sastera tradisional

Upload: mahani-ani

Post on 04-Apr-2018

570 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    1/27

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    2/27

    PENGENALAN

    S.Tradisional- berasaskan kepada cerita-cerita lisanyang diperturunkan daripada generasi kegenerasi yangberikutnya

    Dalam proses penurunan ini- berlaku pemupukkan

    unsur-unsur kebudayaan yang baru kepada sedia ada. Penyelidikan daripada pengkaji- ST menunjukkan

    banyak persamaan ciri antara ST rakyat bangsa-bangsadi dunia. dr aspek corak sastera, isi cerita, dll.

    Contohnya: cerita Belanda Mendapat Tanah yangterkenal dalam masyarakat Melayu, juga terdapatdalam masyarakat Kemboja, masyarakat Red Indian diAmerika dan masyarakat di Pulau Bali.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    3/27

    Samb..

    Terdapat juga pendapat yang mengatakan

    keadaan sekeliling yang serupa dan kehendak

    hidup yang sama telah menimbulkan corak

    pemikiran yang melahirkan cerita-cerita yang

    sama.

    Cerita-cerita yang tumbuh pada sesuatu

    tempat juga menunjukkan ciri-ciri kepercayaandan kebudayaan sesuatu bangsa itu.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    4/27

    SASTERA MELAYU TRADISIONAL

    Ismail Hussein- SMT sebagai karya yangmenggunakan bahasa Melayu dan dihasilkanoleh pengarangnya sama ada dalam bentuk

    lisan atau tulisan secara kreatif.

    Isinya mencakupi ruang lingkup yang amat

    luas, iaitu daripada cerita-cerita fiksyen yangmengandungi unsur-unsur mistik hinggalahkepada puisi cinta.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    5/27

    SMT- pada peringkat awal kemunculannya,

    merupakan hasil karya kolektif yang

    disampaikan secara lisan daripada satu

    generasi kepada generasi berikutnya.

    Kedatangan islam- membawa perubahan

    Sistem komunikasi tulisan perdaban Islam

    telah mula mempengaruhi dan meresapiKMT.

    Karya-karya SMT- ditulis dan diasimilasi kan

    dengan pemikiran Islam

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    6/27

    SMT dibahagi kepada dua- bersifat lisan danbertulis

    Karya-karya ini digolongkan kepada prosa, ceritadan bukan cerita.

    Kumpulan karya yang dicipta seperti ceritahikayat, lipur lara, cerita sejarah, syair, pantun,mantera, gurindam, dan sebagainya ini,berkongsi konsep tentang karya, tugas, bentuk,

    dan keindahan serta teknik pengkaryaan, bagimemperlihatkan beberapa konsep, dasar, sifatdan sepunya, iaitu dikongsi bersama-sama olehpencipta pada satu-satu zaman kepada zamanberikutnya dalam satu keyakinan dan

    kepercayaan yang sama.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    7/27

    Media Lisan- karya-karya yang dihasil dikenalisebagai sastera rakyat.

    Dalam corak naratif sastera rakyat, wujud ceritamitos, cerita lagenda, dan cerita-cerita rakyatyang merangkumi cerita binatang, cerita asal-usul, cerita jenaka dan cerita dongeng ataucerita lipur lara.

    Sementara non-naratif terhasil dalam jenis

    bahasa rakyat, ungkapan tradisional ataupribahasa, pertanyaan tradisional atau teka-teki,nyanyian rakyat, dan puisi rakyat sepertipantun, syair, girindam, seloka, mantera, danteromba.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    8/27

    Contoh karya naratif dan non-naratif:

    Puisi Cerita Sulung Jawa (Jamilah Ahmed

    1978), Cerita Sulung Jawa DBP, Syair Siti

    Zubaidah (Abu Zar) 1980, Syair Siti Zubaidah-KL: Fajar Bakti, sastera sejarah dalam bentuk

    syair (Syair Perang Siak-Goodie Donald, 1980)

    An Example of Misunderstood butRewarding Eighteenh Century Malay Text

    dalam (Archipel 20, hlmn. 233-254)

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    9/27

    FUNGSI SASTERA MELAYU

    TRADISIONAL

    SMT- bukan hanya berfungsi sebagai

    penghibur semata-mata.

    Dilihat sebagai membantu mendidik

    masyarakat ke arah nilai-nilai yang mulia.

    Fungsi sesebuah karya SMT dipengaruhi oleh

    sifat dan kepentingannya kepada masyarakat.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    10/27

    SEBAGAI PENGHIBUR DAN PENAWAR

    Dalam masyarakat tradisional, tiada hiburan lain-

    sastera berperanan menghiburkan khalayak.

    Penglipur lara (pencerita)-bertugas untuk

    menghiburkan lara, menceriakan yang sedih danrawan dengan kata-kata, irama, cerita, dan

    teladan dalam ceritanya.

    Karya-karya mantera dan doa pula bertugassebagai sumber terapi secara psikologi untuk

    meredakan kemurungan atau hati yang duka.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    11/27

    SEBAGAI KHAZANAH ILMU

    STM- banyak menyimpan pelbagai khazanah ilmuyang boleh diterokai.

    Contoh:karya-karya sejarah- menurunkan

    maklumat dalam pelbagai ilmu- Sejarah Melayu;dijelaskan perkembangan sesebuah kerajaan,kelahiran dan kematian raja-raja,peperangan,adat istiadat, penaklukan, perdamaian,

    persaingan, perdagangan dan ketatanegaraanyang amat bermakna sebagai khazanah kepadamasyarakat Melayu masa kini.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    12/27

    Samb..

    Contoh : Hikayat Hang Tuah

    -jelas menunjukkan seni bina istana, seni corak kain,cara penyusunan seni taman, dan yag paling ketaraialah contoh hubungan politik dan konsep duta Melayusebagai alat untuk memperluas kuasa dan daerah.

    -selain itu dapat dijelaskan juga-teknologi alatpengangkutan seperti lancang dan perahu yangmenjelajah tempat-tempat yang dilalui oleh wira dan

    wirawati dari Melaka ke Rom, ke China, dan ke India.

    Satera kitab- persoalan keagamaan (Rukun Iman,tasawuf, falsafah dan tauhid)

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    13/27

    SEBAGAI WADAH KEINTELEKTUALAN

    SMT- banyak menyimpul pelajaran dan keintelektualandaripada pengalaman manusia.

    Karya bentuk bidalan, perbilangan, dan pribahasaadalah wadah yang mengisi keintelektualan Melayu

    tradisional yang tidak ternilai. (menjana kebijaksanaanpengarang)

    Hukum peraturan dan nilai masyarakat Melayudiungkap dalam patah perkataan yang pendek, ringkas,tetapi padat dan penuh makna, jelas dan memberi

    gambaran kebijaksanaan akal dan pemerhatian yangmendalam serta tajam kepengarangnnya.

    Contoh:----

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    14/27

    Samb ----

    Masa kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang.

    Sekali air bah, sekali pantai berubah

    Menghubungkaitkan alam persekitaran dengan kehidupan manusia

    Alam berkembang jadi guru,

    Setitik jadikan laut,

    Sekepal jadikan gunung

    Mengajar manusia menyedari hakikat kejadian alam ciptaan tuhan. Mempunyai falsafah dan nilai moral yang cukup tinggi di sampingkeindahan seni bahasanya

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    15/27

    SEBAGAI CONTOH DAN KEUNGGULAN

    Kebanyakan karya memetingkan gambaran masyarakatdan keunggulan sifat watak wira atau wira wati.

    Contoh: watak-watak Hang Tuah, Siti Zubaidah, RadenInu Kartapati dan beberapa watak lagi adalah contoh

    watak yang patut dicintohi. Hang Tuah- contohi sifat-sifat kesetiaan dan

    kepahlawanannya

    Siti Zubaidah- memiliki rupa paras yang jelita danpekerti mulia patut di contohi sebagai isteri yang taatsetia kepada suaminya.

    Raden Inu Kartapati- contohi sifat kepahlawanannyamenentang musuh.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    16/27

    JENIS-JENIS SMT

    SMT terbahagi kepada dua iaitu sastera Melayu

    tradisional dan sastera Melayu moden

    SMT dibahagi pula kepada dua iaitu bentuk prosa

    (naratif) dan bentuk puisi (Bukan Naratif)

    Prosa Tradisional terbahagi kepada 3 iaitu Mitos,

    Lagenda, dan cerita rakyat

    Naratif tulisan pula, Sastera sejarah, sasterahikayat, sastera panji, sastera epik/kepahlawanan

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    17/27

    SASTERA MODEN

    Kesusasteraan Melayu Moden ditanda oleh karya yangdicetak dengan mesin.

    Kesusasteraan Melayu Moden bermula dengan

    munculnya karya-karya Abdullah Munsyi.

    Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan

    daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri

    moden salah satu ciri utama sastera moden ialah

    menggunakan sisitem tulisan.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    18/27

    Syed Muhammad Naquib Al-Attas di

    dalam bukunya yang membahaskan

    tentang konsep moden itu mengatakan

    bahawa Islam yang membawa

    kemodenan ke Alam Melayu.

    beliau menamakan Hamzah Fansuri

    sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu

    Moden berdasarkan ketinggian mutu

    karya-karya yang beliau hasilkan.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    19/27

    Antara fungsi sastera moden ialah:

    1. Membersihkan jiwa manusia atau penawar jiwa - pembaca dan

    pengarang.- Puisi-puisi merdeka - semangat berjuang.

    - Novel-novel perjuangan.

    2. Satu alat untuk mengenal cara hidup, alam fikiran sesuatu

    bangsa, tata nilai.

    3. Berfungsi sebagai alat perjalanan (pelancongan) ke destinasi-

    destinasi tertentu dengan pengalaman . Sebenar tanpa

    perjalanan fizikal sebenar. (Contoh - Karya berlatar luar negara

    dan karya terjemahan Madu, Dalam Saringan dan Ranjau

    Sepanjang Jalan).5. Berfungsi sebagai menghibur.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    20/27

    Kesusasteraan Melayu Moden memiliki pelbagai genre. Antaranya:

    novel, cerpen, drama, sajak, biografi dan esei atau kritikan sahaja.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    21/27

    Novel

    Novel ditakrifkan sebagai cereka yang berbentuk prosa.Cereka yang disampaikan itu luas jangkauannya.

    Maksudnya ialah cerita yang disampaikan itu terdiri atas: Plot yang kompleks;

    Watak yang menggerakkan cerita banyak jumlahnya;

    Persoalan-persoalan yang dikemukakan bersifat pelbagai;

    dan Suasana serta latar ceritanya beraneka.

    sesebuah novel itu relatif panjang, yakni lebih panjangdaripada cerpen.

    Istilah novel diambil daripada bahasa Inggeris. Perkataanitu asalnya daripada bahasa Itali novella yang bererti satubenda kecil yang baru

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    22/27

    Cerpen

    Cerpen juga dipanggil cerita pendek. kebiasaannya, sesebuah cerpen mengisahkan

    hanya satu kejadian dalam kehidupan yang

    diwarnai oleh pelbagai kejadian.

    Sesebuah cerpen biasanya memusatkanpengisahannya kepada satu watak sahaja,

    terutama watak penting yang menghadapi

    permasalahan hidup. Persoalan yang ditimbulkan

    itu benar-benar bermakna, penting, dan dapatmengubah sikap, pemikiran watak-watak yang

    difokuskan.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    23/27

    DramaCiri-ciri utama drama ialah:

    Aksi;

    Konflik; dan

    Persembahannya sekali jalan sahaja.

    Jenis-jenisnya ialah:

    Tragedi;

    Komedi;

    Tragi-komedi;

    Opera;

    Pantomin

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    24/27

    Antara pengarang yang terkenal dengan karya

    berbentuk drama dan contoh drama mereka ialah:

    Mustafa Kamal Yassin Atap Genting Atap Rumbia

    Usman Awang Tamu di Bukit Kenny

    Noordin Hassan Sirih Bertepuk Pinang Menari

    Abdul Rahman Napiah Pengadilan

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    25/27

    Kritikan

    Esei/kritikan merupakan tulisan yang berdasarkankenyataan yang benar-benar wujud. Tulisan jenis initidak mengandungi unsur khayalan.

    Pengarangnya akan membentangkan persoalankemanusiaan atau kehidupan yang dihayatinya secaraobjektif mahupun subjektif berasaskan niatnya.

    Di dalam konteks kesusasteraan, esei sasteramembicarakan segala hal yang bersangkutan dengankarya, tokoh, dan isu-isu semasa.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    26/27

    Sajak

    Sajak ialah puisi moden. Di Malaysia, pertumbuhandan perkembangannya terserlah selepas penyairterdedah dengan bacaan daripada luar sama adadaripada Indonesia atau Barat.

    Punggok atau nama sebenarnya Muhammad YassinMaamor menjadi pelopor puisi moden di Malaysia.

    Beliau dengan berani melemparkan sajaknya ketengah masyarakat. Sajaknya yang berjudul DiTengah Segara (lautan) termuat di dalam MajalahGuru keluaran Disember 1933. Lihat petikannya:

    Di dalam gelombang hambur-menghamburKudengar seru sayup bahasa

    Hatiku lebur bagaikan hancur

    Hendak kurenang beta tak bisa.

  • 7/29/2019 SASTERA TRADISIONAL

    27/27

    Sajak itu ditulis empat baris serangkap dan berima a-

    b-a-b. Kedua-duanya ialah ciri-ciri pantun. Walau

    bagaimanapun, puisi di atas telah menyimpang

    daripada pantun dan syair kerana tidak ada

    pembayang, semuanya maksud, dan rima akhirnya

    bukan a-a-a-a.

    Dengan demikian, Punggok telah memperlihatkan

    kebebasan berkarya. Kebebasan itu bermaksud lari

    daripada puisi tradisional dan mencerminkan ciri

    modennya.