kerja kursus sastera (asimen)

56
SOALAN TUGASAN Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda. Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan berikut: (a) Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional dan moden, termasuk bentuk- bentuk serta aliran-aliran dalam penulisan sastera. Pengenalan 1.1 Definisi (i) Umum tentang kesusasteraan Melayu Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit) Su - indah, baik, lebih berfaedah Sastera - huruf atau buku Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya. Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah. Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui

Upload: paklong-cikgu

Post on 02-Jul-2015

2.810 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja kursus sastera (asimen)

SOALAN TUGASAN

Anda telah dipilih oleh pihak sekolah anda untuk membentangkan kertas kerja dalam

Seminar Kesusasteraan Melayu anjuran Jabatan Pelajaran Daerah di tempat anda.

Sediakan kertas kerja tersebut dengan selengkapnya yang mengandungi bahan-bahan

berikut:

(a) Pengenalan kesusasteraan, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu

tradisional dan moden, termasuk bentuk-bentuk serta aliran-aliran dalam

penulisan sastera.

Pengenalan

1.1 Definisi

(i) Umum tentang kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera”

(Sanskrit)

Su - indah, baik, lebih berfaedah

Sastera - huruf atau buku

Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan

baik isinya.

Kesuasasteraan : Ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa

yang indah dan mengandungi isi yang baik yang baik lagi

berfaedah.

Kesusasteraan Melayu : hasil ciptaan yang ditulis melalui

perantaraan Bahasa Melayu dan lahir sebagai hasil daripada

keistimewaan sifat masyarakat Melayu. Kandungannya

haruslah mencerminkan persoalan tentang masyarakat bangsa

Melayu sama ada pada zaman silam mahupun pada

zamanmodenhari ini.

Page 2: kerja kursus sastera (asimen)

Kesusasteraan Melayu Tradisional (SMT) :

Konsep SMT pada orang Melayu zaman dahulu sangat

bercampur aduk dan tidak terbatas kepada hasil seni semata-

mata. Oleh itu semua hasil penulisan sebelum abad ke-19

dianggap sebagai hasil sastera yang termasuk di dalamnya

karya sejarah seperti Sejarah Melayu, karya-karya

ketatanegaraan seperti Tajus Salatin, Bustan as-Salatin,

Sastera Kitab/Agama dan juga undang-undang Melayu lama.

Kesusasteraan Melayu mengandungi 4 unsur utama :

a. Unsur Intelek : Karya sastera haruslah menimbulkan satu-

satu fikiran tertentu yang bernilai dan menarik. Sastera ditulis

dengan tujuan tertentu seperti soal-soal masyarakat, moral,

ekonomi, politik dan sebagainya. Karya sastera sebagai bahan

untuk pembaca mendapat panduan dan pengetahuan.

b. Unsur Emosi : Membezakan karya sastera dengan bukan

sastera. Berkait dengan perasaan manusia iaitu perasaan

pengarang dan pembaca seperti perasaan sedih, gembira dan

sebagainya.

c. Unsur Imaginasi : Ketajaman daya penglihatan dan gaya

pengamatan (daya khayalan) pengarang terhadap sesuatu

benda atau peristiwa yang dilukisnya melalui perantaraan

bahasa.

d. Unsur teknik : Soal bagaimana pengarang menyusun

peristiwa dalam cerita, memilih kata-kata, menyusun adegan

Page 3: kerja kursus sastera (asimen)

dan sebagainya.

Kesimpulan tentang Kesusasteraan Melayu :

1. Ciptaan seni yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat

penyampaian

2. Satu cabang kegiatan seni masyarakat Melayuyang terawal

dan terpenting

3. Kesusasteraan lahir bersama kelahiran masyarakat sebagai

alat untuk menyatakan perasaan, keazaman, keinginan,

pengalaman dan pengalaman masyarakat.

4. Kesusasteraan Melayu adalah kesusasteraan yang berfungsi

iaitu mengajar dan menghibur

5. Tercipta dalam sepanjang masa, mengalami proses

perkembangan dan perubahan, dibahagikan Sastera Melayu

Tradisional dan sastera Melayu Moden

http://kalimahbestari.blogspot.com/

Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua

kelompok utama iaitu:

1. Prosa Melayu Tradisional

2. Puisi Melayu Tradisional

Prosa Melayu Tradisional

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang

panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi

termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-

naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang

sama ada lisan atau tulisan

dikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan

sebagai kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu

Page 4: kerja kursus sastera (asimen)

sebagai alat penyampaian dalam karya-karya tersebut merangkumi

seluruh nusantara.

Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai

sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1. Naratif

2. Bukan naratif

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula

kepada dua pecahan lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan.

Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga genre yang

utama iaitu:

1. Mitos

2. Legenda

3. Cerita rakyat

* Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi

seperti cerita binatang, cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita

teladan.

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

1. Sastera sejarah

2. Sastera hikayat

3. Sastera sastera panji

4. Sastera kepahlawanan / epik

5. Sastera agama

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

1. Sastera undang-undang

2. Sastera kitab

3. Sastera ketatanegaraan

4. Kepustakaan ilmu tradisional

Page 5: kerja kursus sastera (asimen)

*Nota : penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam

tajuk penghayatan prosa tradisional.

Puisi Melayu Tradisional 

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang

digunakan secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk

karangan berangkap yang terikat dengan peraturan sesuatu jenis

puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang

cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu

yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua

pecahan iaitu:

1. Naratif

2. Bukan naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada

genre Syair sahaja.

Manakala yang bukan naratif ialah :

1. Pantun

2. Gurindam

3. Endoi

4. Rejang

5. Dikir/Zikir

6. Rubai

7. Nazam

8. Masnawi

9. Ghazal

10. Berzanji

11. Qit'ah

Page 6: kerja kursus sastera (asimen)

12. Seloka

13. Teromba

14. Talibun

15. Peribahasa berangkap

16. Mantera

*Nota : pengertian setiap genre akan diberikan apabila mengkaji

genre tersebut.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:26

Ciri Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri

yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan

dalam bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu

dapatlah dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu

disampaikan secara lisan ataupun mediumnya adalah kata-kata

ataupun pertuturan. Pada zaman tradisional pastilah wujud

manusia-manusia yang berbakat besar dalam bidang kesusasteraan,

yang mampu menghasilkan karya-karya prosa ataupun puisi.

Pastilah juga dalam zaman tradisional yang bermula dengan

animisme itu, tidak ada buku, pen, kertas dan sebagainya yang

digunakan oleh sasterawan moden hari ini untuk menzahirkan karya

mereka. Maka hanya cara tradisional sahajalah yang digunakan oleh

'sasterawan-sasterawan' zaman itu iaitu mengungkapkan karya

mereka dengan cara percakapan atau penceritaan. Para sasterawan

zaman tradisional, oleh kerana tidak mempunyai alat tulis

menurunkan pula karya-karya mereka kepada anak cucu, saudara

dan sahabat handai secara lisan agar ciptaan mereka itu tidak

hilang begitu sahaja.

Page 7: kerja kursus sastera (asimen)

Tulisan 

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka

telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah

satu perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu

peralihan daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus

difahami dengan mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak

kepada golongan bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana.

Sedangkan golongan rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan.

Dengan itu lahirlah karya-karya kesusasteraan yang berpusatkan

istana. Karya-karya kesusasteraan ini ditulis menggunakan tulisan

jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk memenuhi kehendak

golongan istana.

Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-

karya prosa dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen,

sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional merupakan

kesusasteraan kreatif.

Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei,

rencana dan sebagainya

Estetik

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang

dicipta oleh seseorang penulis.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:24

Fungsi Kesusasteraan

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan

untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah

Page 8: kerja kursus sastera (asimen)

masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut

yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang

pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang

diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan

menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh

khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu

merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati

karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang

tertentu kepada khalayak.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-

kurangnyakesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:

1. Pendidikan/Pengajaran/Didaktik

2. Kepuasan estetik.

Kesusasteraan Berfungsi Sebagai Alat Pendidikan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa karya-karya kesusasteraan

sebenarnya sarat dengan unsur pendidikan/pengajaran/didaktik.

Pengarang-pengarang yang menghasilkan sesuatu karya sastera

merupakan sekumpulan manusia yang telah menimba banyak

pengalaman. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini

diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang

terangkum didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi,

politik, sosiologi dan agama. Pengalaman mereka ini dijadikan prosa

atau puisi dan diadun dengan unsur-unsur pengajaran,moral atau

ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya. Apabila khalayak menikmati

karya-karya mereka secara tidak langsung unsur pengajaran atau

ilmu pengetahuan itu diserap oeh pembaca dan boleh membentuk

personaliti pembaca ke arah kebaikan.

Kesusasteraan Berfungsi Memberi Kepuasan Estetik.

Page 9: kerja kursus sastera (asimen)

Apakah itu kepuasan estetik? Sebelum pergi lebih jauh, ada baiknya

dicari dahulu maksud dan asal kata estetik. Dalam bahas Melayu

estetik juga disebut estetika. Ia diambil dari

kata Inggeris "aesthetic". Orang Inggeris juga sebenarnya

meminjam perkataan tersebut daripada budaya

Greekaisthanesthai yang boleh diertikan sebagai to preceive.

Bernard Bosanquet menyatakan bahawa estetik adalah falsafah

keindahan yang sudah bermula sejak zaman Greek, yang dimulai

oleh Socrates. 

Di dalam ensiklopedia internet Wikipedia mengatakan estetik

merupakan kajian deria atau nilai deria - emosi, ataupun timbangan

sentimen dan cita rasa. Estetik merupakan subdisiplin aksiologi,

sesuatu cabang falsafah dan sering dikaitkan dengan falsafah seni.

Hashim Awang mendefinisikan estetik dalam Glosari Mini

Kesusasteraansebagai "Kajian atau sains tentang keindahan dalam

sastera atau seni lainnya.

Dengan maksud ringkas di atas, dapat dibuat kesimpulan bahawa

kepuasan estetik adalah satu bentuk perasaan indah yang muncul

sama ada dalam diri penulis ataupun pembaca. Penulis cerita akan

merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan sesuatu

cerita yang dapat menyentuh perasaannya dan juga pembaca dari

segi isi ceritanya mahupun aspek-aspek lain penulisannya. Bagi

pembaca pula, dengan membaca karya yang mempamerkan

keindahan akan merasa satu kepuasan yang tidak dapat

digambarkan dalam dirinya.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 22:10

Page 10: kerja kursus sastera (asimen)

Jumaat, 2008 September 26

Kesusasteraan Melayu Tradisional

Pengertian Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian

yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan

penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut

Profesor Ismail Hussein;

kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala

kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak

bercetak.

Berdasarkan pernyataan di atas, amat jelas kepada kita bahawa

kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu wacana yang luas

dan terdiri daripada berbagai-bagai bentuk dan sifat. Pengkaji

kesusasteraan Melayu membahagikan kesusasteraa Melayu

tradisional kepada dua golongan yang utama iaitu:

1. Kesusasteraan Lisan

2. Kesusasteraan Tulisan

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir di kalangan masyarakat

Melayu yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan.

Mereka ini tinggal di kawasan yang jauh di pedalaman, desa-desa

dan pinggir pantai. Pada waktu tersebut sistem tulisan belum lagi

muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun tidak

menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang

Page 11: kerja kursus sastera (asimen)

kesusasteraan tidak pula mati begitu sahaja. Sebaliknya ia

dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan secara lisan.

Atas sebab itulah hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh

kelompok ini disebut sebagai kesusasteraan lisan kerana

penyampaian cerita secara lisan. Kesusasteraan lisan dikenali juga

sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu

mula menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap

ke dalam kebudayaan Melayu adalah pengaruh India. Melalui

kemasukan pengaruh India, orang Melayu diperkenalkan dengan

sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak meluas

dan akhirnya pupus.

Kedatangan agama Islam ke alam Melayu membuka satu lembaran

baru dalam kamus kesusasteraan Melayu. Agama Islam muncul

bersama-sama dengan sistem tulisan yang lengkap bersumberkan

al-Quran sebagai kitab suci orang Islam. Sistem tulisan Arab-Islam

ini kemudiannya disesuaikan dengan sebutan dalam bahasa Melayu.

Orang Melayu kini mempunyai sistem tulisan yang dinamakan

tulisan Jawi. Tradisi tulisan lebih condong kepada istana menjadikan

istana sebagai pusat penyebaran ilmu pada masa itu. Di istanalah

lahirnya tokoh-tokoh sasterawan Melayu tradisional yang

menghasilkan karya sama ada yang asli ataupun salinan semula

kerana pada masa itu mesin cetak belum wujud.

Semua hasil karya ini sama ada lisan atau bertulis merupakan satu

dokumen penting yang merakamkan segala perihal kehidupan

masyarakat Melayu tradisional. Ia adalah himpunan daya kreativiti

masyarakat Melayu tradisional yang menyerlahkan daya fikir, akal

Page 12: kerja kursus sastera (asimen)

budi, sentuhan jiwa, cita rasa, jati diri dan kebijaksanaan

masyarakat Melayu (Mutiara Sastera Melayu Tradisional 2003:xiv).

Sebagai kesimpulannya, sebagaimana yang dinyatakan oleh Harun

Mat Piah kesusasteraan Melayu tradisional merujuk kepada karya

yang mempunyai ciri-ciri seperti :

1. Bersifat kolektif dan dianggap sebagai milik bersama masyarakat

2. Hasil karya bersifat feudal

3. Karya yang terbatas pencipta dan khalayak

4. Dihasilkan sebelum 1800.

5. Bersifat fungsional

6. Pelbagai genre

7. Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dibatasi

oleh zaman, tarikh dan waktu.

8. Gaya bahasa berbeza daripada gaya bahasa kini

9. Hasil karya mempunyai nilai tersendiri kepada masyarakat yang

mewarisinya.

10. Bentuk dan cirinya menjadi tradisi yang mantap

11. Persoalan yang dibawa oleh karya tersebut mempunyai struktur

formal yang terikat.

12. Hasil karya yang bersifat statis kerana tidak memperlihatkan

keragaman tema dalam sesuatu genre

(seperti dalam MPM Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2003:xvi-

xix)

Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:54

Kesusasteraan Tradisional

Kesusasteraan Tradisional merupakan himpunan karya-karya

kesusasteraan dalam semua bentuk yang terhasil sejak manusia

wujud tetapi tidak melepasi zaman selepas wujudnya mesin cetak.

Kesusasteraan Tradisional muncul di kalangan masyarakat awal

yang masih lagi primitif dan mengamalkan kepercayaan animisme.

Page 13: kerja kursus sastera (asimen)

Ada pendapat yang mengatakan kemunculan tamadun awal manusia

diiringi juga dengan kemunculan budaya kesusasteraan ke dalam

tamadun tersebut. Contohnya dengan munculnya Tamadun

Mesopotamia serentak dengan itu juga lahirlah karya-karya

kesusasteraan hasil daripada kemunculan tamadun Mesopotamia

seperti Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, ternyata

kesusasteraan telah muncul dan mewarnai kehidupan manusia sejak

sekian lama. Perjalanan masa yang begitu lama dan lampau itulah

yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan yang ada pada

masa dahulu disebut tradisional. Selepas munculnya mesin cetak

lebih kurang dalam tahun 1800, karya kesusasteraan pun bertukar

wajah daripada tradisional kepada moden.

Secara umumnya karya-karya kesusasteraan tradisional boleh

dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan tulisan. Lisan bererti

yang dituturkan dan tulisan maksudnya yang ditulis atau

dibukukan. Kesusasteraan lisan lebih mewakili golongan bawahan

seperti petani dan nelayan. Ia juga dikenali sebagai kesusasteraan

rakyat. Manakala sastera tulisan pula adalah ciptaan golongan

pemerintah selepas kemunculan sistem tulisan dalam sesebuah

masyarakat itu.

*Nota: Tajuk ini adalah sebagai rangsangan dan pengetahuan sedia

ada sahaja dan akan disentuh dengan lebih mendalam dalam tajuk

Kesusasteraan Melayu Tradisional.

Dicatat oleh Ilham Rasa di 10:47

Rabu, 2008 September 17

Definisi Kesusasteraan

Page 14: kerja kursus sastera (asimen)

Tajuk ini tidak terdapat dalam sukatan pelajaran KM1 STPM. Walau

bagaimanapun penulis menganggap ia mempunyai kaitan langsung

dengan kajian seterusnya tentang Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Ali Ahmad : 1994 menyatakan Soal mencari definisi

kesusasteraan merupakan salah satu perkara asas bagi ilmu

kesusasteraan. Jika tidak pun ia bolehlah digunakan sebagai bacaan

tambahan untuk pelajar-pelajar Kesusasteraan Melayu STPM.

APA ITU KESUSASTERAAN?

Persoalan ini bukanlah satu perkara mudah untuk dibicarakan tanpa

bersandarkan kepada mana-mana tulisan sarjana. Ramai sarjana

telah memberikan pendapat yang tidak kurang pentingnya kepada

pengkaji dan pelajar kesusasteraan. Jika kita berpegang kepada

kenyataan yang dikeluarkan oleh Ali Ahmad "satu perkara asas bagi

ilmu kesusasteraan" tentulah apapun yang ingin dikaji, dinilai dan

dianalisis dalam bidang kesusasteraan memerlukan pemahaman

yang mendalam terhadap maksud kesusasteraan itu dahulu. Faham

makna kesusasteraan bererti menguasai asas kepada pengkajian

kesusasteraan.

Hashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptan

seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu

disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di

samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi

atau daya pengucapannya.

Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna

kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera.

Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra,

yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi

Page 15: kerja kursus sastera (asimen)

erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya

dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di awal dan an di akhir kata

susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian

persuratan yang bersifat halus dan indah.

Seterusnya Hashim Awang et. al menghuraikan lagi maksud kata

kesusasteraan dan menemui puncanya adalah daripada kata

susastera. Kata susastera itu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu

su dan sastera.

Su dikatakan membawa maksud indah, baik, lebih berfaedah.

Sastera pula membawa maksud huruf atau buku.

Ke-susastera-an membawa maksud kumpulan buku-buku yang indah

bahasanya dan baik isinya.

Bagi Muhammad Hj Salleh (1995) kesusasteraan merujuk pada

karya-karya lisan serta juga tulisan yang membawa unsur-unsur

cereka dan disampaikan melalui bahasa dan berbagai-bagai

perkataan.

Sebelum itu, pada zaman sebelum merdeka, seorang pendita

Bahasa Melayu yang dikenali sebagai Za'ba mendefinisikan

kesusasteraan itu sebagai persuratan atau karangan.

Pengertian seperti ini tentulah tidak mencakupi makna sebenar

kesusasteraan yang ada pada masa kini. Ali Ahmad (1994)

mengatakan Secara kasarnya sahaja definisi sedemikian dapat

diterima, tetapi pemerhatian yang lebih tepat masih diperlukan.

Ali Ahmad (1994) telah membuka ruang yang luas dan segar dalam

mencari maksud kesusasteraan melalui tulisannya Definisi

Page 16: kerja kursus sastera (asimen)

Kesusasteraan di dalam buku Pengantar Pengajian

Kesusasteraan (DBP). Perkara utama yang dikaitkan dengan

kesusasteraan ialah kehalusan atau estetika dan bahasa.

Sesungguhnya kesusasteraan itu adalah kehalusan penciptanya dan

keinginan pembacanya mencari kehalusan itu. Kesusasteraan juga

adalah keindahan bahasa yang muncul dari proses penciptaannya.

Menurut Ali Ahmad keindahan penggunaan bahasalah yang menjadi

asas bagi wujudnya hasil kesusasteraan.

Nota : Untuk lebih lanjut sila baca (Ali Ahmad : Pengantar Pengajian

Kesusasteraan, DBP. Kuala Lumpur, 1994)

Dicatat oleh Ilham Rasa di 08:37

Jumaat, 2008 September 12

Mengenali Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922/1

UMUM TENTANG KM 1

Kesusasteraan Melayu 922/1 dikenali juga sebagai Kesusasteraan

Melayu Tradisional atau Kesusasteraan Kertas 1. Para pelajar perlu

mengetahui, membaca dan memahami SUKATAN PELAJARAN

Kesusasteraan Melayu 922 yang boleh dimuat turun dari laman web

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Secara umum Kesusasteraan

Melayu peringkat STPM dibahagikan kepada dua kertas. Kertas 1

adalah Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kertas 2 adalah

Kesusasteraan Melayu Moden. Para pelajar boleh mengetahui

dengan lebih lanjut tentang kertas dua melalui beberapa blog dan

web yang sedia ada di internet. Seperti yang telah dijelaskan

sebelum ini blog ini hanya akan memfokuskan kepada Kertas 1.

Berdasarkan kertas soalan Kesusasteraan Melayu 1 (oleh MPM)

soalan peperiksaan STPM kesusasteraan Melayu kertas 1 terdiri

Page 17: kerja kursus sastera (asimen)

daripada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Pembahagian

kertas 1 ditunjukkan melalui keterangan di bawah:

BAHAGIAN A : SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

BAHAGIAN B : KARYA AGUNG (SULALATUS SALATIN SEJARAH

MELAYU)

BAHAGIAN C : PROSA MELAYU TRADISIONAL

BAHAGIAN D : PUISI MELAYU TRADISIONAL

ASPEK-ASPEK KAJIAN

Pelajar akan mengkaji aspek-aspek yang dinyatakan seperti berikut:

1. Pengenalan

2. Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional

3. Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

4. Karya Agung

5. Prosa Melayu Tradisional

6. Puisi Melayu Tradisional

Pengenalan tentang Kesusasteraan Melayu Tradisional dari aspek

definisi iaitu definisi umum tentang kesusasteraan tradisional dan

definisi khusus tentang kesusasteraan Melayu tradisional. Pelajar

juga akan mengkaji tentang fungsi yang meliputi kefungsian dari

segi pendidikan,/pengajaran/didaktik dan juga dari segi kepuasan

estetik.

Jenis Kesusasteraan Melayu Tradisional membawa pelajar

menerokai dua cabang kesusasteraan Melayu tradisional iaitu prosa

tradisional dan puisi tradisional. Prosa tradisional dipecahkan

kepada naratif dan bukan naratif. Naratif pula dipecahkan lagi

Page 18: kerja kursus sastera (asimen)

kepada naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan terdiri

daripada metos, legenda dan cerita rakyat. Manakala naratif tulisan

terdiri daripada Sastera sejarah, Sastera hikayat, Sastera panji dan

Sastera kepahlawanan/epik. Prosa tradisional bukan naratif pula

terdiri daripada Sastera undang-undang, Sastera agama Sastera

kitab, Sastera ketatanegaraan. Puisi Tradisional juga boleh

dipecahkan kepada puisi yang berbentuk naratif dan bukan naratif.

Puisi tradisional yang digolongkan berbentuk naratif ialah syair,

manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang

Dikir/Zikir, Ruba’I, Nazam, Masnawi, Ghazal, Barzanji, Qit’ah,

Seloka, Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera.

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional menyorot tentang tahap,

tokoh dan persoalan dan latar masyarakat.

Dalam penelitian terhadap tahap, pelajar akan didedahkan dengan

kemunculan dan perkembangan sastera lisan (tumpuan kepada

cerita rakyat, mitos, dan legenda) dan sastera tulisan secara khusus

(sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu, MPM 2004 m.s. 3) dengan

menggunakan pendekatan dari segi zaman iaitu zaman pra-Islam

dan zaman Islam.

Kajian terhadap tokoh dibuat dengan memberi penekanan kepada

latar, sumbangan, dan kepentingan tokoh-tokoh sastera Melayu

tradisional seperti Tun Seri Lanang, Hamzah Fansuri, Bukhari al-

Jauhari, Nuruddin al-Raniri. Sheikh Daud al-Fatani, Raja Ali Haji,

Syed Muhammad bin Zainal Abidin dan Sheikh Ahmad bin

Muhammad Zain al-Fatani.

Manakala persoalan dan latar masyarakat pula adalah kajian ke atas

gambaran kepercayaan dan cara hidup dalam karya. Aspek-aspek

Page 19: kerja kursus sastera (asimen)

yang dikaji dalam bahagian ini ialah Keagungan raja dan Negara,

Kepahlawanan, Kesetiaan rakyat, Panduan untuk raja, pembesar,

dan rakyat, Keagamaan dan kepercayaan, Pendidikan/moral dan

Gambaran masyarakat.

Karya Agung dan Prosa Melayu Tradisional membawa kepada kajian

terhadap pengenalan umum definisi, fungsi, ciri/sifat sastera, dan

kedudukan. Di samping itu kajian juga melibatkan penghayatan

intrinsik dan ekstrinsik sesuatu karya yang dikaji.

Akhir sekali kajian KM1 peringkat STPM melibatkan aspek Puisi

Melayu Tradisional. Kajian melibatkan pengenalan secara umum

tentang definisi, fungsi, cirri/sifat sastera dan kedudukan. Kajian

juga menelusuri aspek penghayatan intrinsik dan ekstrinsik.

TEKS KAJIAN

1. SULALATUS SALATIN

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu yang digunapakai pada peringkat

STPM adalah hasil usaha A. Samad Ahmad dan diterbitkan oleh DBP.

Pelajar dapat membeli buku ini dengan harga yang lebih murah

kerana pihak DBP ada mengeluarkan edisi khas untuk pelajar

dengan harga RM 11.00. Di bawah ini adalah kulit muka hadapan

Sulalatus Salatin seperti yang diterbitkan oleh DBP.

Page 20: kerja kursus sastera (asimen)

Pelajar jangan terkeliru dengan teks Sejarah Melayu versi lain yang

tidak ada kena mengena dengan sukatan pelajaran KM1. Antara

teks Sejarah Melayu yang tidak berkaitan dengan sukatan pelajaran

KM 1 ialah:

Page 21: kerja kursus sastera (asimen)

Contoh dua buah buku Sejarah Melayu yang

tidak berkaitan dengan sukatan pelajaran KM 1 STPM.

2. MUTIARA SASTERA MELAYU TRADISIONAL

Diselenggarakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia dan diterbitkan

oleh DBP.

3. SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU TRADISIONAL

Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu 922 STPM menyatakan

“Tidak ada teks kajian untuk tajuk-tajuk tentang Sejarah

Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Moden serta Kritikan

Sastera. Calon hendaklah merujuk kepada buku-buku yang

dinyatakan dalam Senarai Rujukan (sekadar cadangan) mengikut

kehendak sukatan pelajaran bagi bahagian ini.”

Senarai Rujukan

Berikut adalah buku-buku yang boleh digunakan sebagai rujukan

untuk bahagian ini:

Page 22: kerja kursus sastera (asimen)

Pengenalan Kesusasteraan dan Kritikan Sastera:

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Thani Ahmad, Safian Hussain,

Suhaimi Hj Muhammad (penyelenggara), 1988.

Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ali Ahmad, 1997. Pengantar Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Hashim Awang, 1988. Kritikan Kesusasteraan - Teori Dan Penulisan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_________, Othman Puteh, Ramli Isin, Sahlan Mohd Saman

(penyelenggara), 1985.Mendekati Kesusasteraan

Melayu. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Noriah Taslim, 1993. Teori Dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sahlan Mohd Saman, 1986. Sastera Bandingan Konsep Teori Dan

Amalan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional:

Ismail Mat (penyunting), ] 1993. Ulama Silam Dalam Kenangan.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamilah Hj Ahmad dan Zalila Sharif, 1993. Kesusasteraan Melayu

Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad A. Bakar (penyelenggara), 1991. Ulama Terengganu

Suatu Sorotan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn Bhd.

Teuku Iskandar, 1995. Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang

Abad. Shah Alam: Malindo Printers Sdn Bhd.

Page 23: kerja kursus sastera (asimen)

Dicatat oleh Ilham Rasa di 09:41

Realiti boleh didefinasikan secara longgar sebagai sesuatu

yang benar dan bukan khayalan atau rekaan. Dalam bidang

penulisan sastera, aliran yang mengemukakan gambaran

masyarakat berdasar kejadian yang sebenar dikenali sebagai

realisme.

   Aliran realisme ini telah mula tumbuh dalam abad 19 di

Eropah sebagai suatu penolakan terhadap aliran romantisme

yang berlalu berisi angan-angan kosong dan perasaan cinta-

kasih yang berlebih-lebihan.

   Dalam kesusasteraan Melayu, konsep realisme mula

bertapak dalam tahun 50-an dengan diasaskan oleh ASAS '50

(Angkatan Sasterawan '50). Sasterawan-sasterawan ASAS '50

'terpaksa' memilih aliran realisme ketika itu untuk

melaksanakan cita-cita mereka memperjuangkan keadilah,

kemakmuran dan kemajuan masyarakatnya yang dalam

belenggu penjajahan itu.

Page 24: kerja kursus sastera (asimen)

   Menurut konsep realisme ASAS '50, karya sastera harus

mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan

memperbaiki nasib manusia. Kerana itulah mereka

melaungkan slogan 'Seni Untuk Masyarakat'.

   Sehingga ke hari ini, realisme telah menjadi begitu ampuh

dalam penulisan sastera Melayu sehingga seolah-olah itulah

satu-satunya aliran sastera yang dikenali oleh sasterawan-

sasterawan kita.

   

   Bahkan penulis-penulis baru/muda kita yang baru terjun ke

dalam bidang sastera juga seolah-olah terperangkap dalam

'round-about' ini, tanpa arah dan tujuan nan pasti. Kalau ini

berterusan sudah barang tentu mengongkong dayacipta dan

imaginasi sasterawan Melayu kita dalam suatu 'viscious circle'.

   Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa aliran realisme

telah berjaya membawa pemodenan ke dalam kesusasteraan

Melayu serta melepaskannya daripada belenggu aliran

romantisme. Tetapi sejauh manakah aliran realisme ini masih

relevan dengan tuntutan masa kini?

   Aliran dalam sastera boleh diibaratkan sebagai teknologi

penulisan. Dengan perubahan masa, nilai-nilai dan tuntutan,

teknologi penulisan juga perlu mengalami perubahan. Sesuatu

aliran sastera yang dianggap unggul pada sesuatu masa tidak

semestinya terus unggul dan sesuai pada masa lain pula.

   Penekanan yang terlalu lebih kepada aspek realiti dewasa ini

telah menjadikan karya-karya beraliran realisme kontemporari

menjadi kaku, lemah dan hambar. Ini disebabkan oleh

Page 25: kerja kursus sastera (asimen)

kecenderungan ke arah sesuatu yang disebut sebagai

'stereotyped writing on assigned topic' ditambah pula dengan

'creation after set models' (meminjam istilah yang

dikemukakan oleh sasterawan dari negara China, Liu Zaifu).

   Suatu hakikat yang perlu dijelaskan, sasterawan sebagai

manusia tidak terkecuali daripada menghadapi persoalan

realiti. Realiti adalah sebahagian daripada hakikat

kehidupan.Tetapi kalau kita menganggap sastera itu sebagai

salah satu cabang kesenian, ia haruslah juga mendukung nilai

seni.

   Nilai-nilai didaktik dan realiti haruslah berdiri di bawah nilai-

nilai seni itu dan tercetus secara spontan dan bukan dipaksa-

paksa. Jika tidak manakah letaknya kejujuran dalam bersastera

kalau karya sastera itu berdiri bawah 'telunjuk' propaganda.

   Sebagai sasterawan, sekaligus seniman, apakah cukup hanya

dengan bahan-bahan realiti semata untuk dipersembahkan

dalam kerja-kerja seninya. Apakah dengan persembahan-

persembahan yang berdasarkan realiti tanpa nilai-nilai yang

mencakup intelektualisme, kerohanian dan kreativiti, dapat

mendewasakan pemikiran masyarakat/pembaca?

   Apakah cukup memadai menggambarkan tuntutan realiti

sosial dalam pengertian yang kecil dan sempit, melalui

pencernaan yang 'simple' dan tidak 'ingenious'?

   Dalam konteks ini, di manakah hubungannya dengan laungan

'mendorong masyarakat/pembaca ke arah mengubah dan

memperbaiki nasib manusia', sekiranya karya-karya sastera itu

Page 26: kerja kursus sastera (asimen)

sendiri tidak begitu kuat dan 'berkesan' dalam melahirkan

suatu 'stimulus' yang sewajarnya dalam jiwa

masyarakat/pembaca?

   Unsur-unsur mengajar, mengajak (secara paksa-paksaan)

dan mengarah (secara laung-laungan) dalam karya-karya yang

beraliran realisme sudah tidak ada tempat lagi dalam sastera

moden.

   Kaedah begini sudah tidak meyakinkan lagi kepada

masyarakat/pembaca moden yang tertentunya lebih tinggi

daya intuisinya. Aliran realisme yang begitu berjaya mendekati

masyarakat/pembaca di masa-masa yang lalu telah tiba kini

diberi penilaian semula.

   Masyarakat/pembaca moden tentunya tidak gemar

dikhutbah-khutbahkan melalui karya sastera yang bersifat

didaktik itu. Mereka lebih senang 'dijemput' berfikir,

berkreatif, merasa dan merumus sendiri sesuatu permasalahan

yang dihidangkan dalam sesebuah karya sastera yang lebih

'sophistikated' alirannya seperti surealisme, futurisme,

simbolisme atau bahkan absurdisme misalnya.

   Apapun tanggapan anda, sasterawan kita tidak boleh

berpuas hati dengan cuma berpegang kepada aliran realisme

sahaja. Kita perlu mengkaji dan meneroka aliran dan bentuk-

bentuk lain dalam proses meningkatkan taraf kesusasteraan

Melayu di samping memenuhi tuntutan sosial - mendewasakan

pemikiran masyarakat/pembaca.

   Karya-karya sasterawan Barat yang cenderung kepada aliran

Page 27: kerja kursus sastera (asimen)

yang bukan-realisme, seperti yang pernah dihasilkan oleh Jean

Paul Sartre, Albert Camus, Samuel Beckett dan Lobert Lowell

misalannya, perlu diberi semacam pendekatan dan bukanlah

penolakan secara 'total'.

   Bukan disarankan agar sasterawan kita harus meniru kerja-

kerja seni mereka yang disebut ini, tetapi bukan juga suatu

kesalahan mempelajari daripada orang lain untuk penyesuaian

atau sebagai pengasasan dalam mewujudkan identiti sendiri.

   Seperkara lagi, saya juga tidak sekali-kali menyarankan agar

sasterawan kita membuang terus nilai-nilai yang telah sedia

ada atau berhenti terus daripada menulis tentang hal realiti.

Tetapi, aspek kesenian atau estetika dalam penulisan sastera

perlu diberi perhatian yang sama berat dengan aspek

'tanggungjawab terhadap masyarakat' (social responsibility).

   Kedua-dua aspek ini perlu berseimbangan dalam suatu

'equilibrium' yang unik. Inilah realiti sastera yang perlu

dimengertikan. Tugas ini bukanlah semudah seperti menyebut

atau menyarankan. Kita akan berhadapan dengan dua soalan

yang utama - Apakah corak dan aliran sastera yang perlu kita

wujudkan? Bagaimanakah mengimbangi aspek kesenian

(estetika) dan aspek tuntutan sosial (social responsibility)

dalam bentuk atau aliran yang telah kita pilih itu?

   Apabila hakikat ini telah kita mengertikan, barulah kita

sedari betapa payahnya tugas sasterawan sebagai ahli seni

dan ahli sosial. Kita juga tidak akan semudah-mudahnya

melemparkan sangkaan buruk kepada penulis-penulis

baru/muda yang cuba menyimpang daripada aliran realisme.

Page 28: kerja kursus sastera (asimen)

   Sesungguhnya usaha-usaha mereka ini tidak wajar dianggap

tidak memberi manfaat dan tidak bertanggungjawab terhadap

masyarakat/pembaca, semata-mata kerana nilai dan bentuk

realisme telah lama dan kuat menapak dalam tradisi penulisan

sastera Melayu. Siapakah sasterwan, baik veteran mahupun

yang baru/muda, yang tidak tahu tanggungjawab atau sengaja

ingin menodai kesusasteraan bangsanya?    

   Walau bagaimana sukar, asing dan anehnya sesuatu karya

yang bukan-realisme, karya itu tetap lahir daripada lingkungan

masyarakat dan untuk masyarakatlah jua ditujukan. Fikirlah

sejenak dengan lebih mendalam.

   Soalnya, kalau benar kita menganggap bahawa para

sasterawan dan seniman itu adalah peneroka dan pembentuk

tamadun masyarakatnya, kita haruslah menanam kepercayaan

dan penggalakan yang sewajarnya kepada mereka dalam

melaksanakan kerja-kerja seninya.

   Bagi sasterawan pula, mereka perlu lebih menginsafi akan

tugas dan tanggungjawab mereka sebagai ahli sosial dan ahli

seni. Mereka haruslah dapat mengungkap makna di sebalik

gambaran realiti dan bukan sekadar merakam terus

permasalahan realiti. Penglibatan diri dengan permasalahan

sosial, nasional dan introspektif diri adalah amat penting

dalam penciptaan karya-karya yang bermutu tinggi. 

   Adalah diharapkan dengan sikap dan pendekatan yang lebih

dewasa serta pragmatik ini akan dapat meningkatkan lagi

taraf kesusasteraan Melayu (khususnya di Singapura) di mata

Page 29: kerja kursus sastera (asimen)

dunia.

   Kita sentiasa menanti karya-karya sastera hasil sasterawan

Singapura yang lebih daripada karya-karya realisme, seperti

yang pernah sesekali dikemukakan oleh Sapiee Ahmad Razaly

dan Nor Azuan (dalam karya puisi), Nadiputra dan Lut Ali

(dalam manuskrip drama-teater) dan Jamal Ismail (dalam

cerpen dan novelnya).

   Karya-karya seperti cerpen 'Di Sebalik Fatamorgana' - Jamal

Ismail, novel 'Songsang' - Jamal Ismail dan skrip drama 'Terlalu

Ramai Orang Di Sini' - Sapiee Ahmad Razaly, bolehlah dijadikan

sebagai model ke arah penciptaan karya-karya yang beraliran

bukan-realisme.

(b) Kritikan sastera berdasarkan teori-teori kesusasteraan, unsur-unsur intrinsik

dalam karya sastera, selain kefahaman, pemahaman serta penghayatan sesuatu teks

sastera sekolah menengah.

Ramai dalam kalangan pelajar dan peminat sastera yang keliru

dengan makna teori sastera dan teori kritikan sastera. Secara

mudah teori sastera dapat difahami sebagai gagasan idea

tentang sesuatu fenomena kesusasteraan. Teori kritikan

sastera pula bermaknsud teori sastera yang digunakan dalam

amalan kritikan.

Terdapat teori sastera yang tidak digunakan dalam kritikan.

Teori sastera ini wujud seadanya sebagai landasan ataua

gagasan untuk memahami fenomena kesusasteraan.

Contohnya teori Peniruan Plato atau apa juga teori sastera

yang tidak digunakan atau tidak pernah digunakan dalam

kritikan sastera. Teori sastera ini kekal dengan sifat teorinya

Page 30: kerja kursus sastera (asimen)

dan tidak dapat digunakan atau tidak digunakan dalam amalan

kritikan untuk mengesahkannya.

Teori sastera yang digunakan dalam amalan kritikan

dinamakan sedbagai teori kritikan sastera, kerana teori ini

bukan sahaja menerangkan prinsip-prinsipnya tentang sesuatu

fenomena kesusasteraan, tetapi juga digunakan atau

diaplikasikan dalam kerja mengkritik teks. Kebanyakan teori

sastera adalah juga teori kritikan, kerana kebanyakan teori

sastera memang digunakan dalam amalan kritikan.

DALAM artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian

Pertama" (Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi kritikan

sastera.  Kesemua fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses penciptaan

sesebuah karya sastera dan apresiasi atau penghayatan terhadap karya sastera itu sendiri.

 Apabila menyebut tentang proses berkarya bermakna kita merujuk kepada insan atau

individu yang menghasilkan karya sastera dalam apa genre pun, yang dikenali sebagai

pengarang atau penyair atau dramatis.  Insan pengarang itu menghasilkan karya sastera

dengan motif tertentu, umpamanya untuk menghantar mesej atau kritikannya terhadap

masyarakat dengan memanipulasikan bahasa secara kreatif, tentunya dengan ketrampilan

yang menyerlahkan jatidirinya dan membina komposisi ceritanya, dengan teknik

penceritaan yang dikuasainya atau disenanginya.

 Sementara penghayatan karya pula, cenderung merujuk kepada khalayak pembaca yang

membaca dan menikmati sesebuah cipta sastera.  Apakala berhadapan dengan karya

sastera yang multi-genre, yang ditulis oleh pelbagai pengarang, tentu sahaja pembaca

akan berhadapan dengan multi-masalah kerana wujudnya perbezaan atau jurang dalam

kehidupan dari berbagai-bagai aspek seperti usia, pengalaman, pendidikan, kecerdasan,

latar tempat dan seumpamanya.  Perbezaan atau jurang ini menyebabkan wujudnya kesan

positif-negatif, menimbulkan sikap menolak-menerima sesuatu karya dengan amat

mudah, tanpa sebarang hujah yang  rasional dan jelas dikuasai oleh emosi.

 Atau, mungkin pembaca itu dapat atau berupaya mengemukakan sikapnya terhadap

karya yang dibaca dengan memberikan petikan contoh. Akan tetapi itu bukanlah kaedah

yang jitu dan tepat untuk menyatakan mengapa seseorang pembaca itu pro dan kon;

Page 31: kerja kursus sastera (asimen)

menerima atau menolak sesuatu karya. Ia seharusnya lebih daripada itu.  Bukan itu cuma,

sebenarnya.  Pada tahap inilah perlunya kehadiran pengkritik sebagai penghubung antara

teks atau karya pada suatu pihak; dan pembaca pada suatu pihak yang lain.

 Sebagai pengkritik, seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang besar, berat dan

ditangannya terletak status karya sastera itu, terutama tentang buruk baik atau bermutu

tidaknya karya itu.  Menurut Andre Hardjana, (1981: 25) pengkritik harus memiliki sikap

terbuka dan tepu kewajaran; harus berupaya secara rasional memberikan akibat-akibat

yang dialami sesudah menghayati karya sastera itu. Justeru, dia perlu berfikir secara

kritis, merenung dengan tajam, menimbang dengan adil dan bijaksana terhadap karya dan

terhadap diri peribadinya juga.  Dengan cara itu, barulah dia benar-benar telah

menghayati dan memahami karya sastera secara adil, saksama dan matang.

 Dari huraian ini, dapat ditelusuri tugas setiap individu pengarang, pembaca dan

pengkritik.   Bagaimanapun, tugas pengkritik yang paling afdal ialah mentafsir, menilai

di samping membaca karya secara kritis.  Jadi, pengkritik harus mempunyai persiapan

diri yang relatif banyak dan besar saiznya berbanding pembaca biasa.

 Dibandingkan dengan pengarang pula, maka pengkritik sewajarnya mengetahui

berbagai-bagai teknik penulisan yang berhubungan dengan aspek-aspek penciptaan, di

samping memahami konsep, definisi, dan aliran dalam jagat kesusasteraan itu sendiri. 

Lebih daripada itu, pengkritik seharusnya tidak menafikan hubungan pengarang dengan

karyanya dan wajar mengetahui proses penciptaan itu terlaksana.

 Segalanya ini merupakan wahana yang amat berguna bagi pengkritik itu memahami

segala sesuatu yang berkaitan dengan karya.  Dengan kata-kata lain, pengkritik

seharusnya tekun, serius dan komited dengan lapangannya.  Jadi, membaca haruslah

menjadi kewajipan baginya, terutama yang berkaitan dengan teori sastera, teori praktis

dan teori teknikal tentang penulisan.

 Hal ini ditekankan bagi memungkinkan lahirnya pengkritik yang adil, saksama dan

dihormati.  Sekaligus cuba menghindarkan dirinya daripada dipengaruhi emosi, tidak

subjektif, prejudis, dan berprasangka.  Apatah lagi, sekarang ini banyak transformasi

yang terlaksana dalam jagat kesusasteraan bangsa kita.  Umpamanya, dengan pengarang-

pengarangnya yang semakin terdidik, banyak kemajuan yang berlaku dalam bidang

politik, ekonomi, multimedia dan teknologi; di samping bentuk dan aliran karya, yang

Page 32: kerja kursus sastera (asimen)

konvensional dan baru -- eksperimental sifatnya.  Kesemuanya menuntut ketajaman mata

fikir pengkritik, kepekaan dan kesaksamaan juga.

 Berikut ini dibincangkan tentang fungsi kritikan sastera itu.

 Pertama dan utama kritikan sastera ialah menentukan teks sastera yang baik bermutu

dengan teks sastera yang tidak baik dan tidak bermutu.  Untuk berlaku adil, saksama

terhadap karya dan pengarangnya, pengkritik harus bersikap kritis bagi membuktikan dia

telah membaca teks sastera itu berulang kali, memahami makna tersirat dan tersurat yang

terkandung dalam teks dan berupaya menikmatinya.

 Justeru itu, pengkritik harus berupaya memberikan hujah-hujahnya dengan contoh-

contoh konkrit bagi membuktikan sesebuah teks karya sastera berjaya mencapai mutu

tinggi dari multi aspek atau unsur atau aliran. Sekiranya keterbalikan yang berlaku, maka

wajar pula ditunjukkan kelemahan, kekurangan, kerendahan pencapaian mutu seninya

lalu dikelompokkan sebagai karya sastera yang gagal.

 Pada tahap inilah pengkritik itu dituntut kepakaran dan ketrampilan serta melaksanakan

penghayatan, memahami, menilai dan akhirnya menentukan baik buruk atau bermutu

tidaknya sesebuah hasil karya itu.  Di sinilah relevannya hujah Andre.  Hadrjana (1981:

24) menegaskan betapa kritikan sastera itu berfungsi memelihara dan menyelamatkan

pengalaman manusiawi serta menjalinkan menjadi hubungan suatu proses perkembangan

susunan atau struktur yang signifikan.

 Kedua, kritikan sastera sesungguhnya menghulur bantuan besar dan menyediakan

prasarana atau jambatan kepada pembaca menikmati karya sastera dengan menerangkan

tentang teks sastera dan pengarangnya dengan jelas.  Dalam berkarya, lazimnya

pengarang mempunyai motif tertentu mengapa sesebuah karya itu diciptanya.  Tidak

mustahil ada sesuatu yang ingin dihantarnya atau dikritik atau dikongsi bersama.

 Semasa perlaksanaan menghantar itu, mungkin pengarang memiliki kaedahnya yang

tersendiri atau jati dirinya.  Di sinilah pengarang akan memilih diksi yang tertentu,

simbol tertentu yang harus diasosiasikan atau ditafsirkan sesuai dengan isu yang

ditampilkan dalam karya.  Terkadang-kadang, atas sebab-sebab tertentu, pengarang

mengjungkirbalikkan sesuatu isu bagi melontarkan kritikannya. Malah, tidak mustahil

pula pengarang menghasilkan karya dalam bentuk satira, dan parodi bagi mencapai

sesuatu matlamat.

Page 33: kerja kursus sastera (asimen)

 Pengkritik yang sensitif dan tajam mata fikirnya tentu sahaja berupaya menyuluh atau

memberi sinar kepada karya-karya yang sedemikian untuk memungkinkan pembacanya

masuk menikmati atau melihat sesuatu, yang kelihatan kelam suram.  Pengkritik juga

sewajarnya membantu pembaca menghuraikan segala makna atau citra yang tersembunyi

dalam simbol-simbol dan mengasosiasikan kemungkinan-kemungkinan antara teks dan

konteks.

 Keupayaan dan kekritisan pengkritik dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya

ini, bermakna dia telah memberikan sumbangan dan mengembangkan pengetahuan baru

kepada khalayak pembacanya.  Maka secara tidak langsung dia telah melakukan fungsi

yang ketiga.

 Keempat, tulisan-tulisan kritikan sastera bukan sahaja berfungsi kepada pengarang dan

pembaca seperti yang dibicarakan di atas, malah; ikut berfungsi kepada individu

pengkritik.  Kritikan sastera sedemikian, titik tolak atau premisnya terlaksana apabila

seseorang pengkritik mengkritik sesebuah karya, kemudiannya; tampil seorang pengkritik

lain membalas atau menilai kritikan yang pernah dilaksanakannya.  Dari hasil tulisan itu

maka wujudlah istilah kritikan atas kritikan.  Ini dilakukan bagi mencari dan menemukan

sesuatu yang lebih adil dan saksama, diharapkan tidak mencetuskan prasangka, berfungsi

memperbaiki salah faham dan menyelesaikan masalah dengan lebih bijaksana serta

meyakinkan.

 Mengapakah isu kritikan atas kritikan ini timbul?  Kita seharusnya melihat dari jurus

positif demi kebaikan dan kehidupan kesusasteraan itu sendiri. Wujud dua faktor utama

maka terjadinya kritikan sedemikian.  Pertama, dapat ditelusuri pada diri peribadi

pengkritik itu sendiri, dan ini bermakna pengkritik itu melakukan kesilapan,

ketidakupayaan memahami atau menguasai teori dan atau gagal mentafsiri karya itu

dengan wajar dan saksama.  Kedua, pengarang beranggapan pengkritik tidak berlaku adil

atau gagal menghayati muatan tersirat dalam karya lalu menghuraikan hujah-hujahnya. 

Dari aspek ini, pengkritik yang bersikap terbuka, tidak egoistik akan memperoleh sesuatu

yang baik dan ini pasti sahaja merupakan aset yang amat berharga dalam kehidupan

kritikan praktikal yang membantu pengarang dan pengkritik juga.,

 Kelima, kritikan sastera merupakan suatu aktiviti yang mendorong ke arah terbinanya

teori kritikan dan teori sastera baru.  Dalam kelangsungan hayat kesusasteraan, teori

Page 34: kerja kursus sastera (asimen)

sastera dan teori kritikan itu amat penting dimiliki atau wujud dalam sesuatu tamaddun

bangsa.  Apatah lagi mengingatkan bangsa kita mempunyai nilai-nilai yang tersendiri

sesuai dengan budaya setempat dan saling bertentangan pula dengan norma-norma atau

nilai kehidupan Barat, termasuk kepercayaan beragama.

 Dari perbincangan tentang pengkritik dan fungsi kritikan ini, dapat dirumuskan dua

landasan yang penting yang berhubungan dengan jagat kritikan sastera.  Pertama, kritikan

sastera yang baik, bertanggungjawab, adil saksama dan dilaksanakan tanpa sebarang

prejudis dan rasional, ternyata banyak membantu pengarang dalam proses penciptaan

pada masa hadapan.  Pengarang bukan sahaja mengetahui kelemahan dan kekuatannya

dalam berkarya, malah membantu mengkaji semula kerelevanan karyanya dalam usaha

memakmur dan membahagiakan minat atau citarasa pembacanya.

 Kedua, kritikan sastera yang baik dan bermutu sewajarnya membantu memberikan sinar

kefahaman, kenikmatan kepada pembacanya.  Pembaca harus memperoleh sesuatu yang

bermanfaat hasil daripada pembacaannya.  Justeru itu, kritikan sastera wajar dan

berupaya mendekatkan pembaca kepada karya, menimbulkan rasa hormat dan sanjungan

terhadap teks dan sekaligus idea bernas daripada pengarangnya.  Hanya dengan cara ini,

akan mengangkat atau meletakkan insan ke suatu tahap yang dihormati.

http://members.tripod.com/~nita_73/

fungsi_kritikan_sastera.html

4. Kritikan Pendekatan PENDEKATAN bermakna suatu proses atau cara mendekati sesuatu.  Ia merupakan usaha yang dirangka dalam aktiviti pengkajian ataupun kaedah untuk mencapai pengertian tentang masalah penelitian.  Dalam bidang kritikan kesusasteraan, pertimbangan dan penilaian yang dilaksanakan pengkritik lazimnya menggunakan sesuatu aspek atau landas tinjauan yang tertentu.  Landas atau dasar tinjauan itu mungkin merupakan ilmu atau teori tertentu pula.

 Terdapat pelbagai pendekatan kritikan kesusasteraan yang berkembang di tanah air kita.  Antara pendekatan itu adalah:

* Pendekatan intrinsik yang merupakan pendekatan terhadap karya sastera dengan menerapkan teori dan kaedah sastera yang penelitiannya berpremiskan karya sastera itu sendiri, terutamanya menelusuri unsur-unsur dalaman yang

Page 35: kerja kursus sastera (asimen)

membina karya itu seperti plot, watak dan perwatakan, latar, sudut pandangan, dan gaya bahasa.

* Pendekatan ekstrinsik, iaitu pendekatan karya sastera dengan memanfaatkan ilmu bantu bukan sastera seperti sejarah, agama, psikologi, politik, dan sosiologi.

Pendekatan intrinsik dan ekstrinsik ini sering dikaitkan dengan pendekatan struktur atau pendekatan formalistik yang menilai aspek formal yang terungkap dalam sesebuah teks karya, termasuklah aspek tema.  Pendekatan ini membicarakan bentuk dan isu secara dominan.  Oleh itu, ia sering membincangkan bagaimana muatan cerita atau isi dihantar dalam satu bentuk yang indah (berestetika) dan berkesan.

* Pendekatan moral, yang merupakan penelitian terhadap nilai-nilai moral dan agama.  Justeru itu, kajian ini terfokus kepada perilaku watak yang ditampilkan pengarang.

* Pendekatan psikologi yang dikenali juga sebagai pendekatan kemanusiaan.  Pendekatan psikologi memperkatakan empat aspek yang saling berkaitan dan melibatkan pengarang, watak dan pengguna (pembaca). Empat aspek yang difokuskan dalam pendekatan psikologi ialah: i. Pengalaman kehidupan peribadi pengarang dan gejolak jiwa yang ada perkaitan dengan sejarah hayat pengarang. ii. Proses penulisan teks karya itu yang melalui pelbagai proses, bermula daripada mencari idea atau persediaan, pengeraman; iluminasi dan verifikasi.  Proses penciptaan itu, tidak sahaja berkaitan dengan proses dalaman malah proses luaran.  Justeru, tentulah banyak konflik, tekanan, hambatan dan fenomena yang timbul dalam proses penulisan itu. iii. Perilaku zahir batin watak dalam karya.  Bermakna kritikan psikologi akan menelusuri perwatakan protagonis dan antagonis dalam menghadapi pelbagai persoalan, konflik, dan cabaran serta bagaimana mereka memantaunya. iv. Impak karya sastera itu terhadap pembaca.  Ia tentu sahaja diasosiasikan dengan emosi atau psikologi dan rasional hasil daripada tanggapan serta pengalaman pengguna.

*Pendekatan sosiologi yang cenderung memberi tumpuan perbincangan kepada tiga jurus yang berkaitan dengan individu pengarang, konteks atau masyarakat di persekitaran hidup pengarang.

* Pendekatan arkitaip ataupun tipa induk.  Memanfaatkan pendekatan ini bermakna pengkritik membincangkan kepercayaan atau pegangan hidup umum sesebuah masyarakat atau etnik.  Ia bagaikan suatu liet motif yang sering dikaitkan dengan adat istiadat, kepercayaan, mitos yang berulang-ulang yang terdapat dalam teks sastera.

Wujudnya pelbagai pendekatan ini memungkinkan teks sastera dalam apa-apa genre sekali pun dikaji daripada beberapa aspek dengan lebih bervariasi, lebih wajar dan memudahkan difahami pengguna.  Untuk memungkinkan pemahaman yang lebih berkesan, disarankan pembaca meneliti tulisan kritikan pelbagai pendekatan ini dengan

Page 36: kerja kursus sastera (asimen)

membaca buku Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (DBP: 1982) selenggaraan Hamzah Hamdani.  Sementara itu, bagi memperdalamkan pemahaman secara praktis, maka senarai bibliografi dalam siri artikel ini amat membantu.

5. Kritikan Penganalisisan Penganalisisan bermakna menyelidik sesuatu karya untuk mengetahui keadaan yang sebenarnya, termasuklah menentukan kedudukan, prestasi atau pencapaian.  Dalam konteks ini, apabila seseorang pengkaji atau pengkritik melakukan penelitian terhadap sesuatu genre sastera, maka bererti peneliti itu sedang melaksanakan kerja penghuraian atau penganalisisan.  Ketika menganalisis pengkritik melihat sesuatu aspek secara rinci dan atau mendalam tentang bahasa figuratif, permulaan dan pengakhiran sesebuah cereka, motif, citra, watak, pemikiran, perlambangan, nilai, sudut pandangan, aliran dan ideologi yang menyerlah dalam karya sastera.  Pendekatan ini juga boleh dilaksanakan dengan melihat teknik penulisan sesebuah teks daripada genre tertentu ataupun meninjau kepengarangan seseorang pengarang mapan/generasi baru dan meneliti kecenderungan karya konvensional serta karya eksperimental.  Kerja penganalisisan itu memanfaatkan pendekatan ilmiah dengan menggunakan ilmu atau teori tertentu bagi mencapai matlamat analisis itu. Kritikan penganalisisan menuntut pengkritik menguasai bidangnya, menguasai teori yang ingin diaplikasikan, dan memiliki ilmu bantu yang relevan mantap agar analisis yang dilakukannya benar-benar menepati dan mencapai matlamat atau konsep pendekatan yang dipilih.

6. Kritikan Penilaian Penilaian bermakna melakukan pemberian nilai tertentu kepada sesuatu teks sastera yang menyangkut tentang mutu.  Antara tugas penting yang harus dilaksanakan pengkritik yang menerapkan kritikan penilaian adalah menentukan sesuatu teks karya sastera itu bermutu atau tidak, mempunyai kekuatan atau keistimewaan atau sebaliknya. Pengkritik harus bijaksana, adil dan saksama serta memberikan hujah yang relevan dan konkrit sebelum memberikan justifikasinya.  Justeru itu, pengkritik dituntut mengetahui dan memahami banyak aspek tentang pengarang yang menghasilkan karya, subjek yang dibincangkan, persekitaran, ras dan waktu yang dipaparkan.  Pengkritik tidak boleh bersikap bias, emosional dan memihak.   Sebaik-baiknya, apatah lagi bagi membuktikan kewibawaannya, pengkritik harus jujur dengan menunjukkan kekuatan karya @ pengarang dan sekiranya ada kekurangan, maka wajarlah dikemukakan saranan.  Di tanah air kita, beberapa orang pengkritik yang melaksanakan tugasnya dengan baik dan penuh hemah ialah Mohd. Yusof Hassan, Yahaya Ismail, Hashim Awang, Ramli Isin, dan Shahnon Ahmad.  Sementara Mana Sikana, Kassim Ahmad, Mohd. Affandi Hassan agak lantang, berani akan tetapi tetap berada rel ilmu yang diyakini.

Sinopsis ( kasut kelopak jantung)

Page 37: kerja kursus sastera (asimen)

Cikgu Harun menerima sebuah bungkusan lagi ketika balik dari surau pada malam itu. Hadiah

seperti itu sering diterimanya setiap kali menjelang 16 Mei. Hadiah itu telah membuatkan Cikgu

Harun mengimbas kembali kenangan silamnya sebagai pendidik di kawasan pedalaman tiga

dekad yang lalu. Ketika Cikgu Harun di dalam kelas darjah tiga, beliau pernah menanyakan

Ahmad, mantan muridnya sama ada beliau sudah membeli kasut atau belum. Pertanyaan yang

sama juga diulangi saban minggu kerana Ahmad tidak mampu untuk membeli sepasang kasut.

Cikgu Harun terus mendesak Ahmad sehingga menimbulkan kemarahan kepada Cikgu Harun.

Pada suatu hari, ketika aktiviti senaman dijalankan Ahmad didenda memakai kasut yang

diperbuat daripada kelopak jantung pisang kerana Ahmad tidak berpakaian lengkap seperti

murid-murid lain. Peristiwa itu telah menyebabkan Ahmad berasa malu dan terus ponteng

sekolah hampir seminggu lamanya.

Cikgu Harun terpaksa ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab Ahmad tidak datang ke

sekolah. Setelah menunggu beberapa ketika Ahmad pulang dari kebun dan masih memakai kasut

kelopak jantung yang diberikan oleh Cikgu Harun. Kepatuhan muridnya ini dan

ketidakmampuannya untuk membeli sepasang kasut menyebabkan Cikgu Harun tidak dapat

menahan kesedihannya. Lantas, beliau terus ke pekan untuk membelikan pakaian sekolah dan

kasut untuk Ahmad. Sebenarnya, segala memori indah yang dipaparkan antara Cikgu Harun dan

Ahmad sudah pun berlalu tiga dekad lamanya. Kini, Cikgu Harun sudah pun bersara dan setiap

tahun sempena Hari Guru, beliau akan dihadiahi Ahmad dengan sepasang kasut baharu dan

berjenama. Hal ini demikian sebagai mengenang jasa Cikgu Harun kerana Ahmad kini sudah

berjawatan pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar. Peristiwa

memakai kasut kelopak jantung telah menyedarkan Ahmad betapa pentingnya kasut kepada

manusia.

TEMAPenghargaan seorang murid terhadap jasa guru yang ikhlas membantunya sewaktu murid itu miskin dengan menekankannya kepentingan memakai kasut.

PERSOALAN1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.

Page 38: kerja kursus sastera (asimen)

Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.4. Kepentingan memakai kasut di sekolah.Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.

WATAK DAN PERWATAKANCIKGU HARUNCikgu Harun sudah bersara daripada pekerjaan guru. Beliau pernah mengajar di kawasan pedalaman 30 tahun yang lalu. Dia yang prihatin akan kebajikan murid telah menghadiahkan sepasang pakaian sekolah dan sepasang kasut kepada Ahmad. Beliau yang pernah bertegas dengan anak muridnya itu mendapat balasan baik daripada anak muridnya yang menghadiahinya sepasang kasut berjenama mahal pada setiap sambutan Hari Guru.AHMADAhmad merupakan seorang murid miskin yang tinggal di hujung kampung, kawasan pedalaman. Dia terpaksa mengambil upah memetik cili hanya untuk mengumpulkan wang demi membeli kasut sekolah lantaran ibunya yang tua dan uzur. Ahmad tidak pernah ponteng sekolah malah sentiasa mengikut arahan gurunya, Cikgu Harun. Walaupun Cikgu Harun mengarahkannya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang, dia tetap menurut perintah tersebut. Ahmad akhirnya menjadi seorang yang berjawatan tinggi di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar masih mengingati jasa gurunya dengan menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut pada Hari Guru.

IBU AHMADIbu Ahmad seorang wanita separuh umur yang sudah uzur. Dia tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.

PLOTPERMULAAN1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak dipos.2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.

PERKEMBANGAN

Page 39: kerja kursus sastera (asimen)

1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

PERUMITAN1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung kehidupan keluarga.

PUNCAK1. Ahmad memberitahu punca sebenar dia tidak ke sekolah, yakni tidak mampu membeli kasut sekolah sebagaimana yang diarahkan oleh Cikgu Harun.2. Cikgu Harun membuat keputusan untuk membelikannya sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang pakaian sekolah baharu serta mengarahkan Ahmad supaya kembali ke sekolah.3. Ahmad hanya mampu mengucapkan terima kasih atas bantuan Cikgu Harun.PELERAIAN1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari Guru.3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.

TEKNIK PLOT1. Dialog – pertuturan antara watak yang dapat menghidupkan cerita.Bukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

2. Monolog – watak bercakap sendiri tanpa didengar atau disedari oleh sesiapa.Bukti: “Jauh juga rumah Ahmad,” bisik hati kecil Cikgu Harun.

3. Monolog dalaman – kata-kata seseorang watak di dalam hati yang tidak diketahui oleh sesiapa.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah. Jika tidak ada murid, dari mana datangnya kerjaya seorang guru. Murid dan guru itu saling melengkapi. Kini, seorang murid hendak berhenti sekolah. Jika itu terjadi, negara akan kehilangan seorang warga yang berpendidikan. Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu.

4. Kejutan – peristiwa yang tidak disangka-sangka oleh pembaca.Bukti: Ahmad terkejut dengan kehadiran Cikgu Harun di rumahnya dan Cikgu Harun terkejut

Page 40: kerja kursus sastera (asimen)

melihat Ahmad masih memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang yang didenda oleh Cikgu Harun.

5. Saspens – peristiwa yang menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pembacaBukti: Besok, tempat duduk Ahmad kosong. Cikgu Harun sedar bahawa Ahmad tidak datang. Selama ini, Ahmad tidak pernah ponteng sekolah. Dia rajin ke sekolah walaupun terpaksa berjalan tanpa kasut.Hari berikutnya juga Ahmad tidak datang. Hari selepasnya pun begitu. Kini, seminggu sudah Ahmad tidak hadir. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena. Dia cuba mendapatkan maklumat daripada murid-murid yang lain.

6. Pemerian – gambaran suasana atau keadaan oleh penulis.Bukti: Sebaik sahaja sampai si sebuah rumah, tidak ada penghuni dilihat oleh Cikgu Harun dalam rumah yang layak disebut pondok itu. Cikgu Harun memandang sekeliling. Suasana sepi sekali. Dia pasti itulah rumah Ahmad seperti yang diberitahu oleh anak-anak muridnya yang lain.

7. Imbas kembali – teknik watak mengingati peristiwa yang sudah berlaku.Bukti: Cikgu Harun mengingati peristiwa yang sudah berlaku lebih 30 tahun, kejadian beliau mendenda anak muridnya memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang

LATAR TEMPAT1. Rumah Cikgu Harun di bandarBukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalamanBukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.

3. Bilik darjahBukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.4. Padang sekolahBukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah AhmadBukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.

6. Kebun sayurBukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. PekanBukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang

Page 41: kerja kursus sastera (asimen)

uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.

LATAR MASA1. Zaman modenBukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang laluBukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh semingguBukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibukaBukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.

6. 16 MeiBukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hariBukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

LATAR MASYARAKAT1. Masyarakat guruBukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajarBukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.3. Masyarakat miskinBukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guruBukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan

Page 42: kerja kursus sastera (asimen)

Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.

5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinanBukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.

GAYA BAHASA1. Paradoks – gabungan antara unsur positif dan negatif dalam satu ayat.Bukti: Atau sindiran dan keikhlasan yang telah bergumpal menjadi satu.

2. Penggunaan ayat yang ringkas dan pendek.Bukti: Soalan itu bukan yang pertama.Waktu rehat Ahmad tidak keluar.Dia tidak bercakap banyak.Dia telah pun menduga.

3. Simile – unsur perbandingan secara langsung oleh penulis.Bukti: -Suara anak kecil itu tidak mahu keluar bagai ada sesuatu yang tersengkang pada batang tenggoraknya.-Ahmad pun datang terkebil-kebil, tertunduk-tunduk seperti ayam kalah menyabung.-Ahmad memandang kosong ke wajah Cikgu Harun seperti mahu meminta sesuatu.-Selepas sebelah, sebelah lagi dipasangkan seperti memakai kasut sekolah.-Kadang-kadang dilihatnya Ahmad seperti lurus bendul.-Ahmad berjalan macam lembu sakit kaki.-Terasa ketika itu kasutnya macam kaki gajah yang untut dan tidak cantik. Seperti kaki ayam yang mencakar najis. Terasa kakinya seperti kaki monyet, kaki itik, dan kaki tiang rumahnya yang usang. Malah Ahmad terasa dirinya seperti tidak berkaki langsung.

4. Peribahasa – ungkapan menarik yang digunakan oleh pengarangBuktinya: berkaki ayam, budak hingusan, lurus bendul, angkat muka, berkecil hati, dan separuh umur.

5. Personifikasi – penggunaan unsur kemanusiaan dalam unsur bukan manusia.Bukti: Rasa bersalah mula mengerang perasaannya.

6. Sinkof – penggunaan singkatan kataBuktinya: tak, dah, nak, ni

7. Repitasi – pengulangan kata.Bukti: Mana ada guru yang mahu muridnya gagal dalam pelajaran. Mana ada guru yang mahu murid-murid berhenti sekolah.

8. Gaya bahasa dialogBukti: “Ahmad, mana kasut?” tanya Cikgu Harun dengan suara yang keras.

Page 43: kerja kursus sastera (asimen)

NILAI MURNI DAN PENGAJARAN1. Nilai murni à Menghormati orang yang lebih tuaPengajaran : Kita mestilah menghormati orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman daripada kita.Bukti: Ahmad amat menghormati Cikgu Harun dan tidak pernah mengingkari arahannya.

2. Nilai murni -KeinsafanPengajaran : Kita mestilah sedar akan kesilapan yang kita lakukan supaya tidak mengulanginya.Bukti: Cikgu Harun sedar bahawa dendanya agak keterlaluan dan dia tersentuh dengan keputusan Ahmad yang mahu berhenti sekolah kerana tidak mampu membeli kasut sekolah.

3. Nilai muri -KeikhlasanPengajaran : Kita mestilah ikhlas semasa memberikan hadiah kepada seseorang.Bukti: Cikgu Harun tahu bahawa anak muridnya, Ahmad ikhlas memberikannya hadiah berupa sepasang kasut berjenama demi menghargai jasa gurunya.

4. Nilai muri -KetabahanPengajaran :Kita mestilah tabah menghadapi cabaran dalam kehidupan demi mematangkan diri.Bukti: Ahmad dan ibunya tabah menghadapi kemiskinan dan dia sanggup mengambil keputusan untuk berhenti sekolah demi bekerja memetik cili untuk menampung perbelanjaan keluarga.

5. Nilai muri -KesabaranPengajaran : Kita mestilah sabar menghadapi segala masalah dalam kehidupan.Bukti: Cikgu Harun sabar menghadapi masalah anak muridnya, Ahmad yang tidak membawa kasut dan pakaian sukan.

6. Nilai muri -KegigihanPengajaran : Kita mestilah gigih belajar supaya menjadi manusia yang berjaya.Bukti: Ahmad gigih belajar tidak pernah ponteng sekolah walaupun miskin sehingga berjaya menjadi seorang pengurus besar syarikat kasut berjenama.

7. Nilai muri -BertanggungjawabPengajaran :Kita mestilah memikul tugasan yang diberikan dengan penuh bertanggungjawab.Bukti: Cikgu Harun seorang guru yang bertanggungjawab kerana dia memastikan semua anak muridnya memakai pakaian sekolah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti bersenam di padang.

8. Nilai muri -KesungguhanPengajaran : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh demi mengubah kehidupan keluarga yang miskin.Bukti: Ahmad belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi dalam sebuah syarikat kasut berjenama.

9. Nilai muri -Baik hatiPengajaran : Kita mestilah menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukannya mengikut kemampuan kita demi mengurangkan beban mereka.Bukti: Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang kasut sekolah dan sepasang uniform sekolah.

Page 44: kerja kursus sastera (asimen)

(c) Persembahan pembentangan kertas kerja dalam bentuk ‘Power Point’ yang

meliputi keseluruhan kandungan utama kertas kerja.

[Jumlah: 30 markah]