikulum dan juga Ko-kurikulum.

11

Page 12: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

12

Nama :Imtiaz Najihah Bt Mohamad

Umur : 12 tahun (Darjah 6)

Asal : Kampung Bukit Awang,

Hobi : Bermain games, membaca

Cita-cita : Doktor Bedah

Pekerjaan bapa: Peniaga

Penolong Ketua Pengawas PerempuanSetiausaha Kelab MuzikNaib Pengerusi Kadet Pandu PuteriNaib Pengerusi Rumah Hijau100M, 4x 100M ( sekolah)Lompat Jauh (sekolah)Bola Tampar (daerah)Bola Jaring (sekolah)Hoki (sekolah)

Penglibatan Lain:

Akademik :

Anugerah Tokoh Nilam, 4A 1B sepanjang tahun 4, 5 dan 6

Page 13: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Beliau melibatkan diri dalam hampir keseluruhan sukan dan permainan di

sekolah. Setiap penyertaan beliau selalunya membuahkan hasil dan beliau

pasti akan memperolehi tempat samaada pertama, kedua atau ketiga.

Selain itu, menurut Imtiaz, abang dan kakaknya juga turut bergiat aktif dalam

bidang sukan. Imtiaz menjadikan kejayaan kakak dan abangnya sebagai

pembakar semangat untuk beliau melibtakan diri dengan aktif dalam bidang

sukan, terutamanya bola tampar.

Dapatan ini sedikit sebanyak membantu saya memahami personaliti Imtiaz

dengan lebih dekat lagi.

Menurut Imtiaz, apabila dia berjaya dalam sesuatu sukan atau permainan

yang disertainya, ayahnya akan memberikan dia insentif atau ganjaran berupa

wang tunai atau mebeli kelengkapan sekolah yang diinginkan oleh Imtiaz.

Itulah yang menjadi pendorong bagi Imtiaz untuk bersungguh-sungguh dan

berusaha dengan gigih untuk menjadi yang terbaik. Dari pemerhatian saya

juga, Imtiaz seorang yang cepat belajar. Beliau dapat menguasai kemahiran

yang di ajar dengan cepat dan sentiasa meningkatkan lagi tahap kemahiran

beliau.

13

Page 14: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2.3 FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI ATLET

Pembawaan Genetik

Genetik memainkan peranan yang penting dalam menentukan prestasi atlit

Kenyataan ini jelas telah dibuktikan oleh pencapaian keluarga Hj. Sidek.

Malaysia menjuarai semula Piala Thomas dalam permainan badminton

selepas 25 tahun dan separuh dari skuad tersebut dianggotai oleh anak-anak

Hj. Sidek (Razif Sidek, Jailani Sidek, Rashid Sidek dan Rahman Sidek).

Warisan memainkan peranan yang penting dalam prestasi kerana aras

maksima penggunaan oksijen bergantung kepada faktor genetik.

Bouchard etal (1992) merumuskan bahawa warisan memberikan varian di

antara 25-50% pada nilai penggunaan maksima oksijen. Berdasarkan kepada

fakta ini warisan sahaja bertanggung-jawab di antara ¼ - ½ dari jumlah

pengaruh terhadap prestasi. Smith et al. (1992) mencadangkan pembawaan

genetik perlu diberi perhatian yang serius dalam pemilihan pemain bola

tampar antarabangsa.

Beliau berpendapat adalah lebih mudah untuk melatih atlit yang mempunyai

keperluan genetik yang khusus terhadap sesuatu sukan kerana tindakbalas

terhadap program latihan ditentukan oleh faktor baka. Gualdi dan Graziani

(1993) berpendapat prestasi atlit dibatasi oleh beberapa faktor genetik dan

persekitaran.

14

Page 15: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Komposisi Badan

Komposisi badan memainkan peranan yang amat penting dalam menentukan

kejayaan atlit. Perkara yang mustahak di sini ialah "Fat Free Mass" dan "Fat

Mass". Jisim badan mesti sesuai dengan sukan dan bentuk badan yang ideal

untuk jenis sukan adalah pelbagai. Kepelbagaian bentuk badan adalah sesuai

untuk posisi yang berbeza dalam suatu jenis sukan umpamanya permainan

ragbi mempunyai "hooker", "prop", "forward" dan "three-quarter".

Atlit yang mengalami lebih jisim badan akan mengalami kemerosotan prestasi.

Oleh itu dengan hanya mempunyai bentuk badan yang sesuai sahaja belum

cukup untuk menjamin prestasi yang optima kerana manusia sukar diramalkan

tingkah lakunya.

Morfologi.

Morfologi berkait rapat dengan fisiologi dan biomekanik pergerakan badan

manusia. Tanner (1964) merumuskan bahawa adalah mustahil untuk atlit

mencapai kejayaan jika mempunyai bentuk badan yang tidak sesuai dengan

sukan yang diceburi.

Morphology merujuk kepada bentuk dan struktur badan Willmore dan Costill

(1994) dan biasanya dibahagikan kepada tiga komponen iaitu muscularity ,

linearity dan fatness

Setiap atlit mempunyai kombinasi yang unik dari ketiga-tiga komponen ini. Atlit

dalam sukan yang tertentu akan menunjukkan pengaruh yang kuat dari satu

komponen mengatasi dua komponen yang lain. Carter et al. (1982)

merumuskan bahawa kebanyakan atlit mempunyai keseimbangan di antara

muscularity dan linearity, tetapi muscularity kebanyakanya dimonopoli oleh

atlit lelaki.

15

Page 16: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Aktiviti (Jenis, Aras dan Posisi)

Acara sukan berpasukan, posisi pemain memerlukan saiz badan, ketinggian

dan fisiologi yang berbeza. Sebagai contohnya "hooker" adalah merupakan

pemain yang paling pendek di posisi "forward" dalam permainan ragbi.

Pemain utama dalam sukan bola keranjang adalah merupakan pemain yang

paling tinggi dan merupakan pemain yang mempunyai kemahiran yang luar

biasa. Furukawa (1974) merumuskan bahawa pemain professional bola

keranjang tidak mungkin dipilih kecuali mempunyai ketinggian 200 cm.

Aspek Fisiologi

Umumnya latihan akan meningkatkan prestasi dan melambatkan kelesuan.

Metabolisma badan perlu menyediakan tenaga yang cukup pada keadaan

yang diperlukan oleh otot yang bekerja. Oleh kerana itu faktor yang penting

adalah kebolehan atlit menggunakan tenaganya dengan cara yang berkesan

dan optima. Kebolehan atlit melambatkan kelesuan adalah disebabkan oleh

simpanan tenaga dalam badan.

Pemakanan

Faktor pemakanan tidak boleh disangsikan kepentingannya dalam

meningkatkan prestasi. Kebanyakan kes yang melibatkan kemerosotan

prestasi adalah akibat dari kelemahan program pemakanan. Oleh kerana itu,

atlit perlu mengambil kira penggunaan pemakanan optima dalam program

latihan mereka. Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang

dapat memberikan semua keperluan nutrient mencukupi untuk pemeliharaan

tisu, pemulihan dan perkembangan tanpa berlebihan (McArdle et al. 1996).

Terdapat banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan

keperluan nutrient untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan.

Badan atlit hendaklah ditala dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan.

Bagi mencapai hasrat ini, atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan

yang sempurna, tidur dan rehat yang cukup.

16

Page 17: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2.4 CARA MENGATASI

Tetapi setiap kali sebelum pertandingan, Imtiaz akan mengalami stress

ataupun gemuruh. Hal ini bukan sahaja menjejaskan fokus beliau, tetapi juga

turut menjejaskan rakan sepasukan yang lain. oleh itu, saya telah

mengaplikasikan panduan yang telah dicadangkan oleh Weinberg dan Gould

(1999) untuk mengawal dan mengurangkan rasa kebimbangan sebelum

pertandingan.

17

Cubalah untuk mengamalkan kemenangan dan fokuskan kepada berseronok dan jangan memikirkan mengenai hasil.

Berseronok semasa bertanding akan membantu pemain daripada menarik diri untuk bertanding.

Pemain merupakan orang yang menpunyai tugas yang harus diselesaikan secara berseronok dan bergembira. Kebanyakan peserta berasa ghairah untuk mengatasi tekanan.

Dengan ini, kita dapat melupakan tentang tekanan dan menikmati alam pertandingan.

Kita mestilah senyum apabila berada dalam keadaan tekanan. Dengan senyuman kita akan melarikan diri daripada situasi memulakan perasaan kebimbangan.

Page 18: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

18

Berlatih dalam keadaan yang dibuat-buat akan membuat atlit semasa menghadapi situasi sebenar. Kita boleh mencipta banyak keadaan semasa latihan.

Contohnya, dalam latihan bola tampar, saya telah menjemput pasukan dari sekolah lain untuk mengadakan perlawanan persahabatan. oleh itu, pemain telah didedahkan dengan situasi sebenar pertandingan.

Dengan ini atlit sedikit sebanyak dapat menyediakan diri untuk belajar menghadapi tekanan semasa pertandingan sebenar.

Imtiaz juga selalu mengadu bahawa apabila dia mengalami perasaan bimbang dan hilang tumpuan, pergerakannya akan menjadi lebih cepat.

Untuk mengatasi masalah ini, saya menyuruh Imtiaz mengurangkan pergerakan semasa latihan dan ini harus dilakukan berterusan agar semasa perlawanan sebenar, dia tidak banyak bergerak jika tidak perlu dan menumpukan kepada permainan.

Memikirkan mengenai apa yang akan terjadi selalunya menimbulkan dan menambahkan kebimbangan.

Page 19: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

19

Dalam permainan, perasaan sedih akan menambahkan lagi kebimbangan.

oleh itu, saya menasihati Imtiaz supaya tidak terlalu memikirkan kemenangan, sebaliknya relaks dan bermain dengan seronok.

Jadi fikirkanlah apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana boleh mengurangkan kebimbangan semasa bertanding.

Tidak dapat membuat keputusan boleh menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan.

Membuat keputusan pula boleh memberi tekanan dan semasa menghadapi pertandingan para pemain serta jurulatih perlu membuat keputusan.

Page 20: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

20

Jadi, atlit atau jurulatih perlu ada satu perancangan permainan yang lengkap atau strategi agar proses membuat keputusan akan menjadi lebiih mudah.

Mendengar muzik boleh menjadi tenaga tambahan sebelum kaset dengan alat pendengarnnya di telinga sebelum pertandingan.

Berlatih sambil mendengar muzik boleh menghasilkan keghairahan dan perasaan.

Biasanya pemikiran mempengaruhi pergerakan badan.

Contohnya, memperkatakan atau memikirkan mengenai perkataan-perkataan mood seperti kuat, pantas, keras, agresif, gerak dan hebat boleh memberi kesan kepada pergerakan.

Contoh lain seperti “Saya boleh lakukan.”

Page 21: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Selain itu, saya telah membuat rujukan dilaman web Institut Sukan Negara

dan mendapati bahawa terdapat empat kaedah yang bleh digunakan bagi

mengenalpasti masalah psikologi yang dihadapi oleh atlet dan seterusnya

meningkatkan prestasi atlet ke tahap yang maksimum.

1. Sesi Praktikal

Sesi ini adalah bertujuan untuk mendidik dan mengajar kemahiran psikologi

kepada atlet secara praktikal. Pengetahuan ini boleh digunakan oleh atlet

untuk mengatasi tekanan persaingan dan gangguan yang teramat semasa

pertandingan. Tekanan dan gangguan yang wujud ini adalah halangan utama

yang menmpengaruhi pencapaian sebenar prestasi Imtiaz semasa

pertandingan.

Antaranya ialah latihan pernafasan, regangan otot, imaginasi dan teknik

visualisasi. Saya amat menekankan keempat-empat latihan ini setiap kali

perlawanan. Jika berasa gementar, Imtiaz diminta menarik dan menghembus

nafas secara teratur, memanaskan badan dengan betul dan membayangkan

suasana pertandingan yang santai serta hadiah yang bakal diterima jika

menang.

21

1. Sesi Praktikal

2. Sesi Pendidikan

3. Perundingan Peribadi

4. Ujian dan penilaian

Page 22: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

2. Sesi Pendidikan

Sesi ini bertujuan untuk mendidik dan mengajar teknik dan kemahiran

psikologi kepada atlet. Antara aktiviti sesi pendidikan ialah penetapan

matlamat, motivasi, kerisauan , kawalan emosi, kawalan tingkah laku, kawlan

penumpuan, adaptasi strategi, penumpuan dalam sukan, imaginasi mental,

membina keyakinan diri serta semangat berpasukan.

Sesi pendidikan biasanya dijalankan setiap kali selepas latihan selama 20

minit. Kesemua pemain akan mengikuti sesi ini. Dalam sesi pendidikan ini,

saya lebih menumpuka kepada pembinaan keyakinan diri, matlamat serta

semangat berpasukan.

Pemain sentiasa diingatkan supaya menetapkan matlamat bagi perlawanan

yang akan dihadapi. Sebagai contoh juara, jadi pemain harus memikirkan

strategi yang sesuai semasa bermain, yakin dengan kebolehan diri sendiri

serta bermain sebagai satu pasukan.

Saya juga menekankan bahawa dalam permainan, pemain tidak boleh

menyalahkan orang lain jika terdapat kesilapan yang dilakukan, sebaliknya

memikul tanggungjawab bersama kerana gagal membantu rakan agar tidak

melakukan kesilapan.

22

Page 23: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

3. Pemerhatian Di Tempat Latihan Dan Pertandingan

Kaedah ini adalah untuk memerhati dan memahami tingkah laku sebenar atlet

semasa pertandingan. Hasil pemerhatian boleh digunakan sebagai pengukur

untuk berbincang denagn atlet dan jurulatih. Sesi ini berpandukan kepada

pelaksanaan kemahiran mental atau menilai potensi atlet melalui pemerhatian

kawalan emosi, sikap, kelakuan, tahap motivasi, keyakinan diri dan

sebagainya.

Untuk kaedah ini, saya memerhatikan setiap pemain ketika latihan

terutamanya Imtiaz. Melalui pemerhatian ini, saya mendapati bahawa Imtiaz

seorang yang berhati-hati ketika bermain dan menggunakan segala kemahiran

yang dipelajari serta menunjukkan prestasi yang terbaik.

Tetapi, setiap kali perlawanan persahabatan, Imtiaz mula menggelabah dan

gementar. Hal ini menyebabkan dia tidak dapat bermain dengan baik. Ini

menunjukkan bahawa kawalan emosi dan tahap motivasi Imtiaz agak lemah.

Oleh itu, saya memberi lebih penekanan kepada Imtiaz pada kaedah 2 dan 3.

Pengulangan kaedah ini secara berterusan menunjukkan perubahan dalam

aspek psikososial Imtiaz. Dia lebih yakin dan tenang dam perlawanan

walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri.

23

Page 24: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

4. Ujian dan Penilaian

Ujian dan penilaian ini bertujuan untuk memahami keperibadian atlet

dengan mendalam. Pelbagai inventori yang bersesuain boleh

digunakan untuk ujian dan penilaian seperti menjalankan ujian,

mengukur dan mentafsir jenis keperibadian seseorang atlet bagi

membantu meningkatkan prestasi atlet.

Untuk kaedah ini, saya menggunakan kaedah temubual secara tidak

langsung. Melalui kaedah ini, saya dapat mengetahu dengan lebih jelas

tentang Imtiaz.

24

Page 25: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Kesimpulan

Terdapat pelbagai cara yang dapat digunakan jurulatih dalam membantu atlet

melalui pelbagai situasi sukar sama ada sebelum, semasa atau selepas

pertandingan. Ini bertujuan untuk membantu atlet mencapai satu tahap prestasi yang

lebih baik.

Antaranya ialah Teri Reversal dimana aplikasinya yang tidak terlalu sukar akan

membolehkan seseorang atlet itu yang juga dibantu oleh jurulatih mencapai satu

tahap prestasi yang maksimum.

Melalui teori ini, jurulatih perlu bijak untuk menjadikan situasi latihan yang

membosankan kepada situasi yang menyeronokkan.

Mereka juga harus mempersiapkan diri serta bersedia didalam apa jua situasi yang

dihadapi oleh para atlet yang dilatih samada dengan menggunakan pendekatan teori

reversal ini atau pun teori-teori psikologi yang lain yang sesuai dengan masalah yang

dihadapi oleh para atlet.

Persediaan terhadap setiap situasi yang mungkin berlaku diharapkan sedikit-

sebanyak tidak dapat tidak, boleh membantu memaksimakan tahap prestasi

dikalangan atlet yang dilatih.

Sebenarnya kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepda kecergasan fizikal

sahaja kerana terdapat banyak faktor lain yang terlibat dalam pembentukan seorang

atlit yang berjaya. Pada kebiasaannya atlit yang berlatih dan bersedia dengan rapi

akan berjaya.

25

Page 26: Pengenalan (Autosaved).docx

PSIKOSOSIAL SUKAN 2013

Atlit mestilah secara sukarela menerima persaingan kerana pencapaian dalam sukan

adalah hasil hasil dari pernyataan kebebasan personel.

Faktor sosial, politik, identifikasi personel dan tindakbalas personel adalah faktor

penting dalam menentukan perlakuan manusia (Hans Lenk 1984). Atlit bertaraf dunia

biasanya merupakan mereka yang sukakan persaingan dan insan yang aktif. Oleh itu

sukan membawa kepada peluang yang penting kepada individu yang sukakan aktiviti

yang mencabar.

Oleh kerana itu sukan membawa kepada peluang yang penting kepda individu yang

sukakan aktiviti mencabar. Akhirnya atlit perlu mempunyai disiplin diri dan falsafah di

samping kecergasan fizikal untuk muncul sebagai juara

Kesemuanya bergantung kepada kebijaksanaan jurulatih itu sendiri serta sejauh

mana atlet dapat menyesuaikan diri dengan pendekatan yang digunakan oleh

jurulatih. Dalam meningkatkan motivasi atlet, kedua belah pihak harus bekerjasama

dan saling menyokong antara satu sama lain.

26