sastera bandingan.ppt

44
SASTERA BANDINGAN

Upload: farra-dengerous

Post on 25-Oct-2015

664 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

nota sampingan

TRANSCRIPT

Page 1: SASTERA BANDINGAN.ppt

SASTERA BANDINGAN

Page 2: SASTERA BANDINGAN.ppt

DEFINISI

Kajian sastera tanpa batas -- merentas bahasa, budaya, bangsa / negara, seni, genre, dan disiplin.

Page 3: SASTERA BANDINGAN.ppt
Page 4: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Pentas utama: Eropah•  Konteks:  Nationalisme & Imperialisme•  Nationalisme• *Pencarian watak nasional• *Pertukaran pengaruh; memahami budaya lain•  Imperialisme• *Sikap Erosentrik• *Perbandingan karya/sastera yang setaraf

sahaja

Page 5: SASTERA BANDINGAN.ppt

•  Model: Model / Sekolah Pemikiran Perancis [Empirikal]

*Penekanan pada sejarah

*Pendekatan binari [banding karya dua sastera bangsa/budaya]

*Pencarian pengaruh; asal-usul

Page 6: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Rapport de faits [hubungan faktual antara teks sastera; dicari secara forensik]

• Hutcheson Macaulay Posnett (1882-1901; New Zealand) Comparative Literature 1886. Penekanan kepada sifat antarabangsa.

• Pengaruh J.W. Goethe (1749-1832; Jerman); konsep Weltliteratur (Sastera dunia) 1827 – karya-karya besar yang merentas bahasa, budaya; terjemahan daripada Parsi, Arab, Sanskrit dan lain-lain.

Page 7: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Main player / stage: America (USA)•  Model: Perancis [penerusan] • Sekolah Pemikiran Amerika:

*Penekanan pada sastera; formalistik

*Tidak terhad kepada pendekatan binari; juga lihat di luar Barat

*Antara disiplin •  Tokoh: Henry Remak (1916-2009) “across

nations and across disciplines’• Rene Wellek – kesarwajagatan sastera

Page 8: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Pentas: Barat dan negara-negara Pascakolonial

 Konteks:• Situasi Pascakolonial

Nasionalisme & pencarian jati diri

“Emergent literatures” [sastera yang berbeza daripada sastera Barat yang domenen / hegemonik]

Page 9: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Kesusasteraan Bandingan sebagai aktiviti politik [un-naming dan naming]

• Kerelevanan model sastera Barat dipersoal•  Situasi Pascamoden

Fragmentasi, ketiadaan pusat, ketiadaan naratif besar dan lain-lain

Page 10: SASTERA BANDINGAN.ppt

Terdapat dua mod kajian bandingan:

Merentas negara / bangsa (Transnational)

Merentas disiplin (Interdisciplinary)

Kaedah / Pendekatan Dalam Kesusasteraan Bandingan

Page 11: SASTERA BANDINGAN.ppt

Di bawah Mod Merentas Negara (merentas ruang & masa):

1. Tematik [cinta, perang, ketaatan, pembelotan dll]

2. Generik [epik, novel, cerpen, sajak, drama dll]

3. Genetik [asal-usul, untung nasib, penerimaan, pengaruh, terjemahan dll]

4. Keselarian

5. Konsentrik [holistik, bergerak dari pusat ke pinggir]

Page 12: SASTERA BANDINGAN.ppt

Di bawah Mod Merentas Disiplin:

1. Sastera dan seni lain (seni tampak, seni muzik, seni filem, seni pentas dll)

2. Sastera dan disiplin lain (psikologi, sosiologi, antropologi, sejarah dll)

3. Sastera dan kepercayaan (Islam, Kristian dll)

Page 13: SASTERA BANDINGAN.ppt
Page 14: SASTERA BANDINGAN.ppt

INTERTEKS

Definisi•Jaringan hubungan antara satu teks dengan teks yang lain.

•Penelitian dilakukan dengan cara melakukan hubungan-hubungan bermakna d antara dua teks atau lebih. Hubungan yang dimaksudkan sama ada sebagai persamaan mahupun melainkan sebagai pertentangan.

Page 15: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Interteks terjadi melalui dua cara, iaitu:

(a) membaca dua teks atau lebih secara berdampingan pada saat yang sama,

(b) hanya membaca sebuah teks tetapi dilatar belakangi oleh teks-teks yang lain yang sudah pernah dibaca sebelumnya.

Page 16: SASTERA BANDINGAN.ppt

Kajian Antara Disiplin: Sastera dan Sosiologi / Ideologi

Merenung Mitos dalam Fiksyen: Karya Alatas dalam sebuah Cerpen

Melayu Mutakhir

INTERTEKS

Page 17: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Bagi Syed Hussein Alatas tanggapan bahawa orang Melayu, Jawa dan Filipina malas adalah satu mitos dan satu penghinaan besar; tanggapan palsu yang dibentuk dalam konteks ideologi dan amalan kapitalisme kolonial abad ke-19.

• Inilah tujahan & hujah utama buku beliau The

Myth of the Lazy Native: A Study of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and its function in the ideology of colonial capitalism,1977.

Page 18: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Perbincangan ini akan melawat semula dan merenung pandangan Alatas lewat sebuah cerpen seorang pengarang muda, Muhammad Ali Atan, iaitu “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda,” (Berita Minggu,10 Jun 2007).

• Tujuan: meneliti fiksyen tersebut; menilai sejauh mana pengarangnya memahami, menghayati dan mengaprisiasi pandangan Alatas tentang mitos kolonial yang secara tegas dipertikaikan oleh beliau.

Page 19: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Dalam The Myth of the Lazy Native Alatas secara tuntas mendemistifikasikan mitos kolonial yang mendakyahkan bahawa kaum pribumi kepulauan Asia Tenggara malas dan tidak berdaya.

• Perkara yang sama juga dapat dilihat di dalam Intellectuals in Developing Societies, walaupun karya ini lebih tertumpu pada sifat dan prestasi para intelektual di negara-negara membangun.

Page 20: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Untuk projek demistifikasiknya, Alatas menggunakan metode sosiologi ilmu (sociology of knowledge). Beliau menggalurkan asal-usul dan fungsi mitos pribumi malas dan menemuinya pada korpus penulisan para pentadbir kolonial, sarjana, pengarang, paderi dan para pengembara Barat.

Page 21: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Setelah menganalisis dengan cermat dan menimbang dengan adil korpus tersebut dan sumber-sumber lain, beliau mendapati bahawa sebenarnya kaum pribumi di Asia Tenggara, khususnya Malaya, Jawa dan Filipina, bukanlah malas.

• Mereka hanya tidak berminat bekerja untuk dan di bawah orang-orang yang menjajah mereka; enggan bekerja menurut peraturan dan norma kapitalisme kolonial yang mereka dapati amat eksploitatif.

Page 22: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Malangnya, ketiadaan minat dan keengganan inilah yang sering ditonjolkan oleh pihak pentadbir dan penulis kolonial; hingga pribumi diberi label pemalas dan tidak berdaya; walhal ini hanya satu mitos!!

• Apapun, tanggapan salah dan label buruk ini telah memberi justfikasi untuk penjajah melakukan intervensi ke atas sistem politik dan ekonomi pribumi di tanah semenanjung dan seluruh kepulauan Melayu.

Page 23: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Sebaliknya, tenaga yang diperlukan untuk pembangunan ekonomi kolonial diisi dengan mengimport secara besar-besaran dan berterusan kaum-kaum asing yang didatangkan dari China dan India.

• Citra buruk ini kekal pada orang Melayu, Filipina, dan Jawa sepanjang zaman penjajahan, malah di bawa ke zaman pasca merdeka

Page 24: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Lebih malang, ia telah juga mempengaruhi sebahagian inteligensia pribumi sendiri, menjadikan mereka orang dengan “minda yang tertawan” (the captive mind).

• Di Malaysia, banyak inteligensia pribumi masih melabelkan orang Melayu sebagai kaum yang malas, bergantung pada takdir dan lain-lain.

Page 25: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Di Indonesia, Belanda telah mereka cipta istilah dan konsep “intel Melayu,” ertinya pribumi tidak mempunyai akal yang cerdas; istilah dan konsep ini wujud hingga kini.

• The Myth of the Lazy Native telah memecah mitos kolonial. Karya ini telah diulang cetak dan menarik perhatian banyak sarjana di seluruh dunia.

Page 26: SASTERA BANDINGAN.ppt

Pemikir dan ahli teori pascakolonial yang menjadikan karya ini sebagai rujukan:

Edward W. Said

•Dalam bukunya Culture and Imperialism (1993), Said memuji dan berulang kali merujuk kepada The Myth of the Lazy Native.

Page 27: SASTERA BANDINGAN.ppt

Culture and Imperialism (1993)•Di Filipina ia dimanfaatkan oleh Floro C. Quibuyen dalam A Nation Aborted: Rizal, American Hegemony, and Philippine Nationalism (1999).

•Di Malaysia, hal ini dibicarakan dengan mendalam oleh Chandra Muzaffar dalam Protector?: An Analysis of the Concept and Practice of Loyalty in Leader-led Relationships within Malay Society (1979).

Page 28: SASTERA BANDINGAN.ppt

Muhammad Ali Atan•Telah merenung dan berbicara tentang buku The Myth of the Lazy Native melalui fiksyennya, “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda” (Berita Minggu 10 Jun 2007).

•Inilah kali pertama buku The Myth of the Lazy Native memasuki arena penulisan kreatif Melayu secara terus.

Page 29: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Muhammad menggunakan The Myth of the Lazy Native versi Melayu / Indonesia, iaitu Mitos Pribumi Malas, bersama Intelektual Masyarakat Membangun (terjemahan daripada Intellectuals in Developing Societies).

• Isu yang menjadi perdebatan adalah isu “pribumi malas” dengan membandingkan kandungan Mitos Pribumi Malas dan kandungan Revolusi Mental (1971), sebuah buku projek Pemuda UMNO hasil sekumpulan inteligensia Melayu yang diketuai Datuk Senu Abdul Rahman.

Page 30: SASTERA BANDINGAN.ppt

Revolusi Mental •Menghasilkan sebuah teks yang lebih awal, The Malay Dilemma (1970) oleh Tun Mahathir Mohamad, yang juga menonjolkan kemunduran orang Melayu dan mengaitkannya dengan banyak sebab, termasuk faktor genetik. Orang Melayu mundur kerana bakanya tak bagus!

Page 31: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Dalam karya Muhammad Ali Atan, protagonis beliau, ‘Aku’, membantah antagonis, ‘Dia’, dengan mengulangi kritikan Alatas terhadap para penulis Revolusi Mental.

• Terutama mengenai salah guna pepatah Melayu dalam menuduh orang Melayu sebagai pemalas, dan kerana dakwaan yang tidak berasas bahawa orang Melayu tidak berinisiatif dan berdisiplin.

Page 32: SASTERA BANDINGAN.ppt

•Tetapi, si antagonis ‘Dia’ membalas dengan berkata bahawa mengenepikan Revolusi Mental bermakna menolak khazanah intelektual bangsa sendiri. ‘Dia’ percaya bahawa para pengarang Revolusi Mental mempunyai maksud yang murni kerana mereka ingin menyeru masyarakat Melayu ke arah perubahan!

Page 33: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Melalui cerpennya “Sekuntum Melayu di Taman Ibunda”, Muhammad Ali Atan telah meneliti karya besar Alatas, The Myth of the Lazy Native.

• Beliau nampaknya tertarik dan memahami projek demistifikasi tokoh teori sosial itu. Namun, beliau juga bersimpati dengan Revolusi Mental, sebuah karya yang mengikut pandangan Alatas telah menghina orang Malayu.

Page 34: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Justeru keinginannya untuk mencari-cari perimbangan antara The Myth of the Lazy Native dan Revolusi Mental telah menarik penulis muda ini kembali kepada mitos yang direka oleh penjajah.

• Hal ini mungkin satu petanda bahawa walaupun sudah sekian lama merdeka, mitos warisan ideologi kolonial ini masih kuat pengaruhnya dan tidak mudah dihapuskan.

Page 35: SASTERA BANDINGAN.ppt

PARODI• Parodi adalah satu ulangan, lakonan semula

berdasarkan sesebuah karya asal atau watak asal, penulisan asal, subjek asal, gaya asal atau apa-apa sahaja berkenaan karya asal tersebut dengan tujuan humor, menimbulkan rasa lucu, satira, sindiran, ejekan dan mempersendakan karya asal.

• Parodi adalah satu karya biadab yang selalunya dapat diterima oleh kebanyakan penonton dan pengkarya asal sama ada secara sedar dan tidak sedar.

Page 36: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Parodi boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti di dalam muzik, teks, animasi, lakonan filem dan dialog.

• Dalam menghasilkan karya parodi, seseorang pengkarya perlu bijak membezakan antara satira dengan menghina.

• Pendek kata, parodi mungkin satu bentuk karya yang biadab, namun biadabnya terletak pada subjek, idea atau hasil ciptaan karyawan lain, namun bukannya menyerang atau mempersendakan karyawan tersebut.

Page 37: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Antara sasterawan yang menghasilkan karya parodi ialah:

Usman Awang• Usman Awang ada menulis rangkap-rangkap

pantun yang berupa ejekan. Rangkap pantun ini bertitik tolak daripada pembayang yang sedia ada.

• Ini ialah rangkap-rangkap asalnya:

Page 38: SASTERA BANDINGAN.ppt

Apa guna kepuk di ladang,

Kalau tidak berisi padi;

Apa guna berambut panjang,

Kalau tidak berani mati.

Kiri jalan kanan pun jalan,

Di tengah-tengah pohon mengkudu;

Dikirim jangan dipesan pun jangan,

Sama-sama menanggung rindu.

Timang tinggi-tinggi,

Sampai cucur atap;

Belum tumbuh gigi,

Sudah baca kitab

Page 39: SASTERA BANDINGAN.ppt

Setalah diubah atau dicipta semula oleh Usman Awang, inilah bunyinya:

Page 40: SASTERA BANDINGAN.ppt

Shahnon Ahmad•Telah menghasilkan jenaka parodi (jenaka moden yang berasaskan karya silam).

•Cerpen yang dihasilkan bertajuk “Kentut”.

•Telah mencapai kemenangan (Hadiah Utama Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1993) dalam genre cerpen melalui cerpen tersebut.

Page 41: SASTERA BANDINGAN.ppt

Mamat Khalid•Genre parodi menjadi pilihan Mamat yang merujuk kepada beberapa aspek sejarah bangsa dan negaranya dan digarap dengan gaya yang tersendiri.

•Elemen sejarah di dalam filem-filem Mamat Khalid mampu menjadi ‘satu bentuk bukt’ tentang sesuatu dalam sejarah bangsa, masyarakat dan negara yang mampu dirujuk oleh sejarawan dan ahli sosiologi.

Page 42: SASTERA BANDINGAN.ppt

• Tetapi ia agak sukar untuk diterima sebagai bukti yang sebenar kerana digarap secara parodi yang bergelumang dengan pelbagai penanda, kiasan dan subteks.

• Antara contoh hasil karya beliau ialah:

1.Filem pertamanya, Lang Buana (2003), Lang Buana ialah zaman feudal di Perak. Tiga sahabat menjadi wira yang tidak dijangka. Dan pada akhir cerita, Mamat menampakkan betapa mulia, bijak dan sopan tuanku sultan dibandingkan dengan Residen British yang licik.

Page 43: SASTERA BANDINGAN.ppt

2. Filem Rock (2005), berkisar kepada era rock di tahun 1980-an.

Ramai remaja tergila-gila dengan gaya dan muzik Barat pada zaman itu. Mamat juga tidak terlepas daripada pengaruhnya. Dia menjadi sebahagian dari sejarah rock di tanah air namun tidak dikenali secara umum. Selepas dua puluh tahun, Mamat menjadi self-reflexive tentang era itu. Dia mentertawakan dirinya sendiri kerana terpengaruh dengan satu gaya yang begitu terasing dengan adat dan budaya bangsanya. Namun semuanya itu sudah menjadi sejarah.

Page 44: SASTERA BANDINGAN.ppt

3. Filem Man Laksa (2006) adalah parodi tentang industri muzik dan filem.

Dalam pada itu, Mamat menampakkan kekagumannya terhadap beberapa penyanyi 1970 dan 80-an seperti Saloma dan Ahmad Jais. M. Daud Kilau pula dianggap sebagai sebahagian daripada budaya popular. Pada akhir cerita, melalui adegan pengadilan Pertandingan Ratu Kebaya, Mamat menyindir festival-festival filem di Malaysia yang menguntungkan kroni.