evidens pbs bm - b2

Upload: miszjane

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    1/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    1 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 2 - B2 DL1 E1

    Menceritakan perkara yang didengar

    Petikan :

    Pertubuhan Sukarelawan Belia

    Siapakah belia? Ada beberapa tafsiran tentang belia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa

    Bersatu mentakrifkan belia sebagai golongan masyarakat yang berusia dalamlingkungan antara 15 tahun hingga 25 tahun. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa

    belia ialah mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun. Di negara kita, belia

    ditakrifkan sebagai golongan masyarakat yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

    Sukarelawan pula ialah kumpulan masyarakat yang menjalankan kegiatan

    kemasyarakatan tanpa mengharapkan ganjaran.Mereka melakukan aktiviti tersebut

    dengan ikhlas dan sukarela.

    Terdapat banyak pertubuhan sukarelawan belia di negara kita. Antaranya

    ialah Persatuan Belia 4B. Biasanya, para belia menjadi ahli pertubuhan ini untuk tujuan

    tertentu. Ada antara mereka yang bergiat dalam pertubuhan sukarelawan belia hanya

    sebagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat. Mereka berasa puas apabila berjaya

    membantu orang lain. Terdapat juga belia yang bergiat dalam pertubuhan ini untuk

    mendapatkan pengalaman dan pengetahuan . Mereka mendapat pelbagai pengetahuan

    dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan yang disertainya. Sebagai contoh, dengan

    mengikuti program kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. Ada juga

    belia yang ingin mendapat kenalan melalui pertubuhan belia. Melalui pertubuhan ini

    mereka dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya, mempunyai

    cita-cita dan aspirasi yang sama.

    Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Melalui

    pertubuhan ini, belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi

    membantu masyarakatnya. Langkah ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan

    belia. Nilai tersebut termasuklah toleransi, kerjasama, rajin, perpaduan dan patriotisme.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    2/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    2 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    Walau bagaimanapun, dewasa ini, sikap sukarelawan dalam kalangan belia

    telah berkurangan. Hal ini berlaku kerana masyarakat lebih mementingkan

    material.Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan pembalasan yang berupa

    material. Akhirnya, beberapa pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan

    mati tak mahu.

    Usaha perlu dilakukan bagi menggalakkan golongan belia bergiat aktif dalam

    pertubuhan sukarelawan. Oleh itu, semua pihak perlu menggembleng tenaga bagi

    menggalakkan para belia kembali menghayati nilai kemasyarakatan yang wujud dalam

    adat resam bangsa seperti permuafakatan, kejiranan dan kekeluargaan. Barisan

    pemimpin pertubuhan belia hendaklah mempertahan konsep murni dalam masyarakat

    seperti masyarakat penyayang, masyarakat berbudaya dan tanggungjawab sosial.

    Sesungguhnya, pertubuhan sukarelawan belia berpotensi menjamin

    menjamin kesejahteraan masyarakat. Pertubuhan ini juga dapat membentuk beliamengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, setiap belia harus melibatkan diri dalam

    pertubuhan belia di tempat masing-masing.

    Soalan Lisan:

    1. Nyatakan maksud belia mengikut tafsiran di negara Malaysia?

    2. Apakah faedah yang diperoleh dengan menyertai pertubuhan sukarelawan di

    negara kita?

    3. Mengapakah belia kurang melibatkan diri dalam aktiviti sukarelawan?

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    3/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    3 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 2 -B2 DB1 E1

    Memberikan maksud perkataan yang terdapat dalam petikan.

    Petikan ( Buku Teks - hal. 117 ) :

    Pertubuhan Sukarelawan Belia

    Siapakah belia? Ada beberapa tafsiran tentang belia. Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu mentakrifkan belia sebagai golongan masyarakat yang berusia dalam

    lingkungan antara 15 tahun hingga 25 tahun. Ada pula pihak yang menyatakan bahawa

    belia ialah mereka yang berumur antara 18 tahun hingga 35 tahun. Di negara kita, belia

    ditakrifkan sebagai golongan masyarakat yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.

    Sukarelawan pula ialah kumpulan masyarakat yang menjalankan kegiatan

    kemasyarakatan tanpa mengharapkan ganjaran.Mereka melakukan aktiviti tersebut

    dengan ikhlas dan sukarela.

    Terdapat banyak pertubuhan sukarelawan belia di negara kita. Antaranya

    ialah Persatuan Belia 4B. Biasanya, para belia menjadi ahli pertubuhan ini untuk tujuantertentu. Ada antara mereka yang bergiat dalam pertubuhan sukarelawan belia hanya

    sebagai aktiviti kebajikan untuk masyarakat. Mereka berasa puas apabila berjaya

    membantu orang lain. Terdapat juga belia yang bergiat dalam pertubuhan ini untuk

    mendapatkan pengalaman dan pengetahuan . Mereka mendapat pelbagai pengetahuan

    dan pengalaman melalui aktiviti pertubuhan yang disertainya. Sebagai contoh, dengan

    mengikuti program kem jati diri mereka dapat mengenal pasti potensi diri. Ada juga

    belia yang ingin mendapat kenalan melalui pertubuhan belia. Melalui pertubuhan ini

    mereka dapat berkumpul dalam satu kumpulan masyarakat yang sebaya, mempunyai

    cita-cita dan aspirasi yang sama.

    Pertubuhan sukarelawan belia amat penting dalam masyarakat. Melalui

    pertubuhan ini, belia mempunyai wadah untuk menyalurkan idea dan tenaga bagi

    membantu masyarakatnya. Langkah ini dapat memupuk nilai murni dalam kalangan

    belia. Nilai tersebut termasuklah toleransi, kerjasama, rajin, perpaduan dan

    patriotisme.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    4/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    4 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    Walau bagaimanapun, dewasa ini, sikap sukarelawan dalam kalangan belia

    telah berkurangan. Hal ini berlaku kerana masyarakat lebih mementingkan

    material.Sesuatu pekerjaan dilakukan untuk mengharapkan pembalasan yang berupa

    material. Akhirnya, beberapa pertubuhan sukarelawan belia berkeadaan hidup segan

    mati tak mahu.

    Cari makna perkataan berikut :

    1. Mentakrifkan :

    _______________________________________________________

    2. Sukarelawan :

    _______________________________________________________

    3. Jati diri :

    _______________________________________________________

    4. Aspirasi :

    _______________________________________________________

    5. Toleransi :

    _______________________________________________________6. Patriotism :

    _______________________________________________________

    7. Material :

    _______________________________________________________

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    5/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    5 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    NAMA : ____________________________________________________

    TINGKATAN : _________________________ TARIKH : ____ / _____ /____

    BAND 2 - B2 DT1 E1

    Menulis jawapan soalan pemahaman dengan ayat yang gramatis .

    _____________________________________________________________________________________

    Baca petikan di bawah:

    Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa faktor manusia menjadi

    penyumbang besar kes kemalangan jalan raya. Namun, hakikatnya mereka yang

    terlibat dalam kemalangan sentiasa mencari alasan lain j ika ditanya punca

    kemalangan tersebut. Pemandu di negara ini mempunyai sikap yang buruk

    semasa di jalan raya. Mereka selalu menyalahkan o rang lain atau memberikan

    pelbagai alasan apabila berlaku kemalangan.

    Mengantuk semasa memandu menjad i punca u tama

    Kemalanga n. Pe mandu ya ng membuat perjalanan jauh sering mengalami

    kurang tidur. Hutang tidur menyebabkan prestasi mereka menurun,mood tidak baik,

    letih dan tidak mampu memberikan tumpuan semasa memandu.

    Kajian mendapati bahawa kira-kira 65 hingga 70 peratus penunggang motosikal

    tidak akur kepada lampu isyarat, terutama jika tiada kenderaan. Sikap mereka yang

    cuai ini membuktikan tiada kesedaran untuk mengelakkan kemalangan di kalangan

    pengguna jalan raya.

    Pemandu di negara ini amat mudah untuk mendapatkan lesen memandu

    berbanding di negara-negara maju. Prosedur untuk mendapatkan lesen yangbegitu mudah menyebabkan pemandu tidak menghargainya dan kurang

    kesedaran untuk mematuhi peraturan jalan raya.Justeru, t idak hairan jika

    wujud tabiatpemandu yang suka memandu laju, berlumba-lumba dan memaki hamun

    pemandu lain. Keadaan ini juga menjadi penyumbang kemalangan jalan raya di negara

    ini.

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    6/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    6 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK

    (Diubahsuaikan daripada Punca Nahas Jalan Raya,

    Berita Harian, 25 Julai 2003)

    SOALAN PEMAHAMAN :

    Jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

    1. Apakah faktor utama yang menyumbang berlakunya kemalangan jalan raya ?

    2. Apakah sikap buruk pemandu di negara ini?

    3. Bagaimanakah langkah-langkah untuk mengubah sikap buruk pemandu di jalan

    raya ?

  • 7/30/2019 Evidens Pbs Bm - b2

    7/7

    BAHASA MELAYU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( PBS ) 2012

    7 SABK MAAHAD AL TARBIAH AL ISLAMIAH, BATU 8 JALAN TRONG,34850 CHANGKAT JERING, PERAK