esemen pss3112

Upload: dzulwaqar-dzulkarnain

Post on 14-Apr-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    1/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    1

    1.0 PENGENALAN

    Ekonomi berasaskan pengetahuan (K-Ekonomi) merupakan sebuah ekonomi di mana

    penjanaan dan penggunaan pengetahuan menjadi penyumbang yang besar kepada

    pertumbuhan ekonomi dan pewujudan kekayaan. Walaupun faktor pengeluaran yang lazim

    seperti buruh, modal, bahan mentah dan keusahawanan terus penting, pengetahuan akan

    menjadi faktor utama yang menerajui pertumbuhan, menghasilkan nilai baru dan

    menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing. Walaupun teknologi maklumat (IT)

    merupakan alat penggerak asas utama, namun nadi bagi ekonomi berasaskan

    pengetahuan adalah sumber manusia - khususnya keupayaan mencipta, berusaha

    menghasilkan pembaharuan, menjana dan memanfaatkan buah fikiran baru serta

    menggunakan teknologi dan kemahiran keusahawanan yang terbaik. Industri sedia ada

    akan menjadi lebih berintensifkan pengetahuan manakala industri baru berasaskan

    pengetahuan dan industri sokongan akan muncul. Dengan itu, ekonomi akan bercirikan

    aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan industri berteknologi tinggi akan mempunyai

    bahagian yang besar dalam guna tenaga, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan

    eksport. Selain menjadi satu faktor pengeluaran, pengetahuan juga akan menjadi satu

    barangan yang boleh diperdagangkan.

    Ekonomi berasaskan pengetahuan menyediakan satu kaedah untuk mengekalkan

    pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mampan serta berdaya saing dalam jangka masa

    sederhana dan panjang. Dalam hubungan ini, Malaysia akan membangunkan kemudahan

    yang diperlukan dan memajukan industri yang mempunyai potensi untuk menjadi industri

    yang berintensifkan pengetahuan. Sektor swasta akan terus menjadi jentera pertumbuhan

    dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, manakala sektor awam akan menyediakan

    persekitaran yang sesuai dan menggalakkan. Objektif sosial dan kesaksamaan akan kekal

    menjadi unsur penting dalam tahap pembangunan ekonomi yang baru ini dengan

    tanggungjawab tambahan untuk mengurangkan jurang pengetahuan di kalangan berbagai

    golongan pendapatan yang berlainan, di antara masyarakat bandar dengan luar bandar

    dan di antara wilayah.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    2/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    2

    Pengelasan Industri oleh Lee dan Has di Kanada(1996)

    PENGETAHUAN TINGGI PENGETAHUAN

    SEDERHANA

    PENGETAHUAN RENDAH

    Peralatan Saintifik &

    Profesional

    Peralatan Komunikasi &

    Elektronik

    Penerbangan dan

    Alatan

    Perkhidmatan

    Komputer & berkaitan

    Mesin Perniagaan

    Perkhidmatan

    Kejuruteraan dan Saintifik

    Keluaran Farmasi

    dan Perubatan

    Kuasa Elektrik

    Keluaran Kimia Lain

    Jentera

    Pemprosesan Petroleum

    &

    Bahan

    Api

    Perkhidmatan

    Penasihat Pengurusan

    Perkhidmatan Pendidikan

    Perkhidmatan Kesihatan dan

    Sosial Perhubungan Paip

    Perkhidmatan

    Perniagaan Lain

    Peralatan Pengangkutan

    Lain

    Keluaran Elektrik dan

    Elektronik Lain

    Besi Bukan Ferus

    Tekstil

    Komunikasi

    Keluaran Kertas dan

    Berkaitan

    Perlombongan

    Getah

    Plastik

    Besi Ferus

    Keluaran Bahan Bukan-

    Metalik

    Perdagangan Borong

    Petroleum Mentah dan

    Gas Asli

    Keluaran Besi Fabrik

    Kenderaan Bermotor

    Makanan dan Minuman

    Tembakau

    Kewangan, Insurans dan

    Hartanah

    Percetakan dan Penerbitan

    Pembinaan

    Perkhidmatan Hiburan dan

    Rekreasi

    Perikanan dan Memburu

    Keluaran

    Pembuatan Lain

    Perkayuan

    Perabot dan Pemasangan

    Perhutanan dan

    Pembalakan

    Pengangkutan

    Penyimpanan dan

    Pergudangan

    Pertanian

    Peruncitan

    Perkhidmatan

    Personel

    Kuari dan Lombong

    Pasir Pakaian

    Barangan Kulit

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    3/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    3

    2.0 ESEI

    Dalam konteks persaingan di peringkat antarabangsa di era globalisasi hari ini, Malaysia

    mempunyai pendekatan tersendiri untuk memacu pembangunan ekonominya. Melalui

    rancangan pembangunan 5 tahun yang telah diperkenalkan sejak merdeka, Wawasan

    2020 menjadi matlamat utama ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara

    maju. Proses pencapaian taraf negara maju memerlukan lebih daripda pembangunan

    infrastruktur dan pendapatan per kapita yang tinggi dalam kalangan penduduk. Antara

    aspek lain yang perlu diambil kira adalah tahap pendidikan dan kualiti sumber manusia

    atau modal insan.

    PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA

    Istilah modal insan (human capital) adalah merupakan suatu istilah ekonomi yang

    baru. istilah ini juga jelas menggambarkan ianya daripada fahaman kapitalisme. tidak

    hairanlah, manusia hanya dilihat sebagai buruh dan pengusaha, seperti mana yang

    terdapat dalam ilmu ekonomi moden. Dengan itu, manusia dilihat sebagai suatu

    jenismodal dan dinamakan sebagai modal insan, iaitu sebagai suatu aset tenaga yang

    sungguh penting dan bermakna kepada kegiatan ekonomi, pembangunan negara,

    mahupun kemajuan bangsa dan ummah. Modal ini perlu digerudi, dibangunkan dan diuji

    bagi menentukan kemampuannya sebelum memanfaatkannya.

    Untuk memahami maksud pembangunan sumber manusia, kita perlu jelas atau tahu

    matlamat kewujudan unsur terpenting yang hendak dibangunkan iaitu manusia itu sendiri.

    Asalnya, manusia dijadikan Allah untuk beribadat kepada-Nya. Perkara ini dijelaskan

    melalui firman-Nya bermaksud: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk

    menyembahkepada Ku." (Surah az-Zaariyat, ayat ke 56) dan Kamu adalah sebaik-baik

    umat yang dikeluarkan untuk manusia, kamu menyeru kepada kebaikan dan kamu

    mencegah kemungkarandan kamu beriman kepada Allah. (Surah Ali Imran ayat ke 110).

    Manusia merupakan makhluk istimewa, kerana memiliki kelebihan akal dan fikiran yang

    tidak terdapat pada makhluk Allah yang lain. Disebabkan itu manusia merupakan aset

    paling berharga dan modal terpenting. Faktor utama kejayaan para rasul adalah kehadiran

    sejumlah pendukung yang setia, komited dan kompeten iaitu para sahabat. Sesungguhnya

    sejarah para rasul itu amat relevan sekali untuk dijadikan contoh dan teladan dalam

    konteks pembinaan work force atau tenaga kerja berasaskan nilai-nilai Islam Justeru itu,

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    4/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    4

    untuk menjadi sebuah negara membangun yang cemerlang, gemilang dan terbilang maka

    perlulah terdapat pengisian modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

    Jika kita lihat dengan teliti memang wujud sinergi antara pertumbuhan ekonomi

    sesebuah negara dengan tahap pengetahuan sains dan teknologi dalam kalangan rakyat

    tetapi bagi negara-negara Harimau Asia seperti Jepun dan Korea Selatan, kekurangan

    sumber semula jadi tidak menghalang mereka daripada mencatatkan pertumbuhan

    ekonomi yang menakjubkan dalam abad ini. Kejayaan yang dicapai kedua-dua negara ini

    sering dijadikan model oleh negara lain, termasuk pesaing dalam menangani aspek nilai

    sebagai pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negara. Dengan nilai modal insan yang

    tinggi, rakyat Jepun dan Korea Selatan berjaya membuka mata dunia terhadap kemajuan

    yang dicapai. Rakyatnya mempunyai kesetiaan tinggi bukan sahaja terhadap negara

    negara malah pekerjaan. Sikap rakyat negara-negara ini sewajarnya dicontohi masyarakat

    Malaysia dalam memperkembangkan lagi sektor ekonomi negara. Dalam Rancangan

    Malaysia Kesembilan (RMK-9), Kerajaan Malaysia amat menekankan kepentingan

    kepentingan pembangunan modal insan dalam menerajui pembangunan negara.

    Pembangunan modal insan telah diletakkkan sebagai salah satu teras utama dalam

    pelaksanaan RMK-9 serta diberikan penekanan khusus dalam teras Kedua Misi Nasional

    iaitu meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda

    kelas pertama

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    5/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    5

    Sebagai usaha untuk membangunkan modal insan seperti yang terkandung dalam

    teras dasar pembangunan modal insan di atas, kerajaan telah melaksanakan usaha

    penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah

    hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Pada yang sama, penekanan akan diberi

    kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Untuk

    memantapkan lagi sistem pendidikan dan latihan, dalam Bajet 2007, sejumlah 33.4 bilion

    ringgit diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan (merupakan 21%

    daripada keseluruhan Bajet 2007). Daripada jumlah ini, 6.7 billion ringgit diperuntukkan

    bagi pendidikan rendah, 6.2 billion ringgit bagi pendidikan menengah dan 10.4 billion ringgit

    bagi penggajian tinggi serta 10.1 billion ringgit lagi untuk program latihan.

    Dalam Laporan Parlimen kesebelas, (2005) Setiausaha Parlimen Kementerian

    Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Adham bin Baba menyatakan bahawa bagi melahirkan

    mahasiswa dan mahasiswi yangmempunyai ciri-ciri Towering Personality, Kementerian

    Pengajian Tinggi telah meminta agar semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

    memantapkan program pengajian yang melibatkan kurikulum dan aktiviti kokurikulum

    masing-masing. Program-program yang mantap akan dapat mempertingkatkan lagi

    keupayaan pelajar dalam membina sikap yang lebih berdaya saing, berkeyakinan dan

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    6/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    6

    mempunyai perwatakan unggul di samping memberi ruang kepada pelajar untuk membina

    kemahirankemahiran lain seperti kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan dan

    kepimpinan. Dengan itu menjadi tugas pihak pengurusan di IPTA untuk memastikan

    program-program yang dilaksanakan di institusi itu mampu untuk melahirkan graduan yang

    mempunyai nilai-nilai modal insan sejajar dengan kehendak pihak kerajaan dalam usaha

    membangunkan negara. IPTA juga menerapkan ilmu keusahawanan dalam kurikulum

    semua program pengajian yang ditawarkan. Aspek yang dinyatakan tadi memberikan ruang

    untuk mahasiswa mahasiswi selama berada di alam kampus mengatasi masalah sikap dan

    tabiat yang diperlukan oleh pasaran kerja yang mahukan mereka berpersonaliti unggul

    dalam mengurangkan kadar pengangguran. Teori modal manusia dan pendekatan kadar

    pulangan umpamanya telah membuktikan bahawa pendidikan berupaya meningkatkan

    produktiviti dan pendapatan seseorang yang selanjutnya boleh mendorong kepada

    pertumbuhan ekonomi. Pembangunan modal insan di IPTA amat penting bagi institusi ini

    melahirkan insan yang mampu menaikkan nama negara bukan dari segi kemahiran dan

    kepakaran semata-mata tapi juga dengan menonjolkan sikap dan keperibadian yang mulia

    bagi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperta rasuah dan

    sebagainya.

    Rakyat Malaysia perlu bersyukur kerana apabila modal insan mula diterapkan di

    Malaysia, pada tahun 2005 meskipun pertumbuhan ekonomi dunia adalah rendah,

    Malaysia tetap mencatat pertumbuhan yang membanggakan. Ini adalah kesan daripada

    pengaplikasian modal insan dalam sistem ekonomi di Malaysia. Kesan ini dibuktikan

    dengan ucapan Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, ekonomi pada tahun 2005

    mencapai pada paras lima peratus, didorong oleh kekukuhan permintaan domestik dan

    harga komoditi yang kekal tinggi serta didokong oleh sistem perbankan yang mantap.

    Akaun semasa terus mencatatkan lebihan selama 93 bulan berturut-turut sehingga Julai

    2005, rizab antarabangsa berada pada paras yang tinggi sementara hutang luar negara

    terus berada pada tahap yang terkawal.

    PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR MAKLUMAT (ICT)

    Infrastruktur maklumat negara dalam bentuk sistem rangkaian telekomunikasi

    merupakan syarat fizikal yang penting untuk pembangunan industri asas pengetahuan.

    Infrastruktur ini penting untuk menyebarkan kegunaan teknologi maklumat yang akan

    menjana permintaan untuk produk berintensifkan buruh. Syarat ini juga merupakan faktor

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    7/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    7

    penting untuk menarik pelaburan langsung asing kerana negara Asia amat bergantung

    padanya untuk pembangunan industri seterusnya. Infrastruktur maklumat yang canggih

    juga penting agar sejajar dengan pembangunan industri dan ekonomi bertaraf dunia.

    Seiring dengan peningkatan pertumbuhan ekonomi negara dan juga pertambahan

    kualiti hidup rakyat, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dalam masalah akses

    ICT yang ketara diantara penduduk bandar dan luar bandar. Pada tahun 2006, kerajaan

    telah mewujudkan Strategi MYICMS 886 (Perkhidmatan Maklumat Komunikasi dan

    Multimedia Malaysia 886) bagi memantapkan usaha membangun dan mengembangkan

    perkhidmatan ICT di bawah RMK-9. MYICMS 886 bertujuan mewujudkan kitaran

    pemangkin dengan meningkatkan pelaburan sedia ada dalam prasarana ICMS yang akan

    menyokong pertumbuhan perkhidmatan ICMS pada masa akan datang yang berhasrat

    untuk semua rakyat celik IT dalam menuju Wawasan 2020.

    Melalui National Strategic Framework for Bridging the Digital Divide (NSF-BDD)

    yang diwujudkan pada bulan Ogos 2007, satu telecentre untuk satu mukim telah

    diwujudkan. Setiap telecentre ini dilengkapi dengan kemudahan internet dan infrastruktur

    ICT yang membolehkan komuniti setempat mendapat pelbagai kemudahan. Golongan

    seperti pelajar sekolah, belia dan golongan miskin merupakan sasaran kepada penubuhan

    telecentre tersebut. Dengan adanya kemudahan telecentre, golongan sasar ini akan dapat

    didedahkan dengan teknologi internet dan perkhidmatan atas talian yang seterusnya dapat

    meningkatkan taraf sosio- ekonomi mereka. Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi

    (KTAK) telah mewujudkan peluang bagi merealisasikan negara untuk melahirkan

    masyarakat berilmu. Penubuhan Schoolnet merupakan salah satu langkah dalam

    pembentukan masyarakat berilmu dalam bidang ICT. Projek Rangkaian Schoolnet ini

    menghubungkan 10,000 sekolah dengan kemudahan internet berkapasiti jalur lebar

    @128kbps/1Mbps. Kemudahan ini menjadikan tempat pembelajaran berkesan dan

    melahirkan modal insan yang cemerlang.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    8/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    8

    Infrastruktur ICT lengkap tidak bermakna tanpa kandungan yang boleh diguna pakai

    dan bermutu. Kerajaaan telah menyediakan pelbagai bentuk ransangan bagi

    menggalakkan pertumbuhan industri kandungan tempatan termasuklah bantuan dalam

    bentuk geran, rebat dan kewangan. Inisiatif lain yang turut diambil oleh kerajaan dalam

    memacu pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara, kerajaan telah membelanjakan

    dan yang besar bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta pengkomersialan

    teknologi. Kerajaan juga telah menyedia, melaksana dan menggalakkkan penggunaan

    perkhidmatan atas talian ke seluruh negara. Kewujudan e-kerajaan, e-pendidikan,

    e-kesihatan dan juga beberapa aplikasi elektronik lain. Kemudahan kemudahan seperti

    ini akan mempercepatkan proses perkembangan teknologi dan ekonomi Malaysia.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    9/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    9

    Dalam apa juga sistem ekonomi watak utama yang memainkan peranan adalah

    manusia atau pekerja. Watak inilah berubah-ubah dari satu fasa ke fasa seterusnya. Bagi

    ekonomi berasaskan pertanian dan perindustrian, watak ini perlu memiliki kekuatan fizikal

    dan maklumat sebagai ciri utama. Namun bagi ekonomi order baru, watak ini bukan sahaja

    perlu memiliki semua perkara tersebut tetapi pengetahuan yang bukan sahaja statik tetapi

    dimanipulasi dan dicanai dengan kreatif bagi menghasilkan pengetahuan baru. Disinilah

    ICT memainkan peranan yang pemangkin sebagai pemboleh dan pemangkin kepada

    melahirkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan.

    Menurut analisis Tengku Mohd Azzman (1988), satu daripada kesan ICT ialah

    hubungan komputer melalui telekomunikasi untuk mewujudkan rangkaian maklumat yang

    menjangkau seluruh dunia. Organisation for Economic Co-operation and Development

    (OECD) dalam laporannya pada tahun 1989, melihat potensi rangkaian ini untuk

    meningtkatkan keupayaan manusia dari dua dimensi asas iaitu infrastruktur elektronik

    memudahkan pengaliran maklumat cara moden dan rangkaian maklumat ini

    membangkitkanj kebolehan untuk mengoptimumkan input bagi memenuhi kehendak

    pembeli supaya ICT berupaya membawa anjakan kepada paradigma teknologi positif.

    Potensi ICT boleh dilihat dapat dilihat berdasarkan dua perspektif utama iaitu

    pembangunan dan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat dan insan. Dari

    sudut pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, ICT dilihat sebagai faktor baru dan

    senjata strategik bagi pertumbuhan ekonomi dan daya saing negara. Potensi dan kesan

    sebenar ICT bukan sahaja terletak pada kemampuan industri dalam menggiatkan

    pertumbuhan negara, malah yang lebih penting adalah keupayaan ICT itu sendiri

    mempertingkatkan keupayaan manusia dalam mengendalikan maklumat dan pengetahuan.

    Seterusnya, maklumat dan pengetahuan tersebut boleh digunakan bagi memperbaiki taraf

    sosial dan ekonomi individu, keluarga, masyarakat dan negara.

    PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D)

    Bidang penyelidikan dan pembangunan turut dilihat membantu memudahkan usaha

    pembangunan ekonomi di Malaysia. Di bawah RMK-9, kerajaan telah menyasarkan

    seramai 50 orang penyelidik bagi setiap 10000 tenaga kerja. Dalam usaha untuk mencapai

    matlamat tersebut, pelbagai cara telah dilaksanakan antaranya meningkatkan bilangan

    pensyarah yang memiliki PhD kepada 60 peratus. Bagi merealisasikan matlamat tersebut

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    10/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    10

    sebanyak RM 1.2 bilion telah diperuntukan di bawah RMK-9 dalam mana sejumlah 6300

    orang pensyarah melanjutkan pengajian di peringkat PhD atau setaraf .Tiga modality

    latihan telah dilaksanakan yang terdiri daripada kursus sepenuh masa dalam negara,

    kursus sepenuh masa luar negara dan kursus PhD secara program splitdengan kerjasama

    universiti terkemuka seperti Nottingham, Imperial College dan Melbourne. Pihak

    Perbadanan Tabungan Pendidikan Tinggi Nasional turut memperuntukkan sebanyak RM

    500 Juta untuk tujuan membiayai graduan yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di

    peringkat sarjana dan PhD. Kemudahan pinjaman tersebut telah dilaksanakan mulai sesi

    akademik tahun 2007/2008 turut menyumbang kepada penambahan bilanagan penyelidik.

    Dengan langkah yang diambi, bilangan penyelidik dapat dicapai seperti sasaran yang

    ditetapkan dan menjadikannya setanding dengan negara lain seperti Jepun,Korea Selatan,

    Singapura dan Kesatuan Eropah (EU).

    Sumber : National Survey of Research & Development 2006 Report, MOSTI

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    11/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    11

    Di samping itu, di bawah RMK -9 negara telah membelanjakan sebanyak 1.5 peratus

    daripada KDNK berbanding 0.49 peratus di bawah RMK -8 untuk R&D. Berikutan

    peningkatan peruntukan, kerajaan telah menstruktur semula dana R&D. Dalam RMK-8

    peruntukan R&D disediakan di bawah dana Penumpuan Penyelidikan Dalam Bidang

    Keutamaan namun dalam RMK-9, dana tersebut digantikan dengan ScienceFUND dan

    TechnoFund, masing-masing sebanyak Rm1.2 bilion dan RM 1.5 bilion di bawah

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kerajaan juga mewujudkan skim

    Geran Penyelidikan Fundamnetal (Fundmental Research Giant SchemeFRGS) di bawah

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan peruntukan sebanyak RM 200 Juta.

    Penstrukturan semula dana R&D bukan sahaja penting untuk menggiatkan aktiviti

    penyelididkan di Malaysia, tetapi juga menggalakkan pengkomersialan hasil penyelidikan

    melalui kerjasama rapat terutamanya di antara pihak institusi penyelidikan dan IPTA

    dengan syarikat swasta.

    Dalam RMK-9, empat buah universiti awam telah dijadikan Universiti Penyelidikan

    bagi menerajui aktiviti penyelidikan dan menggiatkan aktiviti pembangunan. Universiti-

    universiti tersebut ialah Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan

    Malaysia dan Universiti Sains Malaysia. IPTA secara kolektif merupakan pengguna

    terbesar peruntukan dana R&D yang disediakan. Di bawah ScienceFundpada tahun 2006,

    daripada RM 196 Juta yang dikeluarkan, IPTA telah diperuntukan sebanyak RM153 Juta.

    Bagi TechnoFundpula, IPTA telah mengemukakan 42 cadangan projek bagi tahun 2006

    namun sehingga kini hanya 16 projek telah diluluskan oleh MOSTI. Skim Geran

    Penyelidikan Fundamental di bawah telah dilaksanakan bagi membiayai penyelidikan

    fundamental di IPTA dalam bidang-bidang seperti sains tulen, sains sosial dan

    kemanusiaan, sains perubatan, sains alam sekitar dan warisan kebangsaan. Sebanyak RM

    67.9 Juta telah diagihkan kepada 18 buah IPTA dan untuk pusingan kedua cadangan

    penyelidikan yang bernilai RM 300 Juta telah dikemukakan oleh IPTA untuk pertimbangan

    KPT. Sungguhpun di bawah RMK-9, terdapat peningkatan tiga kali ganda nisbah

    peruntukan R&D daripada KDNK di bawah RMK-8 tetapi peruntukan R&D di negara ini

    masih rendah 0.63% berbanding dengan negara lain seperti Jepun (3.12%), Korea Selatan

    (2.64%) dan SIngapura (2.13%).

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    12/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    12

    Sumber : National Survey of Research & Development 2006 Report, MOSTI

    Selain itu, dalam mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan inovasi dan

    membangunkan sistem pengurusan harta intelek bagi menyokong sistem inovasi

    kebangsaan, kerajaan membuat Penyediaan insentif kepada penyelidik seperti

    memaksimumkan pemberian royalti dan pembahagian pendapatan hasil daripada

    penyelidikan kepada penyelidik. Peningkatan kesedaran hak harta intelek di kalangan

    penyelidik IPT dapat diwujudkan dengan mendaftarkan penemuan penyelidikan sebagai

    harta intelek dan mewujudkan serta memantapkan Unit Harta Intelek di setiap IPT. Untuk

    bersaing dalam persekitaran k-ekonomi, seseorang perlu memberi tumpuan kepada

    penggunaan modal intelektual, faedah maklumat, budaya pembelajaran dan lebih penting

    lagi, organisasi yang bergerak agak pantas. Penubuhan Networked Content Development

    Grant dan Dana eContent adalah untuk menyahut cabaran tersebut yang menggalakkan

    ciptaan, pengeluaran dan pengedaran kandungan yang kreatif, asli dan sebagai potensi

    untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    13/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    13

    Jika dilihat negara-negara Asia boleh dibezakan berdasarkan ciri-ciri kemampuan

    inovasi untuk pembangunan negara. Korea dan China merupakan negara Asia yang

    mempunyai teknologi yang canggih iaitu negara tersebut mengumpul teknologi secara

    besar-besaran dan kepakaran pengurusan untuk bersaing dengan firma Amerika dan

    Jepun (Lehman Brothers, 2000). Korea mempunyai kecekapan yang rendah dalam nisbah

    input dan output R&D. Sistem pengurusan di Taiwan yang berjaya pada masa lepas juga

    menghadapi pelaburan swasta yang tidak cekap dalam R&D berbanding dengan firma

    bersaiz kecil yang membantu industri serta menjadi asas dalam penyelidikan (Sigurdson,

    1999). Manakala pelajar mereka yang sedang menuntut di negara asing tidak berminat

    untuk tinggal di luar negara bagi mendapatkan pengalaman kerja selepas menamatkan

    pendidikan mereka di sana. Ini menyebabkan faedah yang diperoleh daripada pengalaman

    dan jurutera yang pulang dari negara industri akan berakhir lima hingga 10 tahun lagi.

    Oleh itu, di Malaysia pemulihan dan pembaikan diperlukan untuk merangsang pelaburan

    R&D oleh sektor swasta dengan membangunkan keupayaan inovasi, meningkatkan

    peranan universiti dalam aktiviti R&D.

    SAINS DAN TEKNOLOGI (S&T)

    Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju.

    S&T perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi

    penggerak kemajuan sesebuah negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    14/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    14

    Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang

    hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara yang maju S&T tetapi tidak

    mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak bertenaga. Kesan

    kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi mundur.

    Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi)

    membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf

    hidup masyarakatnya akan meningkat.

    Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti

    ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan berkait rapat dengan kemajuan sains.

    Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi

    membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang

    perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam

    pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan

    mesin dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada

    kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang.

    Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan

    menjejaskan pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.

    Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan

    pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar

    akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan,

    pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang

    telah ditentukan dalam Wawasan 2020. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang

    dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan

    juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di

    negara ini.

    Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan

    April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan

    Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat

    untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan

    untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar

    pembangunan sosio ekonomi negara." Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus

    kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    15/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    15

    teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik

    untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang

    saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

    Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, RMK-5 telah memperuntukkan

    sebanyak RM 4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains

    Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya

    terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal. Seterusnya

    dalam RMK-6, Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak RM 600 juta. Peruntukan ini

    ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan

    mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan

    tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam

    rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RMK-5. Integrasi rancangan

    pembangunan sumber-sumber S&T dalam RMK-5 dan RMK-6 menumpukan

    sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi. Dalam menyelaras dan

    menguruskan pembahagian peruntukan RMK-5 dan RMK-6, MPKSN telah

    memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan

    (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk

    menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi

    diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah

    strategi ini, projek-projek R&D dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri,

    strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RMK-6, 50 peratus

    daripada jumlah peruntukan R&D di RMK-5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34

    peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.

    Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan R&D yang lebih terpusat.

    Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat

    di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun

    semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah

    dibentuk.Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan

    dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains,

    Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang

    terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada

    institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    16/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    16

    untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian..Dua puluh

    sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-

    pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan

    Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan

    persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh

    Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam

    Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia

    Keenam telah memperuntukkan sebanyak RM166 juta untuk melaksanakan syor-syor

    tersebut.

    Dalam RMK-9, Kerajaan mempunyai matlamat dalam meningkatkan kemampuan

    dan keupayaan teknologi kerana cabaran globalisasi dan persaingan yang semakin

    meningkat.Oleh itu, di bawah RMK-9, beberapa subsektor dalam sektor pertanian,

    perkilangan dan perkhidmatan telah dikenal pasti sebagai berpotensi untuk menjadi sektor

    pertumbuhan. Ini pada asasnya melibatkan penggunaan teknologi yang akan memudahkan

    peningkatan kepada aktiviti berteknologi tinggi. Ini akan mengurangkan persaingan

    langsung dengan negara yang mempunyai kos buruh yang lebih rendah dan pada masa

    yang sama, memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian nilai di peringkat

    antarabangsa.

    Dalam sektor perkilangan, asas produk bagi industri elektrik dan elektronik (E&E)

    penggunaan meluas bahan maju dan teknologi baru termasuk digital, tanpa wayar,

    teknologi nano dan fotonik dilihat berkembang. Perkembangan baru, khususnya di wilayah

    utara yang meliputi Pulau Pinang dan peluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim di Kedah

    dan dalam Lembah Klang, telah merangsang pertumbuhan subsektor E&E yang lebih

    tinggi. Syarikat multinasional (MNC) dalam industri E&E dijangka terus menggunakan

    sumber tempatan serta perkhidmatan pihak ketiga bagi beberapa aktiviti bukan teras

    mereka di seluruh dunia. Pengembangan industri jentera dan kelengkapan (J&K),

    pertahanan dan petrokimia turut menawarkan peluang pertumbuhan baru dari segi

    pembangunan baru produk dan proses, dan melalui rantaian dengan industri lain termasuk

    aeroangkasa, automotif dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

    Terdapat banyak peluang pelaburan hasil daripada aktiviti nilai ditambah yang tinggi

    dan intensif teknologi dalam industri automotif yang masih belum diteroka. Kapasiti

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    17/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    17

    produktif dan teknikal yang ditingkatkan dalam industri automotif akan membolehkan

    penglibatan pengeluar tempatan yang lebih meluas, dalam pengeluaran alat ganti dan

    komponen automotif berprestasi tinggi bagi pasaran tempatan dan global. Kelompok

    automotif sedia ada dan yang baru, terutamanya di Lembah Klang dan Tanjung Malim serta

    Gurun dan Bertam di Wilayah Utara, akan membantu pertumbuhan sektor automotif

    seterusnya.

    Pendekatan yang holistik terhadap pembangunan industri bioteknologi, yang meliputi

    bioteknologi tani, bioteknologi penjagaan kes ihatan dan bioteknologi perindustrian, juga

    akan menjadi sumber pertumbuhan baru. industri ini dibangunkan dengan usaha sama

    penyelidikan daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan universiti

    tempatan. Industri ini telah mendapat peruntukan berjumlah RM35 bilion untuk

    perancangan pembangan dan R&D.Terdapat skop yang begitu luas dalam usaha untuk

    memperkukuh R&D berasaskan bioteknologi yang dijalankan serta pemindahan,

    pengkomersialan dan penggunaan produk dan proses bioteknologi yang baru. Bioproduk,

    termasuk perubatan tradisional dan herba serta makanan tambahan lain juga perlu

    dimajukan bagi pasaran niche. Pembangunan industri nutraseutikal dijangka mendapat

    manfaat daripada penggunaan tumbuh-tumbuhan dan sumber laut secara melua. Dalam

    bidang produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal, pengeluaran, pengedaran dan

    pemasaran ubat-ubatan dan vaksin generik menyediakan peluang-peluang pelaburan baru.

    Dalam bioteknologi perindustrian, terdapat ruang untuk pembangunan produk baru

    termasuk biobahan, enzim perindustrian dan biopemangkin. Sementara itu, Majlis

    Pelaksanaan Bioteknologi ditubuhkan bagi menentukan hala tuju dasar keseluruhan,

    mengawasi pelaksanaan inisiatif bioteknologi negara dan menyediakan forum untuk

    memastikan penyelarasan antara Kementerian. Majlis ini bekerjasama rapat dengan

    Kementerian dan pihak berkepentingan yang berkaitan untuk menarik pelaburan dan

    meningkatkan penyertaan sektor swasta.

    Penekanan semula terhadap bidang pertanian turut menyediakan platform yang

    lebih komersial dan berasaskan teknologi untuk merangsang pertumbuhan dan

    pembangunan sektor ini. Secara khusus, industri makanan halal termasuk pemprosesan

    daging, produk ternakan, perikanan serta sayur-sayuran dan buah-buahan menyediakan

    pelbagai peluang pelaburan baru yang mampu mencapai taraf global.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    18/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    18

    KESIMPULAN

    K- ekonomi ialah satu sistem pemprosesan ekonomi baru tentang pengeluaran,

    penggunaan, pemasaran dan pengagihan yang berdasar kepada ilmu pegetahuan,

    informasi dan komunikasi dan teknologi sebagai pemadunya. K-ekonomi dengan prinsip

    pelaburannya sentiasa beroperasi dalam hukum pulangan bertambah lebih. Dengan kata

    lain, K-ekonomi menggunakan ilmu pengetahuan dan teknologi sebagai modal asas bagi

    mempelopori segala sumber lain dalam proses pembangunan ekonomi negara. Sistem

    ekonomi ini mempunyai kedua-dua perubahan kuantiti dan kualiti secara bersepadu dalam

    sistem operasinya. Walau bagaimana pun kita sebagai orang islam, hendaklah kita

    rumuskan formula K-ekonomi itu selaras dengan fungsi kita sebagai manusia, hamba dan

    khalifah Allah di muka bumi ini.

  • 7/27/2019 ESEMEN PSs3112

    19/19

    PSS 3112 (PERTUMBUHAN DAN PEMBANGUNAN EKONOMI)

    19

    3.0 RUJUKAN

    MASTIC, 1999. National Survey of Research and Development

    Malaysia, 1998. Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan. Jabatan Perangkaan Malaysia.

    Malaysia, 2000. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Laporan

    Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur: Ampang Press Sdn. Bhd.

    Rizaudin Sahlan, Abu Sufian Abu Bakar, Radziah Md. Tahir, Zalina Zainal dan Zalina

    Mohd. Mohaideen (2000), Industri Asas-Pengetahuan. Kertas latar bagi National

    Seminar Malaysias Transformation into A K-Economy: Challenges & Responses,

    20-21 November. UKM: Kuala Lumpur.

    Rizaudin Sahlan dan Abu Saufian Abu Bakar, 2001. Industri Asas -Pengetahuan: Tujahan

    Dasar dan Peranan Pemerintah. Kertas seminar dibentangkan dlm. Bengkel

    Kebangsaan Capacity Building Towards Excelence in Economic Research and

    Policy Formation, 23-24 April, UUM: Sintok.

    Selamah Maamur dan Rizaudin Sahlan, 2001. Modal Manusia dan Sumbangannya

    Terhadap Keluaran. Kertas seminar dibentangkan dlm. Persidangan Kebangsaan

    Pembangunan Sumber Manusia dalam Era K-Economy, 16-17 Oktober. UKM: Kuala

    Lumpur.

    Zalina Zainal, Raziah Md. Tahir dan Rizaudin Sahlan, 2001. Industri Asas Pengetahuan:

    Sumbangan Terhadap Ekonomi Malaysia. Kertas seminar dibentangkan dlm.

    Seminar Kebangsaan Sosioekonomi dan IT, 2-4 November. UUM: Alor Setar