sastera lisan

Upload: cappuccino

Post on 07-Jul-2015

1.045 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

SASTERA LISAN (Rakyat)Sastera lisan ialah hasil-hasil sastera Melayu lama yang disampaikan secara lisan iaitu dipertuturkan. Sastera lisan merupakan hasil sastera yang dimiliki oleh masyarakat Melayu, disebarkan dan dituturkan daripada satu generasi ke satu generasi secara lisan. Masyarakat Melayu yang menghasilkan sastera lisan masih bersifat tradisional, ketinggalan dari segi teknologi, masyarakat yang masih mengamalkan sistem sosial yang terikat dengan semangat kerjasama dan kolektif, masyarakat yang masih statik serta tidak banyak hubungan dengan masyarakat luar. Sastera lisan merupakan hak milik bersama (kepunyaan) Bangsa Melayu. Ia hidup dalam masyarakat Melayu tradisional secara lisan atau secara dituturkan. Sebab itulah sastera lisan ini tidak diketahui nama pengarang atau penulisnya. Juga tidak diketahui bilakah ia dicipta. Sebagai sastera yang tersebar secara lisan sastera banyak mengalami perubahan dan tokok -tambah serta penyesuaian. Tokok-tambah dan penyesuaian dilakukan bagi menyesuaikan cerita tersebut dengan situasi setempat. Perubahan masa dan zaman membawa perubahan kepada corak penyebaran secara lisan. Pada masa kini, hasil -hasil sastera lisan telah dibukukan, yakni ditulis. Tradisi lisan yang mencirikan karya-karya sastera lisan telah menerima perubahan kepada bentuk bertulis. Sungguhpun, masyarakat telah mengamalkan sistem tulisan, namun tradisi lisan tetap hidup didalamnya. Sastera lisan tetap merupakan sastera lisan sekalipun telah menjadi bahan tertulis. Karya-karya sastera lisan yang telah dibukukan masih mengekalkan ciri ciri kelisannannya, malah mempunyai ciri -ciri tersendiri. Pada masa kini, kita boleh membaca cerita-cerita rakyat ini melalui buku -buku yang dihasilkan dari kemajuan media cetak.

CIRI-CIRI SASTERA RAKYAT1. Penyebaran dan pewarisnya dilakukan secara lisan walaupun ada sesetengah

bahan kesusasteraan rakyat telah diterbitkan dalam bentuk tulisan, namun asal bahan tersebut tersebar dikalangan masyarakat menerusi lisan dan masih mengekalkan ciri kelisanannya. Ada juga hasil yang masih lagi tersebar secara lisan hingga kini walaupun sebahagian ceritanya telah dibukukan.

2. Untuk mendapat bentuk yang mantap, kesusasteraan rakyat mesti hidup dalam masyarakatnya tidak kurang daripada dua generasi. 3. Wujud dalam pelbagai versi. Oleh sebab disebarkan secara lisan, unsur tokok tambah tidak dapat dielakkan , sehinggakan apa -apa yang dituturkan itu sudah menjadi satu versi yang tersendiri. Perbezaan versi ini hanya berlaku pada bahagian luarannya sahaja, namun inti patin ya tetap kekal.4. Penciptanya tidak diketahui penyebaran kesusasteraan rakyat boleh dilakukan

oleh sesiapa sahaja. Tidak ada halangan dan had untuk dituturkan. Penutur kesusasteraan juga bebas melakukan penambahan dan pengurangan atau melakukan penyesuaian jika mereka mahu. Kewujudan karya yang sentiasa berubah itu menyebabkan sudaj tidak diketahui siapa penciptanya yang sebenar. 5. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dalam bentuk tokok -tambah oleh penutur dan pendukungnya, karya tersebut sud ah menjadi milik bersama masyarakatnya. 6. Kesusasteraan rakyat yang menjadi milik bersama masyarakat secara tidak langsung juga menggambarkan segala pemikiran, perasaan, nilai dan falsafah hidup masyarakatnya. Penyataan tersebut mungkin dilahirkan secar a terus terang atau secara tersirat. 7. Oleh sebab kesusasteraan rakyat wujud dan berkembang melalui media lisan, penutur biasanya tidak berkesempatan menapis apa -apa yang dituturkan ketika berhadapan dengan pendengar atau khalayak. Oleh itu, sifatnya cuk up sederhana dan seadanya,terlalu spontan dan kadangkala kelihatan kasar. 8. Kesusasteraan rakyat juga wujud dalam bentuk tradisi tekal. Misalnya, cerita Lipur Lara mempunyai struktur plot yang sudah tetap seperti plot sebelum mengembara, semasa mengembara, sesudah mengembaradan pengakhiran yang mengembirakan. Demikian juga cerita Sang Kancil, biasanya mengandungi empat motifeme dalam struktur plot ceritanya. Cerita mitos pula merupakan cerita tentang asal usul kepercayaan sesuatu masyarakat. Dengan itu, k lasifikasi kesusasteraan rakyat adalah berdasarkan formula dan pola yang tertentu. 9. Kesusasteraan rakyat juga bersifat pralogis, iaitu mempunyai logika yang tersendiri yang mungkin tidak sesuai dengan logika umum. Oleh itu, pandangan dan tanggapan masya rakat lain tidak penting kepada pertumbuhan dan perkembangan kesusasteraan rakyat sesuatu masyarakat. 10. Kesusasteraan rakyat juga mempunyai kegunaan dalam kehidupan bersama sesuatu masyarakat.

FUNGSI SASTERA LISAN (RAKYAT)1. Sebagai Alat Hiburan 2. Sebagai Alat Mengajar dan Mendidik. Hasil-hasil sastera lisan adalah bersifat didaktif iaitu mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral kepada masyarakat tradisi.Cerita -cerita lisan ini terselit nasihat, pengajaran, teladan, yang sangat ber gunasebagai panduan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat. Misalnya anak -anak dinasihati agar tidak mengamalkan sifat tamak, takbur, sombong dan bongkak seperti mana yang terdapat pada sifat-sifat tertentu binatang dalam cerita -cerita Binatang. Melalui cerita-cerita seperti Si Tanggang anak -anak dididik agar tidak derhaka kepada kedua orang tua kerana anak yang derhaka tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat. Begitu juga dalam cerita -cerita roman,ditonjolkan sifat kesetiaan kepada pemimpin, sikap dan amalan gotong-royong,kerjasama dan tolong menolong yang banyak membawa manfaat dan keberkatan terutama dalam mengujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan sejahtera. 3. Sebagai Alat Mengkritik. Cerita-cerita lisan juga digunakan sebagai saluran un tuk membuat kritikan atau sindiran terhadap raja atau orang-orang bangsawan. Misalnya melalui cerita cerita jenaka seperti cerita Pak Kaduk,jelas menyindirkan golongan berkuasa (raja) yang bersikap zalim, tamak, pentingkan kuasa dengan mengenepikan kesejahteraan hidup rakyat jelata.Juga melalui cerita Pak Pandir,Lebai Malang, terselit unsur-unsur sindiran terhadap orang yang tamak,kedekut,gilakan kuasa dan orang-orang yang sering mengambil kesempatan atas diri orang yang lemah semata-mata untuk kepentingan nafsu dan kekayaan diri sendiri . 4. Sebagai Alat Perhubungan atau Komunikasi. Sastera lisan,terutamanya hasil-hasil karya yang berbentuk puisi menjadi alat perhubungan yang paling istimewa untuk menyampaikan hajat. Misalnya dalam adat perkahwinan, orang-orang Melayu menggunakan pantun sewaktu berkomunikasi, antara wakil pihak pengantin lelaki dengan pihak pengantin perempuan. Pantun digunakan sewaktu adat merisik berlangsung adat meminang dan ketika majlis persandingan. 5. Sebagai kata Adat, Peraturan dan Pantang larang.

Setengah kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai satu kemestian undang undang atau peraturan masyarakat yang perlu dipatuhi. Malah kata -kata tersebut menjadi pantang larang dalam masyarakat.

JENIS SASTERA LISAN (RAKYAT)Sastera lisan Melayu dapat dibahagikan kepada dua bentuk: a. b. Sastera lisan berbentuk cerita (kisah atau naratif) Sastera lisan berbentuk bukan cerita ( bukan kisah atau bukan naratif)

a) Sastera lisan berbentuk cerita (naratif) Sastera lisan berbentuk cerita ini dikenali juga sebagai cerita rakyat atau cerita lisan. Ia terdiri daripada cerita -cerita seperti berikut; I. Cerita Lipur Lara (panglipur lara) II. Cerita Jenaka III. Cerita Binatang IV. Cerita Asal usul V. Cerita Hantu VI. Cerita Teladan Termasuk dalam penggolongan berbentuk cerita ialah cerita-cerita mitos dan legenda. b) Sastera lisan berbentuk bukan cerita (Bukan Kisah atau Bukan

Naratif)Sastera lisan berbentuk bukan cerita pula sebahagian besarnya berupa puisi, antaranya; I. Pantun II. Gurindam III. Seloka

IV. Teka-teki dan Nyanyian Rakyat V. Jampi, Mantera dan Serapah VI. Pepatah dan Perbilangan Adat VII. VIII.

Ungkapan Berangkap Peribahasa, Bidalan dan sebagainya.Pantun Gurindam Seloka Teka-teki Nyanyian rakyat Mentera, jampi dan serapah Peribahasa Bahasa beirama

Cerita Lipur Lara Cerita Jenaka Cerita Binatang Cerita Asal usul Cerita Hantu Cerita Teladan

Contoh: Jenis Cerita Binatang Pengertian Dikenali juga sebagai cerita mergastua. Cerita yang mengambil binatang sebagai pelaku. Binatang diberikan sifat manusia biasa, boleh bertindak, bertutur, bertingkah laku dan hidup bermasyarakat. Karya dan Contoh Fungsi berhibur kerana mempunyai unsur -unsur lucu, pengajaran dankritikan sosial. Cerita terkenal ialah jenis epik binatang iaitu Hikayat Sang Kancil. Mempunyai peranan tertentu dalam cerita binatang Melayu.

Contohnya Kancil sebagai lambang dan kias rakyat supaya menggunakan otak, kepintaran. Sang Kancil yang kecil dapat menewaskan binatang yang besar seperti harimau, gajah dan buaya. Kepintaran sang kancil dapat juga dikalahkan oleh binatang kecil iaitu siput dan agas. Ini memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu supaya tidak sombong, angkuh dan tolong -menolong antara satu sama lain.

PERANAN SANG KANCIL DALAM CERITA BINATANG:-

Terdapat tiga peranan yang penting Sang Kancil di dalam cerita Binatang:a. Sang Kancil mengalahkan binatang yang besar: 1.

Sang Kancil membuat tipu-helah untuk melepaskan dirinya dariharimau.

2.

Sang Kancil melepaskan kaki kerbau yang digigit buaya dengan mengatakan yang digigitnya ialah kayu.

3. 4.

Sang Kancil menipu buaya untuk menyeberang sungai. Sang Kancil menipu harimau menyuruh memakai tali pinggang Nabi Sulaiman. Sebenarnya ialah ular. Sang Kancil menipu harimau dengan menyuruh meniup buluh perindu Nabi Sulaiman. Akhirnya lidah harimau terse pit dicelah batang-batang buluh yang bergeser. Sang Kancil dengan buaya. Sang Kancil dengan anjing, sang Kancil kena jerat oleh manusia dan menyatakan kepada anjing tidak hendak kahwin dengan anak gadisnya. Sang Kancil menipu harimau d engan mengatakan tahi kerbau adalah santapan Raja Nabi Sulaiman. Sang Kancil menipu harimau menyuruh harimau memukul sarang tebuan. Sarang tebuan itu ialah gong Nabi Sulaiman.

5.

6. 7.

8.

9.

Ini menunjukkan Sang Kancil boleh menggunakan otaknya untuk melepaskan diri dari ancaman binatang-binatang besar. Watak Kancil ini lambang dan kiasan kepada rakyat jelata supaya menggunakan otak, fikiran dan kepintaran apabila membuat sesuatu. Jika dilihat dari segi fizikal, manalah Kancil yang kecil dapat mengalahkan binatang besar. Ini dapat menunjukkan betapa pintarnya Sang Kancil jika dibandingkan manusia.b. Sang Kancil memainkan peranan sebagai hakim:

1.

Sang Kancil dapat menyelesaikan perkelahian antara seorang saudagar dengan bapa kanak-kanak. Perbalahan ini berpunca dari kanak-kanak yang menjadi sihat kerana tercium masakan si kaya.Sang Kancil telah mendamaikan pergaduhan antara kambing dengan harimau. Sang Kancil telah menyelesaikan perbalahan seorang peminjam yang tidak mahu mengembalikan beliung. Dikatakan beliung habis dimakan bubuk. Sang Kancil telah melumurkan badannya dengan abu. Bila Nabi Sulaiman bertanya kenapa begini, ia mengatakan sewaktu hendak mandi sungai terbakar. Dengan itu badannya penuh abu. Nabi Sulaiman tidak percaya kata-kata si peminjam yang mengatakan beliungnya dimakan bubuk. Sang Kancil telah mendamaikan raja kera dengan raja gajah yang merebut kuasa. sang kancil dapat menyelesaikan persengketaan dikalangan rakyat.

2.

3.

4.

5.

Dalam bahagian ini bentuk kritikan dan kias yang digunakan berdasarkan perbuatan binatang. Tujuannya memberi kritikan kepada manusia supaya sedar akan kelemahan yang sebenarnya. Mengapa pula binatang yang kecil dapat mengatasi perbalahan manusia sedangkan manusia adalah kejadian yang paling istimewa daripada yang lain.c. Sang Kancil dikalahkan oleh binatang kecil: 1. 2. 3.

Sang Kancil berlawan lumba lari dengan siput.Sang Kancil dikalahkan oleh agas. Sang Kancil dengan bangau.

Ini adalah pengajaran moral kepada masyarakat. Seseorang itu walaupun mempunyai fikiran yang bijak, cerdik tetapi janganlah berlagak sombong, lupa daratan, seperti pepatah Sepandai-pandai tupai melompat akhirnyajatuh jua. Ini merupakan kritikan, sindiran dan berupa kiasan kepada Kancil kepada mereka yang kaya dan tinggi diri. Ada masanya sesekali akan tertipu juga.

Cerita Metos: Definisi: Cerita mitos merupakan sekumpulan cerita yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Biasanya memperkatakan kisah dewa dewi

dan manusia agung berhubung dengan asal usul raja, tempat, kedatangan Islam yang dianggap aneh dan menakjubkan. Cerita mitos merupakan kepercayaan kerana ianya dianggap benar-benar berlaku kerana mempunyai hubungan dengan kepercayaan sesuatu agama, misalnya cerita tentang Tuhan, dewa dan Nabi. Fungsi:

Dapat menerangkan perasaan ingin tahu manusia terhadap sesuatu kejadian alam yang tidak terjawab melalui pemikiran biasa. Berfungsi menghubungkan manusia dengan kuasa yang agung- yang diluar daripada batas-batas kehidupan manusia biasa. Sebagai alat kawalan sosial. Sebagai alat pendidikan, untuk pengajaran dan contoh teladan. Andrew Lang- Peranan metos adalah untuk menerang sebab dan akibat sesuatu keladian itu. Ahli antropologi- Untuk memberi pengesahan atau pendokongan terhadap sesuatu institusi sosial. Memberikan hiburan kepada pendengar-pendengar tentang asal-usul kejadian sesuatu yang terdapat dalam kehidupan mereka.Ciri-ciri: Cerita metos dianggap sebagai cerita rekaan tetapi masyarakat tradisional mempercayai yang cerita metos itu benar-benar berlaku. Cerita metos dari segi isi dan tema, adalah dihubungkan dengan asa usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang, manusia, asal usul nama tempat, asal usul keturnan raja dan lain-lain lagi. Setiap asal usul itu dikaitkan degan pelbagai peristiwa dengan keadaan yang luar biasa tetapi dipercayai benar-benar berlaku. Bagi masyarakat Melayu tradisional, cerita metos adalah suci dan mulia serta berlawanan kepada sifat duniawi. Cerita metos adalah certa tentang dewa dewi dari kayangan dan dipercayai ada kaitan dengan unsur keagaman, bersifat suci dan kudus. Banyak pantang larang dikenakan dalam hal mematuhi cerita metos. Kalau dipatuhi pantang larang itu mendapat kebaikan dan kekurniaan. Jikalau dilanggar maka mala petaka anak menimpa.

Latar masa cerita metos adalah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman animisme. Semua masyarakat Melayu lama percaya pada kepercayaan animisme. Latar tempat cerita metos berlaku di dunia luar, di dunia kayangan dan di dasar laut. Latar trmpat sejarah juga terdapat dalam cerita metos. Misalnya, metos asal usul negeri Melaka sebagaiman yang digambarkan dalam sejarah Melayu mengambil latar tempat sejarah. Latar tempat di dasar laut pula melalui metos dinasto seperti yang digambar dalam sejarah Melayu iaitu seorabg daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain memasuki dan melawat negeri bawah laut bernama Dika. Beliau berkahwin dan mendapat tiga orang anak di negeri bawah laut itu. Anak-anak bagindalah kemudiannya menjadi raja diPalembang, Singapura dan akhirnya menjadi raja negeri Melaka. Watak: Watak-watak dalam cerita metos pula terdiri daripada Tuhan dan dewa-dewi sebagai watak-watak bukan manusia. Dalam cerita metos juga terdapat watak manusia dan binatang. Beberapa contoh dapat dilihat di dalam teks Sejarah Melayu. Umpamanya nama SamuderaPasai berasal daripada semut besar.Nama ini diperoleh daripada peritiwa seekor anjing bernama Si Pasai yang menyalak bukit kerana nampak semut sebear kucing. Sempena dengan peristiwa yang luar biasa ini maka Sultan Malikul Salleh membuka sebuah negeri baru yang dinamakannya Samudera-Pasai. Melalui metos nama tempat ini, watakwatak yang terlibat melibatkan watak manusia dan bukan manusia iaitu watak Malikul Salleh, anjing dan semut besar. Peranan: Cerita metos memainkan peranan yang tersendiri dalam masyarakat Melayu lama. Pertama, ia berperanan menggambarkan serta memuliakan golongan raja. Golongan raja dianggap memiliki kuasa yag luar biasa serta taraf mereka disamakan dengan golongan dewa-dewi. Contohnya asal usul raja-raja, pengislaman raja serta pembukaan negara kota. Cerita-cerita ini dapat dilihat dalam teks Sejarah Melayu, Hikayat Si Miskin, Hikayat Hang TUah dan Hikayat Merong Mahawangsa. Misalnya dalam teks Sejarah Melayu, kemasukan

agama Islam dapat dilihat melalui peristiwa Raja Kecil Besar diislamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam mimpinya. Ia juga memainkan peranan sebagai mengeritik serta menyindir sikap golongan raja yang zalim dan buruk tingkah lakunya. Umpamanya melalui metos alegori peristiwa Singapura diserang ikan todak. Peristiwa itu sebenarnya menyindir kezaliaman raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib yang telah dengan tidak sengaja menilik pohon pinang hingga terbelah dua di hadapan raja pemaisuri. Ekoran sikap zalim itu, maka Singapura menerima bala dan bencana serangan todak. Struktur metos: Ceruta metos mempunyai tema dimana ianya selalu membawa tema alam semesta. Gaya bahasanya pula menggunakan bahasa melayu kelasik dengan unsure-unsur agama, perulangan, penggunaan ayat-ayat panjang dan juga simile. Selain daripada itu latar juga ada dimasukkan seperti latar masa, contohnya masa Hindu dan Islam. Latar tempat pula selalu menyatakan di bumi nyata dan dunia lain. Watak dan perwatakannya pula terdiri daripada Tuhan dan Nabi-Nabi, makhluk, Dewa dan Binatang. Unsur-unsur ynag selalu digunakan dalam cerita metos ialah unsure dongeng dan fantasi, unsure Islam, unsure animisme dan unsure Hindu. Kupasan petikan cerita: Tajuk : Hikayat Merong Mahawangsa. Kononnya di negeri Perak terdapat seorang nakhoda bernama Kasim. Dia telah memperisteri seorang wanita keturunan sakai putih. Pada satu hari berlakulah banjir di negeri Perak. Banjir itu telah membawa buih yang sangat banyak ke tempat permandian isteri Nakhoda Kasim. Lalu buih itu berkumpul sebesar gajah. Nakhoda Kasim pula membuangnya sedikit demi sedikit buih itu dengan menggunakan galah. Alangkah terperajnjatnya apabila Nakhoda Kasim menemui seorang budak perempuan yang cantik rupa parasnya di dalam buih itu. Lalu diambilnya dan dijadikan anak angkatnya dengan diberi namaTan Putih.CERITA PENGLIPUR LARA

DEFINISI:

Menurut Dr. Ismail Hamid dalam bukunya Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Penglipur membawa maksud penghibur, manakala Lara pula bermaksud duka atau kesedihan hati. Daripada cantuman dua kata Penglipur dan Lara membawa pengertian cerita yang menghiburka n orang dalam kesedihan atau dukacita. Cerita Penglipur lara dikenali juga sebagai folklore. R.O Winstedt menamakan penglipur Lara sebagai roman rakyat (flok ramances). Cerita Penglipur Lara ialah cerita-cerita roman yang mengandungi unsur adventure. Biasanya cerita berlegar di sekitar golongan istana atau golongan -golongan putera-puteri, cerita raja dengan segalagambaran keindahan, kemewahan, kesaktian serta kejadian -kejadian yang luar biasa (supernatural). Cerita Penglipur Lara terkenal di kalan gan masyarakat Melayu kerana cerita -cerita ini mempunyai keunikan dan keistemewaan yang tersendiri. Keunikkan itu jelas dilihat dari segi ceritanya, penutur atau tukang cerita dan cara persembahan cerita tersebut. Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Pen gliur Lara dikenali sebagai Kaba.Mengikut kajian tukang -tukang cerita atau penutur cerita Penglipur Lara ini terdapat dua golongan iaitu Tukang cerita profesional dan amatur. Cara penyampaian menggunakan kepakaran mereka tersendiri. Contohnya dengan gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi persembahan menggunakan alat -alat muzik yang serdahana seperti rebab, biola dan sebagainya. Selain itu ada juga tukang cerita yang menyampaikan cerita dalam bentuk prosa lirik. CIRI-CIRI CERITAPENGLIPUR LARA Cerita penglipur lara yang kita dapati melalui kajian terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana ciri-ciri ini dilihat dari segi tema, malah cerita penglipur lara ini juga berpusat di kalangan putera-puteri Raja serta cerita ini mempunyai ciri -ciri berbentuk prosa dengan selingan puisi.DARI SEGI TEMA

Dalam keseluruhan cerita Penglipur lara ini bertemakan percintaan antara wira dengan wirawati. Percintaan mereka ini dikaitkan dengan pengembaraan sang wira dalam mencari pasangan mereka (wirawati) disebabkan oleh hal-hal yang tertentu. Dalam masa pengembaraan inilah pelbagai persoalan yang timbul untuk mengembangkan lagi suasana sesebuah cerita Penglipur lara dan dalam masa yang sama menarik minat para pendengar untuk mengetahui kisah selanjutnya. P ersoalan yang biasa diutarakan ialah mengenai persoalan peperangan, kesaktian, kehebatan, kemewahan dan kegagahan ditonjolkan dalam cerita Penglipur lara. Halangan dan rintangan yang dihadapi oleh sang wira akandapat diatasi dengan mudah dengan pertolong an benda-benda sakti atau senjata sakti seperti yang berlaku di dalam cerita -cerita Penglipur lara. Selain daripada itu juga para wira sendiri juga memiliki kesaktian dan kegagahan mereka tersendiri untuk mengatasi segala rintangan serta halangan unutuk be rjaya dan mencapai hajat wira.

Penyelesaian cerita-cerita Penglipur lara biasanya mereka hidup bahagia bersama wirawati (happy ending).CERITA BERPUSAT DI KALANGAN PUTERA-PUTERI RAJA

Perkembangan cerita-cerita Penglipur lara ini berkisar di sekitarist ana yang mengisahkan tentang wira dan wirawati dari kalangan putera -puteri raja. Latar cerita yang di cipta kebanyakannya hidup dalam alam fantasi (khayalan), di mana dunia kayangan digambarkan dengan dewa -dewi dan pari-pari yang dikatakan terletak di langit. Dunia yang dihuni oleh manusia terletak di bumi. Disinijelas nyata dapat kita lihat bahawa hubungan kedua -dua alam ini tiada batasannya. Dalam cerita-cerita penglipur lara , keturunan raja -raja khasnya wira dan wirawati dikaitkan asal usulnya dari keturunan dewa-dewi dari kayangan. Malah sering kita jumpa dalam cerita Penglipur lara dimana wira mendapat bantuan atau kesaktian setiap kali menghadapi musuhnya.BENTUK PROSA DENGAN SELINGAN PUISI

Keseluruhan cerita Pemnglipur lara disampaikan dalam b entuk prosa iaitu karangan yang tidak berangkap, tetapi jika berhadapan dengan Penglipur lara itu sendiri, ia di dengar seperti puisi kerana pencerita akan melagukan agar sedap di dengar serta menarik minat pendengar.FUNGSI-FUNGSI PENGLIPUR LARA

Berfungsi sebagai alat hiburan Cerita-cerita Penglipur lara memainkan peranan penting sebagai alat hiburan bagi masyarakat melayu tradisi, khasnya dikalangan rakyat jelata kerana isis ceritanya mempunyai cerita yang indah-indah dan menyeronokkan dan ianya dapat memberi suatu kepuasan yang menghiburkan. Isi cerita Penglipur larajuga dijadikan sebagai suatau perlarian bagi golongan rakyat jelata yang miskin dan hidup dikelingi penderitaan kerana isis cerita Penglipur lara amat menonjolkan unsur -unsur kemewahan yang indah. Dengan ini mereka dapat melarikan diri seketika daripada kenyataan hidup yang sebenar. Berfungsi sebagai alat pengajaran dan pendidikan moral Cerita-cerita Penglipur lara kaya dengan unsur -unsur moral dan etika yang dapat dicontohi oleh masyarakat. Nilai-nilai moral dan etika yang jelas dalam cerita Penglipur lara ialah :

i)

SIFAT HORMAT KEPADA IBU BAPA DAN ORANG TUA.

Wira dan wirawatitidak pernah menentang kehendak ayahanda bonda, walaupun adakalanya perintah tersebut begitu sukar dan membahayakan, malah mereka akan meminta izin terlebih dahulu daripada ayahanda bonda mereka sebelum keluar mengembara.

ii)

SIFAT TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN (RAJA)

Dalam cerita Penglipur lara ini jelas tergambar tentang raja yang mempunyai perasaan penuh tanggungjawab terhadap keluarga dan negerinya.

iii)

SIFAT-SIFAT PATRIOTIK DAN CINTAKA TANAH AIR

Sifat ini jelas tergambar dalam episod peperangan. Raja, pembesar mahupun rakyat jelata masing-masing tidak akan mudah menyerah kalah, berganding bahu mempertahankan negeri mereka daripada serangan luar dan sanggup mengorbankan nyawa mereka dengan berlawan bermati -matian hingga ke titisan darah yang terakhir. iv) HUBUNGAN HARMONI DAN MESRA ANTARA GOLONGAN RAJA DAN RAKYAT Kemersaan hubungan anatara golongan istana dengan rakyat jelata jelas tergambar ketika upacara tertentu diadakan di istana, misalnya ketika malis perkahwinan dan kenduri kendara di istana. Semua golongan rakyat datang beramai -ramai dari berbagai lapisan masyarakat, kecil besar, tua dan muda. Ini jelas seperti yang tergambar melalui petikan puisi di bawah; Yang capik datang bertongkat, Yang buta datang berpimpin, Yang pekak datang bertanya, Yang kurap mengekor angin. V) BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA DAN KEPADA MEREKA YANG TIDAK BERNASIB BAIK Sifat ini jelas nyata terdapat dalam watak Si Kembang Cina atau Bujang Selamat. Selain itu kedua -dua watak ini melambangkan kesetiaan dan watak watak pekerja yang bekerja dengan penuh dedikasi dan memberi sepenuh komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya.

iv)

SIFAT BERDIKARI DAN MENCARI UNTUNG

Sifat ini selalu saja terdapat dalam watak wira dan wirawati di mana mereka akan berdikari sehingga mereka berjaya mencapai apa yang dihajati. Selain itu wira dan wirawati sendiri juga pandai mencari untung dalam apa jua yang mereka lakukan.PERANAN CERITA PENGLIPUR LARA

Sering diperkatakan bahawa Penglipur lara adalah sebagai hiburan, pendidikan dan menganggungkan raja. Oleh kerana tidak terdapat pendidikan secara formal dalam masyarakat Melayu dahulu, maka cerita cerita penglipur lara menjadi ruang untuk mendidik anggota masyarakatnya dengan nilai -nilai moral yang baik. Perbuatan dan sikap yang baik akan dapat ganjaran yang baik, manakala yang jahat akan tewas. Sikap yang negatif seperti tidak bertanggungjawab akan membawa kesan yang buruk dalam sesebuah keluarga dan masyarakat.WATAK DAN PERWATAKAN

Watak dan perwatakan dalam ceruta Penglipur lara i ni terbahagi kepada tiga golongan iaitu : i) WATAK UTAMA (PROTAGONIS)

Watak ini dipegang oleh wira dan wirawati yang terdiri dari kalanagan anak -anak raja. Watak utama diwarnakan dengan warna putih iaitu watak baik da mempunyai segala kelebihan, keistemewaan dan keberanian yang tidak terdapat di kalangan kebanyakkan orang. Peranan watak utama iaitu wira akan mengembara dengan tujuan yamg tertentu. Disini jelas diperlihatkan wira akan menghadapi berbagai -bagai halangan, rintangan, kesusahan dan se bagainya, tretepi semuanya akan berakhir dengan kejayaan di atas kepintaran, kebijaksanaan dan kegagahan yang mereka miliki. ii) WATAK PEMBANTU

Biasanya watak ini terdiri dari kalangan rakyat biasa yang menjadi pembantu, pengasuh, pengiring pada w atak utama sam ada pada watak utama sama ada pada watak wira atau watak wirawati seperti nenek kebayan, Kembang Cina dan bujang selamat yang menjadi pembantu dalam tindak tanduk watak utama. iii) WATAK JAHAT (ANTAGONIS) Gambaran mengenai watak jahat ini terdiri dari watak yang menjadi penghalang kepada watak utaa dalam mencapai sesuatu tujuan dan sering menimbulkan masalah kepada watak utama. Watak ini di anggap sebagai musuh jahat kerana sering menaruh niat buruk , sering menimbulkan pergaduhan dan peperangan.STRUKTUR ISI CERITA PENGLIPUR LARA

Cerita-cerita penglipur lara tiada banyak bezanya kalau kita lihat ianya terbahagi kepada tiga bahagian. Dimana dalam cerita ini terdapat permulaan cerita, kemudian bahagian pengembaraan. Dan dalam bahagian pengembaraan, disini kita dapati sesebuah cerita itu terus berkembang kekemuncaknya serta bahagian akhir sekali ialah penamat cerita. Manakala dalam bahagian akhir ini cerita akan mula menurun dan berakhir dalam dua ketogeri samaada menemui kebaha gian atau berakhir dengan kesedihan. Di bawah ada diterangkan bagi setiap bahagian.

i)

Bahagian awal:

Disini akan diceritakan tentang kisah sebelum pengembaraan wira. Bahagian awal dimulakan dengan perkenalan tentang kelahiran wira , kehidupannya sewaktu kecil disertakan dngan latar belakang kehidupan keluarga wira. Dalam bahagian ini juga diceritakan tentang kejadian yang luar biasa berlaku semasa wira dilahirkan seperti kelahiran wira yang disertai dengan hujan, ribut, kilat, peti r, serta suasana alam yang luar biasa. Kadang-kadang ada wira yang lahi dengan barang -barang yang ajaib serta kesaktian. ii) Bahagian pengembaraan:

Seperti yang dinyatakan mula-mula tadi di mana, disinilah bermulanya perkembang cerita sehingga menuju ke kemuncak cerita. Dalam cerita Penglipur lara ini diterangkan sebab-sebab wira keluar dari istana dengan tujuan -tujuan yang tertentu. dalam pengembaraan inilah wira menghadapi pelbagai halang dan rintangan seperti terpaksa berlapar, tiada tempat tidur, merentasi hutan belantara dengan segala cabaran yang menguji kesabaran serta kesusahan yang terlebih dahulu dideritai. Peperangan juga berlaku di antara watak wira dan watak jahat yang untuk menghalang wira mencapai hajat mereka dengan cepat . Di samping itu disisipkan juga unsur-unsur percintaan dan perkahwinan wira dengan puteri -puteri raja negeri yang disinggahi. iii) Bahagian akhir:

Setelah berhempas pulas untuk mencapai apa yang dihajati, akhirnya wira pun mencapai kejayaan. Sebaik saja hajat dan tujuan yang diharapkan telah berjaya diperolehi wira pun kembali semula ke istana, membawa isteri atau isteri -isterinya dan hidup aman bahagia dengan segala kebesaran dan kemegahan memerintah kerajaan yang besar. KUPASAN PETIKAN CERITA

Pergolongan cerita: Karya di atas tergolong cerita penglipur lara Melayu. Ringkasan cerita:y

Sebelum pengembaraan:

Mengisahkan latar keluarga watak utama iaitu malim deman, putera Raja Malim Dewa yang memerintahkan di negeri bandar muar. Bonda Malim Deman ialah Tuan Puteri Lindungan Bulan. Malim Deman mempelajari ilmu dunia dan akhirat sehingga ia menjadi seorang yang perkasa dan bijak dalam semua hal. Kemudian diceritakan Malim Deman bermimpi bertemu dengan seorang tua, berpakaian serba putih, berjanggut panjang dan menyuruh Malim De man pergi ke hulu sungai muar kerana di sana ia akan bartemu dengan bakal isterinya. Setelah mendapat mimpi demikian, malim deman memohon keizinan daripada kedua ayahanda dan bondanya untuk keluar mengembara.

Dalam masa pengembaraan:Semasa mengembara, Malin Deman diiringi oleh Bujang Selamat dan anjing perburuannya. Mereka semua telah mati kerana tidak tahan memderita mengharungi hutan belantara yang tebal, onak duri yang menyakitkan, mengahadapi kekurangan bahan-bahan makanan dan berpanas dan berhujan. Hanya Malin Deman yang berjaya sampai ke taman nenek kebayan, tempat Tuan Puteri dari kayangan turun mandi dan bermain. Bagi mendapatkan Puteri Bongsu, Malim Deman menyamar sebagai pengail dan berjaya mencuri baju layang tuan puteri. Pu teri Bongsu tidak boleh pulang semula ke kayangan kerana baju layangnya hilang. Dengan

pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman dikahwinkan dengan Puteri Bongsu dan mereka pulang ke Bandar Muar. Malim Deman terpaksa membuat pengembaraan kali kedua bagi men urut isterinya dan puteranya yang membawa diri ke kayangan kerana kecewa dengan perbuatan Malim Deman yang melupakan tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Malin Deman asyik berjudi, menyabung ayam dan bermersa dengan si Kembang Cina menyebabkan puteri Bongsu merajuk hati. Puteri bongsu berhasil mendapatkan baju layang dan bersama dengan puteranya ia kembali ke pangkuan ayahanda bondanya di negeri kayangan. Malim Deman merantau mencari cara bagaimana untuk ke kayangan. Dengan pertolongan puteri Terus Mata, Malim Deman berjaya meminjam borak milik anak raja jin itu terbang ke kayangan. Di kayangan Malim Deman terpaksa menyamar dan kemudiannya bertarung mengadu kekuatan dan kesaktian dengan Mambang Molek, tunang Puteri Bongsu dalam satu sayembara yang diadakan. Selepas pengembaraan:

Malim Deman berjaya memujuk Puteri Bogsu dan membawa pulang istana dan puteranya ke istana. Sebelum itu, Malim Deman berkahwin dengan Tuan Puteri Terus Mata. Malim Deman membawa isteri-isteri dan puternya kembali ke istana. Mereka hidup aman dan berbahagia serta memepunyai kerajaan yang besar. Cerita berakhir dengan happy ending kebahagiaan watak utama. Peranan watak dan sifat watak Watak utama:

Watak wira:Sifat anak raja yang memiliki rupa paras yang cantik, gagah berani, bijak serta kesaktiaan yang luar biasa. Malim Deman berjaya mengalahkan Mambang Molek. Berjaya ke kayangan dengan menggunakan borak. Memiliki kerajaan yang besar dan ramai rakyat jelata. Bijak dalam bertindak seperti m enyamar dan mencuri baju layang Puteri Bongsu untuk mendapatkan puteri itu.

Peranan watak:Sebagai anak raja yang mengembara kerana mencari isteri seperti yang diperolehi dari alamat dalam mimipinya. Terpaksa mengembara dalam mencapai tujuan dan hajat. Berjaya mengalahkan musuh Mambang Molek sebelum berjaya membawa isterinya. Berkahwin dengan Tuan Puteri terus Mata. Watak wirawati:

Seorang puteri dari kayangan. Sangat cantik dan gilang gemilang wajahnya. Kecantikan tuan puteri tidak ada tolok bandingnya. Puteri bongsu bersama saudara saudar yang lain (tujuh beradik semuanya) turun mandi dan bermain di taman nenek kebayan. Baju layangnya dicuri oleh pengail menyebabkan ia tidak boleh kembali ke kayangan lagi. Puteri bongsu menjadi isteri Malim Deman dan mendapat seorang

putera. Tuan Puteri kecewa dengan sikap Malm Deman, menyebabkan ia merajuk dan membawa hati kembali ke kayangan den gan hati yang luka. Di kayangan, Tuan Puteri Bongsu bersetuju berkahwin dengan Mambang Molek, bekas tunangannya tetapi berjaya diselamtkan oleh Malim Deman setelah menewaskan Mambang Molek. Bersama puteranya, ia bersetuju kembali ke pangkuan suaminya dan k embali ke istana di negeri Bandar Muar. Hidup berbahagia bersama putera dan suaminya. Watak pembantu:

Terdiri daripada Bujang Selamat, Nenek Kebayan dan si Kembang Cina. Bujang Selamat adalah pembantu kepada wira iaitu Malim Deman. Peranan Buja ng Selamt sebagai pengasuh, pengiring Malim Deman ke mana sahaja Malim Deman pergi, serta menumpukan sepenuh taat setia kepada tuannya. Nenek Kebayan juga berperanan sebagai pembantu kepada Malim Deman terutama dalam mencapai sesuatu hajat. Nenek Kebayan lah yang membantu dan memberi perlindungan kepada Malim Deman sewaktu Malim Deman sampai ke tanamnya. Nenek Kebayan juga yang mengahwinkan Malim Deman dengan Puteri Bongsu serta memberitahu Malim Deman bagaimana caranya ke kayangan. Dengan pertolongan Nenek Kebayan, Malim Deman berhasil berjumpa dengan Tuan Puteri Terus Mata dan seterusnya meminjam borak ke kayangan. Si Kembang Cina: seorang pengasuh perempuan yang memiliki wajah yang cantik. Malim Deman asyik dan leka dengan Si Kembang Cina, menyebabkan Tuan Puteri Bongsu merajuk dan membawa diri. Watak jahat (antagonis): Watak jaht terdiri daripada mambang Molek tunangan Tuan Puteri Bongsu di kayangan. Watak jahat ini berperanan sebagi musuh kepada musuh kepada wira sebelum Malim Deman berjaya membawa isteri dan puteranya, Malim Deman terlebih dahulu mesti menetang Mambang molek. Watak jahat ini dapat dikalahkan. Gaya bahasa: Dalam hikayat Malm Deman terdapat penggunaan pantun, gurindam dan bahasa berirama.

Contoh gurindam:Awak tua bandar terbuka Emas habis dagangan mudah, Kerbau kambing sesak di pandang, Itik angsa tenang kuala, Merpati lindungan langit, Rengkiang tujuh sejanjar, Teman dengan sekerat kota, ............................ (Hikayat Malim Deman hal. 2)

Contoh pantun:Tetak seranting buatkan kolek, Buat pagar bunga di taman, Tuanku putera yang kecil molek, Puter Tuanku Malim Deman. Buat pagar bunga di taman, Ikat dengan rotannya getah, Putera Tuanku Malim Deman, Seisi negeri menjunjung duli.

Contoh perumpamaan:Bagai pucuk dilancarkan, Bagai kumbang putus tali, Penig kepala bagai dibaji, Sakit hati bagai digunting.

Hasil: Dorothy

CERITA BINATANG DEFINISI: Cerita binatang melayu adalah merupakan sastera rakyat(sastera lisan) yang disampaikan atau disebarkan secara lisan dari satu generasi kepada generasi yang akan datang. Cerita binatang ini dipercayai cerita tertua,sama usianya dengan cerita asal usul. Cerita binatang ialah hasil sastera lisan yang diwarisi daripada masyarakat manusia sejak zaman purba semasa manusia masih lagi hidup di gua-gua. Adapun cerita binatang ini sukar untuk menentukan tentang asal usul cerita binatang itu yang sebenarnya. Cerita-cerita binatang melayu mengambil binatang sebagai watak utama yang dipersonafikasi,binatang diceritakan dan berinteraksi dengan manusia. Semua sifat yang dimiliki oleh manusia biasa dimiliki oleh binatang dalam cerita-cerita binatang melayu seperti bercakap,menipu,berbincang,berfikir dan se bagainya. Dalam cerita-cerita tersebut terdapat kisah yang berlaku antara binatang sesama binatang dan terkadang-kadang lakonannya terjadi antara binatang dengan manusia. Watak manusia dalam cerita-cerita binatang melayu hanya sebagai watak sampingan sahaja. Watak-watak yang lazim digunakan ialah pelanduk,buaya,gajah,harimau,

Anjing,ular,arnab,kura-kura,musang,haling,ayam,burung bangau,kambing,lembu dan kerbau. Sebahagian daripada cerita binatang itu bercorak mitos yang membicarakan tentang asal usul binatang. Cerita binatang juga mengisahkan tentang konflik antara binatang dengan binatang atau antara binatang dengan manusia. Cerita binatang melayu memberi gambaran bahawa walaupun binatang yang kecil dan lemah dapat mengalahkan binatang yang besar dan kuat dengan menggunakan akal fikiran yang dapat menjadi senjata untuk menentang binatang yang besar dan kuat itu. FUNGSI: Cerita binatang untuk mengisikan waktu dan menghiburkan hati,pada masa kini cerita binatang adalah cerita yang menjadi kegemaran dalam masyarakat sederhana khususunya di kalangan kanak-kanak dan kini cerita binatang ditulis menjadi bahan bacaan yang diminati oleh kanak kanak. Selain itu cerita binatang juga digunakan sebagai mengajar,mendidik,mnyindir atau mengkritik masya rakat melayu tradisional. Tujuan-tujuan ini disampaikan dalam bentuk kiasan,sindiran dan lambang. Tetapi yang nyata,cerita -cerita binatang melayu berfungsi sebagai kritikan social yang disamapaikan secara kiasan atau lambang kepada binatang. Kadang-kadang disampaikan secara gurauan tetapi tepat pada sasarannya. Ada juga cerita binatang yang menunujukkan kebodohan,dan kemalasan manusia untuk menyuruh menyedari dan memperbaiki diri dikiaskan kepada binatang. Pada masa dahulu cerita-cerita binatang ini pernah digunakan untuk mengajar anak-anak raja atau anak-anak pembesar istana. Oleh kerana kesukaran untuk menyampaikan pengajaran itu secara terus terang,maka pengajaran itu diberikan secara halus melalui cerita -cerita binarang yang bercorak simbolik. Tujuannya untuk memberikan petujuk dan nasihat kepada kenak-kanak secara halus dan tidak langsung. CORAK CERITA BINATANG. Iaitu:Epos Binatang. Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai Sang Kancil yang

mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain yang lebih besar daripadanya. Cerita Asal Usul. Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing,kenapa kepala katak mendongak ke atas dan lain-lain lagi. Cerita Sambut-bersambut Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak watak binatang yang banyak,misalnya cerita mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa yang melahirkan irama yang menarik. Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiaran terhadap tingkah laku manusia. Sebagai kesimpulan cerita binatang ini banyak memberi pengajaran kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan cuba mentafsir kan makna tersirat melalui cerita-cerita itu. Melalui cerita binatang inilah perlakuan serta perangai manusia sama ada manusia besar(gajah,harimau,buaya,kerbau) manusia kecil(kura -kura,semut,agasagas,arnab) manusia cerdik(kancil,pelanduk) dan manusia bodoh(lembu,anjing) dapat dibentuk dan mendatagkan keinsafan kepada keperibadian manusia itu sendiri. KUPASAN CERITA BINATANG. Contoh cerita untuk mengkritik orang yang bersikap tamak,ialah: Anjing dan bayang-bayang. Melalui cerita ini,pada suatu hari watak utamanya,seekor anjing telah terjumpa seketul tulang. Anjing itu menggongong tulang itu dan berjalan melalui sebatang sungai.Ia terlihat ada anjing lain di dalam sungai itu menggongong tulang juga,anjing itu berasa marah lalu membuka mulut hendak merampas tulang itu dari mulut anjing di dalm sungai itu sedangkan anjing itu refleksi bayang-bayangnya sendiri. Apabila anjing itu membuka mulut,maka tulang yang ada di dalam mulut jatuh ke dalam

sungai itu. Akibatnya anjing itu terlepas untuk merasai kenik matan yang ada pada tulang yang digonggongnya,malahan memperolehi kerugian. Contoh cerita untuk mengkritik orang yang tidak jujur: Helang dengan Ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam dengan Si Helang sebenarnya bersahabat baik tetapi kemudiannya bermusuhan apabila si Ayam tidak mahu memulangkan jarum sakti kepunyaan Si Helang. Akibatnya Si Helang berasa marah dan menyimpan dendam terhadap Si Ayam sampai ke hari ini. Itulah sebebnya Si Helang suka menagkap dan makan ayam. Melalui cerita ini,Si Ayam diumpamakan sebagai manusia yang tidak jujur terhadap temannya. Dan Si Helang pula diumpamakan sebagai manusia pedendam yang tidak mahu memaafkan kesalahan temannya.

Hasil: Md Rozaidee

CERITA JENAKA MELAYU. DEFINISI DAN CIRI-CIRICerita Jenaka Melayu adalah salah satu daripada Sastera Rakyat. Setiap bangsa di muka bumi ini mempunyai cerita-cerita jenaka dalam kesusasteraan lisan mereka. Cerita-cerita tersebut dikenali dengan istilah-istilah sepertiMerry tales, tall tales, droll tales dan lain lain. Cerita-cerita jenaka yang terdapat di seluruh dunia bukan sahaja mempunyai persamaan pada motif atau isi ceritanya, tetapi juga dalam maksud dan bentuk ceritanya. Semua cerita jenaka itu mempunyai maksud hiburan, petunjuk, sindiran, seperti yang terdapat pada cerita-cerita binatang.

Gambaran watak adalah sangat penting dalam cerita -cerita jenaka. Melalui gambaran perwatakan tersebut dapat ditentukan kejayaan sesuatu cerita demi untuk memperlihatkan unsur-unsur kelucuan. Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka ini didasarkan kepada tindak-tanduk watak yang menggambarkan tabiat dan sifat manusia yang berlebihan. Gambaran tentang kejenakaan itu ditambah dengan keragaman penghidupan manusia dalam bentuk kelemahannya, kebodohannya, kelurusan yan melulu dan sebagainya. Gambaran seperti ini amat perlu untuk menimbulkan kelucuan dan kejenakaan Unsur-unsur kejenakaan ini boleh ditimbulkan dengan berbagai -bagai cara. Faktor-faktor yang boleh menimbulkan kelucuan adalah seperti yang berikut;

1. sifat watak yang terlalu bodoh atau terlalu pintar 2. adanya unsur-unsur kebetulan dalam cerita 3. kelucuan yang ditimbulkan dari jalan cerita itu sendiri 4. adalah permainan kata -kata yang melucukan Selain faktor di atas mungkin terdapat berbagai -bagai aspek lain yang dapat menimbulkan gambaran kejenakaan. Unsur-unsur kelucuan dalam cerita-cerita jenaka amat berbeza dengan lakonan di atas pentas yang bergantung kepada gerak -geri atau aksi seseorang pelakon itu di samping tutur katanya yang melucukan. Cerit a-cerita jenaka memerlukan gambaran sifat tokoh utama yang bercorak keterlaluan dalam perbuatannya seperti terlaluan dalam perbuatannya seperti terlalu tolol atau pintar. Daripada gambaran sifat tersebut serta laku perbuatan watak itu dapat menimbulkan ras a geli hati. Cerita-cerita jenaka dicipta berdasarkan kebijaksanaan dan keupayaan pengarangnya untuk menimbulkan unsur -unsur kelucuan. Selalunya pengarang menggunakan kejadian yang kurang sopan atau perbuatan kebodohan atau sikap yang keterlaluan dalam melaksaankan tugas sehari-hari. Tujuan pengarang hendakmengecam sifat-sifat manusia yang kurang sopan, janggal, atau keterlaluan membuat sesuatu pekerjaan tanpa mahu bertolak ansur lagi. Di kalangan berbagai-bagai bangsa terdapat bermacam -macam cerita jenaka. Watak-watak lucu dalam cerita-cerita tersebut menjadi lambang sifat-sifat manusia yang sangat dikenali di dalam masyarakatnya. Terkadang -kadang cerita-cerita jenaka ini pendek-pendek mengisahkan tentang peristiwa yang lucu akibat daripada perbuatan ma nusia yang bodoh dan tolol. Cerita -cerita jenaka ini berkisar pada satu-satu watak tertentu atau ceritanya berbingkai mengisarkan seorang watakbodoh dalam berbagai -bagai peristiwa yang menggelikan hati. Cerita-cerita jenaka lahir di kalangan berbagai -bagai bangsa di dunia seperti The Irishman di Iceland, The Abedonian di Scotland, The London Al Derman di England dan Eulenspeiged di Jerman. Bagi orang Arab, watak Khoja Nasaruddin dan Abu Nawas sering muncul dalam cerita-cerita jenaka mereka. Khoja Nasaruddin juga muncul dalam sastera Turki, manakala suku -suku di Nusantara seperti Pak Banjir, Jaka Bodo (Jaka Dolog), Jaka Lelor, Semar, Petrok terkenal dalam sastera lisan Jawa. Dalam sastera lisan Aceh terkenal dengan watak Si Gasin Mesekin. Dalam sastera liu san Batak terkenal dengan watak-watak Si Bilolong, Ama ni Pandir, dan Si Andingkir. Di Sunda pula watak Aki Bolong terkenal dalam cerita -cerita jenaka mereka dan sebagainya.

Unsur-unsur tersebut menampakkan cerita -cerita jenaka mempunyai persamaan dengan cerita-cerita jenaka yang terdapat dalam kesusasteraan di India. Misalnya, cerita Mat Jenin yang mengisarkan tentang watak MatJenin seorang miskin yang mengambil upah memanjat pokok kelapa. Sewaktu dia memanjat pokok kelapa dia berangan-angan bergurau dengan tuan puteri. Tanpa disedari tangannya terlepas daripada memegang pokok kelapa. Mat Jenin jatuh lalu mati. Cerita-cerita jenaka seperti ini terdapat persamaannya dengan sebuah cerita dalam kesusasteraan India, iaitu Hikayat Punca Tanderan yang mengisahkan tentang seorang Brahmin miskin yang mengambil upah menjual bertih. Dia berangan-angan menjadi kaya dan mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang cantik. Tetapi kerana isterinya tidak pandai menjaga anak anaknya maka dia naik radang. Lalu d ipukul isterinya dengan tongkat. Rupanya dia sedang berangan-angan, Brahmin itu terpukul periuk bertihnya. Maka habislah semua bertih tumpah ke tanah. Apabila Brahmin sedar dia sedar dia berasa amat menyesal. Dengan demikian cerita-cerita jenaka Melayu tidak seharusnya dianggap semuanya sebagai pinjaman dari luar kerana berdasarkan beberapa persamaan pada ciri-ciri yang tertentu.Cerita-cerita jenaka Melayu itu diciptakan oleh orang Melayu sendiri berdasarkan pengalaman yang sama dialami oleh mereka keran a watak kebodohan itu bersifat universal wujud dalam semua kebudayaan manusia. Walau bagaimanapun harus diakui terdapat juga cerita -cerita jenaka yang dipinjam dari luar seperti cerita Abu Nawas yang disadurkan ke dalam bahasa Melayu. Malah terkadang-kadang cerita-cerita saduran itu pula diubahsuai atau ditokok tambah oleh orang -orang setempat sehingga cerita cerita itu menjadi sebahagian daripada warisan tradisi setempat. Cerita-cerita jenaka dicipta berlatarkan belakangkan masyarakat Melayu tradisi. Segala gambaran dalam cerita -cerita itu bersesuaian dengan pengalaman dan pandangan masyarakat Melayu tradisi. Dengan hal yang sedemikian cerita -cerita itu amat digemari oleh orang-orang Melayu.

FUNGSISungguhpun tujuan cerita-cerita jenaka untuk memberikan hiburan dan keseronokan bergelak ketawa, tetapi cerita -cerita tersebut juga membawa perutusan yang bercorak pengajaran. Misalnya dalam cerita Pak Pandir di gambarkan bagaimana keburukannya yang terlalu bodoh dan terlalu lurus bendul. Pak pandir yang membuat sesuatu tanpa usul periksa dan tidak memikirkan apa yang hendak dilakukannya sehingga mendatangkan mudarat kepada dirinya dan juga keluarganya.

Tindakan yang terburu-buru dan mengikut emosi selalu menimbulkan akibat yang tidak baik dan menye babkan penyesalan. Pak pandir yang disuruh oleh isterinya untuk memandikan anaknya dengan air panas telah menyebabkan anaknya mati kerana ia memandikan anaknya itu dengan air panas yang mendidih. Kepintaran dan kecerdikan boleh memberikan faedah kepada diri seseorang.

PERANAN WATAK DAN STRUKTURNYA.Apa yang sangat penting dalam persoalan cerita ini ialah tentang kepandaian, kepintaran, tipu helah, kebodohan dan ketaatan. Perwatakan seperti ini sangat penting kerana ia membantu watak dalam cerita ini unt uk meneruskan hidup mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian mereka akan di tindasdan disisi daripada masyarakat ketika itu. Pak Pandir melakukan semua itu kerana terlalu taat kepada isterinya. Dalam pada itu, dia juga bertindak terburu -buru sehingga berkelakuan bodoh sehingga tidak memikirkan apa yang sebenarnya yang di suruh oleh isterinya. Walaupun begitu ini tidak bermakna Pak Pandir itu bodoh dan tidak tahu berfikir, cuma dia tidak mahu mwenyoalkan tentang perintah isterinya itu. Selalunya cerita seperti ini di ceritakan kepada anak -anak kecil supaya mereka tahu tentang kebaikan dan keburukan. Ini juga kerana cerita ini mempunyai persoalan yang berunsur pengajaran dan nasihat yang patut di sampaikan kepada anak-anak kecil supaya apabila dewasa nanti mereka tahu menilai yang baik dan yang buruk.Cerita ini menunjukkan kita bahawa setiap kelemahan dan keburukkan tersendiri. Jika terlalu mementingkan diri dan angkuh. Orang yang berkuasa akan menghina orang bawahan dan ini telah menjadi lumrah alam. Orang kaya akan menghina orang miskin yang tidak mempunyai harta kekayaan. Tetapi mereka juga manusia dan mempunyai perasaan seperti orang lain dan ada hak untuk menikmati hidup yang biasa. Lalu cerita Pak Pandir mengajar kita melalui persoalan yang di kem ukakan oleh pngarang cerita ini. Dia ingin menyampaikan mesejnya kepada pembacanya tentang pengajaran dan nasihat dalam cerita ini. Dia mengajar kita supaya menjadi orang baik dan berbudi vbahasa. Di akhir cerita dia mengisahkan tentang Pak Pandir yang mana akhirnya mati kerana tipu helahnya untuk mendapat kekayaan dan kesenangan. Sesuatu yang mulanya baik tidak akan diakhiri dengan tidak baik. Semuanya akan berudah mengikut takdir dan nasib seseorang itu.

SINOPSIS CERITA PAK PANDIR.

Pak Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu. Apabila isterinya, Mak Andih menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia menangkap rusa di dalam hutan dan dibawakan kepada Mak Andih. Apabila Mak Andih pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pan dir supaya memandikan anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun memandikan anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya itu. Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh Pak Pandir membeli kerbau. Oleh sebab Pak Pandir tidak mengenal kerbau, Mak Andih menerangkan bahawa yang meragut -ragut rumput itulah kerbau. Apabila ditemui orang sedang menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli sabit itu. Kemudian Mak Andih telah menyuruh suaminya menjemput Lebai untuk menghadiri kenduri di rumahnya. Mak Andih memberitahu tanda Lebai ialah berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan kambing. disangkanya itulah Lebai, lalu ditangkap kambing itu dan dibawa pulang. Oleh sebab Pak Lebai tidak ditemui, Mak Andih menyuruh Pak Pandir memanggil Datuk Keramat Jin Islam. Tetapi Pak Pandir sesat lalu dipanggilnya gergasi. Kemudian gergasi itu mati kerana tenggelam di dalam sungai. Maka harta gergasi itu diambil oleh Pak Pandir. Pak Pandir mengaku dirinya raja Mambang, lalu berkahwin dengan seorang puteri raja, tetapi rahsianya bocor, lalu dibuang ke dalam hutan. Oleh kerana kelaparan Pak Pandir memakan pisang dengan kulitnya, kemudian dia pun mati.

Sastera sejarah adalah merupakan suatu cabang daripada kesusasteraan Melayu lama yang membicarakan tentang sejarah berbagai-bagai tempat dan kerajaan di Alam Melayu. Istilah sejarah ini berasal daripada kata Arab syajarah yang bererti pohon atau daftar keturunan sesuatu keluarga. Sastera sejarah seringkali memakai judul permulaannya sebagai hikayat, silsilah, salasilah dan tawarikh seperti hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Acheh, Silsilah Melayu dan bugis dan Tawarikh Salasilah Negeri Kedah. Kadangkala judul karya sastera mengunakan bahasa Arab seperti Sulalah al-Salatin (salasilah raja-raja), Thufat alNafis (hadiah yang berharga), dan lain-lain.

Bentuk sejarah terbahagi kepada dua, iaitu bentuk bercorak prosa dan bentuk bercorak puisi. Karya yang berbentuk prosa merupakan riwayat sejarah sebuah kerajaan atau negeri yang memakan masa beberapa abad, sementara karaya yang bercorak puisi itu ditulis dalam bentuk syair hanya mengisahkan tentang peristuiwa yang bersejarah dalam sesuatu waktu seperti Syair Perang Johor, Syair Singapura Terbakar, Syair Perang siak dan sebagainya.

Pada umumnya karya sejarah itu terbahagi kepada 3 jenis. Iaitu:

1.

karya Sejarah yang meriwayatkan sesuatu keluarga diraja misalnya Hikayat Raja-raja Pasai, Sejarah Melayu dan lain-lain lagi. Didalam karya ini pengarang membicarakan tentang asal-usul dinasti raja itu dari awal hingga akhir.

2.

Karya yang membicarakan tentang raja yang tertentu seperti kisah Raja Iskandar Muda dalam Hikayat acheh.

3.

Karya yang menekankan tentang sessuatu peristiwa seperti Singapura terbakar, Perang Masakar dan lain-lain.

Sastera Sejarah tercipta dalam masyarakat Melayu tradisional melalui tradisi lisan pada peringkat permulaannya. Seperti tradisi lisan, bahan-bahan sastera sejarah itu diperturunkan melalui mulut dalam masyarakat Melayu yang diwarisi oleh keturunan bangsawan Melayu yang telah lama berkhidmat dengan

kerajaan-kerajaan Melayu tersebut. Bahan-bahan sejarah itu berkembang dari lisan ke lisan dalam generasi sehingga kemudian ditulis oleh penulis-penulis Melayu yang mengkaji tradisional dalam negeri-negeri Melayu. Disamping bahan-bahan sejarah yang tersebut penulis juga membuat tokok tambah bahan-bahan sejarah itu dengan bahan-bahan mengenai kerajaan- kerajaan yang tersebut yang dituturkan oleh tukangtukang cerita dari daerah-daerah yang tersebut, maka unsur mitos dan lagenda serta unsur-unsur fantasi turut dimuatkan didalam laporan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu yang berkenaan. Jesteru itu sastera sejarah terbahagi isi kandungannya kepada unsur-unsur mitos lagenda, kisah-kisah fantasi dan seterusnya peristiwa-peristiwa yang benar yang berlaku dalam kerajaan-kerajaan Melayu tersebut.

Sebenarnya unsur-unsur Mitos dalam sastera sejarah seperti yang diperkatakan dalam sastera rakyat merupakan kisah yang dipercayai oleh masyarakat setempat sebagai peristiwa yang benar terjadi dalam daerah mereka pada masa yang lampau. Mitos-mitos yang terdapat dalam sastera sejarah itu menyentuh mengenai asal usul keturunan raja-raja Melayu, asal usul nama tempat-tempat yang pernah menjadi pusat kerajaankerajaan Melayu dan seterusnya asal-usul kedatangan agama Islam yang menjadi anutan dan panduan dalam pemerintahan kerajaan-kerajaan Melayu tersebut.

Lagenda ialah kisah-kisah yang bercorak luarbiasa mengenai tokoh-tokoh dalam sejarah sama ada watak-watak itu benarbenar wujud ataupun tokoh-tokoh khayalan, tetapi kisah-kisah mengenai tokoh yang tersebut adalah benar oleh penduduk setempat. Pada umumnya lagenda yang dibicarakan dalam

sastera sejarah menyentuh mengenai raja-raja dan tokoh-tokoh pahlawan kerajaan-kerajaan Melayu tersebut seperti kisah Badang seorang pahlawan temasik yang amat gagah lagi perkasa. Demikian juga dengan kepahlawanan Hang Tuah seperti yang diperkatakan oleh Sejarah Melayu. Sementara Hikayat rajaraja Pasai menceritakan tentang kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh Tun Braim bapa seorang putra Sultan Ahmad Raja Kerajaan Pasai.Hikayat Merong Mahawangsa pun menceritakan tentang tabiat Raja Negeri Kedah bernama Raja Ong Maha Parita Deria yang suka memakan darah manusia sehingga digelar Raja Bersiung.

Disamping itu sastera sejarah banayak mengandungi unsureunsur fantasi yang berasal daripada cerita-cerita rakyat setempat yang turut ditulis oleh penulis-penulis Melayu dalam sasatera sejarah yang berkenaan sehingga bahan-bahan sastera sejarah itu pada peringkat awal langsung tidak diakaui oleh para pengkaji sejaah dari barat sehinggalah mereka menemui kebenaran melalui penelitian dokumen-dokumen sejarah mengenai tempattempat yang berkenaan. Unsur-unsur fantasi seperti yang terkandung dalam cerita-cerita rakyat Melayu ialah seperti kisah peminangan Tuan Puteri Gunung Ledang yang penuh dengan peristiwa ganjil dan luarbiasa yang dilaporkan oleh sejarah Melayu. Demikian juga peristiwa rombongan anak raja Rom yang belayar ke negeri China telah diserang oleh burung garuda sehingga kapalnya musnah dan ahli rombongannya terkorban kecuali Merong Maha wangsa yang terselamat seperti yang dilaporkan dalam bahagian awal Hikayat Merong Mahawangsa. Akhir sekaliperistiwa yang bercorak sejarah yang dicatatkan oleh penulis-penulis sejarah yang tersebut membicarakan tentang pemerintahan kerajaan-kerajaan Melayu yang berkenaan dan tokoh-tokoh raja dan para pembesar yang

mentadbir kerajaan-kerajaan Malayu itu sehinggalah peristiwa yang membawa kejatuhannya.

Pada umumnya, sastera sejarah itu memberikan gambarana yang berlebihan terhadap sesuatu kerajaan dan menyanjung raja-raja yang memerintah kerajaan tersebut. Sebab-sebab yang membawa keadaan yang membawa berlaku demikian kerana karya-karya tersebut dihasilkan oleh punjangga istana yang ditugaskan oleh raja-raja untuk menulis atau mengarang di istananya. Oleh sebab pengarang itu berkhidmat di istana raja dan mendapat kedudukakn yang baik di sisi raja, maka sebagai gantinya tulisannya mengandung unsur-unsur sanjungan terhadap rajaraja yang memerintah di negeri-negeri itu.

Biasanya sesebuah karya sastera sejarah mengambarkan tentang suatu kerajaan kota yang diperintah oleh raja-raja yang tertentu seperti Pasai, Melaka, Acheh dan lain-lain. Dalam gambaran tentang asal usul pembukaan negeri dan keturunan raja-raja diberikan gambaran yang bercorak dongeng yang mengandungi peristiwa yang luar biasa yangt menghairankan rakyat sehingga menyebabkan mereka menyanjung tinggi raja tersebut. Demikian juga dengan peristiwa raja-raja tersebut menganut agama Islam

diberiakan gambaran yang bercorak istimewa seolah-olah Nabi Muhammad sendiri yang mengislamkan raja tersebut.

Berhubung dengan gambaran yang bercorak dongeng dan luar biasa tentang keturunan raja-raja merupakan warisan daripada agama Hindu yang mendakwa bahawa raja-raja mereka berketurunan dewa-dewa atau tuhan-tuhan Hindu. Dakwaan tersebut dibuat dengan memberikan sifat yang luar biasa kepada raja-raja supaya menarik perhatian rakyat dan menggesa mereka supaya menghormati serta menaruh taat setia yang tidak berbelah bahagi kerpada raja yang berkenaan.

Sesudah raja-raja Melayu menganut agama Islam, dakwaan rajaraja sebagai keturunan daripada tuhan-tuahn telah dihapuskan, tetapi gambaran tentang kelebiahan raja-raja tersebut masih disebarkan. Raja-raja Melayu sesudah kedatangan Isalm didakwa pula daripada keturunan Nabi atau Iskandar Zulkarnain yang dikatakan sebagai pahlawan Islam yang gagah dan perkasa. Raja-raja itu masih dipercayai mempunyai kekuatan luarbiasa seperti daulat yang dapat memberikan kecelakaan kepada orang yang menderhakai seperti yang dialamai oleh Megat Seri Rama apabila dia membunuh Sultan Mahmud.

Apabila Raja-raja Melayu menganut agama Islam, maka peristiwa tersebut telah diagung-agungkan, kononnya raja-raja itu memeluk agama islam melalui pertemuan dengan nabi Muhammad sendiri didalam mimpinya. Dakwaan-dakwaan seperti diatas ialah bertujuan meletakkan kedudukan raja-raja Melayu pada tempat yang tinggi lagi mulia di sisi rakyat. Dalam

konteks ini segala mitos dan legenda dalam sejarah itu merupakan unsur-unsur propaganda untuk menimbulkan rasa taat setia rakyat kepada raja mereka, dan memanam rasa takut dihati mereka untuk menderhaka kerana dipercayai akanmengakibatkan kecelakaan dan kemusnahan.

HIKAYAT NEGERI JOHOR

Sultan Abdul Jalil, Raja Johor pada mulanya bersemayam di Riau tetapi baginda diserang oleh orang Bugis dan Minangkabau, lalu baginda lari ke Terengganu dan Pahang. Akhirnya baginda mangkat. Anakanda Raja Sulaiman dan Raja Abdul Rahman dibawa ke Riau untuk mengadap Raja Kechil.Kemudian orang bugis menyerang Riau dan mengusir Raja Kechil maka mereka mengangkat Raja Sulaiaman menjadi yang di-Pertuan Besar dan Daeng Ali menjadi yang di-Pertuan Muda. Apabila Daeng Ali mangkat, maka Daeng kemboja mengantikannya. Apabila Daeng Kemboja mendengar berita bahawa Belanda hendak menangkap Raja Haji di Selangor maka Daeng Kemboja mengadakan perjanjian damai dengan Belanda di Melaka.

Sesudah kemangkatan Daeng Kemboja, maka Raja Haji mengantikannya menjadi yang di-Pertuan Muda Riau. Lalu berlakulah perselisihan faham dengan Belanda yang menyebabkan Raja Haji dengan Raja Ibrahim dari selangor menyerang Belanda di Melaka sehingga Raja haji

mangkat di Teluk Ketapang. Akhirnya Selangor twelah dialahkan oleh Belanda, kemudian Belanda menyerang Riau. Maka Raja Ali yang mengantikan Raja Haji di Riau lari dari satu tempat kesatu tempat yang lain dan akhirnya berlindung di siantan. Sementara itu Belanda mencuba mengusai Selangor tetapi Sultan ibrahim dapat menentang mereka. Sultan Mahmud cuba berdamai dengan Belanda tetapi Belanda enggan berbuat demikian. Akhirnya Inggeris dapat mengusai Melaka dan menyerahkan riau kembali kepada Sultan Mahmud.

Hasil : Nur Amalina bt Abd Rahman

SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

DEFINISI:

Sastera hikayat menurut Emies M.G dalam buku Bunga Rampai Melayu Kuno ialah cerita-cerita yang bentuk bertulis dalam langgam bahasa dan struktur yang tertentu, yang membawa cerita ajaib yang berunsur hiburan. Cerita sastera hikayat ini berkisar di istana dengan watak utama yang terdiri daripada putera dan puteri yang jelita, berani serta pahlawan. Hikayat Melayu pengaruh Hindu yang terkenal ialah hikayat yang disadur secara langsung atau petikan-petikan terjemahan daripada bahagian-bahagian tertentu daripada dua buah kitab epik Hindu iaitu Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata dikenali sebagai cerita Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.

CIRI-CIRI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDUDalam sastera hikayat berunsur Hindu terdapat beberapa ciri yang terkandung di dalamnya. Iaitu dari segi struktur isi cerita, watak dan perwatakan, latar (setting) cerita, dan kaya dengan unsur unsur Hindu.

Hikayat-hikayat Melayu berunsur Hindu secara umumnya mengandungi unsur-unsur cerita roman kerana hampir keseluruhan ceritanya dalam hikayat jenis ini membawa tema percintaan, pengembaraan dan juga peperangan yang berakhir dengan watak watak utamanya mencapai kejayaan dan kebahag iaan hidup. Misalnya dalam Hikayat Si Miskin, pertemuan antara Marakarma dengan Puteri Cahaya Khairani membuahkan perasaan cinta di antara kedua-dua watak tersebut. Dalam hikayat berunsur hindu ini dipenuhi dengan peristiwa peperangan di antara wira dengan musuh mereka. Biasanya wira kan menunjukkan kegagalannya dengan senjata kesaktian yang dimiliki oleh wira tersebut sehingga mampu mengalahkan musuh mereka. Tema peperangan itu merupakan klimaks dalam pertentangan antara kuasa baik dan jahat. Walaubagaimanapun wira selalunya akan mendapat kemenangan.

Sementara dari segi latar cerita, ia meliputi alam yang luas dan tidak terbatas. Kehidupan mereka diliputi dengan alam kayangan, di bumi mahupun di dasar laut. Dunia khayalan yang khususnya untuk didiami oleh para dewa. Di alam-alam kayangan tersebut terdapat kerajaan yang diperintah oleh raja -raja yang terdiri daripada dewa dewa yang tertentu sahaja.

Sastera hikayat berunsur Hindu juga banyak memasukkan unsur-unsur kesaktian seperti jelmaan watak, senjata sakti dan

sebagainya. Kebanyakan falsafah yang berunsur -unsur agama Hindu ini amat mengagung-agungkan dewa-dewa Hindu sebagai makhluk yang berkedudukan tinggi. Selain itu terdapat unsur -unsur sayembara untuk mendapatkan isteri dan juga falsafah pengajaran hindu. Dalam hikayat sastera hindu ini terdapat unsur-unsur kepercayaan Hindu seperti upacara berkaul iaitu doa yang ditujukan untuk mendapat sesuatu yang dihajatkan dari dewa tertinggi.

FUNGSI SASTERA HIKAYAT BERUNSUR HINDU

1.

Sebagai alat hiburan.

Sastera Hikayat ini memainkan peranan sebagai alat penghibur kepada masyarakat. Ia mengisahkan tentang kecantikan, kehebatan, keperwiraan watak wira dan wirawati. Cerita ini selalunya berakhir dengan happy ending. Oleh sebab itu, masyarakat dapat menikmatinya dengan rasa gembira. 2. Sebagai alat escapism.

Cerita ini mempunyai unsur-unsur kesaktian. Disebabkan kerana cerita-cerita hikayat berunsur Hindu ini berunsur khayalan, dewa dewi, unsur-unsur kesaktian dan ajaib, boleh merehatkan atau melupakan seketika segala masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 3. Sebagai alat pendidikan moral.

Cerita sastera hikayat selalunya memberi pengajaran kepada masyarakat dan ia kaya dengan unsur-unsur moral. Unsur-unsur moral positif seperti yang baik akan mendapat kemenangan, yang jahat akan menerima balasan setimpal dengan perbuatannya dan menjadi contoh teladan. Ia juga sebagai menyedarkan masyarakat tentang balasan yang akan diterima jika berbuat baik ataupun sebaliknya.

4. Dapat memberi gambaran kehidupan masyarakat Melayu tradisional terutama di istana-istana raja Melayu kerana kemewahan, kehebatan dan sebagainya.

PERANANSastera Hikayat berunsur Hindu ini memainkan peranan yang tersendiri. Ia berperanan sebagai menghiburkan masyarakat pada ketika itu. Selain itu, ia menjadi tempat untuk mendidik masyarakat dan menjadikannya sebagai pengajaran. Ini supaya masyarakat mendapat iktibar kepada mereka. Sebagai c ontoh, mereka yang membuat kejahatan akan mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka. Manakala mereka yang berbuat baik akan mendapat balasan baik.

WATAK DAN PERWATAKANWatak dalam sesebuah sastera hikayat itu amat penting sama seperti di dalam novel. Ini kerana watak dapat menghidupkan lagi jalan cerita sesebuah hikayat mahupun novel. Watak dan perwatakan sastera hikayat Hindu melibatkan watak-watak tempatan. Terdapat beberapa watak di dalam sastera hikayat Hindu.

Dua daripadanya ialah watak baik iaitu protogonis dan watak jahat iaitu antogonis.

Watak protogonis melambangkan kebaikan pada watak utama tersebut. Ia bersifat keperwiraan, gagah berani, bersemangat waja, kental dan sedia menghadapi segala rintangan yang mencabar. Selalunya mereka memiliki alat-alat tertentu ataupun senjata sakti yang tidak dimiliki oleh orang kebanyakan. Wira juga selalunya akan mencapai kejayaan.

Manakala watak jahat atau antogonis pula, melambangkan kejahatan. Sifat yang dimiliki oleh mereka ialah sifat ya ng tidak bermoral, suka menghancurkan dan menghalang kejayaan watak utama. Watak ini juga mendatangkan masalah, menindas watak baikdan mendapat balasan yang setimpal.

STRUKTURSastera hikayat berunsur Hindu ini mempunyai tema mengenai tentang kisah-kisah pengembaraan, percintaan serta peperangan sehingga watak itu mendapat kejayaan dan kesenangan dalam hidup.

Struktur isi cerita melibatkan jalan cerita yang begitu panjang tetapi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu awal cerita, pertengahan dan kemudian penyelesaian cerita. Awal cerita adalah permulaan cerita tersebut. Manakala pertengahan cerita pula adalah bagaimana cerita itu mula berkembang. Kemudian penyelesai cerita pula, di mana cerita itu berakhir dan disitu juga cerita itu menemui kebahagian ataupun kesedihan.

Pada awal cerita, ia mengisahkan tentang asal usul keturunan watak wira dan wirawati tersebut serta latar belakang keluarga mereka, keunikan serta kesaktian yang dimiliki oleh kedua -dua watak tersebut dan juga kisah sebelum pengembaraan wira dan wirawati tersebut.

Manakala pada pertengahan atau ketika pengembaraan cerita tersebut, watak utama menjadi tumpuan dan bahagian ini mula berkisarkan tentang kisah sewaktu pengembaraan mereka. Dalam pada itu juga, watak wira dan wirawati ini akan menghadapi pelbagai rintangan dan halangan seperti percintaan, fitnah, peperangan dan juga akan menempuhi pelbagai ujian hidup. Mereka akan hidup dalam kesengsaraan. Selain daripada itu, mereka juga akan berhadapan dengan watak-watak penghalang.

Pada penyelesaikan cerita pula, biasanya berakhir dengan happy ending iaitu kejayaan watak wira dalam perjuangannya. Watak wira dan wirawati berjaya mengatasi segala halangan dan rintangan yang terjadi ke atas mereka ketika dalam pengembaraan ataupun pertengahan cerita tersebut. Mereka juga berjaya mengalahkan watak-watak utama yang cuba menjadi penghalang mereka. Mereka mendapat kemenangan dan hidup bahagia.

KUPASAN CERITA

HIKAYAT SERI RAMA

Raja Dasaratha mempunyai seorang putera dengan isteri pertamanya yang bernama Seri Rama. Kemudian dijodohkan dengan Sita Dewi. Manakala dengan isteri kedua, beliau juga mempunyai seorang putera ynag bernama Bharata. Kemudian kerana terikat perjanjian dengan isteri keduanya sebelum beliau mangkat yang mengkehendaki supaya Bharata menjadi Raja.

Lalu Seri Rama pun melarikan diri bersama dengan isterinya, Sita Dewi ke rimba Dandaka. Sita Dewi mempunyai raut wajah yang amat cantik sehinggakan kecantikannya itu sampai kepengetahuan Maharaja Rawana iaitu Raja di Langkapura. Disebabkan ingin memiliki Sita Dewi, beliau pun tergamak menculiknya dengan bantuan pengikutnya ketika ketiadaan suaminya.

Sita Dewi pun akhirnya jatuh ke tangan Maharaja Rawana. Seri Rama kemudian mencari Sita Dewi. Seri Rama kemudian berlawan dengan Maharaja Rawana dan kemenangan kemudian berpihak kepada Seri Rama apabila rathanya terbakar dirinya setelah terkena anak panah Seri Rama. Sita Dewi dapat dirampas kembali oleh Seri Rama akan tetapi beliau enggan menerim a Sita Dewi kerana mencurigai kesuciannya kecuali Sita Dwi dapat membuktikan bahawa dirinya tidak pernah dinodai. Sita Dewi membuktikan dengan membakar dirinya dan sambil berjalan di atas api. Ujiannya berjaya.

Disebabkan Maharaja Rawana masih menyimpan dendam pada Seri Rama, lalu beliau pun bermohon kepada Kikewi Dewi agar melukiskan wajahnya pada kipas. Kemudian ketika Sita Dewi tidur, kipas tersebut diletakkan pada dadanya. Apabila Seri Rama terpandang wajah Maharaja Rawana, Seri Rama terus menolak kesucian Sita Dewi. Sita Dewi pun dihalau dan berada dalam buangan selama 12 tahun.

Akan tetapi selepas 12 tahun, Seri Rama mulai menyedari kesilapannya dan mula insaf. Ini kerana terdapat bukti yang menunjukkan kebenaran seperti segala mergastua tidak be rnyanyi riang dan Kikewi Dewi menjadi kelu dan tidak dapat berkata apaapa kerana terkena sumpahan Sita Dewi. Dan akhirnya mereka berdua hidup dalam keadaan gembira dan bahagia.

Petikan cerita dari segi struktur cerita:

Bahagian pengembaraan/perkembangan;

Bahagian pengembaraan selalunya mengisahkan peristiwa peristiwa yang berlaku pada watak utama yang terpaksa

menghadapi pelbagai rintangan dan halangan. Di dalam hikayat Seri Rama, dia terpaksa berusaha membebaskan Sita Dewi dari cengkaman Maharaja Rawana. Dia juga mencari ikthiar untuk membunuh Rawana. Sita Dewi juga terpaksa berpisah dengan suaminya kerana di kurung di Kota Langkapuri. Setelah suaminya berjaya membebaskannya, suaminya telah meragui kesuciannya. Sita Dewipun sedaya upaya membuktikan bahawa dia masih lagi suci. Akan tetapi, dia dianiaya oleh Kikewi Dewi sehingga Seri Rama bertindak menghalau dan membuang Sita Dewi selama 12 tahun.

Bahagian penyelesaian cerita;

Selepas 12 tahun, Seri Rama mula menyedari kesilapannya dan insaf. Ini kerana bukti yang menunjukkan bahawa Sita Dewi itu tidak bersalah, jelas. Lalu Seri Rama menjemput Sita Dewi untuk kembali semula bersamanya. Akhirnya mereka hidup bahagia. Penyelesaian cerita berakhir dengan happy ending. Motif Hindu: Terdapat beberapa motif hindu dalam hikayat Seri Rama ini. Pertama, unsur penjelmaan dan inkarnasi. Hanuman menjelmakan dirinya menjadi sejengkal untuk membolehkan dia memasuki Kota Langkapuri. Kedua, unsur kesaktian. Hikayat hindu selalunya mempunyai unsur-unsur kesaktian. Maharaja Rawana memiliki pedang sakti. Terdapat taman ajaib di kota Langkapuri yang mana tanaman dalam taman tersebut kayu-kayannya emas bertatahkan berlian dan sebagainya. Ketiga ialah mengagung-agungkan dewa-dewa hindu. Mengikut kepercayaan Hindu, dewa-dewa berperanan sebagai perlindung dan mempunyai pangkat yang tinggi serta mulia. Unsur unsur karma dan Darma pula ialah Sita Dewi melambangkan watak baik kerana dia telah melalui pelbagai dugaan tetapi akhirnya mendapat kebahagian dan hidup bahagia bersama suaminya. Maharaja Rawana pula melambangkan watak jahat kerana sifatnya yang tidak bermoral dan pada akhir cerita pula dia mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

DISEDIAKAN OLEH: NORASILAH TAKONG U6-3 KUMPULAN 2

HIKAYAT HINDU ISLAM

PengenalanHikayat Hindu Islam iaitu hasil-hasil kesusasteraan Melayu yang terdapat Zaman Peralihan iaitu bermulanya pengaruh Islam di alam Melayu yang masih tebal dipengaruhi oleh unsur-unsur pengaruh Hindu. Zaman ini adalah dikenali sebagai Zaman Peralihan. Pengaruh yang utama bertapak di alam Melayu ialah kebudayaan Hindu, iaitu sejak abad pertama masihi. Tetapi apabila Islam mula bertapak, sedikit demi sedikit menghakis pengaruh Hindu dalam budaya masyarakat Melayu. Walaupun masyarakat Melayu terpengaruh dengan Islam tetapi pengaruh Hindu itu masih lagi di amal oleh orang Melayu hingga pada masa ini. Pendapat professor M. Taib Usman mengatakan pengaruh Hindu berakhir abad ke 17, di mana Islam berkembang di Acheh. Kemasukkan Islam ini bermula dengan jawi, asalnya dari tulisan Arab. Dengan ini sastera bentuk lisan berubah corak kepada bentuk tulisan. Tulisan jawi ini hanya dikalangan ulama-ulama sahaja. Merekalah yang menghasilkan sastera Melayu lama dan membuang sedikit demi sedikit pengaruh Hindu. Dengan perubahan sedemikian terdapatlah kesusasteraan yang bercampur aduk iaitu Hindu dan Islam. CIRI-CIRI HIKAYAT HINDU ISLAM Ciri-ciri Hikayat Hindu Islam dapat kita lihat dari segi temanya, isi ceritanya, watak dan perwatakannya, gaya bahasanya, bentuk. 1. Tema Tema dan motif hikayat-hikayat masih dibelenggui dengan unsur cerita Hindu. Iaitu terdapat motifnya tentang pengembaraan,

menyelamatkan kekasih dan sebagainya. Kalau dinilai tidak banyak perubahan dari segi temanya dengan Hikayat Hindu yang sering membawa tema pengembaraan, percintaan., dewa -dewi , kesaktian dan sebagainya. 2. Isi cerita Dari segi isi cerita pula tidak banyak perubahan daripada isi cerita yang terdapat dalam hasil-hasil karya dalam zaman Hindu. Isi cerita masih terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian permulaan atau peristiwa sebelum pemgembaraan yang menceritakan tentang asal usul watak utama, latar keluarga dan tempat serta tentang sebab sebab watak keluar mengambara.

Bahagaian kedua merupakan bahagian yang terpanjang iaitu kisah mengenai pengembaraan watak utama, meliputi kisah watak utama menghadapi berbagai-bagai kesusahan dan halangan. Berlaku pergaduhan, percintaan, menunjukkan keha ndalan dan kebijaksanaan bermain senjata serta mengambil masa yang lama dalam mengembara. Bahagian ketiga ialah kisah akhir cerita, menceritakan kejayaan yang dicapai oleh watak utama dan berakhir dengan happy ending, di mana watak jahat berjaya dikalahkan, watak utama bahagia dengan kekasihnya. 3. Watak dan perwatakan Watak terbahagi kepada dua golongan iaitu watak baik dan watak jahat. Watak baik adalah daripada kalangan anak raja, mempunyai sifat keistimewaan dan kelebihan yang tertentu. Memiliki alat senjata sakti dan lain-lain kesaktian bagi membolehkan watak utama berjaya dalam mencapai hajat dalam masa pengembaraan. Dari segi peranan watak tidak berubah. Perubahan hanya jelas pada nama-nama watak contohnya, terdapat gabungan dan penyesuaian nama-nama watak Hindu dengan namanama watak Islam. Misalnya terdapat nama Puteri Nurulain dalam Hikayat Berma Syahdan yang mengisahkan puteri Nurulain bercinta

dengan seorang raja yang bernama Maharaja Asmara Gangga. Nama Puteri Nurulain adalah nama Islam manakala nama Maharaja Asmara Gangga pula ialah nama Hindu. Perwatakan watak juga terdapat unsur Islam seperi pemaaf, berbudi bahasa dan lain-lain. 4. Gaya bahasa Karya-karya di Zaman Peralihan ini banyak memasukkan istilah istilah yang terdapat di dalam bahasa Arab-Parsi. Di mana permulaan ayat dimulai dengan Syahdan, al -kisah, hatta, kalakian dan sebagainya. Nama-nama Hindu pula pada alat-alat seperti, nobat, gangga dan dewa. Terdapat juga penyebutan nama Allah. Seperti dalam Hikayat Inderaputera, di dalam bab 1 ada disebut Wa-bihi nastanu billahiala pada bahagian akhir bab pula disebut Wallhu aalam bissawab, tamat al-kalam.

5.

i. Segi bentuk Bentuk puisi Islam iaitu Syair digunakan dan bercampur aduk dengan bahasa Sanskrit serta unsur-unsur tempatan misalnya syair ini: Tempat nyiur pauh janggi, Diserang oleh Garuda Syah Peri, Intan dinilai oleh jauhari, Belum dikarang lagi, Harapkan dinilai oleh jauhari. Perkataan-perkataan seperti garuda, janggi, nyiur tidak ada dalam perbendaharaan Islam. Ini jelas menunjukkan unsur tempatan dan hindu dalam bentuk puisi Islam.

Bentuk hikyata Hindu Islam juga berbentuk prosa/cerita yang dikenali sebgai hikayat adalah unsur pengaruh dari kesusasteraan Arab-Parsi. Hikayat merupakan satu bentuk yang umum dalam kesusasteraan Melayu. Karya-karya Hindu yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu memakai nama Hikay at, Misalnya Hikayat Sang Boma, Hikayat Serangga Bayu, dan Hikayatr Inderaputera. i. Perantaraan Tulisan Karya-karya yang masih tebal dengan unsur pengaruh Hindu ini ditulis/disalin dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi daripada tulisan bahasa Sanskrit. ii. Judul Cerita Cerita-cerita atau hikayat dari zaman peralihan ini memakai dua nama iaitu nama Hindu dan nama Islam. Misalnya Hikayat si Miskin juga dikenali sebagai Hikayat Marakarma, Hikayat Syah Nobat dikenali sebagai Hikayat Syah al -Kamar dan sebagainya.

FUNGSI-FUNGSI HIKAYAT HINDU-ISLAM Fungsi-fungsi yang terdapat adalah seperti berikut: 1. Sebagai alat hiburan kerana kisah-kisah kecantikkan, kepahlawanan wira-wirawati mempunyai hiburan di mana diakhiri dengan happy ending. 2. Sebagai alat escapisme daripada kesibukkan, dari cerita dewa -dewa boleh merehat sekejap atas masaalah yang dihadapi.

3. Sebagai alat pendidikan moral, seperti baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. 4. Dapat memberi gambaran keadaan masyarakat Melayu tradisional pada masa itu.

NAMA-NAMA KARYA Karya-karya yang terkandung dalam hasil -hasil sastera zaman peralihan ini ialah:1. 2. 3. 4. Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma. Hikayat Serangga bayu atau Hikayat Ahmad Muhammad. Hikayat Indera Jaya atau Hikayat Bikrama Datia Jaya. Hikayat Syah Nobat atau Hikayat Syah al -kamar.

KUPASAN CERITA Hikayat Si Miskin Hikayat Si Miskin atau Hikayat Marakarma adalah sebuah sastera Hindu Islam. Sastera ini mengandungi pemikiran Hindu seperti pemujaan kepada dewa-dewa dan nama-nama watak adalah bercorak Hindu seperti Indera Dewa, Nila Kesuma dan lain-lain. Oleh kerana Hikayat ini ditulis dalam zaman Islam, maka cerita ini diubahsuaikan dengan ciri -ciri keislaman sepeti memasukkan nama Allah untuk mengantikan perwatakan Dewata Mulia Raya. Perkataan sultan digunakan sebagai ganti Maharaja. Malah dipermulaan cerita dimulai dengan doa wa-bihi Nasta ini billahi dan diakhiri dengan wallahu aklam bissawab, walaih marjiu wal maab, dan lain-lain lagi.

Awal cerita

Seorang raja yang berasal dari kayangan telah disumpah oleh Betara Indera, urun ke bumi dan tinggal di negeri Indera Dewa. Raja yang disumpah itu digelar sebagai Si Miskin. Mereka suami isteri hidup dalam buangan. Kemudian isterinya melahirkan anak yang bernama Marakarma. Selepas Marakarma lahir mereka menjumpai emas, lant as menjadi kaya serta merta dan berjaya membina sebuah kerajaan yang bernama Puspa Sari dan dia mengambil gelaran sebagai Indera Angkasa. Kemudian dia dapat seorang puteri yang bernama Nila Kesuma. Mahara Indera Dewa merasa dengki terhadap Indera Angkasa, lalu membuat fitnah sehingga Marakarma dan adiknya dibuang kerana mengikut ramalan nujum yang kedua-dua anaknya membawa kecelakaan kepadanya dan Indera Angkasa kembali menjadi Miskin. Pertengahan atau pengembaraan cerita Marakarma bersama adiknya berjalan dalam hutan yang menyebabkan mereka berdua terpisah. Nila Kesuma dijumpai oleh Mengindera Sari dan dijadikan isterinya. Marakarma yang dibuang kerana dituduh mencuri terdampar disebuah pantai yang didiami oleh raksasa, yang telah menawan puteri Cahaya Khairani. Marakarma telah berjaya menyelamatkan puteri tersebut dan menaiki sebuah kapal. Oleh sebab nakhoda kapal itu ingin akan puteri tersebut, lalu Marakarma dibuang ke laut dan ditelan oleh ikan Yu. Kemudian Marakarma diselamatkan oleh nenek kebayan. Dengan pertolongan nenek kebayan, Marakarma dapat menemui puteri cahaya Khairani, dan nakhoda kapal itu pun dihukum. Akhir cerita Marakarma kembali ke negeri Puspa sari setelah berjya menemui ibu bapanya, lalu Maharaja Indera Dewa menyerang Puspa Sari. Dalam peperangan tersebut Maharaja Indera Dewa tewas. Akhirnya ayahanda puteri Cahaya Khairani bernama Raja Malal Kisna menyerahkan tahta kepada menantunya, Marakarma untuk menjadi raja dengan gelaran Sultan Merchu Negara. Watak dan perwatakan Watak utama ialah Marakarma putera kepada raja Si Miskin, yang berasal dari kayangan. Marakarma telah dibuang oleh ayahanda dan bindanya kerana mengikut ramalan nujum. Watak-watak lain ialah puteri cahaya Khairani yang telah diselamatkan oleh Marakarma. Pute ri ini pun

berkahwin dengan Marakarma. Adinda Marakarma Nila Kesuma talah berkahwin dengan Raja mengindera sari.

Latar Cerita berlaku meliputi alam dunia seperti kerajaan Puspa sari. Alam lautan, hutan, bukit dan gunung-ganang. Ia juga berlatarkan di kayangan contohnya Si Miskin dan isterinya berasal dari kayangan. Unsur-unsur Hindu Unsur Hindu amat jelas dalam karya ini iaitu mengenai ramalan ahli nujum dan unsur-unsur kesaktian yang ada kepada Marakarma seperti boleh hidup setelah ditelan oleh ikan Yu.