esemen sastera

27
1.0 PENGENALAN Kesusasteraan merupakan suatu cabang budaya yang utama, bukan sahaja berunsur keindahan, malah dalam keindahannya itu terkandung pula unsur-unsur falsafah, pengajaran, pendidikan, kiasan dan perbandingan hidup serta seni pemikiran. Karya sastera yang bermutu adalah hasil pengalaman jiwa, pemikiran serta perasaan pengarang. Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) mendefinisi kesusasteraan sebagai. kehalusan atau estetika dan bahasa berlandaskan kehalusan penciptanya serta keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad, keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan. Namun begitu,persoalan tentang definisi sastera ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan timbulnya kesedaran kebangsaan, maka usaha untuk memartabatkan warisan bangsa khususnya kesusasteraan Melayu tradisional giat digembleng. Usaha ini dimulakan dengan penubuhan Pusat Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. 1

Upload: anis-suraya

Post on 27-Oct-2015

165 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ESEMEN SASTERA

1.0 PENGENALAN

Kesusasteraan merupakan suatu cabang budaya yang utama, bukan sahaja

berunsur keindahan, malah dalam keindahannya itu terkandung pula unsur-unsur

falsafah, pengajaran, pendidikan, kiasan dan perbandingan hidup serta seni

pemikiran. Karya sastera yang bermutu adalah hasil pengalaman jiwa, pemikiran

serta perasaan pengarang.

Buku Pengantar Pengajian Kesusasteraan (DBP) mendefinisi kesusasteraan

sebagai. kehalusan atau estetika dan bahasa berlandaskan kehalusan penciptanya

serta keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga adalah

keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya. Menurut Ali Ahmad,

keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi asas bagi wujudnya hasil

kesusasteraan.

Namun begitu,persoalan tentang definisi sastera ini bukanlah satu perkara

mudah untuk dibicarakan tanpa bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana.

Ramai sarjana telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada

pengkaji dan pelajar kesusasteraan.

Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan timbulnya kesedaran

kebangsaan, maka usaha untuk memartabatkan warisan bangsa khususnya

kesusasteraan Melayu tradisional giat digembleng. Usaha ini dimulakan dengan

penubuhan Pusat Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Dewan Bahasa dan Pustaka

serta Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia.

Satu perkara yang perlu ditegaskan ialah walau bagaimana maju sekalipun

sesuatu masyarakat, ia masih memerlukan maklumat daripada hasil kesusasteraan

lamanya. Hasil kesusasteraan itu merupakan dokumen penting tentang maklumat

tamadun masa lampau masyarakat, terutama tentang pemikiran yang disanjung dan

dianggap sebagai pemberi pedoman kepada masyarakat silam. Dengan demikian,

sesuatu hasil kesusasteraan mestilah difahami terlebih dahulu dari segi konteks

hasilannya, masyarakat yang melahirkannya serta nilai-nilai yang diamalkan oleh

masyarakat tersebut.

1

Page 2: ESEMEN SASTERA

2.0 PERKEMBANGAN PROSA

Prosa Melayu moden terdiri daripada genre cerpen, novel dan drama.

Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingerwoods (1972:13), hubungan masyarakat

dan persekitarannya amat rapat dan saling melengkapi. Sastera yang terhasil

didorong oleh sumber-sumber yang terdapat di persekitaran sama ada bersifat

persoalan, isu-isu ataupun fenomena tertentu yang dipindahkan dari layar realiti ke

dalam coretan rasa, daya kreativiti dan pemikiran pengarangnya. Oleh itu, pemikiran

yang terungkap merupakan luahan atau kesedaran yang timbul akibat kepekaan,

keprihatinan serta pengalaman peribadi pengarang melihat dunia dan masyarakat

dari kaca matanya.

Kemunculan media massa berupa akhbar dan majalah pada penghujung

abad ke-19 dengan menggunakan alat cetak ciptaan Barat adalah babak

bermulanya kesusasteraan Melayu baru atau moden. Kecenderungan yang

diperlihatkan terhadap bahasa sebagai alat pengucapan melalui media massa ini

dirasakan semakin penting bagi menyerlahkan kepercayaan, nilai dan sentiment

masyarakat semasa.

Akibat meletusnya Perang Dunia Kedua, prosa Melayu moden terutamanya

penulisan novel seakan malap biarpun ketika itu telah tamatnya Perang Dunia

Kedua. Namun begitu, sehingga tahun 1950 telah muncul beberapa orang novelis

yang menghasilkan karya. Antara penulis tersebut ialah Harun Aminurrashid, Keris

Mas, Ahmad Bakhtiar dan Wijaya Mala.

Manakala penulisan cerpen berkembang pesat selepas kemerdekaan. Ramai

penulis baru muncul. Antaranya ialah A. Samad Said, Alias Ali, Hassan Ali, Arena

Wati, Shahnon Ahmad, Nora, Malungun, A. Shukur Harun, Kassim Ahmad, Rejab

F.I., Kala Dewata, dan Salmi Manja. Cerpenis-cerpenis baru yang muncul pada

tahun 1960-an termasuklah Khadijah Hashim, Abdullah Tahir, Ajikik, Norjaya, A.

Wahab Ali, S. Othman Kelantan, Affendi Hassan, dan Zakry Abadi. Faktor-faktor

yang berikut telah menyuburkan penulisan cerpen:

2

Page 3: ESEMEN SASTERA

i. Sumbangan wadah penyiar seperti Berita Minggu dan Mastika.

ii. Sumbangan badan sastera seperti Persatuan Penulis Nasional

(PENA).

iii. Sumbangan institusi pendidikan yang mengajar kursus kreatif.

iv. Pertambahan bilangan akhbar dan majalah.

v. Peraduan dan Hadiah Sastera (1971 – 1976).

Sehubungan itu, muncullah Fatimah Busu, Anwar Ridhwan, Azizi Haji

Abdullah, Zahari Affendi, Zurinah Hassan, Baharuddin C.D, dan Baha Zain. Di

samping itu, beberapa orang penulis telah menghasilkan kumpulan-kumpulan karya

masing-masing. Antaranya ialah Selesai Sudah oleh Shahnon Ahmad; Jalan ke

Puncak dan Dalam Pencarian oleh Norjaya; Kota ke Kota oleh Abdullah Hussein;

Jalan ke Matahari oleh A. Samad Said; Sendirian oleh Ajikik, dan Di Perhentian

Pertama oleh Abdullah Tahir.

Kegiatan drama berpusat di Singapura pada tahun 50-an. Badan-badan yang

menggiatkannya ialah Sriwana dan Perwana. Tokoh-tokoh drama yang menonjol

ketika itu ialah Salim Bachik, Fatimah Yassin, Kalam Hamidi dan Bani Buang. Di

Kuala Lumpur, Kala Dewata menulis Atap Genting Atap Rumbia. Usman Awang

menulis Tetamu di Bukit Kenny.

Sandiwara Radio yang mula disiarkan pada tahun 1946 diikuti dengan

Bangsawan di Udara dan cerita mata-mata gelap serta cerita dari Timur Tengah.

Penulis-penulis drama radio yang terkenal ialah Malina Manja, Othman Haji

Zainuddin, Adibah Amin, Zain Hamzah dan Norjaya. Pada tahun 60-an lahir penulis

skrip dan pengarah drama yang terkenal. Mereka ialah Syed Alwi, Noordin Hassan,

dan Hashim Yassin.

Turut muncul untuk menambahbaik karya drama ialah pengkritik seperti

Krishen Jit, Salleh Joned, dan Hatta Azad Khan. Dekad 70-an diwarnai oleh siri

Drama Minggu Ini melalui Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Peraduan Menulis

Skrip Drama Pentas anjuran DBP pada tahun 1978, dan Pesta Teater 1979. Drama

Bukan Lalang Ditiup Angin karya Noordin Hassan pernah disiarkan sebagai drama

TV. Begitu juga dengan drama Matinya Seorang Pahlawan oleh Usman Awang.

3

Page 4: ESEMEN SASTERA

Drama Anjang Aki karya A. Talib Mohd. Hassan memenangi hadiah ketiga peraduan

anjuran DBP. Antara drama yang muncul di dalam pesta teater ialah Umbut Keladi

Tiada Berisi karya Malina Manja dan Alang Rentak Seribu karya Syed Alwi. 

2.1 Novel

Novel baru sahaja diperkenalkan kepada masyarakat Melayu pada awal abad

ke-20. Berasal daripada perkataan “novella” dalam bahasa Itali yang membawa erti

“perkhabaran baru” atau “cerita yang pendek”, novel kemudiannya dikembangkan

oleh kesusasteraan Barat sehingga menjadi suatu bidang penulisan yang begitu

popular. Namun, mengikut Ian Watt, realisme merupakan ciri terpenting yang dapat

membezakan bentuk novel daripada karya prosa sebelumnya.

Konsep novel Melayu ialah cereka yang pada lazimnya memiliki tema

berunsur didaktik atau pengajaran yang jelas. Namun, ia terdedah kepada

transformasi unsur-unsur baru dari luar dunia Melayu, terutama pada novel Melayu

pasca Perang Dunia Kedua, apatah lagi zaman pascamerdeka. Oleh itu, yang

disebut novel ini adalah cereka Melayu yang menerima beberapa transformasi dari

sisi tema, latar, watak, plot, gaya bahasa, langgam penceritaan dan sudut

pandangan. Semua unsur dalaman ini bersifat bersifat terbuka kepada kemasukan

unsur baru dari luar, terutama dari Barat.

Novel-novel Melayu mula menyerlahkan perubahan yang agak ketara dari sisi

stail, perwatakan, perubahan tema, latar dan ini merupakan reaksi pengarang

terhadap fenomena kehidupan di tanah air mereka. Ada dua faktor penting yang

mencetuskan hal ini. Pertama, tertubuhnya ASAS 50 dan kedua, wujudnya

kesedaran di kalangan pengarang Melayu sendiri terhadap pemakaian bahasa

Melayu dan kepelbagaian tema serta teknik penyampaian. Ini ada hubungannya

dengan komunikasi Barat dalam mengenal kesusasteraan itu sendiri. Dua novel

yang penting dibicarakan ialah Corak Masyarakat (1953) oleh Remaja Malaya dan

Rumah Itu Dunia Aku (1951) oleh Hamzah.

4

Page 5: ESEMEN SASTERA

Novel-novel bercorak kemasyarakatan menyentuh tentang segala fenomena

kehidupan masyarakat yang membabitkan persoalan ekonomi/ kemiskinan,

kepimpinan desa, kehidupan berumah tangga, kasih sayang dan masalah moral. Di

antara novel yang berjaya mengemukakan fenomena ini ialah Rentong (1965),

Terdedah (1965), Rantau Sepanjang Jalan (1966), Protes (1967), Menteri (1967)

dan Perdana (1968) semuanya karya Shahnon Ahmad.

Novel-novel politik yang penting ialah Menteri dan Perdana oleh Shahnon

Ahmad, Patah Sayap Terbang Jua (1966), Tembuk Tidak Tinggi (1967) dan Kail

Panjang Sejengkal (1967) oleh A. Samad Ismail. Alias Ali melalui Krisis (1966) pula

memaparkan politik pilihanraya di Terengganu yang melibatkan kehidupan berpuak-

puak di kampung. Sementara Hassan Ibrahim menghasilkan novel satira politiknya,

Tikus Rahmat (1963).

Wujud beberapa buah novel dalam dekad 1960-an mengangkat peperangan

sebagai latar cerita, dengan penderitaan hidup manusia, terutama novel-novel di

tangan A. Samad Said seperti Salina (1961), dan Sungai Mengalir Lesu (1967). A.

Samad Said mempunyai kekuatan dan daya imaginasi yang amat kuasa untuk

membicarakan persoalan ini. Malah gambaran penderitaan hidup pada zaman

perang dilukiskan secara jelas.

Novel Sungai Mengalir Lesu pula hampir sama teknik penceritaan yang

digunakan oleh A. Samad Said. Hal ini terjadi oleh kerana jangka waktu proses

penulisan kedua-dua novel ini tidak sama. Gaya penceritaan di dalam Salina masih

terbawa-bawa di dalam novel ini. Ada peneliti sastera Melayu yang menganggap

novel berlatar belakangkan peperangan ini sebagai bercorak sejarah.

Pengarang-pengarang dan karya-karya novel yang penting dalam dekad

1970-an pula, antara lainnya ialah Shahnon Ahmad, Arena Wati, Abdullah Hussain,

A. Samad Ismail, Yahya Samah dan S. Othman Kelantan. Shahnon Ahmad

menghasilkan Srengenge (1973), Sampah (1974), Kemelut (1977) dan Seluang

Menodak Baung (1988).

5

Page 6: ESEMEN SASTERA

Beberapa orang pengarang baru muncul pada era ini, terutama melalui

sayembara Gapena. Antara mereka yang wajar disebutkan ialah A. Talib Mohd.

Hassan dengan Saga (1976), dan Anwar Ridhwan dengan Hari-hari Terakhir

Seorang Seniman (1979) yang masing-masing membawa tema pembangunan dan

kehidupan penglipur lara yang tabah melalui hidupnya.

Novel-novel Melayu dalam dekad 1980-an merupakan lanjutan

perkembangan sebelumnya dengan memperlihatkan keterlibatan Gapena yang

cukup konsisten menganjurkan sayembara. Sejumlah 301 buah novel diterbitkan

sepanjang dekad ini. Di antara novel yang serius ialah Sesudah Fajar Sebelum

Senja oleh Baharuddin C.D., Seorang Tua di Kaki Gunung (1982) karya Keris Mas.

A. Samad Said ikut menghasilkan novel seriusnya iaitu Daerah Zeni, Anwar

Ridhwan dengan Arus (1985) dan Shaari Isa dengan triloginya Lepaskan Aku

Kembali Ke Laut (1980). Sementara Arena Wati melalui novel Royan (1980) dan

Rontok (1980) menampilkan watak konvensional dan stereotaip yang

mengusahakan tanah seperti juga Abdullah Hussain dengan novelnya Buih di Atas

Air (1980) dan Konserto Terakhir (1980).

Dekad-dekad mutakhir ini penghasilan novel terus berkembang di tangan

novelis-novelis dengan pengutaraan pelbagai tema seperti korporat, politik di

samping tema-tema kemasyarakatan dan agama. Antara novel yang bertemakan

korporat termasuklah Menongkah Lumrah (1996), dan Awang Kirana Mudir Besar

(1996) karya Azmah Nordin, Begawan (1996) karya Arena Wati dan Pei Pan (2002)

karya Ramli Awang Murshid. Tema ini merupakan suatu yang baru dalam

perkembangan novel negara. Tema politik masih digarap oleh Shahnon Ahmad

dengan novel-novelnya Sultan Baginda (1989). Patriarch (1991), Shit (1999), Nurul

Anak Papaku (1999) dan Muntah (2000). Azmah Nordin dengan Halusinasi (1995),

Mohd Affandi Hassan dengan Aligupit (1993), Rahman Shaari dengan Tokoh

Terpilih dan Tirai Tokoh (1997). Begitu juga dengan tema yang sama, Azizi Haji

Abdullah tampil dengan Kawin-kawin (2002) manakala Arena Wati dengan Trilogi

Busa (2003).

6

Page 7: ESEMEN SASTERA

Jelas kepada kita betapa perkembangan novel Melayu Malaysia dari tahun ke

tahun semakin meningkat mutunya terutama jika dilihat pada novel A. Samad Said

dengan Hujan Pagi (1996), Arena Wati dengan Sakura Mengorak Kelopok (1987),

Anwar Ridhwan dengan Arus (1985) dan S. Othman Kelantan dengan Juara (1976).

Kejayaan mereka ini didampingi oleh pengarang-pengarang baru seperti Khadijah

Hashim, Zaharah Nawawi, Baharuddin Kahar dan A. Talib Hassan.

2.2 Cerpen

Menerusi akronimnya, cerpen terhurai sebagai cereka pendek. Cereka

pendek itu ialah plot atau jalinan peristiwa yang relative mudah dan sedikit

berbanding novel. Jumlah watak yang mendiami dunia sebuah cerpen tidak seramai

jumlah watak novel. Sebagai suatu genre sastera, cerpen juga adalah suatu wacana

yang memiliki ciri-ciri tersendiri. Secara rasmi, sejarah sastera kita mencatat bahawa

cerpen pertama kalinya terbit pada tahun 1920 hasil tulisan Nor bin Ibrahim Al-

Madarasi, dalam majalah Pengasuh bertarikh 4 Februari 1920 dengan judul

“Kecelakaan Pemalas”.

Cerpen mengubah sedikit struktur penceritaan iaitu daripada bentuk lisan

kepada tulisan, daripada plot mudah kepada kompleks, dengan kecenderungan

nonkronologis serta berpijak di atas bumi nyata. Maksudnya mengurangkan unsur-

unsur fantasi yang kurang praktis untuk kehidupan sehari-hari pada zaman moden

kini. Aliran realisme diberi tekanan sebagai mengambil alih aliran-aliran awal seperti

klasikisme dan romantisisme yang meninggalkan kesan dramatik serta melankolik.

Perkembangan penulisan cerpen Melayu dari awal hingga ke hari ini,

perubahan terjadi mengikut peningkatan pendidikan di kalangan penulis dan

pembacanya. Perkara ini juga ada perkaitannya dengan pertumbuhan institusi

pengajian tinggi yang menawarkan penulisan persuratan Melayu serta kajian ke

atasnya. Kurikulum pendidikan sastera di peringkat sekolah turut mempertingkatkan

kreativiti kerana sorotan dalam kritikan formalistik yang diperkenalkan di sekolah

membantu proses pemasyarakatan dan penghayatan yang lebih teratur dengan

kesan-kesan positif di hujungnya.

7

Page 8: ESEMEN SASTERA

Selepas merdeka, cerpen-cerpen Melayu memperlihatkan beberapa

percubaan dan penyimpangan yang agak menonjol khususnya dari sudut langgam

penceritaan dan struktur pembinaan cerpen. Pengarang-pengarang pada waktu ini

lebih peka, kreatif, inovatif dan diperkuatkan dengan bakat dan keintelektualan

mereka. Selain itu, dalam konteks wadah sama ada berbentuk elektronik mahupun

cetakan juga memainkan peranan yang cukup besar bagi sejarah perkembangan

cerpen Melayu pada tahun tersebut dan memberikan sumbangan yang bermakna.

Pada tahun 60-an, munculnya beberapa buah akhbar dan majalah baru sama

ada terbitan mingguan, bulanan mahupun berkala beriringan dengan akhbar-akhbar

dan majalah-majalah yang terbit sebelumnya dan masih berperanan dan

mengembangkan genre cerpen Melayu pada tahun-tahun tersebut. Antara majalah-

majalah dan akhbar-akhbar itu ialah Berita Minggu (1960), Dian (1961), Dewan

Masyarakat (1963), Penulis (1964), Mingguan Malaysia (1964), Santa Jiwa (1964)

dan Gema Dunia (1962).

Pada tahun 60-an ini juga terdapat kira-kira enam puluh buah antologi dan

kumpulan cerpen Melayu telah diterbitkan oleh beberapa penerbit pada tahun

tersebut. Antaranya yang menarik dan mengandungi cerpen-cerpen yang bernilai

yang dihasilkan oleh penulis cerpen terkenal tanah air ialah Angin Retak (1966),

Badan Piatu Di Rantau Orang (1965), Burung Badai (1967), Cerita-cerita Pendek

DBP (1961), Dari Bayang ke Bayang (1966), Daun-daun Berguguran (1962), Debar

Pertama (1965), Degup Jantung (1963), Di Laut dan Di Darat (1964), Johor Baru

(1967), Mastura (1967), Pendakian (1966), dan Panorama (1966). Oleh itu, badan-

badan penerbitan itu telah berhasil membukukan sebahagian daripada cerpen-

cerpen Melayu dari akhbar dan majalah.

Suasana perkembangan cerpen Melayu dalam tahun 60-an dipesatkan lagi

dengan adanya peraduan atau sayembara mengarang cerpen yang dianjurkan oleh

beberapa badan tertentu, seperti badan-badan penulis, penerbit-penerbit atau

institusi-institusi. Contohnya antologi 10 Cerpen Masyarakat yang diusahakan oleh

Penerbitan Utusan Melayu yang mengandungi empat buah buku dan diterbitkan

secara bersiri ini telah memenangi peraduan mengarang cerpen bulanan anjuran

Utusan Melayu.

8

Page 9: ESEMEN SASTERA

Peningkatan daya kreativiti dan daya kepekaan berlaku di kalangan para

penulis cerpen Melayu sejak munculnya genre cerpen dalam kesusasteraan

kesusasteraan Melayu moden. Cerpen-cerpen yang dihasilkan pada setiap tahun

menonjolkan kelainan atau penyimpangan dalam bentuk persembahan dan teknik

pengolahannya berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya

Perubahan ini dilakukan oleh penulis muda yang sedang membina nama dan

penulis yang memang telah mantap pada tahun-tahun sebelumnya, antaranya ialah

Shahnon Ahmad dengan cerpennya “Kalau Ibu Sampai Takah Tiga” Dewan Sastera

Disember 1971. “Tak Karuan” Dewan Sastera April 1973 dan “Kelapa Nan

Sebatang” Dewan Sastera September 1973, Ali Majod cerpennya “Hari” Dewan

Sastera Ogos 1970 dan lain-lain lagi.

Apabila memasuki dekad 1980-an, perkembangan cerpen Melayu ada kaitan

dengan perkembangan sebelumnya baik dari aspek tema mahupun struktur

penceritaanya. Era ini memperlihatkan penglibatan institusi kewangan/ industry yang

aktif memberi dana terutama dalam pelbagai bentuk sayembara. Di antara institusi-

institusi itu ialah Jabatan Perdana Menteri, Public Bank, Utusan Melayu dan

Maybank. Era ini juga munculnya karya-karya cerpen eksperimen yang cukup

menggalakkan di kalangan penulis-penulis veteran seperti Shahnon Ahmad, Othman

Puteh, Mana Sikana, Anwar Ridhwan, di samping pengarang baru seperti Zaen

Kasturi, Wan Yusof Hasan dan Azmah Nordin. Antara antologi cerpen itu ialah

Menara 1-3 (1983), Tiga Dunia (1989), Bara Batu (1984) dan Mimpi Rakyat (1985).

2.3 Drama

Terdapat dua cabang kesenian dalam drama iaitu seni sastera dan seni

pentas. Sesebuah drama yang ditulis dikatakan hanya akan sempurna penciptaanya

apabila ianya dipentaskan. Drama mempunyai perbezaan dengan genre sastera lain

kerana daripada perspektif struktur dan persembahannya ia menuntut dua tahap

penciptaan iaitu penulisan skrip dan pementasan.

9

Page 10: ESEMEN SASTERA

Genre drama terdiri daripada dua komponen yang bergabung dalam kreativiti

penciptaannya. Komponen tersebut termasuk penulisan skrip (drama) dan

pementasan (teater). Drama bermaksud satu lukisan hidup manusia yang

‘dimainkan’ di atas pentas (H.B. Jassin, 1983). Aristotle pula menyebut drama

sebagai ‘aksi manusia yang ditiru’ (H.D. Albright, et al. 1968:148).

Pada tahun 1960-an, kegiatan pementasan dan pembukuan drama berjalan

dengan baik. Dalam dekad ini terbit beberapa buah buku seperti Persuratan Melayu

III: Drama dan perkembangan Bahasa Melayu, yang ditulis oleh A.H. Edrus pada

tahun 1962 dan Sejarah Seni Drama yang dihasilkan oleh Tengku Syed Abd. Kadir

dan Zen Rosdy pada tahun 1963.

Dramatis-dramatis Melayu yang mengukir nama di dalam penulisan skrip

drama dekad ini ialah Usman Awang, A. Samad Said dan Awang Had Salleh.

Pengkarya-pengkarya yang turut bertindak mementaskan drama mereka sendiri

ialah Kala Dewata, Malinja Manja, A. Ghafar Ibrahim dan Othman Haji Zainuddin.

Konsep pementasan drama realisme dapat dianggap sebagai satu konsep dalam

bentuk pesanan kepada masyarakat supaya mengambil sikap bertanggungjawab

kepada negara.

Pada tahun 1970-an telah menyaksikan satu perubahan dengan munculnya

golongan penulis yang melanggar konvensi karya drama-drama realisme. “Bukan

Lalang Ditiup Angin” arahan Noordin Hassan mempelopori drama-drama anti-

realisme atau absurdisme. Kehadirannya disambut meriah dan menjadi gerakan

yang agak besar.

Pada tahun 1980-an pula, drama Malaysia hampir-hampir tenggelam tidak

tentu arah, tiada identity dan zamannya seakan-akan kepada realisme. Di awal

dekad 80-an juga menampakkan penerapan unsur-unsur Islam di dalam drama

Melayu apabila Noordin Hassan meneguhkan “Teater Fitrah” nya dengan

menghasilkan pula “1400” pada tahun 1982. Majalah Dewan Sastera pula

berperanan dalam menyiarkan drama-drama karya penulis drama dan juga kritikan

drama.

10

Page 11: ESEMEN SASTERA

Memasuki dekad 1990-an, drama Malaysia menunjukkan tanda-tanda yang

sangat memberangsangkan. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada

perkembangannya iaitu Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan telah

mewujudkan pementasan drama di MATIC dan kemudiannya Panggung Seni

dengan perbelanjaan pementasan drama ditanggung oleh kerajaan. Dengan adanya

kegiatan di kedua-dua tempat ini bererti para penulis akan menyediakan skripnya,

malah mereka turut mengarah dan mementaskannya.

Terdapat beberapa peraduan menulis skrip drama telah dianjurkan, di

antaranya oleh GAPENA dan TEMA di mana sambutannya amat menggalakkan

yang akhirnya menghasilkan beberapa skrip drama yang baik (Mana Sikana 1997).

Di antaranya “Wayangan Mak Nang” oleh Wan Ahmad Ismail, “Peran” oleh Noordin

Hassan, “Projek Besar” oleh Dinsman, “Raja Lawak” oleh Zakaria Ariffin dan

sebagainya.

Perkembangan drama mutakhir baik dari segi penulis skrip mahupun

pementasannya pada dasarnya banyak dipengaruhi oleh kemunculan teori-teori

baru. Ambang era pascamoden dalam jagat sastera mempengaruhi corak dan

bentuk drama. Antara corak dan bentuk drama yang berkembang itu ialah teks-teks

drama intertekstual, semiotik, parody dan sebagainya.

11

Page 12: ESEMEN SASTERA

3.0 PERKEMBANGAN PUISI

Puisi ialah karangan berangkap yang disusun mengikut perkataan-perkataan

tertentu dengan menggunakan irama, bunyi dan kiasan-kiasan yang berkesan. Ia

merupakan alat pengucapan fikiran dan perasaan yang terindah dan

mempersonakan. Puisi juga mementingkan kehalusan dan keindahan. Bahasanya

diukir daripada perkataan-perkataan yang indah, disusun mengikut peraturan-

peraturan tertentu dengan bentuk irama yang menarik lagi memikat.

Perkara yang menjadi pegangan utama ialah ekspresi jiwa. Bahasa, bentuk

irama dan kepenyairan harus tunduk pada cetusan jiwa penciptanya. Puisi moden

mempunyai satu falsafah yang tersendiri, iaitu ia tidak mahu dikongkong oleh apa-

apa peraturan khusus seperti bentuk puisi lama atau tradisional. Puisi moden ini

lebih dikenali sebagai sajak. Ia dikatakan baru atau moden kerana ia memiliki sifat-

sifat yang tidak begitu terikat kepada bentuk-bentuk puisi lama yang dianggap lebih

ketat dan mengongkong.

Pernyataan fikiran penyair disebarkan secara bebas dan dinamis. Perasan

dan curahan hati mereka dapat dilahirkan dengan yakin dan puas. Segala yang

diucapkan terasa lunak, licin, segar, indah, bebas dan bertenaga. Pada dasarnya

puisi moden masih berupa karangan berangkap walaupun cara penulisannya baru.

3.1 Sajak

Sajak dikenali oleh masyarakat Melayu pada awal dekad 1930-an daripada

istilah Arab saja’ yang bererti persamaan bunyi. Namun “sajak” bukanlah satu genre

sastera Arab. Ianya hanyalah perkataan yang memberikan satu daripada beberapa

ciri puisi mereka daripada genre qasidah, berzanji, nazam, rubai, masnawi dan lain-

lain. Oleh kerana rangkap-rangkap puisi yang dicipta pada era itu bersajak terutama

pada hujung baris dengan asonansi atau aliterasi, maka nama sajak mulai melekat

pada panggilan khalayak sastera pada masa itu.

12

Page 13: ESEMEN SASTERA

Sajak terawal yang terbit di Tanah Melayu dikenal pasti dan diakui pengkaji

sejarah sastera Melayu sebagai “Di Tengah Segara” hasil pena Pungguk (nama

samara bagi Muhammad Yasin Maamor) yang tersiar dalam Majalah Guru, Jilid 10,

12 Disember 1933. Pada masa itu beliau bertugas sebagai editor Majalah Guru di

samping mengajar guru-guru pelatih di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung

Malim.

Satu kajian ilmiah oleh Ali bin Ahmad yang telah diterbitkan oleh Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada tahun 1974 telah memperincikan tema-

tema pilihan para penyair 1934-41 daripada lima wadah popular iaitu Majalah Guru,

Majalah Idaman, Majalah Saujana, Mingguan Warta Ahad dan Mingguan Warta

Jenaka. Kajian ini sungguh besar maknanya terhadap sejarah pertubuhan dan

perkembangan sajak Melayu.

Menurut hasil kajian itu, para penyair amat cenderung kepada beberapa tema

yang akrab dengan pengetahuan serta pengalaman peribadi mereka. Di antara tema

popular masa itu termasuklah pengajaran moral dan pendidikan terhadap muda-

mudi, cinta muda-mudi, intropeksi diri dan memuja keindahan alam. Selainnya

terdapat juga tema tentang nasib bangsa, perubahan masyarakat, wanita, cinta

tanah air, perang dan damai serta ketuhanan.

13

Page 14: ESEMEN SASTERA

4.0 IMPAK TERHADAP DUNIA PENDIDIKAN

Seni sastera menjadi nadi kepada tamadun bangsa mestilah boleh

menyumbang ke arah pembinaan budaya yang besar melalui dunia pendidikan. Ciri-

ciri kesusasteraan memperlihatkan wawasan yang jelas dan benar,

mempertahankan kehalusan kesenimanan, mengadunkan pandangan alam dan

garapan seni yang tinggi, dengan analisis dalam penerokaan setiap aspek

keinsanan, boleh menghayati pergolakan jiwa dan emosi watak-watak yang

ditonjolkan dan berketerampilan dalam penggunaan gaya bahasa sasteranya.

Melalui sastera sesiapa juga dapat dididik menjadi pemikir dan pemerhati

yang tajam lagi kritis mentafsir pengalaman-pengalaman yang bermakna serta dapat

mencabar daya kreatif pihak yang mengukir karya sastera. Selaras dengan sastera-

sastera agung dunia, kesusasteraan kita mestilah merupakan sumbangan untuk

memahami segala aspek kemanusiaan tanpa mengenepikan estetik dan idealisme.

Secara jelas, segala kegiatan kehidupan pada zaman moden ini bersifat khusus.

Sastera Melayu dewasa ini jelas dimajukan sebagai salah satu mata

pelajaran yang diperkenalkan di semua peringkat pendidikan sekolah secara formal.

Atas dasar itulah Kementerian Pendidikan melakukan pembaharuan yang drastik

dengan memasukkan komponen sastera dalam subjek Bahasa Melayu. Disebabkan

subjek ini merupakan subjek wajib yang diambil oleh semua pelajar Tingkatan Satu

hingga Tingkatan Lima, falsafah dan pendidikan diajar dan dikaji semoga dapat

diterapkan dalam pemikiran pelajar tanpa mengira kaum dan aliran pelajaran

mereka. Cadangan menjadikan sastera Melayu sebagai satu mata pelajaran di

universiti juga harus difikirkan bagi mendidik akal budi manusia.

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan

pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi.Ini kerana

dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan

Malaysia (STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-

soalan peperiksaan.

14

Page 15: ESEMEN SASTERA

Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada

berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan

pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan

maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan

pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas

dan bahasa yang baik. Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya

penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah

diperoleh daripada bahan-bahan tersebut. Pengajaran skema sastera secara

terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan

pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan.

Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk

mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat

inferens, mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat

misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam

pembelajaran bahasa. Nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera

kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi

semantik mahupun pragmatik. Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa

Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat

dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut.

Ramai sarjana berpendapat antaranya Shahnon Ahmad menyatakan,

pendidikan kesusasteraan ini penting dalam peranannya membina pemikiran dan

sahsiah manusia kerana dalam kesusasteraan itu banyak mengandungi unsur-unsur

mendidik nilai kemanusiaan yang tinggi. Disamping itu kesedaran akan pentingnya

penggunaan bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu kepada murid-murid sekolah dan pelajar IPT memang sudah

dirasakan sejak dari zaman sebelum perang lagi.

Bahan-bahan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu sama ada sebelum atau selepas semakan kurikulum Bahasa

Melayu yang mula dilaksanakan pada tahun 2003 itu, digunakan untuk:

15

Page 16: ESEMEN SASTERA

Membangkitkan minat dan kesedaran murid tentang bentuk bahasa yang

komunikatif dengan kepelbagaian kosa kata, frasa, ungkapan dan struktur

ayat.

Membentuk kepekaan murid tentang kelainan, keindahan, kekreatifan,

kerasionalan, keintelektualan, kesaintifikan, keunikan atau kebitaraan mutu

dan gaya bahasa kesusasteraan Melayu yang memiliki ciri menghibur atau

sebagainya.

Meningkatkan kesedaran dan menghayati nilai-nilai moral dan etika yang

wujud dalam teks kesusasteraan Melayu klasik dan moden sama ada yang

berbentuk prosa mahupun puisi.

Memupuk dan membangkitkan minat membaca karya-karya lain.

Memperlihatkan isi dan mesej yang sesuai dan mudah difahami.

Menyedari kepentingan ilmu pengetahuan dan cerita tentang pelbagai aspek

budaya dan kehidupan masyarakatan.

Menguasai bahasa figuratif secara tersurat dan tersirat baik yang

berhubungan dengan aspek fonologi, morfologi, sintaksis semantik, pragmatik

dan selok-belok bahasa Melayu yang lain.

Dengan demikian, segala unsur yang bersifat positif itu amat bersesuaian

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, untuk pembinaan sahsiah dan

memperkembangan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Unsur-

unsur kesusasteraan Melayu yang cuba diserapkan dalam pendidikan Bahasa

Melayu memainkan peranan yang penting dalam membentuk budi pekerti yang

mulia, jati diri, bertanggungjawab dan berkeupayaan bagi mencapai kesejahteraan

dan citra diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara. Hal seumpama itu pernah dijelaskan oleh para

sarjana tempatan dan luar negara.

16

Page 17: ESEMEN SASTERA

Selain itu, antara pandangan yang menarik tentang kepentingan

kesusasteraan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu ialah murid-

murid berpeluang untuk membina nilai-nilai murni dan pembinaan sahsiah yang

mulia. Di samping itu, murid-murid yang gemar dan rajin membaca karya

kesusasteraan Melayu atau yang selalu terdedah dengannya didapati lebih

memahami maksud karya kesusasteraan Melayu yang dibacanya, khususnya

tentang realiti kehidupan. Malahan, dengan membaca karya kesusasteraan Melayu

mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan insan lain secara kreatif dan

kritis seperti yang digambarkan dalam karya yang dibacanya itu, lebih-lebih lagi

apabila bentuk, isi dan mesejnya ialah yang berkaitan dengan perihal masyarakat

dan nilai-nilai kehidupan.

Bahkan, jika mereka selalu terdedah dengannya, mereka akan memperoleh

wadah pemikiran dan erti sebenar sesuatu karya kesusasteraan Melayu. Dengan

demikian, individu yang membacanya akan timbul perasaan seronok akan sesuatu

karya itu. Kesukaan dan kecintaan yang mendalam terhadap karya kesusasteraan

Melayu menjadi punca utama baginya untuk membaca karya-karya kesusasteraan

Melayu lain seterusnya.

17

Page 18: ESEMEN SASTERA

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, bahan kesusasteraan dapat menjadi agen bagi memupuk

minat membaca dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Berdasarkan kajian-kajian

yang telah dibuat membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam

pembelajaran bahasa. Sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan

menggalakkan pembelajaran bahasa. Nilai kesusasteraan terletak pada aspek

instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa,

sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik.

Bahasa merupakan akal budi sesuatu bangsa. Kemajuan bahasa menjadi

lambang dan cermin kemajuan bangsa dan negara. Melalui bahasa dapat dikenal

pasti alur pemikiran, budaya dan sastera sesuatu bangsa. Bahasa mempunyai

pertalian yang begitu rapat dengan pola pemikiran sesebuah masyarakat kerana

bahasa berperanan sebagai penggemblengan jati diri budaya yang diwartakan

melalui sastera. Realiti ini telah ditemui dan dihadapi oleh bahasa Melayu sebelum

dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan dan komunikasi.

18

Page 19: ESEMEN SASTERA

RUJUKAN

A. Wahab Ali. (1998). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Selangor:

Usaha C & L Sdn. Bhd.

Abdullah Tahir, Khoo Kay Kim. (1985). Sastera dan Sasterawan III. Kuala Lumpur:

United Selangor Press Sdn. Bhd.

Aripin Said. (1996). Prosa Warisan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmad. (1990). Budaya Bahasa (II) Kesusasteraan Prosa. Kuala Lumpur: Siri Bunga

Rampai Kebudayaan Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur:

Majlis Peperiksaan Malaysia 2003.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2006). Sejarah Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Din Senu. (2010). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Moden. Diakses daripada

http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/perkembangan-

kesusasteraan-melayu-moden.html

Haji Omar. (2011). Apresiasi Teori Kesusasteraan Melayu. Selangor: Emeritus

Publications.

Izzat Hashim. (2011). Kesusasteraan Melayu. Diakses daripada

http://kayaizzat.blogspot.com/2011/06/hbml-4203-kesusasteraan-melayu-

soalan-1.html

Sahlan Mohd. Saman, Shaiful Bahri Md. Radzi. (2005). Persuratan Melayu. Bangi:

universiti Kebangsaan Malaysia.

19

Page 20: ESEMEN SASTERA

LAMPIRAN

20