tamadun islam sastera

32
KESENIAN ISLAM PENDAHULUAN Pengenalan Sifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran. Difinisi seni Seni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia. Pandangan Islam tentang Seni Agama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam

Upload: miraei-yoo-rin

Post on 24-Jun-2015

309 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tamadun Islam Sastera

KESENIAN ISLAM PENDAHULUAN

PengenalanSifat tabi’i alam dan fitrah diri manusia sendiri yang mana perasaan seni yang tumbuh dalam diri manusia merupakan anugerah tabi’i dari Allah yang amat berharga. Pada diri insan Allah kurniakan jiwa, akal dan indera yang tiap-tiap satu berfungsi dan memerlukan tuntutan –tuntutan yang prrlu dipenuhi bagi kesempurnaan keinsanannnya. Jiwa menuntut kerohanian, akal menuntut keilmuan dan indera menuntut kesenian. Sedang tiap-tiap bidang pula tidak berdiri sendiri-sendiri tetapi bersatu pada puncaknya di lautan intelek dan falsafah mencari kebenaran.

Difinisi seniSeni didefinisikan sebagai sesuatu kriteria yang estetika dan ia meliputi kesusasteraan, muzik, drama, lukisan dan ukiran. Dalam Kamus Dewan ia bermaksud sesuatu karya sama ada sajak, muzik yang diciptakan dengan bakat kecekapan ataupun hasil daripada sesautu ciptaan.Herbert Read di dalam bukunya The Meaning of Art mengatakan seni sebagai percubaan untuk mencipta sesuatu yang menyenangkan hati kerana perasaan yang menyenangkan hati itu merupakan perasaan yang mengalami keindahan. Oleh itu, sesuatu objek yang diciptakan untuk

Dari segi istilah, seni adalah sesuatu yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia, tidak kira sama ada ia ciptaan Allah ataupun yang dihasilkan oleh fikiran, kemahiran, imaginasi dan perbuatan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu seni adalah nilai halus, indah, baik, berguna dan bermanfaat kepada manusia.

Pandangan Islam tentang SeniAgama Islam mengharuskan perasaan cinta kepada kesenian dan keindahan. Allah sentiasa menyeru manusia supaya memerhati keindahan yang terdapat dalam alam ini. Tamadun Islam telah menghidupkan pelbagai jenis seni dan seni-seni ini telah berkembang dalam tamadun Islam sehingga menjadi tamadun Islam sebagai sebuah tamadun yang unik dan berbeza dengan tamadun-tamadun lain. Al-Quran menceritakan keindahan langit (Qaf, ayat 6), keindahan bumi yang terbentang luas (Qaf, ayat 7), keindahan kejadian haiwan ( al-Nahli, ayat 6), keindahan ciptaan manusia (al-Taghabun, ayat 3 dan al-Infitar, ayat 7-8)

Islam adalah agama yang berdasarkan realiti kehidupan. Ia memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia keseluruhannya sama ada aspek rohani, jasmani, pemikiran ataupun perasaan. Islam menuntut agar unsur-unsur ini dilaksanakan secara keseluruhan dalam skop yang sederhana yang dibenarkan oleh agama iaitu tidak telalu boros dan melampau dan tidak pula kikir dan sempit.

Firman Allah yang bermaksud : “ Wahai anak-anak Adam, pakailah perhiasan kamu keika waktu sembahyang. Makanlah dan minumlah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan. Katakanlah “ siapakah yang mengharamkan perhiasan Allah

Page 2: Tamadun Islam Sastera

yang dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya dan rezeki yang baik.” (al-A’raf, ayat 31-32)

Keindahan itu sebahagian dari seni. Ini bermakna Islam tidak menolak kesenian. Al-Quran sendiri menerima kesenian manusia kepada keindahan dan kesenian sebagai salah satu fitrah manusia semulajadi anugerah Allah kepada manusia.Seni membawa makna halus, indah dan permai.

Kesenangan dan kepuasaan merupakan salah satu daripada tuntutan naluri manusia. Kesenangan dan keindahan dapat dilahirkan ke alam kenyataan melalui bentuk-bentuk tertentu sama ada artifak-artifak yang berbentuk seni bina, seni hias, seni bunyi, seni kaligrafi, seni sastera dan lain-lain.

Imam al-Ghazali dalam Kimya al-Sa’adah menjelaskan bahawa keindahan itu terbahagi kepada keindahan lahir yang bersifat inderawi yang dapat dialami bukan saja oleh anak-anak bahkan binatang dan keindahan batin yang hanya dapat ditanggapi oleh mata hati dan cahaya jiwa. Keindahan seni dari sudut ini bukan semata-mata memberi kepuasan inderawi tetapi merupakan salah satu wasilah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sesungguhnya keindahan alam adalah nisbi dan manifestasi Allah yang bersifat Abadi. Jika keindahan alam yang bersifat sementara itu dikagumi, maka keindahan yang Abadi itu seharusnyalah berlebih-lebih lagi.

Hadith nabi yang bermaksud: “ Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Dia suka kepada keindahan.” (riwayat Muslim dalam kitab al-Iman)

Terdapat banyak cabang bidang kesenian. 1. Seni Ukirani. Tembikarii. Ukiran Logamiii. Ukiran Kacaiv. Ukiran Kayu.v.Ukiran Perhiasanvi. Permata

2. Kaligrafi Khat Arab

3. Seni Bina Bangunan

4. Muzik,

5. penulisan dan puisi

Tamadun Islam

Page 3: Tamadun Islam Sastera

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sebahagian dari siri berkaitan

IslamRukun Iman

Allah · Kitab · Malaikat · NabiHari Akhirat · Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah · Solat · PuasaZakat · Haji

Kota Suci

Makkah · MadinahBaitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri · Aidiladha

Hukum

Quran · Sunnah · Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah · Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.wAhlul Bait · Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah WaljamaahHanafi · SyafieMaliki · Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik · Haiwan · SeniTakwim · Kanak-kanakDemografi · Perayaan

Page 4: Tamadun Islam Sastera

Masjid · Dakwah · FalsafahSains · Wanita · Politik

Lihat juga

Kritikan · IslamofobiaGlosari

Portal Islam p • b • s 

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.

Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

[sunting] Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

[sunting] Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu

Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti

Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.

Page 5: Tamadun Islam Sastera

Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.

Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.

A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:

"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas." (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).

Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.

Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).

Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).

Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.

Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat

Page 6: Tamadun Islam Sastera

toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)

Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)

Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.

Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.

Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.

Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.

Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah

Page 7: Tamadun Islam Sastera

bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.

Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.

Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.

Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.

Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!

Page 9: Tamadun Islam Sastera

Kesusasteraan Islam merujuk kepada kesusasteraan yang ditulis daripada sudut pandangan Islam dalam apa jua bahasa. Fiksyen daripada dunia Islam yang paling terkenal mungkin merupakan Hikayat Seribu Satu Malam yang terdiri daripada banyak cerita rakyat yang lebih awal yang dikisahkan oleh permaisuri Parsi, Scheherazade.

Karya Dante Alighieri, Divine Comedy (Komedi Ketuhanan), yang dianggap sebagai epik terunggul dalam kesusasteraan Itali, mendapatkan banyak ciri dan peristiwa tentang alam baqa, baik secara langsung mahupun tidak, daripada karya-karya Arab tentang eskatologi Islam, termasuk:

Kitab al-Miraj (diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada sekitar 1264 [1] sebagai Liber Scale Machometi, iaitu "Buku Tangga Muhammad") yang berkenaan dengan naiknya Nabi Muhammad s.a.w. ke Syurga;

Hadis ; dan

karya rohaniah Ibn Arabi.

Orang Moor juga mempunyai pengaruh yang ketara pada karya George Peele dan William Shakespeare. Sesetengah karya mereka menonjolkan watak-watak Moor, seperti dalam The Battle of Alcazar (Pertempuran Alcazar) yang ditulis oleh Peele, serta juga The Merchant of Venice (Saudagar dari Venice), Titus Andronicus, dan Othello yang ditulis oleh Shakespeare. Karya-karya itu dikatakan diilhami oleh perutusan Moor dari Maghribi ke England Elizabeth pada awal abad ke-17.[2]

[sunting] Hikayat Seribu Satu Malam

Epik Hikayat Seribu Satu Malam mula dibentuk pada abad ke-10 dan mencapai bentuk terakhir menjelang abad ke-14. Bagaimanapun, bilangan dan jenis ceritanya berbeza-beza antara satu manuskrip dengan yang lain.[3] Semua cerita khayalan Arab seringnya dikenali sebagai "Arabian Nights" (Malam Arab) apabila diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, tanpa mengira adakah cerita itu berasal daripada mana-mana versi Hikayat Seribu Satu Malam.[3] Epik Hikayat Seribu Satu Malam agak berpengaruh di Barat sejak diterjemahkan buat pertama kali pada abad ke-18, mula-mulanya oleh Antoine Galland.[4] Banyak karya tiruan kemudian ditulis, khususnya di Perancis.[5][6]

[sunting] Shahnameh

Shahnameh, epik negara Iran yang ditulis oleh Hakīm Abu'l-Qāsim Firdawsī Tūsī ialah penceritaan semula mitos dan pahlawan sejarah Parsi. Amir Arsalan juga merupakan satu cerita mitos Parsi yang popular dan yang telah mempengaruhi sesetengan fiksyen khayalan moden seperti The Heroic Legend of Arslan (Legenda Pahlawan Arslan).

Page 10: Tamadun Islam Sastera

[sunting] Layla dan Majnun

Contoh mashyhur puisi Arab dan puisi Parsi tentang cinta ialah Layla dan Majnun yang ditulis pada abad ke-7 semasa zaman Kerajaan Bani Ummaiyyah. Ia merupakan kisah tragedi cinta tak kunjung padam yang agak serupa dengan Romeo dan Juliet kemudian. Layla dan Majnun pada dirinya dikatakan diilhami pula setakatnya oleh versi Latin Layli dan Majnun.[7]

[sunting] Philosophus dan Theologus Autodidactus

Ibn Tufail dan Ibn al-Nafis merupakan perintis novel falsafah. Ibn Tufail menulis Hayy ibn Yaqdhan (Philosophus Autodidactus), novel fiksyen Arab yang pertama, sebagai balasan kepada Tahāfut al-Falāsifa yang ditulis oleh al-Ghazali. Ibn al-Nafis kemudian menulis novel fiksyen, Theologus Autodidactus, sebagai balasan kepada Philosophus Autodidactus. Kedua-dua cerita mempunyai protagonis (Hayy dalam Philosophus Autodidactus, dan Kamil dalam Theologus Autodidactus) yang merupakan kanak-kanak feral autodidaktik yang tinggal dalam keadaan terpencil di sebuah pulau gurun. Kedua-dua novel merupakan contoh terawal untuk cerita pulau gurun. Bagaimanapun, sedangkan Hayy hidup bersendirian dengan haiwan-haiwan di pulau gurun, cerita Kamil melewati latar pulau gurun dan berkembang kepada plot remaja terawal yang diketahui lalu akhirnya menjadi contoh novel fiksyen sains yang pertama.[8][9][10]

Karya Tufail, Philosophus Autodidactus, diterjemahkan buat pertama kali pada 1671 oleh Edward Pococke si Lebih Muda ke dalam bahasa Latin, disusuli dengan terjemahan bahasa Inggeris oleh Simon Ockley pada 1708, lalu kemudian dengan terjemahan bahasa Jerman dan bahasa Belanda. Terjemahan-terjemahan itu kemudian mengilhami Daniel Defoe supaya menulis Robinson Crusoe yang kini dianggap sebagai novel pertama dalam bahasa Inggeris.[11][12][13] Philosophus Autodidactus juga mengilhami Robert Boyle agar menulis novel falsafah sendiri, The Aspiring Naturalist (Ahli Alamiah yang Bercita-cita), yang dilatar pada sebuah pulau.[14] Cerita itu juga mengilhami setakatnya karya Emile: or, On Education (Emile: atau, Tentang Pendidikan) yang ditulis oleh Rousseau. Cerita watak Mowgli dalam The Jungle Book (Si Buku Hutan) yang ditulis oleh Rudyard Kipling dan cerita Tarzan juga menyerupai karya Tufail daripada segi bahawa seorang bayi ditinggalkan dan kemudian dibesarkan oleh serigala betina.[15]

[sunting] Senarai kesusasteraan Islam utama

Kesusasteraan untuk sesetengah budaya Islam adalah seperti yang berikut:

Kesusasteraan Arab :

o Kesusasteraan epik Arab

Kesusasteraan Indonesia :

o Kesusasteraan Jawa

Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Asia Selatan :

o Kesusasteraan Bengali

o Kesusasteraan Kashmir

o Kesusasteraan Pakistan

o Kesusasteraan Parsi

Page 12: Tamadun Islam Sastera

Manuskrip Parsi Kelileh va Demneh bertarikh 1429, berasal dari Herat, menggambarkan seekor serigala cuba menyesatkan ketua singa.

Makam Nizami di Azerbaijan.

Kesusasteraan Parsi (Parsi: پارسی merupakan antara kesusasteraan yang tertua di (ادبیاتdunia yang berumur 2 ribu tahun. Namun begitu, kebanyakan sastera-sastera Parsi sebelum kedatangan Islam telah pun hilang ditelan zaman. Sumber sastera berasal daripada negara-negara yang pernah menjadi sebahagian daripada Empayar Parsi, iaitu Iran an beberapa negara di Asia Tengah, Asia Barat Daya dan Asia Selatan. Jalaluddin Muhammad Rumi contohnya merupakan seorang sasterawan Parsi yang hidup di Konya, Turki. Ketika itu, Konya merupakan ibu kota kerajaan Seljuk. Kerajaan Parsi Ghaznavid pula pernah menakluki banyak wilyah di Asia Tengah dan Asia Selatan, menghasilkan banyak karyawan-karyawan Parsi di Afghanistan, Pakistan, India dan Asia Tengah. Tidak semua karya Parsi ditulis dalam Bahasa Parsi. Terdapat juga beberapa hasil tulisan bangsa Parsi dalam Bahasa Arab dan Bahasa Greek

Karya Parsi tertua bertarikh 650 SM, merupakan sebuah inskripsi yang dikarang ketika wangsa Achaemenid. Kebanyakan karya Parsi bertarikh selepas kedatangan Islam atau di mana bangsa Parsi telah memluk Islam. Ketika zaman pemerintahan Abasiyah, kesusasteraan berkembang dengan pesatnya. Bangsa Parsi mula menerbitkan karya dalam Bahasa Parsi dan Bahasa Arab. Sasterawan-sasterawan Parsi seperti Sa'di, Hafez, Rumi dan Omar Khayyam merupakan antara sasterawan yang terkenal di dunia dan banyak mempengaruhi dunia sastera.

Isi kandungan

[sorok]

Page 13: Tamadun Islam Sastera

1 Kesusasteraan Parsi Klasik o 1.1 Kesusasteraan Sebelum Kedatangan Islam

o 1.2 Kesusasteraan Parsi Ketika Zaman Islam

1.2.1 Puisi

1.2.2 Kisah-Kisah Pelipur Lara

2 Pautan Luar

[sunting] Kesusasteraan Parsi Klasik

[sunting] Kesusasteraan Sebelum Kedatangan Islam

Tidak banyak sastera-sastera purba Parsi yang masih ada pada hari ini. Kebanyakan sastera-sastera purba ini adalah inskripsi-inskripsi mengenai raja-raja Achaemenid seperti Darius I (522-486 SM) dan puteranya Xerxes. Karya-karya Majusi pula banyak dimusnahkan ketika peperangan tentera Parsi dengan tentera Islam. Penganut-peganut Majusi yang melarikan diri ke India ketika zaman ini membawa bersama hasil tulisan hukum-hukum Majusi seperti Avesta dan Zend. Terdapat juga beberapa karya zaman Sassanid yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab seperti karangan penyelidikan geografi dan pengangkutan ketika zaman Sassanid.

[sunting] Kesusasteraan Parsi Ketika Zaman Islam

Pada mulanya, kesusasteraan Parsi ketika zaman Islam dibayangi kesusasteraan Arab, terutamanya ketika zaman Umayyah dan awal Abbasiyah. Pada pertengahan zaman Abbasiyah, kesusasteraan Parsi mula bercambah dan akhirnya berkembang di Asia Tengah. Kelahiran semula sastera Parsi dalam Bahasa Parsi merupakan sebuah jasa sasterawan-sasterawan Parsi seperti Ferdowsi, Unsuri, Daqiqi, Rudaki dan sasterawan-sasterawan lain yang sezaman dengan mereka. Mereka menggunakan semangat nasionalisme Parsi untuk menghidupkan semula bahasa dan kebudayaan Parsi.

Memetik kata-kata Ferdowsi dalam tulisan Shahnamanya:

سی سال این در بردم رنج بسیپارسی بدین کردم زنده عجم

"Selama tiga puluh tahun, aku menahan kesakitan dan persengketaan,dengan bahasa Parsi aku memberi Ajam keghairahan dan kehidupan".

[sunting] Puisi

Kebolehan bangsa Parsi mempelbagaikan ekspresi mereka dalam tulisan menghasilkan sejumlah karangan-karangan Parsi dalam segala bidang seperti sastera, sains, atau metafizik, yang digubah dalam bentuk puisi. Oleh itu, kebolehan menghasilkan puisi merupakan syarat utama untuk

Page 14: Tamadun Islam Sastera

setiap cendiakawan Parsi. Contohnya, lebih separuh daripada hasil tulisan Ibnu Sina adalah di dalam bentuk puisi.

Hasil sastera Parsi awal dipengaruhi oleh naungan istana yang kuat, kebanyakannya adalah puji-pujian yang panjang lebar untuk raja-raja dan khalifah-khalifah yang memerintah Parsi. Tradisi mungkin bermula ketika zaman Sassanid dan diturunkan ke zaman Abbasiyah dan Samanid dan akhirnya ke dinasti-dinasti Parsi selepasnya. Bentuk puisi pujian yang teragung pula ialah Qasideh dan puisi pujian berangkap empat seperti yang digunakan Omar Khayyam dalam Rubaiyat juga terkenal.

Daripada istana-istana dan sistem naungan ini, lahirlah sebuah puisi berbentuk epik dan epik Shahnama karangan Ferdowsi adalah yang terkenal. Dengan menceritakan keagungan wira-wira dan raja-raja dalam sejarah Parsi, beliau beberapa orang sasterawan seperti Daqiqi dan Asadi Tusi memberikan golongan "Ajam" sumber kebanggaan dan inspirasi yang menolong mereka mengekalkan identiti Bangsa Iran untuk berkurun lamanya.

Pada abad ke tiga belas, lahirlah kesenian ghazal dan puisi Sufi dan mistik. Gaya ini selalunya dikenali sebagai Gaya Iraqi dan terkenal dengan kualiti liriknya yang penuh beremosi, kekayaan pola iramanya dan juga kesederhanaan gaya bahasanya. Penyair-penyair seperti Sana'i, Attar, Khaqani Shirvani, Anvari, Rumi, Saadi, Hafez dan Nezami dihormati sebagai penulis ghazal yang agung.

Dalam penulisan didaktik, Hadiqatul Haqiqah karangan Sanai dan Makhzan-ul-Asrār karangan Nezami adalah dua karya yang terkenal. Selain itu, beberapa karya Attar dan kebanyakan karya Rumi adalah tulisan didaktik. Namun begitu, karya-karya mereka ini juga turut mempunyai unsur-unsur mistik dan emosi. Kitab Bostan karangan Saadi merupakan sebuah tulisan didaktik dan merupakan tulisan didaktik Parsi yang teragung.

Selepas abad ke lima belas, sastera Parsi mula dipengaruhi dengan kebudayaan India dan gaya penulisan ini digelas Isfahani atau Safavi. Gaya ini berakar umbi ketika era Timurid dan antara sasterawannya ialah Amir Khosrow Dehlavi

[sunting] Kisah-Kisah Pelipur Lara

Kisah Seribu Satu Malam (Parsi: یکشب و merupakan sebuah karya Arab dan Parsi yang (هزارterbit di Zaman Pertengahan. Epik ini diceritakan oleh Shahrazad atau Šarzād, seorang permaisuri kerajaan Sassanid kepada suaminya yang kejam. Suaminya, Raja Shahryar merupakan raja Sassanid yang terkenal dengan kekejaman membunuh isteri-isterinya. Bagi menangguhkan niat raja Sassanid ini, permaisuri Shahrazad menceritakan kepada beliau Kisah Seribu Satu Malam yang panjang lebar ini. Cerita-cerita yang terkandung dalam epik ini dicipta oleh generasi-generasi terdahulu daripada beliau. Ketika zaman pemerintahan Khalifah Harun Al-Rasyid daripada Bani Abbasiyah, Baghdad menjadi pusat tumpuan perdagangan dunia. Pedagang-pedagang dari Parsi, China, India, Afrika dan Eropah dapat ditemukan di kota ini. Ketika zaman inilah banyak kisah-kisah pelipur lara dikumpul secara lisan dan akhirnya dibukukan. Cerita bingkai Shahrazad tampaknya ditambah ketika abad ke 14.

Page 15: Tamadun Islam Sastera

Ibn Ishaq Al-KindiDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dari Al-Kindi)Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tokoh Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi atau juga dikenali sebagai Al-Khindi (801-873). al-Kindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian dunia belajar di suatu masa. Bapanya adalah gabenor Kufa, sebagaimana datuknya sebelumnya. al-Kindi merupakan keturunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Puak ini telah menyatukan sebilangan suku-suku dan mencapai kedudukan yang berkuasa pada abad-abad Kelima dan Keenam, tetapi kehilangan kuasa pada pertengahan abad Keenam.

Pendidikan al-Kindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah, dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebatnya tidak lama kemudian merebak, dan Khalifah al Ma'mun melantiknya di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad, yang merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. (Beliau juga terkenal kerana penulisan seni khatnya yang cantik, dan pada suatu ketika pernah bekerja sebagai jurutulis kepada al Mutawakkil.)

Al-Kindi

Apabila al Ma'mun meninggal, abangnya (al Mu'tasim) menjadi Khalifah, dan al-Kindi dikekalkan dalam jawatannya, serta mengajar anak al Mu'tasim. Bagaimanapun, ketika pemerintahan al Wathiq, dan terutamanya al Mutawakkil, peluang al-Kindi' surut. Terdapat pelbagai teori-teori mengenai ini: sesetengah orang mengatakan kejatuhan al-Kindi akibat persaingan di Rumah Kebijaksanaan, yang lain pula merujuk kepada penyeksaan yang ganas oleh al Mutawakkil terhadap orang Islam yang tidak ortodoks (serta bagi bukan muslim). Malah, pada suatu ketika, al-Kindi pernah di pukul dan perpustakaannya disita buat sementara. Beliau meninggal dalam semasa pemerintahan 873 CE bagi al M'utamid.

al-Kindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Selama

Page 16: Tamadun Islam Sastera

hayat beliau (dan untuk kira-kira seabad selepas itu) beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim dan paling besar, ada akhirnya hanya diatasi oleh nama nama hebat seperti sebagai Abu Al-Nasr Al-Farabi ( Al-Pharabius ) dan Ibn Sina ( Avicenna ) . Beliau adalah dianggap sebagai ahli falsafah Arab keturunan paling agung, walaupun; sesungguhnya, beliau sering dirujuk hanyalah sebagai "ahli falsafah Arab".

Satu dari matlamat utama falsafahnya adalah untuk mengabung kesesuaian antara falsafah dan teologi alam di sebelah dan teologi spekulatif dan diwahyukan di tangan yang lain (bagaimanapun sebenarnya beliau menolak teologi spekulatif). Beliau menekankan, bagaimanapun, wahyu adalah sumber pengetahuan lebih hebat dalam sekurang-kurangnya sesetengah bidang, dan ia menjamin perkara-perkara mengenai kepercayaan yang akal pemikiran tidak boleh mendedahkannya.

Pendekatannya kepada bidang falsafah bukanlah hasil pemikiran yang asal, tetapi merangkumi penulisan Aristotelian dan (terutama) Plato baru (neo Plato). Bagaimanapun hasil kerjanya amat penting kerana ia memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani dikalangan cendikiawan Muslim. Kebanyakan apa yang kanan menjadi perbendaharaan kata falsafah piawaian Arab berasal dari al-Kindi; sesungguhnya, jika tidak kerananya, hasil ahli falsafah seperti al Farabi, Avicenna, dan al Ghazali mungkin tidak tercapai.

[sunting] Pencapaian lain

Sebagai seorang doktor, al-Kindi adalah ahli farmakologi pertama untuk menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakan daripada dadah-dadah yang terdapat pada masa itu. Sebagai satu ahli kimia yang termaju, beliau adalah seorang penentang alkimia; beliau menunjukkan kesilapan mitos yang logam asas mudah boleh diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. al-Kindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabic di kalangan orang Arabs.

al-Kindi menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, kebanyakannya sumbangannya bagi geometri (tiga puluh dua buah buku), falsafah dan perubatan (dua puluh dua buah buku setiap satu), logik (sembilan buah buku), dan fizik (dua belas buah buku). Pengarunnya dalam bidang fizik, matematik, ubat, falsafah dan muzik adalah meluas dan berpanjangan selama beberapa abad. Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga aktif dalam bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Yunani ke dalam bahasa Arab.

Kebanyakan daripada buku-bukunya, malangnya, telah hilang, bagaimanapun beberapa yang terselamat dalam bentuk terjemahan Latin oleh Gherard Cremona, dan yang lain telah ditemui dalam manuskrip Arab — yang lebih penting lagi, dua puluh empat hasil kerja beliau yang hilang telah dijumpai kembali pada pertengahan abad ke dua puluh. Sebagai contoh, misalnya, satu teks yang baru ditemui Manuskrip berkenaan Nyah Diskrip Perutusan yang Diskrip, satu wacana dalam kriptologi, merangkumi kaedah pemecahan tulisan rahsia, encipherments,

Page 17: Tamadun Islam Sastera

pemecahan tulisan rahsia bagi encipherments tertentu, dan analisis statistik dan penganalisisan statistik mengenai surat-surat dan penggabungan surat dalam Tulisan Arab.

Antara sumbangan besar Al-Khindi ialah mengenai 11 teks yang menerangkan mengenai nombor dan analisis nombor.

Al-Khindi juga menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang yang merangkumi bidang seperti berikut :-

Astronomi (16 buah) Aritmetik (11 buah)

Geometri (32 buah)

Perubatan (22 buah)

Fizik (12 buah)

Falsafah (22 buah)

Logik (sembilan buah)

Psikologi (5 buah)

Muzik (tujuh buah)

Selain itu, Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.

Page 18: Tamadun Islam Sastera

Abu Al-Nasr Al-FarabiDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar

Tokoh Abu Al-Nasr Al-Farabi ( فارابی atau dikenali sebagai Al-Pharabius di dunia barat (محمدmerupakan salah seorang pakar sains dan ahli falsafah Islam yang hebat di dalam dunia Islam pada ketika itu,beliau hidup antara tahun 870 - 950. Dia berasal dari Farab, Kazakhstan.

[sunting] Penulisan

Corbin , Henry; Hossein Nasr and Utman Yahya (1993). History of Islamic Philosophy, Keagan Paul International. ISBN 978-0710304162.

Habib Hassan Touma (1996). The Music of the Arabs, trans. Laurie Schwartz. Portland, Oregon: Amadeus Press. ISBN 0-9313...

Majid Fakhry, Al-Farabi, Founder of Islamic Neoplatonism: His Life, Works, and Influence, Oxford: Oneworld Publications, (2002), ISBN 1-85168-302-X. Trad. esp.: "Alfarabi y la fundación de la filosofía política islámica", trad R. Ramón Guerrero, Barcelona, Herder, 2003.

Christoph Marcinkowski, "A Biographical Note on Ibn Bajjah (Avempace) and an English Translation of his Annotations to Al-Farabi's Isagoge". Iqbal Review (Lahore, Pakistan), vol. 43, no 2 (April 2002), pp 83–99.

Deborah Black. Al-Farabi in Leaman, O & Nasr, H (2001). History of Islamic Philosophy. London: Routledge.

David Reisman. Al-Farabi and the Philosophical Curriculum In Adamson, P & Taylor, R. (2005). The Cambridge Companion to Arabic Philosophy. Cambridge: Cambridge University Press.

Deborah Black. Psychology: Soul and Intellect in Adamson, P and Taylor, R. (2005). The Cambridge Companion to Arabic Philosophy. Cambridge: Cambridge University Press.

Charles Butterworth . Ethical and Political Philosophy in Adamson, P and Taylor, R. (2005). The Cambridge Companion to Arabic Philosophy. Cambridge: Cambridge University Press.

Page 19: Tamadun Islam Sastera

Rafael Ramón Guerrero. “Apuntes biográficos de al-Fârâbî según sus vidas árabes”, in Anaquel de Estudios Árabes, 14 (2003) 231-238.

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn SinaDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.(Dilencongkan dari Ibnu Sina)Lompat ke: pandu arah, gelintar

Cendekiawan IslamZaman Kegemilangan Islam

Nama: Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibni Sina

Gelaran: Bapa Sejarah Sains

Lahir: sekitar 980 M atau 370 H

Wafat: 1037 M atau 428 H

Mazhab: Ismaili

Etnik: Tajik

Rantau: Parsi

Bidang:Perubatan, Astronomi, Etika, Logik, Matematik, Metafizik, Falsafah, Fizik, Sains,teologi

Karya: Alqanun fi altibb, Kitab al-Shifa, Al Najat

Pengaruh:Omar Khayyám, Ibnu Rushd, Thomas Aquinas, Albertus Magnus

Diilhami: Aristotle, Al-Farabi

Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037 M.

[sunting] Sejarah dan latar belakang

Page 20: Tamadun Islam Sastera

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

[sunting] Sumbangan

Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Page 21: Tamadun Islam Sastera

Ibnu Sina

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah, lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi

Page 22: Tamadun Islam Sastera

Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab "Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi (al-Farabi).

Page 23: Tamadun Islam Sastera

Adab Islami (Kesusasteraan Islam) belum menjadi istilah yang mengalir dikalangan para

sasterawan Arab pada zaman-zaman dahulu. Para pengkritik juga tidak menggunakan istilah ini

dalam penilaian mereka terhadap suatu karya. Hal ini adalah kerana beberapa perkara. Antara

perkara yang paling utama adalah istilah ini tidak menjadi keperluan pada zaman-zaman dahulu.

Bahasa Arab dan bangsa arab tidak dapat dipisahkan dari Islam. Bangsa Arab dan bahasanya

adalah diantara bangsa dan bahasa yang paling lama dan masih kekal setelah banjir besar

(taufan) yang berlaku pada zaman Nabi Nuh AS. Ia merupakan bahasa dan bangsa yang paling

tua dalam sejarah manusia walaupun bukan yang paling popular dan paling gemilang. Ketuaan

bahasa dan bangsa Arab ini membuatkan ramai yang keliru dan menganggap ia merupakan satu

bangsa dan bahasa yang baru lahir ketika bermulanya sejarah Muhammad SAW Rasulullah di

Mekah.

Kajian telah menemukan betapa bahasa Arab dan bangsanya telah ada begitu lama walau tidak

banyak yang sampai kepada kita pada hari ini. Menyikapi hal ini, para ilmuan membahagikan

tahapan bahasa Arab kepada dua, iaitu Arab Al-Baidah dan Arab Al-Baqiyah. Arab Al-Baidah

tidak meninggalkan apa-apa warisan kepada kita melainkan apa yang telah dikisahkan Al-Quran.

Ada peninggalan prasasti berupa pahatan namun sangat sedikit. Kaum yang paling popular

dalam tahap ini adalah ‘Ad, Tsamud dan ‘Amaliqah.

Tahap berikutnya adalah Arab Al-Baqiah yang terbahagi kepada dua iaitu Keturunan

Qahtaniyyah yang telah meninggalkan Iraq dan menuju ke Yaman. Kaum kedua adalah

‘Adnaniyyah yang merupakan keturunan Ismail Bin Ibrahim AS. Mereka tinggal dikawasan

Jurhum di Mekah hinggalah ke Yaman.

Apa yang menarik adalah bahasa Arab ketika itu memiliki banyak perbezaan dari lahjah dan

tulisan. Perbezaan berlaku antara bahasa Arab Qahtaniyyah dan bahasa Arab ‘Adnaniyyah.

Masing-masing dari Qahtan dan Adnan mempunyai pecahan kaum yang sangat banyak dan

setiap pecahan mempunyai lahjah dan tulisan mereka tersendiri. Mereka yang tidak mengetahui

hakikat ini akan mengira bahawa masing-masing kaum menggunakan bahasa mereka walhal

mereka masih lagi menggunakan bahasa Arab. Hal ini terbukti bilamana setiap kaum yang

Page 24: Tamadun Islam Sastera

perbezaan lahjah mereka umpama langit dan bumi tidak memerlukan penterjemah ketika

berkomunikasi secara langsung.