lompatan - esemen gerko

Click here to load reader

Post on 20-Oct-2015

30 views

Category:

Documents

3 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

LOMPATAN1.0 LOMPAT JAUH Lompat jauhmerupakan salah satu aktivitas pengembangan akan kemampuan daya gerak yang dilakukan, dari satu tempat ke tempat lainnya. .Mereka yang bertanding akan berlari di laluan (pada tahap elit, biasanya mempunyai permukaan yang sama dengan trek larian) dan melompat sejauh yang boleh dengan memijak sepintas pada papan kayu ke bahagian yang diisi pasir atau tanah. Jarak minimum dari papan ke tanda yang dibuat oleh atlit pada pasir diukur. Jika seseorang itu memulakan lompatannya dengan mana-mana bahagian kakinya di depan atau melebihi papan (satu lapisan plastisin diletakkan dengan segera di depan papan untuk mengesan ketepatan ini), lompatannya diisytiharkan salah atau batal dan tiada jarak akan direkodkan. Tiga Gaya Lompat jauh iaitu:- Jongkok (tuck)- Menggantung (hang style)- Jalan di udara (walking in the air) Drs. Eddy Suparman menjelaskan bahwa unsur utama dalam lompat jauh adalah sebagai berikut :1. Harus dapat membangkitkan daya momentum yang sebesar-besarnya.2. Harus dapat memindahkan momentum gaya horizontal dan vertikal.3. Harus dapat mempersatukan gaya tersebut dengan tenaga badan pada saat melakukan tolakan.4. Harus dapat menggunakan titik berat badan sebaik yang mungkin. Lompat jauh telah dijadikan sebagai sebahagian daripadaSukan Olimpik. Peraturan lompat jauh Dalam pertandingan yang melibatkan 8 orang peserta, 3 percubaan dibenarkan dahulu. Selepas ini 8 peserta terbaik dipilih untuk membuat 3 lagi lompatan. Sebaliknya jika bilangan peserta ialah 8 orang atau kurang, 6 percubaan diberi. Pembatalan berlaku dalam keadaan berikut: kaki menyentuh kawasan melepasi papan lonjak melonjak di luar kawasan papan lonjaksemasa mendarat, berjalan keluar melalui bahagian terdekat dari titikpendaratan. Cara mengukur jarak Ukuran jarak terdekat dari kesan mendarat ke bahagian papan lonjakan yang terdekat dengan kawasan mendarat. Kemudian jarak tersebut direkodkan kepada meter terdekat iaitu 0.01 m di bawah ketinggian yang diukur.Ini bererti bahagian kurang daripada 1 cm diabaikan. Fasa lompat jauh Lompat jauh boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti : vFasa penujuan terdapat beberapa cara untuk memulakan fasa ini iaitu fasaberlari dari tempat permulaan ke papan lonjak. Seorang atlet mula berdiri dengan kaki segaris atau kaki depan belakang. Perkara yang paling penting ialah langkah pertama dari titik permulan mestilah bermula dengan kaki melonjak. Bilangan langkah ke papan lonjak berbeza, 11-15 langkah untuk pelompat novis, 17-19 langkah untuk pelompat wanita pakar dan 23 langkah untuk pelompat lelaki pakar. vFasa lonjakan setibanya di papan lonjak, pelompat pelompat seharusnya mencapai kelajuan larian maksimum. Bila kaki memijak papan lonjak, badan direndahkan sedikit untuk memberi keanjalan dari papan lonjakan itu. Kemudian badan ditegakkan dengan mengangkat dada ke atas. vFasa penerbangan/layangan dalam fasa ini pelompat tidak ada peluang untuk meningkatkan kederasan. Pelompat menggerakkan kaki dan tangan ke belakang. Untuk gaya tendang kayuh kaki digerakkan seperti mengayuh basikal. vFasa pendaratan apabila badan mula jatuh, tangan dan kaki dirapatkan; tangan dan kaki digerakkan ke hadapan. Bila tumit mula mencecah tanah, tangan digerakkan ke belakang dan kemudian ke hadapan.

2.0 LOMPAT TINGGI Acara Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit. Terdapat beberapa gaya dalam acara Lompat Tinggi seperti berikut : Gaya gunting Gaya timur Gaya guling barat Gaya Pelana Gaya fosbury flopBilGaya LompatanPenerangan

1GuntingPeserta menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki yang berasa di luar dari palang. Semasa melepasi palang peserta berada dalam keadaan duduk berlunjur.

2TimurPeserta menuju ke palang secara lurus dari hadapan (90 darjah). Semasa melonjak kaki bebas dihayun secara tegak ke hadapan badannya dan perserta melepasi palang secara mengiring.

3Guling BaratPenujuan ke palang adalah secara bersudut seperti dalam gaya gunting. Peserta melonjak dengan kaki yang lebih dekat dengan palang. Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa peserta berguling selari dengan palang untuk membuat pelepasan.

4PelanaGaya ini hampir sama dengan gaya guling barat. Peserta menuju ke palang secara bersudut. Ketika melepasi palang, muka peserta memandang ke bawah dan keadaan badannya seolah-olah meniarap di atas palang.

Fosbury FlopPenujuan ke palang sebelum peserta melonjak adalah secara melengkung. Peserta melepasi palang dengan membelakangi palang.

Peraturan Asas Lompat Tinggi: Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya lompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak 3 kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak mampu meneruskannya lagi mengikut peraturan. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah atas palang.

RUJUKAN:http://www.slideshare.net/gtabbas/lompat-tinggihttp://maswafi.blogspot.com/2008/03/pengenalan-pat-ke-navigasi-gelintar.htmlhttp://www.sarjanaku.com/2011/09/lompat-jauh-pengertian-teknik-faktor.html

REFLEKSI:NAMA : SUHAILI BINTI ZULKIFLIKULIAH : PISMP 6.02

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya saya dapat menyiapkan tugasan projek ini. Pelbagai pengalaman dan ilmu yang baru sepanjang saya menyiapkan projek ini.Saya dan kawan-kawan yang lain mengalami masalah membuat rancangan pengajaran harian. Kami tidak tahu untuk mengisi beberapa komponen dalam rancangan pengajaran tersebut. Oleh itu kami mengambil keputusan untuk bertanya kepada sahabat dari kos pendidikan jasmani. Kami meminta tolong dua orang sahabat daripada kos pendidikan jasmani untuk membantu kami dalam menyiapkan laporan. Alhamdulillah kami berjaya menyiapkannya walaupun agak sukar.Selain itu semasa melakuka amali rancangan pengajaran harian saya mendapati saya dan ahli kumpulan yang lain agak kekok untuk mengajar pendidikan jasmani. Kami diminta mengajar latihan lari jarak jauh. Aktiviti yang kami jalankan adalah hasil perbincangan kami dengan dua orang pelajar dari kelas pendidikan islam. Saya juga dapat belajar untuk mengajar pendidikan jasmani. Saya dapat mengaplikasi beberapa langkah yang dibuat oleh sahabat daripada kumpulan lain untuk tajuk dalam pendidikan islam. Pergerakan dalam pendidikan jasmani akan mengurangkan rasa mengantuk murid di dalam kelas.Di samping itu, saya mulai sedar tentang kepentingan pengetahuan bagi subjek pendidikan jasmani. Aktiviti yang menarik dapat saya gunakan semasa mengajar pendidikan islam. Sebagai bakal ustazah saya juga pelu tahu kerana di sekolah nanti tidak semestinya saya akan mengajar pendidikan islam semata-mata. Saya perlu bersedia dalam pelbagai ilmu pengetahuan. Di sekolah nanti pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Saya perlu bersiap sedia dari segi mental dan fizikal.Selain itu semasa menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan tahun 2012 saya mendapat banyak pengalaman. Semasa sukantara telah diadakan pada 24 dan 25 April sebelum kejohan diadakan. Saya ditugaskan untuk menjadi hakim acara lompat tinggi akhir lelaki dan perempuan. Saya mengangkat bendera putih jika sah dan bendera merah jika batal. Banyak perkara yang saya belajar semasa menjadi hakim acara lompat tinggi ini misalnya memberi tumpuan setiap lompatan pelatih guru. Jika saya terlepas pandang saya sendiri tidak tahu lompatan tersebut sah atau batal. Saya berasa berdebar-debar dan malu apabila tiba acara peserta lelaki. Saya perlu berdiri di hadapan mereka semua dan mengangkat bendera. Peristiwa ini adalah pertama kali yang berlaku ini seumur hidup saya. Walaupun malu saya cuba bertenang walaupun dalam hati ini hanya Allah yang tahu. Peristiwa ini mengajar saya untuk menjadi lebih yakin dan tidak menggelabah apabila berhadapan dengan orang ramai terutama kaum adam.Sesungguhnya pengalaman sepanjang belajar subjek kejohanan olahraga ini tidak dibeli. Pengalaman yang dirasai mematangkan diri dan memberi peluang kepada diri untuk pergi lebih jauh. Semoga apa yang dipelajari diamalkan agar ilmu yang dipelajari tidak luput dari ingatan yang lemah ini.