sastera melayu lama

200
2004 IMAD is.) Cert, in Ed. SASTERA MELAYU AMA L

Upload: malaystudies

Post on 25-Oct-2015

368 views

Category:

Documents


33 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera Melayu Lama

2004

IMAD

is.) Cert, in Ed.

S A S T E RA MELAY U

AMA L

Page 2: Sastera Melayu Lama

riGG^ #3g0

Page 3: Sastera Melayu Lama
Page 4: Sastera Melayu Lama

I

Page 5: Sastera Melayu Lama

Siri 1052

SASTERA MELAYU LAMA

untok

TINGKATAN MENENGAH

dan

ATAS

Oleh:

A N N A S H A J I A H M A D

B A (Hons.), Cert, in Ed.

-4><S>-

Di-keluarkan oleh:

Page 6: Sastera Melayu Lama
Page 7: Sastera Melayu Lama

KATA PENGANTAR

Sa-lama ini pengajian sastera Melayu di-sekolah1 mene-ngah, juga di-maktab2 perguruan dan untok pengetahuan sen-diri terbatas kapada bahan2 bachaan yang sa-bagitu dalam, rumit dan tidak sesuai dengan tingkatan umor pelajar2 sendiri. Sa-saorang yang biasa mengkaji sastera Melayu lama, sudah tentu akan faham bahawa medan sastera Melayu lama bukan-lah sempit, atau chetek saperti mana yang sering di-perkata-kan oleh orang2 yang tidak mengkaji perkara ini. Mungkin, apa yang biasa di-jalankan di-sekolah2 ia-lah membacha buku2

pilehan dari sastera lama sa-mata2 untok faedah membacha dan mengikuti cherita-nya sahaja. Kerap-kali-nya perkara2

saperti ini menimbulkan kechemohan dan kebosanan. Dengan itu, timbul-lah pertanyaan: apa penting-nya kita mengkaji sastera lama ? Sastera lama telah lenyap dan patut di-abai-kan sahaja.

Tetapi, kita harus ingat bahawa kehidupan kita seka-rang ini ada-lah lanjutan dari kehidupan silam. Singkat-nya, sastera moden kita ada-lah lanjutan dari sastera lama. Sudah pada tempat-nya kalau kita katakan bahawa sastera lama Melayu, menggambarkan musharakat lama. Ini dapat kita jelaskan kalau kita dampingkan diri kita dengan sastera Me-layu yang di-chipta sa-belum zaman Abdullah bin Abdul Kadir Munshi. Kita kaji sastera lama untok mengetahui keadaan2

dalam musharakat lama, pandangan hidup, kebiasaan2 dalam musharakat dan juga falsafah2 dalam segala hasil sastera lama. Kebudayaan kita ada-lah berupa satu keselurohan yang berkembang dengan chara evolusi. Dengan ada-nya pertem-bongan dengan Barat, maka kita rasa lebeh penting untok ber-balek kapada keperibadian kita. Dengan itu ada baik-nya kalau di-gunakan asas2 dalam kebiasaan lama untok mendiri-kan keperibadian kita sekarang. Dengan mengkaji sastera lama, kita dapat membandingkan betapa terpisah-nya kita dalam pandangan hidup, bentok musharakat dan betapa maju-nya kita dari zaman2 nenek moyang kita.

Page 8: Sastera Melayu Lama

Juga, sa-lama ini sastera kita di-kaji melalui terjemahan, sadoran dan ikutan dari sastera2 bangsa asing; atau dengan erti kata di-kaji dari sudut perbandingan. Kita tidak sa-harus-nya malu dengan ada-nya sifat2 pinjam-meminjam dalam sas-tera kita, tetapi kita juga harus bermegah dengan sifat2 ke-aslian dalam sastera lama kita; dan sa-harus-nya pula kita kaji dari sudut kebangsaan kita sendiri.

Pelajaran dalam sastera Melayu untok peringkat mene-ngah dan atas ini saya ator dengan tujuan memberi pimpinan dalam bentok yang senang sekali untok penuntut2 di-sekolah menengah dan atas. Penuntut2 dengan pimpinan dari guru2

dapat membuat penyelidekan, berbinchang dan berdedat me-ngenai so'al2 yang di-sediakan di-hujong tiap2 pelajaran dan juga so'alan ulangkaji.

Alor Star ANNAS HAJI AHMAD

Januari 1964 B.A. (Hons.) Cert, in Ed.

Page 9: Sastera Melayu Lama

K A N D U N G A N

KATA PENGANTAR M.S.

BAB I PENGERTIAN KESUSASTERAAN I

BAB II SASTERA RA'AYAT ... 3

i. Sifat dan jenis Sastera Ra'ayat

ii. Cherita2 Penglipor Lara

iii. CheritOj Jenaka

iv. CheritOj yang mempunyai

unsor2 pengarah asing

v. Cherita yang Bermotif Binatang.

BAB III PUISI MELAYU LAMA ... 30

i. Musharakat Melayu Lama dan timbul-nya puisi lama (teka-

teki, pantun) ii. Kedudokan Peribahasa dalam

musharakat Melayu ii i. Pantun

iv. JeniSj Pantun Melayu

v. Sha'er Gurindam dan Seloka.

BAB IV PENGAROH HINDU DALAM

KESUSASTERAAN MELAYU 71

ZAMAN PERALEHAN HINDU/ISLAM 78

PENGAROH ISLAM DALAM

KESUSASTERAAN MELAYU 81

HIKAYAT SERI RAMA ... 90

HIKAYAT BERBINGKAI ... 94

BAB

BAB

BAB

BAB

V

VI

VII

VIII

Page 10: Sastera Melayu Lama

M.S.

BAB

BAB

BAB

BAB

BAB

BAB

BAB

BAB

IX

X

XI

XII

XIII

XIV

XV

XVI

CHERITA, PANJI

HASIL,

i.

ii.

i i i.

iv.

v.

vi.

KESUSASTERAAN MELAYU YANG BERCHORAK SEJARAH

Hikayat Raja2 Pasai

'Sejarah Melayu'

Tun Seri Lanang sa-bagai

Penyusun 'Sejarah Melayu'

Hikayat Acheh

Misa Melayu

Hikayat Merong Mahawangsa

PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM ZAMAN

KERAJAAN ACHEH

HIKAYAT2 ROMANTIS DALAM SASTERA MELAYU

HIKAYAT HANG TUAH

i.

ii.

KITAB

Uraian mengenai Hikayat Hang Tuah

Nilaian terhadap Hikayat Hang Tuah

SA-RIBU MASA'ALAH ...

KESAN2 DARI KESUSASTERAAN MELAYU LAMA

UND/ kNG, MELAYU LAMA ...

99

103

128

141

145

160

163

170

So'alan ulangkaji mengenai kesu-sasteraan Melayu sa-belum 1800 M.

Bibliografi.

Page 11: Sastera Melayu Lama

BAB I

PENGERTIAN KESUSASTERAAN

Dalam memperkatakan kesusasteraan Melayu, kita sa-harus-nya faham tentang apa-kah yang kita kaji itu ada-lah kesusasteraan Melayu lama, atau-kah sastera Me-layu baru atau moden.

Perkataan sastera berasal dari bahasa Sanskrit "Castra" (di-bacha: Shastra) yang membawa ert i : kitab suchi Hindu. Susastera bererti: seni sastera, atau biasa juga di-kenal di-daerah ini dengan: seni persuratan. Tam-bahan "su" dalam bahasa Sanskrit bererti "baik" atau " indah". Jadi kesusasteraan ada-lah kata terbitan dari susastera dengan membawa ert i : kesenian persuratan. Ada juga orang2 berpendapat penambah awal "ke" dan penambah akhir "an" membawa maksud "banyak" atau "berhilangan." Yang di-katakan seni sastera ia-lah hasil2

dari kesusasteraan. Hasil2 kesusasteraan bukan-lah segala yang di-tulis sa-barangan sahaja, tetapi hasil2 itu (baik yang dalam bentok sastera lama mau pun baru), mesti-lah mempunyai chiri2 tertentu, mithal-nya keindahan isi dan bentok-nya; dan yang berkesan serta dapat pula di-banggakan oleh musharakat yang memileki-nya. Saste-rawan ia-lah orang yang dapat menerbitkan hasil2 seni ini, atau penulis dalam lapangan kesusasteraan.

Ketika menguraikan tentang kesusasteraan, kita tidak dapat melupakan bahasa, sebab bahasa-lah yang menghubongkan antara dua orang atau lebeh ahli mu-sharakat. Kesusasteraan dalam mencheritakan kesah manusia dalam bentok seni mementingkan kegunaan bahasa. Sa-suatu yang berbentok seni ia-lah sa-suatu yang mempunyai sifat2 keindahan dan kesempurnaan pada bentok dan isi-nya. Bila musharakat menghadapi

I

Page 12: Sastera Melayu Lama

sa-suatu hasil yang bernilai seni, maka rasa keindahan dan kesempurnaan itu akan di-'alami-nya. Yang memi-sahkan atau memberi batasan antara yang bernilai seni dan yang tidak ia-lah pancha indera manusia sendiri, yang di-gunakan untok memikirkan dan menilai-nya. Keindahan sa-suatu terbit dari pengalaman dan pengeta-huan mengenai benda2 itu atau benda2 sa-akan2-nya.

Karangan2 yang termasok dalam kesusasteraan ia-lah karangan2 yang berchorak prosa, puisi, lirik dan dra-ma. Bentok prosa ia-lah jenis karangan biasa dalam hi-kayat2, nobel, cherpen dan lain2 yang tidak mementing-kan so'al sajak, raim dan irama. Harus pula di-ingat, bahawa dalam hikayat2 lama, (khusus-nya sastera Pengli-por Lara, bahkan dalam cherpen sa-belum perang dunia kedua) terdapat banyak sulaman bentok puisi dalam ka-rangan prosa.

Puisi di-pinjam dan di-kenal dari Indonesia yang sa-terus-nya mengambil-nya dari perkataan Belanda 'poesi'. Sa-belum daripada itu kita kenal bentok puisi dengan istilah 'karangan berangkap'. Istilah puisi sama-lah dengan apa yang di-faham dengan 'poetry' dalam bahasa Inggeris. Rengkas-nya karangan puisi berkehen-dakkan kapada sajak atau persamaan bunyi, irama (alun-an suara), raim (perselingan bunyi saperti mana yang ter-dapat dalam pantun, sha'er, gurindam, dan seloka).

So'alon

I. Binchangkan asal-usul perkataan sastera. Apa-kah yang boleh di-gulongkan ka-dalam lapangan kesu-sasteraan Melayu ? Apa-kah sharat-sharat untok menga-takan bahawa sa-sabuah hasil atau karya itu bernilai sastera ?

2

Page 13: Sastera Melayu Lama

BAB II

SASTERA RA A Y A T

i. Sifat dan jenis Sastera Ra'ayat

Sa-bahagian besar dari sastera zaman kelasik Me-layu terdiri dari apa yang kita fahamkan dengan istilah sastera ra'ayat. Sastera ra'ayat tidak mementingkan tu-lisan, kerana sastera demikian di-sebarkan dari mulut ka-mulut dan di-sampaikan dari satu keturunan kapada keturunan yang lain. Dengan itu, sastera ra'ayat di-kenali juga dengan nama sastera lisan atau sastera mu-lut. Sa-bahagian besar dari unsor2 sastera ra'ayat ini telah di-bukukan. Jadi-nya apa yang hendak kita kaji-kan ia-lah sastera lisan, tetapi apa yang kita bacha ia-lah sastera tulisan. Perbedzaan terdapat dalam kedua2

bentok sastera ini. Mithal-nya, sastera lisan mempunyai beberapa chiri tertentu yang apabila di-tuliskan, jalan bahasa dan sukatan2 yang ada pada-nya di-ubah atau di-sesuaikan dengan jalan bahasa dalam tulisan.

Pengkajian sastera lama Melayu akan membawa kita ka-zaman animisma lagi, zaman sa-belum terdapat pengaroh Hindu. Musharakat pada zaman itu ia-lah musharakat primitif, musharakat yang rapat sekali hu-bongan-nya dengan 'alam sa-mesta. Dalam memperjuang-kan kehidupan mereka, dalam menchari sebab 'akibat sa-suatu benda yang tidak dapat di-fikirkan oleh 'akal biasa, dalam pengalaman2 mereka mengajcr dan mendidek anak2 kechil, maka timbul-lah berbagai2 bentok sastera ra'ayat. Bagitu juga segala bentok peribahasa, ada-lah hasil dari perdampingan mereka dengan 'alam sa-mesta. Musharakat Melayu lama mempunyai berbagai2 bentok montera, jampi dan serapah yang kita warithi hingga sekarang ini.

3

Page 14: Sastera Melayu Lama

BerjeniSj sastera ra'ayat ini merupakan gambaran langsong dari dunia, sa-bagaimana yang di-lihat oleh musharakat purba. Isi dan pendapat2 di-dalam-nya amat aneh untok manusia moden, tetapi hal2 itu merupakan so'al2 biasa untok musharakat zaman dahulu. Penting-nya sastera bagini, tidak dapat kita nafikan kerana sas-tera bentok ini merupakan tali dan hubongan kapada kita untok menchari kecdaan2, keperchayaan, pandang-an hidup dan segala yang mengenai kehidupan zaman silam.

Musharakat di-mana sastera ra'ayat tumboh ada-lah musharakat yang statis; musharakat yang memen-tingkan perpatohan ramai kapada norma2 yang terdapat dalam musharakat. Bagitu juga sastera ra'ayat ada-lah kepunyaan ramai atau umum, semua orang faham dan mengakui ujud-nya. Individu tidak di-pentingkan.

Sastera ini di-sebarkan sa-chara lisan dari mulut ka-mulut dan dari satu keturunan ka-satu keturunan yang lain. Cherita2 ini kerap-kali-nya di-tokok tambah dari sa-tempat ka-satempat.

Sastera ra'ayat juga berlatar belakangkan musha-rakat zaman-nya. Banyak dari hasil2 ini bersifat 'univer-sal' ia-itu di-kenai oleh beberapa kumpulan manusia. Persamaan2 dalam bentok cherita juga terdapat dalam beberapa musharakat di-beberapa tempat saperti dalam cherita bermotif, binatang dan dalam cherita2 penglipor lara. So'al 'diffusion' ia-lah salah satu faktor yang meng-'akibatkan persamaan ini. Satu lagi faktor yang me-mungkinkan bentok yang sama dalam cherita2 ini ia-lah so'al keadaan sa-keliling yang mungkin melahirkan che-rita yang sama.

Dalam kita memperkatakan chorak2 atau gulong-

4

Page 15: Sastera Melayu Lama

an sastera ra'ayat, terdapat juga tafsiran yang ada kala-nya meliputi beberapa buah cherita. Juga pembahagian ini dapat membantu kita dalam memahami berbagai2

g-ulongan sastera ra'ayat. Antara-nya terdapat:—

Cher i ta asal-usul

Cherita asal-usul ini meliputi keperchayaan kejadi-an 'alam, nama tempat, tumboh2an saperti pokok2 ja-gong, keladi; dan sa-terus-nya asal-usul sa-sajenis bina-tang saperti mengapa ular sawa hilang bisa-nya. Cheri-ta2 asal-usul ini menjadi keperchayaan; dan keperchayaan ini berupa sa-suatu yang harmonis dengan benda itu. Kita sendiri tahu bahawa hidup kita berkehendakkan sa-suatu yang harmonis yang sa-imbang dengan chorak hi-dup kita sendiri. Cherita2 ini memberikan sa-suatu alas-an yang dapat di-terima mengenai ujud-nya sa-suatu ben-da. So'al logik dan masok 'akal tidak-lah timbul dalam sa-buah musharakat yang tidak mempunyai batasan da-lam keperchayaan-nya.

Chontoh-nya ia-lah tentang sa-sabuah gunong, sa-perti Gunong Jerai. Konon-nya asal-nya Gunong Jerai ini ia-lah sa-buah kapal yang membawa puteri Gerai yang bila di-tegor oleh Gedembai, langsong menjadi batu. Bagitu juga dalam Hikayat Raja2 Pasai, kita temui asal-usul sa-suatu tempat saperti Semudera dan Pasai. Semu-dera konon-nya berasal dari semut yang besar dan Pasai di-hubongkan dengan kesah pelandok puteh menendang anjing Merah Silu (Malik al-Saleh) yang bernama Pasai. Nama2 tempat dan negeri juga saperti dalam Sejarah Melayu mungkin di-ambil dari sa-suatu peristiwa; mithal-nya nama Singapura:—

Musharakat Melayu purba dapat mereka2 kan menga-pa sa-jenis binatang itu bagitu keadaan-nya. Mi-

5

Page 16: Sastera Melayu Lama

thal-nya mengapa buaya itu bagitu rupa-nya, me-ngapa harimau berbelang kulit-nya. Bagitu juga ada cherita2 yang memberi alasan mengapa puyoh tiada berekor, beruang pendek ekor-nya dan ular sawa hilang bisa-nya. Konon-nya ular sawa itu hilang bisa-nya sa-telah ia marah melihat ikan simpanan-nya habis di-churi orang, lalu di-sembor-kan-nya segala bisa-nya pada tapak kaki orang ia-itu sa-orang anak raja. Anak raja itu pun mati dan ular sawa hilang bisa-nya.

Metos (myth)

C. Hooykaas dalam Penyedar Sastera menyebutkan metos (myth) sa-bagai cheritera dewa2. Biasa-nya cheri-ta2 yang di-sebut metos ini berunsor keugamaan yang merupakan keperchayaan asal-usul sa-suatu bangsa atau keturunan. Cherita2 ini mengandongi unsor2 'ajaib. Da-lam 'Sejarah Melayu' asal-usul Raja2 Melaka di-kaitkan dengan Iskandar Dzulkarnain dan Bukit Si-Guntang. Orang2 Batak perchaya bahawa mereka keturunan dari Si-Raja Batak, anak Tuhan. Bagitu juga dalam Hikayat Acheh, nenek moyang Iskandar Muda di-kaitkan dengan raja keinderaan, nasab Iskandar dan nasab Visnu.

Sa-bahagian lagi unsor2 metos yang selalu kita te-mui dalam hikayat2 lama saperti Hikayat Seri Kelantan, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain, ia-lah unsor2

'totemisma' ia-itu keperchayaan bahawa raja2 mereka berasal dari 'bueh' buloh betong atau mempunyai unsor2

'gajah'.

Bagitu juga pawang dalam jampi serapah dan mon-tera menyebut nama dewa2, penunggu2 dan roh2 yang mereka perchayai terdapat dan berkuasa dalam musha-rakat mereka.

6

Page 17: Sastera Melayu Lama

Legenda (cheri ta2 tentang hal2 yang berdasarkan sejarah)

Perkataan legenda asal-nya dari legend dari bahasa Latin. Legenda dalam kesusasteraan kita, ia-lah cherita2

mengenai tokoh2 yang pernah hidup dalam sejarah umum-nya dan juga mengenai tokoh2 ugama. Biasa-nya legenda memuat kesah2 yang 'ajaib yang dapat di-megah dan di-tauladani oleh ra'ayat. Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dapat kita sebutkan sa-bagai tokoh legenda Melayu yang terkenal, tetapi ada juga sarjana2 sastera yang me-masokkan-nya ka-dalam gulongan epik dan roman-se-jarah, tergantong kapada tafsiran mereka sendiri. Ba-gitu juga, ada sasterawan yang ingin menyatakan Seja-rah Dato' Bahaman itu sa-buah legenda.

Cher i ta2 Han tu dan Peri2

Dalam keperchayaan musharakat kuno, terdapat satu gulongan cherita yang di-beri nama cherita2 hantu. Cherita ini khas mengenai kesah makhlok yang di-per-chayai bukan manusia. Musharakat kita lama amat bia-sa dengan cherita2 penanggalan (tenggelong), langsuyir, puaka, hantu bungkus, pelesit, jin tanah, mambang, dan lintasan; bahkan cherita orang2 halus atau bunian juga kerap di-masokkan dalam gulongan ini. Cherita2 ini amat di-takuti. Dalam 'adat isti'adat Melayu saperti sa-masa beranak dan turun ka-laut, di-adakan peristiwa2

tertentu. Mithal-nya: masa beranak mereka meletakkan duri tambuni atau daun2 yang berduri di-bawah rumah untok mengelakkan kedatangan polong. Bagitu juga sa-masa turun ka-laut — hingga sekarang orang2 Melayu mengadakan isti'adat memuja pantai untok menjauhkan mala petaka di-laut dan untok menjamu penunggu2 laut. Penanggalan atau tenggelong ini berkait rapat dengan

7

Page 18: Sastera Melayu Lama

orang2 yang mati beranak dan di-perchayai penanggalan amat suka menghisap darah orang yang baharu bersalin.

Fable (Cher i ta yang mengandongi tau ladan dan ber-sifat d idakt ik )

Sa-bahagian besar daripada cherita2 mengenai bi-natang, (termasok juga asal-usul sa-suatu jenis binatang, fable dan epik binatang atau ada juga yang di-sebut 'Beast Cycle'), kita masokkan ka-dalam satu gulongan cherita2 bermotif binatang atau cherita2 margastua.

Fable khas-nya ia-lah cherita2 yang bertujuan me-nyampaikan pengajaran atau ajaran yang di-sisipkan pada hujong cherita. Cherita2 ini berpengaroh sekali dalam 'alam kanak2 dan mempunyai daya penarek yang istime-wa dan mengesankan. Dalam musharakat Melayu kuno, terdapat cherita2 anjing dengan bayang2, kura2 dengan arnab, sang kanchil dengan siput dan berbagai2 lagi.

Epik binatang ia-lah cherita yang berpusat pada sa-jenis binatang yang tertentu. Dalam musharakat Me-layu, binatang yang amat terkenal ia-lah sang kanchil atau pelandok jenaka. Cherita Sang Kanchil atau Shah 'Alam Di-Rimba mempunyai beberapa tingkatan perkem-bangan-nya.

Penglipor Lara

Gulongan ini amat terkenal dan tersebar ka-merata cherok Kepulauan Melayu. Hooykaas dalam Penyedar Sastera menamakan cherita2 ini Epos Ra'ayat. Cherita2

Penglipor Lara ini di-cheritakan oleh dalang2, saperti Pawang Ana dan menantu-nya Mir Hassan. Pada mula-nya cherita ini tersebar sa-chara lisan. Pada umum-nya cherita2 ini mempunyai sifat2 tertentu yang membolehkan-

8

Page 19: Sastera Melayu Lama

nya untok di-masokkan ka-dalam satu gulongan. Cheri-ta2 yang terkenal dari bahagian ini ia-lah hikayat2 Malim Deman, Awang Sulong Merah Muda, Anggun Che' Tung-gal, Malim Dewa, Raja Budiman, Raja Muda, Raja Donan dan Seri Rama.

Cher i ta 2 Jenaka atau cheri ta2 Luchu

Cherita2 Jenaka lebeh dekat lagi menggambarkan keadaan2 dalam musharakat Melayu lama hingga cheri-ta2 ini di-jadikan peribahasa2 dan juga simpulan bahasa. Semua ahli musharakat kenal akan cherita2 ini. Cherita2

ini juga mempunyai beberapa tingkat perkembangan-nya dan dalam gulongan ini termasok-lah juga cherita2

tempatan yang menunjokkan sifat2 asli-nya saperti Pa' Pandir, Pa' Kadok, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lun-chai dan Mat Jenin dan cherita2 yang menunjokkan unsor2

luar saperti Musang Berjanggut, Abu Nawas dan Khoja Nasharuddin.

Cher i ta 2 Ra'ayat yang lain

Pembahagian yang sa-chara kasar di-atas bertujuan supaya menyenangkan kita untok mengenal sastera ra'a-yat sendiri. Pembahagian yang lebeh teliti sa-patut-nya di-buat berdasarkan bentok2 cherita itu sendiri dan ke-san2 yang kita dapati bila membacha dan mendengar cherita2-nya. Namun demikian, banyak lagi cherita2

ra'ayat, dongeng2 orang tua2, bentok sha'er (kaba) Mi-nangkabau yang harus kita perhatikan. Chontoh-nya di-tanah ayer kita ini terdapat cherita2 ra'ayat yang menge-sahkan sa-suatu peristiwa dan bertujuan mendidek kanak2. Cherita2 saperti Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Puteh Bawang Merah, Ikan Duyong, Pokok Puding dan lain2-nya ada kala-nya di-sebut cherita2 Melayu tua atau asli dan ada kala-nya di-sebut cherita2 dongeng yang

9

Page 20: Sastera Melayu Lama

bermoral. Cherita2 ini umum-nya ia-lah cherita2 sedeh yang dapat menginsafkan musharakat. Bagitu juga dalam beberapa daerah, negeri dan juga bangsa terda-pat beberapa dongeng mengenai sa-suatu perkara atau peristiwa. Dengan itu, tidak hairan-lah kita jikalau ter-dapat dongeng2 di-kalangan orang2 Melayu, Jawa, Bali, Batak, Sunda, India, Parsi dan juga Yunani. Perkara2 ini semua, hanya membuktikan betapa kaya-nya 'alam sas-tera kelasik Melayu.

So'alan:

1. a. Gambarkan chara2 hidup musharakat yang meng-galakkan timbul-nya sastera ra 'ayat Melayu.

b. Apa-kah sifat-sifat umum pada sastera ra'ayat Melayu ?

2. Apa-kah penting-nya pengkajian sastera ra'ayat kapada musharakat sekarang ?

Huraikan jenis-jenis sastera ra'ayat.

Berikan pendapat kamu tentang: mengapa ada persamaan dalam sastera ra'ayat meski pun mu-sharakat yang memileki-nya dudok berjauhan.

3. Cheritakan dengan rengkas satu cherita asal-usul mengenai:

i. tanaman,

ii . tempat

iii . binatang.

10

Page 21: Sastera Melayu Lama

i i . Cher i ta2 Penglipor Lara

Istilah Penglipor Lara mungkin tidak bagitu tepat di-gunakan untok kumpulan cherita2 ini; tetapi Winstedt pun menggunakan istilah yang amat umum juga ia-itu "Folk Romance" untok cherita2 ini. Banyak orang yang suka menggunakan istilah cheritera, dengan membawa ma'ana yang umum — ia-itu cherita2 ini tidak tentu asal-usul-nya; dan yang dalam bentok lisan-nya di-sebarkan dari satu keturunan kapada yang lain.

Cherita2 ini kebanyakan-nya di-cheritakan oleh Pawang Ana dan menantu-nya Mir Hassan dan di-buku-kan oleh R.O. Wilkinson. Sa-belum cherita2 ini di-buku-kan dalam bentok tulisan, cherita2 ini ada-lah menjadi hak monopoli dan keistimewaan tukang2 cherita dan to' dalang. Cherita2 ini di-sampaikan pada ketika2 tertentu oleh dalang2, ahli2 penglipor lara dalam majlis2 perkah-winan, memuja umor Sultan atau pada masa menyambut sa-suatu perayaan. Cherita2 penglipor lara ini mempu-nyai bentok yang tersendiri yang mementingkan pende-ngaran dan bila di-bukukan hilang-lah sa-tengah dari-pada keindahan-nya. Juga cherita2 ini dapat memberi imbasan mengenai musharakat lama dalam pandangan, gambaran dan tujuan2-nya.

Antara cherita2 Penglipor Lara yang terkenal dan telah di-bukukan ia-lah:—

Hikayat Malim Deman.

Hikayat Awang Sulong Merah Muda

Hikayat Anggun Che' Tunggal

Hikayat Malim Dewa

Hikayat Raja Budiman

II

Page 22: Sastera Melayu Lama

Hikayat Raja Muda

Hikayat Raja Ambong, Raja Donan,

Hikayat Seri Rama, Hikayat Indera Putera dan Selampit.

Di-lndonesia pula terdapat cherita2 Si-Umbut Muda, Sa-bai Nan Aloeh, Si-Pahit Lidah dan Nan Tunggal Si-Magek Jabang.

Semua cherita Penglipor Lara yang terkenal di-'alam Melayu menggunakan nama hikayat. Memang bentok, sifat dan aliran cherita2 ini dalam menggambar-kan kesah2 hero dan heroin memakai bentok hikayat.

Cherita2 ini kapada musharakat sekarang di-pan-dang sa-bagai cherita2 tahayyul dan fantasi, kerana isi-nya tidak masok 'akal dan chorak-nya terlalu romantik. Cherita-nya bukan sahaja bermain di-dunia kita, bahkan ada kala-nya beredar di-permukaan ayer laut dan me-ninggi hingga ka-kayangan. Perkara yang harus di-sedari dalam mengkaji cherita ini ia-lah: cherita2 ini mesti-lah di-kaji berdasarkan zaman-nya, zaman yang tidak mengenal 'ilmu sains, zaman di-mana datok nenek kita berdamping rapat dengan 'penomina' 'alam. Jika-lau di-kaji dengan mendampingkan musharakat zaman-nya, baharu-lah kita dapat memahami selok-belok ke-perchayaan mereka, faham sosial dan musharakat me-reka. Berasaskan musharakat zaman-nya, cherita2 ini berupa kebenaran, boleh berlaku, dan lantaran itu-lah maka cherita2 ini di-sukai oleh sa-tiap ahli musharakat.

Ahli2 sastera barat sangat mementingkan unsor2

pinjam-meminjam dan perkaitan dari luar dalam mem-perkatakan tentang sastera Melayu. Dalam dunia ini kita harus akui pinjam-meminjam sa-bagai perkara biasa

12

Page 23: Sastera Melayu Lama

yang berlaku di-mana2. Kadang2 pula unsor2 pinjam-meminjam tidak harus timbul, kerana mungkin sekali 'alam sa-keliling dan kecdaan2 yang sama, menyebabkan timbul-nya persamaan2 dalam cherita. Winstedt mithal-nya mengaitkan cherita2 ini (terutama versi Seri Rama — Maxwell) dengan cherita2 Ramayana. Hikayat Seri Rama dan Penglipor Lara mempunyai unsor2 dan warna tempatan dalam nama watak, tempat, dan keadaan da-lam cherita hinggakan berupa sa-buah sastera ra'a-yat Melayu. Nama2 tempat, dalam cherita ini saperti Tanjong Bunga; nama puteri saperti Puteri Sa-Kuntum Bunga Sa-Tangkai, mempunyai tradisi tempatan.

Sa-telah di-bacha keselurohan cherita2 dalam kum-pulan ini, kita akan mendapat beberapa kesan mengenai tujuan atau motif cherita2 ini. Di-sini hanya dapat di-perkatakan hal2 yang umum yang meliputi seluroh-nya sahaja. Sa-tengah2 tujuan yang di-paparkan untok che-rita2 Jenaka dapat di-pakai juga untok cherita2 ini. Sa-lain dari itu cherita2 ini dapat menggambarkan faham sosial dalam musharakat lama, ia-itu yang di-pentingkan ia-lah kalangan atasan atau di-raja. Tugas ra'ayat jela-ta ia-lah menchari hiboran dari cherita2 ini dan dengan itu menganggap-nya sa-bagai panduan hidup.

Pada keselurohan-nya, ada beberapa sifat umum dalam cherita2 ini:—

i. Pati cherita ada-lah mengenai chinta dan pe-perangan atau dugaan. Cherita2 ini tidak mempunyai plot yang terjalin. Sa-bahagian besar daripada-nya ha-nya menyambong2kan satu peristiwa dengan yang lain. Dengan itu sudah tepat-lah nama bila hikayat-nya di-letakkan di-hadapan-nya.

13

Page 24: Sastera Melayu Lama

i i . Watak utama (hero) dan pasangan-nya (he-roin) biasa-nya dari kalangan di-raja.

iii. Thema dalam cherita2 ini tidak banyak per-bedzaan-nya antara satu sama lain.

iv. Hikayatj ini biasa-nya boleh di-bahagikan ka-dalam tiga peringkat.

a. Pengenalan terhadap watak hero dan kesu-sahan atau kedzaliman yang menyebabkan hero atau heroin di-buang atau di-halau. Kemudian bermula-lah pengembaraan-nya.

b. Dalam pengembaraan dan perantauan-nya, hero dan kadang2 heroin dengan pengikut-nya menemui berbagai2 halangan dan peris-tiwa membela yang baik dan memusnah yang burok dan jahat. Cherita sampai ka-punchak-nya.

c. Hero dan heroin biasa-nya mendapat kebaha-giaan dan hidup aman damai sa-mula.

v. Hikayat ini kerap-kali di-mulakan dengan ke-adaan ibu bapa hero, yang berkehendakkan sa-orang anak, mithal-nya: Mereka menchari ubat mandul atau sa-suatu keinginan yang sukar di-dapati.

vi. Hero dari masa di-peranakkan menunjokkan sifat2 yang ngeri masa hero di-lahirkan, keadaan suasana 'alam sangat mengerikan dan menakutkan saperti guroh petir, angin ribut, hujan panas.

vi i. Sejak kechil lagi hero atau heroin terpaksa mengembara di-sebabkan mimpi raja atau telahan nu-

14

Page 25: Sastera Melayu Lama

jum — hero di-buang atau di-hanyutkan atau terpaksa mengembara mengadu nasib.

viii. Hero dan juga heroin mempunyai sa-suatu kua-sa sa-mula jadi atau sa-suatu kesaktian saperti sifat gagah perkasa, kechantekan yang dapat menawan puteri2, de-ngan menggunakan sa-suatu alat atau perkakas saperti chinchin, pedang atau pakaian yang mempunyai kuasa untok menolong-nya. Hero juga di-bantu oleh sa-orang penolong Bujang Selamat, nenek kebayan atau orang tua.

ix. Dalam pengembaraan-nya hero bertemu dengan puteri2 jelita dan dapat menawan mereka. Ke-rap-kali puteri2 itu ada-lah tunang orang dan terpaksa di-rampas. Sa-telah beradu kekuatan hero-lah yang selalu-nya menang. Dalam pengembaraan juga hero berlawan dengan musoh2 saperti gergasi, naga, raja2 yang bengis dan sa-lepas perlawanan yang berat sa-belah, hero-lah yang menang. Hero berupa pengharapan kapada pehak yang lemah dan yang teraniaya, membela yang baik dan menghapus yang burok.

x. Pengembaraan hero di-sebabkan oleh bebe-rapa perkara:

a. Hero di-buang kerana telahan nujum dan sa-bagai-nya.

b. Untok membela yang baik dan memus-nah yang burok.

c. Kerana so'al2 persendirian.

xi. Hero kerap-kali pula menukar rupa atau menjelma kerana kepentingan diri sendiri atau untok menduga kekaseh-nya.

15

Page 26: Sastera Melayu Lama

xii. Sa-masa peninggalan hero, ibu bapa-nya menderita 'akibat niat burok dari pembesar atau nujum; dan hero-lah yang kembali membela mereka.

xii i . Hampir semua hikayat2 ini di-sulami dengan bentok2 puisi yang penoh berirama dan yang di-gubah dengan bijak untok mencheritakan kesah2 putera puteri, kema'amoran negeri, pakaian, kebesaran raja2 dan lain2.

Cherita2 penglipor lara juga kaya dengan gambaran keperchayaan musharakat lama saperti sa-bong-menyabong, 'adat dan perayaan perkahwinan, 'adat isti'adat saperti melenggang perut dan juga bermacham2

'adat raja2. Ini-lah yang menjad' bahan penyelidekan kita dalam hendak mengenal dan memahami musharakat lama.

So'alan:

1. a. Apa-kah peranan cherita Penglipor Lara dalam sastera ra'ayat ?

b. Apa-kah tingkat-tingkat perkembangan cherita Penglipor Lara ?

c. Cheritakan salah sa-buah cherita Penglipor Lara untok menunjokkan tingkat2-nya.

2. Sastera Penglipor Lara kaya dengan sulaman bentok-bentok berirama. Huraikan bentok-ben-tok berirama yang menerangkan mengenai:—

i. kechantekan puteri

ii. kebesaran negara

i i i . kebesaran raja.

16

Page 27: Sastera Melayu Lama

Penyel idekan:

Kajikan salah sa-buah cherita di-bawah dan bukti-kan sifat-sifat (cherita-nya) yang kapada kita tidak ma-sok 'akal lagi.

i. Hikayat Anggun Che' Tunggal.

ii . Hikayat Seri Rama.

i i i. Hikayat Raja Muda.

iv. Hikayat Awang Sulong Merah Muda.

iii . Cherita 2 Jenaka

Dalam sastera Melayu lama, terdapat berbagai je-nis cherita yang dapat menyebabkan kita tertawa dan yang membawa unsor hiboran. Dalam istilah-nya yang khas, kita gunakan nama Cherita1 Jenaka untok kumpulan cherita yang membabitkan beberapa tokoh yang amat terkenal kapada musharakat Melayu lama. Perkara yang penting kapada kita ia-lah ada-kah kita maseh hendak berpegang kapada pendapat bahawa kebanyakan dari-pada cherita2 Jenaka datang dari luar tanah ayer, teru-tama dari unsor2 India dan Parsi. Perkara yang nyata kapada kita ia-lah walau pun cherita2 ini mempunyai per-saingan dengan unsor2 luar, cherita2 ini telah di-sesuai-kan dengan unsor2 tempatan, di-terima oleh musharakat kita sejak beberapa lama dahulu dan kerana itu patut di-anggap sa-bagai kepunyaan bangsa Melayu asli. Cherita2

jenaka juga lebeh menggambarkan suasana musharakat ra'ayat jelata.

Cherita2 jenaka ini boleh kita bahagikan ka-dalam dua gulongan:—

i. Yang telah sa-bati dengan musharakat kita:—

17

Page 28: Sastera Melayu Lama

Cherita2 Pa' Pandir, Pa' Kadok, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai dan Mat Jenin.

ii. Yang maseh memperlihatkan unsor2 luar teru-tama 'Arab dan Parsi:—

Cherita Musang Berjanggut, Abu Nawas dan Khojah Nasharudm.

Kalau di-teiiti cherita2 jenaka ini akan terlihat be-berapa tujuan-nya, antara lain ia-lah:—

i. Cherita2 ini dapat membawa musharakat lama ka-'alam khayal, berangan2, untok menghiborkan hati dan memisah diri dari 'alam kenyataan, dari segala kesulitan dan kebosanan yang di-hadapi sa-tiap hari.

i i . Sa-tengah2 cherita ini membawa unsor petunjok dan pedoman, (mungkin dalam bentok sindiran), dan boleh membawa unsor penyedaran kapada yang lalai.

iii. Cherita2 ini juga dapat berupa pengkeritik yang dalam kapada perkara2 yang kurang sopan dan menchela kelakuan yang kurang baik yang di-laku-kan oleh gulongan atasan. Dalam cherita2 Pa' Be-lalang di-tunjokkan kepintaran Pa' Belalang dan kebcdohan raja.

Kumpulan cherita jenaka yang terkenal telah di-kumpulkan oleh Raja Haji Yahya bin Raja Haji Mohd. Ali dan kemudian-nya di-bukukan oleh Winstedt dan Wi l -kinson.

Cherita jenaka yang berunsor tempatan dapat di-bahagikan dalam tiga tingkat:—

18

Page 29: Sastera Melayu Lama

i. Cherita orang bodoh — cherita Pa' Kadok dan Lebai Malang.

ii. Cherita orang lurus dan betul — Pa' Pandir.

iii. Cherita orang cherdek dan pintar —Pa' Bela-lang dan Si-Lunchai.

Dalam tingkat pertama, di-gambarkan betapa bo-doh-nya Pa' Kedok dan Lebai Malang. Kemalangan Pa' Kadok sa-paroh daripada-nya terbit dari kebodohan-nya dan sa-paroh lagi dari nasib-nya yang malang. Dalam kedua2 cherita ini kita di-perkenalkan kapada suasana musharakat Melayu dan sifat2 yang terdapat dalam mu-sharakat Melayu. Dalam cherita Pa' Kadok, segala segi kebodohan-nya di-rengkaskan dalam gurindam:—

"Adohai Malang Pa' Kadok

Ayam-nya menang, kampong tergadai

Ada nasi di-churahkan

Awak pulang kebuloran.

Mudek menongkah surut

Hil ir menongkah pasang.

Ada isteri di-bunoh

Nyaris mati oleh ta' makan.

Masa belayar kematian angin

Sauh di-laboh bayu berpuput

Ada rumah bertandong dudok."

19

Page 30: Sastera Melayu Lama

(Lihat m.s. II. Cherita jenaka oleh R.O. Winstedt dan A.]. Sturrock)

Dalam kesah Lebai Malang, perkara2 malang yang berlaku pun menimbulkan unsor keluchuan-nya. Keje-nakaan mengenai Lebai Malang di-gambarkan dalam gu-rindam:—

"Ayohai nasib fakir miskin

Dapat sedekah sa-bungkus lempeng

Habis hilang baju dan kain

Penganan habis di-baham anjing

Penat bekerja tidak terkira

Ka-sana ka-mari tersera-sera

Punah golok bersama nira

Pulang ka-rumah mendapat mara."

(Lihat m.s. 58 Cherita jenaka oleh R.O. Winstedt dan A.j. Sturrock.)

Cherita Pa' Pandir menggambarkan dua sifat yang berbedza. Dari satu pehak kelihatan Pa' Pandir sa-bagitu bodoh dan tolol membuat sa-suatu tanpa berfikir:— hing-gakan anak-nya di-masokkan ka-dalam ayer yang sedang menggelegak, pipit uban di-sangka lebai, kambing jantan di-anggap haji, garam di-sembunyikan di-dalam ayer dan tajak rumput di-sangka-nya kerbau. Di-bahagian yang lain pula Pa' Pandir di-gambarkan sa-bagai orang yang bijak

20

Page 31: Sastera Melayu Lama

yang dapat membunoh gergasi dan menipu isteri-nya Mak Andeh untok membuat penganan. Dengan ada-nya kedua2 sifat ini kelihatan lebeh jelas sifat penglipor-nya di-sabalek cherita2 ini. Cherita2 ini juga sa-taraf dengan pemikiran musharakat Melayu lama, sebab itu-lah cheri-ta2 ini sangat popular di-kalangan musharakat Melayu. Cherita Pa' Pandir juga bukan sahaja terkenal di-kalang-an musharakat Melayu, tetapi terdapat juga di-kalangan bangsa Batak di-Sumatra, Sunda dan Jawa.

Cherita Pa' Belalang dan Si-Lunchai menunjokkan sifat kepintaran ra'ayat biasa yang dapat menipu dan membodohkan kalangan atasan. Pa' Belalang dapat menchari nafkah hidup dengan tipu daya menchuri ker-bau, tetapi perbuatan-nya itu tidak di-ketahui sebab nasib yang baik selalu menyebelahi-nya. Bahagian che-rita di-mana Pa' Belalang menjadi ahli nujum dan me-nangkap penchuri, terdapat pula di-kalangan orang2

Acheh, Sunda, Jawa, Batak dan Makasar. Bagitu juga bahagian cherita yang menyatakan bahawa Pa' Belalang dapat membedzakan antara anak itek jantan dan betina, dan hujong dan pangkal sa-batang kayu, di-dapati juga di-kalangan orang2 Mon di-Indo-China, Jawa, Filipina dan Ceylon. Bahagian akhir cherita, di-mana Pa' Belalang dapat meneka belalang, merupakan satu unsor yang me-lambangkan nasib baik.

Si-Lunchai pula di-gambarkan sa-bagai sa-orang yang hina, tetapi kerana kepintaran dan nasib baik, ia dapat mengelakkan diri daripada kena hukum bunoh, dan dapat pula menipu raja hingga membodohkan-nya; te-tapi ia akhir-nya mendapat balasan burok pula. Yang harus di-pentingkan dalam cherita2 ini bukan-lah segala kerumitan dan selok-belok cherita-nya tetapi ia-lah si-fat2 umum dari keselurohan cherita2 itu.

21

Page 32: Sastera Melayu Lama

iv. Cher i td j yang mempunyai unsor2 pengaron asing

Sa-bahagian besar dari cherita2 jenaka yang bersi-fat Melayu asli, oleh orang2 yang bukan Melayu di-chari2-kan-nya persamaan2 yang terdapat antara cherita2 ini dengan cherita2 dari bangsa2 yang telah mempengarohi 'alam Melayu saperti India, 'Arab dan Parsi. Winstedt berpendapat, bahawa ada persamaan antara chara, mati-nya Pa' Belalang, Pa' Pandir dan Si-Lunchai dengan bahagian2 cherita dalam kitab2 tua Hindu saperti Katha Sarit Sagara, Hitopa Desa dan Panchatantra. Ada-nya pengaroh bangsa2 lain di-'alam Melayu tidak dapat di-nafikan, tetapi kemungkinan-nya besar bahawa persa-maan ini ia-lah sa-chara kebetulan saja. Dengan ada-nya suasana dan gambaran musharakat Melayu, lebeh2 pula yang telah menjadi sa-bati dengan jiwa Melayu, cherita2

ini telah menjadi milek kita.

Cherita2 jenaka yang lain yang tidak kurang di-gemari oleh musharakat Melayu lama ia-lah cherita Mat Jenin, Musang Berjanggut dan Abu Nawas.

Mat Jenin mengesahkan orang yang berangan2 di-atas pohon kelapa hendak membanyakkan hasil upahan-nya hingga hendak berkahwin dengan puteri raja dan akhir-nya terjerumus jatoh dari pohon itu. Chorak cherita Mat Jenin sa-rupa dengan cherita dalam Panchatantra dan juga hikayat 1001 malam. Dalam Hikayat Kalilah dan Daminah (terjemahan Abdullah Munshi 1835) ter-dapat cherita tentang angan2 sa-orang Brahman dengan takar tepong-nya, hingga akhir-nya takar itu jatoh dan tepong-nya terbuang. Tetapi cherita Mat Jenin dengan pokok kelapa, ada-lah sesuai dengan 'alam Melayu dan di-terima oleh musharakat Melayu.

22

Page 33: Sastera Melayu Lama

Cherita Musang Berjanggut berasal dari Parsi, di-anggap sa-bagai cherita Jenaka yang tinggi mutu-nya dan lebeh menggelikan hati. Cherita ini menchampor adokkan unsor2 kepintaran, kebodohan dan tipu helah untok melepaskan diri. Cherita ini juga mengagongkan kaum wanita yang dengan kepintaran-nya dapat mene-waskan beberapa orang lain. Jika di-teliti cherita-nya, timbul-lah kiasan dan tamparan hebat kapada kaum atas-an dan pembesar2 negeri supaya jangan melakukan sa-suatu sa-wenang2-nya.

Cherita Abu Nawas berasal dari Parsi dan amat di-kenal di-kalangan musharakat Melayu. Yang menjadi unsor hiboran dan gelak ketawa bukan-lah hanya kepin-taran Abu Nawas sahaja, tetapi ia-lah juga perbuatan dan tingkah laku-nya, yang akhir-nya dapat membodoh-kan sa-siapa sahaja yang mengemukakan masa'alah atau menguji kepintaran-nya. Antara cherita2 mengenai dia yang termashhor, ia-lah Abu Nawas Membilang Bintang Di-Langit, Abu Nawas Menchari Lembu Pandai Berkata2, Abu Nawas Mengangkat Masjid dan Menunjok Pusat Bumi. Konon-nya Abu Nawas benar2 hidup di-kota Bagh-dad dalam zaman gemilang kerajaan Parsi.

So'a lan:

1. a. Apa-kah bedza-nya antara cherita jenaka dengan cherita penglipor lara ?

b. Beri tingkat-tingkat perkembangan cherita je-naka Melayu.

2. Cherita Pa' Belalang dan Si-Lunchai ada-lah che-rita sadoran. Berikan pendapat kamu.

Apa-kah tujuan cherita-cherita ini dan cheritakan dengan rengkas salah satu daripada-nya.

23

Page 34: Sastera Melayu Lama

3. Berikan serba sadikit ulasan kamu, (dalam ben-tok prosa) tentang dua buah gurindam mengenai Pa' Belalang dan Lebai Malang (lihat m.s. 16).

v. Cher i ta2 Yang Bermot i fkan Binatang

Di-satengah kalangan musharakat, cherita yang berlaku di-sakeliling binatang, di-kenal dengan nama Cherita Mergastua. Di-kalangan orang Melayu sendiri terutama yang berbabit dengan pengaroh Islam dalam zaman Nabi Sulaiman, binatang di-perchayai boleh ber-chakap dan berfikir saperti manusia. Dalam cherita2

ra'ayat bagini, pelaku2-nya kadang2 terdiri dari binGtang sahaja. Watak2 manusia, kalau ada pun hanya memain-kan peranan sambilan sahaja; kadang2 bersifat sa-bagai sa-orang bodoh dan memainkan peranan sc-bagai pem-buru atau pengembara sahaja.

Kalau di-selideki sa-chara mendalam, kita akan dapati bahawa tujucn2 cherita ini ia-lah:—

i. Sa-bagai satu puncha hiboran.

ii. Untok menyampaikan pengajcran dan pene-rangan. Binatang2 ini juga dapat menjadi lam-bang sindiran yang dalam, yang pada asas-nya, di-tujukan kapada manusia. Menggunakan bi-natang dan 'alam sa-keliling sa-bagai sindiran ada-lah satu kebiasaan dalam musharakat Me-layu saperti yang ternyata dalam perumpama-an kita. Dari cherita2 binatang juga, kita akan mendapat kesan2 penghidupan musharakat Me-layu lama semenjak ia bersifat animisma lagi. Cherita2 mengenai binatang, merupakan satu chorak pemikiran musharakat Melayu lama

24

Page 35: Sastera Melayu Lama

dalam menghadapi masa'alah harian yang tidak dapat di-huraikan dari segi logik. Cherita2 ini dapat merupakan suatu jalan keluar untok kehausan pengetahuan hendak mengetahui se-bab musabab sa-suatu. Dari itu, boleh-lah di-bahagikan dongeng binatang atau mergastua ini ka-dalam tiga kelompok besar.

1. Cherita asal-usul atau kejadian sa-suatu, baik tumbohan, tempat mau pun binatang. Dari cherita2 ini dapat-lah ahli2 musharakat tahu dan menerima pula si-fat2 binatang itu. Ini merupakan satu pengetahuan, dan dapat meringankan beban hidup sa-hari2. Dalam baha-gian ini, kita tidak sahaja di-beritahu tentang asal-usul buaya, harimau dan ular, tetapi kita juga turut di-beri-tahu mengapa singa mengaum, beruang pendek ekor-nya, landak di-selubongi duri, ular sawa hilang bisa-nya, burong hantu keluar waktu malam dan berbagai2 cherita lagi.

2. Binatang juga di-cheritakan dalam bentok fable, yang mempunyai dua bahagian ia-itu:—

a. aliran cherita-nya.

b. moral, pengajaran atau tujuan didaktik-nya.

Dengan menggunakan unsor2 binatang, sa-chara halus lagi berkesan, si-pendengar dapat di-pengarohi oleh ajar-an di-sabalek cherita itu. Cherita saperti ini amat ber-kesan di-kalangan kanak2. Antara cherita2 yang di-ba-cha di-sekolah2 ia-lah cherita Anjing Dengan Bayang2, Perlumbaan Antara Arnab Dengan Kura2, Tikus Menolong Harimau, Cherita Anak Bayan Dengan Anak Cherpelai dan berbagai lagi. Fable ini kerap-kali di-akhiri dengan sa-buah perumpamaan.

25

Page 36: Sastera Melayu Lama

3. Cherita binatang yang terkenal sekali dan ter-dapat di-kalangan beberapa bangsa di-dunia ini, ia-lah yang bernama Beast Epic atau cherita2 yang berpusat pada satu pelakun utama yang mempunyai kecherdekan dan kebijaksanaan, dan cherita2 ini berpusing di-sakitar binatang ini. Epik binatang bukan sahaja terkenal di-kalangan bangsa Melayu dengan watak Sang Kanchil-nya, tetapi terdapat juga di-kalangan orang2 Sunda, Cham, di-Eropah Barat dan di-kalangan orang India-Amerika. Di-negeri Belanda, binatang yang terpenting ia-lah serigala, di-kalangan orang2 India-Amerika, sa-jenis musang. Sang Kanchil atau Pelandok ia-lah bina-tang yang menjadi asas epik Melayu. Cherita jenis epik binatang ini bersifat universal, ia-itu di-kenal di-beberapa benua. Maksud utama dari cherita Sang Kanchil ia-lah hiboran, tetapi di-sabalek hiboran itu tersembunyi unsor tegoran dan penerangan yang dalam. Binatang yang kechil ini dengan kebijaksanaan-nya dapat mengalahkan binatang2 yang lebeh besar dan kuat daripada-nya. Bagi-tu juga bentok pengajaran di-sabalek watak yang kechil itu ia-lah untok mendorong manusia supaya berfikir dan menggunakan otak dalam menjalankan tugas dan meng-hadapi masa'alah harian, juga berupa sindiran terhadap sa-saorang yang melakukan sa-suatu yang dzalim.

Cherita kanchil ini boleh di-bahagikan ka-dalam beberapa tingkatan:—

I. Kanchil memainkan peranan sa-bagai binatang yang pintar dan suka menipu, la dapat menggunakan tipu helah-nya untok mengalahkan binatang2 yang lebeh besar dan kuat daripcda-nya.

Cherita2 ini menjadi sumbangan untok memberani dan menggalakkan ahli2 musharakat supaya berfikir dalam

26

Page 37: Sastera Melayu Lama

menjalankan tugas mereka. Dalam bahagian ini ter-dapat-lah cherita:—

a. Kanchil menipu buaya sa-waktu hendak menyeberang sungai dan sa-waktu kaki-nya di-tangkap buaya.

b. Kanchil berlawan minum ayer sungai de-ngan binatang2 lain; kanchil meminum tat-kala ayer sedang surut dan saingan-nya meminum tatkala ayer sedang pasang.

c. Kanchil menipu kambing sa-waktu jatoh dalam perigi.

d. Kanchil menipu harimau.

2. Kanchil memainkan peranan sa-bagai binatang yang 'adil, dan kerana bersikap 'adil, ia di-gelar "Shah 'Alam Di-Rimba." Bahagian ini memperlihatkan watak manusia yang bodoh dan terpaksa menuntut ke'adilan dari Kanchil. Yang penting dalam bahagian ini ia-lah, sa-chara ta' langsong manusia itu di-kehendaki berfikir dan jangan berbalah antara mereka dan hendak-lah ber-pegang tegoh kapada kata2 mereka. Chontoh2 cherita ini ia-lah:—

a. Kanchil menjadi hakim dalam menchari jalan untok memperlihatkan dua bulan, untok menyelesaikan perbalahan antara dua orang kawan.

b. Kanchil menjadi pengadil masa membicha-rakan sa-saorang yang enggan memulang-kan beliong yang di-pinjam dari kawan-nya.

27

Page 38: Sastera Melayu Lama

c. Kanchil melepaskan kerbau yang menolong buaya yang di-hempap oleh sa-batang kayu, sa-telah kerbau hampir2 menjadi mangsa buaya.

3. Kanchil yang cherdek di-tipu oleh binatang2

lain yang lebeh kechil daripada-nya. Jenis ini ada bebe-rapa buah sahaja dalam bahasa Melayu, di-antara-nya ia-lah:

a. Kanchil di-alahkan oleh agas.

b. Kanchil di-tipu oleh bangau sa-waktu me-nyeberang sungai atas kerak nasi.

c. Kanchil di-alahkan oleh siput dalam lumba lari.

So'al yang mungkin menjadi pertanyaan ia-lah ada-nya persamaan2 cherita2 bermotif binatang Melayu de-ngan cherita2 dari India. Memang perhubongan antara tanah India dengan 'alam Melayu terdapat sejak 2,000 tahun dahulu lagi. So'cl pinjam-meminjam dan menye-suaikan dengan keadacn2 tempatan, ada-lah satu per-kara biasa dalam kebudayaan. Di-Tanah India memang terdapat kitab2 tua Hindu yang membawa cherita2 fable yang mengandongi moral saperti kitab Mahabharata. Per-kara yang harus kita pentingkan ia-lah betapa rapi-nya dan bagaimana kita menerima cherita2 itu sa-bagai sa-bahagicn dari hasil sastera kita.

28

Page 39: Sastera Melayu Lama

So'alan:

1. Dalam berbagai negeri ada berbagai cherita yang di-jalinkan pada sa-kitar sa-saekor binatang yang tertentu. Dalam gulongan apa-kah cherita-cheri-ta ini di-masokkan, dan apa-kah binatang dan tingkatan cherita-nya dalam musharakat kita?

2. a. Apa-kah yang di-katakan 'fable' ?

b. Cheritakan dengan rengkas sa-buah 'fable'.

c. Apa-kah yang di-katakan 'Epik Binatang' ? Che-ritakan sa-buah epik binatang dalam musharakat kita.

J i f ^ . j k ^ k . ^ ( . 5 t ^ t ^ - ^ f . ^ ( . ; t * a f ^

29

Page 40: Sastera Melayu Lama

BAB I I I

PUISI M E L A Y U L A M A

i. Musharakat Melayu Lama dan t imbul -nya puisi lama ( teka- tek i , pantun)

Kita tidak dapat menafikan lagi betapa penting-nya pengkajian sastera lama dan juga chabang-nya, ia-itu puisi lama. Puisi lama telah lama berkembang dalam musharakat kita, dan kini telah pun timbul puisi Melayu baru. Yang lama dan yang berkesan dalam musharakat kita patut di-jadikan unsor penyelidekan dan kajian kita kerana puisi lama ada-lah sa-bahagian dari kebudayaan musharakat lama, dan pengetahuan kita mengenai selok-belok, bentokj dan gambaran dalam puisi lama dapat membawa kita kapada memahami musharakat lama, chara mereka berfikir dan kebiasaan2 dalam musharakat itu.

Istilah puisi ada-lah satu istilah baru yang kita pinjam dari Indonesia untok karangan2 berangkap yang mementingkan sajak, irama, suku-kata dan pilehan kata. Perkataan puisi berasal dari perkataan Belanda Poesie yang dalam bahasa Inggeris-nya di-beri nama Poetry. Karangan2 saperti teka-teki, pantun, sha'er, talibun, gu-rindam, seloka ada-lah bentok2 yang biasa di-kenal de-ngan istilah karangan berangkap. Karangan2 berangkap di-atas ada pertalian-nya antara satu sama lain dan da-pat kita selideki asal-nya. Di-samping itu harus juga kita ketahui akan musharakat yang membentok puisi Melayu lama.

Puisi lama lahir dari musharakat lama dan meng-gambarkan musharakat lama pula. Puisi lama hidup sa-bagai sastera lisan dan merupakan sa-bahagian besar

30

Page 41: Sastera Melayu Lama

dari sastera ra'ayat. Puisi ini hidup dari mulut ka-mulut sejak zaman puntong berasap dan zaman To' Nador ber-kajang kain. Puisi lama ada-lah hak kumpulan di-chipta untok kumpulan dan menjadi milek kumpulan. Dari itu, semua ahli musharakat turut menggunakan-nya dan patoh kapada sharat2 yang terdapat pada-nya, ia-itu sharat2

sajak atau persamaan bunyi, suku-kata dan bilangan per-kataan. Musharakat lama tidak mementingkan so'al2

persendirian dan tidak mengkehendaki unsor2 pembaha-ruan, kerana sastera, terutama puisi, ada-lah hak ramai. Dalam musharakat yang tenang, manusia mementingkan unsor2 persamaan. Kita telah faham bahawa bentok2

peribahasa memenohi sharat2 sajak, kerana ada-nya suku-kata2 yang tertentu dan mengandongi isi yang padat. Dari itu tidak-lah di-hairankan jikalau teka-teki dan pantun dua kerat merupakan pendahuluan kapada ben-tok pantun biasa, atau pantun empat kerat. Kita biasa mendengar peribahasa2 ini:—

" ikut rasa binasa,

ikut suka duka,

ikut hati mati,

dan biar titek jangan tumpah

biar rebeh jangan roboh."

dan kita tahu bahawa peribahasa2 ini mempunyai rentak dan irama dan pemilehan kata2. Dari kesedapan bunyi ini, timbul-lah pula unsor2 permainan dalam bentok teka-teki yang ada kala-nya di-sebut pantun dua kerat. Choba perhatikan teka-teki ini.

31

Page 42: Sastera Melayu Lama

"Siakap senohong,

gelama ikan duri,

berchakap bohong,

larnoj menchuri.

dan Hujong bendul dalam semak,

kerbau mandul banyak lemak."

Teka-teki di-atas boleh di-lagukan dalam empat baris, sama saperti kita mengarang pantun, hanya bila kita tutorkan terdengar sa-akan2 ada dua baris sahaja.

Teka-teki berasal dari perkataan Sanskrit 'terka' bermaksud: 'menchoba,' 'menchari' dan teka-teki ber-dasarkan kapada sajak dan asonansi (persamaan bunyi hujong). So'al yang mengelirukan dalam mengkaji saste-ra Melayu lama, juga 'alam puisi Melayu, ia-lah percham-poran dan pengaroh2 kebudayaan luar dalam sastera kita, hingga kadang2 kita berasa sangsi yang mana-kah bentok asli dan yang mana sadoran. Ahli2 penyelidek saperti Adriani dan Kruijt yang berusaha menchari ben-tok2 asli puisi lama, telah membawa-nya ka-arah kebu-dayaan bangsa Toradja di-Laut Pacifik, di-mana kata me-reka puisi ini tidak di-pengarohi oleh unsor2 luar. Kata mereka bentok teka-teki dan tebakan di-gunakan ketika menjalankan upachara2 ritual2 pertanian mereka. Sas-tera di-sesuaikan dengan musim padi. Tebakan dan teka-teki (dari segi simpetetik dan kuasa2 kosmos) dapat menchepatkan dan mengelckkan hasil padi mereka. Me-ngeluarkan ma'ana yang tepat pada tebakan bererti saperti mengeluarkan buah padi dari batang-nya. Jadi tebakan yang mula2 di-gunakan untok usaha2 yang baik

32

Page 43: Sastera Melayu Lama

kemudian berubah menjadi 'adat pengisi waktu dan alat permainan. Dengan itu terbit-lah bentok baru saperti teka-teki atau permainan ini.

"Siapa yang belum keluar dari rumah-nya tetap basah" — jawapan-nya — lidah.

"Yang banyak di-tambahi, yang kurang di-kurangi" — jawapan-nya menimba ayer dalam perahu.

Teka-teki dan pantun dua kerat telah bagitu sa-bati dengan orang Melayu hinggakan jika di-sebut sa-kerat sahaja tahu-lah si-yang mendengar akan maksud pelengkap-nya. Dengan itu jika di-sebut:

"Pinggan ta' retak, nasi ta ' dingin" — faham-lah si-pendengar akan pelengkap-nya. Bagitu juga jikalau ada anak2 muda yang hendak mengusek sa-saorang janda yang agak gemok, mereka akan berkata:— "Hujong ben-dul dalam semak," tahu-lah janda itu jawapan-nya "Ker-bau mandul banyak lemak." Teka-teki dan persajakan ba-gini di-gunakan oleh kcnak2 waktu mereka bermain atau berolok2 dengan kawan2 mereka saperti "Pit-pit ketam batu," jawapan-nya

"Mata sepet tunggu pintu." atau

"tang-tut buah labu,

siapa kentut bini hantu."

Jawapan kapada kerat pertama terpulang-lah kapada hujong kerat pertama, dan kerap-kali berupa sa-suatu yang menggelikan hati; dan kadang2 oleh budak, sekolah di-chari mereka penyesuaian rangkap bagini:—

33

Page 44: Sastera Melayu Lama

"Siakap senohong,

gelama ikan duri,

berchakap bohong,

lamoj menchuri.

dan Hujong bendul dalam semak,

kerbau mandul banyak lemak."

Teka-teki di-atas boleh di-lagukan dalam empat baris, sama saperti kita mengarang pantun, hanya bila kita tutorkan terdengar sa-akan2 ada dua baris sahaja.

Teka-teki berasal dari perkataan Sanskrit 'terka' bermaksud: 'menchoba,' 'menchari' dan teka-teki ber-dasarkan kapada sajak dan asonansi (persamaan bunyi hujong). So'al yang mengelirukan dalam mengkaji saste-ra Melayu lama, juga 'alam puisi Melayu, ia-lah percham-poran dan pengaroh2 kebudayaan luar dalam sastera kita, hingga kadang2 kita berasa sangsi yang mana-kah bentok asli dan yang mana sadoran. Ahli2 penyelidek saperti Adriani dan Kruijt yang berusaha menchari ben-tok2 asli puisi lama, telah membawa-nya ka-arah kebu-dayaan bangsa Toradja di-Laut Pacifik, di-mana kata me-reka puisi ini tidak di-pengarohi oleh unsor2 luar. Kata mereka bentok teka-teki dan tebakan di-gunakan ketika menjalankan upachara2 r i tual, pertanian mereka. Sas-tera di-sesuaikan dengan musim padi. Tebakan dan teka-teki (dari segi simpetetik dan kuasa, kosmos) dapat menchepatkan dan mengetokkan hasil padi mereka. Me-ngeluarkan ma'ana yang tepat pada tebakan bererti saperti mengeluarkan buah padi dari batang-nya. Jadi tebakan yang mula2 di-gunakan untok usaha2 yang baik

32

Page 45: Sastera Melayu Lama

kemudian berubah menjadi 'adat pengisi waktu dan alat permainan. Dengan itu terbit-lah bentok baru saperti teka-teki atau permainan ini.

"Siapa yang belum keluar dari rumah-nya tetap basah" — jawapan-nya — lidah.

"Yang banyak di-tambahi, yang kurang di-kurangi" — jawapan-nya menimba ayer dalam perahu.

Teka-teki dan pantun dua kerat telah bagitu sa-bati dengan orang Melayu hinggakan jika di-sebut sa-kerat sahaja tahu-lah si-yang mendengar akan maksud pelengkap-nya. Dengan itu jika di-sebut:

"Pinggan ta' retak, nasi ta ' dingin" — faham-lah si-pendengar akan pelengkap-nya. Bagitu juga jikalau ada anak, muda yang hendak mencusek sa-saorang janda yang agak gemok, mereka akan berkata:— "Hujong ben-dul dalam semak," tahu-lah janda itu jawapan-nya "Ker-bau mandul banyak lemak." Teka-teki dan persajakan ba-gini di-gunakan oleh kc iak , waktu mereka bermain atau berolok2 dengan kawan2 mereka saperti "Pit-pit ketam batu," jawapan-nya

"Mata sepet tunggu pintu." atau

"tang-tut buah labu,

siapa kentut bini hantu."

Jawapan kapada kerat pertama terpulang-lah kapada hujong kerat pertama, dan kerap-kali berupa sa-suatu yang menggelikan hati; dan kadang2 oleh budak, sekolah di-chari mereka penyesuaian rangkap bagini:—

33

Page 46: Sastera Melayu Lama

"Satu dua tiga empat,

Anak ikan sudah lompat.

Lima enam tujoh lapan

Jatoh balek atas papan."

Penyesuaian hujong baris bagini dapat mendidek anak2 memahami bentok pantun dan juga menggambar-kan betapa luas dan dalam penggunaan puisi dalam mu-sharakat kita.

Satu lagi susunan kata2 yang tidak dapat di-nafikan memainkan peranan penting dalam musharakat lama ia-lah montera, jampi dan serapah. Bentok, ini khas-nya di-gunakan oleh pawang, dan bomoh. Yang menarek perhatian kita dalam bentok ini ia-lah sifat2 asal-nya, kemudian sulaman pengaroh Hindu den akhir-nya pe-nyingkiran pengaroh Hindu dan di-ganti pula dengan kalimat2 dari ugama Islam. Juga harus kita kaji keindah-an susunan kata-nya dan persamaan bunyi yang ada pada hujong-nya. Ada kala-nya sa-ragam dan ada kala-nya pula berselang-seli. Dari zaman animisma lagi bentok ini amat-lah banyak kerana pawang dan bomoh memain-kan peranan yang penting dalam kehidupan musharakat lamo. Pawang bukan sahaja menjadi ahli membasmi penyakit atau wabak, penjauh hantu shaitan dan pemu-ja penunggu, tetapi juga pawang dapat menggunakan 'ilmu-nya untok perkara2 yang burok saperti memasok-kan hantu dan untok 'ilmu2 pengaseh. Dalam zaman pengaroh Hindu, montera, jampi dan serapah di-sulami dengan nama dewa2 Hindu saperti Betara Guru, Visnu, Betara Kala, Seri Rama dan lain2; dalam zaman Islam pula, dewa, Hindu di-gantikan dengan sebutan Allah,

IA

Page 47: Sastera Melayu Lama

Muhammad, Al i dan pah lawan, Islam. Pengkaj ian me-

ngenai bentok, puisi lama dapat menolong k i ta memahami

keadaan dalam musharakat lama ki ta dan mengetahui

keadaan, keperchayaan dan faham, yang mereka anut i .

S o ' a l a n :

1. Hura ikan bentok-bentok dan jenis-jenis puisi Me-layu lama.

2. Hura ikan dengan rengkas bagaimana pantun Melayu berkembang dan apa-kah sebab-nya pan-tun kurang mendapat perhat ian musharakat Me-layu sekarang.

3. Pantun ia-lah puisi Melayu asli yang dapat me-nunjukkan keperibadian bangsa Melayu. Bin-changkan.

Kemukakan pendapat , kamu mengenai jenis-jenis pantun Melayu dan ber ikan chontoh-chontoh-nya.

4. Banyak sarjana barat berbedza pendapat menge-nai asal perkataan pantun dan perhubongan an-ta ra pembayang maksud dengan maksud-nya. Bagaimana pendapat kamu ?

Bagaimana pula pendapat sarjana-sarjana tem-patan mengenai perkara-perkara di-atas ?

5. a. Apa-kah yang d i -katakan pantun dua kerat a tau teka- tek i ? Ada-kah apa-apa perka i tan an ta ra pantun dua kerat dengan pantun biasa ?

b. Ada-kûh pula perka i tan an tara peribahasa de-ngan pantun ?

c. Ada-kah perkai tan an tara pembayang maksud dalam pantun biasa dengan maksud-nya ?

35

Page 48: Sastera Melayu Lama

d. Apa-kah yang di-katakan pantun berkait dan berikan chontoh-nya ?

Penyelidekan.

1. Beri berbagai-bagai chontoh jenis dan bentok pantun Melayu.

2. Selideki berbagai-bagai unsor nyanyian kanak-kanak di-daerah kamu dan analis akan dari segi pilehan kata, irama dan isi-nya.

i i . Kedudokan Peribahasa da lam musharakat Me-layu

Sarjana, barat, saperti Winstedt dan Wilkinson berasa kagum dengan kekayaan peribahasa Melayu, yang berjumlah berpuloh ribu itu. Musharakat Melayu lama menggunakan peribahasa dalam segala lapangan hidup. 'Alam peribahasa Melayu dengan sendiri-nya merupakan satu kemegahan musharakat Melayu lama, mempunyai pertalian yang erat dengan bentok puisi lama dan meli-puti medan yang luas dalam pemakaian bahasa. Bahasa memainkan peranan yang penting dalam sastera ra'ayat, ia-itu sastera yang di-sampaikan sa-chara lisan dari satu keturunan kapada keturunan yang lain. Bila kita hendak menyampaikan sa-suatu mengikut bentok lisan kita ber-kehendakkan sa-suatu sistem pemilehan kata, yang se-suai, sedap di-dengar, dan hendak-lah rengkas kerana penerimaan-nya tergantong kapada penangkapan bunyi perkataan dan susunan-nya. Dengan itu, penggunaan peribahasa merupakan satu seni tersendiri yang sangat, terkenal dalam musharakat Melayu lama.

'Alam peribahasa Melayu meliputi kata, yang di-pileh khas, kata, geliga, kata, orang tua,, bahasa kiasan

36

Page 49: Sastera Melayu Lama

dalam serba bentok-nya, simpulan bahasa, pepatah dan

bidalan yang mengandongi ma'ana sa-lapis dan ka ta ,

perbi langan yang di-pakai sa-bagai panduan hidup dan

perumpamaan yang mengandongi pengert ian dua lapis.

Pemakaian peribahasa bukan sahaja merupakan

satu kebi jaksanaan, te tapi pengetahuan mengenai-nya

dapat membawa k i ta kapada memahami chorak f ik i ran,

asas, t indakan, kesukaan dan pe rka ra , yang di-benchi

oleh musharakat lama. Peribahasa tumboh bersama,

musharakat zaman dahulu. Peribahasa hanya sanggup

tumboh di-kalangan musharakat daerah dan bukan-nya

musharakat kota. Ada-lah juga di- fahami bahawa j ika

sa-suatu bahasa itu berkembang dan menjadi bahasa

resmi, peribahasa-nya akan berkurang.

Peribahasa t idak sahaja patut di-kaj i dar i sudut

bagaimana tumboh-nya dalam musharakat , te tapi juga

dar i segi pemakaian dan kegunaan-nya. Peribahasa baik

yang di-gunakan dalam kebiasaan ha r i , , maupun dalam

penulisan sastera dan puisi, mement ingkan unsor, bunyi.

Bunyi dengan susunan kata dapat menimbulkan asonansi

dan al i terasi dan ini memberi kesan kapada pendengar.

Musharakat Melayu lama yang mement ingkan per i -

bahasa ada-lah musharakat yang 'stable', musharakat

yang ten te ram, dan ahl i , -nya mempunyai kesempatan

untok berf ik i r dar i segi keindahan bahasa. Banyak per i -

bahasa Melayu yang mengambil l ambang, 'a lam di-sa-

kel i l ing untok memberi ma'ana yang padat dan tepat

dalam menggunakan peribahasa. Kata i tu pada hak ikat -

nya mempunyai kebenaran, sa-t idak,-nya pada zaman-

nya. C h o n t o h , peribahasa ada-lah " K a t a i tu k o t a " "Sa-

d i k i t , l ama, jadi buk i t " . "Buk i t sama d i -dak i , lurah sama

d i - t u r u n i , " yang te rb i t dar i pengalaman, pemerhat ian

37

Page 50: Sastera Melayu Lama

dan pandangan yang dalam. Dalam musharakat yang tenteram, ahli,-nya mementingkan sifat, persamaan dan menentang keras orang, yang hendak mengasing, dan memandai,; sebab peribahasa di-anggap kepunyaan umum dan sa-siapa juga boleh menggunakan-nya.

Peribahasa juga di-bentok dengan menggunakan 'image' (lambang) dari keadaan, yang terdapat dalam sa-sabuah musharakat. Chontoh-nya ia-lah perumpama-an "menanti ara tidak bergetah" ' tetak ayer tidak akan putus" yang bukan sahaja menggunakan image, yang tepat, tetapi juga dengan image, ini bilangan perkataan itu di-perkurangkan menjadikan peribahasa itu padat dalam susunan, pendek dan rapat, dan membawa ma'ana sa-lapis atau dua lapis. Ada kala-nya peribahasa itu di-bentok dengan mempunyGi unsor, asonansi dan aliterasi saperti " ikut hati mati, ikut suka duka, ikut rasa binasa" "Biar titek jangan tumpah" dengan mana yang mengin-dahkan peribahasa itu dari segi bunyi dan rentak. Ada kala-nya di-masokkan pula unsor, pertentangan bunyj yang membawa kesan yang dalam juga, saperti "lain padang, lain belalcng, lain lubok lain ikan-nya." Kadang, pula kata, itu di-selang-selikan saperti dalam, "ringan tulang berat perut, berat tulang ringan perut." Dalam sastera ra'ayat yang mementingkan pendengaran, unsor bunyi amat-lah penting. Bahkan dalam pantun, peribaha-sa-lah yang dapat memenohi sharat, bilangan suku-kata, perkataan dan isi yang padat.

Jikalau di-kaji pula penggunaan peribahasa pada umum-nya, timbul keindahan dari segi kehalusan budi dan tujuan di-sabalek peribahasa itu. Musharakat Me-layu lama dalam perhubongan mereka sa-hari,, membi-charakan so'al, 'adat dengan menggunakan peribahasa sa-bagai satu hiasan dan tanda kebijaksanaan. Pema-

33

Page 51: Sastera Melayu Lama

kaian-nya merupakan satu kelaziman. Perumpamaan juga merupakan perekonomian bahasa.

Peribahasa juga dapat menyembunyikan kata2 yang kasar saperti sindiran dan kekasaran yang di-selimuti dengan kata2 halus yang berkesan. Chontoh-nya: alang-kah dalam maksud di-sabalek perumpamaan "siapa ma-kan chabai, dia-lah yang merasa pedas-nya," dan "ayer tenang jangan di-sangka tiada buaya-nya."

Dalam musharakat yang tidak biasa dengan alat2

untok menentukan waktu mereka berpegang kapada chara2 yang tertentu. Mithal-nya, untok mengatakan la-ma masa di-sebut "sa-penanak nasi, sa-lempar batu, matahari sa-galah, dua bulan purnama" dan lain2 lagi. Dengan ini faham-lah kita akan kekayaan dan keindah. an 'alam peribahasa Melayu.

So'alan:

1. Musharakat Melayu lama biasa sa-kali dengan peri-bahasa. Musharakat sekarang jarang-jarang meng-gunakan peribahasa. Bagaimana pendapat kamu ?

2. Peribahasa Melayu merupakan satu kekayaan dalam bahasa Melayu. Huraikan pertumbuhan dan bentok-bentok serta jenis-jenis-nya.

3. a. Huraikan latar belakang musharakat yang meng-gunakan peribahasa.

b. Apa-kah perbedzaan antara pepatah dan perum-pamaan ?

c. Binchangkan peranan peribahasa dari segi pileh-an kata dan kiasan.

39

Page 52: Sastera Melayu Lama

i i i . Pantun

Pantun Melayu mendapat perhatian istimewa dari sarjana bahasa Melayu baik dari bangsa Eropah maupun dari anakj tempatan. Manakala anak2 tempatan mele-behkan so'al2 keindahan dalam pantun dan persamaan-nya dengan bentok puisi lain di-'alam Melayu, sarjana2

barat 'ashek memperkatakan asal perkataan itu dan perhubongan antara pemboyong maksud dengan maksud-nya hinggakan masing2 mengeluarkan hujjah2 yang tidak dapat di-persetujui oleh orang lain. Hingga ini belum ada persetujuan antara mereka dan tidak akan mungkin ada persetujuan.

Pentun ia-lah ragam puisi yang hidup di-kalangan ra'ayat dan bersifat sa-Melayu2-nya. Khas-nya pantun berkehendakkan sajak dan irama, pilehan suku-kata dan perkataan. Pantun telah sedia hidup dalam musharakat Melayu lama sa-belum orang2 Melayu tahu menulis dan membacha. Orcng2 Melayu menehiptakan pantun untok melahirkan berbagai2 bentok perasaan, dengan mana pula merupakan satu seni yang indah. Mereka menggu-nakan pantun untok berkaseh2an, memberi nasihat, ber-suka2dan berjenaka, menyindir, dan untok menyatakan ra-sa kesedehan. Dengan ada-nya sharct2 tertentu di-atas, pantun2 Melayu di-lahirkan sa-chara berkesan, padat dan rengkas. Pantun ada-lah hak musharakat umum, t i -dak sa-siapa yang memileki-nya, tetapi semua ahli mu-sharakat tahu yang mana-kah pantun yang baik dan yang mana tidak. Keindahan pantun hanya dapat di-rasakan bila di-dengar dan di-uchapken.

Kata pantun asal-nya dari Sanskrit, dan membawa ert i : 'bichara,' 'atoran yang sah'; dan dalam bahasa Jawa dengan erti yang lebeh umum, pantun merupakan sa-

40

Page 53: Sastera Melayu Lama

bahagian dari peribahasa. Dalam buku2 sastera lama Melayu pantun di-ertikan dengan 'saperti' 'umpama' mithal-nya dalam Hikayat Hang Tuah di-sebut: saperti pantun Melayu 'pagar makan padi.' Pantun juga kadang2

membawa maksud 'sa-bagai' atau 'sa-umpama' saperti dalam "Tuan sa-pantun kilat chermin." Brandstetter telah menchoba memechahkan perkataan pantun kapada akar kata tun dan kata-nya dalam bahasa Sunda pantun ber-asal dari akar tun. Dalam bahasa Tagalog 'tonton' ber-erti membawa 'sa-chara terator', dan dalam bahasa Jawa Kuno matuntunan bererti 'memimpin'. Jadi sarjana2 ba-hasa tidak dapat memutuskan so'al pantun dari segi eti-mologi. Dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, pantun di-gunakan untok menchemoh dan mengata sa-suatu sa-chara halus, mithal-nya :—

"Chau Pandan, anak Bubanya

Hendak menyerang ka-Melaka.

Ada chinchin berisi bunga

Bunga berladong si-ayer mata."

Dalam Hikayat Hang Tuah, sa-masa pertikam-an antara Hang Tuah dengan Hang Jebat ada di-sebut saperti pantun Melayu, "Rosak bawang di-timpa jambak" Za'aba juga tidak ketinggalan menyatakan 'pantun' biasa di-gunakcn untok membawa maksud "sa-umpama" "sa-bagai" dan dalam kata2 orang tua2 biasa di-sebut-kan:—

"Sa-pantun ayam tidak berindok,

Menampi orang maka memakan"

41

Page 54: Sastera Melayu Lama

Werndly sa-orang sarjana bahasa Melayu dalam tahun 1736, membawa perhatian kita kapada puisi Me-layu yang di-sebut-nya pantun Spellman, tetapi yang sa-benar-nya ia-lah sha'er ia-itu 'Sha'er Perang Makasar.'

Nyata sekali dalam sastera lama pantun di-gunakan dalam berbagai chorak. Dalam Sejarah Melayu juga pantun biasa di-gunakan sa-bagai nyanyian dalam kesah Singapura di-langgar todak:—

"Charek baju raja,

Di-lompati tcdak,

Bukan di-sahaja

Sebab 'akal budak."

Dalam kesah Tun Jana Khatib di-sebutkan pula, itu-lah di-pantunkan orang:—

"Telor itek dari Senggora,

Pandan terletak di-langkahi;

Darah-nya titek di-Singapura,

Bcdan-nya terlantar di-Lcngkawi."

(Lihat ms. 74 Sejarah Melayu — Abdullah)

Memang sukar hendak di-tentukan bila-kah pantun mula di-gunakan dalam buku sejarah2 Melayu lama. Dalam Hikayat Raja2 Pasai, ia-itu sa-buah teks Melayu yang tertua, cda sa-buah karangan berangkap yang dua kali di-pakai; tetapi kata Winstedt ini sukar hendak di-katakan bentok pantun. Mungkin pantun telah di-chatitkan ka-dalam buku2 Melayu lama itu pada masa

42

Page 55: Sastera Melayu Lama

kerajaan Melayu Melaka, dan banyak terdapat dalam hasilj yang di-tulis dalam abad ketujoh belas. Tetapi sa-lepas abad delapan belas, pantun menjadi satu kebia-saan dan merupakan satu tingkat dalam perkembangan puisi Melayu.

Sifat j yang ada pada pantun

Pantun sa-bagai satu chabang sastera puisi yang terpenting, berkehendakkan beberapa sharat tertentu. Sharat2-nya-lah, yang menyebabkan pantun tidak mena-rek hati musharakat moden. Bentok-nya terikat dan t i -dak memberi kesempatan untok gaya persendirian. Wa-lau pun ada beberapa jenis pantun, saperti pantun empat kerat, enam kerat, delapan kerat dan pantun berkait, sharat2 untok mengarang pantun ini ada-lah sama. Ha-nya pantun berkait sahaja-lah yang harus di-perkatakan berasingan. Harus-lah di-sedari bahawa pantun dua kerat-lah yang menjadi pendahuluan kapada pantun em-pat kerat dan sa-terus-nya. Pada asas-nya ada empat sharat yang harus di-penohi oleh sa-sabuah pantun yang baik ia-itu:—

i. Pantun di-bahagikan dalam dua bahagian; ba-hagian pertama di-sebut pembayang maksud atau sampir-an atau pembawa maksud, dan bahagian kedua di-sebut maksud pantun yang sa-benar-nya. Perlu ada perhu-bongan antara bahagian pembayang maksud dengan maksud-nya.

i i . Perhubongan antara pembayang maksud de-ngan maksud, sa-benar-nya dapat di-lihat dalam bayang-an bunyi.

iii. Di-samping sajak, mesti pula ada asonansi (bu-nyi yang sama) sa-terus-nya.

43

Page 56: Sastera Melayu Lama

iv. Erti dan maksud dari seluroh-nya tidak boleh tampil ka-muka dengan sa-kali gus tetapi dengan per-lahan2.

Sarjana, barat banyak menyumbangkan tenaga dalam menchari asal-usul pantun dan perkaitan antara pemboyong maksud dengan maksud-nya. Marsden dan Crawford berpendapat bahawa bahagian pertama pan-tun berisi metaphor, 'ibarat, mithalan yang membayang-kan apa yang akan di-kemukakan dalam bahagian kedua ia-itu maksud-nya. Bahagian maksud mengandongi isi yang lebeh lanjut dari bayangan-nya dalam bahagian pertama. Chontoh-nya terdapat dalam pantun:—

"Telor itek dari Senggora,

Pandan terletak di-langkahi;

Darah-nya titek di-Singapura,

Badan-nya terlantar di-Langkawi."

'Ibarat dan bandingan-nya terdapat dalam jarak le-tak kedua tempat itu dan juga sifat2 tertentu yang di-lambangkan oleh telor itek dan pandan itu. Unsor2 yang saperti ini dapat menolong kita untok menerangkan lagi maksud pantun itu. Keadaan merintis jalan atau mem-bayangkan apa yang di-kemukakan dalam maksud pantun memang sukar hendak di-adakan, tetapi lebeh senang untok menchari perhubongan antara pembayang maksud dengan maksud dari segi persamaan bunyi sahaja. Winst-edt dan Wilkinson pula berpendapat pembayang maksud sa-rangkap pantun harus mengandongi sa-suatu fikiran yang indah dan dalam dan bertaraf seni. Mereka berpen-dapat pantun harus mengandongi dua bentok ia-itu bentok metaphor dan kedua-nya harus pula ada bayangan bunyi. H. Overbeck dalam mukallah-nya "The Malay Pantun"

44

Page 57: Sastera Melayu Lama

majallah Royal Asiatic Jil. 85 (1922) menyatakan bahawa bayangan bunyi dalam pantun ia-lah sifat-nya yang uta-ma dan assosiasi fikiran sifat-nya yang kedua. Dr. Hussein Djajadiningrat telah membandingkan bait2 pantun de-ngan bait2 dalam bahasa Jawa dan Sunda dan berpenda-pat bahawa wangsalan Jawa dan pantun Melayu berda-sarkan atas keinginan untok menyampaikan hasrat atau menyatakan sa-suatu dalam bentok yang halus dengan menggunakan bayangan bunyi atau di-sembunyikan di-sabalek sindiran. Orang2 Bugis dan Makasar suka kapa-da sindiran dan bayangan bunyi dalam kebiasaan hidup mereka. Mereka menghadiahkan ikan penuo kapada pengantin baru dengan harapan, mereka akan berada dalam keadaan penoh dan tidak kekurangan sa-suatu. Bagitu juga hadiah pokok riwu-riwu (ribu) ia-lah untok menguchapkan selamat supaya ma'amor. Orang2 Sibol-ga di-Sumatra Barat menyembahkan ikan belanak dengan harapan orang yang menerima-nya akan di-kurniai Tu-han dengan beberapa orang anak. Demikian-lah pen-ting-nya bayangan bunyi dalam pantun.

Untok memperkatakan sifat2 pantun sa-terus-nya, per-hatikan-lah pantun di-bawah ini:—

1. "Buah langsat kuning menchelah,

2. Kedudok tidak berbunga lagi,

3. Sudah dapat gading bertuah,

4. Tandok tidak berguna lagi."

Dalam sa-sabuah pantun mesti ada persajakan (per-samaan bunyi) antara hujong baris pertama dengan hu-jong baris ketiga dan hujong baris kedua dengan hujong baris keempat. Ringkas-nya persajakan pada pantun mesti-lah a, b, a, b. Sajak di-hujong bagini di-namakan

45

Page 58: Sastera Melayu Lama

sajak akhir. Sajak akhir ada dua jenis-nya ia-itu sajak sempurna dan sajak tidak sempurna. Sajak itu sempur-na kalau sukukata akhir bersuara sama tepat saperti:—

lid/ dengan pad/

gunting dengan bent/ng

mata dengan kota

Sajak itu tidak sempurna kalau perulangan sukukata terakhir tidak sama tepat, tetapi hanya hampir sama bunyi-nya sahaja, saperti:—

pet/ dengan budi

kunc/?/ dengan puji

Sa-lain dari bunyi hujong yang bersajak, Wilkinson dalam buku-nya Pantun Melayu (MPH) berpendapat ba-hawa pantun yang baik hendak-lah mengandongi lebeh dari satu sukukata yang bersajak. Pantun yang baik mempunyai assonansi (persamaan bunyi) dalam ke-empat2 sukukata dalam tiap2 kerat bersajak dengan pa-sangan-nya. Dalam pantun di-atas terdapat-lah sajak awal.

buah baris pertama bersajak dengan sudah baris ketiga

Kedudo/c baris kedua bersajak dengan tando/c baris

ketiga dan sajak tengah

Langsat dan kuning bersajak dengan dapat dan gading tidak berguna bersajak dengan tidak berguna.

Jadi dalam pantun yang baik, tiap2 perkataan ada peranan-nya yang tertentu, dan dari itu pantun Melayu susah hendak di-terjemahkan.

46

Page 59: Sastera Melayu Lama

Kebiasaan menchari persamaan sajak dalam pan-tun dengan mengulang2 perkataan yang sama atau de-ngan menambah lah, pun dan lagi tidak di-pandang tinggi dalam puisi pantun. Perhatikan pantun:—

"Ka-telok sudah, ka-Siam sudah, Ka-Mekah saja saya yang belum, Berpelok sudah, berchium sudah, Bernikah saja saya yang belum."

Kita akan dapati beberapa sukukata dalam pantun ini bersajak dan ini akan menambahkan indah bunyi pantun tersebut, tetapi chara bersajak saperti ini dengan mengulang2kan perkataan di-pandang kurang baik dalam pantun.

Dalam membentok sa-rangkap pantun ada orang yang mengemukakan so'alan dalam baris pertama dan di-jawab dalam baris kedua, mengemukakan lagi dalam baris ketiga dan di-jawab dalam baris keempat saperti:-

"Dari mana punai melayang, Dari sawah turun ka-padi, Dari mana datang-nya sayang, Dari mata turun ka-hati."

Ada pula yang memberikan statemen sahaja saperti:-

"Kalau roboh kota Melaka, Papan di-Jawa saya gantikan, Kalau sunggoh bagai di-kata, Badan dan nyawa saya serahkan."

Dalam mengarang pantun, ada orang yang memen-tingkan pembayang maksud dan maksud yang berkait atau bertalian dari suatu perkara untok menunjokkan pantun yang elok, saperti:—

47

Page 60: Sastera Melayu Lama

"KupUj terbang merayap, Hinggap di-bunga mengisap madu, Hendak terbang tidak bersayap, Merana-lah dinda sa-panjang waktu."

Dalam pantun di-atas perkaitan kerat pertama de-ngan kerat kedua membawa keindahan kapada pantun. Ada juga pantun di-karang dengan menggunakan dua unsor yang berlainan dalam pembayang-nya saperti:—

"Limau purut lebat di-pangkal, Batang selaseh chondong urat-nya, Hujan ribut dapat ku-tangkal, Hati kaseh apa ubat-nya."

Dalam pantun di-atas, tidak ada perkaitan antara kerat pertama 'limau purut' —dengan kerat kedua — 'ba-tang selaseh.'

Banyak pula sarjana yang berpendapat bahawa pembayang maksud untok pantun bukan-lah boleh di-ambil sembarangon sahaja. Mereka berpendapat baha-wa pantun yang baik ia-lah pantun yang mengandongi pembayang maksud yang ada perkaitan atau perbanding-annya dengan maksud-nya saperti dalam pantun2 ini :—

"Pisang emas bawa belayar, Masak sa-biji di-atas peti, Hutang emas boleh di-bayar, Hutang budi di-bawa mati."

dan "Pulau Pandan jauh ka-tengah, Gunong Daik berchabang tiga, Hanchor badan di-kandong tanah, Budi baik di-kenang juga."

43

Page 61: Sastera Melayu Lama

atau "Puas-lah saya menanam keladi,

Nenas juga d i - tanam orang,

Puas-lah saya menanam budi,

Emas juga di-pandang o r a n g . "

P i l ehan k a t a d a n s u k u k a t a d a l a m p a n t u n

Pantun yang baik ia-lah pantun yang indah bunyi-

nya dan dalam er t i -nya. Jadi pantun t idak sa-harus-nya

memenohi sharat2 sajak dan i rama, te tapi sajak, ren tak ,

i rama dan pilehan kata2-nya berkehendakkan satu2 pe-

nyatuan yang padat, jelas dan membawa ma'ana yang

da lam. Ma'ana yang dalam hanya dapat di-simpulkan

dalam bentok peribahasa, kiasan bahasa dan kata 2 yang

pendek, tegas, te tapi luas dan dalam ma'ana-.nya. Jika

k i ta pandang kapada masa2 pantun di-gunakan saperti

dalam ist i 'adat meminang, menaiki pelamin, membuai

anak, memberi nasehat dan mengeluarkan perasaan hat i

dalam perchintaan, ket ika 2 saperti ini berkehendakkan

satu ikatan puisi yang indah yang dapat meyakinkan

senikata2 yang dapat menchurahkan perasaan. Pemileh-

an kata 2 yang tepat , da lam, sesuai dan sedap bunyi-nya

menambahkan nilai keindahan dalam pantun. Suasana

ini hanya dapat d i -chiptakan dalam musharakat yang

ten teram dan tenang di-mana manusia mempunyai ke-

sempatan untok berf ik i r dan mengeluarkan kata 2 yang

halus dan dalam yang berhubongan rapat dengan 'alam

sa-keli l ing dan dengan kehidupan sa-hari2 . Kata 2 yang

pendek, rengkas, padat dan ta jam ada-lah dalam bentok

peribahasa, pepatah, dan kiasan. Dalam sifat-nya yang

rengkas i tu te rdapat efek yang te r ten tu . Dalam pantun

'buah langsat ' pembawa maksud-nya ia-lah :—

"Sudah dapat gading ber tuah,

Tandok t idak berguna lagi ! "

49

Page 62: Sastera Melayu Lama

Gading bertuah dan tandok ada-lah dua kiasan yang te-pat dan indah dan musharakat faham ma'ana-nya. Peng-gunaan perumpamaan dan kiasan sesuai dengan kehen-dak sukukata dan bilangan perkataan dalam pantun. Chuba perhatikan kiasan yang terdapat dalam pantun di-bawah ini:—

"Tikar puchok tikar mengkuang,

Alas nikah Raja Melayu,

Ikan busok jangan di-buang,

Buat perenchah si-daun kayu."

Perhatikan-lah betapa tepat dan dalam ma'ana kiasan ikan busok dan perenchah dalam pantun di-atas.

Dalam pilehan kata, orang2 Melayu kerap-kali mengambil benda2 di-sakeliling mereka untok melambang atau menggantikan sa-suatu maksud. Lambang2 ini mem-punyai sifat2 universal dengan maksud supaya ahli2 mu-sharakat faham akan erti lambang2 saperti kumbang, awan, bunga, burong dan bulan. Maksud di-sabalek lambang2 ini sudah jelas kapada musharakat lama, mi-thal-nya :—

"Chahaya sunggoh bulan mengembang,

awan juga membawa di r i . "

atau "kalau tuan menjadi burong,

saya menjadi ranting kayu."

Dalam memperkatakan sukukata dan bilangan per-kataan dalam pantun, baik-lah di-ambil kembali pantun — buah langsat dan pechahkan kapada sukukata-nya:—

50

Page 63: Sastera Melayu Lama

Bu/ah lang/sat ku/ning men/che/lah 4 perkataan, 9 sukukata

Ke/du,dok ti dak ber/bu/nga la/gi

4 " , 1 0 " "

Su/dah da/pat ga/ding ber/tu ah 4 " , 9 " "

Tan/dok ti/dak ber/gu/na la/gi 4 " , 9 " "

Pantun di-pandang indah dari segi bunyi dan kein-dahan kandongan-nya. Dalam tiap2 kerat pembayang maksud dan maksud pantun di-atas terdapat empat per-kataan dan antara sembilan hingga sa-puloh sukukata. Pantun yang baik mengandongi tidak lebeh dari dua belas sukukata dan tidak kurang dari delapan sukukata dalam tiapj kerat dan bilangan sukukata yang baik sekali ia-lah antara sembilan hingga sa-belas sukukata. Kata2

yang lebeh di-utamakan ia-lah kata2 yang bersuku dua kerana kata2 ini lebeh sa-imbang. Dalam bilangan per-kataan, sa-baik-nya tidak lebeh dari empat dan kurang dari tiga perkataan pada tiap2 kerat. Sukatan2 ini pen-ting kerana bunyi dan bilangan rentak-nya.

So'alan:

I. a. Huraikan bagaimana timbul-nya dan perkembang-an pantun Melayu.

b. Ada-kah kamu bersetuju kalau di-katakan baha-wa pantun itu hak Melayu asli ? Apa sebab-nya ?

c. Apa-kah pendapat sarjana barat dan tempatan mengenai pembayang maksud dan maksud pan-tun ?

£1

Page 64: Sastera Melayu Lama

d. Pantun ia-lah bentok puisi yang terikat. Apa-kah sharat-sharat yang terdapat pada pantun Melayu?

iv. Jenisj Pantun Melayu

Pantun bukan sahaja ada jenis2-nya, bahkan boleh pula di-pechahkan ka-dalam beberapa bahagian. Bentok2

pantun yang biasa di-dapati ia-lah:—

1. Pantun dua kerat, teka-teki, ada kala-nya di-sebut pantun kilat atau karmina.

2. Pantun empat kerat. Pantun ini pula dapat di-bahagikan ka-dalam pechahan2-nya:—

a. Pantun biasa atau pantun umum.

b. Pantun seloka.

c. Pantun berkait.

3. Pantun enam kerat yang biasa juga di-sebut talibun.

4. Pantun delapan, sa-puloh dan dua belas kerat.

Dalam kesemua bentok pantun ini sa-paroh dari-pcda-nya terdiri dari pembayang maksud dan sa-paroh lagi maksud-nya.

I. Pantun dua kerat terjadi dari dua baris, kali-mat-nya bersajak di-tengah dan di-hujong. Baris pertama merintis jalan kapada jawapan dalam baris kedua. Biasa-nya jawapan ini di-fahami oleh ahli2 musharakat.

52

Page 65: Sastera Melayu Lama

Chontoh-nya:—

"Dahulu parang, sekarang besi,

Dahulu sayang, sekarang benchi."

atau "Sayangkan kain buangkan baju,

Sayangkan lain buangkan aku."

2. Pantun empat kerat terbit-nya dari pantun dua kerat. Pantun ini juga menunjukkan unsor2

dari pantun dua kerat saperti dalam:—

"Lembing atas tangga,

Perisai atas busut,"—tahu-lah orang jawab-nya.

"Kening atas mata,

Misai atas mulut."

a. Pantun empat kerat—

Pantun empat kerat-lah pantun yang umum atau biasa sekali di-gunakan dalam musharakat. Pantun ini pula ada beberapa jenis-nya saperti:—

i. Pantun anak2 — a. Pantun bersukachita.

b. Pantun berdukachita.

i i . Pantun anak muda a. Pantun dagang atau na-sib.

b. P a n t u n perhubongan mengenai so'al2 perke-nalan, perchintaan, per-cheraian dan berhiba hati.

53

Page 66: Sastera Melayu Lama

iii. Pantun orang tua a. Pantun 'adat.

b. Pantun ugama.

c. Pantun nasihat.

iv. Pantun teka-teki.

b. Pantun seloka:—

Menurut B. Simorangkir dalam buku-nya Kesusas-teraan Indonesia pantun ini sa-benar-nya ada-lah sa-buah bidai yang di-beri sampiran sa-hingga merupakan bentok pantun biasa. Pantun ini bersamaan dengan sha'er mengenai jumlah sukukata dan sajak-nya, tetapi berdasarkan kapada pantun dalam pembayang-nya dan maksud-nya. Rumus sajak dalam pantun ia-lah a, a, a, a; chontoh-nya:—

"Ada suatu burong merak,

Leher-nya panjang suara-nya serak,

Tuan umpama emas dan perak,

Hati yang mana boleh tertolak".

c. Pantun berkait :—

Chiri j pada bentok pantun ini sama-lah saperti sha-rat2 untok pantun empat kerat. Tetapi pantun ini di-kaitkan hingga menjadi sa-buah kesah atau cherita leng-kap. Chara-nya ia-lah dengan mengambil baris kedua dalam rangkap pertama, dan di-jadikan baris pertama dalam rangkap kedua, dan baris keempat dalam rangkap pertama di-jadikan baris ketiga dalam rangkap kedua. Sa-terus-nya rangkap ketiga berdasarkan rangkap kedua dengan sharat yang sama. Chontoh-nya :—

54

Page 67: Sastera Melayu Lama

"Tanam melati di-rumah,

Ubor-ubor sampingan dua,

Kalau mati kita bersama,

Satu kubor kita berdua.

Ubor-ubor sampingan dua,

Tanam melati bersusun tangkai,

Satu kubor kita berdua,

Kalau boleh bersusun bangkai.

Tanam melati bersusun tangkai,

Tanam padi satu persatu,

Kalau boleh bersusun bangkai,

Daging hanchor menjadi satu."

3. Pantun empat kerat, atau lebeh (tapi biasa-nya ber-jumlah dalam angka genap), tetapi pembahagian-nya sama saperti pantun empat kerat dan berkehendakkan sharatj yang sama, chontoh-nya:—

"Kalau tuan pergi ka-pekan,

Yu beli, belanak beli,

Ikan parang beli dahulu,

Kalau tuan pergi berjalan,

Ibu chari sanak pun chari,

Indok semang chari dahulu."

55

Page 68: Sastera Melayu Lama

4. Pantun delapan kerat mengandongi empat baris pembayang maksud dan empat baris maksud, chontoh-nya:—

"Bagus rupa-nya bunga melor,

Puteh rupa-nya bunga pinang,

Berukir bertangkai perak,

Permainan raja perempuan,

Pahar, cherek sudah terator,

Chawan mangkok sudah terhidang,

Penganan mulia sudah terletak,

Sama-lah dudok kita makan."

Chontohj Pantun

Pantun teka-teki, pantun kilat atau karmina:—

I. "Pinggan ta' retak, nasi ta' dingin, Orang ta' hendak, kami ta' ingin."

Pantun teka-teki yang menjcdi permainan:—

"Terima-kaseh daun keladi, kalau boleh mahu lagi."

Pantun dua kerat yang mengejek:—

1. "Ta' tumboh ta' melata,

Ta' sunggoh orang ta' kata."

2. "Hujong bendul dalam semak,

Kerbau mandul banyak lemak."

56

Page 69: Sastera Melayu Lama

Pantun empat kerat yang senang2 dan berbentok teka-teki:—

1. "Timang tinggi-tinggi

Sampai chuchor atap,

Belum tumboh gigi

Pandai bacha kitab."

2. "Kalau tuan pergi ka-kedai,

Belikan saya sa-biji ragi,

Kalau tuan bijak pandai,

Apa binatang keris di-kaki."

Pantun anak-anak — pantun bersukachita.

1. "Ikan parang-parang,

Gulai sama chuka, Nyonya gigi jarang, Baba tiada suka."

2. "Elok rupa-nya kumbang jat i ,

Di-bawa itek pulang petang.

Tidak terkata besar hati,

Melihat ibu sudah pulang."

Pantun berdukachita:—

I. "Pechah changkir berganti pinggan,

Emas urai dalam geleta,

Sejak anak emak tinggalkan.

Gila berurai ayer mata."

57

Page 70: Sastera Melayu Lama

Pantun anak muda — pantun dagang atau nasib:

"Asam pauh dari seberang, Tumboh-nya dekat tepi tebat, Badan jauh di-rantau orang, Sakit siapa akan mengubat."

Pantun perkenalan:—

"Samarinda tenunan suri, Bunga dedap di-dalam puan, Maka pun kanda datang ka-mari, Hendak mengadap adek-ku puan."

Pantun berkaseh2an:—

"Dar i mana punai melayang, Dari paya turun ka-padi, Dari mana datang-nya sayang, Dari mata terus ka-hati."

Pantun perpisahan:—

"Kalau cda sumor di-ladang, Dapat-lah kira-nya menumpang mandi, Kalau ada umor panjang, Tentu-lah kita bertemu lagi."

Pantun jenaka:—

"Elok rupa-nya pohon belimbing, Tumboh-nya dekat pohon mangga, Elok rupa-nya berbini sumbing, Walau marah tertawa juga."

53

Page 71: Sastera Melayu Lama

Pantun budi:—

"Pisang emas di-bawa belayar, Masak sa-biji di-atas peti, Hutang emas boleh di-bayar, Hutang budi di-bawa mati."

Pantun orang tua — pantun 'adat:—

"Rama-rama si-kumbang jati, Khatib indah pulang berkuda, Patah tumboh hilang berganti, Pusaka tinggal bagitu juga."

Pantun ugama:—

"Banyak-lah hari antara hari, Tiada sa-mulia hari Juma'at, Banyak-lah nabi antara nabi, Tiada sa-mulia Nabi Muhammad."

Pantun nasehat:—

"Anak China membawa madat, Dari Perak langsong ka-Deli, Hidup di-dunia biar ber'adat, Bahasa tidak di-jual beli."

So'alan:

1. Dengan memberi chontoh-chontoh, terangkan jenis-jenis pantun Melayu yang menggambarkan berbagai-bagai peristiwa dan suasana.

2. a. Apa-kah yang di-katakan pantun seloka ? b. Apa-kah pantun berkait ? Beri sa-buah chontoh. c. Bagaimana bentok-nya pantun talibun ?

59

Page 72: Sastera Melayu Lama

v. Sha'er, Gur indam dan Seloka

a. Sha'er:—

Puisi Melayu yang berbentok sha'er banyak terdapat dalam perkumpulan sastera Melayu lama. Sha'er ada-lah satu bentok yang amat di-sukai di-kalangan musha-rakat Islam. Mungkin kerana bentok sha'er itu berse-marak dalam musharakat Melayu dengan datang-nya Islam ka-'alam Melayu kita ini.

Perkataan sha'er berasal dari bahasa 'Arab, tetapi bentok-nya dalam bahasa 'Arab lain dari bentok dan sifat sha'er yang kita jumpai dalam bahasa Melayu. Bentok sha'er yang berkembang di-'alam Melayu berbedza dari bentok sha'er 'Arab asli. Mengikut pendapat Za'aba, perkataan 'sha'er' itu asal-nya dari perkataan 'Arab 'Shir' membawa maksud: perasaan dan pengenalan dengan jalan pancha-indera, kerana karangan sha'er selalu-nya membangkitkan berbagai2 perasaan dan pengelaman yang terasa menerusi gambaran yang indah.

Dalam pengertian orang2 Melayu, sha'er ia-lah ka-rangan berangkap yang terdiri dari rangkapan empat baris dengen persamaan bunyi pada hujong tiap2 baris-nya. Sha'er juga sa-lain dari merupakan sa-buah cherita atau kesah, Gda-lah di-hiasi dengan katG2 yang indah dan kerap-kali dengan perkataan2 'Arab yang sukar di-fahami.

Orang2 Melayu memang gemar akan bentok sha'er kerana sa-tengah2 daripada sha'er2 itu di-kenal oleh ahli2

musharakat dan di-tulis pula dalam huruf jawi. Sa-lain, dari buku2 hikayat atau sastera, !ebeh2 Penglipor Lara eda versi2-nya dalam bentok sha'er saperti sha'er Bayan Budiman, Sha'er Ken Tambuhan, dan Sha'er Panji Semi-rang.

60

Page 73: Sastera Melayu Lama

Batu Bersurat dari Minye Tudjo.

61

Page 74: Sastera Melayu Lama
Page 75: Sastera Melayu Lama

Sha'er yang te r tua sekali yang di-ketahui ia-lah

yang ter tu l is pada sa-buah batu nisan ber ta r ikh T.M. 1380

(14 Dzul-Hi j jah 781 A.H.) yang di- jumpai di-Minye Tudjo

di-Acheh, d i -antara Sungai Pasai dengan Sungai Jambu

Ayer. Sha'er ini ter tu l is , dalam perchamporan bahasa

Melayu/Sumatra Kuno, Sanskrit dan 'A rab , pada sa-ke-

ping batu.

Dalam Hikayat Raja2 Pasai te rdapat karangan be-

rangkap yang lebeh berchorak gur indam, manakala

dalam Sejarah Melayu te rdapat sebutan sha'er dalam pe-

minangan Tuan Puteri Gunong Ledang. Dalam buku i tu

ada di-sebut, " A d a yang saperti orang 'bersha'er. ' ada

yang sapert i orang 'be rba i t ' . " Dar i kesan2 di-atas nyata-

lah sha'er di-kenal d i - 'a lam Melayu serempak dengan

kedatangan ugama Islam dan tersebar dengan perkem-

bangan ugama i tu . Bentok sha'er berkembang dalam

zaman kerajaan Melayu Melaka dan juga sa-telah Acheh

menjadi pusat tumpuan sasterawan2 dan pusat pengajian

Islam (1525 — 1645 T.M.). Dalam zaman kechemerlangan

kerajaan Acheh, te rdapat sa-orang sasterawan ugama

ia-i tu Hamzah Fansuri yang mengarang sha'er2 ' i ba ra t

saperti Sha'er Dagang, Sha'er Si-Burong Pingai, Sha'er

Perahu yang banyak di-pengarohi o leh perkataan 2 'A rab .

Dalam daf tar Wernd l y T.M. 1736 t idak te rdapat

buku 2 sha'er walaupun hasil2 Hamzah Fansuri te lah ada

dalam kurun masehi ka-enam belas. Dalam kurun ma-

sehi ka-delapan belas, te rdapat Sha'er Spellman atau

Sha'er Perang Makasar. Perkembangan sha'er t idak ha-

nya berbatas di-Tanah Melayu te tap i merebak ka-seluroh

'a lam Melayu, di-Sumatra dan Jawa, juga d i -Ka l imantan

dan Brunai .

63

Page 76: Sastera Melayu Lama

Sifat, Isi dan Jenis, Sha'er

Sa-bahagian besar dari sastera Melayu lama terda-pat dalam bentok sha'er. Bahasa puisi saperti sha'er ini di-sukai oleh musharakat lama kerana cherita, dalam bentok puisi lebeh menarek dan merdu, dengan itu mu-sharakat senang memahami-nya. Juga bentok sha'er menggunakan bahasa yang terikat pada irama yang menyebabkan ia senang di-ikuti.

Walaupun sha'er terdiri dari rangkap2 empat baris, sa-suatu rangkap sha'er tidak dapat berdiri sendiri. Tiapj rangkap sha'er hanya berupa bahagian kechil dari keseluruhan cherita atau kesah tertentu. Ada kala-nya kerana kepentingan irama-nya, sa-suatu baris itu di-tambah tanpa membawa ma'ana tertentu. Biasa-nya bilangan perkataan dalam tiap2 baris sha'er terdiri dari empat perkataan dan antara delapan hingga dua belas sukukata. Hujong tiap2 baris dalam sa-rangkap sha'er sama sajak-nya dengan bunyi hujong lain2 baris dalam rangkap itu dan berbentok a, a, a, a, atau ada kala-nya b, b, b, b. Ada kala-nya untok kepentingan persamaan bunyi perkataan, saperti 'kan, -Iah, -nya dan lagi' di-masokkan ka-dalam rangkap, sha'er tanpa membawa sa-suatu ma'ana.

Bentok sha'er dapat di-gunakan untok menyampai-kan berbagai, kesah hidup baik yang berupa hikayat, maupun untok mengatakan perchintaan, mengandongi moral dan falsafah atau menyindir. Segala sifat kelakuan manusia dapat di-perkatakan dalam bentok sha'er. Suatu perkara yang amat umum dalam sha'er, Melayu ia-lah sifat rawan hati, kesedehan, chuchoran ayer mata yang terdapat hampir dalam semua sha'er Melayu. Ada-kah sifat rawan hati ini merupakan satu kebiasaan dalam

64

Page 77: Sastera Melayu Lama

j iwa o r a n g , Melayu, atau ada-kah pertal ian-nya yang rapat dengan sifat lemah lembut-nya, belum pun dapat d i -past ikan.

Jen is , Sha 'e r

Menurut pokok chenta-nya, sha'er boleh di-bahagi-

kan ka-dalam empat jenis, ia- i tu:—

1. Sha'er, romant ik — ada dua bahagian.

a. Sha'er, romant ik yang berpokokkan cheri-

t a , Jawa Panji

b. Sha'er, romant ik yang t idak berpokokkan

Jawa.

2. Sha'er, sejarah atau t a w a r i k h .

3. Sha 'e r , ' i ba ra t membawa kiasan dan sindiran.

4. Sha'er, yang berchorak keugamaan, dan mem-

bicharakan so 'a l , mora l .

I. a. Sha'er, romant ik yang berpokokkan che-r i t a , Jawa kebanyakan-nya berpusat di-atas cher i ta , Panji atau di-sador dar i cher i ta ,

Panji.

Sha'er, ini ia-lah saperti Sha'er Ken Tambuhan

yang amat terkenal di-kalangan o r a n g , Jawa

dan juga seluroh 'a lam Melayu. Sha'er, lain

yang di-masokkan ka-dalam gulongan ini ia-

lah Sha'er Lelakon Misa Kumin ta r , Sha'er

Panji Semirang, Sha'er Damar W u l a n dan ada

lagi sha'er, cheri ta wayang.

65

Page 78: Sastera Melayu Lama

b. Sha'er, romantik yang tidak berpokokkan kapada cherita2 Panji dan amat di-sukai umum, ia-lah sha'er, Bidasari, Sha'er Yatim Mustafa, Sha'er Selendang Delima atau Seri Bunian, Sha'er Abdul Muluk, Sha'er Sultan Yahaya atau Saudagar Budiman, Sha'er Siti Zuhrah, Sha'er Tajul Muluk, dan Sha'er Harith Fazillah. Sha'er2 ini banyak mem-perlihatkan pengaroh India dan Parsi. Banyak daripada sha'er2 ini mencherita-kan kesahj pengembaraan anak raja atau raja,, raja di-usir dari negeri, watak ge-ruda, nenek kebayan, penyeksaan dan penderitaan, dan penyamaran sa-bagai le-laki sa-belum watak,-nya mendapat ke-bahagiaan. Banyak pula di-antara sha'er, ini mempunyai beberapa versi.

2. Sha'er2 sejarah atau tawarikh tidak berapa ba-nyak bilangan-nya dan ada dua tiga daripada-nya yang di-anggap penting. Isi-nya pada umum-nya ia-lah mengenai peristiwa, sejarah, tetapi t i -dak-lah sa-bagitu penting baik dari segi sejarah maupun dari segi sastera. Salah satu daripada sha'er sejarah yang terpenting ia-lah Sha'er Emop, yang mengesahkan sa-orang Gabenor-Jeneral Belanda, Van Inhoff. Sha'er ini juga di-kenal dengan nama sha'er Kompeni Wolanda Berperang Dengan China mengenai peristiwa di-Betawi pada tahun 1740 M.

Sa-buah lagi sha'er sejarah yang lebeh tua dan di-tulis sa-chara objektif ia-lah Sha'er Perang Makasar. Sha'er ini menchatitkan pe-perangan antara Makasar dengan Sharikat

66

Page 79: Sastera Melayu Lama

East India Belanda, dalam pertengahan abad ketujoh belas.

Sha'er, sejarah yang lain ia-lah Sha'er Perang Mentingha, Sha'er Perang Banjar Ma-sin, Sha'er Perang Acheh, Sha'er Sultan Mah-mud dan Sha'er Singapura Di-Makan Api (ka-rangan Abdullah Munshi).

3. Sha'er, 'Ibarat ia-lah sha'er yang di-gubah da-lam bentok kiasan dan di-gunakan watak2 bi-natang, tetapi tujuan sa-benar-nya ia-lah untok manusia. Binatang2 dalam sha'er2 ini di-lukis dengan sifat2 manusia dan berupa sa-jenis sas-tera yang aneh. Chontoh2 daripada sha'er2 ini ia-lah saperti Sha'er Kumbang dan Melati, Sha'er Nuri (mengesahkan chinta-nya kapada bunga chempaka), Sha'er Nyamok dan Lalat, Sha'er Burong Punggok dan Sha'er Ikan Teru-bok Berahikan Puyu. Dalam Lubok, Sha'er2

'Ibarat ini mengandongi maksud yang dalam.

4. Sha'er2 yang berchorak keugamaan sering juga di-sebut sha'er2 didaktik dengan maksud hen-dak memberi moral atau mengajar. Sha'er2

ini juga mengandongi renongan yang dalam dan benar dan memberi nasehat yang berfaedah. Chontoh, sha'er jenis ini ia-lah saperti Sha'er Burong, Sha'er Bayan Budiman, Sha'er Haji, Sha'er Ma'rifat Asallat, Sha'er Hari Kiamat, Sha'er 'Adzab dalam Neraka. Sha'er, ini dan berpuloh, yang lain lagi, membicharakan so'al2

ugama dengan tujuan menyampaikan nasehat.

Sa-bahagian besar daripada sha'er ugama yang lebeh mustahak dari sha'er2 di-atas ia-lah

67

Page 80: Sastera Melayu Lama

sha'er2 karangan sa-orang ahli tasauf atau mistik ia-itu pengarang yang terkenal, Hamzah Fan-suri. Antara sha'er, Hamzah, terdapat:

Sha'er Burong Pingai

Sha'er Perahu

Sha'er Dagang

Sha'er Sidang Fakir

Walaupun hasil, Fansuri penoh dengan perkataan, 'Arab, tetapi hasil-nya merupakan satu kejayaan dalam sastera Melayu lama.

Sa-bahagian besar sha'er2 Hamzah meng-ibaratkan kehidupan manusia dalam perjalan-an-nya menghadapi Tuhan. Sha'er,-nya juga menunjokkan pengaroh Parsi yang dalam. Da-lam perjalanan-nya, berbagai, rintangan dan bahaya di-'alami-nya. Karangan, Hamzah di-tentang hebat oleh sa-orang ulama yang ber-faham kolot ia-itu Sheikh Nuruddin Al-Raniri, akhir-nya banyak daripada hasil Hamzah Fan-suri telah di-bakar.

b. Gur indam:—

Gurindam ia-lah satu lagi bentok puisi Melayu lama, yang berasal dari bahasa Tamil. Pendita Dr. Za'aba berpendapat bahawa gurindam dan seloka itu sama sa-haja, ia-itu satu jenis sha'er melarat yang tiada terator, berangkap dan tidak tetap sukatan sajak-nya dan suku-kata-nya. Dalam gurindam, bahasa-nya selalu padat dan bernas dan isi-nya lebeh chenderong kapada so'al, yang riang yang berupa nyanyian, kelakar, senda gurau, sindir-menyindir dengan tujuan menggelikan hati.

63

Page 81: Sastera Melayu Lama

Gurindam terjadi dari dua baris, kedua baris itu biasa-nya membentok sa-buah kalimat majemuk, dengan mana baris pertama menyebut sebab dan baris kedua menyebut 'akibat. Rumus sajak-nya ia-lah a a. Tiap2 ke-rat atau baris terjadi dari sa-puloh hingga empat belas sukukata. Isi-nya boleh mengandong nasehat. Raja Ali Haji dalam "Gurindam Dua Belas" menyatakan gurin-dam itu ia-lah, "perkataan yang bersajak pada akhir pasangan-nya, tetapi sempurna perkataan-nya dalam satu pasangan sahaja, jadi-lah sajak yang pertama itu sharat dan sajak yang kedua itu saperti jawab. Mithal-nya:

"Kalau banyak berkata2,

Mudah termasok perkataan dusta.

Sejak kechil teranja2,

Sa-sudah besar terbawa2."

B. Simorangkir Simandjuntak dalam 'Kesusasteraan Indo-nesia' berpendapat bahawa gurindam itu ia-lah satu ikatan yang timbul sa-telah ada pengaroh dari orang2

India. Bilangan baris gurindam ada-lah dua, dan bersa-jak sempurna atau tidak sempurna. Keistimewaan-nya tersimpul dalam isi yang mengandongi nasehat saperti:—

"Kurang fikir kurang siasat,

Tentu diri-mu kelak tersesat."

"Chari oleh-mu sahabat,

Yang boleh di-jadikan ubat."

c. Seloka :—

Seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentok ini asal-nya terdapat dalam kitab2 tua India Mahabharata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan

69

Page 82: Sastera Melayu Lama

terdiri dari empat perkataan dan delapan sukukata pada tiap2 baris. Seloka kerap-kali di-gunakan sa-bagai nase-hat dan 'ibarat. Bahasa-nya kerap-kali melarat dan pe-noh dengan sindir giat yang tajam dan dalam, dan biasa-nya mengejek2. Seloka boleh juga mengandong perasaan2

hiba, rawan, sedeh, 'ashek berahi, khayal dan angan2

mengikut jenis2 seloka itu. Seloka terdiri dari empat baris dan bersajak saperti sha'er. Chontoh seloka:—

"Sudah bertemu kaseh sayang, Dudok terkurong malam siang, Hingga sa-tapak tiada renggang, Tulang sendi habis bergonchang."

atau

"Orang selsema sakit berhingus, Lubang hidong rasa terkambus, 'ibarat laksana telor kemungkus, Benchi na' pandang, rasa chemus."

So'alan:

1. a. Berikan sadikit uraian mengenai bentok sha'er yang mula2 dalam bahasa Melayu.

b. Apa-kah yang membedzakan antara pantun dan sha'er ?

c. Kemukakan beberapa hikayat Melayu yang ter-dapat dalam bentok prosa dan puisi (sha'er).

2. Musharakat Melayu lama amat gemar akan bentok sha'er. Huraikan perkembangan sha'er dalam kesu-sasteraan Melayu dan sebutkan jenis-jenis sha'er.

3. Apa-kah ycng kamu fahami dengan puisi lama, seloka dan gurindam ? Berikan chontoh-chontoh untok men-jelaskan pendapat kamu ini.

70

Page 83: Sastera Melayu Lama

BAB IV

P E N G A R O H H I N D U D A L A M

KESUSASTERAAN M E L A Y U

Ahli2 sejarah telah berpendapat bahawa orang2

Hindu mula berhubong dengan 'alam Melayu kira2 sejak 2,000 tahun yang lampau. Sa-orang ahli sejarah yang terkemuka Brian Harrison menyatakan bahawa hal ini mula terjadi dalam pemerentahan Maharaja Khan. Ma-haraja itu telah menghantar satu pasokan pemungut chukai ka-Pulau2 Selatan. Bila mereka sampai, mereka dapati ada orang2 Hindu berniaga di-sana. Mengikut apa yang di-fahami masa yang berlaku itu ia-lah dalam tahun A.D. 49 — 73. Dengan keadaan yang demikian, Harrison berpendapat bahawa orang2 Hindu telah da-tang ka-'alam Melayu sejak kurun masehi yang pertama.

Dalam sa-buah buku sejarah yang terkarang pada masa pemerentahan Maharaja Asoka (kira2 dalam 300 ta-hun sa-belum masehi) ada tersebut bahawa maharaja itu telah menghantar satu pasokan sami-sami Hindu ka-suatu tempat yang bernama "Sarvana-Bhumi" (tanah emas) ia-itu di-selatan Burma sekarang ini. Dari berita2

tersebut, Harrison berpendapat harus-lah ada beberapa orang dari sami2 itu yang datang ka-Pulauan Melayu. Dengan itu, harus-lah mereka datang sa-belum kurun masehi yang pertama lagi. R.O. Winstedt juga berpen-dapat orang2 Hindu telah sampai ka-Tanah Melayu da-lam kurun masehi yang pertama. Beliau berpendapat bahawa dengan terjumpa-nya batu berhala dan tulisan Pallava dari Pantai Coromondel dan yang di-chipta dalam kurun masehi yang keempat, dan peninggalan2

di-Borneo, inskripsi Siva di-lndochina dan di-Kedah,

71

Page 84: Sastera Melayu Lama

maka tentu-lah orang2 Hindu telah berakar umbi di-sini sejak beberapa lama. Di-tempat2 lain juga telah di-jumpai patong2 yang ada hubongan-nya dengan agama. Hinanyanna yang bertarikh kurun masehi yang kelima. Dengan kesan2 ini, dan pengaron Hindu dalam berbagai segi kebudayaan lain-nya, nyata-lah orang2 Hindu telah berdamping dengan 'alam Melayu sa-bagitu lama.

Sejak kedatangan orang2 Hindu ka-'alam Melayu, mereka telah dapat mempengarohi chara hidup orang2

di-sini. Sa-belum itu orang2 Melayu bersifat animisma. Hendak mengatakan dengan tepat sa-suatu perkara, terutama mengenai sejarah, ada-lah sukar; kerana ben-tok sejarah yang di-fahami di-'alam Melayu, yang ter-dapat dalam buku2 sejarah tidak-lah dapat di-jadikan dasar penyelidekan. Chontoh-nya ia-lah bahawa musha-rakat Melayu dalam zaman Islam maseh meng'amalkan pengaroh2 Hindu. Dalam bidang sastera, Winstedt ber-pendapat bahawa ada kesan2 pengaroh Hindu dan kesan2

zaman peninggalan Hindu dalam kebudayaan Melayu yang tidak dapat di-hapuskan. Banyak sarjana bersetuju bahawa pengaroh Hindu ini di-sebarkan oleh saudagar2

India atau Brahmin2.

Jampi2 serapah dan montera Melayu terkenal sa-bagai unsor kebudayaan Melayu asli, kerana dalam ke-biasaan hidup mereka, orang2 Melayu perchaya kapada semangat, penunggu dan mereka memuja roh2. Dengan kedctangan orang2 Hindu, jampi, serapah dan montera ini di-sedarkan dengan mencmbah sebutan2 Betara Guru, Dewata Mulia Raya, Maha Visnu dan dewa2 Hindu yang lain.

Winstedt berpendapct Hikayat2 Melayu tua di-bina atau di-sador dari cherita2 Hindu zaman purba-

72

Page 85: Sastera Melayu Lama

kala, lebeh2 lagi dari dua epos Hindu yang terkenal, ia-itu karangan/susunan Wyasa dan Walmiki (ia-itu Mahabha-rata dan Ramayana). Bahan2 sastera yang lain yang mempengarohi sastera Melayu ia-lah dalam bidang Che-rita2 binatang, Jenaka dan plot2 Penglipor Lara yang ke-banyakan-nya di-ambil dari kitab2 Panchatantra, Katha Sarit Sagara, Buddha-Charitan, Kadamnari dan Hitopa-desa. Konon-nya banyak dari cherita2 di-atas bukan-lah di-sador bulat2, hanya plot-nya sahaja di-ambil, kemudian di-ubah dan di-sesuaikan dan di-masokkan unsor2 tempat-an. Mithal-nya Hikayct Seri Rama—di-ambil plot-nya, di-beri nama Melayu, di-beri later belakang musharakat dan wilayah Melayu dan akhir-nya di-terima dia sa-bagai hasil sastera tempatan. Cherita Mat Jenin, ia-itu sa-buah cherita Jenaka Melayu, konon-nya ada persama-an jalan cherita-nya dengan cherita dalam versi Hindu Panchatantra. Dalam cherita ini di-sebut kesah angan2

sa-orang Brahmin dengan talam tepong-nya. la berangan2

menjual dagangan-nya untok membeli ternakan dan untok berkahwin. Konon-nya sebab isteri-nya tidak tahu memelihara anak, Ici u di-pukul-nya dengan tongkat, te-tapi terkena kapada talam dan tepong di-dalam-nya pun tumpah. Cherita Mat Jenin Melayu mempunyai unsor2

tempatan ketika memanjat kelapa, berangan2 hingga-kan berkahwin dengan anak raja, tetapi bila hendak memelok puteri itu terlepas pegangan-nya lalu ia terjatoh ka-bawah.

Cherita2 Penglipor Lara Melayu terutama cherita2

Pa' Pandir, dan Pa' Belalang, di-kait2kan cherita2 tua Hindu Katha Sarit Sagara, tetapi terbukti juga ada be-berapa perbedzaan. Mithal-nya:— dalam cherita Melayu, Pa' Pandir mati sebab makan pisang panas, manakala dalam cherita Hindu terdapat kesah orang bodoh mati

73

Page 86: Sastera Melayu Lama

kerana makan beras mentah. Pa' Belalang, pada penu-tup cherita meneka bahawa ada belalang dalam tangan raja, manakala dalam cherita Hindu benda-nya ia-lah katak.

Sa-lain daripada plot2 dan motif dalam Penglipor Lara Melayu yang menunjokkan ada-nya persamaan dalam plot2 cherita Hindu tua, ada juga beberapa hasil sastera Hindu yang di-terjemahkan ka-dalam bahasa Melayu. Chontoh-nya ia-lah Hikayat Pendawa Jaya dari Mahabharata, dan juga hikayat2 Sang Borna dan Seri Rama. Hikayat2 saperti di-atas di-katakan Epik2 Hindu. Kedua2 Hikayat Pendawa Jaya dan Sang Borna mungkin di-susor galorkan dengan unsor2 Jawa Kuno dan mung-kin tertulis di-Melaka dalam abad 15. Melaka juga telah menjadi pelabohan dan pusat tumpuan saudagar2 di-daerah ini.

Sa-bahagian besar dari cherita2 wayang kulit Me-layu ada-lah di-dasarkon atas plot2 cherita wayang kulit Hindu dalam menggambarkan pengembaraan hero dan heroin dalam kitab2 Mahabharata dan Ramayana.

Dalam medan sastera juga terdapat cherita2 Ro-mantis Zaman Hindu, dan cherito2 ini banyak memakai nama hikayat. Dalam isi-nya cherita2 ini memperlihat-kan unsor2 sastera zaman Hindu dan kedatangan Islam hanya menukar2 perkataan2 saperti nama dewa2 Hindu sahaja. Tetapi keselurohan-nya tidak di-warnakan oleh Islam. Sa-tengah daripada Hikayat2 ini ia-lah :—

Hikayat Maharaja Puspa Wiraja, atau Hikayat Wispu Raja, Hikayat Parang Puting, Hikayat Lang-lang Buana dan Hikayat Mara Korma atau Hika-

yat Si-Miskin. Kata Winstedt kalau tidak dalam keada-an-nya, hikayat2 ini menunjokkan pengaroh Hindu dalam

74

Page 87: Sastera Melayu Lama

semangat-nya. Mithalan dalam kebiasaan cherita Hindu ia-lah memileh suami dari orang ramai, di-adakan per-tandingan dan tokoh2 dewa-dewi, hero dan heroin di-lambangkan sa-bagai satu chita dan tata-susila untok tatapan musharakat.

Kita juga tidak dapat menafikan ada-nya pinjaman perkataan2 Sanskrit yang bagitu kaya dalam bahasa kita. Dalam abad 8 A.D. terchipta tulisan kawi dari tu-lisan Sanskrit, tetapi tulisan ini hanya di-gunakan orang hingga ka-abad 14 A.D.

Dari buku2 yang berchorak kebangsaan saperti Sejarah Melayu terdapat kesah2 pengembaraan sauda-gar dan anak2 Raja Keling mithal-nya saperti Mani Pu-rindam; dan dalam Hikayat Hang Tuah gelaran laksa-mana merupakan satu gelaran dalam Ramayana dan sa-bagai satu watak dalam Hikayat Seri Rama. Tidak da-pat kita nafikan bahawa gelaran2 yang di-beri oleh raja2 Melayu, bagi 'adat isti'adat Melayu dalam ber-bagai lapangan, memperlihatkan pengaroh ugama yang di-bawa oleh orang2 India.

Tetapi, dalam memperkatakan perkara2 di-atas, harus juga kita sedari perjalanan waktu, kemajuan dan kepintaran orang2 tempatan. Kita sedar dan akui ada-nya pengaroh Hindu yang berkesan, tetapi kita harus juga sedar akan so'al2 pinjam-meminjam, dan perbuatan saling memberi dalam kebudayaan ada-lah so'al difusi dan so'al biasa. Dengan lebeh tegas lagi, kita juga harus mengakui bahawa penyesuaian hidup kita dengan kea-daan sa-keliling dan segala unsor2 kebudyaan yang te-lah sa-bati dengan chara hidup kita, ada-lah hak milek kita. la ada-lah sa-bahagian dari proces hidup kita dan sa-bagai hasil pemikiran dan pengalaman ra'ayat kita.

75

Page 88: Sastera Melayu Lama

Kerajaan Sriwijaya

Page 89: Sastera Melayu Lama

Kita akan menerima-nya bukan sa-bagai suatu pinjaman dari luar, tetapi sa-bagai sa-bahagian dari kehidupan musharakat kita.

So'alan:

I. a. Cheritakan bagaimana dan apa sebab2-nya orang-orang Hindu mula datang ka-'alam Melayu ? Binchangkan juga mengenai kesan-kesan yang di-tinggalkan mereka.

b. Hampir semua sastera Melayu tua menunjokkan pengaroh Hindu. Beri pendapat kamu mengenai kenyataan ini.

c. Binchangkan peranan dan pengaroh kitab-kitab tua Hindu Mahabharata dan Ramayana dalam kesusasteraan Melayu.

77

Page 90: Sastera Melayu Lama

BAB V

Z A M A N P E R A L E H A N H I N D U / I S L A M

Walaupun dari tulisan pengembara2 saperti Marco Polo dan Ibn Batuta dapat di-simpulkan bahawa akhir abad ketiga belas ada-lah permulaan Islam mendapat tapak di-'alam Melayu, tetapi lebeh di-pechayai bahawa abad empat belas dan lima belas-lah yang merupakan penutup zaman Hindu di-Kepulauan Melayu. Jcdi nyata-lah Islam tidak dengan serta-merta menghapuskan pe-ngaroh Hindu yang sa-bagitu lama berkesan di-'alam Melayu. Zaman di-antara mana terdapat peralehan antara dua pengaroh besar ini di-namakan zaman pera-lehan Hindu — Islam. Tidak dapat di-nafikan lagi baha-wa Islam mula2 bertapak di-kota2 dan pelabohan2 besar dan merupakan satu ugama baru yang menggantikan keperchayaan2 Hindu yang telah bagitu lama bersema-rak. Jadi kedatangan Islam merupakan satu unsor baru untok menggantikan satu faham yang lebeh lama dan sa-makin pudar. Islam berkembang di-sini bukan sahaja sa-bagai suatu ugama tetapi juga sa-bagai suatu peradab-an yang memberi unsor dan pandangan baru kapada segala2-nya.

Pendapat2 yang menyatakan bahawa India ada-lah merupakan perantaraan penyebaran ugama Islam ka-'alam Melayu, tidak dapat di- nafikan. Kesah2 dari batu bersurat (saperti Minje Tudjo) memperlihatkan kesan2

perchamporan bahasa Melayu/Sumatra Kuno, Sanskrit dan 'Arab; dan ini menguatkan pendapat kita mengenai ada-nya zaman peralehan Hindu-Islam ini. Lagi pula, dalam kesah2 pengislaman Merah Silu (Malek-al Saleh) terdapat imbasan perantaraan orang2 selatan India yang turut belayar ka-'alam Melayu. Bahkan asal-nya nisan

78

Page 91: Sastera Melayu Lama

Malek-al Saleh juga di-sebutkan dari Kembayat (Cambay). Dari itu nyata-lah orang2 di-lndia selatan (pantai Coro-mondel) menerima ajaran Islam terlebeh dahulu dari-pada kita. Maka tidak hairan-lah kita bila ada sastera Islam yang tidak kita terima sa-chara langsong dari Timor Tengah, tetapi dari resensi2 India. Chontoh-nya ia-lah Hikayat Berma Shahdan, dari gelaran pengarang-nya dapat di-buktikan bahawa asal hikayat ini ia-lah dari Timor Tengah dan datang ka-'alam Melayu melalui resensi India.

Juga apabila Islam mula bertapak di-'alam Melayu, pengembang2 ugama Islam tidak terus-menerus meng-hanchorkan sastera dan hikayat2 Hindu. 'Akibat-nya, proces peralehan berlaku dan sa-bagai chontoh-nya ter-dapat bentok montera, dan jampi pawang, gelaran2

dewa2 Hindu di-buangkan dan di-tempat-nya di-masok-kan kalimatj Allah, Muhammad dan pahlawan2 Islam. Hikayat2 Hindu maseh menunjokkan kesan2 Hindu, te-tapi watak2-nya di-beri nama Islam, dan mana2 bahagi-an yang bertentangan dengan ajaran Islam di-singkir atau di-ubah supaya sesuai dengan ajaran ugama baru itu.

Cherita2 Penglipor Lara, dan Cherita2 Bermotif Bi-natang mulai di-sulami dengan tokoh2 pro-lslam saperti Nabi Sulaiman. Bagitu juga dalam hikayat2, kesan2 seja-rah dan nama2 Islam saperti puteri Nurul'ain, Gunong Kaf, Nabi Khidir dan unsor2 Iskandar Dzulkarnain di-tokok-tambahkan. Bahkan dalam versi Melayu dari Hikayat Seri Rama, di-sebut kesah Nabi Adam berdo'a ka-pada Allah. Sa-lain dari unsor2 di-atas perkataan2 'Arab di-champor adokkan dalam hasil2 zaman Hindu.

Satu lagi sifat penyesuaian dalam zaman Hindu-Islam ia-lah penyesuaian cherita2 Hindu dengan nama2

79

Page 92: Sastera Melayu Lama

Islam. Banyak cherita2 zaman peralehan itu mempunyai dua nama ia-itu nama Hindu dan juga nama Islam. Mo-tif2 dari hikayat2 ini kerap-kali dapat di-chari dari che-rita2 Hindu. Beberapa chontoh daripada hikayat2 yang mempunyai dua nama ini ia-lah :—

Hikayat Shah Kobad, di-kenal juga dengan nama Hikayat Shah al-Kamar. Hikayat Mara Karma, di-kenal juga dengan nama Hikayat Si-Miskin. Hikayat Serengga Bayu yang di-kenal juga dengan nama Hikayat Ahmad Muhammad. Hikayat Indera Jaya/Bikrama Datia Wijaya yang di-kenal juga dengan Nama Hikayat Shahi Mardan.

Hikayatj ini dalam thema dan motif2-nya merupa-kan petekan dan sadoran dari cherita2 Hindu. Kerap-kali motif pengembaraan-nya ia-lah menchari sa-suatu benda yang sukar di-dapati untok ubat. Dalam hikayat Ahmad Muhammad, unsor menchari pangkat ia-lah dengan benda2 yang 'ajaib dan dalam versi2-nya yang lain pula di-masokkan unsor2 Nabi Sulaiman, Gunong Kaf, dan Umar Umaya.

So'alan:

I. a. Mengapa pengaron Hindu, dengan senang-nya lenyap dari Kepulauan Melayu ?

b. Apa-kah kesan-kesan sastera pengaroh Hindu/Is-lam ?

c. Apa-kah yang terjadi kapada hikayat-hikayat dan pengaroh Hindu sa-telah Islam bertapak di-'alam Melayu ?

L i - i L jfc- Oftf JlC 4̂C 3k if.% M J& % A X'

30

Page 93: Sastera Melayu Lama

BAB VI

P E N G A R O H ISLAM D A L A M

KESUSASTERAAN M E L A Y U

Pengaroh Islam amat-lah penting dalam sastera Melayu kerana Islam bukan sahaja membawa ugama ka-'alam Melayu, tetapi juga merupakan suatu peradaban baru yang menggantikan peradaban Hindu dan lebeh2

lagi pengaroh Islam tinggal berkekalan hingga sekarang. Islam juga telah menukar chorak dan pandangan pendu-dok2 terhadap hidup di-daerah ini.

Pendapatj mengenai peranan India sa-bagai tanah perantaraan dan yang meneruskan penyebaran Islam ka-daerah ini maseh kukoh dan maseh di-terima. Tetapi orang2 saperti Marrison lebeh memberatkan pengaroh utama dari Parsi-lndia kerana kata-nya perhubongan dengan 'Arab agak terkemudian.

Dari penulisan pengembara2 saperti Marco Polo dan Ibn Batuta, dapat di-rumuskan bahawa Islam mula bertapak di-Asia Tenggara dalam bahagian akhir abad ketiga belas. Perlak telah pun di-islamkan apabila Marco Polo singgah di-situ pada tahun 1292 T.M. Di-Se-mudera, nisan (dari Gujerat) Malek al-Saleh, (Merah Silu) raja yang pertama memelok ugama Islam bertarikh 1297 T.M. Mengikut Marrison, orang2 Gujerat-lah yang mula2

mengenalkan Islam dan yang membawa pengaroh Parsi ka-'alam Melayu, ia-itu melalui perniagaan. Ada juga pendapat yang mengatakan pengaroh Gujerat hanya di-rasakan di-dalam abad keempat dan kelima belas ia-itu melalui perniagaan.

31

Page 94: Sastera Melayu Lama

Di-Gujerat, Islam di-sebarkan dengan pena'alokan sa-chara besar2an yang di-lakukan oleh Muhammad Ghor; dan dengan itu tiada-lah di-hairankan ada-nya pengaroh Islam yang di-sebarkan oleh pengembang2 ugama Guje-rat berunsor Parsi. Marrison sa-terus-nya berpendapat bahawa pengaroh Parsi menjalar melalui dua sumber, pertama melalui sumber2 Parsi-lndia di-bawah pemeren-tahan kerajaan2 Delhi, Gujerat dan Deccan; kedua dari pengembara2 Parsi yang melawat Asia Tenggara dan membawa pertemuan kebudayaan. Pemerentahan Tab-riz (1256-1326 T.M.) dan Timurid (1380-1506) T.M. menggalakkan pengembaraan.

Kedatangan Islam ka-'alam Melayu di-sebut dalam buku2 Melayu yang berchorak sejarah saperti (yang ter-tua sekali) "Hikayat Raja2 Pasai," kemudian dalam "Se-jarah Melayu," dan sa-terus-nya dalam "Hikayat Merong Mahawangsa." Tetapi dari segi sejarah sumber dan ke-san dari buku2 ini tidak-lah penting kerana chatitan2-nya lebeh banyak merupakan cherita yang di-dengar oleh pengarang2 buku2 itu. (Sha'er yang tertua sekali di-jumpai di-Minye Tudjo, ia-itu di-sabuah batu nisan yang bertarikh T.M. 1380 (14 Dzul-Hijjah 781 A.H.) dan tertulis dalam perchamporan bahasa Melayu Kuno, Sanskrit dan 'Arab).

Dalam perkembangan pengaroh Islam di-daerah ini, terdapat berbagai2 pusat perkembangan ugama dan per-kembangan sastera Melayu. Sa-chara kasar dapat kita bahagikan tingkat perkembangan negara Islam di-daerah timor saperti berikut:—

i. Zaman kerajaan Semudera-Pasai 1280—I400T.M

2. Zaman Kerajaan Melaka 1400—1511 T.M

3. Zaman Kerajaan Acheh dan Johor 1511 —1641 T.M

82

Page 95: Sastera Melayu Lama

oo

Perkembangan Ugama Islam

Page 96: Sastera Melayu Lama

Zaman Semudera-Pasai meliputi zaman permulaan sastera yang berpengaroh dan berchorak Islam. Hika-yat Raja2 Pasai menchatit kedatangan Islam, dan kesan2-nya terdapat di-batu2 bersurat di-Minye Tudjo, Kedukan Bukit dan Talang Tuwo.

Dengan lenyap-nya Pasai, munchul pula Melaka sa-bagai pusat perkembangan ugama Islam. Melaka me-mang terkend sa-bagai pelabohan tempat perkumpulan sasterawan2 dan pusat tersebar-nya ugama Islam. Di-sini terdapat saudagar2 dari India, Timor Tengah dan Timor sendiri. Banyak hasil2 terjemahan, dan sa-terus-nya hasil sadoran sastera Islam, yang menempoh sejarah pembaharuan-nya di-sekitar kota Melaka.

Perkembangan sastera Melayu yang berpengaroh Islam menchapai kemunchak-nya pada masa kegemilang-an kerajaan Acheh, terutama dalam pemerentahan Sul-tan Iskandar Muda, Mahkota 'Alam (1606—1636 T.M.). Acheh-lah pusat tumpuan ahli2 ugama dan mendapat galakan dari raja-nya. Pada masa ini-lah terdapat sas-terawan Islam yang terkenal saperti Hamzah Fansuri dengan pandangan2-nya mengenai tasauf dan sha'er2-nya yang berchorak ugama. Beliau mempunyai banyak pe-ngikut^ di-antara-nya, yang terkenal sekali ia-lah Sham-sudin al-Samatrani. Keimdian menjelang pula ahli uga-ma yang konsevatif ia-itu Sheikh Nuruddin al-Raniri yang dapat mempengarohi Sultan Acheh Iskandar Thani. Sa-orang lagi pengarang terkenal ia-lah Abdul Rauf dari Singkel. Di-abad ini juga terdapat buku2 yang penting saperti Sejarah Melayu, Bustan al-Salatin, Taj-al Salatin, sa-lain dari sha'er2 dan kitab2 ugama Hamzah dan hasil2

orang2 yang sa-angkatan dengan-nya. Kemunchak perse-lisehan faham dalam zaman ini ia-lah pembakaran hasil2

Hamzah Fansuri dalam tahun I637T.M. atasasutan Sheikh Nuruddin al-Raniri.

84

Page 97: Sastera Melayu Lama

JeniSj Sastera Pengaroh Islam

Menurut pandangan Zubir Usman, kitab2 yang mula2 di-ketahui dan di-sebarkan di-daerah ini ia-lah kitab2 Risalah, yang memuat beberapa perkara yang asas yang harus di-ketahui oleh penganut2 ugama Islam. Kitab2 ini menerangkan mengenai rukun Islam yang lima dan rukun Iman yang enam. Dalam kitab2 ini juga di-beri keterangan berhubongan dengan so'al2 do'a dan so'al2 upachara ugama.

Sastera memainkan peranan yang penting sa-bagai penyebar ideologi Islam dan yang memperkenalkan to-koh2 Islam kapada penganut2-nya. Tokoh2 Islam dan bi-langan hasil2 karya mereka lebeh banyak di-perkenalkan daripada zaman2 yang lampau.

Winstedt telah membahagikan sastera Islam ka-dalam tiga gulongan besar ia-itu:—

1. Legenda2 Islam.

2. Cherita2 berbingkai.

3. Buku2 ketatanegaraan.

Legenda Islam pula boleh di-pechahkan ka-dalam empat peringkat ia-itu:—

a. Cherita2 mengenai tokoh sa-belum Islam mi-thal-nya:— Hikayat Dzulkarnain, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja Jumjumah, Hikayat Saif Dzul-Yazan, dan Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, yang di-perchayai di-terjemahkan di-Melaka.

b. Cherita mengenai Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga-nya saperti:—

85

Page 98: Sastera Melayu Lama

Hikayat Nabi Berchukor, Hikayat Bulan Ber-belah, Hikayat Nur Muhammcd dan Hikayat Nabi Wafat.

c. Hikayat mengenai orang2 sa-zaman dengan Nabi, mithal-nya:—

Hikayat Muhammad Hanafiah, Hikayat Tamin al-Dari, Hikayat Samaon dan Hikayat Abu Samah.

d. Hasil2 yang di-sador dengan keadaan tempatan saperti Hikayat Raja Handak atau Hikayat Raja Lahcd.

Gulongan kedua ia-itu cherita2 Berbingkai, keba-nyakan-nya berunsor Parsi. Tiap2 gulongan cherita Ber-bingkai mengandongi satu cherita pokok yang kemudian-nya di-olah menjadi cherita atas cherita. Cherita2 yang termasok dalam gulongan ini ia-lah Hikayat 1001 Malam atau Hikayat Alfa Laila wa Laila, Hikayat Bayan Budi-man, Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Kalila dan Domina. Hikayat Bakhtiar di-terjemahkan sa-chara langsong darj bahasa Parsi dalam abad ketujoh belas. Hikayat yang sama tetapi memakai nama Hikayat Ghulam di-terjemah-kan dari versi 'Arab yang juga berasal dari Parsi. Hikayat Kalila dan Damina mempunyai 200 salinan dalam 50 ba-hasa. Hikayat ini asal-nya dari India, tetapi telah di-sador don di-tambah dalam bahasa 'Arab dan Parsi. Hi-kayat Bayan Budiman (Hikayat Khoja Maimun) di-terje-mah dari bahasa Parsi yang pula menterjemah-nya dari karya Hindu "Sukasaptoti."

Buku2 ketatanegaraan kebanyakan-nya ia-lah ter-jemahan dan juga sadoran dari bahasa 'Arab. Pengarang Sheikh Nuruddin al-Raniri telah menyador Taj al-Salatin

86

Page 99: Sastera Melayu Lama

(Mahkota Segala Raja2) dalam 1603 T.M. dan Bustan-al-Salatin (Taman Raja2) dalam tahun 1638 T.M.

Dalam memperkatakan sastera pengaroh Islam ini Marrison menyatakan buku2 yang sama, tetapi ia lebeh menekankan pengaroh Parsi daripada pengaroh 'Arab. Menurut-nya, sastera pengaroh Islam harus di-kaji dari segi unsor2 kebudayaan dan dari itu sastera pengaroh Islam harus di-bahagikan saperti berikut:—

1. Roman India-Parsi.

2. Roman Parsi-lslam.

3. BukUj Ketatanegaraan.

4. Hasilj Mengajar Ugama.

5. Hasil2 Ulama.

6. Buku2 Sejarah.

Roman India-Parsi mementingkan motif cherita2

India, sedangkan thema ugama Islam di-perkenalkan sa-chara sambil lalu sahaja, saperti dalam Hikayat Berma Shahdan atau Hikayat Nakhoda Muda. Bagitu juga de-ngan Hikayat Bayan Budiman yang di-perchayai di-ter-jemahkan sa-chara langsong dari bahasa Parsi tetapi menchontohi thema Hindu.

Roman Parsi-lslam datang langsong dari Parsi dan berlatar belakangkan ugama. Yang paling terkenal da-lam gulongan ini ia-lah Hikayat Iskandar Dzulkarnain yang di-islamkan oleh orang yang berhikayat. Dzulkar-nain di-beri peranan sa-orang penyebar ugama Islam. Sumber Dzulkarnain di-gunakan dalam Sejarah Melayu untok menerangkan sumber raja2 Melaka. Juga yang termasok dalam gulongan ini ia-lah Hikayat Amir Ham-zah, Hikayat Nabi Yusof dan Muhammad Ali Hanafiah.

87

Page 100: Sastera Melayu Lama

Kebanyakan hasil2 ketatanegaraan berupa terje-mahan dan sadoran dan mengemukakan kesah2 dari se-jarah Islam, membicharakan so'al2 pentadbiran, undang2

dan peradaban untok perhatian raja2. Dalam Taj al-Salatin (ia-itu sa-buah hasil dalam gulongan ini), Nuruddin al-Raniri menyador banyak karangan berangkap Parsi saperti masnawi, rubai dan ghazal. Sa-buah lagi hasil ketatanegaraan ia-lah Busta-al-Salatin.

Hasil2 chara mengajar ugama ini terdiri dari hika-yat2 mengenai Nabi Muhammad, chontoh-nya ia-lah Hi-kayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hika-yat Nabi Berchukor dan Hikayat Nabi Wafat. Pengajar-an ugama di-selitkan dalam hikayat2 ini.

Hasil2 ulama meliputi so'al2 'ilmu tasauf atau mistik, tafsir Qur'an dan nahu. Hasil2 yang berbentok bagini terdiri dari usaha2 al-Raniri saperti Sirat al-Mustakin dan Akhbar al-Akhirat. Usaha2-nya yang lain berpandu-kan treatis mistik dari al-Ghazali, al-Suhrawardi, Ibn-al-'Arabi dan Abdul Karim al-Jilari.

Sejarah Melayu menurut Marrison mempunyai un-sor2 Parsi, chontoh-nya ia-lah ada-nya pembahagian ka-dalam beberapa bab yang tidak lazim terdapat pada karya2 lama. Sejarah Melayu juga mengaitkan Hikayat Iskandar dengan keturunan raja2 Melayu. Bagitu juga Hikayat Acheh, dari gaya dan asal-nya, di-pengarohi oleh gaya Parsi.

Sa-lain dari bentok2 sastera di-atas, jelas-lah juga ada-nya pengaroh Islam, 'Arab dan Parsi dari bentok2

sha'er, masnawi, ghazal, nazam dan bentok2 ayat 'Arab juga perbendaharaan-nya dalam sastera Melayu.

88

Page 101: Sastera Melayu Lama

So'alan:

1. Apa-kah yang terjadi dalam 'alam kesusasteraan Me-layu sa-telah kedatangan ugama Islam ?

2. Apa-kah bedza-nya antara pendapat R.O. Winstedt dan Morrison mengenai sastera pengaroh Islam ? Di-mana-kah letak-nya perbedzaan di-antara mereka ?

3. 'Islam bukan sahaja merupakan sa-jenis ugama, te-tapi Islam juga membawa berbagai-bagai jenis sastera ka-'alam Melayu.' Bahathkan.

89

Page 102: Sastera Melayu Lama

BAB VI I

H I K A Y A T SERI RAMA

Hikayat Seri Rama ada-lah penting dalam perkem-bangan kesusasteraan Melayu kerana hikayat ini ia-lah sadoran Ramayana Hindu. Kitab Ramayana Hindu ia-lah salah sa-buah kitab terpenting Hindu dan mengan-dongi 24,000 seloka, dan tiap2 seloka itu mengandongi 32 sukukata. Kitab ini di-perchayai telah di-susun sa-mula oleh Valmiki.

Sadoran Ramayana Hindu bukan sahaja terdapat dalam bahasa Melayu, bahkan lebeh awal lagi terdapat dalam bahasa Jawa Kuno karangan Yogiswara dalam huruf Kawi pada tahun masehi 925.

Hikayat Seri Rama Melayu berbedza bentok dan jalan cherita-nya dengan kitab Ramayana asli yang da-lam bahasa Sanskrit dan Seri Rama Melayu lebeh jauh berbedza dari Seri Rama Jawa. Dengan itu, di-perchayai Seri Rama Melayu tidak mungkin tersalin dari versi2

Jawa.

Abdul Samad Ahmad berpendapat bahawa sadoran2

Seri Rama Melayu mungkin telah sampai kapada kita melalui bahasa Melayu kuno dan berdasarkan penulisan dari l-Tsing, (sa-orang pendita China yang telah singgah di-kota Sriwijaya, Palembang dalam tahun masehi yang ketujoh dan di-dapati-nya ada sa-buah Universiti untok mempelajari berbagai2 'ilmu). Satu kemungkinan lagi, kata-nya, ia-lah melalui cherita2 yang di-sebarkan de-ngan di-sador dan di-tokok tambah oleh dalang2 dalam wayang kulit.

90

Page 103: Sastera Melayu Lama

Dalam bahasa Melayu, ada beberapa versi Hikayat Seri Rama, baik yang dalam versi tulisan mau pun versi lisan. Versi tulisan terdiri dari:—

1. Versi Shellabear terdapat dalam Straits Branch Royal Asiatic Society No. 17—1915 atau MPH dan berdasarkan kapada sa-buah naskhah asal yang di-mileki oleh Archbishop Laud, tersimpan dalam Bodleian Library, Oxford sejak 1633 T.M.

2. Versi Roorda van Eysinga yang terchetak di-Amsterdam pada tahun 1843 M. Versi Roorda ini t i -dak mengandongi tarikh dan ia di-perchayai versi yang chukup tua kerana jalan cherita-nya lebeh de-kat kapada cherita asal Ramayana. Versi Shellabear lebeh mendekati 'alam Melayu. Ahli2 sejarah juga berpendapat bahawa versi Shellabear dan Roorda telah siap sa-lepas kurun masehi yang kedua belas. Versi Shellabear dari naskhah Laud itu tentu telah ada beberapa lama sa-belum 1633 T.M.

Versi Lisan terdiri dari :—

I. Versi Maxwell, ia-itu berupa sa-buah hasil Penglipor Lara Melayu. Versi ini telah di-bukukan oleh Maxwell dalam abad kesembilan belas (1886) ia-itu sa-telah di-cheterakan oleh Mir Hasan, me-nantu Pawang Ana. Versi ini di-beri nama Cherita Seri Rama. Cherita dalam versi ini berdasarkan pengembaraan yang terdapat dalam Ramayana Hindu, tetapi plot-nya merupakan plot sastera ra'a-yat dengan bentok dan suasana 'alam Melayu. Versi ini membawa suasana tempatan kerana ada-nya nama2 tempatan saperti Tanjong Bunga dan puteri-nya di-sebut Puteri Sa-Kuntum Bunga.

91

1

Page 104: Sastera Melayu Lama

2. Sa-buah versi lisan lagi ia-lah versi Petani yang kerap-kali di-gunakan dalam wayang kulit. Versi ini di-perchayai chukup tua kerana tidak di-champor adokkan oleh pengaroh Islam.

Satu lagi versi Seri Rama yang tua juga ia-lah Hi-kayat Maharaja Rawana tersimpan dalam perpustakaan Preussische Staatsbibliothek di-Berlin.

Versi Shellabear

Versi ini ia-lah salah sa-buah versi tulisan. Versi ini tidak di-chontohkan dari Ramayana Valmiki, tetapi di-sador dari teradisi2 tempatan. Versi Shellabear juga banyak mempunyai kesan Islam, saperti bahagian per-tama yang mengesahkan Nabi Adam; juga terdapat se-butan Allah dan Nabi Khidir. Dalam versi ini Ravana telah meminta Nabi Adam memohon kapada Allah su-paya ia-nya di-jadikan raja pada empat tempat, ia-itu dunia, keinderaan, dalam bumi dan permukaan ayer laut. Watak2 terkemuka dalam Versi Shellabear ini maseh dalam bentok Hindu, ia-itu maseh menggunakan nama2

Laksamana, Sita Dewi, Hanuman dan Ravana.

Keadaan thema Hikayat Seri Rama dan motif da-lam Ramayana Hindu ia-lah untok menunjokkan chita2

kehidupan yang sa-benar-nya, ia-itu untok membuktikan kebenaran, dan dalam sifat wanita pula, untok menun-jokkan kesetiaan dan chinta-nya terhadap rumah tangga. Dalam Hikayat Seri Rama juga di-buktikan unsor2 jahat itu, di-sisi kebenaran, pasti menerima kekalahan. Thema2

ini-lah yang mempengarohi plot-nya. Seri Rama di-gam-barkan sa-bagai pembela kapada yang benar yang selalu berdiri di-sisi yang baik dan bersedia membinasakan yang burok dan jahat. Hero-nya selalu mempunyai kua-sa2 sakti dan ghaib dan mempunyai kekuasaan luar biasa.

92

Page 105: Sastera Melayu Lama

Dalam menggunakan kuasa2 luar biasa ini, kadang2 yang mati itu dapat di-hidupkan kembali. Peperangan bukan sahaja melibatkan manusia, tetapi juga binatang2 dan dewa2, dan kemenangan hero merupakan kemenangan untok tuhan dan dewa2.

Hikayat Seri Rama mempunyai jalinan cherita yang tertentu, ia-itu mengandongi perwatakan dan aliran cherita yang hidup hingga ka-kemunchak-nya, di-mana watak hero mengalahkan watak2 jahat yang lain. Dan kekalahan musoh-nya ini merupakan kejayaan mu'tamat bagi watak hero-nya.

So'alan:

1. Binchangkan versi-versi Hikayat Seri Rama dalam bahasa Melayu. Versi mana-kah yang lebeh tua ?

2. Apa-kah perbedzaan yang terdapat jika dibanding-kan Hikayat Seri Rama versi Shellabear dengan versi Roorda van Eysinga ?

93

Page 106: Sastera Melayu Lama

BAB VIM

H I K A Y A T BERBINGKAI

Hikayat2 ini merupakan hasil sastera asing yang di-terjemah dan di-sadorkan ka-dalam sastera tempatan. Istilah Sastera Berbingkai di-gunakan untok hikayat2

yang panjang, yang bersambong2; kerap-kali mengandongi sa-buah cherita pokok dan beberapa cherita sisipan yang merupakan bantuan, yang terbit dari cherita asal. Te-tapi cherita2 sisipan juga dapat berdiri sendiri. Dengan itu, terdapat-lah cherita dalam cherita. Di-Sekolah, Ke-bangsaan, murid2 biasa dengan cherita "Bangau oh ba-ngau, kenapa kau kurus" dan juga cherita Sang Kanchil dengan anak memerang. Cherita2 ini pada asas-nya di-perchayai berasal dari cherita2 Benggala, tetapi dalam unsor tempatan-nya, merupakan satu keindahan mengo-lah sastera yang meyakinkan pembacha. Bahagian yang terbesar dari cherita2 dalam gulongan cherita, berbing-kai terdiri dari cherita2 di-bawah :—

Hikayat Bayan Budiman. Hikayat Bakhtiar. Hikayat Kalila dan Damina (Panchatanderan)

Hikayat Sa-ribu Satu Malam atau Hikayat Alfa Laila wa Laila. Hikayat Ghulam atau Hikayat Raja 'Ajami Azbakh.

Tu juan dar i cher i ta , ini ia- lah:

Cherita, ini merupakan cherita, moral, mengan-dongi ajaran. Tujuan utama-nya ia-lah untok memberi nasihat dalam bentok kiasan dan sindiran. Bentok ini (ia-itu dengan mengaitkan watak binatang atau sa-chara berkait) amat di-sukai oleh penyebar, Islam dan berse-suaian pula dengan jiwa orang Melayu.

94

Page 107: Sastera Melayu Lama

Cherita, ini juga menunjokkan kepintaran dan ke-bijaksanaan dalam mengolah cherita. So'al yang ber-kait, merupakan suatu kepintaran yang sangat menarek hati pembacha, kerana pembacha ternanti, akan apa yang akan terbit, dan bagaimana watak-nya dapat me-ngatasi so'al yang sedang di-hadapi-nya. Dengan itu, tidak hairan-lah kita kalau hikayat, saperti Hikayat Ba-yan Budiman terdapat dalam berpuloh2 bahasa.

Hikayat Bayan Budiman di-anggap sa-bagai salah sa-buah hikayat berbingkai Melayu yang tertua, kerana satu naskhah yang berjumlah 14 muka surat sahaja, dan tersimpan di-Bodleian Library, Oxford. Konon-nya nas-khah ini di-punyai oleh sa-orang pengembara timor Edward Pococke yang hidup dalam bahagian pertama abad ketujoh belas.

Hikayat ini berasal dari benua Hindi, ia-itu dari hikayat tua Hindu yang bernama Sukasaptati, ya'anj cherita, Bayan. Dalam bahasa Parsi ada dua salinan; yang satu-nya bernama Tutinameh. Jadi-nya versi, Parsi mungkin di-ambil dari cherita2 Hindu yang di-sador dan di-tambah. Salinan dalam bahasa Parsi yang di-beri na-ma Tutinameh, di-salin oleh Nakhshabi dalam tahun masehi 1329. Hikayat Bayan Budiman juga mempunyai beberapa nama, saperti Cheritera Khoja Mubarak, Hi-kayat Khoja Maimun dan juga Cheritera Taifah. Hika-yat Bayan Budiman terdapat juga dalam bahasa Turki, Hindustan, Benggala, Jawa, Bugis dan Makasar. Banyak manuskrip mengenai hikayat ini terdapat dalam simpan-an di-London, Leyden, Paris dan Jakarta. Hikayat ini mungkin telah di-Melayukan ka-dalam bahasa Melayu yang baik, pada pertengahan abad enam belas; tetapi mungkin terawal dari itu kalau di-lihat kesan2 bahasa yang di-gunakan dalam naskhah tersebut.

95

Page 108: Sastera Melayu Lama

Cherita-nya berkisar pada sa-ekor bayan yang me-nasihati isteri tuan-nya sa-masa peninggalan tuan-nya, agar si-isteri itu terselamat dari benchana. Cherita di-sambong bermalam, hingga si-suami balek dari pelayar-an.

Hikayat Kalila dan Domina

Hikayat ini berasal dari cherita Hindu yang di-gubah sa-bagai pengajaran kapada putera2 raja melalui cherita, binatang. Dalam bentok asal-nya, cherita ini bernama Panchatantra (lima cherita moral). Nama Kalila dan Damina konon-nya ada-lah nama, serigala, dalam bahasa Seria. Versi ini di-terjemahkan pula ka-dalam bahasa 'Arab dan Parsi, juga dalam bentok puisi. Hikayat ini juga tersebar dengan luas dan terdapat da-lam bahasa, Turki , Mongolia, Yahudi, Yunani, bahkan dalam hampir, lima puloh bahasa. Di-benua Eropah. cherita2 ini di-kenal dengan nama Fable2 Bidpai. Sa-terus-nya cherita2 ini sampai ka-Tanah Jawa dan Kepu-lauan Melayu.

Versi Melayu ada tiga, ia-itu :—

i. Hikayat Kalila dan Damina yang tersebut da-lam daftar Werndly 1736 T.M.

ii. Hikayat Panchatanderan, terjemahan Abdullah Abdul Kadir Munshi dalam tahun 1835 M., dengan pertolongan dari Tambi Mutu Bupata.

iii. Cherita Dalang ia-itu kumpulan cherita, do-ngeng di-susun oleh Hakim Lukman.

96

Page 109: Sastera Melayu Lama

Hikaya t Bakht iar

Hikayat ini di-dapati dalam versi Parsi, kira2 dalam tahun masehi 1203, juga dalam versi2 'Arab—yang ter-masok dalam cherita Sa-Ribu Satu Malam. Hikayat ini berpusat pada sa-orang anak raja yang di-fitnah oleh Permaisuri dan di-hukum bunoh oleh raja. Bakhtiar ter-paksa bercherita kapada raja-nya untok melepaskan diri daripada di-hukum. Akhir-nya ia dapat menyelamatkan diri dan raja mengetahui bahawa Bakhtiar ia-lah anak-nya.

Dalam bahasa Melayu terdapat dua resensi besar Hikayat Bakhtiar ia-itu :—

i. Dari versi India, (bukan Islam) bernama Hikayat Puspa Wiraja.

ii. Dari versi Islam ada dua resensi, ia-itu Hikayat Bakhtiar dan Hikayat Maharaja Ali .

H i kaya t Ghulam

Hikayat ini di-kenal juga sa-bagai Hikayat Zadah Bokhtin. Hikayat ini, kapada orang2 Melayu lebeh di-kenal dengan nama Hikayat Ghulam dan nama ini ter-chatit dalam daftar Werndly pada 1736 T.M. Hikayat ini asal-nya dari bahasa Parsi dan ada salinan-nya dalam bahasa 'Arab. Mengikut naskhah yang tersimpan di-Leyden, hikayat ini telah di-Melayukan dari bahasa 'Arab oleh Abdul Wahab Siantan. Bentok dan jalan che-rita-nya tidak banyak yang berbedza dari hikayat Bakh-tiar.

97

Page 110: Sastera Melayu Lama

So'alan:

I. a. Huraikan dengan lebeh dalam mengenai Hikayat Bayan Budiman dalam bahasa Melayu.

b. Apa-kah asal-usul Hikayat Kalila dan Damina dan Hikayat Panchatanderan ?

c. Berikan rengkasan cherita Hikayat Bakhtiar.

d. Apa-kah yang di-katakan Hikayat Ghulam ?

98

Page 111: Sastera Melayu Lama

BAB I X

CHERITA j PANJ I

Dalam sastera klasik India, kesah2dari Mahabharata dan Ramayana menjadi satu kemegahan. Kapada orang2

Yunani, bahan2 klasik llicd dan Odyssey menjadi tumpuan istimewa, tetapi kapada orang2 Jawa hikayat2 atau Che-rita2 Panji-lah yang menjadi sumber kemegahan mereka-Cherita2 Panji merupakan usaha tempatan, tetapi mem-perlihatkan juga unsor2 Hindu dan Islam.

Cherita2 ini baik yang menggunakan nama hikayat dalam bentok prosa, maupun dalam bentok puisi (sha'er), di-gulongkan ka-dalam suatu gulongan yang besar, ke-rana pada keselurohan-nya di-dapati banyak persamaan.

Jikalau cherita2 Hindu di-sebarkan melalui wayang kulit, cherita2 Panji pula tersebar melalui wayang gedok. Dalam wayang kulit, watak2 di-lukis pada kulit lembu, di-ukir dengan teliti dan di-iringi oleh pancharagam, te-tapi dalam wayang gedok, manusia yang bertopeng meng-ambil tempat watak2 kulit. Cherita2 Panji (Panji Cycle) mementingkan pengembaraan Sri Panji yang lebeh ter-kenal dengan nama Radin Inu Kuripan dan tunang-nya Radin Galoh Chendera Kirana dari Daha.

Tujuan Cher i ta2 Panji

I. Cherita2 ini merupakan satu unsor kebanggaan dan pegangan kapada musharakat Jawa terhadap kaum pemerentah, kerana ia memberi gambaran yang baik, tinggi dan yang harus di-hormati. De-ngan itu, moga2 bertambah kukoh-lah pandangan ra'ayat terhadap raja. Cherita2 ini mungkin meru-pakan suatu alat da'ayah terhadap kebolehan, ke-dudokan dan peranan raja yang memerentah. Per-

99

Page 112: Sastera Melayu Lama

lu di-ingat bahawa dalam cherita2 Panji ada sebut-an kerajaan besar Jawa yang empat ia-itu Kuripan, Daha, Gagelang dan Singasari.

2. CheritOj ini juga ada-lah bertujuan untok men-chari satu pegangan terhadap ketenteraman ra'a-yat, juga merupakan puncha hiboran dan kemegah-an. Sa-lama di-bawah pengaron Hindu, ra'ayat ha-nya meniru2 kebudayaan dan dewa2 Hindu. Cherita2

Panji juga dapat merupakan satu bentok sastera kebangsaan Jawa.

Di-antara cherita2 yang terkenal dalam cherita2

Panji dan di-sebut pula oleh Werndly dalam daftar-nya ia-lah :—

i. Hikayat Raja Kuripan. i i . Hikayat Mesa Taman Panji Wila Kesuma.

i i i . Hikayat Mesa Kumitar. iv. Hikayat Charang Kolina. v. Hikayat Rangga Rari.

Antara yang lain-nya ia-lah:—

Hikayat Chekel Wanang Pati/Hikayat Dalang Indera Kesuma. Hikayat Perabu Jaya. Hikayat Kuda Samirang Hikayat Panji Semirang.

Dalam bentok puisi sha'er pula, terdapat beberapa ycng terkenal kapcda orang2 Melayu saperti:—

Sha'er Ken Tambuhan Sha'er Lelakon Mesa Kumitar Sha'er Undakan Agong Udaya. Sha'er Panji Semirang.

100

Page 113: Sastera Melayu Lama

Dalam kesah2 Chendera Kirana, pinangan puteri Gunong Ledang dan pengembaraan Hang Tuah di-Maja-pahit, kelihatan sadikit sa-banyak pengaroh Jawa dalam sastera Melayu, terutama dalam Sejarah Melayu. Cha-butan2 ini menggambarkan bahawa versi2 Melayu dari cherita Panji di-terjemahkan di-Melaka sa-belum tarikh penulisan Sejarah Melayu.

Pada umum-nya, dapat di-buat beberapa rumusan mengenai cherita2 Panji, berdasarkan Hikayat Panji Se-mirang:—

Cherita-nya ia-lah mengenai pengembaraan Radin Inu Kuripan dan juga Radin Galoh Chendera Kirana dari Daha. Keturunan mereka ia-lah dari kayangan yang di-gambar dengan penoh kebesaran dan kemuliaan. Motif utama dalam cherita-nya ia-lah perchintaan yang me-nyebabkan timbul-nya rasa iri hati yang membawa ka-pada aniaya-menganiayai, perbuatan kedzaliman, dan dengki-mendengki (antara) Permaisuri, Raja. Hero dan heroin di-pisahkan, tetapi dalam pengembaraan, mereka memperlihatkan kegagahan mereka, dan akhir-nya, wa-lau bagaimana pun chorak peperangan yang mereka 'alami pehak hero atau heroin tetap akan berjaya.

Watak2 hero dan heroin dalam cherita2 Panji, (sa-perti juga dalam Pengiipor Lara) mempunyai pengikut2

yang ta'at setia. Hero dan heroin dan pengikut2 mereka selalu bertukar2 nama kerana hendak menduga kesetiaan kekaseh, menjaga keselamatan diri dan juga merupakan chara untok memperpanjangkan cherita. Dalam buku2

hikayat, penukaran nama ini sunggoh mengelirukan pembacha, tetapi dalam lakunan atau wayang kulit so'al ini di-atasi dengan memakai watak yang sama, dan mung-kin juga memakai suara yang sama.

101

Page 114: Sastera Melayu Lama

Cherita-nya juga mempunyai landasan dan per-kembangan tertentu; pada kemunchak-nya peperangan besar atau dugaan penghabisan berlaku, dan dalam pe-nutup-nya hero dan heroin mendapat kebahagiaan. Cherita-nya juga dapat berpindah2 dari sa-buah kesah kapada kesah yang lain dan juga dari sa-buah kerajaan kapada kerajaan yang lain.

So 'a lcn:

1. Apa-kah yang di-katakan cherita-cherita Panji ? Apa-kah sumbangan-nya terhadap perkembangan kesu-sasteraan Melayu ?

Bandingkan cherita-cherita Panji dengan hasil-hasil Hindu saperti Mahabharata dan Ramayana.

2. Bentangkan sifat-sifat umum mengenai cherita-cheri-ta Panji. Jelaskan jawapan kamu dengan berpandu-kan kapada sa-buah cherita Panji. Sebutkan juga tujuan cherita itu.

3. Apa-kah peranan wayang kulit dalam menyebarkan cherita-cherita yang berpengaroh Hindu dan Jawa dalam kesusasteraan Melayu ?

102

Page 115: Sastera Melayu Lama

BAB X

HAS IL KESUSASTERAAN M E L A Y U Y A N G

BERCHORAK SEJARAH

Sa-bahagian dari perkembangan kesusasteraan Me-layu yang mendapat perhatian besar dan yang agak ber-harga, ia-lah hikayat2 atau hasil2 yang berchorak sejarah. Yang penting dari hasil2 ini ia-lah chorak dan bentok se-jarah yang terdapat dalam tiap2 naskhah. Dalam penga-jian barat, istilah penulisan sejarah di-kenal dengan nama "Historiography." Untok memahami sifat2 penu-lisan sejarah dalam hasil2 sastera dalam babak ini, harus kita adakan ukoran atau bandingan dengan faham2 ter-tentu mengenai sejarah. Sejarah ia-lah satu pembentuk-an baru mengenai kehidupan orang2 yang telah lalu, yang di-lakukan oleh orang2 yang maseh hidup untok musharakat yang tinggal sa-masa dengan mereka. Tetapi, penulis2 lama dalam hasil2 mereka yang berchorak seja-rah, lebeh chenderong untok menghasilkan cherita2 yang menarek hati dan memuaskan, daripada mementingkan kebenaran sejarah. Penulis2 kita lebeh chenderong untok menggabongkan chara2 yang tidak bagitu krit ikal; dan mereka menchampor adokkan kenyataan dan metos, geneologi dan legenda. Sejarah saperti yang kita fahami sekarang, cda-lah satu seni, satu perchubaan untok membentok satu keadaan tentang manusia, dengan ber-dasarkan kesedaran akan kenyataan dan kebenaran. Dari sini, kita dapati hasil2 yang berchorak sejarah lebeh mempunyai teradisi-nya yang tersendiri, berbedza dari faham sejarah biasa dan merupakan penggabongan yang di-lakukan dengan leluasan.

C.C. Berg menganggap bahawa tujuan penulisan hasilj sejarah di-daerah ini ia-lah untok menerang dan

103

Page 116: Sastera Melayu Lama

menetapkan keagongan raja dan tugas2-nya dengan menggambarkan asal-usul keturunan-nya dan menyama-kan raja2 dengan tokoh2 dewa yang mempunyai sifat2 sak-ral dan mistik. Pensejarahan kita lebeh di-asaskan atas ingatan dan fikiran. Pensejarahan Melayu menggambar-kan segi2 sifat dan struktur musharakat lama; mushara-kat yang merupakan satu gulongan besar, di-mana fikir-an, perasaan, sikap, keperchayaan dan chita2 di-sesuai-kan dengan kehendak2 kaum. Hanya kalangan istana yang tahu meni'mati sastera bertulis. Dr. Teeuw ber-pendapat bahawa sastera yang sesuai dengan musharakat ini ia-lah sastera yang tidak mempunyai unsor2 baru yang radikal; sastera yang patoh kapada kebiasaan2 dan faham2 lama.

M.G. Emeis menegaskan, bahawa tiap2 kerajaan Melayu mempunyai sejarah-nya yang tersendiri, yang kerap-kali di-chipta atas surohan raja atau sa-bagai per-sembahan kapada raja dan sudah tentu sejarah2 ini di-chipta di-kalangan istana raja.

Tokoh2 utama dalam hasil2 ini ia-lah raja, di-cheri-takan asal-usul dan segala yang murni dan agong me-ngenai-nya. Hasil2 ini menggambarkan keadaan raja dari masa kelahiran, perkahwinan, beranak pinak hing-ga ia meninggal.

Keagongan raja berpusat kapada tokoh2 sejarah saperti Iskandar Dzulkarnain, Yunani atau Rum. Kadang2

pula di-masokkan unsor2 metos dan dewa2 saperti buloh betong, bueh gajah puteh dan keinderaan. Hasil2 Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, Misa Melayu berdasarkan Iskan-dar Dzulkarnain dan Hikayat Merong Mahawangsa ka-pada raja2 Rum dan keinderaan. Hikayat Raja2 Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Kotai dan Hikayat Merong Maha-

104

Page 117: Sastera Melayu Lama

wcngsa di-dasarkan juga kapada metos dewa2, buloh be-tong dan bueh.

Sa-suatu peristiwa sejarah yang maha penting, sa-perti kedatangan Islam, di-cheritakan dalam bentok metos dan legenda sahaja. Kesah2 pengislaman dalam Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu dan Hikayat Merong Mahawangsa penoh dengan peristiwa2 'ajaib. Kesah ke-datangan Islam juga terdapat dalam Silsilah Kotai.

Hasilj yang berchorak sejarah Melayu menunjokkan beberapa sifat yang kentara, antara-nya:—

Hasil2 ini merupakan satu usaha dari pehak penga-rang untok meninggi2 dan mempertahankan kedudokan raja.

Pengarang2 juga hendak menyampaikan pengeta-huan kapcda pembacha mengenai moral dengan jalan di-daktik. Hooykaas berpendapat, segala penulisan sejarah mempunyai unsor hendak mengajar. Dalam sejarah Me-layu, terchatit, "Barang di-perbaiki dengan ist'iadat-nya, supaya di-ketahui segala anak chuchu kita yang kemu-dian."

Hasil yang berchorak sejarah juga lebeh chenderong kapada sifat kesusasteraan ra'ayat, mementingkan so'al2

metos, asal-usul raja dan tempat. Juga sifat sastera ra-'ayat tergambar dalam pemakaian bahasa dan jalan cherita.

Pengarang2 hasil ini juga chuba menghiasi karya mereka dalam menunjokkan kepandaian mereka hingga-kan hasil-nya merupakan daya seni. Hasil2 ini biasa-nya tidak mementingkan tarikh, kechuali Hikayat Acheh.

105

Page 118: Sastera Melayu Lama

Hasilj yang berchorak sejarah, yang harus kita pen-tingkan bukan sahaja dari segi sejarah tetapi lebeh2 lagi dari segi chorak dan bentok-nya yang tertentu, ia-lah:—

Hikayat Melayu Pasai.

Sejarah Melayu (Sulalatus-Salatin)

Hikayat Acheh

Misa Melayu (Sejarah Negeri Perak)

Hikayat Merong Mahawangsa

Silsilah Kotai

Hikayat Johor

Bustan 'am-Salatin (Taman Raja2)

Silsilah Melayu dan Bugis

Tuhfat al-Nafis

Silsilah Brunei.

So'aian:

1. Hasil-hasil kesusasteraan Melayu berchorak sejarah hanya penting sa-bagai gambaran kebudayaan dan 'adat isti'adat Raja2 Melayu. Bahathkan.

2. Hasil kesusasteraan Melayu yang berchorak sejarah hampir-hampir mempunyai satu chorak dan bentok yang sama. Binchangkan dengan memberi latar be-lakang, nama, isi dan sifat-sifat hasil-hasil ini.

106

Page 119: Sastera Melayu Lama

m \

i. Hikayat Raja2 Pasai

Hikayat Raja2 Pasai ia-lah salah sa-buah daripada hikayat Melayu yang tertua. Namun demikian, hikayat ini tidak merupakan hasil sastera yang baik jikalau di-bandingkan dengan Sejarah Melayu. Hikayat ini mula2

sekali di-terbitkan oleh sa-orang paderi Peranchis ber-nama Dulauvier. Lepas itu banyak sarJGna2 lain yang menerbitkan hikayat ini. Yang paling akhir menerbit-kan hikayat ini ia-lah A.H. Hill s dalam JMBRAS jili d xxxii i penggal 2 Jun. I960. Usaha Hills ini telah di-bin-changkan oleh Ali Haji Ahmad dalam Majallah Dewan Bahasa, Julai 1962.

Cherita-nya ia-lah mengenai Malik Al-Saleh yang lebeh terkenal dengan nama Merah Silu. Batu nisan-nya bertarikh 1297 A.D. dan di-bawa masok dari Kembayat. Sa-sudah Malik-AI-Saleh, anak-nya Malik-AI-Tahir me-merentah; dan Sultan yang akhir di-sebut ia-lah Sultan Ahmad. Hills berpendapat, hikayat ini boleh di-bahagi-kan ka-dalam tiga bahagian yang kasar, menurut pera-liran cherita-nya. Bahagian yang pertama ia-lah pen-dahuluan tentang pembukaan negeri Semudera dan Pa-sai serta pengislaman Pasai. Bahagian kedua mengesah-kan kegagahan Tun Braim Bapa anak kapada Sultan Ahmad. Beliau di-gambarkan sa-bagai sa-orang yang gagah, watak-nya sama saperti yang di-berikan kapada Hang Tuah. Bahagian yang ketiga mencheritakan pe-na'lokan Pasai oleh Majapahit dalam zaman Gajah Ma-da lebeh kurang peda 1350 T.M.

Dua babak dalam Hikayat Raja2 Pasai, di-dapati pula dalam Sejarah Melayu, ia-itu dalam bab 7 dan 9 dalam Sejarah Melayu. Dengan itu di-perchayai bahawa hikayat Raja2 Pasai di-tulis sa-belum 1536 T.M. ia-itu ta-

107

Page 120: Sastera Melayu Lama

rikh yang di-perchayai untok penulisan draft pertama Sejarah Melayu. Hooykaas berpendapat bahawa hika-yat ini sa-awal2-nya di-karang pada kira2 1350 T.M. Te-tapi, tegas-nya lagi, kerajaan Acheh pada tahun 1524 telah mendapat tapak yang kukoh hingga ia melebehi kerajaan Pasai. Hasil sejarah saperti Hikayat Raja2 Pa-sai ini mungkin di-tulis sa-belum runtoh-nya kerajaan itu, jadi tarikh-nya boleh di-katakan dalam pertengahan abad lima belas. Satu2-nya naskhah Hikayat Raja2 Pasai yang terdapat bertarikh tahun masehi 1814 di-tulis da-lam bahasa Melayu yang baik.

Antara perkara2 yang penting dalam hikayat Raja2

Pasai, ia-lah tentang asal-usul raja-nya. Kesah bermula dari segi metos ia-itu apabila Raja Muhammad membuka negeri, ia berjumpa dengan buloh betong, dan dari buloh itu ia mendapat sa-orang puteri yang chantek yang di-beri nama Puteri Betong. Unsor Puteri Betong ini ham-pir sama dengan yang terdapat dalam Hikayat Seri Ke-lantan. Abang Raja Muhammad pula ia-itu Raja Ahmad, mendapat putera lelaki yang di-pelihara oleh gajah lalu di-namakan Merah Gajah. Sa-telah Merah Gajah ber-kahwin dengan Puteri Betong, mereka mendapat dua orang anak yang di-namakan Merah Silu dan Merah Hasum. 'Akibat dari menchabut rambut berwarna emas di-tengah kepala Puteri Betong oleh Merah Gajah, berlaku-lah peperangan, akhir-nya tinggal Merah Silu dan Merah Hasum sahaja. Merah Silu mempunyai sifat2

metos mithal-nya peristiwa merebus chaching gelang2

yang menjadi emas. Kerana berseliseh faham dengan saudara-nya, Merah Silu berpindah, dan ia bertemu de-ngan Megat Iskandar dan Merah Kedah. Dalam pengem-baraan-nya, ia membuka negeri Semudera: nama negeri ini di-ambil dari nama jenis sa-ekor semut yang besar.

108

Page 121: Sastera Melayu Lama

Kesah kedatangan Islam di-sebut dalam bentok le-genda yang berdasarkan pesan nabi. Sa-telah kalifah Sharif mendengar akan negeri Semudera, beliau meng-hantar sa-buah kapal ka-sana. Kapal yang di-kepalai oleh Sheikh Ismail singgah di-lndia. Merah Silu di-beri 'alamat dalam mimpi dan ia dapat menguchap dua kali-mah shahadat serta membacha Qur'an. Sa-telah Malik-al-Saleh di-islamkan (Merah Silu), ia berkahwin dengan Puteri Genggong dari Perlak dan mendapat sa-orang putera Malik al-Tahir. Dari segi metos, terdapat kesah anjing Merah Silu yang bernama Si-Pasai di-tendang oleh pelandok puteh, lalu Merah Silu membjka negeri yang di-gelar-nya Pasai. Kesah ini juga terdapat dalam Seja-rah Melayu.

Hikayat Raja2 Pasai mencheritakan sejarah, dari faham timor, mengenai raja2 Samudera dan Pasai hingga zaman Sultan Ahmad. Kesah2 kedatangan Islam dalam bentok lengeda, dan kesah2 pembukaan negeri dan per-kahwinan raja2 terdapat dalam hikayat ini.

Banyak sarjana berpendapat bahawa hikayat ini tidak merupakan hasil sastera yang baik. Hanya bahagi-an kedua yang mencheritakan kegagahan dan kekuatan Tun Braim Bapa, hidup sa-bagai hasil sastera. Bahagian kedua juga di-sulami dengan bentok2 puisi yang walau pun rendah mutu-nya dapat juga menunjokkan keaslian pengarang.

Bahasa dalam hikayat ini ia-lah bahasa Melayu ku-no, dan pembinaan ayat2-nya mengelirukan, dan kadang2

berbelitj tanpa mempunyai tanda2 berhenti yang mena-sabah. Perkataan2 Melayu tua saperti "kutaha, dinga-haya" terdapat di-dalam-nya. Jika di-bandingkan de-ngan Sejarah Melayu, kita akan dapati bahasa Sejarah

109

Page 122: Sastera Melayu Lama

Melayu lebeh hidup dan ayat2-nya tidak bagitu berbelit2. Tetapi harus juga di-ingat bahawa hikayat ini ia-lah sa-suatu yang tertua, dengan itu tentu-lah ia merupakan satu bahan pengkajian yang berharga.

So'alan:

I. a. Berikan uraian yang rengkas mengenai Hikayat Raja-Raja Pasai.

b. Apa-kah nilaian hikayat ini dari segi sejarah ?

c. Bagaimana pula pendirian kamu mengenai kesah kedatangan Islam yang di-sebut dalam hikayat ini ?

110

Page 123: Sastera Melayu Lama

i i . Sejarah Melayu

Banyak sarjana, terutama ahli2 penyelidek Barat memandang 'Sejarah Melayu' (Sulalatus Salatin) sa-bagai hasil sastera Melayu yang terpenting dan yang terbaik

Idi-antara hasil2 sastera Melayu yang lain. Prof. A. Teeuw

juga dalam Kata Pendahuluan-nya untok 'Sejarah Melayu' terbitan Abdullah, berpendapat, "'Sejarah Melayu' ada-lah salah satu karangan yang terpenting dan yang me-ngikut sekali dari kesusasteraan Melayu." Sejarah Me-layu di-pandang penting oleh sarjana2 barat dan tempat-an, sa-bagai satu sumber sejarah untok mengikuti faham musharakat timor lama. 'Sejarah Melayu' juga lebeh penting lagi sa-bagai sumber untok mengetahui segala2

yang berkait dengan raja2 Melayu, sejarah kebudayaan, kekayaan 'adat isti'adat Melayu, kebiasaan2 musharakat istana dan gambaran musharakat Melayu pada zaman itu.

Dalam mengkajikan buku yang sa-bagitu penting, timbul pula beberapa so'alan rumit yang dapat pula, kalau di-ketahui jawapan-nya, menerangkan beberapa perkara. So'alan yang di-maksudkan di-sini ia-lah tarikh terkarang-nya buku ini — mana-kah naskhah atau edisi yang awal sekali dan siapa pula pengarang-nya ? Tiap2

so'alan di-atas kalau dapat di-jawab, dapat pula mene-rangkan beberapa perkara yang sekarang hanya tinggal sa-bagai pendapat. Tetapi pendapat2 ini sendiri telah membuktikan betapa penting-nya 'Sejarah Melayu' dalam kesusasteraan Melayu dan betapa dalam-nya, minat kita terhadap-nya.

Ada beberapa edisi 'Sejarah Melayu,' antara-nya ia-lah:—

I. Edisi Shellabear di-terbitkan pada 1896 T.M. dan di-chetak sa-mula oleh M.P.H. merupakan teks yang terpenting.

I l l

Page 124: Sastera Melayu Lama

2. Teks Abdullah terbitan 1831 T.M. di-edit oleh A. Teeuw dan di-terbitkan oleh Djambatan. Ada beberapa naskhah dari teks Abdullah ini tersimpan di-Djakarta dan Leyden.

3. Cherita Asal Raja2, lebeh di-kenal dengan nama Raffles M.S. No. 18, yang di-muat dalam Journal of the Malayan Branch, Royal Asiatic Society Vol. XVI, Part III December 1938. Winstedt berpendapat ba-hawa teks ini ia-lah salah satu teks yang asli, (yang di-gunakan oleh penyusun Sejarah Melayu pada tahun 1612 M. sa-belum ia memindakan ke-adaan sa-tengah babak dan sa-tengah bahagian dan membuang babak mengenai Perak).

Winstedt berpendapat bahawa naskhah pertama Sejarah Melayu di-karang di-Melaka oleh anak Melaka dari istana Sultan Mahmud Shah. Pengarang ini hidup hingga masa Melaka di-alahkan oleh Peringgi dan ia menulis hingga ka-tahun 1535 M. Apa yang di-buat oleh penyusun naskhah 1612 M. 'Sajarah Melayu' ia-lah menyu-sun sa-mula dan menokok-nya dengan berdasarkan sa-bu-ah naskhah yang lebeh lama. Naskhah Shellabear ada menyebut "Hamba dengar ada hikayat Melayu di-bawa oleh orang dari Goa, barang kita perbaiki " Ini membuktikan ada-nya sa-sabuah naskhah sa-belum 1612 M.

Winstedt juga berpendapat bahawa bahagian2 me-ngenai cherita Raja Iskandar dan kesah2 Pasai dan ketu-runan raja2 Melaka lebeh senang di-dapati di-Melaka dalam abad lima belas. Sejarah Melayu juga menunjok-kan ada-nya pengaroh2 India—anak2 raja dan Bendahara, 'adat isti'adat dan pengurniaan yang bersifat Hindu.

112

Page 125: Sastera Melayu Lama

Dari kesan2 di-atas dapat-lah di-buat kesimpulan bahawa 'Sejarah Melayu' (Sulalatus-Salatin) di-susun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja untok menjun-jong titah Sultan Abdullah Ma'ayah Shah. Tarikh peren-tah ini di-berikan sa-bagai 12 Rabi'il-Awwal, tahun Hij-rah 1021 bersamaan 13 Mei 1612 M, bertempat di-Pasir Raja. A. Samad Ahmad berpendapat bahawa Tun Seri Lanang belum dapat menyelesaikan sejarah ini hingga sa-sudah mangkat Sultan 'Alaud-din Ri'ayat Shah.

Winstedt juga berpendapat bahawa pengarang 'Sejarah Melayu' yang sa-benar-nya ia-lah sa-orang yang bijak dan yang mempunyai jiwa seni. Beliau ia-lah sa-orang yang rapat dengan kalangan istana, sa-hingga ia tahu dan faham segala peristiwa yang berlaku di-sakeli-ling istana raja, dan ia menulis pula untok membesar-kan kedudokan raja. Pengarang-nya juga harus telah me-ngetahui atau membacha hikayat Iskandar, Hikayat Amir Hamzah, Muhammad Ali Hanafiah dan mengetahui pula cherita2 India.

Bahasa dalam 'Sejarah Melayu' ia-lah bahasa Me-layu lama yang baik. Isi-nya dan bentok persembahan-nya sederhana sekali.

Kesan, dar i Sejarah Melayu

Walau pun pada keselurohan-nya 'Sejarah Melayu' tidak mementingkan tarikh atau penanggalan saperti yang di-kehendaki oleh sarjana2 Barat, untok sa-sabuah hasil sejarah, namun demikian 'Sejarah Melayu' penting juga dari sudut sejarah, kerana di-dalam-nya terdapat ke-sah2 serangan Peringgi, nama2 tempat dan nama2 Sultan. 'Sejarah Melayu' sa-balek-nya ada mengandungi unsor yang kaya untok mendapat pengetahuan tentang keada-

113

Page 126: Sastera Melayu Lama

an fikiran zaman-nya, keadaan susunan musharakat Me-layu zaman itu dan pengetahuan mengenai kebudaya an zaman itu. 'Sejarah Melayu' membentangkan kepercha-yaan Melayu keturunan raja2 Melaka yang di-kaitkan dengan unsor2 Iskandar Dzulkarnain dan Bukit Si-Gun-tang. Ketika membacha buku ini harus-lah kita ingat kalangan mana dan untok siapa ia-nya di-tulis. Sejarah ini penting, terutama sekali untok keperluan raja dan kerajaan. Kita, mithcl-nya harus dapat membuat sa-suatu kesimpulan mengenai tokoh2 metos saperti dalam kesah2

Sang Sapurba, peristiwa Bukit Si-Guntang (di-mana padi bertukar menjadi emas dan daun-nya menjadi perak) dan peristiwa Raja China meminta ayer basoh kaki dari raja Melaka. Ada-nya gambaran saperti ini, dengan tidak langsong di-gambarkan kedudokan raja. Raja ada-lah wakil Tuhan dalam dunia.

'Sejarah Melayu' juga kaya dalam menggambarkan 'adat resam raja2, pantang larang dan perkara2 yang dapat dan tidak dapat di-lakukan oleh ra'ayat. Mithal-nya, kain yang berwarna kuning tidak di-benarkan di-gunakan oleh orang kebanyakan. Bagitu juga mushara-kat umum harus menghormati beberapa larangan me-ngenai perhiasan badan, masa mengadap raja, mendiri-kan rumah, chara2 mengadap raja dan menerima gelaran, chara2 menyambut utusan. Hampir segala apa yang memurnikan kedudokan raja di-sisi musharakat di-chatit-kan dalam 'Sejarah Melayu.' Dengan itu, jelas-lah susun-an dan bentok 'Sejarah Melayu' ia-lah untok mengabdi kapada raja dan kerajaan.

Gambaran mengenai kebesaran raja2 Melaka, dan sa-terus-nya kebesaran Melaka sendiri, terlihat juga dari gambaran pena'lokan negeri2 lain oleh Melaka, dan per-hubungan negeri Melaka dengan Majapahit, Siam dan

114

Page 127: Sastera Melayu Lama

China. Dengan itu, juga dapat kita perhatikan pengaroh asing dalam 'Sejarah Melayu' khas-nya dan kesusasteraan Melayu umum-nya. Jikalau demikian keadaan-nya, kita tentu bersetuju dengan pendapat Dr. A. Teeuw "bahawa Sejarah Melayu seluroh-nya ada-lah suatu karangan yang hidup dan menarek."

So'alan:

1. a. Siapa-kah penyusun/pengarang 'Sejarah Melayu' dan di-mana-kah ia di-susun/karang ?

b. Ada-kah 'Sejarah Melayu' penting dari segi seja-rah ?

c. Apa-kah sebab-nya 'Sejarah Melayu' di-katakan buku yang terpenting dalam kesusasteraan Mela-yu ?

2. Nilaikan 'Sejarah Melayu' sa-bagai sa-buah hasil sas-tera.

3. a. Binchangkan tentang versi-versi 'Sejarah Melayu'?

b. Bila-kah agak-nya 'Sejarah Melayu' di-susun/tulis? Beri sebab-sebab-nya mengapa kamu berpenda-pat demikian.

c. Berikan sadikit huraian mengenai penyusun/pe-ngarang Sejarah Melayu.

115

Page 128: Sastera Melayu Lama

i i i . Tun Seri Lanang sa-bagai penyusun 'Sejarah Melayu. '

Satu masa'alah yang besar bagi orang2 yang hen-dak mengkaji 'Sejarah Melayu' ia-lah mengenai penga-rang-nya yang sa-benar-nya. Namun demikian Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja yang di-perchayai me-nyusun sa-mu!a hasil yang ternilai ini, patut mendapat sambutan baik dari kita. Kebijaksanaan beliau-lah yang menyebabkan 'Sejarah Melayu' di-sanjong sa-bagai hasil sastera Melayu yang terbaik.

Tun Seri Lanang ada-lah dari keturunan bendahara2

Melaka dan Johor dan ia di-perchayai hidup pada akhir kurun masehi 16 hingga awal kurun masehi 17. Nama Tun Seri Lanang yang sa-benar-nya ia-lah Tun Muhammad dan Tun Seri Lanang ia-lah nama timang-timangan beliau. Paduka Raja ia-lah gelaran pembesar negara yang di-terima-nya dari Sultan. Tun Seri Lanang ia-lah anak kapcda Paduka Raja, Tun Ahmad Temenggong Johor dengan isteri-nya Tun Ganggang. Tun Ahmad pula anak kapada Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai dan chuchu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Muta-hir yang di-hukum bunoh oleh Sultan Mahmud Shah da-lam tahun masehi 1509 dan chichit kapada Tun Kudu (bekas isteri Sultan Mudzaffar Shah Melaka). Tun Kudu, ia-lah kakanda perempuan kapada Bendahara Paduka Raja Tun Perak, sa-orang Bendahara yang bijak dalam zaman Sultan Mansor Shah, (raja Melaka dari tahun ma-sehi 1458 hingga tahun masehi 1477). Jadi, tidak hairan-lah kita, jikalau Tun Seri Lanang juga sa-orang sastera-wan yang bijak dan gambaran-nya mengenai Bendaha-ra-bendahara Melaka dan Raja2 Melaka amat-lah teliti.

Dalam naskhah Raffles m.s. 18 yang di-perchayai ada-lah salah sa-buah naskhah asal, ada di-sebutkan

116

Page 129: Sastera Melayu Lama

" maka fakir (Tun Seri Lanang) karangan hi-kayat ini dan kami himpunkan daripada segala riwayat orang tua dahulu-kala, supaya akan menyukakan Duli Hadzrat Baginda " Dengan berdasarkan cha-butan di-atas, nyata-lah telah ada terlebeh dahulu satu naskhah kasar "Sejarah Melayu". Kemudian pula dalam naskhah Shellabear, Raja Abdullah Ma'ayat Shah telah menitah Tun Seri Lanang demikian, "Hamba dengar ada hikayat Melayu di-bawa orang dari Goa; barang kita perbaiki kira-nya dengan isti'adat-nya supaya di-ketahui oleh segala anak chuchu kita." Di-sini juga nyata-lah Tun Seri Lanang menyusun sa-mula 'Sejarah Melayu,' kerana perentah Raja Abdullah dan hasil-nya merupakan satu persembahan kapada raja-nya. So'al2 saperti ini amat-lah besar kesan-nya, kerana dengan itu kita akan mengetahui pengarang-nya dan apa sebab-nya 'Sejarah Melayu' berbentok demikian.

Satu lagi peristiwa sejarah yang berkait dengan 'Sejarah Melayu' ia-lah tewas-nya Johor di-tangan orang2

Acheh dalam pemerentahan Iskandar Muda Mahkota 'Alam pada 7hb. Mei 1613. Sultan Johor Alauddin Ri'ayat Shah III, adinda-nya Raja Abdullah (Raja Bongsu atau Raja di-Hilir) dan Tun Seri Lanang sa-bagai Bendahara Paduka Raja di-tawan ka-Acheh. Konon-nya di-Acheh-lah Tun Seri Lanang telah belajar ugama daripada Sheikh Nuruddin al-Raniri, dan Sheikh Nuruddin pula belajar bahasa Melayu dari Tun Seri Lanang. Dengan itu, tidak hairan-lah kita jikalau Tun Seri Lanang faham akan ajar-an2 ugama dan Qur'an yang di-selitkan-nya dalam 'Seja-rah Melayu.' 'Sejarah Melayu' juga di-kenal dengan nama 'Sulalatus Salatin' atau 'Peratoran Segala Raja2.' Kalau di-selideki, terdapat juga sadikit persamaan ben-tok 'Sejarah Melayu' dengan Tajal-Salatin karangan Bukhari dalam tahun 1603 M.

117

Page 130: Sastera Melayu Lama

Winstedt juga berpendapat bahawa draft asal 'Se-jarah Melayu' di-tulis dalam zaman kechemerlangan Mela-ka, kerana pengarang-nya ada menyebut perkataan2

dari beberapa bahasa saperti Sanskrit, Tamil, Parsi dan sa-patah dua perkataan Siam, China dan Peringgi. Per-kataan2 ini hanya dapat di-ketahui oleh sa-orang pengarang dalam pelabohan besar saperti Melaka. Sa-lain dari pengetahuan bahasa, pengerang Sejarah Melayu juga ada-lah sa-orang yang rapat kapada raja dan istana dan sa-orang ahli sastera, kerana dalam Seja-rah Melayu, terdapat chabutan cherita dari Hikayat Raja2 Pasai, ada kesah2 yang berkait dengan tokoh me-tos Iskandar Dzulkarnain, Hikayat Mohd. Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan juga ia tahu Hikayat2 Seri Rama, Pandawa Jaya dan Cherita2 Panji. Mungkin draft dari sejarah asal itu di-perbaiki pula oleh sa-orang yang menjunjong tonggak kerajaan, ia-itu Tun Seri Lanang. Tun Seri Lanang kerana rapat hubongan-nya dengan ka-langan raja dan pula kerana ia dari keturunan yang bijak, tentu mahir dalam undang2 negara, 'adat isti'adat raja2, unsor2 kebudayaan dan sejarah yang di-laporkan sa-bagitu baik dalam 'Sejarah Melayu.' Kerana keaslian dan kebijaksanaan-nya itu, Tun Seri Lanang dapat menyu-sun, membaiki dan melengkapi "Sejarah Melayu" hingga menjadi hasil sastera yang bernilai tinggi.

So'a lan:

Binchangkan latar belakang riwayat hidup Tun Seri Lanang dan sumbangan-nya terhadap kesusasteraan Melayu.

118

Page 131: Sastera Melayu Lama

iv. H ikaya t Acheh

Hikayat Acheh ini lebeh merupakan sa-buah le-genda mengenai dan mengagongkan Iskandar Muda Mahkota 'Alam yang di-perchayai memerentah Acheh antara tahun masehi 1606—1636. Hikayat ini baharu2

ini telah di-susun sa-mula oleh Tengku Iskandar. Nas-khah hikayat ini tidak lengkap, ia-itu halaman awal-nya hilang.

Penulis asal-nya tidak di-ketahui, tetapi besar ke-mungkinan-nya hikayat ini di-tulis dalam pemerentahan Iskandar Muda sendiri kerana pengarang-nya mengagong-kan raja-nya. Tengku Iskandar yang menyediakan teks hikayat ini berpendapat bahawa nama Hikayat Acheh tidak sesuai untok buku ini dan lebeh tepat jika di-sebut Hikayat Iskandar Muda.

Dari segi metos, hikayat ini juga menyebut kesah puteri yang keluar dari buloh dan di-beri nama puteri Dewi Indera. Puteri ini juga mempunyai kelemahan-nya, ia-itu kerana ada-nya sa-helai roma panjang di-dagu-nya. Dewi Indera meninggal dunia 'akibat roma ini di-chabut oleh suami-nya. Kemudian terbit pula kesah puteri bong-su dari keinderaan yang turun mandi dan di-sebabkan baju kanchuki-nya di-churi, ia tidak dapat pulang ka-inderaan lagi dan akhir-nya ia berkahwin di-bumi. Kesah2

metos ini kelak di-kaitkan dengan Iskandar Muda dan di-kaitkan juga dengan nasab Iskandar Dzulkarnain dan nasab Maha Visnu raja keinderaan. Perkara ini berlaku kerana hendak memberi unsor mistik dan mengagongkan Iskandar Muda.

Keistimewaan Hikayat Acheh ia-lch chara meng-gambarkan kebesaran Iskandar Muda. Iskandar Muda di-gambarkan dalam sa-buah legenda, dengan menyebut-

119

Page 132: Sastera Melayu Lama

kan tiap2 kebesaran itu mengikut meningkat-nya umor Iskandar Muda hingga ia berusia 14 tahun . Chara meng-gambarkan kebesaran bagini tidak terdapat dalam buku lain yang berunsor sejarah. Sa-masa Iskandar Muda da-lam rahim, ibu-nya telah bermimpi melihat bulan pur-nama; chahaya-nya memanchar ka-seluroh istana dan ini di-perchayai sa-bagai satu tanda kebesaran yang negeri Acheh itu akan bertambah ma'amor, "beras padi terlalu murah, bandar ramai, jong kapal tiada keputusan, pohon kayu bertarok muda." Belum ia di-lahirkan telah ada ramalan bahawa ia akan menjadi raja yGng amat besar. Tuan puteri hanya dapat berputera apabila ada segala alat kerajaan. Apabila Iskandar Muda berumor 3 tahun, beliau di-beri nama Raja Zainal yang di-sebut juga Raja Munawar Shah. Apabila umor-nya 4 tahun beliau di-beri permainan gajah, kuda, dan bir i2 daripada emas. Bila umor-nya 5 tahun, beliau di-beri nama timang2an Pan-chagah dan di-beri bermain dengan anak gajah. Bila berumor 7 tahun Abangta Raja Munawar mulai menje-rat gajah. Ketika berumor 8 tahun ia bermain perang-perangan. Sa-masa umor-nya kira2 10 tahun, datang utusan dari Portugal, sa-orang bernama Dong Dawis dan sa-orang lagi Dong Tumis. Tidak ada sa-orang Acheh yang sanggup memachu kuda liar Peringgi. Iskandar Muda Perkasa 'Alam-lah yang menebus malu ini. Ketika berumor 13 tahun, sa-telah ia belajar sa-lama 5 hari, tahu-lah beliau segala 'ilmu tangkis dan tipu. Utusan Raja Siam juga memberitahu raja-nya mengenai kegagah-an Panchagah 'Alam, hinggakan raja Siam sendiri meng-aku kebesaran itu. Bagitu juga raja Muhammad Rum, ia mengakui hanya beliau dan Panchagah 'Alam sahaja-lah dua orang raja yang gagah di-'alam ini. Sa-waktu kebe-saran Panchagah 'Alam, terdengar oleh Sheikh Mekah di-Madinah, melalui dua orang haji dari Acheh, (ia-itu

120

Page 133: Sastera Melayu Lama

Haji Ahmad dan Haji Abdullah), 'alim ulama di-Madinah membacha fatihah. Dari kesan2 di-atas, nyata-lah Hika-yat Acheh menggunakan unsor2 yang sama saperti 'Se-jarah Melayu', ia-itu unsor memberi sifat kebesaran ka-pada raja-nya.

Dari segi perkembangan ugama pula, Acheh me-mang terkenal sa-bagai pusat pengajian Islam sa-lepas jatoh-nya Melaka. Dalam Hikayat Acheh, di-sebut juga mengenai raja-nya yang menyuroh ra'ayat patoh kapada ajaran2 ugama dan si-debutkan tentang masjid yang in-dah2 dan kesah dua orang haji dari Acheh di-Madinah. Raja2 yang menggantikan raja yang meninggal, di-sebut sa-bagai mendapat 'sanction' dari Allah dan menjadi wakil Tuhan dalam dunia.

Walau pun Hikayat Acheh yang menyebut bebera-pa orang raja-nya, penting dari segi sejarah, tetapi nya-ta-lah yang lebeh di-pentingkan ia-lah keagongan Iskan-dar Muda Perkasa 'Alam atau Panchagah 'Alam. Hika-yat ini juga banyak memuat kata2 'Arab, dan bahasa-nya tidak bagitu terjaga.

So'alan:

I. Apa-kah bedza-nya antara Hikayat Acheh dengan lain-lain hikayat yang berchorak sejarah ?

121

Page 134: Sastera Melayu Lama

v. Misa Melayu (Sejarah Neger i Perak)

Misa Melayu ia-lah satu2-nya buku yang berchorak sejarah mengenai negeri Perak. Misa Melayu di-karang oleh Raja Chulan. Berbedza dari hasil2 sastera Melayu lain yang berchorak sejarah, Misa Melayu hanya meri-wayatkan negeri Perak dalam abad delapan belas, ia-itu antara tahun 1742—1778. Buku ini meriwayatkan peme-rentahan Sultan Muhammad Shah, kemudian Sultan Mu-zaffar Shah dan kemudian lebeh banyak mencheritakan mengenai pemerentahan Sultan Iskandar Shah dan peng-gantinya Sultan Mahmud Shah dan sadikit mengenai pengganti Mahmtd Shah, ia-itu Sultan Alauddin Mansor Shah. Karangan ini ada-lah sa-buah hasil yang di-tulis sa-chara teliti mengenai keadaan pada zaman-nya, ter-utama tentang pemerentahan Suiten Iskandar Shah (1756— I770M).

Untok memahami hasil ini sa-lanjut-nya, perlu juga kita mengetahui latar belakang pengarang-nya. Raja Chulan ada-lah putera tunggal Raja Hamid, yang tiga orang lagi anak perempuan. Beliau di-anugerahkan ge-laran Raja Kechil Besar oleh Sultan Muzaffar. Beliau-lah yang mengiringkan perangkatan Sultan Iskandar menyu-sori sa-panjang pantai hingga ka-Matang. Beliau juga di-kenal sa-bagai pengarang dan penya'er yang bijak, dan beliau di-titah oleh Sultan Iskandar supaya mengesah segala peristiwa ketika menyusori pantai itu.

Dengan itu terang-lah bahawa Raja Chulan, saperti ju^a Tun Seri Lanang, ada-lah dari keluarga raja. Jadi tidak di-hairankan-lah jika apa yang di-gambar-nya men-julang dan mendewa2kan raja. Tujuan mengarang Misa Melayu ia-lah untok menggambarkan kegemilangan Ke-rajaan Perak.

122

Page 135: Sastera Melayu Lama

Misa Melayu tidak mementingkan unsor keturunan, kerana riwayat ini bermula dengan kesah Sultan Muzaf-far Shah yang memerentah dengan bantuan anak sau-dara-nya Raja Muda Iskandar. Winstedt berpendapat bahawa Misa Melayu ia-lah satu daripada hasil2 sejarah Melayu yang lebeh berharga. Sha'er menyusor pantai merupakan sa-buah daya sastera persembahan sa-orang pengarang kapada raja-nya. Sir William Maxwell meng-anggap perkataan Misa berma'ana 'chontoh.' Misa Me-layu sa-bagai sa-buah hasil sejarah, mempunyai sifat-nya yang tersendiri, kerana terchatit di-dalam-nya per-kara2 yang berlaku dalam zaman penulis. Ikatan sha'er di-bahagian belakang-nya merupakan satu daya yang bersendirian dan menunjukkan kebolehan pengarang sendiri.

Perbedzaan2 juga terdapat antara 'Sejarah Melayu' dengan Misa Melayu. Dalam 'Sejarah Melayu' kebesaran raja dan negeri di-gambarkan dengan menyebutkan luas jajahan ta'alok-nya; manakala dalam Misa Melayu, ke-besaran di-gambarkan dengan menyebutkan kema'amor-an negeri-nya, kerja2 raja yang di-junjong oleh segala ra'ayat, keadaan perniagaan, dan kedudokan perniagaan Melayu bila di-bandingkan dengan orang2 Belanda. Misa Melayu juga menggambarkan perhubongan antara negeri Perak dengan Belanda, Selangor dan Kedah. Dalam ba-hagian permulaan, Misa Melayu menerangkan bagaimana negeri Perak yang di-satukan dan di-perentah oleh dua orang raja. Dalam buku ini juga, terdapat perbedzaan2-nya dengan Sejarah Melayu dalam 'adat2 mendapat gelar, menggantikan raja yang mangkat, berkabong dan me-nyukor rambut. Dalam Misa Melayu, pencheritaan-nya berlaku di-sakeliling raja dan apabila raja semboh dari gering, orang besar2 berkaul. Raja juga berwasiat sa-belum mangkat.

123

Page 136: Sastera Melayu Lama

Dari segi sejarah, Misa Melayu menerangkan sadi-kit sa-banyak mengenai kedatangan Belanda ka-negeri Perak, perhubongan pemerentah Selangor dan Perak, pakatan2 sulit yang ingin menggulingkan Sultan, perseng-ketaan dan peperangan antara Selangor dan Kedah. Dari segi perdagangan ada di-sebut mengenai raja Perak menghantar orang pergi ka-lndia menenari orang mem-beli gajah. Ada juga sadikit huraian mengenai perhu-bongan perdagangan dengan Belanda dan Inggeris.

Misa Melayu kaya dengan chatitan2 tentang 'adat isti'adat negeri Perak, 'adat isti'adat pertabalan, berge-lar, meminang, berinai, 'adat melenggang perut, kemang-katan, berkabong dan berchukor rambut. Dalam pera-yaan2, di-gambarkan semua bangsa turut mengambil ba-hagian, dan di-terangkan dari segi2 yang menarek. Di-dalam-nya juga di-sebutkan berjenis2 permainan saperti main gajah, kuda, ayam, sepak raga; manakala di-balai terdapat chator, jogar, membacha hikayat Jawa dan sha'er2 dan menari.

Pengarang Misa Melayu ia-lah orang yang mahir dalam bahasa 'Arab kerana di-dalam naskhah ini banyak di-sulami perkataan2 'Arab. Juga pada waktu itu besar pengaroh Islam di-Perak.

So'alan:

1. Misa Melayu juga merupakan sa-buah hasil kebudaya-an. Bagaimana pendapat kamu?

2. a. Siapa-kah pengarang Misa Melayu dan berikan sadikit latar belakang riwayat hidup beliau.

b. Apa-kah bedza Misa Melayu dengan hasil-hasil yang sa-jenis dengan-nya ?

c. Apa sebab Misa Melayu ada kala-nya, di-sebut "Sha'er Raja ka-Laut "?

124

Page 137: Sastera Melayu Lama

v i . H ikaya t Merong Mahawangsa

Sa-bahagian besar daripada isi Hikayat Merong Mahawangsa merupakan dongeng. Sarjana2 sastera ber-pendapat bahawa bahagian pertama dari hikayat ini ter-dahulu dari Raja Phraong Mahawangsa (Sultan Mudzaf-far Shah), dan tidak dapat di-terima sa-bagai hasil seja-rah. Ada-lah di-perchayai asal-usul cherita ini ia-lah cherita lisan.

Walaupun hikayat ini memuat daftar nama raja2

yang di-perchayai memerentah Kedah, tetapi ini mung-kin merupakan tambahan pada bentok asal-nya. Kesah-nya ia-lah menggambarkan pengembaraan Raja Merong Mahawangsa, sa-orang raja berasal dari keinderaan yang mengiringi angkatan anak Raja Rum ka-negeri China. Angkatan ini di-ganggu oleh geruda yang choba menghalangi perkahwinan putera Raja Rum dengan puteri Raja China. Puteri Raja China di-sembunyikan di-scbuah pulau, dan angkatan anak raja Rum di-mus-nahkan. Tetapi, akhir-nya kedua putera puteri itu ber-temu; dan geruda, kerana telah berjanji dengan Nabi Allah Sulaiman, terpaksa membuang diri ka-Laut Kald-zum. Raja Merong Mahawangsa menjadi raja kaum gergasi di-sabuah tempat yang bernama Langkasuka. Ada-lah di-perchayai anak chuchu-nya-lah yang menjadi raja Kedah.

Hikayat ini dalam bahagian permulaan-nya mem-punyai banyak persamaan dengan buku 'Sejarah Melayu' terutama dalam bunyi ayat2-nya. Hikayat Merong Ma-hawangsa juga telah menggunakan nama "Sulalatus Salatin" ia-itu nama untok Sejarah Melayu. Kata penda-huluan-nya mungkin dapat menerangkan kapada kita, masa buku ini di-tulis, ia-itu sa-lepas ada-nya 'Sejarah Melayu.' Sa-belum itu, hikayat ini hanya di-kenal sa-

125

Page 138: Sastera Melayu Lama

bagai Cherita Lisan sahaja. Hikayat ini juga mencham-por adokkan beberapa perkara, saperti unsor2 Pulau Langkapuri yang sunyi kerana tidak di-diami semenjak Seri Rama mengalahkan Rawana. Kemudian di-masoki pula unsor Geruda dengan tokoh Islam Nabi Sulaiman, dan di-kaitkan pula dengan pengislaman di-Kedah. Sa-lain dari itu, ada juga unsor metos buloh betong dan puteri bueh. Dalam hikayat ini juga, terdapat kesah gajah yang memileh bakal raja. Kemudian sa-telah Raja Phraong Mahawangsa di-islamkan, beliau menerima dua buah kitab ia-itu Sirat-al Mustaqim karangan Sheikh Nuruddin al-Raniri dan juga kitab Babul-Nikah. Jadi-nya hikayat ini menchampor adokkan beberapa perkara pe-ngaroh Hindu dan Islam.

Dari segi sejarah, terdapat juga kesah mengenai raja2 negeri Kedah, perkaitan negeri Kedah dengan Siam dan Perak, pengislaman Kedah dan dongeng2 Kedah. Yang harus kita perhatikan ia-lah chara menekan2kan kejadian sejarah saperti di-sebutkan perkaitan antara Kedah dengan Siam sa-bagai saudara tua dan pengirim-an pohon emas dan perak ka-negeri Siam. Ada-lah di-perchayai senarai nama2 raja Kedah yang terdapat da-lam Hikayat Merong Mahawangsa, sama dengan daftar nama raja2 Kedah mengikut Tawarikh Siam. Kemudian terdapat pula kesah pertolongan Siam dalam pentadbiran negeri, menggunakan gajah untok menchari bakal raja dan menggunakan panah untok membuka negeri baru. Pada keselurohan-nya Hikayat Merong Mahawangsa mempunyai beberapa sifat yang sama dengan apa yang terdapat dalam hikayat2 lain yang berunsor sejarah juga.

126

Page 139: Sastera Melayu Lama

So'alan:

1. Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sa-buah

dongeng dan tidak mengandongi unsor-unsor sejarah.

Bahathkan pendapat ini dengan memberi alasan-alas-

an yang kongkerit.

2. Dari segi mana-kah penting-nya Hikayat Merong

Mahawangsa dalam sejarah kesusasteraan Melayu ?

127

Page 140: Sastera Melayu Lama

BAB X I

P E R K E M B A N G A N KESUSASTERAAN

M E L A Y U D A L A M Z A M A N K E R A J A A N A C H E H

Sa-telah jatoh-nya pusat perkembangan kesusaste-raan Melayu di-Melaka, kerajaan Acheh mengambil aleh pusat itu dan menjadi pusat tumpuan 'alim ulama dari seluroh daerah Kepulauan Melayu. Dari kesan2 Hikayat Acheh, kita telah pun faham bahawa dalam pemerentah-an Iskandar Muda Mahkota 'Alam (1606—1636 T.M.), Acheh telah menchapai kemunchak kebesaran-nya. Za-man kechemerlangan Acheh sa-benar-nya bermula dalam pemerentahan Sultan Ibrahim di-Acheh Utara, ia-itu manakala Acheh telah mena'loki Pasai dalam tahun 1525 M. Dengan bermula-nya kebesaran Acheh, maka negeri itu mulai-lah menjadi ma'amor dan pusat tumpu-an 'alim ulama.

Memang telah menjadi satu kebiasaan dalam seja-rah bahawa kalau negeri itu bertambah kuat dan meluas kuasa-nya, maka turut-lah berkembang sastera-nya, dan berkumpul-lah ahli2 ulama dan penyelidek di-situ. De-ngan itu, patut kita kajikan perkembangan sastera Me-Jayu dalam zaman kerajaan Acheh dari tiga sudut ia-itu:

i. Dari sudut perkembangan kuasa-nya.

i i . Dari jenis2 dan bentok sastera yang berkem-bang.

i i i . Dari sudut hasil2 pengarang dalam zaman itu.

Dari kesah2 dalam hikayat Acheh, kita dapati ke-san2 mengenai kebesaran Acheh dan raja-nya, hingga terkenal sampai ka-negeri Rum dan Madinah. Juga di-

128

Page 141: Sastera Melayu Lama

sebut bahawa raja-nya ia-lah orang yang berusaha me-nyuroh ra'ayat-nya patoh pada ugama dan mendirikan masjid2 yang indah. Kerana kekuasaan-nya juga dalam pemerentahan Iskandar Muda, Acheh telah menguasai daerahj Minangkabau, Bengkulu dan Padang di-barat Sumatra; manakala di-timor-nya pula termasok daerah2

Siak, Jambi, Riau dan Lingga. Dalam Sejarah Melayu ada kesah mengenai Sultan Alauddin Ri'ayat Shah dan Bendahara-nya, Tun Seri Lanang di-bawa sa-bagai sa-orang tawanan ka-Acheh. Dalam tahun masehi 1641 Acheh dan Johor bersekutu dengan Belanda, dan dapat menewaskan Peringgi di-Melaka.

Dalam zaman kerajaan Acheh, kerana dahagakan 'ilmu pengetahuan, pengarang2-nya yang terkenal sa-perti Hamzah Fansuri, merantau ka-beberapa buah ne-geri untok menuntut 'ilmu. Hamzah menchari 'ilmu di-Mekah, Madinah, Baghdad dan merantau ka-Shahr-Nawi (Ayuthia), Pahang dan Kudus. Bagitu juga pujangga2

dari luar negeri, bertumpu ka-Acheh untok menyebar-kan pengetahuan mereka. Chontoh-nya ia-lah Sheikh Nuruddin al-Raniri dalam kitab Bustan al-Salatin (Taman Raja2) yang di-karang dalam tahun 1638 M., menyebut beberapa nama ulama termashhor di-Acheh; (walaupun beliau tidak menyebut nama Hamzah Fansuri kerana Hamzah tidak di-sukai-nya). Raniri dalam kitab-nya me-nyebut nama ulama2 dari Mekah saperti Abul-khair ibn Sheikh ibn al-Hajar yang mengarang kitab "Al-Saif al-Qa t i " dan Muhammad al-Yaman. Dari Gujerat pula, tiba ulama yang bernama Sheikh Muhammad Jailani al-Raniri guru 'ilmu fekah dan mantik. Dengan ada-nya pertemuan antara ahli2 ugama bagini, tidak hairan-lah kita kalau pada zaman itu tumboh apa yang dapat kita ta'arifkan sa-bagai sastera kitab, ia-itu karangan2 keuga-

129

Page 142: Sastera Melayu Lama

maan dan hukum Islam. Karangan2 mengenai 'ilmu pe-ngetahuan Islam dapat di-bahagikan ka-dalam tiga baha-gian besar ia-itu:

1. 'Ilmu Qalam mengenai ugama Islam.

2. 'Ilmu Fekah mengenai segala apa yang ber-kenaan dengan undang2 dan perlembagaan Islam.

3. 'Ilmu sufi atau tasauf.

Medan sastera kitab, amat luas dan tidak dapat di-anggap sastera dalam erti yang sa-benar-nya, (walau-pun ada unsor2 sastera). Tetapi hasil2 saperti ini juga sukar hendak di-anggap berchorak keugamaan, (saperti hikayat. Nabi). Sa-bahagian besar dari sastera yang ber-chorakkan ini, di-tujukan kapcda mereka yang tidak faham bahasa 'Arab. Sa-bahagian besar daripada-nya ada-lah di-sador dan di-terjemah oleh orang2 daerah ini sendiri. Bahasa-nya ia-lah bahasa Melayu yang bercham-por dengan perkataan, gaya dan bentok bahasa 'Arab. Mithal-nya ia-lah dalam Sharab al-'Ashiqin, di-mana pe-ngarang-nya menyebutkan bahawa tujuan-nya ia-lah hendak menyatakan jalan dan ma'arifat Allah, dengan bahasa Melayu Jawi supaya orang yang tidak tahu baha-sa 'Arab dapat mengikuti-nya. Sa-benar-nya sastera kitab dalam berbagai2 macham dan bentok saperti mengupas segala so'al mengenai ugama, tafsiran dan terjemahan, tajwid, usuluddin dalam erti yang sa-luas2-nya, terdapat dalam bentok2 karangan yang di-kumpulkan atau dalam karangan rengkas yang mengupas salah satu fasal. Dan ada pula yang mengenai tasauf atau tarikat, dan yakmal, (ia-itu mengenai hari baik dan nahas, saperti Kitab Tibb, dan sa-bagai-nya.)

130

Page 143: Sastera Melayu Lama

Kalau kita mengkaji sastera dari sudut hasil2 pe-ngarang zaman ini pula, kita akan dapati beberapa orang tokoh yang terkemuka dalam kurun masehi ketujoh belas. Antara mereka ia-lah:—

i. Hamzah Fansuri

i i . Shamsudin Pasai

iii. Sheikh Nuruddin Al-Raniri.

iv. Abdul Rauf dari Singkel.

Hamzah Fansuri ia-lah tokoh yang tersohor dan terawal antara ulama2 Acheh. Beliau hidup dalam kira2

antara I575T.M. dan I625T.M. Beliau sa-orang pengem-bara yang biasa merantau ka-Mekah, Madinah, Kudus dan Pahang. Beliau mengarang sha'er2 ugama saperti Sha'er Burong Pingai, Sha'er Burong Punggok, Sha'er Dagang dan Sha'er Perahu. Beliau ia-lah pengembang 'ilmu suluk atau mistik. Faham2 beliau dan pengikut2-nya kelak, saperti Shamsudin Pasai, mendapat tentangan ke-ras dari sa-orang lagi tokoh ugama yang terpenting, ia-itu Sheikh Nuruddin Al-Raniri dalam zaman pemerentah-an Sultan Iskandar Thani. Nuruddin, sa-orang ulama yang kolot, mengechap Hamzah dan pengikut2-nya, kafir. Dalam negeri Acheh, pada waktu itu, timbul-lah dua faham yang sangat bertentangan. Nuruddin dan Abdul Rauf Singkel mengepalai faham tua yang berpegang te-goh kapada ajaran konsebatif, dan gulongan kedua ter-diri dari pengikut2 Hamzah dan Shamsudin yang berpe-gang kapada sifat baru al-Suluk. Akhir-nya hasil dari asutan Nuruddin dan dengan keidzinan Sultan Iskandar Thani, hasil2 Hamzah Fansuri di-bakar. Ini merupakan satu kerugian yang besar dalam perkembangan sastera Melayu.

131

Page 144: Sastera Melayu Lama

Tokoh2 U g a m a Dar i Acheh

Hamzah Fansuri:—

Hamzah Fansuri pernah di-sebut sa-bagai pengarang Melayu terulong dalam zaman kebesaran Acheh. Tahun beliau di-lahirkan dan tanggal beliau meninggal dunia tidak di-ketahui. Tetapi beliau ada-lah dari Baros di-Sumatra dan ini di-buktikan dari karangan-nya yang berbunyi:—

"Hamzah Baros di-negeri Melayu.

Tempat-nya kapor di-dalam kayu."

Beliau bukan sahaja mashhor sa-bagai penulis sha'er, tetapi juga sa-bagai penulis prosa. Hamzah juga ia-lah sa-orang perantau yang berkelana dari suatu tempat ka-suatu tempat lain untok belajar dan mendalami penge-tahuan-nya. Beliau merantau ka-Mekah, Madinah, Bagh-dad, Shahr-Nawi (Ayuthia), Pahang dan juga Kudus di-Jawa. Menjelang akhir abad enam belas dan sa-panjang bahagian pertama kurun masehi tujoh belas, 'ilmu tasauf, 'ilmu tarikat yang di-beri nama Al-Wujudiya, (ia-itu yang mementingkan ujud Tuhan) berkembang di-Acheh. Pelo-por angkatan ini ia-lah Hamzah Fansuri dan aliran-nya sangat berjaya. Hamzah memaparkan 'ilmu tasauf da-lam tulisan dan sha'er2-nya. Kalau kita ikuti perkem-bangan Islam di-daerah Sumatra, faham-lah kita bahawa ugama ini tersebar melalui saudagar2 dari Gujerat di-India. Dengan itu tidak hairan-lah kita jikalau 'ilmu tasauf ini berkembang, jauh berbedza dari faham ugama di-tempat asal-nya sendiri. Hamzah sa-bagai ahli suluk, tidak puas2 dengan pelajaran yang di-dapati-nya dari guru2-nya sa-masa ia merantau. Ini jelas dalam sha'er-nya:—

132

Page 145: Sastera Melayu Lama

"Hamzah Fansuri di-dalam Mekah, Menchari Tuhan di-Baitul - Ka'bah, Di-Baros, di-Kudus terlalu payah, Akhir-nya dapat di-dalam rumah."

Pengetahuan-nya tentang bahasa 'Arab dan Parsi tidak sadikit pun menenteramkan hati-nya. Sha'er2-nya yang terkenal ia-lah:—

Sha'er Burong Pingai, Sha'er Perahu, Sha'er Dagang, Sha'er Burong Punggok, Sha'er Sidang Fakir.

Dalam Sha'er Perahu, Hamzah meng'ibaratkan hi-dup manusia sa-bagai sa-buah perahu yang sedang meng-hadapi ombak dalam perjalanan kembali kapada Tuhan-nya. Beliau berkata:—

"Wahai muda, kenali diri-mu, Ia-lah perahu tamthil tuboh-mu, Tiada-lah berapa lama hidup-mu, Ka-akhirat juga kekal diam-mu."

Dalam bentok prosa pula, ada dua buah hasil Ham-zah Fansuri ia-itu:—

Sharab al-'Ashiqin atau Minuman orang yang chintakan Tuhan dan Asrar al-'Arifin fi bayan 'ilmu al-suluk wa'ltauhid.

Karya2 Hamzah biasa-nya bukan sahaja memakai nama 'Arab, tetapi banyak mempergunakan kata2 'Arab. Oleh sebab itu, karangan2-nya tidak mudah di-fahami oleh orang biasa. Memang bukan-lah maksud-nya untok menghibor hati tetapi untok menyuroh orang berfikir dengan dalam, dan dalam bentok 'ibarat.

133

Page 146: Sastera Melayu Lama

Akhir-nya faham2 suluk yang sa-makin berpengaroh dan di-sebarkan pula oleh pengikut2 Hamzah, saperti Shamsudin al-Samatrani, mendapat tentangan hebat dari ahli2 ugama yang lebeh konsebatif saperti Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Sheikh Nurud-din telah menyelar dan mendebatkan faham2 Hamzah dan Shamsudin. Akhir-nya hasil2 Hamzah di-perentah-kan supaya di-bakar.

Shamsudin a l -Samatrani

Nama penoh-nya ia-lah Shamsudin ibn Abdullah Al-Samatrani. Tarikh peranakan-nya tidak-lah di-ketahui dengan tepat tetapi beliau ia-lah sa-orang yang berasal dari Pasai. Beliau hidup dalam pemerentchan raja Acheh yang teragong ia-itu Sultan Iskandar Muda Mahkota 'Alam (1606—I636T.M.), dan beliau di-perchayai menjadi Perdana Menteri di-situ. Beliau juga banyak menulis dan menyador karya2 mengenai 'ilmu suluk. Shamsudin ia-lah sa-orang pengikut Hamzah Fansuri yang jujor dan pernah mentafsirkan sha'er Hamzah dalam kitab Sharah ruba'i Hamzah Fansuri.

Saperti hasil2 karangan Fansuri, kitab2 karangan Shamsudin juga di-perentah bakar bersama2 kitab2 Ham-zah Fansuri. Tetapi salah sa-buah hasil-nya, ia-itu yang dalam bahasa Melayu dan Sunda bernama Mi'rat al-Mu'min bertarikh 1601 T.M. terlepas dari benchana api itu. Isi kitab ini di-sebut oleh Werndly dan bahagian-nya ada tersimpan di-perpustakaan Leyden.

Sa-lain dari tafsiran sha'er Hamzah Fansuri di-atas, kitab2 Shamsudin dalam bahasa Melayu ia-lah:—

Kitab Mi'rat al-Muhakkikin

Kitab Mi'rat al-lman.

134

Page 147: Sastera Melayu Lama

Di-antara kitab2 karangan Shamsudin yang di-ketahui, tetapi telah hilang dan hanya tinggal nama-nya sahaja ia-lah:—

Kitab fi dhikr da'ira kab al-Kawsayna

Kitab siri al-'Arifina

Mi'rat al-Kulub.

Sheikh Nurudd in al-Ranir i

Sheikh Nuruddin al-Raniri ia-lah sa-orang lagi ula-ma yang mashhor dalam zaman kechemerlangan Acheh. Nuruddin berasal dari Gujerat, India dan gelaran al-Raniri pada hujong nama-nya membuktikan beliau ber-asal dari kota Ranir yang sekarang di-kenal dengan nama Rander. Ada-lah di-perchayai bahawa Nuruddin datang ka-Acheh sa-masa Iskandar Muda yang menaroh minat terhadap 'ilmu tarikat, dan yang mangkat dan di-ganti pula oleh Iskandar Thani (1636—1641). Keluarga Nuruddin konon-nya ada hubongan-nya dengan Acheh kerana dalam tahun I577M. ada di-sebut tentang nenek-nya. Iskandar Thani pula tidak berapa terikat dengan tarikat. Nuruddin ia-lah sa-orang pengarang yang ba-nyak mengeluarkan hasil2 karangan dan memetek hasil2

karangan dari bahasa Parsi dan 'Arab. Winstedc berpen-dapat bahawa Nuruddin mempelajari bahasa Melayu dari orang2 tawanan dari Johor yang di-tawan oleh Mahkota 'Alam. Ini akan membuktikan bahawa Nurud-din berada di-Acheh lebeh awal dari 1636 T.M. ia-itu tat-kala Mahkota 'Alam mangkat. Walau bagaimana pun tentu tidak menjadi masa'alah kapada Sheikh Nuruddin sa-bagai sa-orang yang bijak, untok mempelajari bahasa Melayu.

135

Page 148: Sastera Melayu Lama

Sheikh Nuruddin telah menghasilkan beberapa ki-tab yang berpegang kapada aliran ugama dan memakai gaya bahasa 'Arab. Dalam tahun masehi 1638 beliau telah mengarang karya agong-nya yang bernama 'Bus-tanal Salatin' atau Taman Raja2. Kitab ini di-karang mengikut perentah Iskandar Thani dan merupakan ensy-klopedia. Buku ini penting bukan sahaja sa-bagai gam-baran tentang pengarang-nya, tetapi buku ini juga meng-gambarkan keadaan Acheh pada waktu itu. Dalam ba-hagian awal buku ini, terdapat kesah2 ulama2 yang ter-mcshhor dalam kurun masehi keenam belas dan tujoh belas, tetapi dalam buku ini tidak di-sebut nama Hamzah Fansuri. Rupa2-nya beliau benchi kapada Hamzah Fan-suri dan di-dalam buku2 lain beliau mengutip karangan Hamzah tanpa menyebut nama-nya guna melawan pen-dapat Hamzah. Mengikut keterangan dalam Bustanal Salatin dalam tahun masehi 1582, ada dua orang ulama yang datang ka-Acheh dari Mekah. Sa-orang daripada-nya ia-lah Abdul Khir ibn Sheikh ibn Al-Hajar, ahli dalam 'ilmu fekah dan telah juga mengarang "al-Saif al-Qati" atau Pedang Tajam. Sa-orang lagi ia-lah Muham-mad al-Yaman yang mengajar 'ilmu usuluddin. Sa-lain daripada itu ada lagi ulama2 saperti Sheikh Muhammad Jailani ibn Muhammad Hamid al-Raniri yang datang dari Gujerat dalam tahun 1577 M. dan berkumpul di-Acheh.

Zubir Usman menegaskan persamaan yang terda-pat di-antara Bustanal Salatin chiptaan Sheikh Nuruddin, dengan Taj-al-Salatin chiptaan Bukhari al-Jauhari ia-lah, terutama tentang isi-nya. Kedua2 pengarang ini menya-dor kitabj mereka dari unsor yang sama. Yang agak berbedza ia-lah, scdoran Nuruddin lebeh bebas dan ia lebeh memasoki fikiran-nya sendiri, dan menyesuaikan isi buku-nya dengan keperluan masa-nya.

136

Page 149: Sastera Melayu Lama

Bustan al-Salatin mengandongi tujoh fasal. Dalam fasal yang pertama di-huraikan berkenaan asal kejadian langit dan bumi, Nur Muhammad, kejadian Mala'ikat, juga jin dan iblis. Fasal kedua menghuraikan mengenai nabij dari Adam hinggakan Nabi Muhammad s.a.w., juga mengenai raja2 dan keturunan mereka. Fasal tiga hingga tujoh menyatakan mengenai sifat2 raja yang 'adil, ber-iman, di-ikuti pula dengan raja2 yang dzalim dan ra'ayat yang tidak ta'at setia dan akhir sekali mengenai ber-bagai 'ilmu pengetahuan.

Sa-belum Bustan al-Salatin, Sheikh Nuruddin telah mengarang sa-buah kitab bernama Sirat al-Mustaqim. Beliau juga teluh menterjemahkan sa-buah kitab 'Arab bernama Sharah al-'aka'id al-Nasafiya ka-dalam bahasa Melayu dengan nama Durrat al-Fara'id bisharah al-'aka'id.

Ajaran tarikat Hamzah Fansuri di-tentang hebat oleh Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Nuruddin berpendapat bahawa tarikat Hamzah tidak baik untok Islam dan beliau mentafsirkan mereka yang mengikuti ajaran-nya itu, kafir. Nuruddin menye-lar dan menentang faham2 Hamzah terutama dalam ki-tab2-nya yang bernama Tabyan fi-Ma'rifat al-Adyan yang terkarang dalam tahun masehi 1664. Nuruddin al-Raniri senantiasa berpegang tegoh pada faham-nya bahawa 'ilmu tarikat tidak ada hubongan-nya dengan ajaran ugama yang asli. Sebab itu pada pendapat-nya ajaran Hamzah Fansuri dan Shamsudin itu merbahaya kapada pengikut2 Islam. Perselisehan faham antara kedua kum-pulan ini di-sampaikan kapada Sultan. Pengikut2 Hamzah Fansuri di-tuntut supaya bertaubat, tetapi mereka eng-

137

Page 150: Sastera Melayu Lama

gan. Akhir-nya buku2 Hamzah dan Shamsudin di-peren-tah bakar. Hingga tahun 1675 M. maseh di-kemukakan pertanyaan akan pendapat2 Hamzah dan tentangan Sheikh Nuruddin al-Raniri kapada Maulana Ibrahim di-Madinah; kerana Maulana itu dahulu-nya pernah men-jadi guru Abdul Rauf.

Abdul Rauf Singkel

Abdul Rauf dari Singkel mengajar di-Acheh dalam tahun masehi 1661. Beliau di-kenal juga dengan nama Tengku di-Kuala dan di-sanjong tinggi oleh orang ramai. Antara kedua pengarang Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf, Nuruddin lebeh bersikap keras, dan dengan berterus terang ia berani mengkafiri pengikut2 Hamzah. Abdul Rauf memileh jalan tengah dan sikap-nya tidak sa-bagitu keras saperti Nuruddin al-Raniri. Beliau berpen-dapat bahawa sa-saorang itu tidak sa-patut-nya menu-doh orang lain kafir kerana membuat bagitu ada-lah berdosa.

Banyak karangcn2 Abdul Rauf yang tidak dapat di-chari lagi. Tetapi atas permintaan Permaisuri Acheh, (1641 — 1675) Abdul Rauf telah mengarang kitab 'ilmu fekah yang bernama, "Mi 'rat a't Tullab fi Tashil Ma'rifat al-Ahkam a'-sh-sha'iyyah li Malek a'l-Wahhab." Naskhah kitab ini maseh di-simpan di-Leyden dan Jakarta.

Dalam kitab-nya "Umdat al-Muhtajin," Abdul Rauf menerangkan bahawa beliau telah menuntut 'ilmu di-Mekah, Madinah dan Judah. Beliau juga telah membuat tafsiran dalam bahasa Melayu, ulasan Baidhawi menge-nai Qur'an. Abdul Rauf telah meninggal dunia dalam tahun masehi 1690.

138

Page 151: Sastera Melayu Lama

Ki tab Taj-as-Salatin

Taj-as-Salatin atau Mahkota Raja2 ia-lah salah sa-buah buku2 yang termashhor di-Acheh dalam awal abad ketujoh belas. Kitab ini bentok asal-nya di-per-chayai dari Parsi, kemudian di-sador ka-dalam bahasa Melayu dalam tahun 1603 M. oleh Bukheri al-Jauhari yang bernaung di-bawah pemerentahan Sultan Iskandar Muda Mahkota 'Alam. Sa-lain dari menyebut tujoh buah kitab chiptaan Parsi sa-bagai panduan penyGdor-nya, segala bentok puisi saperti mathnawi, ruba'i nazam, ghazal dan kitha'ah ada-lah bentok2 puisi Parsi.

Taj-as-Salatin mengandongi 24 bab. Tiga bab awal mengandongi falsafah hidup yang tinggi, keadaan manu-sia dan peri manusia hendak mengenal Tuhan-nya.

Babj yang sa-terus-nya mengandongi penerangan mengenai 'adzab sengsara waktu sampai ajal, kebesaran dan kemuliaan raja, kesah nabi, dan kalifah2, raja2 yang 'adil dan dzalim, juga mengenai karangan pengarang2, sifat2 pegawai negeri, pengetahuan 'ilmu firasat, perhu-bungan ra'cyat dengan raja dan penutup-nya mengenai kebaikan dan ihsan manusia.

Winstedt berpendapat bahawa walau pun kitab ini tidak bagitu baik dan rendah nilai sastera-nya, tetapi kitab ini berharga kerana pengaroh-nya kapada orang2

Melayu.

So'alan:

I. "Sa-lepas Pasai dan Melaka, Acheh-lah yang menjadi pusat perkembangan sastera Melayu dan ugama Islam." Sebutkan nama-nama buku, pengarang-pengarang-

139

Page 152: Sastera Melayu Lama

nya dan isi kandongan-nya untok memperkukoh pen-dapat di-atas.

i. Sa-bahagian besar dari kesusasteroan Melayu lama lenyap dengan ada-nya perselisehan antara ulama-ulama di-Acheh. Apa-kah yang menyebabkan per-telingkahan ini dan apa pula 'akibat-nya ?

ii. Hamzah Fansuri lebeh terkenal sa-bagai sa-orang penya'er. Bahathkan.

Apa-kah sumbangan dua orang daripada pengarang2

di-bawah, terhadap perkembangan kesusasteroan Me-layu lama:

i. Sheikh Nuruddin al-Raniri. ii. Hamzah Fansuri.

iii. Shamsudin ol-Samatrani. iv. Abdul Rauf Singkel.

i. Apa-kah sumbangan Sheikh Nuruddin al-Raniri terhadap perkembangan kesusasteroan Melayu ?

ii. Huraikan sadikit sa-banyak mengenai kitab Taj-al-Salatin.

* * * * * * * * * * * * * *

140

Page 153: Sastera Melayu Lama

BAB X I I

H I K A Y A T , R O M A N T I S D A L A M SASTERA

M E L A Y U

Gulongon Hikayat Romantis ini merupakan gulong-an yang sangat luas dan besar. Maka dari itu, hikayat ini dapat pula di-gulongkan ka-dalam istilah Hikayat RO"-mantis, ia-itu berdasarkan kapada bentok cherita-nya 'olam pencheritaan dan persamaan, dalam beberapa segi yang lain. Kata2 yang lain dari "hikayat" dan "romantis" mungkin tidak akan dapat membawa maksud yanq ter dapat dalam cherita, ini. Hikayat dalam sastera Melayu telah d,-terima sa-bagai kata umum untok apa2 cherita yang di-hidangkan kapada pembacha. Musharakat Me layu dahulu menggunakan istilah hikayat untok cherita nobel atau roman dan juga untok sejarah.

Saperti yang telah di-terangkan dalam bahagian yang lepas, hikayat, ini mempunyai sifat, yang umum. '

Hikayat, ini sangat romantis, berlagu dan bermain dalam dunia yang tidak terbatas kemungkinan-nya Isi nya mencheritakan tentang raja2, anak2 raja, puteri dewa bidadari, keinderaan, jin dan sa-bagai-nya. 'Alam pencheritaan tidak di-bataskan antara dunia manusia dengan dunia atas atau dunia dewa, Kita juga di-hadap-kan dengan suasana kelahiran hero, kelahiran yang me-na jubkan dan watak, yang luar biasa. Hero mempu-nya, kuasa ghaib dan kesaktian, mendapat bantuan dari manusia, dewa, dan jin, dan achap kali kebal; sa-andai-nya mat. ia dapat hidup kembali kerana kesaktian-nya atau ubat, istimewa. Hero sanggup mengatasi sa-barang kesukaran. '9

141

Page 154: Sastera Melayu Lama

Sa-tiap cherita mempunyai jalinan yang tertentu, saperti tokoh utama bercherai dengan kekaseh-nya dan hanya bertemu kembali sa-lepas berbagai, peristiwa dan pengalaman yang menarek hati pembacha dan pende-naar.

Hikayat romantis ini mendapat perhatian istimewa musharakat hingga sekarang. Tetapi tentang masa-nya, sempadan antara apa yang mungkin, dan yang tidak mungkin, agak kabor.

Hikayat, Romantis ini boleh di-bahagikan ka-dalam tiga gulongan ia-itu:—

I. Hikayat Penglipor Lara yang telah lama hidup di-kalangan ra'ayat dan jauh lebeh terkenal dari gulongan yang kedua lagi itu dalam memperlihat-kan motif Melayu—Polynesia asli. Hikayat, dalam gu-longan ini terdapat dalam bahagian Penglipor Lara Melayu, termasok-lah cherita, dari Indonesia, sa-perti Si-Umbut Muda, Sabai Nan Aloeh dan Nan Tunggal Si-Magek Jabang. Yang lebeh terkenal antara hikayat, ini ia-lah lima cherita yang di-che-ritakan oleh Pawang Ana dan menantu-nya Mir Hassan. Ada juga pendapat yang mengatakan ba-hawa hikayat, ini patut di-sebut hikayat, zaman klasik Melayu. Kepentingan hikayat, ini kapada musharakat, terletak pula di-atas kebijaksanaan kita menilai-nya berdasarkan musharakat zaman-nya, dan tidak menilai-nya dari segi ukoran moden. Kapada musharakat lama, perkara, yang mungkin berlaku itu t idak mempunyai batasan-nya. Walau-pun musharakat lama terikat dan di-kungkong 'alam, tetapi sa-chara jiwa (spiritual) mereka bebas dalam tempat dan waktu. Mereka menchipta dunia

142

Page 155: Sastera Melayu Lama

khayal mengikut fantasi mereka sendiri. Pada ke-selurohan-nya cherita, ini mempunyai satu chorak, dan segala,-nya yang berlaku di-atas chorak itu merupakan satu teradisi. Hikayat ini mementing-kan selok-belok cherita-nya dan bukan pemusatan plot-nya.

2. Gulongan yang kedua terdiri dari hikayat, yang telah lama di-sador oleh pengarang2 tempat-an, supaya bentok-nya bernilai sastera. Penyodor-an ini berlaku oleh kerana bahasa Melayu mempu-nyai sifat bahasa antara bangsa di-daerah ini. Antara gulongan ini ada beberapa hikayat yang di-gemari oleh musharakat, saperti:-

i. Hikayat Lang-Lang Buana yang pernah di-terbitkan oleh Balai Pustaka pada tahun 1913 M.

ii. Hikayat Indera Nata terdapat dalam Ka-talog Juynboll pada 1899 T.M.

i i i . Hikayat Indera Bangsawan yang ada ter-simpan di-Rumah Gambar, Jakarta.

iv. Hikayat Mara Karma atau Si-Miskin dan cda di-terbitkan di-Singapura dan Leyden.

v. Hikayat Shahi Mardan juga terkenal de-ngan nama Hikayat Indera Jaya atau Hi-kayat Bikrama Dichya Jaya dan terdapat di-Leyden, London dan Jakarta.

Banyak lagi hikayat2 dalam gulongan ini, tetapi yang menyebabkan mereka di-gulongkan ka-dalam gu-longan romantis ia-lah kerana ada-nya sifat, saperti yang telah di-terangkan dalam bahagian awal.

143

Page 156: Sastera Melayu Lama

3. Gulongan yang ketiga terdiri dari hikayat2

dari daerah Islam yong tersebar di-Timor Tengah. Hikayat, ini luas tersebar di-Mesir, Syria, Sham dan juga Parsi. Hikayat ini terdiri dari, antara lain:—

i. Hikayat Ahmad Muhammad, atau di-kenal juga dengan nama Hikayat Serengga Bayu yang mencheritakan peristiwa dua beradek Ahmad dan Muhammad.

ii . Hikayat Johar Manikam yang mengesah-kan cherita anak perempuan Raja Harun al-Rashid. Hikayat ini mempunyai kesan, mengajar akhlak dan sopan santun.

iii . Hikayat Abdul Rahman Abdul Rahim men-cheritakan kesah dua orang sahabat yang sa-rupa dalam segala hal, hingga sukar hendak membedzakan mereka.

iv. Hikayat Hasan Damshik.

v. Hikayat Tawaddud, merupakan terjemahan dari hikayat Sa-Ribu Satu Malam. Tawad-dud ia-lah sa-orang perempuan yang bijak dalam pengetahuan dan seni hinggakan ia-nya di-beli oleh Harun al-Rashid.

So'alan:

1. Sa-bahagian besar dari hasil kesusasteroan Melayu lama terdiri dari hikayat, dan hikayat-hikayat ini mempunyai beberapa sifat umum. Binchangkan.

2. Binchangkan jenis-jenis hikayat yang di-gulongkan ka-dalam hikayat romantis.

144

Page 157: Sastera Melayu Lama

BAB X I I I

H I K A Y A T H A N G T U A H

i. U ra ian mengenai H ikaya t Hang Tuah

Sa-lama ini berbagai, pendapat dan hujjah telah di-beri mengenai Hikayat Hang Tuah, tetapi biar-lah huj-jah , ini di-bentangkan bila kita memperkatakan H.H. Tuah sendiri. Satu perkara yang patut kita akui sekarang ia-lah bahawa H.H. Tuah ia-lah sa-buah hasil sastera Mela-yu yang indah yang hingga sekarang sukar di-tandingi kalau kita pandang dari segi thema dan plot-nya. Dengan itu juga bangsa Melayu patut berasa megah akan legenda yang terkenal ini; hasil sastera yang bukan sahaja menggam-barkan kechemerlangan kerajaan dan hulubalang Melayu, tetapi yang kaya dengan imbasan yang di-bawa-nya.

Watak Hang Tuah kita temui dalam dua buah hasil sastera yang agong ia-itu Sejarah Melayu dan H. H. Tuah. Supaya lebeh jelas gambaran Hang Tuah dalam kedua, hasil sastera ini, baik-lah mula, sekali kita ban-dingkan sifat dan watak Hang Tuah dalam kedua,-nya. Hang Tuah sudah pasti mempunyai sifat sejarah, tetapi dari 'Sejarah Melayu' susah hendak di-tinjau tentang watak Hang Tuah, kerana Hang Tuah tidak di-gambar-kan dengan sa-lengkap-nya. Dalam 'Sejarah Melayu' tidak ada perkembangan watak-nya dari kechil hingga tua, saperti yang terdapat dalam H.H. Tuah. Dalam 'Se-jarah Melayu', sadikit sahaja peristiwa yang berlaku dan yang kena-mengena dengan watak dan peribadi Hang Tuah. Dalam Hikayat Hang Tuah, di-cheritakan dengan lanjut watak dan peribadi-nya dari kechil hingga ka-zaman tua-nya.

145

Page 158: Sastera Melayu Lama

Dalam 'Sejarah Melayu' pertama, kita jumpai wa-tak Hang Tuah sa-bagai watak terkenal sa-masa Hang Tuah mengiringi Sultan Mansor Shah ka-Majapahit untok meminang Radin Galoh. Di-sini Hang Tuah di-cherita-kan sa-bagai hulubalang terkenal dan hulubalang harap-an, "dan Hang Tuah itu yang terlebeh cherdek, gagah berani dari yang lain." Ketika Hang Tuah berada di-Majapahit, sadikit sahaja di-perlihatkan perkembangan watak-nya dan Hang Tuah tidak membolot semua peran-an utama dalam sa-genap peristiwa dan kejadian. Hang Tuah hanya di-gambarkan sa-bagai ahli rombongan dan tidak sa-bagai kepala rombongan. Dalam H.H. Tuah watak Hang Tuah di-lukiskan dari masa ia-nya kechil hingga dewasa dan sampai ka-Majapahit untok mengi-ringi Sultan Mansor Shah. Dalam bab II H.H. Tuah kita bersua dengan watak-nya masa ia berumor 10 tahun. Pada masa ini telah kelihatan bakat baka-nya yang ada pada-nya. Hang Tuah sa-masa belayar dan bertemu de-ngan lanun telah menunjokkan bakat sa-orang ketua yang cherdek, pintar dan berani, sa-orang yang tahu menguasai suasana dan situasi genting. Dalam pertem-poran dengan lanun,, Hang Tuah memperlihatkan ke-perwiraan-nya, tahu bermain senjata dan hati-nya chekal. Penghulu Batin juga tatkala memberitahu Bendahara, tentang kesah Hang Tuah dan kawan,-nya berlawan de-ngan lanun, telah berpendapat bahawa Hang Tuah mem-punyai sifat, sikap dan perkataan hulubalang juga. Si-fat, keperwiraan-nya di-buktikan lagi sa-masa menen-tang orang mengamok. Ta'at setia kapada tuan, lemah lembut dan merendah diri yang kena pada tempat-nya, kepandaian berchakap dan mengambil hati boleh di-lihat dalam watak Hang Tuah dari masa ia maseh kechil.

Dalam H.H Tuah juga terdapat gambaran tingkah laku dan sifat Hang Tuah yang kerap-kali di-gunakan

146

Page 159: Sastera Melayu Lama

oleh pengarang, moden untok memburokkan sifat dan peribadi Hang Tuah. Chontoh sifat Hang Tuah yang di-jumpai dalam utusan ketika ia pergi meminang Tun Teja yang berbunyi, "Jika Si-Tuah gerangan membawa titah itu sa-hingga puteh tulang-nya tiada puteh mata," di-gunakan oleh sarjana, moden untok merendahkan ting-kah laku Hang Tuah sa-bagai hulubalang yang bermegah dan sombong dan mengagongkan diri sendiri. Tingkah laku Hang Tuah dalam H.H Tuah mesti-lah di-lihat dari segi sembolis-nya, ia-itu dari segi keta'atan dan kesetia-an-nya berkhidmat untok umat Melayu.

Chuba kita perhatikan lagi gambaran watak Hang Tuah dalam H.H. Tuah. Sebab gagal mendapat Tun Teja, Hang Tuah dan kawan,-nya di-titah ka-Majapahit untok meminang Radin Galoh. Di-sini watak-nya di-lukiskan dalam beberapa peristiwa yang mengerikan dan mengkagumkan. Dari sa'at ia menjejak tanah Majapahit, Paten Gajah Mada dan Betara Majapahit telah membuat helah hendak memberi malu kapada Hang Tuah dan tuan-nya. Malah ini teiah di-jadikan pokok cherita hing-ga sampai ka-tingkat menchari jalan untok membunoh-nya.

Di-Tanah Jawa ia memperlihatkan hampir semua unsor, perwatakan-nya, keperwiraan, keberanian, ke-ta'atan, kesetiaan, kecherdekan, keahlian bermain sen-jata, kapandaian dalam 'ilmu, kebijaksanaan menguasai peristiwa dan suasana.

Sifat,-nya dalam keberanian, kechekalan hati, ke-yakinan penoh pada kebolehan diri sendiri dan pendekar bermain senjata dapat di-lihat dalam pertemporan dan pertikaman-nya dengan beberapa parajurit Jawa yang mengamok. Unsor, ini kelihatan bukan sahaja dalam

147

Page 160: Sastera Melayu Lama

menghadapi musoh dari Jawa bahkan musoh, lain juga saperti Peringgi.

Hang Tuah juga di-gambarkan sa-bagai: orang yang tahu pelbagai 'i lmu, pendekar, kebal, pandai dalam 'ilmu pengaseh (ia-itu jelas waktu mengambil Tun Teja); juga Hang Tuah suka belajar 'ilmu 'akhirat dari sa-orang Sheikh dan tahu akan 'ilmu menawarkan arak.

Kesetiaan-nya kapada raja mengatasi segala,-nya, dan ini telah di-buktikan dalam beberapa peristiwa. Untok menunjokkan kesetiaan kapada raja-nya. Hang Tuah sanggup menulong menaikkan kuda anak raja yang telah jatoh ka-dalam jamban. Hang Tuah sanggup mem-bunoh Hang Jebat bila di-titahkan oleh raja, walaupun Hang Jebat menderhaka kerana hendak membela-nya. Pendirian Hang Tuah lain dari Hang Jebat kerana, "Anak Melayu pantang durhaka" menjadi lambang hidup-nya. Pada sa'at yang lain pula, Hang Tuah rela masok ka-dalam kubor untok di-tanam hidup, kerana menyempur-nakan kehendak raja yang ingin tahu apa yang berlaku di-dalam kubor.

Hang Tuah juga mempunyai bakat sa-orang diplo-mat, ia di-utuskan ka-lndia, kemudian kerana kelakuan-nya yang baik, kepintaran serta kebijaksanaan-nya, Raja India mengutuskan Hang Tuah ka-negeri China. Hang Tuah juga pergi ka-Siam, Mesir, Rum sa-bagai duta Raja Melaka. la juga di-katakan dalam H.H. Tuah, telah ber-temu dengan Nabi Khidir dan dengan pertolongan Nabi Khidir, Hang Tuah boleh berchakap dalam bahasa apa sahaja.

Pada dasar-nye antara 'Sejarah Melayu' dan H.H, Tuah, terdapat beberapa perbedzaan cherita. Kesah

148

Page 161: Sastera Melayu Lama

Hang Tuah berbedza kerana dari satu pehak di-tilek dari chermin mata sejarah, dan dari pehak yang lain lagi di-tilek dari segi hikayat atau legenda. Jadi-nya kedua2

cherita ini berlainan; satu-nya ia-lah sumbar sejarah dan satu lagi sa-bagai metos, walaupun dasar pokok-nya sama.

Dalam 'Sejarah Melayu,' watak Hang Tuah terma-sok dalam gulongan manusia biasa; kelakuan dan per-buatan-nya tidak asing kapada kita. Tingkah laku-nya ada-lah yang sa-wajar-nya di-lakukan oleh sa-saorang, dan segala kejayaan-nya yang di-sebutkan dalam Sejarah Melayu ada-lah hal2 yang biasa sahaja. Kita rasa, kita sendiri dalam keadaan yang sama, dapat melakukan sa-perti yang di-lakukan oleh Hang Tuah. Perbuatan dan tingkah laku Hang Tuah dalam 'Sejarah Melayu' ada-lah perbuatan dan kelakuan yang termasok 'akal. Juga dari segi pergaulan-nya kita dapati Hang Tuah manusia biasa.

Dalam H.H. Tuah ada beberapa peristiwa yang t i -dak di-cheritakan dalam Sejarah Melayu, chontoh-nya kedatangan Hang Tuah ka-Majapahit yang lebeh dari tiga kali, dan perompakan di-Melaka yang di-lakukan oleh parajurit Jawa. Kemudian-nya terdapat pula bebe-rapa pertelingkahan. Yang besar ia-lah pertikaman Hang Tuah dengan sa-orang sahabat-nya yang dalam Sejarah Melayu di-sebut Hang Kasturi tetapi dalam H.H. Tuah di-katakan dengan Hang Jebat. Dalam 'Sejarah Melayu' yang pergi ka-lndia dan China dan melarikan Tun Teja ia-lah Hang Nadim. Tetapi dalam H.H. Tuah, semua ini dan beberapa kejadian lain lagi telah di-kata-kan di-lakukan oleh Hang Tuah sendiri.

Dalam 'Sejarah Melayu,' apa yang di-pentingkan ia-lah sejarah atau apa yang di-anggap sejarah atau sejarah. Kejadian di-riwayatkan sa-dapat2-nya saperti

149

Page 162: Sastera Melayu Lama

apa yang betul2 berlaku atau apa yang di-anggap benar. Dalam 'Sejarah Melayu' pun tidak dapat di-nafikan ada-nya tokok tambah, tetapi nipis kalau di-bandingkan de-ngan gambaran Hang Tuah dalam H.H. Tuah.

Hang Tuah dalam H.H. Tuah meningkat ka-tangga legenda. Dalam cherita yang demikian, apa yang dipen-tingkan ia-lah peranan utama dari watak utama dalam tiap2 kejcdian atau peristiwa, dan perwatakan itu di-sanjong, di-besarkan dan di-dewa2kan. Hang Tuah da-lam H.H Tuah meningkat ka-tingkat legenda dengan si-fat2 metos-nya. Dengan kuasa2 'ilmu-nya ia mengambil keris-nya yang di-simpan dalam peti tujoh lapis, la mem-bunuh berpulohj parajurit Jawa, dan bertikam dengan Petala Bumi Sang Winara yang telah bertapa sa-lama 7 tahun, dan sa-masa bertikam ini, masing2 menukar rupa untok menunjokkan ketinggian 'ilmu masing2. Watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah di-selimuti oleh suasana kesaktian dan ghaib. Dalam Hikayat Hang Tuah, tokoh Hang Tuah di-jadikan tiang kerajaan Melayu di-masa lampau. Bangsa Melayu di-lambangkan dalam diri Hang Tuah hingga watak Hang Tuah menjadi perwira yang berunsor metos, yang dapat membela keselamatan dan keamanan bangsa Melayu. Cherita mengenai Hang Tuah dalam 'Sejarah Melayu' sangat sederhana, tidak di-lebeh2kan, dan dapat di-terima 'akal Hang Tuah sa-bagai tokoh sejarah yang tidak sepi dari kelemahan2-nya dan tidak bagitu banyak sifat2 legendaris-nya.

Sa-terus-nya untok merengkaskan gambaran wa-tak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu, di-sini di-gambarkan beberapa peristiwa dalam kedua2 buku itu.

150

Page 163: Sastera Melayu Lama

Dalam H.H. Tuah zaman hidup Hang Tuah meliputi zaman sejak timbul-nya kekuasaan Melayu di-Bintan hing-ga ka-Melaka. Zaman ini dapat di-agakkan pertengahan kuru masehi yang keempat belas, tetapi cherita-nya di-lan-jutkan hingga Melaka di-alahkan oleh Peringgi. Sa-telah itu, Hang Tuah hidup bersembunyi hingga lewat tahun masehi 1641. Dalam 'Sejarah Melayu' tersebut juga ke-sah Hang Tuah meninggal dunia.

Dalam Hikayat Hang Tuah , di-sebutkan Hang Tuah pergi ka-Majapahit untok beberapa kali, tetapi dalam Sejarah Melayu hanya sa-kali sahaja. Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Tuah di-utuskan juga ka-negara2 lain sa-lain dari Majapahit.

Di-dalam Hikayat Hang Tuah terdapat dua kali Hang Tuah kena fitnah dan di-hukum mati, tetapi dalam Sejarah Melayu sa-kali sahaja. Bagitu juga dalam Hika-yat Hang Tuah, peristiwa churi-menchuri keris berlaku tiga kali manakala dalam Sejarah Melayu hanya sa-kali sahaja, dan bukan Hang Tuah yang terlibat, tetapi Seri Bija Sura.

Bagitu juga harus kita perhatikan bahawa dalam Hikayat Hang Tuah terdapat lima kali peristiwa amok, dua kali Hang Tuah berguru pada orang pertapa dan dua belas kali berlaku perchubaan membunoh-nya.

151

Page 164: Sastera Melayu Lama

i i . N i la ian Terhadap H i kaya t Hang Tuah

Bilamana dan di-mana Hikayat Hang Tuah tertulis, sukar hendak di-tentukan, tetapi sa-bahagian besar dari kekaboran ini akan jelas dalam huraian berikut. Pada asas-nya, so'al hendak menentukan tempat Hikayat Hang Tuah dalam kesusasteraan Melayu belum mendapat per-setujuan penoh dari sarjana2 yang terkemuka. Mithal-nya Juynbol, — dalam katalog naskhah Melayu dan Sun-da ia memasokkan Hikayat Hang Tuah dalam gulongan 'fiction' (cherita rekaan). Van Ronkel juga bersa-penda-pat dengan Juynbol. Hooykaas pula telah mensifatkan Hikayat Hang Tuah sa-bagai 'Malay Legendary Novel' yang mempunyai unsor2 sejarah. Winstedt telah mema-sokkan Hikayat Hang Tuah dalam babak "Malayo-Java-nese Romance", kerana kata-nya, timbul-nya unsor2 hero dalam Hikayat Hang Tuah kerana di-bina atas unsor2

hero dalam Hikayat Panji. Mengikut Dr. A. Teeuw pula, Hikayat Hang Tuah ada-lah sa-buah metos. Kassim Ah-mad yang pernah mengkaji Hang Tuah sa-chara men-dalam, meletakkan Hikayat Hang Tuah dalam gulongan epos, kerana kata-nya dalam Hikayat Hang Tuah ter-dapat chirij epik sebab berdasarkan peri luas 'alam che-rita-nya, dan peri sifat kemanusiaan-nya.

Pada asas-nya kita bersetuju, bahawa Hang Tuah ada-lah manusia sejarah. Tetapi kita hanya dapat me-nilai Hikayat Hang Tuah sa-bagai sa-buah hasil sastera kerana Hikayat Hang Tuah tidak lain dan tidak bukan ada-lah sa-buah 'literary writ ing' atau 'literary creation' yang dapat di-nilai kerana memberi gambaran mushara-kat zaman-nya. Watak Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah mesti-lah kita kajikan dari segi lambang-nya. Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah bukan-lah Hang Tuah biasa, tetapi Hang Tuah yang melambangkan umat dan

152

Page 165: Sastera Melayu Lama

bangsa Melayu dan kesanggupan umat Melayu zaman-nya. Segala gambaran kesetiaan, kegagahan, kemashhoran umat Melayu ada-lah di-senyawakan dalam watak dan manusia Hang Tuah. Thema yang di-utamakan dalam Hikayat Hang Tuah ia-lah:—

i. Kesetiaan dan keta'atan umat Melayu yang di-gambarkan dalam sifat dan watak Hang Tuah.

ii. Kesanggupan dan kemashhoran bangsa Melayu saperti yang di-gambarkan dalam pengembara-an dan kebolehan Hang Tuah.

So'al fantasi yang menyelimuti watak Hang Tuah dan sifat-nya, bukan-lah so'al yang luar biasa dalam sastera yang di-tutorkan dari mulut ka-mulut. Dan, dalam meng-gambarkan kesanggupan bangsa Melayu dalam zaman chemerlang-nya, perkara yang di-lukiskan itu tentu tidak lagi menjadi so'al. So'al khayal ada-lah so'al biasa dalam sastera sa-zaman dengan Hikayat Hang Tuah dan ter-dapat dalam hikayat2 yang lain. So'al realiti ada-lah so'al sastera abad dua puloh ini.

Nyata sekali bahawa dalam sejarah perkembang-an semangat kebangsaan, tiap2 bangsa mengkehendaki satu rupa pembelaan sa-mula semangat bangsa-nya, ke-rana semangat itu telah di-lumpohkan oleh penjajah dan keadaan moral bangsa-nya telah merosot. Maka timbul-lah daya dan keadaan memuleh kembali moral yang runtoh itu, sa-tidak2-nya dengan menggambarkan keche-merlangan bangsa-nya pada sa-suatu ketika.

Pengolahan thema di-atas, dalam Hikayat Hang Tuah ada-lah melalui wctak2-nya, dan watak2 ini pula memainkan percnGn mereka masing2. Hidup-nya watak2

ini ada-lah berdasarkan gambaran keadaan dan peran-an yang di-mainkan. Yang penting di-sebutkan ia-lah watakj yang terkemuka sahaja, ia-itu Hang Tuah, Hang Jebat, Raja Melaka, Bendahara Paduka Raja, kemudian di-turuti pula oleh Tun Teja dan Pateh Kerma Wijaya.

153

Page 166: Sastera Melayu Lama

Pert ikaman Hang Tuah dengan Hang Jebat

Sa-panjang hikayat ini, pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat ada-lah babak yang mustahak sekali kerana babak ini merupakan kemunchak perja-lanan Hikayat Hang Tuah dan menjadi inti pengolahan cherita. Babak ini telah di-lukis dengan teliti dan baik, dan di-dalam-nya terdapat kata2 yang menyayatkan hati. Nilaian tertinggi terhadap Hikayat Hang Tuah terdapat dalam babak ini, ia-itu apabila dua orang hu-lubalang Melayu di-hadapkan untok menjalankan tugas yang mereka anggap sa-bagai pembelaan atas 'kebenar-an'. So'al yang membawa kapada pertikaman ini cda-lah unsor yang terbaik dalam Hikayat Hang Tuah. Dari segi terajidi dapat kita lihat kata2 Hang Jebat, "Chih Si-Jebat dengan Si-Tuah, hulubalang Raja Melaka, mati tiada berguna, jika Si-Jebat dengan Si-Tuah gerangan di-titahkan Raja Melaka menyerang negeri orang, aku dua orang itu pun dapat mengalahkan." Chuba perhati-kan keindahan susunan kata dari kedua2 hulubalang ini yang menyebabkan babak ini tinggi nilai sastera-nya. Hang Tuah berkata, bahawa kalau lain dari dosa yang telah di-lakukan oleh Hang Jebat, "barang tipu daya-ku pun ku-perlepaskan juga engkau daripada mati." Hang Jebat pula berkata, "Aku pun kerana melihat engkau di-bunoh oleh Bendahara, tiada dengan dosa-nya, sebab itu-lah hati-ku sakit."

Berthabit dengan pertikaman ini dapat kita mem-buat beberapa rumusan. Hang Tuah telah sa-kali lagi membuktikan kapada raja-nya bahawa ia ada-lah lam-bang kesetiaan Melayu, ia-itu: umat Melayu tidak sa-kali2 menderhaka walaupun raja-nya telah menjatohkan hukum bunoh ka-atas-nya. Kedua2 hulubalang ini meru-pakan wakil2 dari musharakat zaman itu. Tuah melam-

154

Page 167: Sastera Melayu Lama

bangkan unsor 'the divine right of king' dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Jebat melambangkan unsor menuntut bela dari gulongan yang memandang tindakan raja salah pada sisi ke'adilan. Oleh kerana Hang Tuah ada-lah lambang kesetiaan Melayu yang sudah menjadi teradisi zaman-nya, tindakan Hang Tuah membunoh Hang Jebat memang benar dan pada tempat-nya. Tindak-an Hang Jebat membunoh dayang2 raja dan membuat sa-suka hati-nya ada-lah bertentangan dsngan tatasusila zaman-nya. Perbuatan-nya ia-lah perbuatan yang di-kutok. Tetapi sifat Hang Jebat tidak kurang pula sa-bagai perwira Melayu. Hang Jebat hid jp dengan keper-chayaan kapada kata2 "Nama yang jahat jangan kepa-lang" dan "Sc-kali2 tidak menyesal dan takut akan mati". Dclam zaman Hang Tuah dan Hang Jebat, so'al ke'adilan tidak timbul. Dengan itu meskipun pemberontakan Hang Jebat tidak mendapat simpati dari zaman-nya kematian-nya ada-lah kematian dalam 'terajidi'. Pertikaman anta-ra Hang Tuah dengan Hang Jebat ia-lah satu 'human terajidi' yang besar yang merupakan satu keindahan dalam pengolahan plot Hikayat Hang Tuah. Hang Tuah bukan-lah manusia tanpa perasaan, kerana dalam ba-hagian ini kita di-perlihatkan dengan beberapa peristi-wa tangisan antara kedua hulubalang itu dan Hang Tuah sanggup menerima pesan Hang Jebat mengenai anak Hang Jebat. Juga Hang Jebac mati dalam pangkuan Hang Tuah, dan Hang Tuan berkata kapada Raja, "ke-rana sahabat pada patek dan saudara kapada patek

daripada kechil sampai besar kerana dunia ini tuanku pun lebeh ma'alum."

Rumusan:—

Hikayat Hang Tuah hidup sa-bagai sa-buah hasil sastera Melayu lama, dan mempunyai keindahan-nya.

155

Page 168: Sastera Melayu Lama

Apa yang telah di-lakukan oleh pengarang Hikayat Hang Tuali ia-lah mengambil watak Hang Tuah dari manusia sejarah Hang Tuah dan ketika membina watak ini, ia di-senyawakan dengan aspirasi dan perasaan, sifat dan ke-adaan2 dalam musharakat Melayu zaman-nya. Hikayat Hang Tuah menggambarkan zaman-nya; watak2 dalam Hikayat Hang Tuah ada-lah model2 manusia zaman-nya. Thema kesetiaan, kesanggupan dan kejayaan umat Mela-yu di-senyawakan dengan sa-mesra2-nya dalam watak Hang Tuah. Hikayat Hang Tuah ada-lah sa-buah roman sejarah berchorak kebangsaan yang mempunyai seni daiam erti ia-nya menyuarakan perasaan, dan kesang-gupan umat Melayu zaman-nya. Penyuaraan kesetiaan, kesanggupan dan kedayaan umat Melayu ada-lah dalam bentok sindiran atau kiasan. Sindiran dan kiasan di-sini ada-lah untok membaiki, memberi moral dan alasan kapada sa-suctu kejcdian.

Walaupun Hikayat Hang Tuah tidak menyebutkan pengarang dan tarikh-nya ia-nya di-karang, dapat juga kita mengagak-agak dengan tepat bahawa hikayat ini telah di-tulis sa-telah negara Melayu merasa penjajahan barat ia-itu penjajahan Peringgi. Sa-belum itu kekayaan Melaka ada-lah terkenal. Untok memegahkan kembali semangat perjuangan dan membangkitkan moral yang di-lumpohkan, Hikayat Hang Tuah di-karang dengan berdasarkan manusia Hang Tuah yang pernah menjadi hulubalang Melaka. Chara membina kembali moral dan menyemaikan semangat ia-lah dengan menghidupkan sa-luas2-nya 'alam pengembaraan, kegagahan Hang Tuah hingga merupa satu seni yang indah. Kejayaan penga-rang Hikayat Hang Tuah ia-lah dalam menggambar Hang Tuah sa-bagai perwira Melayu. Sifat keperwiraan ini di-gunakan pada masa umat Melayu lemah moral-nya, untok memuleh membali moral itu atau sa-kurang2-nya

156

Page 169: Sastera Melayu Lama

menanam keperchayaan dan pegangan bahawa pada suatu masa dahulu umat Melayu gagah, setia dan punya kesanggupan. Chara ini merupakan satu seni sastera yang dapat kita samakan dengan konsep-sastera untok musha-rakat. Pada satu situasi, kita dapati manusia Hang Tuah dengan sejarah kepahlawanan-nya, pada situasi yang satu lagi, kita dapati keadaan moral umat Melayu yang lumpoh. Pengarang menggunakan watak Hang Tuah untok menebusi keadaan ini. Ketika menilai Hikayat Hang Tuah, hendak-nya jangan-lah di-pisahkan mushara-kat dengan keadaan dalam musharakat dan keadaan yang menyebabkan hikayat ini timbul. Kalau kita meni-lai Hikayat Hang Tuah dari kacha mata kita sekarang, dan menggunakan konsep sekarang untok apa yang ter-dapat dalam Hikayat Hang Tuah, kita mungkin berakhir dengan kegagalan. Konsep ke'adilan, konsep kesetiaan, so'al nyata dan khayal berlainan sekali antara dahulu dengan sekarang.

Episod pertikaman dalam keadaan-nya sendiri telah menimbulkan berbagai pendapat. Episod yang sa-indah ini dari segi sastera, derama dan terajidi, belum pernah kita dapati dalam sastera Melayu lama yang lain, dan sa-hingga sekarang pun belum ada persamaan-nya. Per-tikaman di-antara dua sahabat yang gagah ini dan so'al2

yang timbul sa-belum pertikaman dan penjelasan Hang Jebat mengenai tindakan yang di-ambil-nya, kesetiaan Hang Tuah yang memileh Raja yang telah menjatohkan hukum bunoh ka-atas-nya perchakapan dalam pertikam-an sendiri dan suasana dalam mana pertikaman berlaku, ada-lah satu babak yang chukup baik dan tinggi mutu gambaran-nya. Mengambil babak pertikaman ini untok memperjuangkan sa-suatu ideologi, akan membawa per-pisahan daripada keadaan masa dan chorak musharakat zaman-nya.

157

Page 170: Sastera Melayu Lama

Jikalau kita hendak memahami dan menilai Hikayat Hang Tuah dengan sa-wajar-nya, mesti-lah kita fahami konsepj berikut, dengan latar belakang zaman-nya.

i. Konsep kesetiaan dan pandangan ra'ayat ter-hadap Raja yang memerentah.

ii . Konsep khayal yang berasaskan musharakat zaman Hang Tuah dan bukan konsep khayal dalam abcd dua puloh.

Bahasa dalam Hikayat Hang Tuah sa-bagai sa-buah hasil sastera lama memang terpelihara. Kata M.G. Emeis, dalam Bunga Rampai Sastera Kuno, "Hikayat ini di-cheri-terakan dalam bahasa Melayu yang hidup, yang berse-mangat, yang jauh lebeh baik dari roman sejati." Tetapi dalam Hikayat Hang Tuah juga terdapat beberapa ke-lemahan, chontoh-nya beberapa peristiwa yang telah di-gambar mempunyai sifat 'sterio-nya' ia-itu satu peris-tiwa di-binakan atas peristiwa yang telah lepas.

Sa-tiap hikayat lama, menggambarkan kebahagiaan untok hero-nya peda penghujong cherita. Keistimewaan Hikayat Hang Tuah ia-lah Hang Tuah, Raja Melaka dan Bendahara Pcduka Raja di-kekalkan dan tiada di-tamat-kan riwayat mereka. Berbalek kapada gambaran keja-yaan dan kesanggupan umat Melayu, kita dapati bahawa dalam simbolis-nya hero2 kejayaan zaman Melaka dan kebesaran Melayu tidak akan lenyap dari sejarah. Me-matikan mereka ada-lah mematikan sejarah kejayaan dan kegemilangan bangsa Melayu pada suatu masa da-hulu. Mereka merupakan lambang perjuangan Melayu dan mungkin manusia sa-bagai Hang Tuah mati, tetapi manusia Melayu yang di-larnbangkan dalam sifat Hang Tuah akan terus hidup.

158

Page 171: Sastera Melayu Lama

Hang Tuah tidak dapat membunoh Hang Jebat tanpa keris-nya; dan dengan hilang-nya keris Hang Tuah di-sambar buaya puteh, maka lemah-lah kekuatan Hang Tuah. Dalam bentok lambang juga dapat kita tafsirkan keris menjadi senjata Melayu. Dengan keris-nya, Hang Tuah yang melambangkan bangsa Melayu, dapat keme-gahan dan kemashhoran; dengan keris-nya bangsa lain yang di-sebut dalam Hikayct Hang Tuah menghormati Raja Melaka dan negeri Melaka. Apa-kah buaya puteh tidak mungkin melambangkan kuasa barat (Peringgi) yang menyambar kekuasaan Melayu sa-chara menchuri — ketika raja dan orang besar2 sedang bertemasha ?

Mahkota Raja Melaka yang terjatoh ka-dalam laut melambangkan kedaulatan bangsa Melayu. Kalau-lah kedua2 benda ia-itu keris dan mahkota melambangkan pertembongan dengan barat, hal ini akan memperkuat-kan lagi pendapat kita mengenai aliran sindiran ini. Da-lam keadaan lambang dan sindiran, Hikayat Hang Tuah dapat hidup sa-bagai sa-buah hasil sastera yang dapat di-megahkan oleh bangsa Melayu. Hingga hari ini belum ada sa-buah hasil sastera Melayu yang sa-bagitu dalam seni dan keindahan sastera-nya.

So'alan:

1. Hikayat Hang Tuah tidak lain dan tidak bukan ia-lah sa-buah roman sejarah. Binchcngkan.

2. Di-mana-kah dan apa-kah nilaian Hikayat Hang Tuah dalam kesusasteraan Melayu ?

159

Page 172: Sastera Melayu Lama

BAB X I V

K ITAB SA-RIBU MASA A L A H

Kitab ini berupa sa-paroh kitab dan sa-paroh hika-yat; dan karangan-nya ia-lah mengenai ugama Islam. Kitab ini-lah kitab Islam yang pertama di-terjemahkan ka-dalam bahasa Eropah ia-itu ka-bahasa Spanyol . Edisi Melayu-nya di-perchayci dekat sekali kandongan-nya de-ngan terjemahan asli-nya dalam bahasa Latin, dan edisi Melayu merupakan sa-buah edisi yang amat tua. Pusat pertemuan Islam dan Eropah ia-lah di-Spanyol ia-itu di-Toledo. Karangan ini di-terjemahkan dari Bahasa 'Arab ka-dalam bahasa Latin dalam tahun masehi 1143 M. dan di-usahakan oleh dua orang penyalin. Dalam tahun 1543 M. terbit terjemahan lain lagi. Terjemahan Belanda di-lakukan pada tahun masehi 1658 ia-itu berdasarkan ter-jemahan Portugal dan dalam tahun 1734 terbit chetakan-nya yang ketujoh. Juga dalam bab pertama Bustanus-Salatin 1638 T.M. oleh Sheikh Nuruddin al-Raniri, terdapat kutipan yang panjang mengenai kitab Sa-Ribu Masa'alah ini.

Sa-lain dari versi2 di-atas, ada beberapa terjemah-an hikayat Sa-Ribu Masa'alah dan juga sadoran-nya da-lam beberapa bahasa saperti Turki, Hindustan dan juga Jawa. Ternyata-lah bahawa kitab ini dalam process terjemahan, telah mengalami banyak perubahan.

Kitab Sa-Ribu Masa'alah ini rapat perhubungan-nya dengan legenda mengenai Abdullah ibn Salam, sa-orang pendita fakieh Yahudi dari Kybar. Beliau ini beru-pa tokoh yang sa-paroh legenda dan sa-paroh sejarah. Cherita-nya dalam bentok sederhana ia-lah, bagaimana Abdullah masok Islam sa-waktu Nabi Muhammad tiba di-Madinah. Abdullah pergi kapada Nabi Muhammad

160

Page 173: Sastera Melayu Lama

dan mengemukakan tiga so'alan: ia-itu yang pertama me-ngenai makanan dalam shurga; kedua 'alamat hari kia-mat; dan ketika anak yang sa-rupa dengan ayah atau bapa saudara sa-belah ibu. Muhammad dapat menjawab ketiga2 so'alan ini dan Abdullah mengakui Muhammad, sa-bagai Nabi. Walaupun ada versi2 lain lagi mengenai kitab Sa-Ribu Masa'alah, ketiga so'alan di-atas merupa-kan intisari dan rangka kitab Sa-Ribu Masa'alah.

Dalam bahasa Parsi terdapat kitab 28 masa'alah, ia-itu so'alan yang di-kemukakan oleh kaum Yahudi ka-pada Muhammad. Dalam versi Parsi juga terdapat bebe-rapa persamaan dengan kitab Sa-Ribu Masa'alah dan pertanyaan2-nya memberi kesempatan untok menghurai-kan so'al2 ugama.

Dalam bahasa 'Arab, kitab Sa-Ribu Masa'alah mem-punyai perso'alan sendiri, yang lain dari versi yang di-terjemah ka-dalam bahasa Latin, pada 1143 T.M. Dalam teks Latin, Kata Pendahuluan-nya sangat sederhana dan di-sebut ada empat orang Yahudi dengan sa-ribu so'alan yang hendak mengadap Muhammad. Waktu mereka hampir akan sampai ka-Madinah, Mala'ikat Gibrail da-tang menemui Nabi Muhammad. Kemudian Nabi Muham-mad menyuroh Ali menemui mereka dan menyampaikan salam. Ali dapat pula menyebut nama2 Yahudi itu dan memberitahu kapada mereka bahawa beliau datang atas perentah Nabi Muhammad. Dalam teks Latin terdapat empat orang Yahudi, juga hendak menemui Muhammad dan terdapat juga tokoh Ali. Jadi nyata-lah dalam ba-hasa 'Arab terdapat versi yang lebeh kemudian yang mempunyai perso'alan sendiri lagi dan menyimpang, dalam Kata Pendahuluan-nya. Juga dalam beberapa hal isi-nya menyimpang dari teradisi lama. Mithal-nya, da-lam versi ini di-katakan Muhammad hendak menchari

161

Page 174: Sastera Melayu Lama

perhubungan dengan Yahudi melalui surat, dan surat ini di-sampaikan kapcda Muhammad oleh Gibrail. Nampak-nya versi yang terkemudian hendak menchampor adok-kan unsor2 sejarah dengan unsor2 legenda. Dalam seja-rah Islam, Nabi Muhammad memang menchari perhubung-an dengan pehak2 lain dan mengirim utusan ka-negara2

lain. Tokoh Ali juga telah lenyap dari versi yang terke-mudian. Susunan redaksi kemudian tetap tinggal sama saperti versi dahulu. Hal2 yang saperti ini, ia-itu per-bedzaan2 dalam beberapa versi, timbul kerana usaha ahli2 ugama. Tetapi pada asas-nya isi kitab ini terdiri atas rengkasan iktisar ugama dan menyentoh perso'alan dari bermacham2 hal.

Kitab Sa-Ribu Masa'alah dalam bahasa Melayu be-rupa sa-paroh kitab dan sa-paroh hikayat. Dalam Kata Pendahuluan-nya sangat kelihatan sifat2 Melayu, juga dalam susunan-nya dan dalam bahagian akhir-nya. Te-tapi jumlah redaksi Melayu di-perchayai banyak, ada yang lengkap dan ada yang kurang lengkap, ada yang di-chetak di-Mekah, Khahirah dan ada pula di-Singapura. Ada-lah di-perchayai bahawa versi Melayu yang ada sekarang berdasarkan versi Parsi, tetapi ini tidak me-rupakan versi Melayu yang tertua. Versi Melayu yang asli di-perchayai mewakili tingkat yang lebeh tua dari versi2 Parsi dan di-sador menurut taraf sastera.

i So'a lan:

Apa penting-nya Kitab Sa-Ribu Masa'alah dalam kesusasteraan Melayu ?

162

Page 175: Sastera Melayu Lama

BAB X V

KESAN, DARI KESUSASTERAAN M E L A Y U L A M A

Kita tidak dapat menyangkal lagi bahawa perkem-bangan kesusasteraan sa-suatu bangsa dalam masa yang lampau merupakan gambaran yang jelas mengenai seja-rah silam bangsa itu sendiri. Kekayaan kebudayaan-nya, sejarah-nya, keperibadian bangsa-nya semua-nya terda-pat dalam naskhah2 hasil kesusasteraan lama. Kita se-karang sa-harus-nya tidak usah lagi memikirkan ada tidak-nya sastera, kebudayaan dan sejarah bangsa Me-layu masa yang silam, sebab telah pun di-buktikan dengan nyata akan cda-nya, ujud-nya dan berkembang-nya bang-sa Melayu yang mementingkan bahasa-nya, 'adat resam-nya dan kebudayaan-nya sendiri. Lihat-lah peri kaya-nya 'alam peribahasa dan puisi lama Melayu yang pada umum-nya lebeh senang di-sebarkan dari satu keturunan ka-keturunan yang lain. Kemudian, sejarah pula telah mem-buktikan ada-nya negara Melayu tua Sri Vijaya yang menggunakan bahasa Melayu kuno, ada-nya berbagai bentok sastera ra'ayat, sastera berunsor sejarah, ke-bangsaan, legenda2 dan kesan2 kebijaksanaan negara2

Melayu dalam zaman silam, (saperti yang tergambar dalam Hikayat Raja2 Pasai, Sejarah Melayu, Hikayat Acheh, dan juga kegagahan yang di-paparkan dalam Hikayat Hang Tuah). Bahasa Melayu telah sa-bagitu lama di-gunakan sa-bagai bahasa perantaraan di-Kepu-lauan Melayu; dan sa-belum tiba-nya pengaron Barat (yang turut menekan dan menindas kebudayaan, sastera dan bahasa Melayu), apa-kah chorak kebudayaan Mela-yu ? Ada-kah bukti2 sejarah yang menunjokkan bahawa bangsa Melayu bertubi2 mempertahankan negara-nya dan chuba menyingkirkan anasir2 barat dari 'alam Melayu ?

163

Page 176: Sastera Melayu Lama

So'al yang harus kita pechahkan sekarang, ia-lah bagaimana menggali kesan2 kebudayaan, sastera dan kechemerlangan segala aspek kebudayaan masa yang lampau dan memberikan nafas yang baru kapada-nya. Sa-tengah daripada kechemerlangan ini akan timbul kembali dengan memberikan tugas istimewa kapada Bahasa Kebangsaan, dan kemudian memperkuatkan pula alat2 jentera yang menambahkan ligat-nya kemaju-an Bahasa Kebangsaan ini. Namun demikian, banyak juga hasil2 sastera yang lama yang telah hilang dan mungkin tidak akan timbul lagi. Kita mungkin akan me-ngetahui nama2 sa-tengah hikayat atau sejarah sahaja dengan tidak betul2 membalek2i lembaran-nya. Supaya lebeh jelas keadaan sastera kita di-zaman silam chuba kita renongkan sa-jenak apa yang ada di-sabalek tabir sastera Melayu lama.

Teradisi sastera Melayu telah bermula dengan ada-nya suku bangsa Melayu, (walaupun mereka itu bersifat animisma). Tetapi, hanya dalam abad ketujoh belas atau sa-lepas tahun 1600 M. umum-nya baharu kita mula membukukan hasil2 sastera lama. Itu pun kita dapati beberapa kekaboran, mithal-nya pengarang2 Melayu ti-dak mementingkan nama2 mereka dalam sastera Melayu. Teradisi sastera Melayu tua di-abadikan di-atas kulit2

kambing dan daun luntar, yang kemudian di-simpan. Kerap-kali-nya naskhah2 ini tidak tahan masa, atau di-binasakan oleh binatang2 kechil. Banyak pula yang hi-lang 'akibat dari peristiwa2 sejarah. Dalam Sejarah Me-layu mithal-nya kalangan yang mengetahui faedah sastera dalam bentok sejarah, telah meminta agar sastera di-chatitkan guna generasi2 yang akan datang.

Satu lagi keadaan yang menyebabkan kita kurang mengetahui keadaan sastera lama kita ia-lah sastera

164

Page 177: Sastera Melayu Lama

pada zaman dahulu-kala bersifat kepunyaan umum. Sastera di-sebarkan sa-chara lisan. Ahli2 musharakat me-nokok dan menyombong peristiwa sastera itu hinggakan keadaan-nya menjadi sa-bagitu umum dan biasa dan tiada siapa yang perlu membukukan-nya. Sastera ini akhir-nya di-lupa dan di-lesapkan sahaja kerana per-kembangan dan perubahan masa. Sastera juga menjadi keistimewaan kalangan istana dan suatu chara hidup ka-pada pencherita atau dalang. So'al2 tentang keburokan dari kalangan istana di-buktikan oleh sejarah — istana dan raja2 yang memerentah-lah kerap-kali menjadi sasaran serangan musoh. Kebakaran dan perpindahan, kesan langgaran Peringgi dan kebakaran istana Mansor Shah mungkin merupakan faktor2 yang menyebabkan kurang-nya hasil2 sastera kita. Juga hak istimewa pen-cherita dan dalang sa-bagai penyambong kesah, pasti akan tamat jikalau si-dalang itu meninggal dunia. Kita juga telah sedar sekarang bahawa banyak dalang2 yang ma-hir telah meninggal dunia sa-belum bahan2 yang ada pada mereka dapat di-kumpulkan. Ini ia-lah kerana dalam zaman penjajahan dahulu, tidak sadikit pun kita pentingkan hasil2 asstera kita.

Oleh kerana tidak ada bukti2 yang jelas, kita juga tidak dapat menentukan berapa banyak-kah hasil2 saste-ra lama kita yang turut termusnah dalam zaman2 per-alehan pemerentahan, baik yang berbentok ugama, (sa-perti peralehan zaman Hindu — Islam) mau pun zaman peralehan Melayu — Peringgi dan kemudian-nya Barat. Tetapi satu perkara yang jelas, yang di-'alami ia-lah 'akibat penindasan penjajahan, tidak ada kesempatan untok penumbohan hasil sastera anak negeri.

Peristiwa2 sejarah, (sa-lain dari peperangan) pernah juga di-sebut sa-bagai faktor2 yang mengurangkan hasil

165

Page 178: Sastera Melayu Lama

sastera Melayu. Hasil2 sastera Hamzah Fansuri dan Sham-sudin Pasai banyak di-bakar 'akibat dari pergolakan de-ngan faham2 tua Sheikh Nuruddin al-Raniri. Peristiwa yang kerap sa-kali di-sebut sa-bagai faktor yang banyak mengurangkan hasil2 sastera Melayu lama berlaku pada 2hb. Februari 1824 apabila kapal "The Fame" terbakar. Kapal ini memuat khazanah2 Melayu yang telah di-kum-pulkan oleh Raffles dengan pertolongan Abdullah Munshi. Mengikut keterangan Abdullah, dalam buku-nya Hika-yat Abdullah, antara perpustakaan Melayu yang turut lenyap dengan kebakaran kapal yang hendak menuju ka-England itu, ia-lah kitab2, hikayat dan sha'er2. Khazanah2

itu — "Penoh berisi di-dalam tiga buah peti kulit panjang2

sa-depa, di-antara-nya ada kira2 tiga ratus buah buku2

yang telah berjilid, ticda termasok naskhah2 yang belum berjilid, yang bercherai2 bergulong dan yang berhelai2. Sa-lcin dari itu ada lagi dua buah peti penoh berisi dengan surat2 dan kitab2 Jawa, Bali dan Bugis dan tulisan2 di-atas daun luntar." Penting-nya hasil2 ini di-buktikan dalam kesah2 sejarah yang mengatakan bahawa Raffles sendiri, telah mengiringi khazanah2 tersebut ketika dalam pela-yaran ka-England.

So'al yang lain lagi yang menyukarkan usaha2 ake-demik menyelidek dan menghidupkan sa-mula hasil2 sas-tera lama, ia-lah hasil2 sastera lama Melayu yang ada sekarang ini bertaboran terutama di-perpustakaan2 di-Eropah. H. Overback dalam mukallah-nya dalam JMBRAS, Jilid IV Bahagian II, October 1926, telah menyebut nama2

hampir sa-ratus naskhah kesusasteraan Melayu yang ter-simpan di-negeri Jerman terutama di-Berlin, Hamburah dan Dresden. Hasii2 ini juga ikut terkorban dalam pepe-rangan dunia kedua. Sa-bahagian besar juga dari hasil2

kesusasteraan Melayu terdapat dalam perpustakaan2

Bcdlein Oxford, Perpustakaan Royal Asiatic Society, di-

166

Page 179: Sastera Melayu Lama

British Museum, Perpustakaan India Office, Perpustakaan Universiti Cambridge dan di-kutub-khanah The School of Oriental Studies. Di-Leyden, The Hague, Amsterdam di-negeri Belanda, di-Brussels dan Paris juga terdapat naskhahj Melayu. Dr. R.O. Winstedt dalam JSBRAS, September 1920 menyebut nama2 sa-jumlah 100 naskhah Melayu tersimpan di-perpustakaan2 di-atas. Di-antara-nya termasok-lah buku2 dalam daftar H.N. van Der Tuuk. Kemudian dalam tahun 1736 M. pula terdapat daftar buku2 Werndly dan ada juga daftar van Ronkel. Wernd-ly dalam tahun 1736 M. telah menerbitkan daftar buku2

Melayu yang di-chetak di-Amsterdam, ada kira2 69 buah buku2 hikayat, kitab2 ugama Islam dan sa-bagai-nya. Penting-nya daftar2 ini bukan sahaja untok membukti-kan banyak-nya naskhah2 Melayu, tetapi boleh juga me-rupakan unsor2 bandingan dan untok mengetahui ada tidak-nya sa-suatu hasil itu sc-belum sa-suatu tarikh. Mithal-nya, hasil2 sejarah yang di-sebut oleh Werndly me-nunjokkan bahawa hasil2 itu terdapat sa-belum tarikh tersebut.

Dalam zaman penjajahan, pengkajian mengenai sas-tera Melayu bahkan lebeh2 lagi bahasa, di-lakukan di-pusatj di-luar tanah ayer, saperti di-kota2 yang di-sebut di-atas. Walaupun patut kita memuji, sarjana2 barat saperti Winstedt, Wilkinson, Werndly, van Der Tuuk, Overboek dan yang lcin2 lagi, kita juga harus sedar akan peranan mereka. Tetapi harus kita sedari bahawa pan-dangan mereka ia-lah pandangan dari pegawai penjajah, dan pengkajian mengenai hasil2 scstera anak negeri yang mereka jajahi, sc-bahag:cn besar-nya berdasarkan di-atas keperluan penjajah. Maksud mereka ia-lah untok mengikuti jalan fikiran orang2 yang di-jajah dan keadaan latar belakang mereka, supaya lebeh senang lagi untok

167

Page 180: Sastera Melayu Lama

pegawai2 ini dan lain2 orang menjalankan tugas mereka. Pandangan mereka dalam membanding2kan dan mengait-kan bentok sastera kita dengan kebudayaan2 India dan Timor Tengah, telah kita rasa tidak sesuai lagi dengan keadaan fikiran kita sekarang. Mereka sa-akan2 hendak memperkatakan bahawa apa yang kita mileki dan kita punyai bukan-lah hak kita yang asli, tetapi merupakan hasil pinjaman dan sodoran. Mereka sadikit pun tidak menonamkan unsor kemegahan, tidak mengkaji dari segi kebangsaan, akan perkara2 yang terdapat dalam sastera kita. Mereka juga tidak sedar bahawa kita sa-bagai ma-nusia, sanggup menchipta sasterG, mengarang hikayat untok generosi2 yang akan datang. Mereka lebeh me-mentingkan unsor bandingan, menyingkirkan faktor2

saperti— sa-berapa dekat-kah sa-suatu hasil sastera kita dengan kecdaan2 dalam musharakat kita, sa-berapa sa-bati-kah hasil2 itu dengan jiwa dan pandangan kita.

Apa-kah tidak mungkin hasil2 sastera kita saperti 'Sejarah Melayu' dan Hikayat Hang Tuah merupakan hasil sastera chiptaan bangsa kita sendiri ? Sejarah telah membuktikan bahawa kebanyakan daripada hasil2 saste-ra kita saperti 'Sejarah Melayu' dan Hikayat Hang Tuah telah di-chiptakan sa-telah kita mengalami penderitaan dan peperangan, dengan maksud memberi moral, dan oleh sebab pada masa2 saperti ini-lah timbul so'al pen-ting-nya untok membukukan hasil itu untok generasi yang terkemudian.

So'alan:

I. Apa-kah yang maseh boleh kita anggap kesan-kesan dari kesusasteraan Melayu lama yang dapat kita pe-lajari sekarang ini ?

168

Page 181: Sastera Melayu Lama

2. Apa-kah penting-nya kita mengkaji sastera Melayu lama ?

3. Beri keterangan kamu untok menjelaskan 4 daripada perkara-perkara di-bawah ini:

i. Kerajaan Sri Vijaya.

ii. Kitab Ramayana.

iii. Kitab Sa-Ribu Masa'alah.

iv. Hikayat Bakhtiar.

v. Iskandar Dzulkarnain.

vi. Huruf Kawi.

vii. Kapal 'The Fame.'

169

Page 182: Sastera Melayu Lama

BAB X V I

U N D A N G , M E L A Y U L A M A

Dalam kerajaan2 Melayu lama, terdapat beberapa undang2 dan 'adat yang harus kita sebutkan Undang! Melayu Lama. Pengertian undang2 dan 'adat di-sini t i -dak-lah dapat kita samakan dengan pengertian 'law' di-negerij Barat, kerana undang2 dan 'adat ini tidak per-nah di-buat oleh sa-sabuah badan undang2. Juga undang2

dan 'adat Melayu lama amat sukar hendak di-ta'arifkan kerana amat longgar susunan-nya. Chontoh-nya raja dapat memberikan keputusan akhir terhadap sa-suatu hukuman.

R.O. Winstedt dalam "Old Malay Legal Digests and Malay Customary Laws," Journal of Royal Asiatic Society, 1945, membahagikan kumpulan undang2 dan 'adatj lama Melayu dalam tiga kumpulan yang besar, ia-itu:—

1. Kumpulan 'adat Perpateh yang di-gunakan oleh orang2 keturunan Minangkabau di-Negeri Sembilan dan terdapat dalam bentok perbilangan.

2. Kumpulan 'adat Temenggong. Kumpulan ini boleh di-pechahkan ka-dalam tiga bahagian:—

i. Hukum2 mengenai perlembagaan, jenayah dan 'awam. Sa-bahagian besar dari hukum2

ini berakar umbi di-dalam musharakat Me-layu, terdapat juga pengaroh 'adat2 Hindu dan di-masokkan juga unsor2 hukum Islam.

ii. Kumpulan hukum2 yang di-'amalkan dalam pelabohan2.

170

Page 183: Sastera Melayu Lama

i i i. Hukum2 yang di-gunakan dalam pelayaran atau apa yang di-namakan undang2 Laut.

3. Terjemahan ajaran Islam mengikut faham Imam Shafie, di-terjemahkan ka-dalam bahasa Melayu. Kitab2 ini menghuraikan hukum nikah kahwin, ber-cherai, talak, dan halal-haram anak yang di-lahir-kan.

Ada-lah di-perchayai undang2 Melayu yang tertua sekali, dan ada kala-nya di-gunakan untok membuat undang2 lain, ia-lah Hukum Kanun atau Undang2 Melaka. Undang2 ini lebeh tua dari Undang2 Laut Melaka dan Undang2 Pahang. Jadi-nya Undang2 Melaka ini terdiri dari dua bahagian ia-itu:—

i. Undang2 Darat.

ii. Undang2 Laut.

Sejarah Melayu menyebut tarikh undang2 ini di-su-sun, ia-itu dalam pemerentahan Sultan Mudzaffar Shah (1446—1456 T.M), tetapi undang2 ini telah di-ator dalam pemerentahan Sultan Mahmud Shah (1489—1511 T.M.). Dalam pendahuluan-nya ada di-sebutkan bahawa un-dang2 ini di-tulis pada masa Melaka maseh gemilang dan sa-belum di-tawan oleh Portugis dalam tahun 1511 M.

Sa-lain dari Hukum Kanun dan Undang2 Laut Me-laka, ada beberapa lagi Undang2 dan 'adat Melayu tua, saperti Undang2 Pahang, Undang2 Kedah, Undang2 Johor, Undang2 Acheh dan Undang2 Perak.

171

Page 184: Sastera Melayu Lama

Undang2 Melayu tua sa-bagai hasil sastera:—

Undang2 Melayu tua dapat kita gulongkan dalam bidang kesusasteraan Melayu tua, kerana undang2 ini menggambarkan kapada kita perjalanan musharakat Melayu lama, pengajian 'ilmu musharakat, pandangan mengenai kasta2 dalam musharakat dan juga kepentingan-nya dari segi bentok dan penggunaan bahasa. Undang2

dan 'adat2 Melayu lama dapat menjadi bahan yang ber-harga untok mengkaji sejarah dan kemusharakatan. Juga undang2 dan 'adat Melayu tua tidak hanya mengan-dungi ketentuan undang2 dan hukum, tetapi menentukan juga 'adat isti'adat sa-hari-hari. 'Adat2 ini juga penting kalau di-kaji dari unsor kebudayaan, kerana 'adat2 ini menggambarkan pengaroh Hindu, menchatitkan hukum2

Islam di-samping memperlihatkan unsor2 asli-nya, saperti dalam hal2 berburu dan hasil perburuan. Undang2 Melayu tua juga menggambarkan bahawa undang2 ini kepunya-an musharakat.

Dalam Undang2 Laut Melaka ada di-sebut bahawa maksud mengadakan undang2 ini ia-lah untok memeliha-ra segala hamba Allah dalam negeri dan pelayaran su-paya terselamat dan menjauhkan perbantahan. Undang2

dan 'adat Melaka merupakan teradisi yang tertua dari undang2 dan 'adat patriachal Melayu, dan yang di-turun-temurunkan sa-chara lisan senjak raja Melaka yang per-tama hingga kapada pemerentahan Mahmud Shah. Sa-bagai gambaran musharakat lama undang2 dan 'adat ini mempertahankan kepentingan pembesar2 negeri dan memperlihatkan kekuasaan mereka menghukum yang menderhaka. Hukuman yang di-kenakan di-bedza-bedza-kan mengikut lapisan musharakat. 'Adat dan undang2

ini juga lebeh di-maksudkan untok menakutkan daripada memperbaiki kecdaan dalam musharakat.

172

Page 185: Sastera Melayu Lama

Undang2 dan 'adat Melayu tua juga penting sa-bagai unsor pengkajian sejarah peradaban, lebeh2 peradaban India dan Islam. Dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat 'cdat isti'adat dan larangan di-raja saperti pakaian kain kekuningan dan perhiasan. Bagitu juga dalam 'adat dan undang2 ini terdapat pengaroh ajaran Islam. Tetapi tidak ada persamaan antara hukum2 Melayu dengan hukum-hukum Islam. Pada beberapa tempat di-sebutkan hukum-hukum Melayu, kemudian di-turuti pula dengan hukum-hukum Islam, tetapi antara kedua-nya tidak sa-lari. Chontoh-nya ia-lah: pada hukum Islam orang yang ber-zina boleh di-rejam dengan batu sampai mati, tetapi pada Undang-undang Melaka jika merdaheka dengan hamba berzina hukuman-nya hanya bayaran harga ham-ba sahaja. Undang-undang Melaka lebeh 'ringan' dan t idak sa-bagitu kukoh.

H u k u m Kanun:—

Hukum Kanun di-perchayai lebeh tua dari Undang-undang Laut Melaka dan Undang2 Pahang. Hukum ini di-katakan di-turunkan dari Iskandar Dzulkarnain sam-pai kapada Sultan Iskandar Shah dan turun hingga ka-pada Sultan Mahmud Shah.

Dalam pendahuluan-nya saperti dalam Undang-undang Pahang, menerangkan bahawa ada-lah kewajipan raja untok melantek Bendahara', Temenggong, Penghulu Pendahari dan Bendahari. Dalam bab yang pertama, di-terangkan 'adat raja2 dan larangan di-Raja, saperti kain kuning tidak boleh di-pakai melainkan dengan kurnia raja. Larangan2 lain termasck juga kain nipis dan hulu ke-ris emas. Bab ini juga di-champor adokkan dengan sharat-sharat hamba raja dan sharat raja, ia-itu empat perka-ra:— pengampun, murah hati, sabar dan berlaku 'adil.

173

Page 186: Sastera Melayu Lama

Bab dua dan tiga menerangkan bahasa di-Raja dan la-rangan berpayong. Bab empat hingga sembilan membi-charakan hukum bunoh-membunoh orang mengamok antara merdaheka dan 'abdi. Bab sa-belas memperkata-kan hukum menchuri, bab kedua belas hukum menawan isteri orang, bab ketiga belas menjual t i tah.

Hukum-hukum Kanun Melaka meliputi seluroh segi hidup dari 'adat raja, larangan mereka, tanggong jawab pegawai2 kerajaan, hingga kapada hukum bunoh-mem-bunoh, tetak-menetak, churi samun, hukum zina, upah-mengupah, panjat, hukum nikah kahwin, wali dan cherai dan berniaga. Dalam hukum ini terdapat beberapa cha-ra menghurai sa-suatu masa'alah. Chontoh2-nya ia-lah, untok sa-suatu kesalahan boleh di-hukum bunoh, di-denda, di-rejam atau di-jadikan hamba raja.

Undang2 Laut Melaka:—

R.O. Winstedt berpendapat Undang-undang Laut Melaka di-adakan untok kegunaan kapal2 Bugis yang membawa perdagangan ka-Melaka.

Fasal 22 dari Undang-undang Laut Melaka mene-rangkan bahawa undang-undang ini di-bicharakan oleh Patih Harun dan Patih Elias serta nakhoda Zainol dan mereka membicharakan-nya dengan nakhoda. Nakhoda kemudian mempersembahkan-nya kapada Dato' Benda-hara Seri Maharaja yang menyampaikan-nya kapada Sultan Mahmud Shah. Sultan bertitah "Apabila sudah kamu hukumkan di-laut tidak dapat di-rombak lagi, kerana hukum itu daripcda aku."

Undang-undang ini di-mulai dengan ayat-ayat suchi dan di-sebut daripada Paduka Sultan Mahmud Shah yang

174

Page 187: Sastera Melayu Lama

turun dari Bukit Si-Guntang, dan bermaksud untok me-melihara segala makhlok Allah dan menjauhi perban-tahan.

Dalam fasal pertama, Undang-undang Laut Melaka menentukan tugas pegawai2 dalam perahu. "Nakhoda ia-lah umpama raja, jurumudi sa-umpama Bendahara, jurubatu sa-umpama Temenggong, tukang kanan dan kiri umpama sida-sida. Semua-nya mereka ini di-bawah perentah nakhoda.

Fasal yang kedua menghuraikan hukum zina antara merdaheka, dengan perempuan merdaheka, merdaheka dengan bujang, merdaheka dengan 'abdi. Untok berba-gai-bagai kesalahan ini berbedza pula hukuman-nya. Orang yang berzina boleh di-hukum bunoh atau di-denda atau di-jadikan hamba oleh nakhoda. Undang-undang Laut Melaka memberi kuasa yang banyak kapada nakhoda.

Fasal ketiga mencheritakan fasal mendapat harta emas atau perak; kalau sa-saorang di-suroh oleh nakho-da menchari harta dan ia berhasil, semua harta itu ter-serah kapada nakhoda, dan bahagian orang yang men-jumpai-nya terpulang kapada timbang rasa nakhoda. Tetapi, lain pula chara pembahagian-nya bagi orang yang menjumpai harta, kalau bukan dengan surohan nakhoda dan kalau orang itu berhutang kapada nakhoda, atau kalau orang itu keluarga nakhoda.

Fasal empat, lima dan enam menyatakan fasal orang lari, orang yang di-tulong kalau kapal karam dan hukum maki hamun.

Fasal ketujoh membicharakan perkara pembunoh-an. Undang-undang Laut chukup ketat mengenai hukum bunoh yang sebab perkara-perkara khianat, niat hendak membunoh nakhoda, dan kelakuan jahat.

175

Page 188: Sastera Melayu Lama

Undang-undang Laut Melaka meliputi segala kela-kuan dalam perahu, chara-chara berdagang, pembahagian dagangan, atoran dalam perahu, tugas anak-anak pera-hu, musim belayar dan chara menghadapi bahaya.

Undang-undang Laut Melaka juga memasokkan unsor-unsor Islam; chontoh-nya mualim hendak-lah ber-ingat-ingat sembahyang kapada Allah.

Undang-undang Laut Melaka juga menggambarkan sa-chara tidak langsong, kebiasaan raja dan orang-orang besar dalam bidang perniagaan dan menjaga kepenting-an diri sendiri.

Undang-Undang Pahang:—

Undang-undang Pahang lebeh mendalami sa-suatu bab yang di-hurai, dan di-beri pula chontoh tauladan de-ngan kias 'ibarat-nya. Chontoh-nya di-katakan, "Ada-lah raja dan nabi itu saperti sa-bentok chinchin dua per-mata."

Sudah-lah nyata bahawa Undang-undang Pahang di-pinda dari Hukum Kanun Melaka, kemudian di-susun le-beh rapi lagi, dan tidak sa-bagitu berchampor baur. Dalam penghuraian-nya Undang-undang Pahang lebeh mendekati Undang-undang Islam atau "Shafie Law." Undang-undang Pahang juga memasokkan beberapa perkara yang tidak di-sebut dalam Hukum Kanun. Chon-toh-nya fasal menjual rumah tanpa barang-barang yang dapat di-cheraikan daripada rumah itu, dan jika men-jual tanah termasok-lah pohon-pohon di-dalam-nya.

Undang-undang Pahang juga membedza-bedzakan antara hukuman yang di-kenakan ka-atas hamba, orang bebas (harr), raja dan anak raja.

176

Page 189: Sastera Melayu Lama

Dalam memperkatakan pengaroh Islam, Undang-undang Pahang lebeh memberatkan perentah Allah dari-pada perentah Raja. Juga dalam memberi kias 'ibarat, jelas kelihatan pengaroh Islam. Chontoh-nya di-kiaskan Raja itu "saperti orang yang membuat tanaman." Un-dang-undang Pahang juga mengalu-ngalukan perniaga-an kerana di-sebut sharat "Shahbandar" banyak shafa'at dengan dagang-dagang, mema'amor negeri dan meramai bandar.

Fasal satu dalam Undang-undang Pahang sama sa-perti Hukum Kanun dan mengatakan tentang larangan Raja, ia-itu kain kuning, termasok-lah tabir, alas talam dan perhiasan rumah. Fasal yang kedua berbedza de-ngan Hukum Kanun kerana Undang-undang Pahang mem-perkatakan huma yang di-tinggal. Undang-undang Pa-hang juga memperkatakan fasal taman-taman, memasoki kampong orang, pinjam-meminjam barang-barang per-hiasan, derhaka kapada raja, jual beli, hukum zina, mur-tad, tidak sembahyang, sabil dan bunoh-membunoh orang dan binatang, hingga so'al-so'al orang-orang bukan Islam yang di-tawan dalam perang, merampas harta dan tugas pegawai-pegawai mahkamah.

So'alan:

1. Undang-undang Melayu lama merupakan sa-bahagian dari hasil kesusasteraan Melayu. Binchangkan.

2. Apa-kah yang di-katakan Undang-undang Melayu lama ? Beri chontoh-chontoh dari salah ratu daripada-nya untok menguatkan pendapat kamu bahawa Un-dang-undang itu ia-lah hasil sastera.

3. Bandingkan Hukum Kanun Melaka dengan Undang-undang Pahang. Ada-kah salah satu daripada-nya berdasarkan kapada yang satu lagi ?

177

Page 190: Sastera Melayu Lama

So'alan U langka j i Mengenai Kesusasteraan

Melayu Lama Sa-belum 1800 T .M.

1. Hasil2 karangan yang macham mana-kah yang bo-leh di-masokkan ka-dalam gulongan 'kesusasteraan' Melayu ? Bila-kah kesusasteraan kita bermula ? Ada-kah kesusasteraan Melayu merupakan hak Melayu asli atau-kah hasil sodoran dan pinjaman ?

2. Sa-bahagian besar dari kesusasteraan Melayu ter-diri dari sastera lisan. Bagaimana-kah sastera lisan tersebar dan apa-kah jenis-jenis-nya ?

3. Huraikan, dengan memberikan chontoh-chontoh apa yang kamu faham dengan sastera ra'ayat di-bawah ini:—

i. Fable

ii. Epik Binatang

iii. Legenda

iv. Cherita2 Hantu.

4. Cherita Penglipor Lara Melayu semua-nya memakai nama hikayat. Apa-kah motif, bentok dan sifat-sifat umum pada Penglipor Lara ini ?

5. Cherita Jenaka Melayu ada yang menunjokkan un-sor-unsor Melayu asii dan ada yang berupa pinjam-an atau sadoran dari luar.

a. Cheritakan dengan rengkas cherita Jenaka yang di-pinjam atau di-sador dari luar.

178

Page 191: Sastera Melayu Lama

b. Cheritakan dengan rengkas satu cherita jenaka yang asli dan tunjokkan sifat-sifat keaslian-nya.

c. Dari mana-kah cherita-cherita yang bukan mi-lek Melayu itu di-pinjam atau di-sador dan mengapa terjadi demikian ?

d. Ada-kah cherita-cherita yang di-pinjam atau di-sador dari luar ini maseh menunjokkan un-sor-unsor luar ?

5. Cherita-cherita bermotif binatang bukan cherita Melayu asli tetapi merupakan cherita sadoran. Beri pendapat kamu dengan bandingan yang tertentu.

6. Bahathkan mengenai salah satu tajok di-bawah ini:

a. Puisi Melayu Lama ada-lah pancharan mushara-kat lama.

b. Untok mengenali musharakat Melayu, kesuka-an dan kebenchian mereka, perasaan dan budi bahasa mereka, sa-saorang itu mesti-lah meng-kaji pantun Melayu.

c. Penggunaan Peribahasa dalam musharakat Me-layu Lama.

7. Apa-kah pendapat sarjana barat dan tempatan me-ngenai pantun Melayu ?

8. a. Apa-kah perbedzaan antara pantun dengan sha'er.

b. Beri beberapa chontoh nama-nama sha'er yang mashhor.

179

Page 192: Sastera Melayu Lama

9. Bentangkan pengaroh dan peranan sha'er dalam kesusasteraan Melayu. Apa sebab musharakat Me-layu Lama amat tertarek dengan bentok sha'er dan sha'er t idak mendapat penghargaan dalam musha-rakat sekarang ?

10. Huraikan dengan rengkas dan sebutkan chontoh-nya tiga daripada perkara2 di-bawah ini.

i. Karmina.

i i . Teka-teki

ii i. Pepatah

iv. Pantun Berkait

v. Talibun.

11. Binchangkan pengaroh Hindu dan chorak-chorak sastera Hindu dalam perkembangan kesusasteraan Melayu.

12. Apa-kah yang terjadi dalam kesusasteraan Melayu dalam zaman peralehan Hindu /Islam ?

13. Bentangkan jenis-jenis dan chorak sastera yang di-bawa oleh Islam.

14. Apa-kah sebab Hikayat Seri Rama (Versi Maxwell) di-gulongkan dalam Penglipor Lara Melayu ? Beri-kan rengkasan cherita-nya.

15. a. Apa-kah yang di-katakan cherita-cherita ber-bingkai dalam kesusasteraan Melayu ?

b. Beri beberapa nama hikayat dalam gulongan ini serta nyatakan tujuan di-sabalek hikayat-hikayat yang di-sebutkan.

180

Page 193: Sastera Melayu Lama

16. Bahathkan peranan yang di-mainkan oleh cherita-cherita Panji dalam perkembangan kesusasteraan Melayu ? Bentangkan tujuan cherita-cherita ini dan berikan nama-nama cherita-cherita-nya ?

17. a. Binchangkan dengan rengkas serta sebutkan nama-nama hasil-hasil kesusasteraan Melayu berchorak sejarah.

b. Ada-kah hasil-hasil ini boleh di-guna untok pengkajian tawarikh ?

c. Apa-kah penting-nya hasil-hasil ini dalam ke-susasteraan Melayu ?

18. Hikayat Raja-Raja Pasai saperti juga Sejarah Me-layu tidak penting sa-bagai hasil sejarah. Bahathkan.

19. Sejarah Melayu ada-lah gambaran yang jelas untok mengetahui unsor-unsor kebudayaan kesultanan Melayu dan orang-orang Melayu. Bahathkan.

20. Hikayat Acheh lebeh tepat jika di-beri nama Hika-yat Iskandar Muda. Beri pandangan kamu dengan memberi alasan yang kongkerit.

21. Misa Melayu berbedza dari hasil-hasil kesusasteraan Melayu berchorak sejarah. Binchangkan.

22. Dari segi mana-kah penting-nya Hikayat Merong Mahawangsa dalam kesusasteraan Melayu ?

23. Tiap-tiap kerajaan Melayu Lama mempunyai seja-jarah-nya tersendiri. Huraikan dengan menyebut nama, isi; pengarang dan tarikh di-karang (jikalau ada) mengenai dua buah hasil berchorak sejarah mengenai negeri di-bawah ini.

181

Page 194: Sastera Melayu Lama

i. Melaka, Johor

ii. Pasai

iii. Perak

iv. Acheh.

24. Terangkan dengan memberi nama-nama buku atau hikayat untok memperkatakan perkembangan ke-susasteraan Melayu dalam zaman Acheh.

25. Dalam sejarah perkembangan kesusasteraan Me-layu terdapat tiga tarikh yang terpenting ia-itu:—

i. 1288-1400 T.M.

i i. 1403-1511 T.M.

iii. 1511-1641 T.M.

Apa-kah yang berlaku dalam tiap-tiap peringkat ini dan sebutkan hasil-hasil kesusasteraan terpen-ting dalam tiap-tiap satu-nya ?

26. Apa-kah sumbangan dan hasil-hasil dua orang dari-pada pengarang-pengarang di-bawah ini:—

i. Tun Seri Lanang

ii. Pawang Ana

iii. Hamzah Fansuri

iv. Sheikh Nuruddin al-Raniri.

27. Apa-kah yang di-katakan Hikayat Romantik dalam sastera Melayu ? Apa-kah sifat-sifat tertentu dalam hikayat-hikayat ini ?

182

Page 195: Sastera Melayu Lama

28. Bandingkan watak Hang Tuah dalam 'Sejarah Me-layu' dan dalam Hikayat Hang Tuah. Yang mana-kah lebeh masok 'akal dan yang mana-kah lebeh hidup sa-bagai hasil sastera ?

29. Sastera Melayu Lama ada-lah hasil dari zaman yang silam yang tidak lagi penting untok kita di-zaman moden ini. Beri pendapat kamu.

30. Beri hujjah-hujjah kamu untok mengatakan sebab2

kurang-nya kumpulan sastera lama Melayu yang sampai kapada kita.

31. Apa-kah yang membedzakan antara sastera Melayu lama dengan sastera Melayu baru atau moden.

32. Apa-kah gambaran yang kamu dapati dari pengka-jian Undang-undang Melayu Lama ? Dapat-kah Undang-undang ini di-sebut sa-bagai hasil kesusas-teraan Melayu ?

183

Page 196: Sastera Melayu Lama

BIBLIOGRAFI

Winstedt R.O.

Simorangkir Simandjuntak B.

"A History of Malay Literature," Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol XVII, Pt. Ill (1939).

Kesusasteraan Indonesia I dan II. Chetakan sembilan.

St. Takdir Alisjahbana Puisi Lama

A. Samad Ahmad

Zuber Usman

Wilkinson R. J. dan Winstedt R.O.

Mozasa

Hooykaas C.

Omardin Haji Asha'ari

Hill A.H.

Sejarah Kesusasteraan Melayu I, II dan III, 1958.

Kesusasteraan Lama Indonesia.

Pantun Melayu

Kembang Sastera

Penyedar Sastera-Oxford Univer-sity Press. Perintis Sastra-tje-takan ketiga.

Kajian Puisi Melayu - M.P.H.

Hikayat Raja-Raja Pasai, Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. XXXIII , Pt. 2 June I960.

Shellabear W.G. Sejarah Melayu M.P.H.

184

Page 197: Sastera Melayu Lama

Winstedt R.O. Misa Melayu atau Hikayat Raja ka-Laut. Sejarah Melayu, Raffles ms. 18, Journal of the Malayan Branch Royal Asiatic Society, Vol. XVI Pt. Ill December, 1938.

Emeis C.A. Bunga Rampai Sastera Kuno.

Hall, H.G. Historians of South-East Asia.

Journal dan Maja l lah-maja l lah:—

i. Journal-journal dari Royal Asia-tic Society dan Malayan Branch Royal Asiatic Society.

ii. Penyelidekan 'ilmiah dari Jabat-an Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

iii. Majallah Dewan Bahasa dan Mastika.

185

Page 198: Sastera Melayu Lama
Page 199: Sastera Melayu Lama
Page 200: Sastera Melayu Lama

Harga $2.75 sen.

Penerbit : Buku? Pelajaran Melayu.

i

Di-chetak di-perchetakan Sinaran Bros., Ltd. Pg. Sept., 64/3/A.