wanita dan sastera

36
PENDAHULUAN Bidang sastera seperti juga bidang sains adalah merupakan suatu pendekatan manusia untuk memahami realiti kehidupan. Kalau karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair lelaki lebih merupakan persepsi lelaki terhadap realiti kehidupan daripada 'kacamata' lelaki, karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair wanita mencerminkan persepsi wanita. Oleh itu, di sinilah terletaknya kepentingan penglibatan penulis/penyair wanita di dalam bidang sastera. Selain daripada itu, seperti yang telah kita sama-sama maklumi, sastera Melayu sejak daripada tahun-tahun 50-an bukan sahaja disuburi dengan karya-karya penulis penulis/penyair lelaki, malah penulis/penyair wanita jua telah turut terlibat sama. Menurut sesetengah pengkaji sastera Melayu, penyair wanita Melayu yang pertama yang pernah diketahui sejauh ini ialah Syarifah Alawiah Bte Syed Al-Habsyi yang menulis puisi 'Nasihat Perempuan'. Kemudian dalam 1917, muncul pula Cik 1

Upload: momee-rain

Post on 29-Jun-2015

1.595 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

penglibatan penyair wanita dalam arus perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan tempatan

TRANSCRIPT

Page 1: Wanita Dan Sastera

PENDAHULUAN

Bidang sastera seperti juga bidang sains adalah merupakan suatu pendekatan

manusia untuk memahami realiti kehidupan. Kalau karya sastera yang ditulis oleh

penulis/penyair lelaki lebih merupakan persepsi lelaki terhadap realiti kehidupan daripada

'kacamata' lelaki, karya sastera yang ditulis oleh penulis/penyair wanita mencerminkan

persepsi wanita. Oleh itu, di sinilah terletaknya kepentingan penglibatan penulis/penyair

wanita di dalam bidang sastera.

Selain daripada itu, seperti yang telah kita sama-sama maklumi, sastera Melayu

sejak daripada tahun-tahun 50-an bukan sahaja disuburi dengan karya-karya penulis

penulis/penyair lelaki, malah penulis/penyair wanita jua telah turut terlibat sama.

Menurut sesetengah pengkaji sastera Melayu, penyair wanita Melayu yang

pertama yang pernah diketahui sejauh ini ialah Syarifah Alawiah Bte Syed Al-Habsyi

yang menulis puisi 'Nasihat Perempuan'. Kemudian dalam 1917, muncul pula Cik Wok

Aminah yang telah menulis puisi 'Seligi Tajam Bertimbal'.

Mereka berdua ini kemudian diikuti pula oleh kemunculan beberapa orang lagi

penyair wanita lain yang cuma sesekali menulis, sehinggalah pada tahun 50-an apabila

Salmi Manja muncul dengan begitu ketara.

Sumbangan wanita dalam karya sastera tidak dapat dinafikan. Mereka mempunyai

kekuatan, gaya serta identiti sendiri yang boleh dikesan melalui karya-karya yang

dihasilkan dalam pelbagai genre.

Di antara penyair wanita Melayu, terdapat mereka yang telah mendapat

pendidikan hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah. Oleh yang demikian, aliran

1

Page 2: Wanita Dan Sastera

pemikiran yang dibawa dalam karya mereka mempunyai identiti yang tersendiri, sesuai

dengan idealisme yang didukung oleh pengkaryanya. Selain introspeksi diri yang begitu

mendominasi karya, persoalan kemanusiaan, alam ketuhanan, dan falsafah turut mengisi

tempat.

Dalam tulisan ini, penulis akan meninjau penglibatan penyair wanita dalam arus

perkembangan sastera Melayu selepas tahun-tahun 50-an dalam dunia kususasteraan

tempatan. Penyair wanita yang telah dipilih untuk dibincangkan adalah penyair-penyair

wanita yang dianggap terpenting sejak daripada tahun 1950-an. Mereka ini masing-

masing telah memperlihatkan keterampilan mereka dan nama-nama mereka memang

menyerlah di dalam bidang puisi Melayu sesuai dengan beberapa kriteria seperti berikut:

i ) Penglibatan aktif serta konsisten dalam bidang puisi walaupun buat jangkamasa singkat;

ii ) Telah mendapat perhatian daripada para pengkritik dan pengkaji sastera;

iii) Mempunyai cara dan identiti sendiri dalam berpuisi.

   Dalam tulisan ini juga, penulis telah sengaja memilih tahun selepas 50-an

sebagai masa mula-mula kemunculan penyair-penyair wanita kerana beberapa sebab;

1) Tahun 50-an boleh dikatakan sebagai suatu masa peralihan dalam bidang puisi Melayu

kerana pada masa itulah puisi Melayu moden (sajak) mula-mula mendapat tempat;

2) Tahun 50-an juga ialah suatu era titik-tolak mula-mula kelahiran begitu ramai

penulis/penyair Melayu termasuk penulis/penyair wanita.

   Ini bukanlah bererti bahwa sebelum tahun 50-an, puisi Melayu belum wujud

lagi dan penulis/penyair wanita belum ada yang muncul. Kalau diteliti dengan terperinci,

2

Page 3: Wanita Dan Sastera

sebelum tahun 50-an lagi penyair wanita telah muncul cuma nama-nama mereka memang

kurang diketahui ramai.

Meski terdapat ramai penyair wanita yang terkenal dan banyak memberi

sumbangan dalam dunia penulisan dan kesusasteraan melayu sehingga kini, namun

penulis sekadar memilih beberapa nama atas faktor kekangan ruang penulisan yang

terhad di atas kertas kerja ini. Objektif penulisan ini ialah mengupas :

1) Latar kehidupan penyair wanita di Malaysia dan

2) Sumbanagan mereka dalam Kesusasteraan Melayu

Penyair yang dimaksudkan sebagai wanita yang dijulang sebagai penyair wanita

di Malaysia ini antaranya:

1) Salmi Manja

2) Siti Zainon Ismail

3) Zurinah Hassan

4) Zaihasra: dan

Karya yang dihasilkan mereka menuju jalan yang benar, karya yang membangun

kejadiannya didalam benak fikiran, karya yang menampakkan kelibat kejujuran seorang

manusia penyair yang sebenar-benarnya.

Bukan yang bertopengkan kata-kata puitis (tanpa halatuju yang jelas dan bernas)

dan semata-mata untuk menyenangkan audiencenya, mengglorifikasikan dirinya.

Sastera telah digunakan sejak zaman Yunani, iaitu untuk melahirkan warga

3

Page 4: Wanita Dan Sastera

bermoral dan berterima kasih kepada negara. Kedudukan sastera sinonim dengan

falsafah. Abad ke-5 Athen, pula meletakkankan sastera sebagai alat menjajah yang

lebih cepat dariapada senjata, Shakespeare di abad ke-16 memulakan per-tahta-an

orang Inggeris dalam kuasa sastera dunia. Kemudian kita menyaksikan setiap

negara Eropah berhasrat membina takhta sendiri-sendiri dalam sastera, dan yang

paling berjaya ialah Peranchis apabila berhasil meletakkan Paris sebagai kota jantung

sastera dunia.

Dengan kelahiran dan sumbangan-sumbangan daripada para penulis yang yang

dikaji dalam kertas kerja inilah maka fungsi sastera dapat direalisasikan. Menurut Mana

Sikana dalam tulisannya melalui Wacana Dinamika Sastera Melayu Pascamoden

Sastera telah menjadi medan penyelidikan, tidak sahaja di kalangan ahli kemanusiaan

atau sains sosial, juga daripada disiplin ilmu yang lainnya. Sastera telah

menjadi primadona kajian, tanpa mengkaji sastera, tidak menemukan reality

kehidupan. Di sini penulis akan menghuraikan serba sedikit mengenai latar kehidupan

penyair wanita yang dikaji penulis bersama sumbangan – sumbangan mereka dalam

bidang penulisan. Walaubagaimanapun pemerincian latar kehidupan serta sumbangan

4

Page 5: Wanita Dan Sastera

mereka adalah amat terhad memandangkan faktor kekangan dimensi ruang dalam kertas

kerja ini.

BAHAN KAJIAN

Semasa menyiapakan kertas kerja ini, perbincangan adalah sumber

rujukan yang paling penting bagi penulis. Selain daripada bahan – bahan bertulis melalui

media cetak dan elektronik turut menyumbangkan peranan sepanjang tempoh penulis

mengkaji tajuk Penyair Wanita di Malaysia. Bahan – bahan dalam simpanan Dewan

Bahasa dan Pustaka samada melalui penulisan atau disimpan di alam maya juga menjadi

sumber rujukan yang utama selain daripada mengunjungi laman web – laman web dan

blog – blog yang banyak menyimpan info – info penting berkaitan dengan sejarah para

penyair wanita di Malaysia.

5

Page 6: Wanita Dan Sastera

Latar kehidupan

Bahagian latar kehidupan dalam kertas kerja ini akan membincangkan serba

sedikit latar kehidupan, asal – usul dan latar pendidikan penyair atau penulis wanita yang

dikaji oleh penulis.

Salmi Manja misalnya, adalah nama pena kepada Saleha Abdul Rashid, yang

telah dilahirkan di Singapura. Salmi juga pernah menggunakan nama-nama pena seperti

Melati Desa dan Rashidah Saleh.

Salmi mendapat pendidikan di Singapura, di Sekolah Arab Darul Maarif dan

Sekolah Tong Chai Tanjong Katong. Pernah bertugas sebagai guru agama dan

wartawan di Akhbar Semenanjung. Tugasnya sebagai wartawan banyak member

bimbingan dan pengetahuan di dalam bidang sastera.

Selain daripada itu, kegigihannya dalam bidang penulisan sastera juga telah disebabkan

oleh dorongan kuat daripada suaminya yang juga seorang penulis/penyair iaitu

sasterawan negara A. Samad Said.

Penyair wanita yang kedua pula ialah Siti Zainon Ismail. Siti Zainon Ismail yang

merupakan Pengkaji seni budaya warisan Melayu, adalah seniman penyair dan pelukis ini

adalah puteri  kelahiran Gombak, Kuala Lumpur (18 Disember 1949). Berdarah

keturunan Melayu - Minang - Batubara, Jawa - Banjar. Juga diasuh oleh 'ayah kedua'

berketurunan Acheh-Patanni. Mendapat pendidikan asas di Sekolah Rendah Setapak,

6

Page 7: Wanita Dan Sastera

Kuala Lumpur dan Sekolah Rendah Langgar, Kota Bharu ( 1956- 1957-1961) dan

seterusnya ke Sekolah Menengah Aminudin Baki (SAB), Kuala Lumpur (1962-1968).

Beliau mengaji dengan abah dan 'ayah Mat' yang juga memberinya cerita wayang kulit.

Di Kota Bharu juga beliau mula belajar mencolek kain batik. Di SAB beliau

dilatih oleh guru senilukis Idris Haji Salam sehingga ia bergabung pula dengan Angkatan

Pelukis Semenanjung (APS, 1964-1968). Oleh minatnya kepada seni lukis beliau

melanjut ke pendidikan seni di Institut Seni Indonesia (ASRI) jurusan Seni Lukis (1970

1973). Beliau merupakan pelajar seni lukis yang kerap memenangi Anugerah Sketsa

Kartini (1970 - 1973). Selama di ASRI turut bergabung dengan Sanggar Dewata dan turut

pameran menyertai keliling Jawa. Pada bulan Februari 1974 pulang ke tanahair bertugas

sebagai Jurulatih seni lukis di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (1974-1976).

Seterusnya sebagai tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia ( 1976) dan lulus Sarjana

Sastera (UKM. 1980). Ph.D (UM. 1992). Hingga kini masih mengajar di Pusat Bahasa.

Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu dalam bidang kepakarannya Seni Budaya

Warisan (kursus Kesenian Melayu Tradisional. Pemerian Budaya Benda, Tekstil dan

Busana Melayu, Sejarah dan Teori Penghayatan Seni, Penulisan Kreatif). Beliau juga

adalah Felow Penyelidik ATMA (1995-1996) dan Pengarah Kebudayaan UKM

(1996-1999).

7

Page 8: Wanita Dan Sastera

Apabila memperkatakan tentang puisi dan penyair wanita, nama Zurinah

Hassan memang tidak asing lagi sama ada dalam kalangan peminat, mahu pun dalam

kalangan pengkaji-pengkaji puisi Melayu moden. Pada sekitar tahun 70-an, Zurinah

Hassan beriringan dengan penyair-penyair wanita lain seperti Siti Zainon Ismail dan

Zaihasra memonopoli dunia penulisan puisi.

Zurinah Hassan dilahirkan di Bakar Bata, Alor Setar pada 13 Jun 1949. Zurinah

mendirikan rumahtangga pada tahun 1978 dengan Encik Mohamed Said bin Abdul

Manap yang sekarang bertugas sebagai Pengurus Kanan Pos Malaysia Berhad dan

dikurniakan lima orang anak: Siti Raihani, Ainul Huda, Muhammad Taufiq, Muhammad

Faiz dan Aina Mastura.

Kehidupan di kampung dan dibesarkan dengan seorang nenek di sebuah rumah

yang dikelilingi oleh pohon-pohon rimbun. Keadaan yang sunyi dan redup. Tidak

mempunyai ramai kawan dan jarang keluar bermain-main seperti kanak-kanak lain.

Banyak masa dihabiskan dengan duduk di rumah dan mendengar radio. Radio menjadi

teman rapatnya. Beliau amat suka mendengar lagu-lagu dan cepat menghafal seni kata.

Setelah pandai menulis, seni kata lagu ditulis dan dinyanyikan. Kegemaran mengutip

senikata lagu telah melatih Zurinah menggemari susunan kata-kata yang indah.

Sebahagian daripada seni kata lagu itu merupakan pantun-pantun lama yang mempunyai

makna yang mendalam. Walapun tidak menjadi seorang penyanyi kerana larangan

keluarga, namun keasyikan terhadap lagu dan seni kata telah menjadikannya seorang

pemenung, perenung alam dan membentuk kegemaran lain iaitu menulis puisi. Dari

8

Page 9: Wanita Dan Sastera

sinilah minat Zurinah timbul dan menjadi akrab dengan unsur-unsur yang terdapat dalam

lagu-lagu tersebut.

Pendidikan awal Zurinah Hassan secara formalnya di Sekolah Rendah Melayu

Tikam Batu dan Sekolah Inggeris Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah. Beliau

meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Convent Sungai Petani dan

Sekolah Menengah Sultanah Asma, Alor Setar Kedah. Seterusnya, melanjutkan pengajian

di Universiti Sains Malaysia sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun

1974.

Semasa belajar di sekolah Melayu Tikam Batu, (Zurinah Hassan, 2003: 23-24)

beliau menemui dua orang guru yang gemar bercerita. Sewaktu dalam darjah satu dan

dua, Zurinah dan kawan-kawan selalu mendengar cerita dari Cikgu Mariam. Beliau rajin

bercerita tentang puteri-puteri raja yang jelita. Begitu juga, dengan Cikgu Ghani yang

sering memberi ulasan yang berbeza tentang kisah-kisah lama terutama episod-episod

dari Sejarah Melayu. Ketika di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class, semasa di

tingkatan satu, Zurinah berkenalan dengan puisi Inggeris sebagai satu mata pelajaran

wajib. Zurinah gemar menghafal puisi-puisi William Shakespeare, S.T Coleridge,

H.W.Longfellow dan lain-lain serta menawarkan diri untuk membacanya di hadapan

kelas dan tidak lupa oleh kerana minat yang sangat mendalam Zurinah menterjemahkan

sajak-sajak Inggeris ke Bahasa Melayu. Ini melatihnya mencipta ungkapan-ungkapan

puitis.

9

Page 10: Wanita Dan Sastera

Semasa di tingkatan enam, guru Bahasa Inggerisnya membacakan puisi Khalil

Gibran. Baris-baris yang dibacakan tertusuk ke hati dan sejak dari itu cintanya terhadap

puisi tetap utuh sehingga melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia (1970).

Mengikut Shafei Abu Bakar (1997), rangsangan yang diberikan oleh Zakry Abadi, ketika

itu editor Utusan zaman telah memberi laluan dan semangat buat Zurinah untuk terus

berkarya. Pada 15 Februari 1967, sajak Keputusan buat pertama kali telah diberi tempat

di Utusan zaman.

Di Universiti Sains Malaysia, Zurinah menumpukan pengajiannya dalam

pengkhususan kesusasteraan. Keilmuan pengetahuannya semakin meningkat, kepekaan

terhadap alam sekitar juga bertambah. Zurinah bukan sekadar mendengar sahaja tentang

teori ilmu, malah mempelajarinya, menghayatinya, dan memanfaatkannya. Pengajian

Zurinah tidak terhenti setakat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Beliau telah meneruskan

pengajiannya di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

(UPM) dan berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 2001, kemudian

menyambung pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Akademi Pengajian

Melayu, Universiti Malaya dan memperolehinya pada tahun 2008.

Dunia pekerjaan merupakan suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan

tentang Zurinah Hassan. Zurinah bermula dengan menjadi sebagai tenaga pengajar di

Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya tetapi cita-

citanya untuk menjadi tenaga akademik tidak tercapai. Selain daripada itu, beliau pernah

bertugas sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Penerangan Malaysia (1982-1997).

10

Page 11: Wanita Dan Sastera

Perkhidmatan yang memakan masa selama 15 tahun, akhirnya beliau bersara pilihan

demi meneruskan cita-cita dalam bidang penulisan dan menjadi penulis sepenuh masa.

NAMA Zaihasra menyerlah dalam dunia penulisan tanah air sejak dua dekad

yang lalu dengan kelahiran puisi-puisinya yang merakamkan peristiwa dan rasa yang

menyentuh diri, cinta, kesepian, putus asa dan harapan. Zaihasra atau nama sebenarnya

Zaiton Abdullah. Zaihasra ialah penyair contoh yang bersikap individualistik di dalam

puisi-puisinya.

Zaihasra lahir dari satu keluarga tani yang hidup dalam kesederhanaan.  Beliau

berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah

kilang getah di Sungai Buluh, Alor Gajah, Melaka.  Kemudian beliau bertugas pula di

Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama tujuh tahun sebagai penerbit rancangan

sastera.  Beberapa tahun kemudian, beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan

dengan membuka syarikat pembekal keperluan pejabat secara kecil-kecilan.  Atas

dorongan kecintaan kepada keindahan alam, Zaihasra meneroka bidang seni taman dan

lanskap dengan menubuhkan Syarikat Jitu Sdn. Bhd. bersama-sama seorang rakan

kongsi.  Antara beberapa projek lanskap yang diusahakan oleh syarikatnya ialah di

Bulatan Semarak dan Projek Lembaga Letrik Negara di Pekan, Pahang.

Nama Zaihasra adalah hasil gabungan beberapa singkatan nama seperti “Zai”

untuk Zaiton, “Has” untuk Hasnah, iaitu nama timang-timangan yang diberikan oleh

kedua-dua orang tuanya dan “Ra” adalah rahsia bagi dirinya.  Selama penglibatannya

dalam dunia kesusasteraan, Zaihasra memilih ungkapan “pelarian” sebagai identiti

dirinya.  Menerusi ungkapan ini, beliau telah menghasilkan tiga buah karya, iaitu Dalam

11

Page 12: Wanita Dan Sastera

Pelarian Satu, Dalam Pelarian Tiga dan Dalam Pelarian Empat.  Menurutnya, Dalam

Pelarian Kedua itu adalah gambaran tentang dirinya sendiri.

Pada 22 November 1989, dalam usia 38 tahun, Zaihasra telah menghembuskan

nafas yang terakhir di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat sakit buah pinggang yang

dihidapinya sejak beberapa lama dulu.  Jenazah beliau disemadikan di Taman

Greenwood, Gombak.  Pemergian Zaihasra adalah suatu kehilangan yang besar dalam

dunia kesusasteraan Melayu tanah air.

12

Page 13: Wanita Dan Sastera

Sumbangan

Sekiranya membicarakan watak seorang penulis, sumbangan penulis terbabit

adalah antara perkara penting yang perlu ditekankan. Sumbangan para penulis wanita di

Malaysia juga begitu mempengaruhi perkembangan dunia kesusasteraan hingga ke hari

ini.

Salmi Manja

Puisi-puisinya pernah dikumpulkan di dalam antologi cerpen/puisi yang bertajuk

'Daun-Daun Berguguran' yang telah diterbitkan dalam 1962. Kebanyakan puisi-puisinya

bertemakan cinta dan disampaikan dengan nada yang romantik. Persoalan yang sering

ditimbulkan seringnya menyetuh hal-hal yang dianggap 'istimewa' oleh wanita seperti hal

percintaan dan kasih sayang.

Gaya dan bentuk puisinya masih terikat dengan unsur-unsur tradisional seperti

puisi penyair-penyair ASAS '50 yang sezaman dengannya ketika itu. Cara

penyampaiannya juga selaras dengan konsep ASAS '50. Sebab itulah puisi-puisinya cuma

merupakan suatu pengimitasi realiti; iaitu mencatat pengalaman dan realiti kehidupan

secara terang-terangan.

   Tema agama juga sering disentuh oleh Salmi seperti dalam puisi 'Sejambak Ros

Yang Dijanjikan'. Ini mungkin disebabkan oleh asas pendidikannya dari sekolah agama

dan pengalamannya sebagai guru agama (ustazah).

13

Page 14: Wanita Dan Sastera

Siti Zainon Ismail

Dalam puisi-puisinya, Siti Zainon rajin menggunakan berbagai-bagai teknik dan

sering merapkan aliran serta unsur-unsur baru yang menyimpang dari aliran-aliran puisi

konvensional.

Gayanya cenderung ke arah penggunaan objek-objek tempatan serta fakta sejarah

dan hikayat-hikayat Melayu seperti dalam puisi 'Profil Cinta'.

  Puisi-puisi Siti Zainon telah dikumpulkan di dalam antologi 'Nyanyian Malam'

yang telah diterbitkan pada tahun 1976. Puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera

ialah puisi 'Romansa Petani Di Gunung'. Beliau adalah penyair pelukis wanita yang terus

aktif. Kerap mewakili negara dalam membaca puisi, pameran lukisan dan seminar seni

budaya seluruh tanahair dan juga di peringkat antarabangsa seperti di Filipina (1976).

Bhopal. India (1985). Berlin Barat ( 1985, 2000) Soeul Korea (1986). Indonesia (Aceh,

Bali, Jakarta. Jambi, Lombok. Makassar. Padang. Riau, Palembang, Yogyakarta 1983-

1998). Thailand ( 1986,1989, 1990). Perancis (1986), Berlin (1986). London

(1986,1990,1992), Australia (1993), Singapura(1990,1995), Hamburg (2000), Russia

(2003). Begitu juga puisi-puisi dan cerpen beliau telah diterjemah ke pelbagai bahasa

seperti BuIgaria, Hindi, Inggeris, Korea, Urdhu, Jepun, Perancis, Thai dan Russia.

14

Page 15: Wanita Dan Sastera

Zurinah Hassan

Zurinah ialah seorang penyair wanita yang paling berpotensi, prolifik dan

beridentiti sendiri. Mungkin tidak keterlaluan kalau beliau dianggap puncak bagi

kepenyairan wanita sejauh ini.

Banyak karya puisinya yang telah memenangi Hadiah Sastera, seperti 'Senja Di

Pelabuhan', 'Surat Hari Depan', 'Apabila Kata Menjadi Dosa', 'Hidup Dari Jendela

Keretapi', 'Bila Hujan Telah Reda', 'Duhai Pentafsir', 'Di Muka Laut', 'Satu Kebetulan',

'Salam Perempuan Dari Penjara' dan 'Kita Perlu Bersuara Setelah Diam Yang Lama'.

Zurinah ialah satu-satunya penyair wanita yang sangat sensitif melihat realiti

hidup. Sekecil-kecil perkara yang jarang disentuh oleh penyair lain menjadi bahan

renungannya, seperti dalam puisi 'Di Sebuah Kolam'.

Dalam puisi tersebut, objek ikan, kolam dan kekitrannya menjadi renungan

Zurinah yang cuba berfalsafah bertolak daripada objek-objek tersebut. Perhatikan

sebahagian daripada puisi tersebut.

Tema yang sering dibicarakan oleh Zurinah ialah sekitar tema kehilangan

kemanusiaan dan kompleksitinya. Zurinah sering menyoal tentang hakikat kewujudan

dan idealisme kehidupan dari jurus pandangan kewanitaan yang penuh dengan kehalusan

budi dan ketinggian moral. Ini jelas dapat dilihat di dalam puisinya yang berjudul

'Bahawa Aku Pernah Hidup', yang jelas menyoal kewujudan diri.

15

Page 16: Wanita Dan Sastera

Dari aspek stilistik dan bahasa, Zurinah boleh dianggap sebagai penyair yang

berjaya menguasai bahasa dan pintar dalam membentu imej di dalam puisi-puisinya.

Bahasanya mudah dan segar. Imejnya menarik kerana ketukangannya di dalam 

menghidangkan sesuatu imej yang dipetik dari fenomena-fenomena alam seperti pasir,

ombak, laut, angin dan pantai.

Misalnya dalam puisi 'Bahawa Aku Pernah Hidup' yang telah dibentangkan tadi,

kita dapat melihat bagaimana Zurinah menggunakan diksi-diksi yang bersumberkan

fenomena-fenomena alam seperti yang sering digunakan di dalam puisi-puisinya.

Nada suaranya pula lembut dan 'manis', bersahaja (spontan) dan yang paling

penting sekali begitu 'memorable'. Fikiran dan gagasan yang ingin disampaikannya

seiringan dengan perasaannya, dan tidak terlalu sentimen seperti ramai penyair wanita

lain.

Seperkara lagi yang unik tentang penyair ini ialah tentang suara kejujurannya

dalam puisi seperti yang dapat kita saksikan dalam puisinya, 'Apabila Kata-Kata Menjadi

Sebuah Dosa'. Sehingga ke hari ini Zurinah masih menghasilkan puisi-puisi yang baik.

Sejauh ini, karya-karya puisinya telah dibukukan di dalam antologi-antologi seperti

berikut:

'Sesayu Jalan', diterbitkan pada 1974; 'Di Sini Tiada Perhentian', diterbitkan pda 1977; 'Keberangkatan', diterbitkan pada 1985.

16

Page 17: Wanita Dan Sastera

ZAIHASRA

Kekuatan puisi-puisi Zaihasra terletak pada pemilihan kekatanya yang bertenaga,

teliti dan cukup mengesankan. Sekali lagi puisi 'Lautan Di Waktu Subuh' itu merupakan

satu contoh yang baik. Tidak hairanlah kalau puisi tersebut pernah memenangi Hadiah

Sastera di samping sebuah lagi puisinya yang bertajuk 'Di Sini Waktu Yang Luka Sebuah

Cinta Semakin Lusuh'.

Tahun 1970-an merupakan detik awal bermulanya kegiatan beliau dalam dunia

penulisan puisi, ditambah pula dengan penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur pada tahun

1972.  Puisi awal beliau yang berjudul “Mama” disiarkan dalam Dewan Sastera pada

tahun 1971.

Dalam penghasilan puisi, Zaihasra lebih suka menarik perhatian pembaca kepada

realiti hidup.  Beliau mendekatkan diri kepada alam, membandingkan kehidupan flora

dan fauna dengan dirinya sendiri dan mencari kebenaran kata-kata, bertunjangkan keiman

an dan harga diri.  Kekuatan puisi Zaihasra terletak pada kematangan fikiran dan

perasaannya yang disatukan dengan fenomena alam seperti hukum kewujudan yang

sepatutnya.  Tema cinta, setia, rindu, sepi dan konflik diri menjadi pilihan Zaihasra.

Kehadiran beliau dalam dunia penulisan puisi telah menyerlah  bakat serta

potensinya, terutama apabila dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, beliau telah

memenangi Hadiah Karya Sastera dengan puisi-puisinya berjudul “Lautan di Waktu

Subuh” pada tahun 1973, “Di Sini Waktu yang Luka”, “Sebuah Cinta Semakin Ungu”

17

Page 18: Wanita Dan Sastera

dan “Satu Detik yang Teruji”.  Ketiga-tiga buah puisinya termuat  dalam kumpulan puisi

Dalam Pelarian Satu.

Beliau juga pernah mendapat hadiah penghargaan dalam sayembara puisi anjuran

Persatuan Penulis Negeri Melaka (PENAMA).  Selain itu, puisi beliau yang berjudul

“Penghayatan” telah memenangi Hadiah Khas Puisi Berita Minggu yang mengungkapkan

satu pengalaman rohaniah dan akaliah, iaitu memperlihatkan satu fasa hidup bara dalam

keresahan hidup dan ketenangan yang diperoleh melalui kebesaran Ilahi.

Dalam Pelarian Satu mengandungi 40 buah puisi pilihan yang ditulis antara tahun

1972-1976.  Dalam Pelarian Tiga  pula, terdapat 30 buah puisi yang tidak mempunyai

tajuk tetapi hanya dicatatkan angka bilangan 1–30.  Puisi-puisi dalam kumpulan ini

menggambarkan kehidupan penyair yang romantis serta peristiwa yang pernah beliau

alami.

Zaihasra pernah menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja Persatuan Penulis Malaysia

(PENA) untuk tempoh dua penggal iaitu 1984/85 dan 1986/87.  Bersama-sama Siti

Zainon Ismail, beliau menghasilkan sebuah antologi puisi yang berjudul “Akuarium

Kota”.  Beliau juga telah menubuhkan kumpulan “Cindai Cinta”, iaitu kumpulan yang

mempersembahkan lagu-lagu puisi bersama penyanyi Junainah M. Amin dan Maisara.

Zaihasra bersama-sama beberapa orang penyair lain sempat merakamkan

deklamasi puisi mereka dalam kaset “Puisi-puisi Malaysia” terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka.  Puisi beliau berjudul “Suatu Senja Aku Berlari di Sini Menanti Keretapi Tiba

tapi Dia Telah Pergi” turut dirakamkan.

18

Page 19: Wanita Dan Sastera

Kebanyakan puisi Zaihasra disiarkan dalam Dewan Sastera, Mastika, Dewan Masyarakat,

Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan lain-lain.

Dalam Pelarian Empat ialah novel sulung yang begitu menarik pengolahannya. 

Novel ini menonjolkan satu falsafah yang amat berguna, iaitu kelembutan hari yang lalu

dan rakusnya kejadian yang serba berkemungkinan sering menjadikan manusia dewasa.

KESIMPULAN

Setiap penyair wanita di Malaysia selalu memperbaharui diri dan berusaha

meningkatkan kecapaian kesenian dan akademik dalam bidang yang diminati. Mereka

sentiasa mempunyai rasa tanggugjawab yang tinggi terhadap masa depan dunia

kesusasteraan melayu di Malaysia. Mereka tidak pernah berputus asa dalam

menunjukkan kemampuan dalam menghasilkan karya-karya terutama puisi yang

bermutu. Seharusnya, kita akan melihat dan tertunggu-tunggu pengiktirafan Malaysia,

kepada sasterawan negara wanita yang memiliki pakej yang lengkap dan sempurna.

Diharapkan juga usaha para penyair wanita ini dapat diteruskan walaupun negara

kita berjaya menginjak status sebagai negara maju menjelang tahun 2020 nanti.

19

Page 20: Wanita Dan Sastera

BIBLIOGRAFI

1. file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/cat_siti.cfm.htm

2. http://mlcd.myplace.nie.edu.sg/mana_sikana.pdf

3. http://kbakti.multiply.com/journal

4. Pyan Husayn & Suhaimi Hj Muhammad; Kembang Melati: Dewan Bahasa &

Pustaka, Malaysia, 1982

5. file:///C:/Documents%20and%20Settings/user/Desktop/MCM2/

cat_siti.cfm.htm

6. Mana Sikana, 2007. Tokoh-Tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Bangi: Pustaka

Karya.

7. Mana Sikana, 2004. Sastera Melayu Pascamodenisme. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

20

Page 21: Wanita Dan Sastera

LAMPIRAN

21

Page 22: Wanita Dan Sastera

PENDAHULUAN

22

Page 23: Wanita Dan Sastera

LATAR KEHIDUPAN

23

Page 24: Wanita Dan Sastera

SUMBANGAN

24

Page 25: Wanita Dan Sastera

25