projek sastera

20
Subuh Hilang Senja Analisis oleh Hafiz dan Ridzwan

Upload: ridzthewheez

Post on 26-May-2015

1.684 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

Projek Sastera. Subuh Hilang Senja.

TRANSCRIPT

Subuh Hilang Senja

Analisis oleh Hafiz dan Ridzwan

Sinopsis

• Empat sahabat yang bersekolah di sebuah kolej cuba membantu sepasang lelaki dan perempuan yang berasmara di kereta mereka pada hari senja dari dirompak. Dalam pergelutan dengan perompak tersebut, seorang pelajar ditikam oleh perompak dan melarikan diri. Pasangan tersebut pun melarikan diri. Pelajar tersebut dibawa ke hospital dalam keadaan tenat tetapi empat sekawan berjanji tidak akan memberitahu polis siapa kenalan pasangan tersebut untuk menjaga maruah kolej mereka.

Dipetik dari http://www.pustaka.com.sg/

Kandungan

• Watak dan perwatakan- Subuh - Senja - Cikgu Saerah - Mr. Rodrigues

• Soalan Kertas Peringkat ‘O’ tahun 2006• Soalan Kertas Peringkat ‘O’ Tahun 2008

Watak Subuh

• Anak kepada Pak Mahmud• Mempunyai seorang ibu tiri yang bernama

Cik Besar• Kawan rapat Senja, Salih dan Bujang• Berasal dari Pulau Sengking• Pelajar Maktab Rendah Elite

Perwatakan Subuh

• Berani membantu orang yang berada dalam kesukaran (Bab 2 ms.19)(Bab 10 ms.137)

• Amat baik hati(Bab 2 ms.22)(Bab 4 ms.46)

• Bekerja keras dalam pelajarannya(Bab 2 ms.18)( Bab 7 ms.92)

• Bercita-cita tinggi(Bab 12 ms.166)

Watak Senja

• Alias Tan Peng Yeo• Anak kepada Tan Peng San• Rakan baik Subuh• Berasal dari Pulau Sengking• Pelajar Maktab Rendah Elite• Telah memeluk agama Islam

Perwatakan Senja

• Berprinsip (Bab 5 ms.68)• Suka menolong orang lain (Bab 8 ms.111)• Mengambil kisah tentang rakan-rakannya (Bab

15 ms.202)• Penyabar (Bab 8 ms.107)• Baik hati (Bab 12 ms.167)

Watak Cikgu Saerah

• Guru Maktab Rendah Elite• Isteri Suratman Markasan• Guru bahasa Inggeris• Amat disayangi Subuh

Perwatakan Cikgu Saerah

• Baik hati dan prihatin akan orang yang berada dalam kesukaran (Bab 12 ms.170)

• Bertanggungjawab (Bab 3 ms.34)• Adil dan tidak berat sebelah (Bab 3 ms.36)• Penyayang (Bab 13 ms.182)

Watak Mr. Rodrigues

• Naib pengetua Maktab Rendah Elite• Sudah beristeri• Menjalinkan hubungan sulit dengan

Cikgu Roziah• Dikenali sebagai Si Gerago, Si Keparat

Perwatakan Mr. Rodrigues

• Pengecut (Bab 2 ms.20)• Mementingkan diri sendiri (Bab 5 ms.69)• Pandai bermuslihat (Bab 13 ms.175)• Licik (Bab 8 ms.114)

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ tahun 2006

• Berdasarkan novel ‘Subuh Hilang Senja’, terangkan empat pengajaran yang boleh dijadikan iktibar oleh masyarakat. Berikan juga contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong jawapan kamu.

Pengajaran-pengajarannya

• Jangan bersikap berat sebelah serta memandang rendah terhadap orang lain.(Bab 2 ms.26)(Bab 5 ms.69)(Bab 9 ms.128)

• Kita hendaklah bertanggungjawab dan menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada kita dengan sebaiknya. (Bab 3 ms.30)(Bab 10 ms.100)

• Kita harus bijak mengawal perasaan dan diri kita sendiri. (Bab 3 ms.33)(Bab 6 ms.75)

• Kita hendaklah galakkan perbuatan yang baik dan elakkan daripada melakukan perbuatan yang buruk.(Bab 4 ms.46) (Bab 8 ms.114)

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ tahun 2008

• a) Insan yang berprinsip tidak mudah dikaburi wang ringgit. Buktikan ketetapan pernyataan ini berdasarkan watak Senja dalam novel ‘Subuh Hilang Senja’ karya Suratman Markasan.

Bukti-buktinya

• Senja tidak membocorkan rahsia sebab sudah berjanji kepada Subuh.

• Senja dan rakan-rakannya tetap menepati janji mereka kepada Subuh walaupun mereka ditawar wang sebanyak $100 daripada Mr Rodriguez.(Bab 5 ms.68)(Bab 8 ms.109)

Soalan Kertas Peringkat ‘O’ tahun 2008

• (b) Peristiwa Subuh ditikam memperlihatkan sifat kepura-puraan Mr Rodrigues. Buktikan pernyataan tersebut.

Bukti-buktinya

• Peristiwa Subuh ditikam menunjukkan kepakaran Mr Rodriguez untuk bermuslihat.

• Mr Rodriguez telah mengunjungi rumah Senja untuk memintanya jangan memberitahu seseiapa mengenai hubungan sulitnya dengan Cikgu Roziah. (Bab 5 ms.62)

• “Saya tidak sangka bahawa Subuh mempunyai hati yang begitu baik. Oh god please bless him!” (Bab 5 ms.69)

Bukti-buktinya

• Waktu kebumian Subuh, Mr Rodrigues telah hadir.(Bab 13 ms.175)

• "orang macam dia pandai berpura-pura!”(Bab 13 ms.176)

• Mr Rodrigues juga tahu, bahawa Bujang yang dipecat daripada aktviti pengakapnya itu bukan seorang yang pendendam.(Bab 9 ms.129-130)

Ada soalan?

Terima Kasih Atas Perhatian Anda